Selasa, 10 November 2020

NASIB BAIK ADA MELAYU PATANI




NASIB BAIK ADO

MELAYU PATANI

AL-FATIHAH

 




AL-FATIHAH

6 lagi maut, korban Covid-19 negara cecah 300 orang

JUMLAH korban wabak Covid-19 Malaysia kini mencecah 300 orang selepas enam lagi terbunuh hari ini, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua pengarah kesihatan itu berkata kesemua kematian hari ini dilaporkan berlaku di Sabah.

Malaysia juga merekodkan 869 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes negara mencecah 42,050 kes.

Sabah untuk hari ke-35 berturut-turut merekodkan jumlah kes baharu harian tertinggi dengan 397 kes atau 45.7% daripada jumlah keseluruhan kes hari ini.

Negeri sekitar Lembah Klang pula melaporkan 258 kes atau 29.7% daripada jumlah keseluruhan kes baharu hari ini.

Jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Sabah sejak wabak mula meledak adalah 21,189.

Enam korban wabak hari ini, empat adalah lelaki dan dua wanita.

Empat daripada mereka mempunyai sejarah perubatan.

Korban tertua hari ini adalah lelaki berusia 84 tahun yang mempunyai sejarah penyakit Parkinson, bengkang kalenjar prostat dan Hepatitis B.

Mangsa termuda pula berusia 47 tahun yang tiada sejarah perubatan.

Malaysia juga melaporkan 725 kes pulih hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 30,304.

Sabah melaporkan 356 kes pulih, diikuti Selangor (160) dan Negeri Sembilan (46).

Sementara itu, jumlah kes aktif negara kini mencecah 11,446 dengan 82 orang sedang dirawat dalam ICU, 27 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan. – 10 November, 2020.



AWAS

JAGA
JAGA


SAPA PEMILIK SERVER DIA MENENTUKAN UNDI





MASIH BELUM 

SELESAI 

SAPA PEMILIK SEVER 

AKAN TENTUKAN UNDI

APA MAKN UCAPAN NAJIB INI

 


 APA MAKNA

UCAPAN NAJIB INI

KAH KAH KAH

MAKNANYA

JAGAN BERZIANA

KAH KAH KAH

JANGAN 

BERALTANTUL

KAH KAH KAH

BERALTANTUL

BAWA BALA

KAH KAH KAH 

RM85.5j untuk Jasa buat rakyat marah, kata Najib

KERAJAAN tiada alasan untuk memperuntukkan sehingga RM85.5 juta bagi menubuhkan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) kerana dana sebanyak itu lebih bermanfaat dibelanjakan untuk kesejahteraan rakyat, kata Najib Razak.

Peruntukan sebesar itu hanya mengundang kemarahan rakyat, yang terjejas teruk akibat kesan penularan Covid-19, kata bekas perdana menteri.

“Semasa kerajaan sedang berkembang memang kerajaan perlu unit komunikasi untuk terangkan dasar kerajaan agar tidak diputar belit. Tetapi masa sekarang, dengan kenaikan empat kali ganda peruntukan dana Jasa berbanding masa BN, adalah amat sukar diterima ramai.

“Ini mengundang kemarahan rakyat,” katanya, semasa membahaskan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.

Jelas Najib, secara peribadi beliau dapat terima jika peruntukan sebesar itu digunakan untuk kemudahan rakyat semasa menghadapi pandemik Covid-19.

“Saya boleh terima kalau peruntukan itu dibelanja beli sanitizer dan pelitup muka untuk rakyat, atau diberi kepada ibu bapa untuk menggantikan rancangan bekalan makanan tambahan bagi murid yang dinafikan sarapan pagi kerana sekolah ditutup sehingga awal tahun depan.

“Tapi saya tak boleh terima jumlah RM85.5 juta untuk Jasa,” katanya. 

Belanjawan 2021 memperuntukkan RM85.5 juta untuk penubuhan semula Jasa, dengan RM4 juta daripadanya bagi tujuan komunikasi strategik.

Jasa sebelum ini dimansuh dua minggu selepas Pakatan Harapan menang pilihan raya pada Mei 2018, antara lain dengan alasan kerana kepakarannya tidak lagi diperlukan susulan pertindihan fungsi dengan Jabatan Penerangan.

