.

Ahad, 20 Ogos 2017

BELAJAR BAHASA GERMAN




 Tiga  Tanda-Tanda Orang Suka Menonton Video Lucah.

 
 Sebuah penyelidikan membuktikan bahawa video lucah boleh membuat lelaki dan wanita akan menjadi lemah di ranjang, selain dari mengarah kepada perbuatan jenazah seperti merogol.

Banyak doktor pakar mengingatkan kita tentang bahaya menonton video lucah, baik bahaya pada kesihatan mahupun mental.

Akan tetapi laman web video lucah semakin hari semakin banyak, itu maknanya peminat video lucah bertambah banyak setiap hari.

Untuk berkawan, terutama memilih suami, perkara ini sangat penting, untuk itu ketahui tanda-tanda orang yang sudah terlalu banyak menonton video lucah.

Kurang perhubungan dalam keluarga

Tanda pertama jika seorang itu gemar menonton video lucah,dia akan lebih suka menyendirikan diri, baik dalam rumah atau pun di tempat kerja.

Jika berada di tempat ramai atau lepak, dia akan merasa tidak selesa dan ingin bersendirian dan menikmati filem lucah, biasanya tanda ini kepada individu yang belum berkahwin.

Sukar menjalin cinta dengan orang lain

Kebanyakan lelaki dan wanita yang tidak ada keinginan untuk bercinta atau mencari kekasih adalah penagih video lucah sebab mereka hanya akan tertarik dengan artis video lucah.

Ini adalah tindakan pemenuhan nafsu peribadi yang dapat membuat seseorang sulit menerima dan memberi cinta yang sebenarnya pada orang lain.

Pekara ini juga akan membuat mereka selalu memikirkan sesuatu hal yang tidak masuk akal, seperti melihat, dan memikirkan lawan sejenis penuh dengan seks.

Pada yang sudah menikah, akan mencetuskan ketidak puasan seks dan akan lebih mengarah kepada perhubungan seperti kecurangan dengan wanita atau lelaki lain.

Mereka suami atau isteri yang ketagih menonton video lucah tidak akan merasa cukup dengan pasangan yang ada, mereka akan mencari orang lain semata-mata untuk merasakan benda baru.

Kurang minat dengan benda lain.

Maksutnya disini seperti kurang minat bersukan, atau lepak bersama rakan-rakan, ini disebabkan otak mereka akan lebih tertarik dengan segala pekara-pekara yang berbau seks, seperti bercakap mengenai seks hal itu akan membuat mereka lebih gembira.

Selain itu tanda terakhir boleh dilihat dari pemakaian atau percakapan yang kurang sopan, seperti terlalu mendedahkan aurat dan tidak malu bercakap hal-hal yang lucah di depan ramai.


SATU LAGI

TANDA IALAH

MULA BELAJAR

BAHASA 

ASING

TERUTAMA

GERMAN




--------------

RAYA NAK SAMPAI







TANDA

apa tanda hari raya nak sampai? sprm kerja over time, polis extra time, imigresen double guard time, kastam menjadi lembaga, ahli politik selalu nampak di kawasan, kah kah kah, kalau dulu kita tengok anak bulan, nampak ekor pun boleh lah, zaman kini petanda nak pilihan de raya.... 

RAYA

kah kah kah jalan jalan kg ditar hitam, jalan dicat jugak, lampu jalan ditukar, sedekah makin bertambah, suara suara munkee semakin lantang, cerita todak serang melayu, cerita bkt kepong, cerita 69 putar putar dimainkan kah kah kah... berita ekonomi msia terbaik di dunia, nilai ringgit menjunam naik sama taraf amerika, pelabur masuk kiri kanan, china merah berniat melabor saja bukan membeli tanah, hak tanah masih kekal melayu kah kah kah, aset negara kena jual sebab pembangkang dengki...

