Khamis, 19 Januari 2012

INI BUKAN KALENDER MAYA







SELAMAT DATANG 2012

Di Malaysia kita menyambut tahun baru ini dengan penuh ketidak tentuan. Apakah tahun 2012 ini tahun pilihanraya? Apakah Muhyiddin akan menyingkirkan Najib? Apakah Malaysia akan mendapat Perdana Menteri baru? Apakah Khir Toyo akan di penjara? Apakah Shahrizat akan di tangkap untuk bawa ke tingkat 14 pejabat SPRM? Apakah kes Najib di Paris akan di buka tahun ini? Apakah Rosmah akan cuba menurunkan berat badannya? Semua tidak menentu.

Pada Jumaat lalu Peranchis , Itali dan Sepanyol telah diturunkan taraf sebagai negara peminjam. Taraf ini adalah ukuran dari Standard&Poor – badan penilai ekonomi dunia. Dari taraf AAA kini telah turun menjadi AA atau satu A. Sembilan buah negara Kesatuan Eropah telah diturunkan taraf. Taraf 3A bermakna ekonomi negara ini segar bugar dan tidak ada masalah untuk meminjam dan membayar hutang.

Apabila taraf diturunkan bermakna meminjamkan wang kepada negara ini membawa risiko tinggi. Jika negara ini ingin menjual bond – sebagai cara meminjam duit - kemungkinan bond ini perlu menjanjikan faedah yang amat tinggi untuk menarik si pembeli. Akhirnya mungkin tidak ada bank dan pemilik dana yang berani meminjamkan duit untuk negara-negara ini.

Seawal 2009 lagi Greece, Iceland dan Ireland telah diumumkan sebagai negara muflis. Maknanya negara ini tidak ada keupayaan untuk membayar hutang negara. Apabila negara muflis bermakna ekonomi negara tidak bergerak. Ramai warga kehilangan mata pencarian. Khidmat sosial – hospital, jalan raya , sekolah sebagai contoh merosot. Nilai wang jatuh. Krisis ekonomi ini akan membuka krisis politik.

Krisis ekonomi dunia kapitalis ini bermula di Eropah pada bulan September 2008 dahulu. Kesah bermula apabila sebuah bank yang bernama Northern Rock di utara England tetiba tidak memiliki duit untuk palanggannya. Bank ini cuba mendapatkan pinjaman dari Bank of England tetapi gagal. Negara Eropah menjadi kelam kabut. Krisis keyakinan terhadap bank melanda Britain. Untuk meredakan keadaan , kerajaan British tidak ada jalan melainkan bank ini dimilik negarakan.

Punca asal krisis sebenarnya datang dari Amerika. Untuk sekian lama bank-bank di Amerika telah meminjamkan duit kepada sesiapa sahaja yang mahu meminjam tanpa cagaran. Justeru bukan satu yang pelik untuk seorang warga Amerika memiliki berpuluh-puluh kad kredit. Bank di Amerika tanpa kaji selidik dengan senang telah memberi pinjaman untuk sesiapa saja yang ingin membeli rumah. Hasilnya industri perumahan mengelembong. Suasana ini menjemput lebih banyak lagi bank untuk meminjamkan duit kepada bakal pembeli rumah.

Hutang-piutang dari para peminjam ini dikumpulkan untuk dijual kepada bank yang lebih besar di Amerika. Bank-bank besar Amerika ini pula akan mengumpulkan hutang-piutang ini dan menjualkan sekali lagi ke pasaran dunia. Setiap kali hutang ini dikumpul dan dijual – bank dan juru jual ini akan mengaut keuntungan. Dalam sistem ekonomi kapitalis apa yang boleh dijual akan dijual asalkan mendapat untung. Justeru hutang piutang pun boleh dijual beli.

Masaalah timbul apabilan bank-bank ini ingin memungut hutang. Tuan empunya hutang tidak ada keupayan untuk membayar. Jumlah hutang hutang ini berbilion bilion dolar. Akhirnya kerana gagal membayar hutang maka rumah dirampas oleh bank. Industri perumahan di Amerika jatuh berdentum. Tuan rumah kini menjadi warga gelandangan dan merempat. Hari ini hampir 4 juta warga Amerika telah kehilangan rumah.