Jasa sebelum ini digunakan sebagai alat propaganda Barisan Nasional, yang antara lain diingati kerana menggambarkan DAP sebagai sebuah parti politik yang perkauman dan cauvinis.

Menjelang PRU14, Jasa menganjurkan siri ceramah yang dibawa menjelajah ke seluruh negara untuk “membetulkan salah tanggap” mengenai skandal 1Malaysia Development berhad (1MDB), yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Najib Razak.

Bekas ketua pengarah Jasa Mohd Puad Zarkashi kelmarin menegur Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah agar tidak apologetik dalam soal agensi itu kerana ia sememangnya sebuah badan politik.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam satu kenyataan sebelum itu mempertahankan Jasa bukan sebuah unit politik.

Sumber di Putrajaya juga memberitahu The Malaysian Insight, Saifuddin tahu jabatan itu hendak dihidupkan semula tetapi tidak dimaklumkan jumlah peruntukannya, yang kini jadi perhatian umum. – 10 November, 2020.


 BILA NAJIB

CAKAP HAL BUJET

BIK MAMA 

JADI DARA

KAH KAH KAH

BILA NAJIB

CAKAP HAL BUJET

VINCEN TAN

JADI IMAM

KAH KAH KAH

BILA NAJIB 

CAKAP HAL BUJET

ANWAR IBRAHIM

HILANG NUMBO

KAH KAH KAH



FILSAFAH HIDUP

 




 FALSAFAH HIDUP 

Unknown commented on 

"BETUL TEPAT BENAR"

Ini soalan kejar ekor Tak Tak.....atau berhampiran soalan Telor menjadi dulu ke Ayam yang datang dulu.... Errrr jadi bermakna manusia nih dia Bijak dulu assebab dia mengerti dia tidak Bodoh...yakni manusia hanya pandai menilai setelah menemukan apa itu Bodoh, tapi Bodoh diartikan datang sebelum Bijak kerana manusia menjadi sedar yang dia boleh menjejak Bulan setelah lama menggelamun kelangit perhatikan sang bulan setiap malam. 



Maka manusia nih dia Bodoh tidak memikirkan apa yang boleh dia mampu capai tapi Bijak memikirkan bermacam cara nak potong jalan dekat! Kalau tidak Faham cubalah berfikir apa itu Faham sebelum datang nya Faham setelah datang Faham..., atau sebalik nya! Pengajaran disini....jangan membuang masa mengejar benda yang berpusing bikin kita pening bagai Tak Tak mengejar ekor nya.....bahasa mat saleh, A DOG CHASING AFTER IT's OWN TAIL!

JANGAN SILAP BACA

 



 YB JAGAN SILAP

RAKYAT 

JANGAN SILAP 

AMIN

PENYAMUN PENCURI

ADALAH SOSOK 

TERBAIK 

UNTUK BINCANG

HAL  BUJET

KAH KAH KAH


Ahli Parlimen pembangkang kecam Najib bahas belanjawan

AHLI Parlimen pembangkang menggunakan media sosial untuk menyuarakan rasa kurang senang mengenai bekas perdana menteri Najib Razak membahaskan Belanjawan 2021 di Parlimen, walaupun dihukum kerana kesalahanrasuah.

Ahli Parlimen Jerlun Mukhriz Mahathir menulis di Twitter mempersoalkan apakah ia norma baharu mengizinkan ahli Parlimen Pekan - yang disabitkan kesalahan penyalahgunaan kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah - untuk membahaskan pelan perbelanjaan negara di Dewan Rakyat.

“Seumur hidup, saya tidak faham bagaimana seorang bekas PM yang disabitkan atas tujuh tuduhan penyalahgunaan kuasa, pelanggaran CBT dan AMLA masih boleh bercakap mengenai belanjawan negara di Parlimen! Norma baru? ” kata bekas menteri besar Kedah itu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah berkata beliau keluar dari Dewan Rakyat sebagai protes.

Dalam perbahasannya Najib mengumumkan Barisan Nasional (BN) hanya akan menyokong Belanjawan 2021 sekiranya kerajaan membuat beberapa pindaan untuk memenuhi tuntutan rakyat yang disuarakan oleh parti itu.

Pada satu peringkat semasa perbahasan, Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun menegur RSN Nayer (Jelutong-Pakatan Harapan) kerana cuba mengganggu ruang yang diperuntukkan kepada Najib.

