.

Isnin, 25 November 2013

NAJIB RAZAK KENA PAU




KENYATAAN MEDIA
25 November 2013

DAKWAAN INTIPAN: PUTRAJAYA MESTI BERTINDAK TEGAS

Laporan berita yang mengatakan agensi risikan Singapura terlibat dalam aktiviti mengintip telekomunikasi dan trafik internet termasuk dari Malaysia, melalui tap terhadap kabel SEA-ME-WE-3.

Putrajaya wajib memanggil Pesuruhjaya Tinggi Singapura untuk memberikan penjelasan adakah benar risikan Singapura telah melakukan aktiviti intipan sebegini sejak tahun 1970an lagi.Putrajaya juga wajib menghantar surat bantahan kepada Suruhanjaya Tinggi Singapura atas aktiviti intipan sebegini, yang dilapor dilakukan dengan kerjasama Singapore Telecommunications Limited (SingTel).

Pada masa yang sama, Putrajaya wajib meminta penjelasan dari Singapura adakah mana-mana pimpinan tertinggi negara, termasuklah dari pihak Kerajaan dan Pembangkang, diintip komunikasi mereka, seperti dakwaan yang timbul dalam laporan yang mengatakan Canselor German, Angela Merkel, telah diintip sejak 2002.

KEADILAN memandang serius isu intipan, lebih-lebih lagi oleh sebuah negara jiran yang mana beberapa projek mega termasuklah High Speed Rail sedang dibincangkan. Jika isu ini tidak ditangani dengan pantas dan tegas, ia mungkin akan menjejaskan hubungan antara negara.

FAHMI FADZIL
Pengarah Komunikasi

-------------

NEGARA ISLAM CUTI HARI HAD






  • Sektor swasta Johor mahu kekal cuti Ahad
  • johor state government logoPersatuan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Tionghua Johor Bahru mengalu-alukan perubahan hari cuti di Johor selagi status quo sektor swasta dan bank kekal.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... APA BENDA NYA INI?.... kah  kah..

kah kah kah... SWASTA IALH KAUM KAPITALIS.... kah kah kah..

kah kah kah..CUTI JUMAAT SABTU UNTUK TUNJUK ISLAM.... kah kah kah...

kah kah kah...MANA LEBIH BERKUASA?... kah kah kah..

kah kah kah..KAUM AGAMA ATAU KAUM PEMODAL... kah kah kah....

kah kah kah... STOCK MARKET BUKA HARI JUMAAT... kah kah kah..

kah kah ...MALAYSIA NEGARA ISLAM  TAK BERANI CUTI JUMAAT..kah kah..

kah kah kah..TAK CAYA CUBA MINTA...kah kah kah..

kah kah kah... NGO ISLAM WAJIB TUNTUT CUTI JUMAAT... kah kah kah..

kah kah kah..KACAU KAUM KAPITALIS... kah kah kah

kah kah kah..NEGARA ISLAM CUTI HARI AHAD... kah kah kah



-----------

TUKAR TIUB MEMECAH BERITA SEDUNIA



SEKALI LAGI
sebelum bbc
sebelum cnn
sebelum media dunia

tukar tiub pertama di dunia

SITI AISHAH


PEMECAH BERITA SEDUNIA
siapa wanita  malaysia itu?
apa kumpulan itu?
kumpulan maoist apa?

brixton?
london?

siapa chairman ara?
siapa siti aishah abdul wahah?
aishah dari mana?
siapa keluarga aishah
siapa ara bala?
dari mana bala datang?
siapa bersumia dengan orang india tamzania?

hanya tukar tiub
pemecah berita sedunia

CHAIRMAN ARA

------------

I REST MY CASE MY LADY






KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... CUBA  YOU  TEKA.... kah kah kah..

kah kah kah..KENYATAAN INI UNTUK SIAPA?.... kah kah kah...

kah kah kah...KAH KAH KAH.... kah kah kah...

kah kah kah...I REST MY CASE MY LADY... kah kah kah


----------

JANGAN JADI HASAN MALEK



DUIT CUKAI
UNTUK ROSMAH ENJOY

Elak bayar cukai dianggap pengkhianat negara, kata Najib

 Najib Razak (gambar) berkata mereka yang mengelak daripada membayar cukai boleh dianggap... SELANJUTNYA