NAK SAMPAI

biasa lah sifat melayu...paling ramai hasad dengki...ooops terlupa bab palestin...yahudi...amerika.... tapi pak bapak munke mau main golf dgn bapak amerika jugak kah kah lah...kalau semua ramuan cukup...boleh lah buat kek 
on TEATER SANDIWARA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 8/19/17





---------------------

BILA BILA BILA NAK TANGKAP





JO LOW

TIPU

PEMIMPIN

MELAYU

ISLAM

NAPA

TAK

TANGKAP

JOH LOW






---------------

MUNTAH HIJAU






DATUK 

PEKONG
Sudah la rais. Kau tu old timer. Generasi yang akan pupus. Fikiran kau pun kolot dan ketinggalan bas sebab kau suka sangat duduk dalam tempurong umno. 

SRI 

MAHALINGAM

Kau jenis orang tua yang layu dan semakin melayu hingga menyembah bumi. Kau jenis orang yang lembik lagi melembikkan beberapa kerat orang tua lain yang mudah terpengaruh dengan jawatan kau sebagai menteri, dengan gelaran panjang 6.5 kilometer kau sebagai datok pekkong sri mahalingam bontotraya, dan dengan ayat kau yang sangat tua antik meleret yang kau banggakan tapi sebenarnya amat membosankan orang muda tahap telinga keluar muntah hijau. 

BONTOT RAYA

Kau yang ketinggalan bas masih terkedek dengan kiasan dengan perumpamaan sedangkan negara lain dah melangkaui bulan dah ke marikh dah ke venus dah berkereta tanpa pemandu dah berkereta terbang. Kau masih nak menarik orang melayu terus melentok melayu lemah terkulai dengan gaya klasik kau yang sangat seloooooow. Kau bukan seorang yang boleh segera bingkas bangkit tegak tegap dengan tangan kau gagah 
on TUAN HAJI TAK FAHAM
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 8/19/17




-------------------

MALAPETAKA OGOS









MALAPETAKA

 OGOS



Setiap 15 Mei, warga Palestin akan menyambut Nakba. Tarikh ini bukan disambut dengan pesta-pestaan. Tarikh Nakba ini - 15 Mei 1948 - adalah tarikh entiti yang dipanggil Israel dipacakkan ke atas bumi Arab. Justeru, pada tarikh ini warga Palestin di seluruh dunia akan mengingati kembali hari musibah ini.

Semenjak 15 Mei 1948 warga Palestin berhadapan dengan segala macam kesengsaraan. Tanah mereka dirampas, rumah mereka diroboh. Mereka hilang harta benda, hak demokrasi dan kampung halaman. Rakyat Palestin diserang, dibunuh dan dihalau dari kampung halaman. Sesiapa yang berani melawan akan dipenjara.
Nakba 15 Mei adalah Malapetaka untuk warga Palestin. Nakba 31 Ogos adalah Malapetaka untuk Semenajung Tanah Melayu. Nakba ialah Malapetaka.

Saban tahun semenjak 31 Ogos 1957 Hari Malapetaka telah di rayakan di Tanah Melayu ini. Malapetaka yang menimpa warga Persekutuan Tanah Melayu ini tidak jauh bezanya dari yang sedang dialami oleh Nakba di Palestin.

Untuk memahami kembali sejarah kelahiran Malapetaka ini, biar saya bawa kembali para pembaca kepada pensejarahan kelahiran hari Malapetaka ini. Hendaknya dapatlah kita semua memahami makna Malapetaka ini, yang dieja dengan huruf M besar ini.

Awalnya, Perjanjian Anglo-Dutch 1824 telah memisahkan kepulauan Melayu kepada dua entiti - Semenanjung Tanah Melayu di bawah British dan Batavia di bawah Belanda. Pejanjian Anglo-Thai 1909 telah memisahkan pula lima wilayah Melayu - Pattani, Jala, Setul, Singgora dan Menara. Wilayah ini menjadi tanah jajahan Siam hinga ke hari ini. Pada tahun 1874, melalui Perjanjian Pangkor, kuasa kolonial Britsh telah memasukkan jarumnya untuk menjajah Semenanjung Tanah Melayu.

