Jumaat, 28 Februari 2014

SATU LAGI SANDIWARA




Penolong penguasa dan inspektor polis hadapi tuduhan rasuah

Dua anggota polis masing-masing berpangkat penolong penguasa dan inspektor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Ipoh hari ini atas tuduhan rasuah dua tahun lepas.
Shuib Abdl Samad @ Zainul, 51, yang bertugas sebagai penolong penguasa Polis di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar menghadapi tiga pertuduhan melibatkan rasuah berjumlah RM1,100.
Dia mengaku tidak bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan dihadapan Hakim Madihah Hairullah.

SANDIWARA

JANGAN DILIHAT 

TAK BUAT KERJA

KAH KAH KAH


--------

HIDUP MELAYUUU






MALAYSIA HAK MELAYU: PENDIRIAN ISMA JUMUD DAN BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM

Saya merujuk kepada laporan portal Malaysiakini bertajuk “ISMA mahu dunia iktiraf M'sia hak Melayu” yang diterbitkan pada 27 Februari 2014.

Ternyata, pendirian ISMA yang mahu seluruh dunia mengiktiraf negara Malaysia sebagai warisan Melayu dan hak Melayu adalah bersifat jumud dan berbaur perkauman serta tidak membantu aspirasi rakyat negara ini dalam memperkukuh persefahaman dan perpaduan di antara kaum.

Pendirian ISMA ini juga menzahirkan pegangan assabiyyah (perkauman melampau) di dalam organisasi tersebut dan ia jelas bertentangan dengan prinsip dan ajaran Islam yang bersifat syumul dan tidak membeza-bezakan di antara satu bangsa dengan bangsa yang lain.

Jika dihimbau sirah Nabawi, Nabi Muhammad SAW sepanjang menjadi pemimpin utama di Madinah tidak pernah mengisytiharkan Madinah sebagai negara warisan Arab dan hak Arab semata-mata tetapi Baginda SAW mentadbir dan melayan setiap penduduk Madinah secara adil dan saksama tanpa membeza-bezakan bangsa, suku mahupun kepercayaan.

Justeru, ISMA sewajarnya bersikap realistik dan rasional dalam menyatakan pandangan berkaitan isu-isu sebegini dan bukannya bertindak semberono sehingga mengundang salah tanggapan terhadap ajaran Islam.


AMIRUDIN SHARI
Setiausaha
Majlis Pimpinan KEADILAN
Negeri Selangor

 


------

GEMOK PENDEK DAN HODOH




'Demi rakyat, tiada masa lagi untuk hobi'Farah Noor Samat | 6:40PM Feb 27
"Saya sampai tiada masa untuk bermain badminton sekarang," kata Rosmah Mansor.

"Semua telah diambil (rakyat) dari saya termasuk masa saya, hobi saya.

"Saya sampai tiada masa untuk bermain badminton sekarang.

Saya hanya luangkan masa untuk rakyat," katanya

GEMOK PENDEK
dan
HODOH
membalon nasi lemak


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

woit....YA AMPOON.... kah kah kah..

kah kah kah..BERITA BAHAYA... kah kah kah..

kah kah kah..DULU MAIN BADMINTON...kah kah kah

kah kah kah..GEMOK MACAM BADAK... kah kah...

kah kah kah..SEKARANG BERHENTI MAIN..kah kah..

kah kah kah..DUA KALI BADAK... kah kah ha

kah kah kah.. BANYAK PINTU KENA GANTI..kah kah kah

kah kah..PUTRAJAYA BUAT PINTU BARU.. kah kah 

kah kah kah..ROSMAH NAK MASUK... kah kah 

NOTA
obama enggan jemput rosmah
ke rumah puteh
kerana dari sewgi sejarah
pintu rumah  tak pernah bertukar
samenjak disesuaikan untuk ibraham lincoln



----------

RAHSIA UNIVERSITI BOCOR







KOMENTAR TUKAR TIUB
apa makna berita ini?

