Khamis, 28 November 2019

DULU DAN SEKARANG






DULU BESI

SEKARANG ARANG

DULU BENCI

SEKARANG SAYANG


----------

TIPU TIPU






BAHAYA

MAKIN

BERAT


30, 40 kes tipu sijil akademik dikesan setiap bulan, kata firma saringan

PURATA 30 hingga 40 tenaga profesional dikesan setiap bulan terlibat memalsukan sijil kelayakan akademik semasa memohon kerja, kata sebuah firma saringan maklumat Verity Intelligence Sdn Bhd.

Pengarah urusannya Mark Leow memberitahu saringan firma itu ke atas kira-kira 100,000 pekerja dalam tempoh 12 bulan sejak dua tahun lalu mengesan penipuan termasuk melibatkan doktor dan jurutera.

Pada tahun lalu saja, firma itu mengesan sekurang-kurangnya 400 kes pemalsuan sijil akademik melibatkan diploma dan ijazah, katanya.

Penipuan itu melibatkan pekerjaan kritikal seperti dalam bidang perubatan, perbankan, syarikat keselamatan, dan kejuruteraan petrokimia, serta termasuk syarikat milik kerajaan (GLC).

“Isu ijazah palsu ini serius. Kes yang paling popular melibatkan seorang doktor wanita yang berkhidmat di sebuah hospital swasta, kononnya lulusan dari Ireland tetapi sebenarnya tidak pernah tamat pengajian di sana,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Jelas Leow, “doktor wanita” itu pernah ditahan di Ireland dan Amerika Syarikat kerana menggunakan sijil akademik palsu, dan kemudian pulang bekerja di Malaysia.

“Selepas melalui proses saringan yang kami jalankan, pihak hospital mengarahkan dia berhenti kerja,” katanya.

Verity Intelligence yang diasaskan pada 2010 diiktiraf sebagai antara syarikat penapisan dan pengesahan maklumat latar belakang yang terkemuka di Malaysia dan Singapura.

Berdasarkan rekod firma itu, kes pemalsuan sijil akademik melibatkan kira-kira 70% institusi pengajian tempatan dan selebihnya 30% universiti luar negara.

Menurut Leow, antara ijazah universiti tempatan yang popular jadi mangsa penipuan ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), dan Universiti Sains Malaysia (USM).

“Pihak pengurusan universiti berkenaan tahu hal ini,” katanya.

Pada Februari lalu, The Malaysian Insight melaporkan ijazah palsu dijual beli melalui Internet di Malaysia dengan harga serendah RM12,000.

Sindiket pemalsuan sijil akademik itu juga mendakwa mendapat bantuan daripada “orangd alam” di institusi pengajian tinggi.

The Malaysian Insight menyiarkan laporan itu pada awal tahun ini ketika heboh dakwaan beberapa pemimpin politik termasuk menteri, timbalan menteri dan menteri besar tidak mempunyai kelulusan akademik seperti yang mereka papar pada rekod latar belakang.


BUAT BANGUNAN

BANGUNAN

 RUTUH

CABUT GIGI

MATA BUTA

BERI UBAT

TERUS MATI

APA UDAH JADI
----------

MAT SONGEL DAULAH TERPENDAM


ARKIB 24 APRIL 2019




MAT SONGEL 
MUNCUL KEMBALI
BERSAMA DAULAH TERPENDAM

Pada 6 April 2019 - Menteri Luar Saifuddin Abdullah bercakap dengan MalaysiaKini tentang kemungkinan wujudnya daulah terpendam yang merancang rampasan kuasa. Kata-kata Menteri Luar ini adalah pencerahan  rentetan dari kenyataan Perdana Menteri  Mahathir Muhamad  yang muncul pada 5 April 2019. 

Mahathir mengumumkan tentang  kewujudan  projek sailang yang dirancang untuk menggagalkan Statut Rom Perjanjian Mahkamah Antarabangsa (SPRMA -ICC).

Saifuddin yang lemah lembut lagi berbudi bahasa dengan penuh diplomasi menerangkan :

"Ada sebuah negara yang tidak pernah berlaku transisi demokratik, berlaku satu pilihan raya selepas kebangkitan rakyat, seorang presiden dipilih. Dan presiden itu dianggap the first elected democratically president and he formed the government (presiden pertama yang dipilih secara demokratik dan dia telah membentuk kerajaan).

"Dalam masa setahun seorang jeneral mengetuai satu rampasan kuasa dan menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokratik.