Perjanjian Pangkor ini akhirnya membolehkan British menguasai seluruh Semenanjung Melayu. Akhirnya Tanah Melayu menjadi tanah jajahan British bawah jagaan England dan bukan lagi East India Company.

Penjajah Barat datang untuk mencari harta kekayaan. Di Tanah Melayu British telah bertemu dengan bijih. British juga membuka ladang getah. Dua punca ekonomi ini menjadi begitu penting sekali untuk perkembangan ekonomi kolonial British.

Setiakawan melawan penjajah
Untuk terus melipat gandakan keuntungan, kaum penjajah British telah membuka bumi Melayu kepada pendatang baru dari Cina dan India. Mereka telah dibawa masuk sebagai tenaga buruh oleh kuasa kolonial British. Dengan kehadiran buruh Cina dan buruh India ini maka lanskap Tanah Melayu berubah untuk selama-lamanya.

Dunia ini bergerak dengan hukum hakam alam. Hukum alam bergerak dan tidak berubah-ubah. Hukum ini menetapkan, di mana ada penindasan, di sana pasti akan ada penentangan. Hukum alam ini mula menapai dan mengampuh di Tanah Melayu. Hasilnya, Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuh pada tahun 1938. Ini adalah gerakan politik paling awal yang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu dari British.

Pada ketika ini Parti Komunis Malaya (PKM) telah wujud di Singapura. PKM pada ketika itu sedang menyusun kaum buruh Cina di kota-kota seperti Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Penentangan terhadap penjajah British dan kuasa modal penjajah ini telah melahirkan setiakawan diantara KMM dengan PKM. Ikatan setiakawan ini adalah kerjasama antara kaum tani Melayu dengan kaum buruh India dan Cina. Inilah bibit-bibit kelahiran negara bangsa.

Kesampaian Jepun pada tahun 8 Ogos 1941 telah meruntuhkan empayar British. Dalam masa yang sama ikatan setiakawan bangsa-bangsa di Tanah Melayu untuk menuntut kemerdekaan telah diperkukuhkan. Perjungan bersenjata Tentera Rakyat Malaya Menentang Jepun atau Malayan People Anti Japanese Army telah memperkukuhkan lagi setiakawan bangsa-bangsa di Tanah Melayu.

Apabila Jepun kalah perang pada bulan Ogos 1945 sekali lagi pentadbiran ketenteraan British masuk untuk mengambil alih pentabiran Tanah Melayu. Tetapi semuanya telah berubah. Tanah Melayu kini bukan lagi Tanah Melayu sebelum perang Jepun.

Kini gerakan nasionalisma telah mengampuh dan laungan kemerdekaan kedengaran di sana sini. Telah wujud Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar ( AWAS). Semua ini adalah gerakan nasionalis kiri yang bangun berjuang untuk menghalau British dari Tanah Melayu.

British secara licik dan terancang telah mewujudkan apa yang dipanggil hingga ke hari ini United Malay National Organisation. Ini adalah organisasi yang ditelur, yang dieram dan dinetaskan oleh penjajah British. Tarikh munculnya gerombolan United Malaya National Organisation pada tahun 1946 agak lewat. Ia muncul sebagai reaksi terhadap gerakan nasionalis Melayu kiri yang mahu menghalau British. Dari segi sejarah, cukup jelas bahawa gerombolan ini diwujudkan untuk menjadi tali barut dan budak suruhan British.

Setiakawan antara bangsa-bangsa yang bangun menentang penjajah British telah melahir setiakawan yang baru. Perlembagaan Rakyat telah dilahirkan pada tahun 1947 oleh AMCJA-PUTERA. Ini adalah kerjasama setiakawan antara All Malayan Council Joint Action dengan organisasi massa Melayu bernama PUTERA.

