Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Selasa, 6 Ogos 2013

POLIS TAHU PULAK ADA MOTIF BILA MEMBUNUH







Polis kenal pasti motif 16 kejadian tembak di PP
GEORGE TOWN 6 Ogos - Pergaduhan antara kumpulan kongsi gelap, pertembungan perniagaan dan pergaduhan isu peribadi adalah antara motif yang dikenal pasti punca 16 kejadian tembakan di sekitar negeri ini sejak Januari lepas, kata polis.

Sehubungan itu, polis Pulau Pinang telah mengenal pasti suspek-suspek 16 kes jenayah bersenjata api itu, kata Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi.

"Kami akan mengambil tindakan terhadap mereka dalam masa terdekat," katanya berucap pada perhimpunan bulanan Kontinjen Polis Pulau Pinang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini hari ini.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... SUDAH KANTOI.... kah kah kah..

kah kah kah...SUDAH MANTOI.... kah kah kah...

kah kah kah.... ADA MOTIF UNTUK BUNUH.... kah kah kah..

kah kah kah...PANDAI PULAK POLIS NI..... kah kah kah...

kah kah kah.... KENAPA  TAK TANYA SIRUL DAN AZILAH ....kah kah kah..

kah kah kah...APA MOTIF BUNUH ALTANTUYA?..... kah kah kah...

kah kah kah...KANTOI.... MANTOI...... mkah kah kah



SILA KLIK IKLAN INI
---------

JENG JENG JENG - NAJIB SEDANG DI KEPONG








KOMENTAR TUKAR TIUB
najib sedang dikepong
najib sedang diasak

di malaysia 
gerakan terajang najib sedang merancang
di paris
hakim sedang menyiasat



Siasatan Scorpene juga siasat kemasukan Najib ke Perancis
Hakim siasatan Perancis yang menyiasat dakwaan sogokan dalam jualan dua kapal selam kelas Scorpene - oleh DCNS, pembuat kapal berpangkalan di Paris, kepada Malaysia - juga menyiasat kemasukan tiga individu ke negara itu sejak 1999, kata sumber.

Ketiga-tiga mereka Datuk Seri Najib Razak, Abdul Razak Baginda dan Altantuya Shaariibuu dikatakan ada melawat Perancis tetapi urusan masuk-keluar tidak direkodkan dalam dokumen imigresen.

Jasbir Singh Chahl, bekas broker, mendakwa rekod Perancis menunjukkan Altantuya tidak pernah memasuki Perancis dan tidak terlibat juga dalam rundingan itu.

Berdasarkan dokumen mahkamah Perancis bernombor 54, yang boleh diperoleh di Internet, hakim siasatan Scorpene mahu tahu sama ada ketiga-tiga nama di atas "dicatat pada fail rentas sempadan dan sama ada mereka melalui wilayah Perancis sejak 1999".

Sumber berkata, mahkamah telah bertanya perkara itu melalui faks bertulis kepada ‘Staff of the Central Directorate of the Frontier Police'.


JENG JENG JENG
JENG JENG
JENG

woit...KENAPA JAKIM TAK KELUAR FATWA... kah kah kah..

kah kah kah...INI KES BUNUH.... kah kah kah...

kah kah kah.... MESTI BASAH..... kah kah kah..

kah kah kah.... DALAM  KES BUNUH  MESTI  BASAH.... kah kah kah..

kah kah kah....  BASAH INI MENGHINA ISLAM..... kah kah kah..

kah kah kah... MACAM USIK ANJING  YANG BASAH..... kah kah kah...


KLIK IKLAN INI
---------

DUA HARI LAGI KITA MAIN MERCUN




PETANG INI
tetiba  hari ini sampai
rasa macam kelmarin
aku mula berpuasa

hari berjalan bagitu cepat
masa berlalu pantas  sekelip mata
rasanya macam semalam baru bersahur
rasanya macam tiga  hari dahulu
anak bulan dilihat

rasanya macam kelmarin 
aku membeli sekotak kurma
rasanya macam kelmarin 
aku mengucap selamat berpuasa

hari berlalu
saat bergerak
matahari terbenam
matahari timbul
jerebu datang
jerebu pergi

bulan puasa pun tamat

lalu aku menilai kembali
apa yang telah aku lakukan
aku tak perlukan seorang akountan
aku tak perlukan jurukira

aku perlu memandang ke  cermin
dan bertanya pada cermian
apa yang telah aku lakukan

detik detik yang telah pergi
adalah titisan air mata
adalah titisan peluh
yang tak akan datang lagi

