.

Rabu, 17 Februari 2016

DARI SAHABAT MAT SABU






MAY BANK

5642-5857-6644


telah terkumpul


18,000 ringgit


terima kaseh




-----------

BARA MASIH MEMBAKAR









BERKUMANDANG

SEKALI LAGI


Penyokong bola sepak Kedah nyanyi lagu ‘Kami Nak Najib Undur’ malam tadi 


Sebuah video berdurasi 1minit 21 saat dimuat naik ke laman Facebook Kelab Che Det menunjukkan peminat bola sepak Kedah menyanyikan lagu "Kami Nak Najib Undur'"sewaktu berlangsungnya perlawanan bersama Terengganu di Stadium Darul Aman di Alor Setar malam tadi.
Video nak dimuat naik kira-kira jam 11.00 pagi tadi sudah mendapat lebih daripada 350 perkongsian dan tontonan hampir 20,000.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/penyokong-bola-sepak-kedah-nyanyi-lagu-kami-nak-najib-undur-malam-tadi#sthash.7pnZlr5U.dpuf


INI BUKTI

 ANAK MUDA 

BANGUN 

MELAWAN



-----------

UNTUK PEMBACA







PARA PEMBACA

yang budiman

lagi beriman

sila hulurkan

10 ringgit untuk

membantu

sahabat kita

Mat Sabu

Kempen bantu Mat Sabu bayar saman dilancar

KUALA LUMPUR - Kumpulan aktivis dan NGO politik telah melancarkan kempen Derma #SahabatMatSabu, RM10 seorang hari ini.

Wakil kumpulan aktivis, Hishamuddin Rais berkata, kempen tersebut dilancarkan bertujuan membantu Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang diperintahkan mahkamah untuk membayar RM200, 000 dalam kes saman yang yang dikemukakan oleh bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),  Wan Ahmad Wan Omar.

Menurutnya lagi, adalah menjadi tanggungjawab setiap individu atau pihak yang mengenali Mohamad atau Mat Sabu untuk membantu pemimpin politik itu.

"Kami mengalukan mana-mana pihak yang berhasrat untuk sama-samamembantu meringankan beban sahabat kami (Mat Sabu).

"Keberanian beliau selama ini telah membangkitkan kelantangan dan kesedaran rakyat pelbagai kaum untuk bersama-sama memastikan institusi pengendali pilihan raya, SPR menjalankan tugas seperti yang kita tuntut dan kita harapkan," katanya ketika ditemui pada sesi sidang media, di Dewan Restoran Amjal, di sini, hari in


MAY BANK

5642 5857 6644


------------

SAHABAT MAT SABU





      BERSAMA MAT SABU

BERSAMA MAT SABU
terima kasih bro tt. semoga tuhan segala tuhan merahmati anda, mat sabu dan lain2..aritu gua minta no akuan utk bantu mat sabu..kini giliran gua utk hasut kawan2 bagi derma mengikut angkat 2.6, tak kira la rm2.6 ka rm26 ka, rm260 ka..kahkahkah..

mengikut AG, 2.6 itu dikelaskan sbg derma bukan rasuah..so apa lgi kwn2, jgn dok ckp je.tak luak bonus 5+3 tabung haji tu kalo mderma.tak luak duit zakat tu kat mderma bg mdptkan sistem yg adil.ini duit bukan mau g german tgk minah.. on BERSAMA MAT SABU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 2/17/16






-----------------

SAHABAT MAT SABU








FACE BOOK 



Sidang media "Sahabat Mat Sabu" di Dewan Amjal, Restoran Hj Amjal pagi ini, Rabu 17 Februari 2016 dipimpin oleh Hishamuddin Rais. Melancarkan kempen "Sahabat Mat Sabu" melunaskan ganti rugi saman RM200k terhadap bekas Pengarah SPR, Dato Wan Ahmad. Bersama di barisan depan Cikgu Ishak Surin, Manjet Singh, Adam Adli dan Sdra Amir. Turut hadir YB Seputih, Terresa Kok; Timbalan Pengerusi Amanah WP, Dato Tarmizi Mohd Jam; Sdra Ronnie Liu; Sdra Jonah dan Pak Hj Amjal. Amacam?





