Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Jumaat, 15 Januari 2010

ASAM ROM



BUKAN ASAM GRIK TAPI ASAM ROM



diluar ombak pantai - ertinya aku ditepi laut.

pagi tadi di jerantut. cisss hujan renyai dan gelap.
bantal keras. kepala aku sakit.udara sejuk sperti musim
daun luruh dibegium. cuaca yang paling tidak aku minati.

tanpa sarapan terus masuk ke dalam perut pekan. ke pasar tani
untuk melihat apa yang ada pasar. kecewa. di pasar chow kit
lebih banyak barang hutan yang akan di temui. aku mencari buah perah.gagal.

lalu membeli dua bungkusan asam rom - dua jenis yang berbeza. juga membeli
petai jeruk -untuk persediaan makan tengah hari.

dipasar tani aku mendapat kuliah percuma dari tuan warong nasi lemak yang mengajak aku makan asam rom jika aku tinggal sehari lagi di jerantut.
aku menolak dan berjanji akan datang lagi.

terus ke pasar besar mencari cari untuk melihat rupa bentuk ikan kenderak.gagal.
terlambat.hari ini hanya saekor yang sampai ke pasar. tiga kilo lebih dan telah diambil pelanggan.

tidak lumayan pasar jerantut. untuk foodie - melihat pasar adalah wajib.dari
pasar akan kita ketahui cara hidup - gaya hidup dan taraf hidup penduduk disekeliling. aku mengelilingi ratusan pasar - dari kota ke kota - dari benua india ke arab - dari pakistan ke iraq - dari sepanyol ke potugal - dari eropah timur ke eropah barat - melihat pasar adalah melihat tamadun manusia.

di pasar jerantut daging lembu bergantungan - hanya 16 ringgit sekilo
berbanding dg pasar chow kit - 22 ringgit sekilo dan masih tidak pasti
apakan ini lembu yanag telah dicuri ditepi jalan -
ini cara peniaga indon bikin duit -
bukan rasis tapi cerita saheh. di jelebu di kampong aku
telah berlaku beberapa kali kes lembu ditepi jalan dicuri.

dari pasar aku menuju ke restauran ikan kenderak - hanya ada dua tamu - aku antara yang terawal. lalu aku rapi satu persatu.

maka bertemulah aku dengan kenderak asam rom. tidak cukup dengan ini ada ikan termelian dengan tempoyak. seperti sepuluh tahun tidak makan aku mengambil ikan ikan ini. si pembantu - anak gadis cun berbaju t merah. dia memberitahu ikan itu dan ikan ini.

aku meninggalkan patin.aku meningalkan keli berlada.aku telah lama bercerai talak tujuh dengan keli. aku baru bercerai talak satu dengan patin.

aku sedang berbulan madu dengan kenderak dan termelian.

untuk yang belum menikamati kenderak - datanglah - ini untuk membuktikan kemelayuan. ini untuk membuktikan asal usul kita. ini masakan orang asli - dari hulu tembeling.
pedas. memang pedas.aku harapkan jika diturunkan suhu pedaskan mungkin ramai yang
akan lebih selesa. tetapi inilah caranya memakannya.
tapi aku memiliki keretek untuk melawan pedas.

kenderak sambal rom yang aku cari - aku jatuhkan ke tempat ke dua. Ikan termerlian tempoyak adalah yang aku nobatkan. datanglah seribu taufan ketika aku sedang menikmati termelian tempoyak - aku tidak akan lari.

lalu aku ke dapor. ada lagi - landak salai sedang diuli - rusa sudah habis.jelawat dan kelah tidak ada. aku seharusnya menalipon awal.

tuan empunya kedai pastilah seorang gadis cun dan bergetah 30 tahun dahulu. dia membuka deep freezer. lalu aku berkenalan dengan kenderak dan termerlian - cinta pandang pertama.

warga kota - kamu tidak tahu apa yang kamu makan.
tinggalkan kedai mamak
kencingkan macdodal dan kentucky fried fuck
masakan melayu wajib dinobatkan.
i
aku mengambil angka talipon tuan empunya kedai dan gadis cun berbaju t merah. bukan aku jatuh cinta.aku wajib berurusan lagi jika aku ingin menulis kedah ini dengan panjang lebar.

hujan telah kering - aku berangkat ke maran - menuju ke muazam - di persimpangan muazam berhenti minum kopi. bertemu dengan abang yang membesar di singapura.lalu dia bercerita tentang aziz satar dan romai nor yang tinggal tidak jauh dari kedai antik tempat dia memburuh.anak gadis nya cukup cun. jika umur aku dua puluhan akan aku hantar pinangan.

melintasi muazam yang paling membosankan.

sampai ke rompin aku ingin mencari udang galah. matahari telah tenggelam.ini bandar baru. aku paling tidak meminati kota yang baru didirikan. bayangkan pekan lama dari kayu yang klasik telah dikosongkan. yang diganti dengan pekan hodoh. aku meninggalkan pekan ini. bukan kerana raba raba bontot tetapi tidak mungkin aku selesa di pekan ini.

bila aku menulis ini - aku di mersing. jam telah 3.26 pagi. aku wajib terus membaca ibnu arabi untuk melayan tidur.ombak diluar mengelora. laut china selatan sedang mengganas.

lidah aku masih teringat dengan termerlian tempoyak di jerantit. (TT)




ASRAMA PULAK NAIK HARGA




BETUL KE GAMIN TAK ADA DUIT?


pernah dengar gamin kurang duit.
ada gaji lum bayar.
ada overtime kena lupus.
ada tempat kena pakai setem dua kali

ini sudah serious!

berita terbaru
asrama pelajar naik harga
pernah dengar pelajar digalakan hujung minggu
pulang ke rumah - nak save bajet.

tu pasal ada duit beli kapal selam
tu pasal ada duit buat monsoon cup
tu pasal ada duit buat litar sepang
tu pasal ada duit masuk poket

kesian pelajar
ada yang belajar sekolah petang
duduk diasrama naik harga pulak

woit... makan ikan jaket lagi ke di asrama kah kah kah




KESAH KELENTONG TOK ARAB




TOK ARAB KELENTONG LAGI

KAH KAH KAH


patutlaah tok arab dari libanon ini dapat dermakan satu bilion ringgit.
bukan susah.

dia cetak duit sendiri.

kalau macam ini tiga bilion ringgit pun tak hal.
potokopi aje duit itu kah kah kah