Rayer beberapa kali bangun membantah dengan alasan Najib melanggar peraturan mesyuarat, termasuk mempersoalkan bagaimana seorang yang disabit jenayah boleh dibenarkan berbahas di Dewan Rakyat. Bantahan Rayer ditolak oleh speaker.

“Ini sebenarnya nak mengganggu perjalanan prosiding. Kita nak beri kepada YB Pekan sejam setengah. Jangan kita buang masa.

“Semalam YB Port Dickson (selaku) ketua pembangkang (dapat) sejam setengah.

“Kita beri peluang kepada YB Pekan untuk berucap bagi pihak backbenchers (penyokong kerajaan),” kata Azhar, yang turut memberi amaran kepada Rayer supaya tidak lagi mengganggu persidangan.

Beberapa ahli Parlimen BN juga bangun mencelah untuk mempertahankan Najib dan menyanggah Rayer, antaranya Abdul Azeez Rahim (Baling), Shahidan Kassim (Arau), Ramli Mohd Noor (Cameron Highlands), dan Ahmad Jazlan Yaakub (Machang).

Najib dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai, selepas didapati bersalah kerana menyalahgunakan kuasanya dalam menerima dana RM42 juta daripada SRC International pada 2014 dan 2015.

Beliau disabitkan dengan tujuh tuduhan: tiga tuduhan pecah amanah, tiga tuduhan pengubahan wang haram dan satu tuduhan penyalahgunaan kuasa.

Najib dilantik sebagai pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) sebelum sesi Parlimen.

The Malaysian Insight melaporkan pada 1 November yang pelantikan Najib akan memberikannya kedudukan dan peranan utama apabila Dewan Rakyat membahaskan Belanjawan 2021.

“Najib dilantik baru-baru ini menjelang sidang Parlimen supaya beliau boleh mengendalikan wakil rakyat BN di Dewan,” kata sumber kepada The Malaysian Insight.

BN mempunyai 43 ahli Parlimen tetapi 20 daripadanya memegang jawatan dalam kerajaan. Baki 23 wakil rakyat BN akan menentukan perbahasan Belanjawan 2021, yang akan mengangkat suara dan tuntutan Umno. – 10 November, 2020. 

 PENYAMUN PENCURI

YANG DAPAT

SOKONGAN DARI

BANDUAN LAGI

CUN UNTUK

 BINCANG BUJET

KAH KAH KAH



BELUM ADA KEPUTUSAN RESMI

 


 BELUM ADA

 KEPUTUSAN RESMI 

Unknown commented on 

"CHINA MERAH SENYAP DULU"

TT buat malu aje, sekali lagi guna media Ayah Pin China, Falun Gong, bantai pemimpin China. Ada jawapan yang munasabah mgapa China, Rusia, dll, masih senyap. BELUM ada pengumuman rasmi pengelola pilihanraya dan kerajaan Amerika samada Trump or Bidin yang menang! 



Yang disebar sekarang hanya pengumuman media Amerika yang tak berasas bukti pengiraan rasmi. Di Msia kita ada SPRM yang sahkan undi dan umum keputusan. Di Amerika, masih belum. Kan Trump dah lama kata "FAKE NEWS". CNN, CNBC NY Times, semua kilang 'fake news'. Mereka benci Trump. Media fake news dan daulah terpendam Amerika sekarang 'hijack' pilihanraya Amerika. China, Rusia dll sedar, sebab tu mereka tunggu keputusan umum.

NAJIB BUAT LAWAK BERDIRI

 


 NAJIB MAKIN BIJAK

AMIN

MAKIN CEKAP BUAT

LAWAK BERDIRI

KAH KAH KAH 

RM85.5j untuk Jasa buat rakyat marah, kata Najib


 SKRIP MAKIN

CUN

KAH KAH KAH

LAWAK MAKIN

MENJADI

KAH KAH KAH 

TERLALU BANYAK PILIHAN


 TERLALU BANYAK

PILIHAN  DAH MACAM

DI SYURGA 

Zack Kapchai commented on 

"SALEH BEN JONED 1941-2020"

Rasanya carahidup saleh ada pengaruh atas Tt. Ataupun kbetulan gaya hdup korang mmg ada persamaan. Gaya berterompah bagai yang dianggap cool. Masa kat australia tu nape Tt tak try kay saleh.. Tu peluang baek lagipun masa tu kawan tu dah janda kan.. Jangan dibuat main janda neh sekali kene nak dua kali. Mase kay tu dtg hulur tangan bersalam dia de kenyit mata kat Tt tak hurmm...