TEKINI 

disidang akhbar 

ini sebanyak

1200 ringgit telah 

berjaya dikumpul


setakad ini jumlah

yang diterima

ialah  5640 ringgit




-----------------

PERTEMPURAN TERAKHIR




MENUJU KE PERTEMPURAN AKHIR
Ketika saya meggarap tulisan ini seramai 4,801 soldadu dan pegawai tentera Amerika telah gugur di Iraq. Di Afghanistan seramai 3,487 - soldadu dari pelbagai negara barat telah tewas. Setakad ini perbelanjan perang di Iraq dan Afghanistan ialah 1,667.133,934,508 dolar Amerika. Jumlah warga Irag yang mati dibunuh dalam perang Iraq ialah 1,455,590.
Maka dalam tulisan ini saya wajib menerangkan apa yang sebenarnya sedang berlaku dalam dunia hari ini. Dunia kelihatan kacau bilau. Perang disana sini. Dalam masa yang sama ekonomi dunia semakin mengecut. Ramai hilang pekerjaan.Kilang banyak ditutup. Bank jatuh muflis. Orang ramai - kaum buruh, kaum pekerja dan kaum tani makin terdesak kehidupan.
Dalam masa yang sama 66 sosok bersama ratusan CEO Bank, tuan-tuan empunya kilang, tuan empunya syarikat, tuan empunya tanah, tuan empunya saham - terus meraih keuntungan berlipat ganda dan menjadi kaya raya.
Saban hari kita terbaca atau menonton berita tentang ekonomi dan perang - kacau dan bilau yang sedang berlaku dimerata tempat dalam dunia. Di Asia, di Afrika dan di Latin Amerika - suasana terus tegang. Pembunuhan, letupan, penyuludupan terus berlaku. Sebenarnya semua ini kait berkait dan ikat berikat.
Mari kita ingati kembali dasar PNAC - Projects for the New American Century. Lembaga NGO yang ditubuhkan pada 1997 ini telah melakarkan beberapa dasar. Sosok-sosok dan pemikir dalam PNAC ini berfahaman kanan - neo-konservatif. Mereka terdiri dari profesor, intelektual dan pemikir garis kanan yang amat diyakini oleh kaum pemodal justeru fikrah mereka dilanggan oleh Rumah Puteh.
Dasar-dasar PNAC ini muncul sesudah secara resmi tamat Perang Dingin. Amerika sesudah Perang Dingin dilihat unggul. Amerika tidak ada saingan apabila Blok Sosialis Rusia runtuh.
Induk dasar PNAC ini ialah hegemoni Amerika. Hegemoni bermakna kuasa mutlak. Hegemoni Amerika bermakna kuasa mutlak dibawah imperialis Amerika. PNAC juga melakar bahawa Amerika Syarikat TIDAK akan membenarkan mana-mana kuasa, mana mana negara dalam dunia ini muncul atau berkeupayaan untuk bersaing atau berkeupayaan menandingi kuasa hegemoni Empire Amerika.
Inilah dasar dunia yang kita duduki hari ini. Ini adalah realiti dan budaya politik dalam semua negara yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis. Negara dunia kapitalis wajib tunduk dibawah hegemoni Amerika.
Apakah ada pembaca yang tidak percaya dengan apa yang saya tulis ini? Saya dapat membuktikan hujah saya ini dengan senang.
Dalam dunia hari ini semua jual beli dalam pasaran dunia wajib menggunakan kertas hijau yang dipanggil dolar Amerika. Semua jual beli bahan bakar petrolium dalam dunia ini wajib menggunakan dolar.
Sayugia diingatkan bahawa dolar ini hanya kertas hijau yang TIDAk ada apa-apa sandaran. Tidak bersandarkan emas atau perak. Dolar hari ini dipanggil duit FIAT. Fiat ini bermakna duit yang dipaksakan nilainya keatas kita. Duit bersandarkan emas telah dilupuskan pada tahun 1971 oleh Presiden Nixon.