"Kenyataan Dr M, kerisauan saya perkara sedemikian boleh berlaku di negara ini. Kita mesti elakkan perkara ini berlaku. Kita harus mempertahankan kebangkitan rakyat dan pilihan raya rakyat," katanya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

Hishamuddin Rais  yang bukan Menteri Luar dan  tidak berdiplomasi menjelaskan bahawa  negara yang dimaksudkan oleh Saifuddin Abdullah ialah Mesir. Presiden yang dijatuhkan oleh daulah terpendam ialah  Mohamed Morsi yang    sah dipilih oleh rakyat Mesir. Yang menjatuhkan ialah komplot General Abdel Fattah el-Sisi dengan kerja sama daulah terpendam Mesir.  Kini el-Sisi mengangkat dirinya  sebagai Presiden Mesir.  Bekas Presiden Morsi kini dalam penjara diacam dengan hukum gantung kerana mengkhianat. Khalas.

Saifuddin dengan penuh diplomasi menyatakan kebimbangan dirinya bahawa rampasan kuasa oleh daulah terpendam boleh berlaku. Di Mesir daulah terpendam bergerak. Di Malaysia  daulah terpendam wujud.  Mustahil di Malaysia mereka tidak bergerak.

Manakala ucapan Mahathir pula telah menyatakan bagaimana Malaysia menggantung pengiktirafan  Statut Rom  untuk sementara. Menurut Mahathir gantung sementara  kerana berlakunya kekalutan. Menurut pandangan Mahathir ini semua adalah  kekeliruan dan kekalutan yang dirancang dan disusun. Walhal Malaysia telah menanda tangani perjanjian SRPMA-ICC. Amin.

Anak semua bangsa wajib sesama  memahami apa itu daulah  terpendam. Siapa dia daulah terpendam. Sila lihat dan dengar dengan hati-hati klip ucapan Mahathir tentang pekara ini yang boleh ditonton dalam YouTube.

Klip ucapan Mahathir ini sarat dengan  pelbagai bentuk maklumat. Kita tidak perlu ada ijazah sain politik dari Havard Universiti untuk memahami ucapan Mahathir ini.

Dari segi semiotik kita boleh  baca tanda dan makna ucapan Mahathir. Dari bahasa badan  kita baca bahawa  amat jelas  Mahathir ini marah.

Jeng jeng jeng. Marah kepada siapa?

Pada petang Sabtu 20 April di Hotel Summit Kuala Lumpur dalam  satu program Amanah Wilayah Persekutuan Khalid Samad Menteri Wilayah juga telah menyebut daulah terpendam. Khalid memberi tahu kepada ahli dan aktivis Parti Amanah agar berwaspada tentang kewujudan daulah terpendam. 

Malah Khalid memberi ingatan kepada anggota parti agar jangan terperangkap dalam jaringan perang saraf daulah terpendam. Khalid mengalu-alukan kritikan terhadap kerajaan Pakatan tetapi setiap kritikan itu wajib berasas bukan hentam semberono hasil dorongan daulah terpendam.

Bila dikahwinkan klip YouTube Mahathir dengan kenyataan Saifuddin Abdullah  dan ucapan Khalid Samad  maka yang muncul  satu persoalan. Apa sedang dilakukan oleh  daulah terpendam. 

Bila perkataan daulah terpendam muncul maka Hishamuddin  Rais wajib membuat  analisa untuk anak semua bangsa. Analisa yang senang difahami dan  mudah dihayati. 

Justeru, menjadi tanggung jawab saya untuk menghuraikan  babak-babak dibelakang kenyataan-kenyataan ini. Apa maknanya dan tanda-tanda dari kenyataan dan ucapan ini. Amin.

Dari rujukan sejarah kita tahu bahawa idea dan  metod daulah terpendam ini telah wujud semenjak zaman  Greek kuno lagi. Dalam sejarah politik moden secara resmi daulah terpendam  diwujudkan  secara tersusun oleh Kamal Ataturk  di Turki pada tahun 1923. 

Daulah terpendam dari dahulu hingga ke hari ini adalah jaringan,  kabal dan sel-sel  rahsia, yang  resmi dan tidak resmi. Daulah terpendam bergerak untuk mempertahankan kepentingan masing-masing. Mereka mungkin terdiri dari  sosok tertinggi pasukan tentera, lembaga risikan atau  penjawat awam.

Para penjawat awam dan pegawai tertinggi kerajaan berkepentingan untuk  menjaga gred JUSA dan periok nasi mereka. Memastikan daulah wujud  agar mereka terus bekerja. Wujud juga sel  yang mempertahan satu-satu idealoji. Secara subersif  sosok ini secara tersusun dan tidak tersusun akan bergerak   untuk menafikan niat, dasar dan cita-cita kerajaan yang diplih oleh rakyat.

Sosok-sosok aparachik tertinggi dari syarikat kerajaan (GLC)  juga  akan bersama daulah terpendam jika kuasa dan kepentingan ekonomi mereka tergugat.