maknanya ijazah dari universiti malaysia
tidak ada nilai

ijazah bukan dinilai dengan berapa
gaji yang boleh didapati

ini  bukan menghina pengayuh beca
bagus 
tahniah
pengayuh beca dapat gaji lumayan

tatapi
latihan  dan belajar di universiti 
bertujuan melahirkan sosok berilmu pengetahuan
bukan di ukur dengan jumlah gaji
kalau nak gaji banyak
jual ganja lagi lumayan
jual lendir lagi lumayan
jula mat bangla pun lumayan

pegawai pelancung jelas saekor hasan malek
tidak tahu apa itu ilmu pengetahuan
tidak sedar kenyatan hasan malek
telah menghina nilai universiti


Pemegang ijazah mohon jadi pengayuh beca
MELAKA 27 Feb. - Pengayuh beca di negeri ini tidak lagi dianggap sebagai pekerjaan kelas bawahan apabila pemegang ijazah dan diploma daripada institusi pengajian tinggi (IPT) turut berminat menceburi kerjaya itu.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Sungai, Pantai dan Pulau-Pulau negeri,  Ghazale Muhamad berkata, senario itu berlaku kerana pendapatan purata pengayuh beca di negeri ialah di antara RM3,000 hingga RM4,000 sebulan yang hampir menyamai gaji pokok seorang pegawai kerajaan.


LIHAT GAMBAR INI
sekarang baru rahsia bocor
senaman selama 36 jam ini
ada tujuan tersorok
ianya untuk melatih kaki pelajar
untuk jadi penarik beca
kah kah kah


----------

AWAS DAN BAHAYA!




SUMPAH SUMPIT LADA API
MAK KAU BUNCIT
DI BAHAN BENGALI

PUTRAJAYA 27 Feb. - Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan portal-portal pembangkang didakwa sengaja menimbulkan kekeliruan dengan memainkan isu kononnya warga asing akan mengundi di Kajang. Timbalan Me



AWAS AWAS 
kedatangan mat bangla
kedtangan mat burma
ke kajang 
adalah decoy

pendatang ini sengaja didatangkan
secara terbuka
untuk dilihat
untuk diambil gambar
untuk diheboh dalam blog

sebenarkan mereka ini
di datangkan untuk mengalihkan pandangan
kepada penipuan yang lebih  licik
yang sedang di rancang

pendatang haram ini
menjadi tabir untuk menutup
satu perancangan yang licik
untuk tipu undi

apa rancangan itu?

ini belum diketahui lagi
inlah yang wajib diselidiki
inilah yang wajib di jaga

tapi yakinlah spr akan menipu





--------

KELAS FALSAFAH DAN PEMIKIRAN KRITIKAL






 AL FARABI

Al-Farabi  ابونصر محمد بن محمد فارابی
‎ Abū Naṣr Muḥammad ibn Muḥammad Fārābī;
ahli fasafah, saintis, kosmologis dan pemusik
Penyambung Aristotle - di nobatkan sebagai Guru Ke Dua - guru pertama ialah Aristotle
.
PENGUMUMAN
KELAS FALSAFAH
 DAN 
PEMIKIRAN KRTIKAL
rehat sementara
kelas ini akan disambung
pada
10 april 2014
tempat dan masa yang sama

SESSI KEDUA INI
akan dimulakan dengan al-farabi


TT, best gila gua dgr kuliah lu smlm, kat Uni, pensyarah pun x olah macam u, tp gua dapat catch up sbb kebetulan sem 1 semasa 2005 dahulu gua ada amik falsafah dan pendidikan, teruskan dgn radio bangsar utama, gua baru dapat kesempatan kali pertama dgr kuliah lu, salute dgn u punya pendekatan dan sumbangan, gua dah bosan dgn pak lebai pak kangkung, on PEMIKIRAN KRITIKAL
Publish | Delete | Spam
Anonymous

on 2/28/14

----------

NAJIB BODOH LAGI BEBAL






KUALA LUMPUR 27 Feb. - Buat kali kesembilan berturut-turut, Tan Sri Robert Kuok, 90, berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai rakyat Malaysia terkaya, menurut Senarai Orang Kaya terkini oleh majalah Forbes.