NAJIB KENA TIBAI

 



 NAJIB KENA

TIBAI

KAH KAH KAH 

Ahli Parlimen pembangkang kecam Najib bahas belanjawan


 BILA LAGI

NAK TIBAI

SEKARANG LAH

AMIN

DAK MASUK JIL
TAKDA MAKNA

KAH KAH KAH 

DASAR EKONOMI TERKANGKANG

 



 DASAR EKONOMI

TERKANGKANG

cikminah commented on 

"PEROSAK EKONOMI"

Jika agen ada hubungan dengan orang politik, bisnes ini dipanggil, 'Dasar Pintu Terbuka'. Ia jadi dasar utama Negara. Semua jenis pekerjaan, dibuka kpd pendatang asing.

BOSS KU MAKIN BERANI

 


 BOSS KU 

MAKIN BERANI 

panglimo potaseh commented on 

"PEROSAK EKONOMI"

Bossku ucap dalam Perlimen tadi ..kerajaan kena larang kemasukan pekerja asing supaya rakyat bolek ngisi tawaran kerja yg ada. Sebelah tempat duduk Bossku ada Tuan Haji Dr.Zahid Totok ..BERANI BETOL BOSSKU ckp mcm tu.

SOLAT NI APA?

 



 SOLAT NI APA?

MAKAN KENA

CAMPUR MAYONIS? 

Unknown commented on

 "BIDEN DAH NYANYOK"

Trump kalah sebab pembawa sial TT... di kuat sokong trum siap solat hajat lagi... last2 kalah juga...ini semua pasal pembawa sial TT la...

SIFAR MISKING 2030

 



 MELAYU JUAL

TANAH MELAYU

PADA CHINA

HIDUP MELAYU 

panglimo potaseh commented on

 "BETUL TEPAT BENAR"

Kita Melayu dulu ..Melayu boleh mashuk UMNO atau Bersatu jadi MP atau Pengarah ..slogan tetap Idoop Melayu ..tapi bagi projek biliyun2 pada CINA ..bila tombolok dah nak picah disumbat duit ..penggal dah nak abis 



..mula ckp yg cina kaum Kapir Laknat yg sgt jahat ..berjuang bela Melayu wajib diteruskan ..perjuangan bolom solosai ..Insyaallah 203O nanti kita sifar ..SIFAR MISKING ..pukiomak kau.

CHINA MERAH SENYAP DULU




 CHINA  MERAH

SENYAP DULU 

SALEH BEN JONED 1941-2020




 SALEH BEN JONED

1941-2020

Tahun 1973/74 aku bercuti  dari belajar  selama setahun. Aku menjadi aktivis pelajar  sepenuh masa. Aku dibenarkan bercuti oleh Universiti Malaya (UM) kerana aku   telah diberi kepercayaan untuk menjadi Setiausaha Agong Persatuan Mahasiswa Universiti Malay (PMUM).

Satu petang di Rumah Pesatuan untuk kali pertama aku berjumpa Saleh  Ben Joned. Dia datang membawa satu tulisan meminta dimasukan ke dalam Mahasiswa Negara – akhar  PMUM.  Aku lupa  apa terjadi dengan tulisan itu.

Sebenarnya aku telah mendengar berita tentang sosok ini. Sosok ini baru sampai dari Australia. Dia  baru masuk ke Universiti Malaya untuk jadi guru di Jabatan  Inggeris. Aku mendengar soh seh soh seh yang Mamat ini suka  memakai  baju hitam dan  berterompah kayu bila datang mengajar.

Pelajar di Jabatan Inggeris menjadi gempar kerana ada Mat Cool yang  counter culture  mengajar sastera Inggeris. Budaya hippie sedang dilihat cool. Memakai kasut kulit dianggap ‘apiah atau pakaian Mat Belia’. Berkaki ayam lebih cool. 

Di UM aku sendiri  tak pernah ada kasut. Aku  memakai selipari Jepun. Kalau ada mesyuarat resmi aku pinjam kasut kawan. 

Petang itu bila kami pertama berkenalan  memang saheh Saleh Ben Joned berbaju hitam. Tapi tak berterompah – dia memakai  selipar Jepun.

