KUALA LUMPUR: Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang ditetapkan sebanyak enam peratus oleh Malaysia adalah antara paling rendah dalam dunia, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. 

Ahmad Husni berkata, pelaksanaan GST pada April tahun depan akan menggalakkan lebih banyak pelaburan dan merancakkan perniagaan dalam negara. 
Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di sini, hari ini.