KOMENTAR TUKAR TIUB
jelas ini kenyataan jenis hasan malek
satu kenyataan nak tipu melayu
satu kenyataan yang tak ada asas ekonomi
satu kenyataan bebal

Perangi ketidaksaksamaan
KUALA LUMPUR 27 Feb. - Kerajaan memberi jaminan akan terus memerangi situasi pendapatan dan peluang kepada rakyat yang tidak saksama dan seimbang bagi membolehkan perpaduan nasional dicapai.

Perdana Menteri,  Najib Razak berkata, di sebalik pertumbuhan pendapatan dan ekonomi yang memberangsangkan, negara masih berdepan dengan cabaran terbabit.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... MAK CIK FELDA AKAN KAYA MACAM VINCENT TAN...  kah kah.

kah kah kah..KAKAK WARONG AKAN KAYA MACAM ANANDA..  kah kah

kah kah .. WARGA BALING AKAN KAYA MACAM SYED MOKHTAR...kah kah

kah kah ..ABANG TEKSI AKAN KAYA MACAM ROBERT KOUK.. kah kah

kah kah kah..HEBAT... HEBAT... MALAYSIA BOOOLEH...kah kah kah
-----------

LAGI KESAH BANI MELAYU







 

Isma: Malaysia hak Melayu masyarakat antarabangsa jangan pertikai

Naib Presiden II Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Abdul Rahman Mt Dali menuntut agar masyarakat antarabangsa mengiktiraf Malaysia sebagai warisan kaum Melayu kerana etnik itu jelasnya wujud lebih lama di benua ini daripada pelbagai kaum lain.
Berdasarkan hasil kajian penyelidik Melayu berprofail tinggi katanya, mereka telah mendedahkan asal usul kaum Melayu melalui kajian saintifik Mitochondrial DNA (MtDNA) yang menunjukkan genetik Melayu ditemui terbukti lebih awal wujud dari genetik kaum Cina dan India.
"Genetik Melayu berusia 60,000 hingga 70,000 tahun berbanding genetik Cina yang hanya berusia sekitar 40,000 hingga 45,000 tahun.
"Kita mahu dunia mengiktiraf bumi ini sebagai warisan dan hak orang Melayu. 
"Sama seperti dunia mengiktiraf benua Cina adalah hak warisan orang Cina dan benua India hak warisan orang India, England untuk Inggeris, Ireland untuk orang Irish dan Germany untuk orang Jerman dan seterusnya.  
"Atau adakah orang Melayu tidak punya tanahnya sendiri?" soalnya.
"Sudah tentu inilah benua Melayu dan inilah tanah untuk kaum Melayu."
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit... RAKYAT SETUJUUUU 1000000%... kah kah kah..
kah kah kah.. SOKONG 100000000% .... kah kah kah
kah kah .. LEPAS NI HANG TOLONG JAGA  KELAB DANG DUT.. kah kah
kah kah kah..KELAB DANG DUT JALAN ALOR... kah kah kah
kah ..LEPAS NI HANG GI BAKAR RUMAH SETINGGAN  DI CHU BADAK. kah
kah kah kah... YTL NAK  AMBIL TANAH... kah kah kah..
kah kah kah...LEPAS TU HANG HANTAR MADAM LIM KE GENTING..kah kah
kah kah kah..PANDU MERCEDES BETUL2...kah kah kah..
kah kah kah.. MADAM LIM NAK JUMPA ANAK DIA..kah kah kah..
kah kah kah..LEPAS TU HANG JAGA YB MENTERI... kah kah kah..
kah kah kah... YB NAK KAUTIM DENGAN VINCENT...kah kah kah..
kah kah kah.. VINCENT NAK BUKA RUMAH JUDI..kah kah kah..
woit.. JAGA BAIK BAIK SEMUA MESIN JUDI... kah kah kah
kah kah kah..TAHUN DEPAN KOMPENI SPONSOR UMRAH..kah kah kah