hanya ingat ingatan
yang mengingatkan aku
tentang kelmarin daqn semalam
ingat ingatan yang kabur kabur
dimakan masa

demi masa
demi saat
demi fikrah

PETANG INI  DI PADANG RUMPUT
petang ini aku 
ditempat yang sama
saperti kelmarin
saperti dua minggu dulu
saperti sebulan dulu
saperti setahun dulu
saperti yang terus aku lakukan

aku  memerhati langit yang cerah
awan yang indah
biru yang lemah
puteh yang berterabur
petak petak hitam
dipukul angin
entah ke mana

kaki akau di pandang rumput yang maha luas
jauh di hadapan aku
kota yang tersergam

lalu aku sedut udara
lalu aku ciumi bau alam
laluy aku menutup mata
lalu aku memasang telinga
lalu aku terdengar suara angin
lalu aku terdengar suara unggas

bila aku mendongak ke langit
bila aku membuka mata
aku ternampak helang
sedang bermain dengan angin
lalu aku terdengar suara gagak
yang mungkin kekasihnya telah hilang

lalu aku teringat akan pipit uban
lalu aku teingat akan terkukur
lalu mata aku mencari
teman aku yang datang bersama
setiap petang ke pandang rumput ini

ESOK PULANG KE KAMPONG
semuanya telah sedia
mercun telah dibeli
bunga api telah dibeli
baju telah dibasuh
kain telah dibasuh

hanya minyak pelita
hanya lilin
hanya sumbu kain
yang wajib aku beli

kemudian aku pulang untuk beraya

selamat hari raya
untuk semua

selamat berbuka puasa



SILA KLIK IKLAN INI

--------------

TAMAROD SEDUNIA DITERUSKAN LAGI!






 WARGA ARAB
BAGUN MELAWAN

 MESIR  DAN PROJEK PEMBODOHAN

Saya telah menggarap empat tulisan mengenai Mesir. Selain dari keinginan saya untuk membawa pencerahaan saya juga turut sama bertamarod. Tamarod membawa makna – berontak/melawan. Saya garap  tulisan itu agar kita dapat  bersama merayakan garis politik jalan raya yang dibawa oleh anak-anak muda di Mesir.

Tamarod  kini bukan hanya di Mesir, bukan hanya di Turkey, bukan hanya di Brazil – kini tamarod sedang merebak ke seluruh dunia.  Kita  telah membaca  bagaimana tamarod di Brazil telah berjaya mengagalkan kenaikkan harga tiket bas. Kita telah melihat bagaimana tamarod di Istanbul telah menjadikan Edorgan  tempang  dalam cita-citanya untuk menjadi Presiden Turki.  

Demonstrasi  jalan raya kini telah menjadi satu budaya politik dunia. Dalam dunia pasca moden hari ini jalan raya adalah tempat pertempuran politik untuk menuntut keadilan, menuntut hak  dan melawan kezaliman. Jika tahun enam puluhan anak muda telah bergerila di hutan, bergerila dipadang pasir  dan bergerila dalam bandar -  kini metod politik pasca moden telah berubah.   Anak muda kini turun ke jalan raya.

Membaca sejarah  tahun 60’an dan 70’an, kita akan bertemu  dengan Brigades Rouges Itali, Japanese Red  Army,  Weatherman dan Black Panther dari  Amerika,  Baader-Meinhof  di German, Mujahedin al-Khalq di Iran  , Action Direct di Peranchis, Sandero Luminoso di Peru, Al-Fatah di Palestin  dan dan dan. Semua ini adalah gerakan anak muda yang bangun mengangkat senjata melawan kuasa imperial Anglo-Amerika dan kaum pemodal multinasional.

Kini anak muda  bertamarod ke jalan raya membawa  ‘mod politik ‘ baru.  Sebenarnya  turun ke jalan raya ini bukan satu ‘mod politik’ yang baru. Metod berdemo dijalan raya telah  digunakan oleh CIA untuk menjatuhkan PM Iran Mohammad Mosaddeh pada tahun 1953. Metod ini juga telah digunakan oleh CIA pada tahun 1965 untuk menjatuhkan Bung Karno.

Tetapi metod jalan raya ini telah dirampas kembali oleh anak muda Amerika dan   anak muda Eropah dizaman Perang Vietnam. Anak-anak muda sedunia  yang menentang  Perang Vietnam telah  menjadikan jalan raya sebagai wadah politik.  Mereka telah berdemo menentang perang Vietnam - di London, Rome, Paris, Washington, Bangkok dan Kuala Lumpur.