Bank-bank kini menjadi pemilik rumah yang semakin bertimbun tambah. Perniagaan bank ialah pinjam meminjam dan bukan menjual rumah. Akhirnya banyak bank kecil di Amerika tutup kedai. Keadaan ini menjerat bank yang besar kerana perniagaan bank ini kait mengait. Ini membawa mudarat pula kepada lembaga gedong dana antarabangsa.

Solomon Brothers gedung keewangan yang menjadi pasak ekonomi kapitalis antarabangsa jatuh muflis pada September 2008. Gedung-gedung perniagaan antarabangsa inilah yang bertanggung jawab memasarkan hutang piutang , menjual beli bond dan pinjaman meminjam. Amat jelas sistem ekonomi kapitalis sedang menghadapi krisis yang lebih buruk dari zaman meleset tahun 1929.

Jawapan dari Presiden Obama ialah mengeluar 700 billion dollar untuk menutup lubang-lubang syarikat gergasi Amerika yang telah bocor dan tempang. Ini dipanggil ransangan ekonomi. Ini sama seperti 60 bilion ringgit jumlah ransangan ekonomi yang diajukan oleh Najib Razak. Hingga ke hari ini Obama dan Najib telah gagal untuk merangsang dan memberahikan ekonomi.

Di Amerika bank besar dan gedung dana antarabangsa telah mendapat suntikan dari perbendaharan negara. Mereka diberi nafas baru dengan menggunakan duit orang ramai. Manakala peniagaan kecil dan warga biasa jatuh muflis satu demi satu.

Bayangkan jika Mek Joyah dari Felda Pasoh duduk di Rumah Puteh. Apabila Mek Joyah ditanya apa yang wajib dilakukan dalam keadaan ekonomi sedang merundum? Pastilah Mek Joyah ini akan menjawab : berjimat cermat dalam masa susah.

Tetapi di Rumah Puteh yang duduk ialah Barak Obama. Jawapan Obama ialah terus melancarkan perang. Meluaskan lagi perang di Afghanistan, di Iraq dan membuka perang baru di Pakistan, Libya dan Syria. Berbilion bilion dolar hangus dalam perang. Mungkin rakyat dunia hairan ketika hampir 30 juta rakyat Amerika tanpa kerja dan lebih dari 4 juta warga Amerika tidur gelandangan di tepi jalan – Presiden Obama masih mahu melancarkan perang.

Pada minggu pertama 2012 ini telah lantang didengar bahawa Iran juga akan diserang. Rang undang-undang untuk menyekat ekonomi Iran telah diluluskan oleh Kongress Amerika. Akibatnya: harga minyak melonjak melintasi 100 dolar untuk satu tong. Dunia kapitalis mengigil takut. Jika perang pecah di Iran maka harga minyak akan meledak naik. Jelas kelihatan tidak ada lojik dalam dasar pentabiran Rumah Puteh. Seimbas pandang semua yang dilakukan oleh pentabiran Obama tidak masuk akal.

Tetapi awas! Semua yang dilakukan oleh Barack Obama ialah mengikut hukum-hukum dan syarat yang telah dipersetujui oleh orang-orang dan organisasi yang menobatkan Obama ke Rumah Puteh. Masuknya seorang berkulit hitam ke Rumah Puteh itu adalah satu rancangan yang telah dirancang oleh satu badan yang bergerak secara tertutup. Badan dan organisasi ini memiliki pelbagai nama dan bentuk. Ada yang rahsia, ada yang bergerak dibawah tanah dan ada yang bergerak terbuka.

Ada yang tersusun gelap dibawah Skull and Bones, Illuminati dan Free Mason. Ada yang bergerak dalam politik secara terbuka dan berkumpul dibawah lambang Neo-Con. Ada yang aktif cergas secara terbuka mempengaruhi dasar Amerika melalui Council of Foreign Relation. Secara gelap dan berahsia sosok-sosok ini akan berkumpul dan berbincang dan merancang program tahunan mereka di Bohemian Grove atau bertemu secara sulit dibawa jemputan Bidelberg Group.

