Jumaat, 4 September 2020

FILEM WAJIB TAYANG WAJIB TONTON




 WAJIB TAYANG

WAJIB TONTON


SAKAI BIDUANDA






SAKAI BIDUANDA
Betoi tu.. Biduanda ada klass. Nama kampung Biduanda pun ada klass. GEMENCHEH satu nama yang amat ori
 on 
SUKU BIDUANDA 
NEGERI SEMBILAN
Publish | Delete | Spam
Unknown
at 16:15

10

SEORANG LAGI PEMIMPIN ISLAM DIFAINAH








PEMIMPIN ISLAM

DIHINA DIFITNAH

AMIN

KALI INI FITNAH 

PEMIMPIN ISLAM

BUKAN SAJA

WARAK BERIMAN

PEMIMPIN

YANG AMAT BIJAK

DAPAT POINTER

3.85 

AMIN

BIJAK BISTARI

AMAT BIJAK

3.85 

POINTER UKM

KAH KAH KAH



Bicara kes Ahmad Maslan gagal isytihar RM2 juta bermula 16 Oktober

PERBICARAAN kes Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan yang didakwa atas dua pertuduhan gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memberi penyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), akan bermula 16 Oktober ini.

Hakim Mahkamah Sesyen Azman Ahmad menetapkan empat hari iaitu 16 dan 23 Oktober; 6 November serta 24 Disember untuk perbicaraan, semasa sebutan kes, hari ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar manakala peguam Hamidi Mohd Noh mewakili Ahmad, 54.

Hamidi memaklumkan mahkamah bahawa permohonan semakan untuk membatalkan dua pertuduhan itu telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi.

Pada 14 Ogos lepas, Pesuruhjaya Kehakiman Aslam Zainuddin menolak permohonan Ahmad untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang tidak membenarkan beliau dibebaskan daripada dua pertuduhan itu selepas mendapati tiada kesilapan oleh Mahkamah Sesyen.

Pada 24 Julai lalu, Mahkamah Sesyen menolak permohonan bekas timbalan menteri kewangan untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapinya selepas berpuas hati permohonan tersebut adalah pramatang.

Ahmad didakwa telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan cara tidak melaporkan pendapatan sebenar berjumlah RM2 juta yang diterima daripada bekas perdana menteri itu kepada LHDN dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan Bagi Tahun Taksiran 2013 yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Beliau dituduh menerima wang tersebut, yang dipercayai sebagai hasil daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang, melalui cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 November 2013, dan cek itu telah ditunaikan sendiri oleh Ahmad, pada hari yang sama.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di LHDN, Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini, pada 30 April, 2014.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Ahmad didakwa telah memberi penyataan palsu kepada SPRM semasa percakapannya dirakam oleh pegawai penyiasat SPRM iaitu Ketua Penolong Kanan Penguasa Mohd Zairi Zainal, berhubung isu itu di bilik sidang media, Bangunan Parlimen, Jalan Parlimen, di Kuala Lumpur antara 2.45 petang hingga 3.30 petang pada 4 Julai 2019.

Pertuduhan mengikut Seksyen 32(8)c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM3 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – Bernama, 4 September, 2020.


INILAH NASIB 

ORANG BIJAK

SELALU DIFITNAH

SELALU DITOHMAH

TAMBAH LAGI

DAPAT IJAZAH

3.85 POINTER

DARI UKM

KAH KAH KAH



KES BARU MENTERI MANA TERLIBAT








KES LAMA JADI

KES BARU

AMIN

MENTERI MANA

TERLIBAT

AMIN

CARI CARI

KOREK KOREK

MEDIA WAJIB

KOREK

AMIN

NETIZEN WAJIB

KOREK

SAPA MENTERI

YANG TERLIBAT

AMIN


Australia rampas hartanah, wang tunai lelaki dalam skandal bangunan Mara

PETALING JAYA: Pihak berkuasa Australia merampas hartanah dan wang tunai berjumlah A$1.6 juta daripada seorang lelaki yang didakwa merasuh seorang pegawai Malaysia untuk pembelian sebuah kompleks pangsapuri berjuta dolar di Melbourne pada 2013.