Politik jalan raya  yang  menjadi ikon sejarah, yang menaburkan imej  romantik   ialah apabila anak anak muda dan mahasiswa kota Paris turun ke jalan raya untuk menjatuhkan Presiden Charles de Gaulle pada bulan Mei 1968.  Paris dan Mei68 akan terus menjadi  rujukan awal tamarod anak muda sedunia.

Politik jalan raya dalam era pasca moden – diera Arab Spring -  telah dibantu oleh teknoloji  internet, teknoloji digital dan alat komunikasi yang terpantas.  Teknoloji terkini telah  membantu mengembang ampoh  Musim Bunga Arab.  Teknoloji ini juga membantu mengumpulkan puluhan ribu anak muda di Istanbul, di Rabat, di Bahrain dan di Yemen. Politik jalan raya  telah berjaya menjatuhkan rejim-rejim zalim di Tunisia dan Mesir. Di Bahrain dan di Yemen tamarod belum selesai.

Saya membuka wacana tamarod dengan membawa rujukan politik jalan raya  dari seluruh  dunia  dengan niat untuk mengajukan  satu persoalan hakiki. Untuk saya persoalan ini  amat fundumental. Dari pengamantan saya suasana budaya politik kita sedang nazak.  Justeru saya wajib mengajukan soalan ini.

Soalannya ialah -  apakah budaya tamarod sedunia ini bersama  perkembangan teknoloji terkini akan membantu anak-anak muda di Malaysia  untuk bangun menjatuhkan rejim United Malays National Organisation  yang telah berkuasa lebih dari  50 tahun?  Untuk saya jawapannya pasti boleh –  pasti  boleh yang positif.

Tetapi sebelum kita bersama merayakan perkataan ‘ boleh dan positif ' , pada hemat saya   ada  pekara yang wajib  kita tuntaskan dahulu. Ada perkara yang saya rasa perlu kita bersama lintasi dahulu. Ini kerana saya rasakan ada kejulingan, ada kekeliruan dan ada kecelaruan fikrah dalam membaca dan memahami  politik Malaysia dan politik antarabangsa.

Saya  telah lama merumuskan bahawa kejayaan yang paling besar United Malays National Organisation ialah kejayaan membodohkan warga Malaysia terutama Manusia Melayu. Proses pembodohan ini telah membonsaikan akal dan fikrah  Manusia Melayu. Akal dan fikrah Melayu telah dibantutkan dari   berkembang. Yang wujud hanyalah akal-akal kontot yang tidak berupaya untuk berfikir secara kritikal.

Proses pembodohan jelas dibuktikan dengan  peranan dan usaha   media Melayu   untuk membangangkan Manusia  Melayu ke tahap gaban. Contohnya:  Tahun lalu sebuah kontena bahan mentah – rare earth – telah dibawa masuk dari Australia ke Kuantan. Utusan Malaysia  akhbar milik United Malays National Organisation telah  memaparkan dimuka hadapan gambar  satu kumpulan Melayu yang sedang meramas dan memegang bahan mentah rare earth. Gambar ini membawa tajuk : Kilang Lynas Selamat.  Keselamatan kilang ini dibuktikan kerana ada  Mak Cik Tua  Bertudung  yang berani menggintil-gintil bahan mentah rare earth tanpa mendapat kecederaan.

Untuk saya gambar dan berita ini saheh  telah membodohkan Manusia Melayu. Pembaca Melayu TIDAK diberitahu bahawa bahan mentah rare earth ini kalau belum diproses memang selamat tidak ada santau radioaktif. Santau radioaktif ini  hanya akan muncul apabila  bahan mentah ini dibakar dan  diproses.

 Apabila saya melihat gambar Mak Cik Tua Bertudung ini saya merasa sedih kerana bukan sahaja Si Mak Cik ini dibangangkan malah seluruh pembaca  Melayu dibodohkan ke tahap gaban.  Paling sedih media Melayu ini bukan sahaja telah menipu Melayu  malah telah menjadi barua kepada syarikat santau radioaktif ini.

Proses pembodohan ini sedang merebak.  Saya sendiri cukup yakin bahawa projek pembodohan ini telah sampai ke tahap yang amat kritikal.  Respon dari surat- surat yang saya terima  terhadap tulisan saya mengenai Mesir dan Syrian menambahkan lagi keyakinan saya bahawa   ‘ masyarakat  Melayu ini sedang sakit  tenat’.