Dalam apa pun organisasi yang mereka masuki tujuan asal mereka ialah untuk mendukung sistem ekonomi kapitalis. Mazhab dan rukun iman mereka ialah untuk melahirkan New World Order atau Satu Tata Dunia Yang Baru. Tata Dunia Baru dimana semua rakyat dunia akan tunduk dibawah pentabiran mereka.

Sebahagian besar dari ahli kumpulan ini adalah pemilik gedung dan syarikat besar dalam dunia. Tuan empunya bank dan gedung perniagaan mata wang. Tuan empunya syarikat senjata dan syarikat minyak. Tuan empunya syarikat media dan pemilik styesen tv. Merekalah yang mempengaruhi politik dunia harin ini.

Untuk perbandingan, kalau dalam negara kita mereka ini ialah keluarga Lim Goh Tong, Vincent Tan, Ananda Krishna, Daim Zainudin, Syed Mokhtar, Yeoh Tiong Lay, Mahathir Muhamad, Taib Mahmud - mereka inilah yang menggariskan dasar dan arah politik Malaysia. Justeru, secara micro politik kita sama seperti politik dunia yang dilakar oleh kumpulan Illuminati dan sekutunya.

Justeru ketika kita menyambut 2012 ini kita semua wajib sedar bahawa perancangan telah dibuat untuk memastikan perang akan berlanjutan. Negara Arab di Timur Tengah akan terus di kacau bilaukan. Kemungkinan Iran akan diserang bukan lagi satu yang mustahil. Perang dan kacau bilau akan melipat gandakan lagi keuntungan untuk kaum pemodal. TT

NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar
SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
: 03-22-72-40-45


APA PERSAMAAN AZIZAN DENGAN SAIFUL





DUA DUA NAIK HAJI- 2 ORANG WARAK






MB KEDAH : AUKU TETAP DILAKSANAKAN DI KUIN
- minsider

KUALA LUMPUR, 19 Jan — Menteri Besar Kedah Azizan Abdul Razak menegaskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) akan tetap dikenakan terhadap mana-mana mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang melakukan kesalahan.

Jelas Azizan, isu sama ada KUIN melaksanakan AUKU ke atas mahasiswa yang melakukan kesalahan bukan isu besar sebaliknya ia boleh diselesaikan secara baik.

Beliau berkata penggantungan lima mahasiwa KUIN tahun lalu dibuat mengikut peruntukan di bawah kesalahan AUKU menambah pengurusan pusat pengajian tinggi itu membuat keputusan berdasarkan undang-undang sedia ada.

"Tindakan dibuat kerana kelima-lima mahasiswa ini melakukan kesalahan dan hukuman dibuat mengikut undang-undang sedia ada, jadi tidak timbul sama ada kerajaan negeri Kedah tidak seiiring dengan kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat yang mahu memansuhkan AUKU.

NOTA:
anak anak muda
pelajar dan mahasiswa
fahamilah kenyataan ini
sedarlah makna kenyatan ini


bahawa:
orang warak ke?
parti isolam ke?
to haji ke?
datuk seri ke?
semua tidak ada apa apa makna
jika sistem ekonomi yang dipertahankan
ialah sistemekonomi kapitalis

malaon ini meruntuh bagunan warisan ratusan tahun
malaon ini dua hari dahulu bergumbira
kerana duit balak banyak masuk ke dlam dana

anak muda dan pelajar
jadikan ini satu ingatan
waspada dengan kaum kapitalis
yang memakai songkok dan jubah
dan selalu pergi umrah!


CUBA BEZAKAN












NOTA:
menteri kabinet gerombolan
yang bernama saifudin menentang auku
ketua pemuda gerombolan
yang bernama khairy jamaludin menentang auku
tikus dari gerakn juga menentang auku

yang zalim telah mula sedar
yang baru berkuasa dah mula zalim
kah kah kah

UCAPAN SELAMAT TAHUN BARU CHINA



SELAMAT SAMBUT TAHUN NAGA


tim tukar tiub
sidang pengarang
tim grapik
tim teknikal
mengucapkan selamat menyambut tahun naga
kepada masyarakat china

jika yamseeeng jangan memandu
jika memnadu jagan yammmseeeng

jika yamseng jangan lupa
ajak kawan kawan yang sudah bersunat
kah kah kah


TAHUN NAGA TAHUN HURU HARA















KALENDER MAYA RAMAL QIAMAT




NOTA:
kita tunnggu
hari jumaat 21 disember ini
betul ke kalender maya ini?
kalau tak betul
kita yamseeeng lagi
kah kah kah


KENAPA ZUNAR SAMAN POLIS




BERITA TERKINI


Ini dia lukisan kartun asli yang telah dirampas polis kerana dituduh menghasut. Rambut Rosmah dibuat dengan rambut betul yang diambil dari kedai2 gunting sekitar KL. Lukisan ini telah rosak dibawah jagaan polis.. Sekarang Zunar sedang menyaman polis dan kerajaan Malaysia akibat rampasan ini.