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... BAYAR CUKAI PADA GEROMBOLAN?... kah kah kah..

kah kah kah..BUKAN PENGKHIANAT.... kah kah kah..

kah kah kah...YANG BAYAR CUKAI ADALAH YANG BODOH... kah kah kah..

kah kah kah..DUIT CUKAI UNTUK ROSAMAH SHOPPING... kah kah kah..

kah kah kah...BODOHLAAAA SAPA BAYAR CUKAI...kah kah kah..

kah kah kah..ROSMAH ENJOY DE MENJOY... kah kah kah...

kah kah kah...RAKYAT DI PAKSA BAYAR UNTUK ROSMAH.... kah kjah kah



----------

PRU 14 JANGAN HARAP





KOMENTAR TUKAR TIUB
kalau pilihan raya boleh mengubah apa apa
pilihan raya telah lama diharamkan di malaysia

Bekas pengerusi SPR sertai Perkasa untuk pastikan Melayu terus berkuasa

OLEH MUZLIZA MUSTAFA
Bekas pengerusi SPR sertai Perkasa untuk pastikan Melayu terus berkuasaSetelah lama menyepi, bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman menyertai Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia..


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... DO I NEED TO SAY ANYTHING..SIR?... kah kah kah...

kah kah kah..I REST MY CASE MY LORD... kah kah kah


-------------

BILIK SULIT KE PANTAI TIMUR



BILIK SULIT
dari kumpulan
teater bukan teater

bilik sulit bukan teater bodek
bilik sulit teater melawan

bilik sulit  teater untuk dewasa
bilik sulit satu jemputan


KELANTAN
JUMAAT 29 NOVEMBER 2013
JAM 8.30 MALAM
KOTA BHARU KELANTAN
Z&H HOTEL
jalan paya bemban
kota bahru
kelantan


TERANGGANU
SABTU 30 NOVEMBER 2013
8:30 MALAM
PUSAT TARBIAH PAS
KUALA IBAI - TERANGGANU


---------------

TERIMA KASEH DARI DAPUR JALANAN




DAPOR JALANAN
JALAN PANGGUNG
PETANG KELMARIN


PETANG KELMARIN CUACA MOLEK
maka ramai ramai ramai yang datang
yang datang membawa makaan juga ramai
anak anak muda yang membantu juga ramai

meriah jalan panggung

TERIMA KASEH

Tim  Pasta - tong dan kawan-kawan
Tim  Sandwich - kawan #hadikhalid
Tim Kek - nad & khairul
Tim Bubur Nasi & airkrim Malaysia - famili dari pajam
Tim Roti canai - team syed syahir
Tim Nasi Lemak - Jeff dan Yati
Tim Vegetarian food - MADE project
Tim  Bihun goreng - Miss yati twitter

JUGA YANG BAWA 
KAIN BAJU DAN SELUAR

Mahasiswa dan Mahasiwi dari UIA
Geng Kotak
Keluarga dari Pajam
Mahasiswi dari Unisel
Minah Cun Lulu dari Jakarta

MINGGU DEPAN 
SESIAPA INGIN MEMABNTU
sesiapa ingin bawa makanan 
sila talipoin awal
 Mohd Ezzuandi Bin Ngadi 
H/p: 013-4315356 / 019-2671285

ini towkay ayer
untuk dapur jalanan



 ----------------

SATU LAGI REKOD MALAYSIA



MULUT BESAR 
LULUSAN 
UNIVERSITI KULOMBIA
 Bakat anak perlu diasuh - Muhamad Rosmah
SERDANG 22 Nov. - Bakat yang dianugerahkan kepada setiap anak perlu diasah dan diasuh, sesuai dengan perumpamaan Melayu, 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. 