Semua bangsa dipanggil Melayu

Perlembagaan Rakyat 1947 ini cukup penting dalam sejarah pembentukan negara bangsa. Dalam Perlembagaan Rakyat ini sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu akan dinobat sebagai Melayu. Ertinya anak semua bangsa yang lahir di Tanah Melayu adalah Melayu. Ini adalah garis politik kiri yang paling radikal. Garis politik ini dan setiakawan anak semua bangsa telah mengoncang kekuatan kuasa kolonial British.

Untuk menumpaskan agenda kelahiran negara Bangsa Melayu ini, secara licik British melalui gerombolan United Malay National Organisation telah melaungkan slogan "Hidup Melayu". Para pembaca yang budiman, perhatikan betul-betul slogan ini. Slogan ini bukan laungan untuk menghalau British tetapi untuk menunjukan bahawa orang Melayu kurang oksigen.
Gerombolan United Malay National Organisation dengan kerjasama British telah memulakan dan menanamkan garis politik Melayu-Melayu, China-China dan India-India. Maka lahirlah PERIKATAN. Politik perkauman ini amat baik untuk British. Ini adalah dasar pecah dan perintah. Dalam pertubuhan PERIKATAN masih lagi Melayu, Cina dan India. Berbanding dengan AMCAJA-PUTERA, badan ini adalah gabungan anak semua bangsa yang memanggil diri mereka Melayu.

Projek Perlembagaan Rakyat 1947 telah digagalkan British. Akhirnya, pada 20 Jun 1948 pecahlah perang kolonial menentang British. Perang kolonial kali ini telah disertai oleh API, AWAS, Hisbul Musliminin, Malayan Democratic Union, PKM, KMM, PKMM dan ratusan patriot dan nasionalis anak semua bangsa. Mereka mengangkat senjata untuk menghalau British dari Tanah Melayu.

Saya harap hingga ke tahap ini para pembaca telah dapat memahami pejalanan sejarah Tanah Melayu. Saya harap para pembaca telah dapat memahami dari mana munculnya gerombolan United Malay National Organisation, Malayan Chinese Association dan Malayan Indian Congress. Kesemua badan-badan ini adalah boneka British. Dari namanya kita telah tahu bahawa badan-badan ini dibentuk dan ditaja oleh penjajah British.

Mari kita lihat apakah yang telah dibuat oleh United Malaya National Organisation apabila rakyat Tanah Melayu pada thun 1948 bangun mengangkat senjata melawan British. Apa agaknya yang telah dilakukan oleh United Malay National Organisation? Sejarah membuktikan bahawa mereka bukan bangun menentang British tetapi bangun berjuang menentang orang yang menentang British.

Jjika tidak percaya apa yang saya tulis ini, sila bersabar. Pada bulan Ogos ini nanti, media milik United Malay National Organisation akan membuka kisah-kisah bodoh di mana puak-puak gerombolan tanpa segan dan malu akan membuktikan bahawa mereka dengan bangga telah menjadi suruhan British. Mereka akan mendabik dada mengatakan bagaimana mereka berjuang menentang komunis. Walhal, gerila parti komunis ketika itu sedang melawan British.

Ketika Shamsiah Fakeh, Abdullah Sidi, Rashid Maydin, Chin Peng bangun mengangkat senjata, apa yang dilakukan oleh United Malaya National Organisation?

Tidak berkesudahan

Sejarah jelas membuktikan gerombolan United Malay National Organisation telah bersubahat dengan British untuk menumpaskan gerakan bersenjata melawan British ini.

Ketika anak semua bangsa bangun melawan British untuk mencapai kemerdekaan, gerombolan United Malaya National Organisation bangun berjuang melawan orang yang berjuang untuk merdeka.

Justeru, sebagai balasan menjadi budak suruhan yang setia, pada 31 Ogos 1957 penjajah British telah mengagihkan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Tarikh 31 Ogos inilah yang menjadi Hari Malapetaka untuk Tanah Melayu. Tarikh ini adalah Nakba untuk anak semua bangsa di Tanah Melayu. Semenjak dari tarikh ini kita telah melihat satu demi satu musibah telah menimpa Tanah Melayu.