Lalu kami bersembang. Saleh  bersurah   tentang Australia, tentang  Tasmania  dan tentang gerakan pelajar di Australia menentang Parang Vietnam. Saleh  menyimpang juga ke gerakan pelajar Malaysia di  Hobart  dan  di Sydney. 

‘ Aku ada terima majalah  dan akhbar   dari  persatuan pelajar Malaysia dari Australia. Dihantar  ke PMUM. Pernah sekali aku baca tulisan  Malchin.’

‘ Apa ? Kau pernah baca?  Ha ha ha… Melayu China India ..itu sama pena aku… ha ha ha…’

Kali kedua kami bertemu di simpang jalan nak masuk ke Rumah Persatuan ditepi Fakulti Pertanian. Aku sedang menapak nak ke Dewan Tunku Chanselor. Saleh memandu kereta sport  MG hijau tak ada atap. Seorang Minah Saleh duduk disebelah. Dia memperlahankan kereta hingga aku dapat  bertanya.

‘ Nak ke mana? ‘

‘ Nak pergi berjubur…..’  Saleh  ketawa. Minah Saleh tersenyum. Pasti Minah ini  tak faham kenapa kami ketawa. Aku ketawa kerana cuaca agak panas untuk berjubur dalam kereta. Petang itu aku senang hati bertemu sosok  yang memberi jawapan jujur.

Kemudian  satu petang aku dengar berita tentang  Saleh telah terkencing di Dewan Bahasa dan Pustaka.  Mengikut surah yang aku  dengar  Saleh ‘meluat’ dengan majlis yang sedang berjalan pada petang itu. Majlis dimana para sasterawan  sedang mengada-ngada.

Dimana  Saleh terkencing dan apa yang Saleh kencing aku tak ambil pot. Kerana aku sendiri pun selalu terkencing merata-rata. Pada aku terkencing  permintaan natural badan. Justeru tak perlu ditahan tahan.

Babak Saleh terkencing ini berlaku tahun 1974. Pada tahun 2020 ini  satelah aku tahu sikit-sikit tentang seni maka ‘Kencing Saleh ‘ ini akan aku tarkrifkan sebagai  ‘performing art’. Bayangkan betapa hebatnya  ‘Kencing Saleh’ hingga ke tahun 2020 masih diperkatakan. Ini lah seni dari seniman tulin namanya.

Pada tahun 1974  ekonomi Tanah Melayu masih dalam genggaman  kuasa kolonial Inggeris. Parti    United Malays National Organisation  yang menetas dalam reban kuasa   kolonial Inggeris sedang diserang oleh tentera pembebasan Rakyat Malaya dibawah Parti Komunis Malaya (PKM ) dari sempadan Siam.  Perang Vietnam sedang membara. Asia Tenggara bergolak. Maka Tuan  Inggeris datang membantu membuat  perang saraf anti garis  gerakan pembebasan PKM.

Justeru filem Paper Tiger membuat penggambaran  di Tanah Melayu. Saleh berlakon menjadi pemimpin gerila PKM yang mengganas. Saleh berlakun  dengan David Niven dan Toshiro Mifune dua actor tersohor.

Pada 9 Disember 1974  aku menghilangkan diri. Polis mencari aku. Akhbar Utusan meletakkan muka aku di muka depan akhbar bila aku gagal datang ke Mahkamah di Johor Baru. 

Aku  bergerak dibawah tanah. Pindah dari satu tempat ke satu tempat.  Salah satu tempat aku menumpang sebelum aku mencelah ke sempadan Siam ialah di rumah  Usman Awang a.k.a Tongkat Waran. Rumah Tongkat di daerah kelas menengah Melayu di Kampong Tunku.

Aku masih ingat lagi satu petang  Tongkat baru pulang dari Dewan. Ini bulan Jun 1975. Bulan ini aku ingat kerana ianya  sebulan   sebelum hari jadi  Tongkat sampai. Ketika ini Tongkat bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka.  

‘ Tadi Saleh datang ke Dewan… dia jumpa abang…’ Tongkat membahasakan dirinya abang. Saleh ini memang  rapat dengan Usman Awang. Dua sosok ini  teribat dalam dunia tulisan  dan sastera.

‘Ada apa dengan Saleh…. dia nak  hantar tulisan ke..’ Aku bertanya kerana Tongkat menjaga majalah Dewan Sastera.