Suami Perdana Menteri, Muhamad Rosmah Mansor berkata, ibu bapa memainkan peranan penting dalam memastikan pendidikan dan memberikan galakan sewajarnya demi kecemerlangan anak-anak mereka.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... JAGA ANAK SXENDIRI DULU.... kah kah kah.....

kah kah kah..BERTUNANG SAMPAI 4 TAHUN.... kah kah kah...

kah kah kah...INI DAH MASUK GUINESS BOOK OF RECORD... kah kah kah..

kah kah kah..AGONG DAH BERALIH... kah kah kah..

woit... BERTUNANG SAMPAI BUNTING KE?.. kah kah kah

AGONG DAH  BERGANTI
PASAL APA TAK KAHWIN
kah kah kah
DAH CABUT LARI KE
kah kah kah
MACAM DINO ANAK RAIAS YATIM
entot entot lari
kah kah kah

------------

UCAPAN PRESIDEN PKR KELMARIN




Ucapan Perasmian Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden Parti Keadilan Rakyat
Kongress Nasional Khas , Parti KEADILAN Rakyat
24 November 2013
Shah Alam Selangor

Bismillahirahmanirahim
Segala pujian hanya pada Allah Tuhan sarwa sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad S.A.W.
Yang dihormati, Pengerusi majlis
Ketua Umum, Saudara Anwar Ibrahim
Saudara Timbalan Presiden,                       
Saudara Setiausaha Agung.
Pimpinan, perwakilan dan pemerhati dari seluruh negeri dan cabang.
Kita bersyukur kerana selamat kembali menghadiri Kongres Nasional Khas. Namun sebelum itu, wajar kita kenangkan sahabat kita Allahyarham Haji Suhaimi Said. Beliau adalah pejuang rakyat terutamanya nasib peneroka Felda dan masyarakat orang asal. Kepada beliau dan rakan-rakan pejuang yang telah kembali ke rahmatullah, marilah kita hadiahkan Al-Fatihah!.
Saudara dan saudari sekalian,
Saudara dan saudari sekalian.
(Sejarah pemilihan  2010)
Di Malaysia, KEADILAN adalah parti pertama yang melaksanakan pemilihan pimpinan parti secara terus oleh ahli, iaitu satu ahli satu undi. Alhamdulillah, kerana kejayaan  menempa sejarah baru pemilihan yang demokratik. Kendati begitu, kita juga menerima serangan manakala terdapat kelemahan dalam proses awal pemilihan. Terima kasih kepada Jawatankuasa pemilihan ketika itu, para petugas serta sekretariat parti yang bertungkus lumus memastikan kelicinan proses pemilihan.  
Dalam mengimbau pengalaman lalu, kita perlu pertingkatkan persiapan jentera pemilihan yang wibawa dan bebas, telus dan cekap. Namun semangat kebebasan dan demokratik dalam sistem pemilihan juga menuntut kemantapan dan kesedaran anggota.
Perlembagaan baru memberikan kuasa mutlak kepada setiap anggota memilih dengan bebas. Maka adalah diandaikan bahawa anggota cukup terlatih dengan idealisme perjuangan. Ini adalah untuk memastikan calon yang diamanahkan jujur kepada kewajiban dan tidak dipengaruhi sogokan atau ugutan.
Etika pemilihan dan calon akan dipantau dengan lebih keras dan teliti. Seseorang yang keterlanjuran melanggar prinsip luhur perjuangan atau keterlibatan dalam kegiatan rasuah dan ugutan akan tersingkir dari menjadi calon.
 Para perwakilan dan pemerhati sekalian,
(Pengajaran pemilihan 2010)
Pemilihan parti pada tahun 2010 yang lalu telah banyak mengajar kepimpinan akan pentingnya kelangsungan ukhwah diantara pimpinan cabang, negeri dan pusat kepada ahli di akar umbi. Sebab itu kita unjurkan beberapa siri latihan yang berteraskan Politik Nilai kepada seluruh warga KEADILAN agar memahami wadah dan khittah  perjuangan dan mengamalkan politik yang lebih matang dan beretika. Terima kasih pada Akademi Keadilan, Institut Kajian Dasar, Center For Reform Democracy and Social Iniatives yang berterusan menjalankan aktiviti latihan kepada ahli tentang pentingnya memahami politik nilai dan pencerahan dalam berpolitik. Begitu juga kepada sayap parti Wanita Keadilan dan Iltizam Angkatan Muda yang giat menjalankan latihan ke cabang-cabang.