NOTA

HANG BUAT ROAD BLOK

ITU REZEKI ANAK BINI


KAH KAH KAH




----------

KES RASUAH MUSA AMAN





MICHAEL CHIA DIJATUHKAN HUKUMAN:
BUKA KEMBALI SIASATAN TERHADAP MUSA AMAN

Saya alu-alukan kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam mengenai hukuman penjara dan sebatan yang dijatuhkan ke atas Michael Chia. Kes yang membabitkan permit membalak di Sabah itu adalah salah satu kes utama yang memberi gambaran bagaimana permit membalak telah disalahgunakan oleh ahli-ahli politik dan pegawai awam untuk membina kekayaan peribadi.

Kejayaan pendakwaan terhadap Michael Chia itu membuktikan bahawa SPRM berkemampuan mengumpul bukti yang baik untuk memastikan pendakwaan yang berjaya.

Hukuman bersalah ke atas Michael Chia itu menghidupkan kembali banyak pertanyaan mengenai siapa di belakangnya?

Michael Chia tidak mempunyai apa-apa pengaruh atau jawatan di dalam kerajaan, maka dia sendiri tidak ada kuasa untuk memberikan permit membalak. Hakikatnya dia boleh mengutip wang dari syarikat-syarikat balak memberi gambaran bahawa syarikat dan pengusaha balak tahu bahawa dia menjadi orang tengah bagi pihak-pihak tertentu yang mempunyai kuasa dan pengaruh dalam menentukan pemberian permit balak.

Sebab itu, keputusan bersalah yang dijatuhkan kepada Michael Chia menguatkan spekulasi mengenai kes wang RM40 juta yang sebelum ini menjadi kontroversi melibatkan Ketua Menteri Sabah, Dato Sri Musa Aman. Fakta kes sebelum ini melalui pelbagai bukti pemindahan wang, keterangan SPRM dan maklumat dari ICAC di Hong Kong menunjukkan bahawa memang ada pemindahan wang berjumlah RM40 juta tetapi ia tidak disiasat sebagai rasuah keraa wang itu dikatakan derma politik kepada Umno Sabah.

Dengan keputusan bersalah ini, saya menyeru supaya SPRM membuka kembali siasatan terhadap Dato’ Seri Musa Aman dalam kes wang RM40 juta yang dikaitkan dengan kutipan dari syarikat-syarikat balak kerana bukti-bukti pemindahan wang melibatkan Michael Chia sendiri.

Keputusan bersalah terhadap Michael Chia ini juga adalah satu tamparan kepada Dato’ Seri Nazri Aziz yang mempunyai hubungan dengan Michael Chia, terutamanya apabila anak beliau menggunakan kereta mewah milik Michael Chia seperti yang saya dedahkan sebelum ini. Apatah lagi apabila Dato’ Seri Nazri Aziz sendiri yang tampil di Parlimen menjelaskan bahawa tidak ada unsur rasuah di dalam kes-kes melibatkan Dato’ Seri Musa Aman dan Michael Chia yang mengundang kontroversi sebelum itu.

Walaupun keputusan terhadap Michael Chia ini adalah satu peningkatan baik yang ditunjukkan SPRM, rakyat memerhati sama ada SPRM bakal mendakwa penjawat-penjawat awam berpangkat tinggi yang terlibat sama.

Jika tidak, selama-lamanya SPRM dilihat hanya mendakwa bilis sedangkan jerung terus terlepas.
   
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi


----------

KITA MENGUNDI KITA TENTUKAN SEMPADAN




KEMPEN
ITA MENGUNDI
KITA TENTUKAN SEMPADAN



Salam BERSIH,

BERSIH 2.0 akan melancarkan DART Peringkat Nasional pada:

Tarikh: 9 Mar 2014
Masa:  2 ptg
Tempat: Tingkat 15,Menara PKNS,Petaling Jaya.