Menurut laporan Sydney Morning Herald, hartanah dan dana itu milik pemaju hartanah Australia, Teen Boon Lye, isterinya dan syarikat swasta mereka.

Sebelum ini dilaporkan Teen dituduh merasuh pegawai Malaysia untuk menjamin penjualan bangunan itu yang dikenali sebagai Dudley House.

Teen didakwa pada 9 Julai lalu, kira-kira 5 tahun selepas pendedahan yang menunjukkan harga hartanah itu meningkat sebanyak A$4.75 juta untuk memberi sogokan kepada sekumpulan pegawai Malaysia.

Harga asal hartanah di Melbourne itu ialah A$17.85 juta, tetapi kemudian dijual pada harga A$22.6 juta, dengan A$4.75 juta dibayar atau dijanjikan kepada individu, termasuk individu yang didakwa bernama Zach Zainal dan Erwan Azizi, dengan niat untuk mempengaruhi seorang pegawai kerajaan Malaysia bagi menjamin penjualan hartanah itu.

Pertuduhan terhadap Teen pada Julai lalu menyebabkan ahli Parlimen pembangkang di Malaysia menggesa tindakan diambil terhadap individu terbabit.

Pengerusi Mara, Azizah Mohd Dun dilaporkan berkata, beliau menyerahkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menyiasat perkara itu.


KES INI MACAM

KES 1MDB

PECAH DILUAR


SEBELUM PECAH

DIDALAM NEGARA

KOREK KOREK

AMIN

MELAYU BERSATU





MELAYU NAK

BERSATU

KAH KAH KAH

INI KESAH LAMA

KAH KAH KAH

SAMPAI ADA

PARTI PANGGIL

BERSATU

KAH KAH KAH

TAPI SEMUA

BERCERAI BERAI

KAH KAH KAH


Retorik penyatuan Melayu tak kekal lama, kata penganalisis

KEMPEN penyatuan Melayu yang digunakan Umno dan PAS dalam siri pilihan raya kecil (PRK) dijangka tidak akan mampu bertahan untuk jangka masa panjang, kata penganalisis politik tanah air.

Mereka berpendapat, retorik penyatuan Melayu dan ummah akan teruji ketika Muafakat Nasional (MN) berunding untuk agihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Seorang felo penyelidik Ilham Centre Hamidin Abd Wahid berkata isu agihan kuasa itu akan berterusan kerana tidak dapat diselesaikan kalangan parti tersebut.

“Ketika ini retorik penyatuan Melayu masih menjadi lauk utama di meja makan pengundi. Pada masa sama bila realitinya, pengagihan kuasa dan kerusi, siapa ketua negeri, bahagian, dan pusat itu akan beri cabaran.

“Ini badai yang boleh melanda dan persoalan ini belum boleh diselesaikan,” katanya dalam wacana berhubung PRK N58 Slim di Universiti Malaya hari ini.

Dalam wacana dengan tajuk “Slim ke Borneo: Menuju Pilihan Raya Mengejut PRU15” itu, Hamidin berkata, kecelaruan akan bertambah jelas menjelang pilihan raya.

Beliau seterusnya menjangka, senario paling buruk akan dapat dilihat apabila berlaku pertembungan tiga penjuru di antara parti komponen dalam MN, termasuk Bersatu yang baharu menganggotainya.

Selain itu, timbul kecelaruan memandangkan satu lagi gabungan, Perikatan Nasional (PN) sudahpun dibentuk di antara parti yang kini membentuk kerajaan.

“Kecelaruan akan bertambah bila makin hampir menjelang pilihan raya umum terutamanya dari sudut struktur parti.

“Bagaimana MN akan didaftarkan, PN dah didaftar. Logo mana mereka nak pakai atau balik semula kepada tiga penjuru. Ini yang akan mencorakkan kerjasama,” katanya lagi.