Sama bersekongkol ini ialah para cukong dan kaum pemodal yang mahu memastikan mereka terus mendapat kontrek  dan laba  keuntungan yang berterusan. 

Jangan lupa di Malaysia daulah terpendam juga  termasuk sosok-sosok ahli politik  yang kalah dan ahli politik yang bernafsu besar. Ini termasuk gulungan feudal yang merasa diri mereka tidak difeudalkan lagi. Amin.

Anak semua bangsa wajib sedar latar lanskap dan wacana politik Malaysia semenjak 9 Mai 2018 masih lagi sibuk  soh seh soh seh dengan : Apakah Anwar Ibrahim diyakini oleh orang ramai untuk menggantikan  Mahathir Muhamad.

Persoalan siapa salepas Mahathir telah membajak ajenda utama  kemenangan 9 Mei. Ajenda utama Pakatan Harapan (PH) untuk membawa perubahan  struktural   telah dibajak. Para wartawan jadi hingar bingar bising dan sibuk ke hulu ke hilir  bertanya: Dalam masa terdekat ini apakah Anwar dipercayai oleh  Mahathir sebagai pengganti.

Walhal yang wajib ditanyakan untuk dijadikan perbualan nasional oleh anak semua bangsa ialah apakah bentuk reform  dan perubahan struktural yang dirancang  oleh PH. Atau apa ajenda ekonomi terdekat untuk menampung  harga barang keperluan yang mahal. Apa ajenda sosial PH untuk jangka panjang dalam usaha menyelesaikan persolan nasional, perumahan atau persekolah  dan dan dan. Khalas

Siri tulisan  ‘Merakam Sejarah’ ‘ oleh Hishamuddin Rais  dalam MalaysiaKini adalah bukti  wujudnya  watak-watak yang mahu  mengsailang Mahathir. Awalnya Mahathir cuba disailang  dari mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada pagi 10 Mei 2018.  Apabila ini gagal  lalu diwujudkan  projek gelap untuk menubuhkan negara Melayu-Islam dan untuk  menolak  Mahathir dan Pakatan Harapan.

Terbukti - projek sailang  ini telah beberapa kali gagal.  Media menghebohkan kenyatan Parti Islam Pas tentang projek undi tak percaya terhadap Mahathir.  

Mat Songel muncul kembali  dan telah mengambil teori  dan pendekatan kaum  kiri - mendirikan - United Front - barisan bersatu. Barisan  bersatu ini berpayung dalam satu  ajenda  - memastikan Mahathir tergelincir atau diundurkan  sacepat mungkin.

United front ini berjaya diwujudkan kerana ada kepentingan bersama antara Mat Songel dan daulah terpendam.  Dalam masa yang sama  para politikus  dari zaman Najib dan kuncu-kuncu Najib  ikut sama. Ini kerana mereka  berhadapan dengan penjara. 
Justeru, agenda Pakatan Harapan  untuk membuka ruang demokrasi melalui Statut Rom disabotaj. Apa yang telah berlaku  sabenarnya adalah  sambungan projek sailang  Mat Songel.

Usaha mensabotaj pendemokrasian  Pakatan Harapan ini juga telah mendapat  restu dari kumpulan  Towkay Pasir. Sang Towkay merasa perniagaan jual beli pasir   makin terdesak.

Pada satu ketika dahulu  Towkay Pasir  bersultan di bukit dan beraja di pub. Tepuk dada tanya Singapura.  Semuanya berubah apabila rakyat memilih Pakatan Harapan sebagai kerajaan baru.

Apakah  semua  yang tertera  dalam tulisan ini ini hanya cerita rekaan. Apakah  semua ini hanyalah  kesah-kesah dongeng. Atau mengikut pandangan Anwar Ibrahim semua ini hanyalah labon penglipur lara dari Hishamuddin Rais.

Bukan. Tidak. Ini bukan kesah dongeng. Saifuddin Abdullah bukan kaki putar. Khalid Samad juga bukan Tukang Karut. 
Untuk membuktikan kesahehan apa yang saya tulis diatas sila rujuk klip MalaysiaKini dalam YouTube bertajuk  - Mereka lebih pengkhainat dari saya. Klip 5.47 saat ini adalah bukti   apa yang saya nyatakan tentang Mat Songel, daulah terpendam dan Towkay Pasir.

Dalam klip ini Mahathir menerangkan  duduk pekara bagaimana agenda demokrasi PH untuk menerima pakai Statut Rom telah  diputar belitkan. Kekalutan sengaja ditimbulkan. Secara licik  kekalutan ini telah menuduh Mahathir sebagai pengkhianat menjual negara kepada orang asing. 