Saya dapati ada kumpulan pembaca tulisan saya tidak memiliki daya  fikir yang kritikal. Saya telah menunjukkan dengan fakta politik  bahawa apa yang berlaku di Syria itu bukan pertempuran antara  Sunni dengan Shiah. Hakikatnya  - apa yang berlaku di Syria ialah projek kuasa imperial  Anglo-Amerika dan Zionis untuk mengawal bumi  Arab.  Mengawal  bumi Arab bertujuan untuk mengawal telaga  minyak dan telaga gas. Kenapa agaknya pekara sesenang tupai melocat didalam belukar ini pun gagal difahami oleh satengah pembaca.

Jika seseorang memiliki keupayaan berfikir secara kritikal apabila membaca apa yang sedang berlaku  di Syria pasti akan timbul  pelbagai soalan. Contohnya :  Yang bermazhab Shiah di Syria hanya 10% dari 28 juta rakyat.  Tentera Syria majoritinya bermazhab Sunni.  Jika konflik di Syria ialah konflik Shiah lawan Sunni pasti soldadu Bashar yang bermazhab Sunni telah bangun menibai Bashar.  Pasti telah lama Bashar tekubur. Kenapa ramai Manusia Melayu tidak memilik khudrat  untuk menimbulkan soalan ini?

Kalau kita beralih untuk melihat apa yang berlaku di Mesir maka kebongsaian juga muncul. Saya ajukan pandangan bahawa bahawa apa yang berlaku di Mesir itu ialah  demo  rakyat Mesir untuk menjatuhkan  Mubarak   yang zalim. Kemudian berdemo lagi – kali ini menentang pentabiran Morsi yang tidak terbuka.

Ketika ini cita cita suci anak muda Mesir untuk mendirikan Mesir yang lebih adil dan demokratik telah dibajak oleh tentera. Tentera telah merampas kuasa. Saperti di Syria soldadu Mesir juga bermazhab Sunni. Seharusnya dengan fikiran kritikal akan timbul soalan kenapa Sunni membunuh Sunni? Atau kenapa ada  Sunni menentang Morsi dan  ada Sunni menyokong Morsi?

Bonsai fikrah ini semakin menjadi-jadi.   Kejayaan United Malays National Organisation  memandulkan fikrah Manusia Melayu sedang merebak. Kalau kita perhatikan secara rapi Manusia Melayu yang bonsai fikrah ini  juga memiliki sifat berjiwa rendah. Sifat jiwa rendah ini berjaya ditanamkan bukan hanya  melalui proses pembodohan  tetapi  melalui proses  menakut-nakutkan.

 Saya cukup yakin – projek pembodohan dan projek menakut-nakutkan Manusia Melayu ini berjalan seiring. Dari segi teori ilmiah sebelum seseorang itu  dapat dibodohkan maka sosok itu perlu ditakut-takutkan. Apabila takut maka amat senang untuk dibodohkan hingga gagal untuk memiliki tabaii manusia untuk berfikir  secara kritikal.

Pada bulan puasa tahun ini amat jelas proses menakut-nakutkan Manusia Melayu sedang berjalan ligat. Manusia Melayu terus dikepong dengan ajenda  eksklusif pengunaan  nama Allah. Dalam masa yang sama dalam bulan puasa ini Utusan  Malaysia telah mengolah naratif   watak Manusia Melayu  yang  ‘cukup lembik’ lebih lembik dari ‘bakuteh’.

Manusia Melayu ini diwatakkan  oleh Utusan  sebagai bagitu rapuh pegangan imannya.  Terlihat sahaja anjing ‘berhari raya’ dengan serta merta Manusia Melayu yang bonsai fikrah ini hilang pedoman dan putus iman. Ketika inilah  Manusia Melayu ini ditakut-takutkan seolah-olah  bulan hadapan  Anjing dan Biawak  akan mengambil alih pentabiran negara.

Sayugia diberi ingatan. Agar jangan menusuk sembilu ke dalam luka. Kita  wajib berwaspada kerana  Melayu Bonsai yang berjiwa rendah ini  sedang  memanifestasikan rendah jiwa mereka dengan  ‘angkuh sombong’.   Sifat  Angkuh sombong ini sedang  menggunakan bentang Agama.  Apakah makna semua ini? Apa hubungan  ini  dengan Tamarod?