Selain itu, kemenangan besar BN di PRK Slim bukan kayu ukur untuk menentukan sokongan dalam PRU15, katanya,

Pandangan sama disuarakan Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisommudin Bakar yang berkata gabungan itu hanya akan dapat menang besar jika berjaya menyelesaikan isu pertindihan kerusi.

“Dalam sentimen gabungan parti politik Melayu, senario terbaik yang boleh berlaku – sekiranya semua pihak dalam PN bersatu dan hadapi PRU – mereka boleh menang besar.

“Realitinya, sentimen pengundi berbeza dengan ahli politik,” katanya dalam program sama.

Beliau berkata, bagi ahli politik, realiti sebenar adalah merebut kepentingan dan kawasan sama dalam kawasan lingkaran Melayu.

“Ahli politik belum (faham) sebab mereka berebut kepentingan yang sama. Parti Melayu berebut dalam pasaran yang sama. Kerusi lingkaran Melayu PAS, Umno, dan Bersatu bertumpu di kawasan ini,” katanya.

PRK Slim menyaksikan calon Barisan Nasional (BN) mengenalkan kerusi tersebut melalui calonnya Mohd Zaidi Aziz yang menewaskan dua calon Bebas dengan majoriti 10,945 undi.

Ia turut menyaksikan kemunculan pertama parti Pejuang yang diasaskan Dr Mahathir Mohamad selepas dipecat dari Bersatu. Calon Pejuang Amir Khusyairi Mohamad Tanusi meraih 2,115 undi.

Hisommudin berpendapat, keputusan itu juga menunjukkan parti Pejuang berupaya membuka tapak dan memberi peluang pengundi terutamanya ahli dan bekas ahli Bersatu menyalurkan tanda protes.

“Dalam pertandingan tiga penjuru, mendapat 2,000 undi itu sangat jelas, mereka menjadi tempat untuk salurkan undi protes atau rasa tidak puas hati,” katanya lagi.

Beliau berkata, walaupun BN menikmati kira-kira 50% undi daripada pengundi Cina di PRK Slim, itu bukan petunjuk komuniti itu kembali menyokong kerajaan.

Kelompok pengundi itu memilih berdasarkan isu semasa dan Ilham Center tidak menolak isu kebun durian haram di Raub menyebabkan pengundi tersebut memihak kepada PN, katanya.

“Di PRK Slim 50% undi pengundi Cina beralih kepada PN, tetapi petunjuk di Slim tak boleh jadi rumusan pengundi cina beralih kepada PN.

“Komuniti Cina guna pengundian secara taktikal, undi mereka dalam PRK adalah untuk menyampaikan mesej mereka,” katanya. – 4 September, 2020.
 

PENYAMUN

PENCURI 

PEROMPAK

BOLEH BERSATU

AMIN

TAPI PARTI 

POLITIK MACAM

MANA NAK

BERSATU

KAH KAH KAH

SABAR DULU

PARTI ISLAM

DAH MULA

PANDAI MENCURI

PANDAI MENIPU

PANDAI RASUAH

ERTINYA PELUANG

BERSATU DENGAN

GEROMBOLAN

PENYAMUN LAMA

MAKIN CERAH

KAH KAH KAH

YANG 

MENYATUKAN

BUKAN ISLAM

BUKAN MELAYU

TAPI KUASA

DAN FULUS

CAMPUR LENDIR

NENAS SARAWAK

AMIN

FAKTA SEJARAH





FAKTA SEJARAH 
ABU KASSIM 
MULAKAN SIASATAN 1MDB
BERSAMA HAMID BADOR
BERSAMA GHANI PATAIL
KEVIN MORAIS SEDIAKAN
KERTAS TANGKAPAN NAJIB
ABU HAMID GHANI
KENA TERAJANG
KEVIN KENA SIMIN
INI FAKTA SEJARAH
AMIN
Masa abu kassim ni jadi kp sprm dah berapa org politikus melayu yg makan rasuah dia tangkap, siasat dan dakwa? Atau NATO? 
on 
TANAH MELAYU
 AKAN HANCUR
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 04/09/20