NOTA:
ingat senang nak cari rambut
ingat senang nak buat rambut macam rosmah
ingat senaga nak jadi gemok macam rosmah

jangan ingat senang
cakap senang
cuba buat kalau berani
kah kah kah




HANYA BERLAKU DI NEGARA KAFIR




NOTA

sila lihat klip di bawah
ini di berlaku di negara kafir
di mana rakyatnya makan babi
di mana menterinya minum beer

tapi tamadun mereka tinggi

apa pandangan pejuang islam
apa pandangan pejaga tandas raja raja melayu
apa pandan hasan ali?
kah kah kah




JANGAN TERPERANJAT - NIKMATILAH


BAKAR GEREJA : DUA BERADIK BOLEH BUAT RAYUAN TERAKHIR - tiewnama

PUTRAJAYA 18 Jan. - Dua beradik, yang masing-masing dihukum penjara lima tahun kerana membakar Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur, dua tahun lalu, kini boleh meneruskan rayuan terakhir mereka terhadap sabitan dan hukuman.

Ini selepas panel tiga anggota Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Sulaiman Daud membenarkan permohonan Raja Muhammad Faizal Raja Ibrahim, 25, dan Raja Muhammad Idzham, 23, untuk melanjutkan masa untuk memfailkan petisyen rayuan mereka.

Hakim Sulaiman, yang bersidang bersama Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki dan Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad kemudian menetapkan 13 Februari ini untuk mendengar rayuan untuk menepikan sabitan dan hukuman penjara.

Ini merupakan rayuan terakhir dua beradik itu selepas gagal dalam rayuan mereka apabila Mahkamah Tinggi pada 27 Mei tahun lalu mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen.

Mereka kemudian memohon tempoh lanjutan masa menerusi peguam baru mereka Salim Bashir apabila petisyen rayuan difailkan pada 18 November tahun lalu selepas tempoh untuk memfailkan permohonan itu telah tamat.

Mahkamah hari ini juga membenarkan permohonan mereka itu supaya menggunakan petisyen 18 November itu dalam mendengar kes rayuan pada 13 Februari ini. – TIEWNAMA


NOTA:
siapa dua beradik ini?
apa latar belakang mereka?
kenapa mereka melakukan kerja ini?

ada sesiapa tahu latar belakang dua beradik ini?
siapa mereka?
siapa kenalan mereka?

banyak persoalan timbul
banyak ruang rung kosong
yang tidak diketahui hujung pangkal

apakah ini kerja bodoh budak budak?
tapi mereka telah pandai memancut
apakah ini satu kemarahan pribadi
tapi pembakaran gereja di johor dilakukan oleh anak polis
semua ini menimbulkan persoalan

bagaimana pula 6 kepala babi yang ditemui dua buolan dulu?
apa jadi dengan kepala babi ini?
sudah dibuat bak ku teh ke?
kah kah kah



HANG TUAH TIDAK WUJUD - HANCUR KETUANAN MELAYU




SUARA SAEKOR KANG KONG




TUNJUK BUKTI HANG TUAH WUJUD , KATA KHOO KAY KIM - mkini


"Saya banyak dikritik kebelakangan ini kerana saya mengatakan tidak wujud manusia seperti Hang Tuah, Hang Jebat yang mereka fikir amat penting. Jika anda tidak bersetuju tunjukkan bukti kepada saya, padahal bagi saya mereka sekadar unsur mistik dan anda tidak boleh memberi penekanan kepada unsur mistik.