BERSIH 2.0 berharap agar pihak anda boleh menghantar pekerja parti ataupun jika anda mempunyai sukarelawan yang boleh menghadiri Latihan DART ini. Umum tahu,SPR akan mengusulkan isu Persempadanan Semula ini di persidangan parlimen pada bulan hadapan.

Oleh itu,adalah penting untuk pengundi mengetahui hak mereka bagi menentukan sempadanan kawasan pengundi mereka.

Kami juga berharap agar pihak tuan dapat membantu kami untuk mempromosikan poster yang dilampirkan bersama ini di twitter,blog,fb dsb.

Jika ada sebarang pertanyaan,anda boleh menghubungi Mandeep di talian 013-2224482.

Sekian,terima kasih,
Mandeep



----------

Khamis, 27 Februari 2014

MALIKUL SEMBAB BERSABDA LAGI





Tan Sri Muhyiddin Yassin
PUTRAJAYA -  Muhyiddin Yassin menengaskan bahawa kerajaan tidak akan bertolak ansur mengambil tindakan terhadap perniaga yang mengingkari peraturan perniagaan untuk mencari keuntungan melampau.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

woit..KENYATAAN HASAN MALEK.. kah kah kah

kah . DALAM SISTEM KAPTALIS SEMUA NAK UNTUNG.. kah..

kah kah kah..JUAL  BARANG UNTUK UNTUNG MAKSIMA... kah kah..

kah kah kah..MENIAGA BUKAN SEDEKAH JARIAH... kah kah kah..

kah kah..SEMUA KAPITALIS NAK DAPT UNTUNG... kah kah

woit... PASAL  ITU KENA BELAJAR.... kah kah kah..

kah kah... JANGAN JADI HASAN MALEK... kah kah kah

kah kah kah..BELAJAR DI UM AMBIL USULUDDIN... kah kah ...





-----------

BILIK SULIT MALAM INI







MALAM INI
dewan china kuala lumpur
jam 8:30 malam
sila datang buat ramai


----------

SIAPA AZMIN ALI - KAH KAH KAH







SIAPA DIA AZMIN ALI?
http://tukartiub.blogspot.com/2014/02/memahami-kajang.html




PKR Siasat Laporan Azmin Saman Suara Keadilan
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang menyiasat desas-desus yang mendakwa Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali menyaman lidah rasmi parti itu sendiri - Suara Keadilan kerana menyiarkan laporan berunsur fitnah.
Sehubungan itu PKR menubuhkan jawatankuasa khas yang diketuai Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty bagi mendapatkan fakta lengkap mengenai perkara itu.
Bagaimanapun hingga kini Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail masih belum dapat mengesahkan kesahihan maklumat berkenaan.
"Perkara itu dibangkit dalam mesyuarat MPP (Majlis Pimpinan Pusat) yang diadakan di Kajang baru-baru ini mengenai tulisan saudara Hishamuddin Rais di dalam Suara Keadilan yang dikaitkan menyentuh atau bernada serangan terhadap beberapa pemimpin.
"Keputusan MPP ialah menubuhkan sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada lima orang untuk kemudiannya berjumpa dengan kumpulan Suara Keadilan bagi mengumpulkan maklumat, latar belakang dan mendengar pandangan mereka," katanya di sini, Rabu.
Jelas Saiduddin, PKR hanya akan bertindak selepas mendapatkan fakta lengkap terhadap siasatan yang sedang dijalankan itu.
"Kalau nanti mereka menemui maklumat seperti surat guaman dan sebagainya ke atas Suara Keadilan, jawatan kuasa itu akan bawa saranan kepada pimpinan pusat.Buat masa ini belum terima.
"Saya dengar begitu (saman Suara Keadilan)...hanya diberitahu melalui SMS. Tapi belum tengok sendiri lagi surat peguam itu," katanya.
Sebelum ini timbul laporan di media bahawa Suara Keadilan diarahkan PKR memberi penjelasan berhubung penyiaran artikel Hishamuddin sebagai kolumnis lidah parti itu yang bertajuk “Khalid dan Azmin” kerana dikatakan memfitnah Azmin.
Artikel itu disiarkan Suara Keadilan bilangan 160 pada 11 Februari lalu.
Artikel tersebut menganalisis dan menerangkan kemelut yang melanda antara Azmin dan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim.
Dalam artikel itu, Hishamuddin menyifatkan Azmin masih mempunyai unsur dan ideologi Umno dan kurang disenangi parti komponen Pakatan Rakyat (PR) lain seperti PAS dan DAP.
baca disini:
http://tukartiub.blogspot.com/2014/02/memahami-kajang.html