Ucapan Selamat Hari Raya dahulu dari saya. Akan disambung minggu hadapan. (TT)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
oleh SUARA KEADILAN
sesiapa yang mahu melanggan
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon : 
03- 922 - 10 -45

SILA KLIK IKLAN INI
-------------

TOLONG JANGAN KELENTONG




KOMENTAR TUKAR TIUB
inilah bahayanya 
sifat malas membaca

kerana malas membaca
selama ini kena tipu
oleh ustaz dan alim ulamak
yang kerjanya menakut nakutkan
yang kerjanya menghukum
yang kerjanya mengeluar fatwa

ustaz dan ulamak yang jual agama
ustaz dan ulamak yang makan upah
yang diupah oleh united malays national organisation


BUKU 
TULISAN USTAZ WAN JI
BOLEH DIPESAN
DISTRO BUKU
012-664-88-73

Pendakwah jawab Perkasa, Mazhab Hanafi benar Muslim bela anjing

Seorang pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin menjawab desakan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang menggesa kerajaan menggunakan undang-undang Syariah terhadap pelatih anjing Muslim dengan mengatakan menyentuh dan memelihara anjing tidak salah bagi sesetengah mazhab dalam Islam.

"Bagi ulama mazhab Hanafi, memelihara dan memegang anjing tidak salah tetapi bagi ulama Mazhab Shafei ia adalah satu kesalahan," kata Wan Ji yang mendalami Islam di Pakistan dan Mesir itu.
Wan Ji yang mempunyai banyak kuliah agama dimuat naik di Youtube berhujah, jika hendak dikatakan tidak mengikut Mazhab Shafei menghina Islam, bagaimana pula dengan menunaikan zakat dengan wang.
"Masalah dengan Malaysia adalah orang ramai banyak membuat penilaian atas sesuatu perkara berdasarkan mazhab Islam Melayu," kata Wan Ji dalam tazkirah Ramadannya di sebuah surau.
"Mengikut Mazhab Shafei, umat Islam hendaklah menunaikan zakat fitrah menggunakan makanan asasinya. Dalam konteks Malaysia, beras. Kenapa umat Islam di Malaysia menunaikan zakat dengan menggunakan wang. Kalau ikut Mazhab Shafei, ini salah dan boleh didakwa menghina Islam," katanya.
Menurut Wan Ji, mengeluarkan zakat menggunakan wang dibolehkan oleh ulama Mazhab Hanafi dan digunakan fatwa ini oleh umat Islam di Malaysia untuk memudahkan urusan pembayaran zakat.


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... INI SATU PENCERAHAN.... kah kah kah..

kah kah kah...BARU DI BERI TAHU....ZAKAT SEPATUTNYA  PAKAI BERAS.... kah kah kah..

kah kah kah...PAKAI BERAS AJARAN  SHAFIE.... kah kah kah

kah kah kah...YANG PAKAI  DUIT INI  AJARAN MAZHAB HANAFI.... kah kah kah...

kah kah kah...INI LAH BIJAK AKAL MANUSIA.... kah kah kah..

kah kah kah...PILIH MANA YANG MASUK AKAL..... kah kah kah...,

kah kah kah....  KES ANJING PUN SAMALAAAA.... kah kah kah..

kah kah kah... INI BARU PENCERAHAN  AGAMA... kah kah akh..

kah kah kah...BUKAN  SIBUK NAK TANGKAP DAN ROTAN... kah kah kah



KLIK IKLAN INI

MARI KITA SAMA SAMA BERHARI RAYA







UCAPAN 
SELAMAT HARI RAYA 
sidang pengarang 
tim teknikal
juru gambar
mengucapkan selamat hari raya
kepada pembaca
kepada pembenci
kepada penykong
kepada pencacai

dengan ucapan
kalau nampak iklan
sila klik agar tim tukar tiub
dapat duit raya 
untuk beli mercun dan bunga api


NOTA
tim tukar tiub
tidak minta maaf
kerana semua yang ditulis
semua yang digarap 
semua yang digambari
semua yang di semiotikkan
adalah  dengan niat dan cita cita

apa yang dipapar
itulah yang dihajat

------------

PENGUMUMAN PERMINTAAN





KEMPEN TURUNKAN
HARGA DIN AYAM 
SEDANG BERJALAN
KAH KAH KAH

PERGUMUMAN 
DAN PERMINTAAN
adalah dicanagkan
adalah diwar warkan
adalah dimashurkan

kepada semua para  umat
kepada pembaca yang tahu surah
kepada tok perawi yang tahu sanad
kepada tok perawi soheh yang tahu kesah

kenapa din ayam di panggil di ayam?

pencerahan ini penting
untuk menjelaskan bahawa 
din ayam bukan jual ayam
din ayam bukan bapak ayam
din ayam bukan seorang ayam
din ayam bukan otak ayam
dia ayam bukan kaki ayam
din ayam bukan teloo ayam

siapa din ayam ini?