"Di Kuala Lumpur misalnya, ada Jalan Hang Tuah, Jalan Hang Jebat tetapi tidak ada Jalan Sutan Puasa (dan) beliau pemimpin Mandailing, yang pertama membuka KL (Kuala Lumpur)," katanya yang menyarankan kajian semula subjek sejarah.

Ditemui selepas itu, Khoo berkata bagi menghasilkan masyarakat moderat, sistem pendidikan harus memberi lebih penekanan kepada nilai murni bagi mengelakkan pelajar menjadi bangsa materialistik.

"...kalau kita sebut perkara itu (nilai murni) kepada mereka di universiti, mereka akan ketawa, yang mereka mahu ialah cara yang paling cepat untuk jadi kaya, materialisme sudah begitu penting dalam masyarakat kita," katanya.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit..MANA KANG KONG YANG LAIN.... kah kah kah..

kah kah kah..KANG KONG INI KATA HANG TUAH TAK WUJUD...kah kah kah..

kah kah kah..KALAU HANG TUAH TAK WUJUD MELAYU TAK WUJUD... kah kah kah..

kah kah kah..KALAU HANG TUAH TAK WUJUD KONSEP KETUANAN MELAYU TAK WUJUD...kah kah kah..

kah kah kah..KALAU HANG TUAH TAK WUJUD... KATA KATA TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA TAK WUJUD...kah kah kah..

woit...MANA PERKASA...MANA PERKIDA... MANA NGO MELAYU.... kah kah kah..

woit... MANA NORDIN KARDY....MANA ANAK ANAK KECIL MAIN MERCUN... kah kah kah..

kah kah kah...MANA BRAHENG ALI.... kah kah kah..

kah kah kah...MANA ZAINAL INDIA.... TAK KAN DAH PULANG MADRAS... kah kah kah..

kah kah kah...MANA HASAN ALI PENJAJA TANDAS RAJA RAJA MELAYU... kah kah kah...

woit...MANA PERSATUAN SEJARAH MELAKA.... kah kah kah

woit...KALAU HANG TUAH TAK WUJUD...ERTINYA KERIS TAMING SARI TAK WUJUD... kah kah kah..

woit..KALAU KERIS TAMING SARI TAK WUJUD.... MACAM MANA SULTAN PERAK MENGAKU TAMING SARI ADA DI ISTANA PERAK... kah kah kah

kah kah kah... MANA YANG BETUL... SIAPA KAKI KELENTONG... kah kah

kah kah kah... PAHLAWAN MELAYU DI HINA SEBAGINI.... SEMUA PEJUANG MALAYU SENYAP MENIKUS.... kah kah kah....


TOLAK FITNAH - LAWAN KONSPIRASI





SAIFUL 20 TAHUN NANTI




BAPA SAIFUL TERUS RAYU PEGUAM NEGARA KEMUKA RAYUAN
- mStar

PETALING JAYA: Bapa Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim melahirkan kebimbangan berhubung tindakan susulan Peguam Negara sama ada akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat atau tidak.

Kebimbangan itu disuarakan Azlan kerana pihaknya tidak mengetahui sebarang perkembangan mengenai proses tersebut walaupun selepas sembilan hari Mahkamah Tinggi membuat keputusan iaitu pada 9 Januari lalu.

"Saya sebagai bapa merasa sedikit risau kerana sehingga hari ini tiada perkembangan berkenaan pemfailan rayuan tersebut oleh kerana saya percaya tempoh masa untuk memfailkan notis rayuan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi," katanya menerusi satu kenyataan media yang disiarkan menerusi blog peribadi Mohd Saiful Bukhari mohdsaifulbukhari.blogspot.com.

Pihak Peguam Negara mempunyai masa 14 hari untuk memfailkan notis rayuan.

Pada 9 Januari lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan liwat selepas mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd Saiful Bukhari dan tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...RAYU JANGAN TAK RAYU.... kah kah kah,...

kah kah kah..KALAU TAK RAYU MAKA TERBUKTI SAIFUL BUAT BOHONG... kah kah kah..

kah kah kah..KALAU TAK RAYU..SAHEH INI KONSPIRASI POLITIK...kah kah kah..

kah kah kah.. KALAU TAK RAYU...TERBUKTI SAIFUL HANYA BARUA DALAM KES INI...kah kah kah..

kah kah kah..KITA LIHAT DAN NANTI...kah kah kah..