Saya menobatkan 31 Ogos sebagai Hari Malapetaka untuk menilai kembali pensejarahan Tanah Melayu. Kita tidak perlu berselindung. Nakba di Palestin membolehkan tanah-tanah Palestin dirampas oleh kaum Zionis. Malapetaka di Tanah Melayu memperlihatkan ribuan hektar tanah rizab Melayu hilang dirampas oleh Zionis tempatan.

Pelentong, Chu Badak, Tasek Utara, Berembang, Kerpan hanyalah beberapa nama tanah asal Melayu yang dilupus. Paling akhir tanah Keretapi Api Tanah Melayu di Singapura lupus. Dan yang akan datang ialah tanah Kampung Baru dan Kampung Banda Dalam.

Malapetaka ini tidak berkesudahan. Lihat pula berapa ratus ribu anak semua bangsa menjadi mangsa ditahan tanpa bicara semenjak British mewujudkan akta ISA pada tahun 1948. Paling akhir kita melihat enam warga penyokong BERSIH ditahan tanpa bicara bawah Ordinan Darurat.

Berapa ribu pula warga yang telah gugur dan mati dibunuh dalam tahanan? Pernah saya terdengar suara dari parlimen menyatakan lebih dari satu ribu orang telah gugur semenjak sepuluh tahun dahulu. Nama seperti Altantuya, Beng Hock, Kugan, Francis, Aminulrashid dan Sarbaini akan terus bertokok tambah. Malapetaka ini masih berterusan.

Bulan Ogos kelihatan amat ironi untuk Tanah Melayu kerana 500 tahun lalu, pada 10 Ogos 1511 Portugis telah mendarat di Melaka. Pendaratan Portugis 500 tahun dahulu hanya akan dilihat sebagai satu titik dakwat hitam dalam sejarah Tanah Melayu berbanding dengan Malapetaka 31 Ogos.

Untuk pembaca yang muda biar saya ditunjukan di sini bahawa Nakba di Palestin pada 14 Mei adalah hasil dari perancangan British. Manakala Malapetaka di Tanah Melayu pada 31 Ogos adalah juga hasil perancangan British. Nakba di Palestin berterusan hingga ke hari ini. Malapetaka di Tanah Melayu ini juga tidak akan reda-reda selagi gerombolan United Malay National Organisation tidak dihumbankan ke dalam tong sampah sejarah. (tt)








--------------------

RAKYAT BERTANYA - BILA?












BiLA

NAK


 




-------------

HARI MALAPETAKA






31 OGOS HARI

MALAPETAKA

Pada 15 Mei setiap tahun warga Palestin di mana sahaja mereka terbuang akan menyambut hari Nakba - hari Malapetaka. Pada 15 Mei 1948 negara Israel telah dicacakkan ke bumi Arab. Semenjak tarikh itu warga Palestin dan Arab terus hidup dalam kesengsaraan. Tanah mereka telah dirampas. Mereka menjadi orang pelarian. Huru hara berterusan di bumi Arab kerana kerenah kaum Zionis Israel. Nakba ialah hari untuk memperingati kesampaian Malapetaka itu.

Pada 31 Ogos 1957 Tanah Melayu pula menerima Malapetaka. Ini terjadi apabila British meninggalkan kuasa pentabiran kepada United Malays National Organistion. Semenjak 31 Ogos 1957 anak semua bangsa di Tanah Melayu telah hidup dalam kesangsaraan. Dasar 'ketuanan Melayu' telah membawa Malapetaka kepada Tanah Melayu. Justeru, 31 Ogos adalah hari untuk memperingati kesampaian Malapetaka itu.

Pada bulan Ogos tahun 2011 ini saya akan cuba membawa para pembaca untuk memahami konsep dan intipati Malapetaka ini. Memahami Malapetaka 31 Ogos ini amat penting. Jika kita tidak tahu dari mana kita datang maka kita juga tidak akan tahu arah mana yang hendak kita tuju.