‘... mereka nak cuba gunakan untuk memburukkan kerajaan.. terutama saya kunun.. saya pengkhianat kepada bangsa saya…’

‘...sesiapa melanggar undang-undang..tak kira siapa …sama ada mereka Putera Raja atau Mat Papa kerajaan akan  mengambil tindakan…’

‘.… mereka telah berjaya melakukan kekalutan dan kacau bilau dalam pemikiran orang ramai…bahawa undang-undang Statut Rom ini akan menafikan hak orang Melayu… ini sabenarnya karut..

‘... kalau tak sain Statut Rom kita boleh curi kita boleh buat macam-macam tak boleh ada tindakan…tapi kerajaan ini akan bertindak … jika kamu melaggar undang-undang..’

‘.. kami tak peduli siapa kamu.. kami akan ambil tindakan terhadap kamu..kalau kamu menjual  tanah kepada orang asing kerana mencari duit.. kami akan ambil tindakan…

‘.. semua ini langkah politik..untuk meminta Raja Raja menyokong mereka…ada keluarga Raja yang campur tangan..niatnya ialah mengarahkan Raja Melayu menetang kerjaan hari ini…. ini niat mereka…’

‘ maka kami mengundur dari Statut Rom.. kerana kekalutan yang diwujudkan  oleh beberap sosok termasuk orang yang memiliki cita-cita politik…’

Jeng jeng jeng. …’ some people with political ambition… orang yang memilki cita-cita politik ..’  Ini kata-kata Mahathir Muhamad di minit 4.50 saat  dalam klip MalaysiaKini yang tersimpan dalam YouTube.

Jangan tuduh Hishamuddin Rais buat kesah dongeng.

Justeru siapa yang memiliki  cita-cita politk ini? Mustahil Towkay Pasir. Mustahil Cik Berahim. Mustahil Cik Ismail. Mustahil Mak Bedah. Mustahil Kak Kiah.  Apakah ini kerja Mat Songel lagi? Tunggu minggu hadapan. (tt)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45


---------

PKM - MENENTANG JEPUN DAN BRITISH






Tumpang tanya..
Sebelum merdeka dulu..
Askar dan polis kita kerja dengan sapa?
Kerajaan malaysia xwujud lagi masa tu!!!







KERJA DENGAN KUSASA
PENJAJAH INGGERIS
MAT INDERA LAWAN
TENTERA UPAHAN INGGERIS



KUASA KOLOSAPA


----------

SEJARAH PERJUANGAN









SEJARAH

PERJUANGAN

  • Viveg Raj Asal PKM dinamakam Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA). Dia lawan penjajajan Jepun, sekali dengan bantuan senjata dari British dan kerjasama
    Dengan British atas kondisi Britain akan beri kemerdekaan bagi Malaya selepas perang. Sebab tu dalam Vi
    ctory Parade di London lepas memang perang, Dari Malaya, MPAJA, Regimen Askar Melayu, Indian Army Unit, ANZAC, semua di bawa ke London. Chin Peng di beri pingat Order of British Empire. Lepas British belot tak mau beri kemerdekaan, baru MPAJA siap angkat senjata lawan British. Dan masa tu Parti Komunis dari China bagi bantuan wang dan senjata... sebab tu ada penubuhan PKM. Lepas Merdeka... PKM nak masuk kancah politik negara dan minta PKM di daftar sebagai parti politik.... tapi Parti Perikatan masa tu di bawah telunjuk British dan tak benarkan... jadi PKM ambik balik senjata lawan. Tapi yang dah... PKM pada awalnya menentang penjajah.


--------

APA ITU SD








APA

ITU






--------

S.B





S.B
Daulah terpendam kat malaysia salah satu geng SB la kan betul tak Tt.. Cakap² dorang tentukan sape jadi piem ada betul jugak.. Rmai bekas igp datang dari SB.. Maknanya dorang rapat dengan menteri atau piem. Tahun 98 dulu awal² yang siasat kes anwar SB la kan. 
on 
DAULAH TERPENDAM
Publish | Delete | Spam
Sarjen Senak
on 28/11/19

D

--------

SEJARAH UNIVERSITI BANGSAR UTAMA






UNIVERSITI

BANGSAR

UTAMA


Menghadiri forum berkaitan anti rasuah di Malaysia oleh KP SPRM Malaysia Sdri. Latheefa Koya anjuran Kelab Bangsar Utama.
Mengenali beliau sejak 2001 apabila menjadi anak guam kepadanya. Tidak kurang 10 tahun tak jejak kaki di UBU ni. Rasa sentimental pulak bila kembali kat tempat ini. Tempat pun dah cantik dan tersusun tak busuk macam dulu.

Write a comment...


--------