----------

MARI KITA BERHENTI SABENTAR





KOMENTAR TUKAR TIUB
ada sesuatu yang tidak kena dalam masyarakat kita
ada sesuatu yang tidak betul dalam masyrakat kita

kita semua bertanggung jawab
kepada apa yang sedang  berlaku di hadapan mata kita

kita wajib melihat diri kita sendiri
berhenti sabentar dalam kegelojohan hidup ini
untuk kembali menilai diri

meneliti  dan memahami
tanda tanda yang semakin jelas dilihat
tanda tanda bahawa tamadun kita dalam kesakitan

hukuman 
tuduhan
undang undang
tidak menjanjikan
satu jalan keluar dari terowong  gelap

terowong gelap dari satu sistem ekonomi yang
tidak megutamakan manusia
tetapi mengutamakan  untung


Jumpa mayat ‘dikafankan’ tepi jalan
Bukit Mertajam: Mayat seorang lelaki yang dibungkus seperti dikafankan ditemui di tepi Jalan Perusahaan 2 Bukit Minyak, di sini, semalam. »

Bayi ditinggal depan rumah

Butterworth: Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di hadapan sebuah rumah di Taman Inderawasih, Perai di sini, malam kelmarin. »

---------

PEMIKIRAN KRITIKAL






MALAM INI
UNIVERSITI BANGSAR UTAMA

KHAMIS  27 FEB 2014
jam 9:00 malam
universiti bangsar utama
dari socrates ke plato
ke aristotle
kini
AL KINDI


STESEN PUNK ROCK
akan membuat liputan langsung
untuk warga yang berada di mana sahaja
layari www.radiobangsarutama.com



--------

DARI TUNGKU DAPOR KE NAJIB BENDUL





OH MAK CIK FELDA
Apa yang saudara TT huraikan ada kebenaran nya. Saya telah menemui beberapa orang para peneroka FELDA. Dari cakap cakap mereka maka saya faham mengapa mereka agak sukar untuk berubah, "Mengapa saya perlu menyokong parti lain? Selama ini saya merupa kan orang susah, kini telah di beri tanah 10 ekar, rumah dan segala nya. Apa yang di katakan hutang, saya tidak pernah membayar nya. Semua nya di uruskan oleh pehak pengurusan. Kalau tak ada duit, senang aja, ambil segunui gula atau pun apa dari kedai koperasi dan jual di luar.

 Hutang apa kira kerana semua nya di uruskan oleh pehak pengurusan. Kalau anak saya nak basikal untuk kesekolah atau T.V rosak, ambil sahaja di kedai koperasi. Hutang akan di tolak dari hasil kebun. Tak kan saya nak tinggalkan UMNO yang telah membantu selama ini" Begitu lah alasan yang di berikan oleh kebanyakan yang saya temui. Walau pun telah di jelas kan pelbagai penyelewangan tetapi mereka tetap dan ta'at dengan hujah tersebut. Jadi apa yang harus saya lakukan, on SURAT TERBUKA UNTUK BANI MELAYU
Publish | Delete | Spam
Saadun Sulaiman
on 2/26/14

DARI TUNGKU DAPOR KE NAJIB BENDUL
Bani Melayu bagaikan telah disumpahkan oleh kuasa ghaib yang ia tidak mungkin mendapat kepimpinan daripada mereka yang layak memimpin mereka melainkan dapat Tunku yang pernah mengumumkan dia adalah PM paling bahagia di dunia sedangkan Malaya ketika itu baru nak merangkak membangun. 