‘ Dia nak jual buku… dia kata dia dah pokai…dia  nak  minta Dewan beli buku-buku dia….’

‘ Buku apa? Banyak buku dia…’

‘ Banyaklaaa… buku library yang dia pinjam tak pulang …buku buku yang dia curi….’  Selamba  Tongkat  melawak sambil memandang muka aku. Kami ketawa kerana kami memang kenal siapa dia Saleh Ben Joned.

Tahun 1976 aku berkelana di Australia. Disatu hujung minggu aku hadir disatu program pelajar bersama ahli akademik di Universiti Sydney. Aku bukan ahli akedemia. Aku datang untuk mendengar perbincangan.  Selesai program kami ada minum-minum. Tetiba seorang  Minah cun, lampai dan bergetah datang  memperkenalkan diri.

‘ You… Isham? Heard about you….’  Dia menghulur tangan aku perhatikan didadanya terselit  tanda nama Kay Saleh…’

‘ I’m Kay… Kay Saleh.. from Sydney Uni…’

 Minah ini  aku pernah dengar namanya. Dia ahli sosioloji.  Ini betul betul Minah Saleh. Minah yang dipelok oleh Saleh. Minah ini   bernama  Kay .  Kay masih bangga memakai nama Saleh didada walau pun dari apa yang aku dengar mereka telah lama berpisah sebagai suami isteri.

Tahun 1990  aku telah menjadi warga kota London.  Tetiba aku mendapat panggilan talipon dari Saleh. Ketika itu aku menjadi pelayan di  Restoran Garuda   150  Shaftesbury Avenue.

Kami bertemu di The Cambridge Pub – tiga minit menapak dari tempat aku bekerja.  Aku cukup senang hati dapat bertemu Saleh. Aku bertanya tentang Si Polan dan si Polan dalam UM.  Dia bersurah yang dia dah berhentii dari UM. Pindah  ke stesen Tv buat itu dan buat ini.  Di TV3 Salleh menjadi penyunting skrip.Dia juga ada kolum As I Please di akhbar The New Straits Times ST. 

‘ Aku datang London ini nak bincang dengan penerbit…Skoob Books … opis dia disini … kau kenal Ike Ong ……’ Aku mengeleng kepala.

Esoknya kami ke Russel Square untuk berjumpa Ike yang bercadang hendak menerbitkan buku Saleh. Aku tak pernah  membaca kolum Saleh jadi aku tak tahu apa isi tulisan. Aku tak campur perbincangan. Aku hanya  menemani Saleh.  Pulang dari  Russel Square kami naik kereta api bawah tanah  ke  Oxford Street.

Ketika sampai ke Oxford Street pejabat telah tutup. Stesen agak lengang. Menjadi kebiasaan warga kota London  membaca Evening Standard akhbar petang ketika menunggu atau dalam keretapi. Sesudah membaca akhbar akan dibuang atau di tinggalkan ditempat duduk. 

‘ Ehhh…  tak perlu ambik laa…’ Aku memberi ingatan bila Saleh menyelok  tong sampah  dalam stesen untuk mengambil akhbar Evening Standard yang telah dibuang. 

‘ Wow… kau dah jadi bourgeoise…’  Saleh memperli aku. Aku tak ada jawapan.

‘Aku nak baca bila opera … aku dengar Pavrotti  ada bagi free konsert  di Convent Garden… aku nak dengar  arias dia…’

Kemudian Saleh memberi aku kuliah  tentang Three Penny Opera  garapan seniman Marxist Bertolt Brecht.    Petang itu aku hanya mendengar saperti Jebat  dan Lekir yang mendengar  syarahan dari Adiputra tentang ilmu silat. Sosok dihadapan aku yang penuh dengan ilmu pengetahuan.

Malah konsep  - teater jalanan – yang aku mulakan di Tasik Utara (1974)  sebagai agit-prop – agitasi propaganda – aku mula mendengar dari surah Saleh yang telah melihat  street teater  dipentaskan oleh pelajar anti perang  Vietnam di German.

Akhirnya , satelah dua puluh tahun berkelana aku pulang ke Malaysia. Aku perbaharui  hubungan dengan Saleh.   Buku yang dirancang  di London telah diterbitkan. Dia  merancang untuk  menerbitkan buku puisi dan merancang teater Mat Solo. 