Justeru, dalam pemilihan yang akan datang, penyususan semula jawatankuasa pemilihan adalah daripada dikalangan mereka yang berpengalaman dalam strategi pemilihan, logistik, data, keselamatan dan petugas serta yang paling penting adalah berintegriti dan amanah dengan tanggungjawab yang diberikan.
Sidang hadirin sekalian,
Kekuatan KEADILAN kini wujud daripada komitmen seluruh anggota di peringkat akar umbi hinggalah ke peringkat pimpinan. Ramai aktivis parti yang semenjak tahun 1998-1999 tidak pernah luntur semangat juang mereka untuk terus membawa agenda perubahan.
Jasa dan idealisme REFORMASI inilah yang berjaya meletakkan KEADILAN sebagai parti induk Pakatan Rakyat bersama-sama PAS dan DAP.
Kita juga merupakan satu-satunya parti di negara ini yang mempunyai wakil DUN atau Parlimen di setiap negeri. Kita juga adalah satu-satunya parti yang mempunyai wakil dari semua kaum; Melayu, Cina, India, Iban, Visayas dan Orang Ulu.
Saudara dan saudari,
Maka, meskipun PRU 13 dicemari dan curang, namun angka dilingkungan 52 % sokongan rakyat Malaysia cukup melegakan. Dan inilah yang mendorong Sheikh Yusof Al-Qaradhawi, ulama besar dunia yang telah menyatakan kepada Saudara Anwar Ibrahim di Doha sabtu lalu untuk bersyukur dan istiqomah. Beliau mengungkapkan dari ayat Al-Quranul kareem yang juga menjadi pegangan reformis sejak pengisytiharan Permatang Pauh 1998 .  “..Islah mas tata' tum..”
“ ..tidaklah kami mahu melainkan untuk melakukan islah sekuat daya kami”
Justeru itu, kemenangan di negeri Selangor adalah kesempatan untuk kita buktikan kaedah pentadbiran yang bersih dan telus. Mempastikan keutamaan bukan kepada pimpinan parti atau wakil rakyat tetapi kepedulian kepada rakyat, kehidupan, pendidikan, kesihatan dan kebajikan mereka.
Perwakilan dan pemerhati yang dihormati.
Sejak tahun 2001 lagi, kita sudah menggariskan 17 tujuan dan matlamat parti yang kita unjurkan sebagai landasan pergerakan parti. 17 rukun ini jugalah yang menjadi sumber dan asas dalam kerangka manifesto Pakatan Rakyat.
Oleh yang demikian, untuk terus menjayakan agenda reformasi, maka beberapa pindaan dalam garis panduan akan kita pinda demi memastikan pengurusan parti berada di landasan yang selari dengan dasar perjuangan. Antara pindaan yang akan kita lakukan adalah harapan kita untuk memperkasakan fungsi wanita sehingga 30% dalam penglibatan menggubal dan membuat keputusan yang melibatkan kepentingan semua.
Beberapa  fasal yang akan kita pinda dan ubah adalah seperti :-
Fasal 5.8.        Menjunjung setia semangat kerjasama dan perkongsian kuasa secara adil di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia dengan memperkasakan kedudukan politik dan ekonomi yang saksama mengikut kerangka Perjanjian Malaysia tahun 1963.
Fasal 5.14.        Mengiktiraf martabat dan  peranan wanita sebagai tonggak dan penggerak masyarakat, menghayati falsafah hormat wanita, memastikan wanita bebas daripada diskriminasi dan eksploitasi, mengupayakan wanita untuk mencapai kesaksamaan dalam kepimpinan dan membuat keputusan dengan sekurang-kurangnya penglibatan tiga puluh peratus, demi memastikan hak serta kepentingan mereka terpelihara


Saudara dan saudari yang dikasihi.
Burung enggang terbang meninggi
Terbang tinggi hingga ke awan
Borneo menang dimana janji
Hingga kini masih dinafikan