Tun Razak pula betul sangat ghairah dengan projek FELDA tapi dia hanya meneruskan malah memulakan pecahan kaum melalui DEB; Tun Hussein Onn terlalu lembit untuk menghasilakan sebarang wawasan, sementara Anak Kutty Iskandar paling hebat membangunkan kronisme kapitalisme, negara sarat dengan simbol kaya Dunia pertama tapi majoriti rakyat masih dalam kelompok miskin dan apa nak diharap dari PM suka tidur, 

Pak Lah dan akhir sekali Najib yang sebenarnya dikawal oleh Rosmah, dia tiada konsep pembangunan integriti negara dan lembik pula tapi bijak berlagak macam seorang pemimpin hebat bagi Bani Melayu. Hai nasib malang bagi Bani Melayu bangan. on SURAT TERBUKA UNTUK BANI MELAYU
UNCLE RAMLI

on 2/26/14 

----------

CARA MEMBACA UTUSAN





Anwar buat kesilapan besar

HULU LANGAT 26 Feb. - Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim melakukan kesilapan besar dan menempah kejatuhannya apabila bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sekali gus mengheret rakyat untuk menyelesaikan masalah dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat,  Johan Abdul Aziz berkata, Anwar juga bertindak di luar kebiasaan apabila kelam-kabut berkempen jauh lebih awal daripada hari penamaan calon pada 11 Mac ini.

"Anwar sudah guna pentas ceramah umum, surau, kuil dan gereja. Beliau sudah pergi semua tempat. Saya tengok sudah macam 'desperado' (terdesak).

"Saya rasa, dalam banyak-banyak perancangan Anwar, kali ini adalah perancangan yang silap dan membawa tangga turun kerana saya tengok beliau gelabah sangat seperti tidak pernah kendalikan pilihan raya kecil," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

 
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit..INGAT TAK CARA MEMBACA UTUSAN... kah kah kah..

kah kah... KALAU UTUSAN SERANG ERTINYA KERJA BETUL...kah kah..

kah kah..KALAU UTUSAN TIBAI ERTINYA LANGKAH TEPAT...kah kah

kah kah..KALAU UTUSAN  SOKONG ERTING KERJA SALAH... kah kah 

kah kah kah.. ELEMENTRY MY DEAR WATSON... kah kah kah


ANWAR DILAWAN
OLEH 
AKAR DAN UMBI
kah kah kah
---------

CUKONG JADI AKAR UMBI





 INI DIA 
PEMIMPIN AKAR UMBI
kah kah kah
 ‘Pemimpin akar umbi BN’ yakin dapat tewaskan Anwar di Kajang
Menggunakan istilah "pemimpin akar umbi", calon Barisan Nasional (BN)  Chew Mei Fun yakin mampu menewaskan  Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang akan berlangsung pada 23 Mac.
Chew, yang juga naib presiden MCA berazam membantu penduduk di kerusi yang dikosongkan Lee Chin Cheh daripada PKR itu berdasarkan rekod dua penggalnya sebagai ahli Parlimen Petaling Jaya Utara sebelum ini dengan berada bersama penduduk sebanyak dua kali seminggu.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...OOOO MAK DATIN... kah kah kah...

kah kah kah.... AKAR DAN UMBI.... kah kah kah..

kah kah kah... BIAR BETUL.... kah kah kah

BERAKAR DAN BERUMBI
--------

SIAPA DIA ZAHID IBRAHIM



KREDIBILITI DAN DATO’ ZAID IBRAHIM
  
Sejak mengumumkan menjadi calon PRK Kajang, Dato’ Zaid Ibrahim telah melontarkan pelbagai tuduhan terhadap KEADILAN dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Ini termasuklah tuduhan yang mempersoalkan ketelusan, integriti dan budaya politik yang dibawa KEADILAN.