Satu hari Saleh mengajak aku bertadang ke rumahnya di Subang Jaya. Saleh mahu menunjukkan pada aku satu keping pantun tulisan  tangan  Shahnon Ahmad  yang  dihadiahkan kepada  Saleh. 

Ini pantun erotic Melayu. Menurut Saleh pantun ini ditulis  Shahnon sebelum dia  menjadi ahli Parti Islam. Sebelum Shahnon menjadi ahli kumpulan Arkam.  Menurut Saleh inilah lah contoh sosok   Melayu lama yang jujur, penuh erotika dan berhati mulia.  Istilah  Melayu lama di munculkan oleh Saleh   sebagai perlawanan  menentang konsep Melayu Baru yang sedang diheboh-hebohkan pada ketika itu.

Saleh Ben Joned memang ulat buku. Buku buku dalam bilik Saleh melimpah keluar luar bilik.  Aku  melihat betapa ramainya buku koleksi Saleh. Lalu aku teringat apa kata Tongkat satu ketika dulu tentang Saleh yang mahu menjual bukunya.  Aku minta pinjam satu buku. Aku ambil buku Bakunin on Anarchism.

Pada 10 April 2001 aku ditangkap dibawah  Akta Keselamatan Negara ( ISA). Aku dihantar ke kem Kamunting untuk ditahan. Ketika ini aku  masih berhadapan dengan dua kes terlibat dalam perhimpunan haram. Kes ini masih berjalan.  Dua atau tiga bulan sekali aku akan dibawa ke Kuala Lumpur untuk menyambung perbicaraan di mahkamah lama sebelah  Masjid Jamek.

Selalunya ramai kawan-kawan akan  datang ke mahkamah Ketika aku dibicarakan tanda   bersetiakawan. Kami tak boleh bercakap. Hanya melambai lambai , toleh menoleh dan jika nasib baik  boleh bersalaman.  

Aku ingat lagi pada bulan puasa  November 2002  aku dibawa ke  Kuala Lumpur untuk dibicarakan.  Sesampai ke mahkamah aku ternampak  ramai kawan telah sedia duduk dalam mahkamah. Aku ternampak Saleh Ben Joned duduk di kerusi paling atas paling belakang- disudut. Dia memakai baju puteh lengan penjang puteh.

Aku merasa amat gumbira di mahkamah  kali ini.  Aku merasa aku telah bebas.  Ini kerana kawan lama Saleh Ben Joned  ada datang sama. 

Selesai bicara warden penjara memasang gari.  Aku akan dibawa ke dalam van untuk dibawa pulang ke Bilik Sulit. Ini tempat rahsia yang hingga ke hari ini aku belum 100 pasti dimana letaknya.

Polis mahkamah  mengarahkan semua bangun dan keluar dari mahkamah. Aku mengamit Saleh. Dia bangun. Tangan aku  bergari. Saleh dari tingkat atas  cuba turun ke bawah untuk berjabat salam dengan  aku. Polis menepis takut ada sesutu yang akan masuk diseludup ke dalam  tangan aku.

Banyangkan aku di tingkat bawah Saleh dari tingkat atas  menunduk menghulur tangan. Tetiba dari poket baju Saleh terjatuh sekotak rokok.   Saleh pun dengan cepat mengambil rokok dan memasuk ke dalam saku.  Aku ketawa  bukan kerana rokok itu untuk aku. Aku ketawa kerana  dalam bulan puasa pun  Saleh masih ada rokok. Ini tanda sosok Melayu yang tidak pernah digula-gulakan oleh Tok Arab. 

Tahun 2003 aku dibebaskan.  Aku berhubung kembali dengan Saleh. Dia sedang masih merancang untuk menerbitakn buku puisi. Sekali lagi Saleh memperkenalkan aku dengan seorang  penerbit. Dulu Ike Ong dari Russels Square kali ini  John Lee dari Petaling Jaya. Kami menjalin persahabatan.

Pada pagi Khamis 29 Oktober 2020  yang lalu aku terima pesanan ringkas dari Adman Saleh.  Adman memberi tahu bahawa Saleh telah meninggal dunia. Adman ialah pengarah filem Bintang Malam (1991) yang Saleh menjadi pelakon. 