Sedar atau tidak PRU 13 sudah lama berlalu. Kita maklum Barisan Nasional masih lagi menguasai kerajaan pusat hanya kerana kemenangan di Sabah dan Sarawak. Tetapi hingga hari ini, sudah lebih 56 tahun merdeka keadaan di Sabah dan Sarawak masih lagi tertinggal dengan infrastruktur jika dibandingkan dengan negeri-negeri di semenanjung. Di manakah janji mereka untuk membela kehidupan rakyat? 
Lihat sahaja pembentangan belanjawan 2014 yang telah dibentangkan, di mana penekanan kepada pembangunan di Sarawak dan Sabah tidak begitu diambil berat oleh pihak kerajaan.
Saudara dan saudari.
KEADILAN dan rakan Pakatan adalah parti pertama yang mengiktiraf 16 September sebagai satu detik sejarah yang penting dalam penggabungan Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.
Sehubungan itu, masih segar dalam ingatan ketika menyambut kemerdekaan yang ke 55, KEADILAN, PAS dan DAP telah melancarkan “Deklarasi Kuching” yang mana telah kita setuju untuk memasukkan deklarasi ini dalam perlembagaan yang bakal diluluskan.

Justeru, KEADILAN khususnya kita tetap dengan pendirian yang mahukan autonomi diberikan kepada Sabah dan Sarawak. Memastikan pembahagian kekayaan negara yang adil ke semua negeri-negeri. Ini termasuklah pembayaran 20% royalti minyak kepada negeri-negeri yang terlibat, Sabah, Sarawak, Kelantan dan Terengganu.

Begitu juga dengan strukutur organisasi parti yang lebih inklusif untuk menggalakkan partisipasi terus oleh ahli daripada Sabah dan Sarawak. Lantaran itu, tiga (3) orang Naib Presiden yang dilantik mestilah sekurang-kurangnya satu daripada mereka adalah daripada Sabah dan Sarawak. Ini termaktub di dalam pindaan perlembagaan fasal 21.7. Dalam fasal 24.3 juga ada menyatakan bahawa Pengerusi Majlis Pimpinan Sabah dan Sarawak juga akan secara langsungnya menjadi ahli Biro Politik. Maka kelangsungan keputusan dan hal ehwal di negeri Sabah dan Sarawak akan terus didengari oleh pimpinan tertinggi parti.
  
Hadirin sekalian.
“Aishah r.a berkata : saya telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda di rumahku ini : Ya Allah siapa yang menguasai sesuatu dari urusan umatku, lalu mempersukar pada mereka, maka persukarlah baginya. Dan siapa yang mengurusi umatku lalu berlemah lembut pada mereka, maka permudahlah baginya. (riwayat Muslim)”

Hadirin yang dikasihi.
Masa depan parti KEADILAN ini adalah terletak kepada semua ahli. Di semua peringkat negeri, cabang dan ranting memikul tanggungjawab yang besar iaitu memastikan parti ini terus bernafas untuk membawa agenda reformasi. Langkah kita meminda beberapa pindaan dalam perlembagaan parti telah pun diperinci dengan teliti. Langkah ini juga akan memberikan lebih ruang dan kuasa kepada penglibatan terus untuk mengambil bahagian dan hal ehwal perjalanan parti.

 “Ikan tenggiri berenang-renang
Tersangkut jala di muara sungai
Kita berdiri janganlah rengang
Bukalah minda politik nilai
Jati diri bukan kepalang
Tetap bersama tidak terkulai”
Akhir kata, selamat berbahas kepada yang terlibat. Bahaslah dengan hormat dan berbudaya. Semoga apa yang kita pinda dan bahas ini akan membantu kelicinan perjalanan parti. Insya Allah.
Oleh itu, saya mengharapkan para perwakilan yang hadir hari ini dapat membuat keputusan yang tepat demi kebaikan dan maruah parti ini. Mudah-mudahah perjuangan kita mengangkat martabat rakyat diberkati dan seterusya membudayakan demokrasi dengan adil dan amanah.
Sekian,
Wabilahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikumu w.b.t.
REFORMASI!
------------