Dari sejarah Tanah Melayu, kita diberitahu bahawa pada 20 Jun 1948 British telah mengistiharkan apa yang dipanggil 'darurat'. Untuk saya, darurat ini macam kita dalam kereta tetiba merasa sakit perut yang amat sangat. Maka kita berhenti dan mencari tandas. Kerana tidak berjumpa tandas maka kita terberak dalam belukar di tepi jalan. Kerana tidak ada sumber air maka kita dedat dengan daun. Apa yang saya kisahkan ini ialah suasana darurat. Tetapi pada tahun 1948 dahulu, tidak ada seorang pun warga Tanah Melayu yang dalam darurat. Tidak ada sesiapa yang hendak terberak di tepi jalan.

Apa yang berlaku ialah kuasa kolonial British telah diserang oleh Tentera Pembebasan Rakyat Malaya di bawah pimpinan Parti Komunis Malaya. Gerakan bersenjata ini bertujuan menghalau penjajah British dari Tanah Melayu. Dengan licik Britsih telah mengalihkan perjuangan untuk mendapat kemerdekaan ini kepada darurat. Tidak ada apa yang darurat. Yang hendak terberak di tepi jalan kerana diserang oleh Tentera Pembebasan Rakyat Malaya ialah soldadu upahan British. Soldadu upahan inilah yang sedang dalam darurat.

Berjuang mengangkat senjata ini telah membuka lanskap politik baru ke Tanah Melayu. Kuasa kolonial yang dianggap gagah dan lengkap bersenjata kini telah diserang oleh gerila Tentera Pembebasan Rakyat Malaya. Kuasa kolonial British amat memerlukan bumi Tanah Melayu kerana dari bumi kita ini terdapat kekayaan bijih dan getah. Punca ekonomi inilah yang ingin dipertahankan oleh penjajah. Politik ialah ekonomi. Memiliki kuasa politik memiliki punca ekonomi. Justeru penjajah British bertahan kerana lombong bijih dan ladang getah.
Serangan bersenjata dari gerila pembebasan ini menjadikan kuasa kolonial terus berdarurat. Akhirnya British merancang satu strategi baru. Jika terus menjajah maka perjuangan bersenjata yang dipimpin oleh Parti Komunis Malaya ini akan merebak luas. Tuntutan untuk merdeka akan merebak untuk menjadi ajenda anak semua bangsa. Keadaan sedemikian amat bahaya untuk British.

Justeru, British memerlukan budak suruhan yang baik sebagai ganti sebelum mengundur. Dengan licik dan terancang British telah memasang dua "kuda tunggang" -- Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman. Seperti di Iraq hari ini kuasa kolonial Amerika memasang lebih dari seekor kuda. Ada kuda bernama Nouri al-Maliki, ada Jalal Talabani dan ada Tariq al-Hashmi.

Kuasa kolonial kulit putih sedar dengan memasang beberapa ekor kuda mereka akan dapat mencari budak suruhan yang setia. Terlalu ramai anak tanah jajahan yang bersedia untuk menjadi budak suruhan dan mengikut kata tuan kolonial. Taktik British cukup senang - siapa yang dapat membuktikan yang mereka lebih setia kepada tuan penjajah maka sosok itu akan dinobatkan. Inilah taktik kuasa kolonial dalam percaturan realpolitik . Ia berlaku dahulu dan sedang dijalankan sekarang.

Di Tanah Melayu kuasa kolonial British telah memilih United Malay National Organsiation untuk menjadi budak suruhan mereka. Parti Kebangasan Melayu Muda, AWAS, API, Hisbul Muslimin, Parti Komunis Malaya - adalah parti-parti yang menentang British. Parti-parti ini mengangkat senjata menentang British. Parti ini akan membawa merdeka tetapi amat bahaya untuk kepentingan British. Ini berbeza dengan United Malay National Organisation yang bekerjasama dan menjadi budak suruhan.