Aku menghantar  pesanan ringkas kepada semua kenalan. Kemudian aku menalipon Adman.  Aku menalipon John Lee. Kami merancang untuk menziarah jenazah.  Aku  siap sedia menunggu.

Tetiba Adman menalipon memberi tahu bahawa  hanya keluarga terdekat yang dibenarkan datang melawat jenazah. Ini peraturan  Covid-19.  Kemudian aku menalipon John Lee dan memberi  tahu maklumat yang sama.

Sosok  lelaki berbaju hitam berterompah kayu telah meninggalkan kita. Buku-buku dan tulisan Saleh masih segar dibaca. Hanya aku harap  pantun tulisan  tangan Shahnon Ahmad  masih ada tersimpan. Tanda bukti Melayu sebelum mengada-ngada nak  jadi Arab. 

Buku Bakunin on Anarchism milik Saleh yang aku pinjam masih belum aku pulangkan. Entah dimana aku letakan.  Amin (TT)


BIDEN DAH NYANYOK



 BIDEN DAH NYANYOK

Zack Kapchai commented on

 "TRUMP BOCORKAN PENIPUAN UNDI MENGUNDI"

Kalau dah kalah tu macam2 la tipu undi la tipu dakwat laa.. Trump kene belajar dengan Tt kalau nak wat gempar sebelum mengundi tu dah cakap awal2 pru 14 Ph menang kecawali ditipu... Harap bidin selepas 22 bulan tak ternyanyok gi letak jawatan..

BUANG KE FINLAND

 


 BUANG KE FINLAND

Unknown commented on

 "MERAKAM SEJARAH"

Gwa bikin politik Malaysia huru-hara sekarang kerana ada politikus yang berangan nak jadi PM dan dah buat kacau sejak PRU lalu. Semua masalah politik (dan sekarang rakyat dan negara) berasal dari kekacauan politikus ini. Sebab tu, politikus tersebut patut rakyat buang ke Finland. Lepas tu baru ada peluang menyelesai kemelut politik negara.

PEROSAK EKONOMI

 


 PEROSAK EKONOMI

Kunta Kinte commented on

 "BAHAYA DARI PENDATANG ASING"

Kalau masuk ikut lorong tikus dipanggil "PATI". Kalau ada agen haram dipanggil pemerdagangan manusia. Tetapi kalau agen ada hubungan dengan orang politik dipanggil apa pulak???

MAKIN BERAT

 


 MAKIN BERAT

GELISAH RESAH

AMIN 

NORMAL BARU

TAK SELESA

TAK SERONOK

MEMBOSAN

AMIN


Tiada kehidupan normal selagi ada Covid-19 – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham berkata, masyarakat perlu hidup bersama kehadiran virus Covid-19 dan mula mengamalkan norma baharu.

Masyarakat juga, katanya, perlu akur arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan kerajaan untuk mengekang virus tersebut daripada terus merebak.

“Tidak akan ada perkara atau kembali kepada kehidupan normal lagi.

“Ini (PKPB) adalah normal baharu sebab virus sudah ada dalam kalangan masyarakat. Jadi kita kena hidup dengan virus ini dan terima normal baharu untuk terus hidup,” katanya ketika ditanya sama ada PKPB akan diteruskan selepas sebulan dilaksanakan di beberapa negeri di Malaysia.

Menjelaskan perkara itu, Dr Noor Hisham berkata, PKPB adalah pilihan terbaik kerajaan dalam memastikan pandemik ini dapat dibendung.

Katanya pelaksanaan PKPB adalah lebih baik daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana ia lebih membawa kesan positif khususnya kepada sektor ekonomi negara.

“Kami gunakan PKPB dan lihat kesan positif contohnya jumlah jangkitan telah menurun dan kita kena pastikan kita bendung jangkitan itu. Biasanya kita akan putuskan rantaian dan ia akan berkurangan dengan jelas.

“Itu strategi kita kita tapi kita harap dengan memperketatkan pergerakan dari zon kepada zon lain dan daerah ke daerah lain, itu cara terbaik untuk mengekang penularan Covid-19.

 BILA AGAKNYA

DATANG BALIK

NORMAL LAMA

2019 2018 2017 2016

HIDUP ENJOY

DE MENJOY

TANPA KOBID

AMIN

2019 2018 2017

PASTI DATANG 

SEKLAI LAGI

HANYA BILA?

AMIN