Justeru Malaysia mengekpot minyak sawit untuk mendapatkan dolar. Petronas jual minyak untuk mendapatkan dolar. Jika kita tidak ada dolar kita tidak boleh beli apa-apa. Tanpa dolar Rosmah tak dapat beli beg Birkin. Najib tak dapat beli kapal terbang Boeing baru. Razak Baginda tak dapat beli kapal selam Scorpene. Semua perlukan dolar.
Bagaimana cara untuk dapatkan dolar?
Kita berniaga jual barang kepada Amerika. Amerika bayar kita dengan dolar. Kita jual minyak sawit kepada Belgium atau Belanda - mereka bayar kita dengan dolar. Belgium dan Belanda jual keju dan beer kepada Amerika - mereka dapat dolar.
Dalam sistem ekonomi kapitalis hari ini dolar diwajibkan sebagai tukaran jual beli.
Lalu persoalan timbul - apa kerja yang dibuat oleh Amerika? Sebenarnya Amerika hanya mencetak kertas hijau yang dipanggil dolar. Ini ekspot terbesar dan bisnes utama Amerika ketika ini - selain dari jual senjata dan filem dari Holywood. Amerika menjual kertas hijau yang dipanggil dolar.
Kerja jual dolar ini dilakukan oleh Federal Reserve - sebuah bank swasta - yang pemiliknya dirahsiakan. Federal Reserve ini mencetak dolar . Dolar ini dipinjamkan kepada kerajaan Amerika. Bila kita terbaca Amerika berhutang - ini bermakna Amerika berhutang dengan Federal Reserve. Yang mengawal nilai naik turun dolar - yang mengawal bunga pinjaman dolar ialah Federal Reserve. Jangan salah anggap Federal Reserve bukan bank negara Amerika. Ini bank swasta yang telah diberi kuasa untuk mencetak dolar.
Mustahil pekara sebodoh ini berlaku. Mustahil tidak ada pemimpin negara di Asia, Afrika dan Latin Amerika tahu hal ini? Apakah dunia bodoh sangat dan tidak sedar hal ini. Mustahil?
Tetapi saya amat yakin Najib, Muhyiddin, Khairy, Sabri , Zahid dan menteri yang lain pasti tidak ada keupayaan fikrah untuk berfikir sampai ke tahap Federal Reserve. Pekara ini terlalu ‘ high politk’ buat mereka. Mereka hanya ada keupayaan untuk berfikir ke tahap perniagaan Low Yatt, Pertama Kompleks atau meniaga di Aked Mara.
Tetapi saya amat yakin Mahathir Muhamad sedar dan faham tentang peranan Anglo-Zionis dalam hal Federal Reserve. Kerana pernah Mahathir mencadangkan Malaysia menggunakn dinar emas sendiri. Ada juga pemimpin negara selain dari Mahathir yang faham hal ini. Saddam dari Iraq dan Gaddafy dari Libya faham tentang peranan dolar. Ini kerana negara mereka pengekspot petrolium yang banyak.
Sadam Hussein cuba menggunakan Euro - meninggalkan dolar dalam jual beli minyak. Hasilnya Saddam digantung mati. Gadaffy juga cuba menggunakan dinar emas dalam jual minyak. Hasilnya jubur Gadaffy telah disula dan dia mati. Ini fakta sejarah.
Apa yang saya tulis diatas bertujuan untuk membuktikan kuasa hegemoni imperial Amerika. Ini untuk membuktikan kuasa dolar dibantu oleh kuasa bala tentera Amerika dan kuncu-kuncunya dalam NATO. Seluruh dunia hari ini dipaksa menggunakan dolar jika mahu mengadakan jual beli dipasaran antarabangsa.