Buktinya apa yang saya tulis ini cukup jelas. Pada bulan Ogos ini cuba baca - tak perlu beli - akhbar milik United Malaya National Organisation. Akan penuh dengan dengan kisah melawan komunis. Inilah apa yang saya katakan Malapetaka. Ketika anak semua bangsa bangun melawan penjajah British, United Malay National Organisation seperti diupah oleh British untuk menentang dan melawan orang yang menentang British. Orang angkat senjata lawan British, gerombolan ini angat senjata lawan orang yang lawan British. Inilah kerja budak suruhan. Inilah Malapetaka yang saya maksudkan.

Kita akan muntah setiap tahun apabila melihat Bukit Kepong di kaca TV. Memang betul ada serangan ke rumah pasong Bukit Kepong. Memang betul polis yang diserang ketika itu adalah polis Melayu. Tetapi polis Melayu ini adalah polis upahan British. Kerana mereka Melayu tidak semestinya apa yang mereka lakukan baik dan betul. Melayu bukan bermakna betul. Ada Melayu budak suruhan dan ada Melayu nasionalis.

Anak muda hari ini juga wajib diberitahu bahawa serangan Bukit Kepong itu dipimpin oleh Mat Indera. Mat Indera ialah seorang nasionalis kiri Melayu. Ini tidak terdapat dalam filem Bukit Kepong kerana United Malay National Organisation tidak mahu rakyat Malaysia tahu bahawa ada Melayu yang berani angkat senjata melawan British. Dan dalam Parti Komunis Malaya amat ramai ahlinya, kadernya dan pucuk pimpinan terdiri dari orang Melayu.

Dari awal lagi British telah menjalankan dasar pecah dan perentah. Melayu, Cina dan India tidak akan dibenarkan bersatu. Pada tahun 1947 apabila ada kerjasama dan setiakawan yang erat di antara bangsa-bangsa maka muncul Perlembagaan Rakyat. Jawapan British kepada Perlembagan Rakyat 1947 ialah melakukan penangkapan beramai-ramai. Satu tahun kemudian Tanah Melayu diistiharkan darurat - perang kolonial bermula.

Dasar pecah dan perintah dan dasar rasisme British ini telah diambil oleh United Malay National Organsation untuk digunapakai hingga ke hari ini. Justeru, sebagai contoh terbaru, kita lihat bagaimana media dan TV United Malay National Organisation cuba menunjukan kepada umum bahawa tidak ramai bukan Melayu yang turut serta dalam tunjuk perasaan BERSIH pada 9 Julai dahulu. Maknanya gerakan BERSIH ini tidak dapat sokongan dari masyarakat bukan Melayu. Ertinya 9 Julai gagal.

Taktik pecah dan perintah ini adalah taktik yang ampuh untuk digunapakai oleh pemerintah yang zalim. Lihat di Palestin. Nakba di Palestin berterusan hingga ke hari ini tanpa henti henti. Warga Palestin terus diserang oleh kaum Zionis. Bagitu juga di Tanah Melayu, semenjak 31 Ogos 1957 dahulu, Malapetaka ini bukan berkurangan malah terus bertambah. Malapetaka yang dibawa oleh United Malay National Organisation ini dari hari ke hari semakin mencekik kehidupan warga.

Kaum Zionis di Palestin telah menggunakan rasisme sebagai senjata yang ampuh. Kaum Yahudi telah dinobatkan sebagai kaum terpilih bukan sahaja di dunia ini malah di akhirat juga. Di Tanah Melayu ini, United Malay National Organisation telah mengunakan falsafah ‘ketuanan Melayu' dimana dikatakan manusia Melayu memiliki hak-hak yang istemewa. Diheboh dan dicanang ke hulu ke hilir bahawa tanpa ‘ketuanan Melayu' dan tanpa United Malay National Organisation negara kita ini tidak mungkin wujud. Inilah apa yang saya katakan Malapetaka.