Kebelakangan ini, Dato’ Zaid Ibrahim membuat cabaran untuk berdebat pula dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, juga atas alasan ketelusan dan integriti.

Saya pada mulanya tidak mahu memberi maklumbalas tetapi selepas ditanya berkali-kali terutamanya oleh FreeMalaysiaToday yang ghairah membawa berita ini, saya akhirnya membuat keputusan untuk melontarkan kembali beberapa perkara berhubung kredibiliti yang perlu juga dijawab oleh Dato’ Zaid Ibrahim. Jika beliau lantang berkempen atas platform ketelusan dan integriti serta memberi gambaran beliau ingin menyelamatkan kerajaan Selangor dari ahli politik yang membawa budaya rasuah dan campur tangan, maka beliau juga perlu mempunyai rekod yang baik dalam perkara itu.

Malangnya, keadaannya tidak sebegitu.

Dalam tempoh pendek lebih setahun beliau menjadi anggota KEADILAN, beliau jugalah yang tidak segan silu cuba menggunakan kedudukan di dalam parti untuk mempengaruhi keputusan Kerajaan Negeri berhubung beberapa projek yang diusahakan oleh rakan atau pihak yang bersabit dengan beliau.

Sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, saya pernah didatangi sendiri oleh Dato’ Zaid Ibrahim yang meminta supaya kami campur tangan dalam dua projek yang diusahakan rakan atau pihak yang bersabit dengan beliau.

Projek pertama melibatkan tanah seluas 26 ekar di Batu/Selayang. Saya dimaklumkan bahawa rakan/rakan kongsi beliau telah membuat cadangan pembangunan bersama dengan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB). Pada 25 Jun 2010, dalam satu email yang saya sertakan bersama, Dato’ Zaid Ibrahim secara terang-terangan memohon pejabat saya campur tangan dengan melobi Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor untuk meluluskan cadangan yang dibuat oleh rakan atau pihak yang bersabit dengan beliau itu.

Dato Zaid Ibrahim juga ada menyebut secara lisan kepada saya untuk membantu mendapatkan tanah PT70 dan PT71 iaitu dua lot tanah premium di Petaling Jaya juga bagi tujuan untuk dibangunkan oleh rakan atau pihak yang bersabit dengan beliau.

Saya memaklumkan perkara ini kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan kami bersetuju bahawa adalah tidak menepati prosedur untuk pejabat kami membenarkan pimpinan parti melobi atau mempengaruhi keputusan Kerajaan Negeri, terutamanya yang bersabit dengan harta awam.

Oleh itu, pada 13 Julai 2010, saya membalas email Dato’ Zaid Ibrahim untuk memaklumkan kepada beliau prosedur yang akan digunapakai oleh pejabat kami dan Kerajaan Negeri dalam menangani permohonan pembangunan bersama harta Kerajaan Selangor.

Budaya melobi dan menggunakan kedudukan politik di dalam parti untuk mempengaruhi keputusan kerajaan adalah budaya Umno/Barisan Nasional yang tidak telus. Budaya ini bertentangan sepenuhnya dengan hasrat Pakatan Rakyat untuk menghadkan pengaruh politik di dalam perkara-perkara bersabit dasar dan maklumbalas pelaksanaan dasar. Keputusan melibatkan harta dan tender diserahkan kepada jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan mengikut prosedur yang termaktub.

Jelas bahawa kelantangan Dato’ Seri Zaid Ibrahim mengenai ketelusan, integriti dan budaya politik bebas rasuah hanyalah lantang dengan suara, tetapi tidak dicerminkan oleh tindak tanduk beliau. Ini soal kredibiliti sebenar. Sebelum beliau terus lantang mencabar orang lain, wajarlah Dato’ Zaid menjelaskan kenapa beliau kekal dengan buday Umno/Barisan Nasional setelah meninggalkan Umno/Barisan
.  
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi

26 Februari 2014

---------