Dengan laras senapang Amerika boleh buat silap mata jual kertas hijau yang dipanggil dolar. Ini membuktikan bahawa kuasa muncul dari laras senapang.
Laras senapang ini adalah 700 lebih pengkalan askar dan soldadu laut , darat dan udara Amerika berselirat diseluruh diseluruh dunia. Amerika memiliki perjanjian dengan 191 buah negara ahli-ahli Bangsa Bersatu. Semua negara ini tunduk dibawah kuasa hegemoni Amerika - termasuk Malaysia. Perjanjian baru ialah TPPA. Ini fakta bukan propaganda.
Tetiba muncul China, Rusia, Iran, India, Korea Utara, Cuba, Afrika Selatan dan Brazil. Mereka mula berpakat-pakat untuk meninggalkan dolar dalam semua urus niaga jual beli. Rusia menerima Yuan - mata wang China - apabila menjual minyak. China menerima Ruble mata wang Rusia apabila membeli kapalterbang dari Rusia. India boleh meggunakan Rupee bila membeli dari China atau Brazil. Apa maknanya? Apa sedang berlaku?
Yang sedang terjadi ialah kemunculan negara-negara baru yang berani memecahkan hegemoni Amerika. Negara-negara ini berani keluar dari celah kangkang dolar. Negara-negara ini memiliki kekuatan ekonomi dan teknoloji sendiri. Mereka mahu berdiri bebas dari dikawal dan dikontrol oleh Amerika.
Tidak cukup dengan meninggalkan dolar negara-negara ini membuat perjanjian perniagaan sesama mereka. Maka muncul apa yang dipanggil negara BRIC - Brazil, Rusia , India dan China. Untuk memastikan negara mereka bebas dari hegemoni Amerika - China telah menubuhkan Asian Infrastructure Investment Bank. Bank ini jelas untuk menandingi Bank Dunia.
Tidak cukup dengan ini Rusia telah menubuhkan Eurasian Economic Union - perjanjian kerjasama ekonomi dengan negara-negara Eropah Timur.
Untuk memastikan negara-negara ini tidak terus diinjak-injak dan dibuli oleh Amerika didirikan lembaga Shanghai Cooperation Organisation (SCO). Lembaga SCO ini terdiri dari China, Rusia, Kazakhtan, Kargystan,Tajikstan dan Uzbekistan - termasuk Iran, India dan Pakistan. Ini perjanjian pertahanan. Perjanjian bersetiakawan sesama negara.
Dari ini jelas kita lihat bahawa dasar PNAC terang-terang telah dilanggar dan dibakul sampahkan oleh negara-negara SCO. Kelihatan tiga buah negara - Rusia, China dan Iran - sedang menjadi negara penting - mengemudi usaha untuk mematahkan hegemoni Amerika.
Apakah kaum neo-konservatif dan kaum kanan dan kaum pemodal di Amerika berdiam diri? Apakah kuasa imperial Amerika tidak bangun melawan?
Jawabnya adalah mustahil kuasa Zionis-Anglo-Amerika akan berdiam diri. Mustahil mereka tidak merancang. Mustahil mereka akan membenarkan harta dan kuasa mereka terlepas dari tangan mereka.
Keadaan ini sama saperti kedudukan Najib dan Rosmah sekarang. Najib dan Rosmah sedang dikepong. Mustahil Najib dan Rosmah akan menyerah. Hasilnya - kacau bilau dan porak peranda politik dan ekonomi berlaku di Malaysia. Semua ini muncul kerana rakyat mahu menjatuhkan Najib dan Rosmah.
Ini sama saperti kacau bilau yang berlaku dalam dunia hari ini. Kacau bilau ini muncul kerana rakyat dunia mahu menjatuhkan kuasa imperilais Amerika. Rakyat dunia sedang bersedia menuju ke pertempuran terakhir. (TT)

NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45
-----------

LAGI PUNAT HADI








LAGI 

PUNAT HADI





------------

EKONOMI DUNIA PAGI INI








EKONOMI DUNIA

TERUS JATUH

DIMANA AKHIRNYA


Global Stocks Continue To Crash As Oil Plummets And Gold Skyrockets

Stock markets around the world continue to collapse as this new global financial crisis picks up more steam.  In the U.S., the Dow lost 254 more points on Thursday, and it has now fallen for five days in a row.  European stocks continued to get obliterated, and financial institutions are leading the way.  But this week what is happening in Japan has been the most sobering.  After falling 918 points the other day, the Nikkei plunged another 760 points early on Friday.  The Nikkei has now fallen for seven of the past eight days, and investors in Japan are in full panic mode.  Overall, global stocks are well into bear market territory, and nearly 17 trillion dollars of global stock market wealth has already been wiped out.



-------------

PERANG BERTERUSAN






PERANG

DITERUSKAN

LAGi


Saya tak akan putus asa usaha singkir Najib, kata Mahathir

Mahathir Mohamad, yang disiasat kerana mengkritik Najib dan pentadbirannya, berkata beliau tidak akan putus asa dalam usahanya menyingkirkan perdana menteri. 
Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata, beliau percaya dalam melakukan sesuatu yang berbaloi. 
"Saya sentiasa percaya, apabila kita gagal, kita bangun, dan cuba lagi dan lagi. Ia sama ada apa yang kita buat itu berbaloi atau tidak," katanya kepada pemberita pada satu majlis Proton di Shah Alam hari ini.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/saya-tak-akan-putus-asa-usaha-singkir-najib-kata-dr-mahathir#sthash.CsMSLqYA.dpuf

KAH KAH KAH

woit
ini macam perang di eropah
seratus tahun tak henti henti
kah kah kah
ini amat baik untuk negara
warga negara dapat sedar
warga negara dapat faham
banyak maklumat keluar
kalau tak ada perang
semua disimpan dalam peti besi
kah kah kah
perang akan membuka peluang
peluang apa?
kah kah kah
macam macam peluang ada
tak caya ke?
contoh terbaik kerana perang
makin ramai jadi raja
kah kah kah
datuk dan datuk seri bersepah2
semua ini hasil perang

TERUS LAGI 

-----------

MUSTAHIL NAK TANGKAP?







DUA PULUH

TAHUN 

PRESiDEN

PARTi

Zahid nafi Umno mahu  Mahathir ditangkap


Ahmad Zahid Hamidi berkata, Umno tidak ada agenda untuk membuatkan Mahathir Mohamad ditangkap kerana menulis blog dengan kata-kata yang keras terhadap  Najib dan Peguam Negara Apandi.
Timbalan perdana menteri dan naib presiden Umno itu menjauhkan parti itu daripada dikaitkan dengan laporan polis yang dibuat baru-baru ini menganjurkan siasatan dibuka terhadap Mahathir.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/zahid-nafi-umno-mahu-dr-mahathir-ditangkap#sthash.q3hocqMM.dpuf

KAH KAH KAH
woit
kah kah kah
tak kan nak tangkap
mustahil nak tangkap
tak masuk akal nak tangkap
kah kah kah
tapi mana tahu
kalau ada arahan 
kah kah kah
macam sirul dan azilah
hanya terima arahan
kah kah kah

ARAHAN SAPA 

------------

APA KHABAR MB PAHANG







KOI APA KHABAR

KOI OKAY KE?


KAWAN TANYA

JANGAN MAROH




-----------

KAMI KAWAN MAT SABU








DERMA UNTUK

MAT SABU

ok TT...saya akan tranfer RM20 ke akaun Maybank tu. Nak bagi banyak saya tak mampu. Hidup AMANAH Pukimak UMNO dan PAS on BERSAMA MAT SABU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 2/16/16






------------