Orang tu dah maafkan kau walaupun ditempeleng di depan orang ramai, tapi kau tuduh pulak dia tabur fitnah... Memang kau nie dasar musang berbulu ayam, syaitan bertopengkan jubah!
Like ·  ·  · about an hour ago via BlackBerry · 
---------

PENCERAHAN DAN NASEHAT DARI PEMBACA







GUNAKAN AL QURAN
sy mula tertarik dgn syia ni masa jais serbu markas mereka. sy mula membaca tentang syiah. fitnah yang dilemparkan terhadap syia ni dah lama dijawab oleh laman web syiah. tapi puak sunni bila dia takut nak baca laman syiah. oleh itu sampai kiamat tak akan dpt jawapan utk fitnah mereka.

 yg peliknya, syiah mengguna al-Quran dan kitab sahih sunni utk menepis tohmahan sunni. itupun sunni taknak terima. terdapat ulamak sunni yang masuk syiah spt syeik ahmad tijani dan syeik an antaki. on PANDANGAN UNTUK PENCERAHAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous

on 8/4/13

JANGAN GUNA FIKIRAN
 JANGAN DENGAR SAJE APA ORANG CAKAP
1.kan dah kata ko tak payah ulas bab agama!!ko ni memang jahil sejahilnya tentang bab agama islam!! sepatutnya dalam usia tua bangka ko!!ko cari seorang GURU untuk belajar mengenai agama islam!!sekarang ko BERGURUKAN syaitan dalam segala pandangan ko mengenai agama islam!! 2.atau sekarang ko dah menjadi syiah bersama-sama mat sabu!!!! on PANDANGAN UNTUK PENCERAHAN
Anonymous
on 8/4/13

AYAT PERTAMA QURAN IALAH BACA
 BUKAN DENGAR
Malas membaca,otak jadi bonsai..Jangan lupa,wahyu pertama Allah kepada Muhammad s.a.w ialah "baca"..bukan "dengar"..Membaca jambatan ilmu,membaca membuka minda,membaca membawa kepada pencerahan.Membaca menajamkan fikiran..Cuma membaca Utusan Meloya akan menambah bebal dalam otak anda..sekian. on PANDANGAN UNTUK PENCERAHAN
Budak Kampar
on 8/4/13

USTAZ DAN ULAMA 
JADI BURUNG KAKAK TUA
Allah dah peringatkan kita dalam al-Quran mengenai orang-orang Yahudi yang terlampau taksub dengan rahib-rahib mereka. Tapi tradisi keilmuan kita memanglah tak da rahib-rahib tapi kita ada ulamak (konon2) dan ustaz2. Para ulamak dan ustaz ini kebanyakan samada secara lansung atau tidak lansung terdidik di negara Timur Tengah.

Balik dari Timur Tengah para ustaz dan ulama ini tadi menjadi burung kakak tua ikut membuta-tuli fahmanan ARAB yang selama ini memang anti betul dengan orang Parsi (Iran). 

Tok-tok guru ARAB mereka nak tunjuk tak suka kepada Iran atau Parsi pun tak boleh sebab nanti nampak sangat assobiyah ARABISME mereka tu. Maka mereka guna pentas sekterian Sunni-Syiah sebab Iran (Parsi) majoritinya Syiah. Ustaz2 dan Ulama2 yang balik dari Timur tengah inilah yang jadi burung kakak tua ikut membuta-tuli otak-otak tok-tok guru ARAB mereka yang sebijik macam unta. Bukan sahaja macam unta malah dah ikut fahaman Ustaz2 dan Ulama2 NATO (misal Yusof al-Qardawi) yang siap ucap terima on POLITIK DUNIA - SYRIA - WAJIB BACA
Publish | Delete | Spam
Anonymous

on 8/3/13





SILA KLIK IKLAN INI
-----------------

KESEDARAN AKHIRNYA SAMPAI JUGA






KIBARKAN BENDERA RAKYAT

INGATAN
belajarlah dari parti komunis
walau pun dari negeri china
kah kah kah




KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... AKHIRNYA.... kah kah kah..

kah kah kah...AKHIRNYA KESEDARAN SAMPAI.... kah kah kah...


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH




-----------