Hari ini secara dirancang melalui akta dan peraturan garis pisah bangsa-bangsa telah diwujudkan. Melalui hukum dan syarat yang disadur dengan hujah agama, tembok pemisah telah didirikan. Setiakawan antara India, Melayu dan Cina tidak dibenarkan mengampuh budaya bangsa. Prasangka antara bangsa -bangsa sengaja diatur dan disusun untuk memastikan orang ramai terus syak wasangka sesama sendiri. Suasana syak wasangka ini amat baik untuk United Malay National Organisation meneruskan kuasa. Inilah yang saya maksudkan dengan Malapetaka.

Ogos bulan Malapetaka ini sedang memperlihatkan kepada orang ramai bagaimana taktik pecah dan perintah dijalankan. Minggu lalu, tiba-tiba media kita heboh dengan berita Melayu murtad. Berita Melayu makan dalam gereja. Berita tentang penganut agama Kristian bersedekah kerana berniat untuk memurtadkan Melayu. Semua yang berlaku ini sebenarnya ialah taktik United Malay National Organisation.

Sebelum berita Melayu murtad ini kita telah membaca berita kepala babi ditemui dalam kawasan masjid. Berita masjid dilempar cat. Berita gereja dibakar.

Apa makna semua ini?
Semua ini adalah taktik dan strategi gerombolan untuk menakut-nakutkan Melayu. Manusia Melayu wajib terus ditakutkan. Jika manusia Melayu takut maka mereka akan mencari perlindungan. United Malay National sedang memasang lukah untuk memerangkap Melayu yang takut. Apa dia Melayu yang takut?

Melayu yang takut adalah Melayu yang rendah diri. Melayu yang berjiwa hamba. Melayu yang sanggup mencium ke bawah duli. Melayu yang telah bagitu lama ditakut-takutkan sehinggakan tidak lagi memiliki inisiatif sendiri. Melayu yang takut ini cukup bijak dengan budaya bodek yang telah disebarkan oleh United Malay National Organisation. Melayu yang takut ini hanya sanggup menerima fatwa kerana tidak ada memiliki fikrah yang kritikal. Otak manusia Melayu yang takut ini telah di bonsaikan oleh United Malay National Organisation semenjak 31 Ogos 1957. Justeru tarikh itu saya nobatkan sebagai hari Malapetaka untuk Tanah Melayu. (TT)






-------------------

FIKIR SEKALI LAGI






BERSAMA PAS

Selama ini..sangkaan aku.. perjuangan yang melaungkan untuk bereformasi. adalah untuk membebaskan negara dari Pemimpin yang...boros/merompak/menyamun/menipu/zalim/memetingkandiri/keluarga/kroni/tak pandai mentadbir.dan menyusahkan rakyat... Tiba-tiba kedegaran pula berita mengatakan..PKR sangup bekerja sama dengan PAS/UMNO........... APA KE JADAH NYA... ?.??? 

APA KE JADAH

Kalaulah ini..dimaksudkan politik PKR...dan bukan perjuangan. membebaskan rakyat/kesulitan/penderitaan rakyat..yang selama ini menidamkan ..A BETTER MALAYSIA... ...aku dah buang masa aku.hampir 10 tahun. BARUA BETUL...CILAKAK BETUL.... Buang masa aku pergi dan menyokong bersih 1 hingga 5 Dr Siti Wan/Anuar/Nurul/Azmin/ dan pemimpin pemimpin PKR yang lain...

FIKIR FIKIR

fikir masak - masak... rakyat menyokong kamu bukan untuk kamu bersendiwara..... rakyat menyokong kamu kerana janji untuk membawa perubahan ... Kamu tak ubah seperti UMNO...kamu anggap diri kamu berkuasa kamu rasa layak untuk buat keputusan bekerjasama... Lupakah kamu lauangan.. 
on SOSOK BEBAL
Publish | Delete | Spam
zaharuddin Ahmad
at 8:25 PM




-------------------