Y

RASUH KE TAK RASUH - CHINA MERAH BAWA BAHAYA





RASUH KE

TAK RASUH KE

CHINA MERAH

TETAP BAHAYA

The power is corruption, absolute power is absolute corruption, walaupun kedengaran parti komunis china berusaha menghapuskan rasuah tetapi parti komunis china memegang kuasa sepenuhnya di Negara China, 
rancangan menghapuskan rasuah di Negara China dalah wayang matlamat sebenar adalah untuk mengukuhkan kedudukan Xi Jinping dan hegemoni parti komunis China. hakikat sebenar Negara China dikuasai perasuah terbesar dunia 
on 
TANAH MELAYU 
AKAN HANCUR
Publish | Delete | Spam
zaki
on 04/09/20

Tu

BUAT SD DAN LAPORAN POLIS




BUAT SD DAN

LAPORAN POLIS
Yang lebih dayus adalah orang yang merelakan BONTOTnya disodok. Dan yang teramat dayus ialah orang yang hanya melaungkan itu dan ini sedangkan ia tidak membuat apa-apa.... 
on 
NAK 
SELAMATKAN BONTOT
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 04/09/20

in

KENABOI






KENABOI
Boto tu ..suku Biduando dah ado kek duniya ni lobey dulu laey daripado Arab ..takdo pasa kito nak ikot Arab. 
amo tompek kito nongok KONABOEY ..kito tak main namo Arab mcm Darul Khusus, Darul Takzim ..Darul Naim, tapi momantek dongan Omputeh, Russia .. 
on 
SUKU BIDUANDA
 NEGERI SEMBILAN
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
at 15:42


KES LAMA DIBONGKAR








JENG JENG JENG

KES SAPA ?



Australia rampas hartanah, wang tunai lelaki dalam skandal bangunan Mara



BERITA MENYUSUL



TERAM DAN MUIDIN







MADEY BIDIN

TERAM  MUIDIN
Terum ni boleh dianggap mcm Muiden manakala Bidin ni kira mcm Madey la. Muiden cekap sailang mcm Terum tp Bidin selo sikit sebab fakto usia. 
on 
TRUMP 
AKAN MENANG
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 04/09/20

Si

PUNK BATU GILING






PUNK BATU GILING
 Hutaak lu. Betul la rock n roll yg sebati dengan melayu. Budaya batu giling memang udeh jadi budaya turun temurun zaman tok nenek lagi. Bikin cili pun guna batu giling. Rempah ratus semua di batu giling la. 
Puak luar yg tiru budaya melayu batu giling la. Org melayi bodo aje tak tau bhs inggeris yg anggap melayu tiru budaya luar. rolling rock adalah pengasas dari bani melayu.
kahkahkah 
on 
PUNK MELAYU 
PUNK ARAB
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 04/09/20

S

SUKU BIDUANDA NEGERI SEMBILAN







SUKU BIDUANDA
KAMI BUKAN ARAB
ASAL USUL KAMI
DISINI
DI BUMI YANG KAMI PIJAK
AMIN







NAK SELAMATKAN BONTOT






NAK SELAMATKAN

BONTOT 1998
Bodoh apa suruj DSAI tak buat reformasi .
 Dia bukannya PM masa tu ! 
bingai punya statement !! on 
ABAM
 RAJ A KAPOOR
Publish | Delete | Spam
"Nukilan - Aku Prihatin"
on 03/09/20

INI BARU PARTI ANAK MUDA









PARTI ANAK MUDA

TANAH MELAYU AKAN HANCUR






TANAH MELAYU

 TERGADAI

PADA 

CUKONG CINA

KERANA POLITIKUS

MELAYU ISLAM

MAKAN RASUAH

AMIN 


Kegiatan terbesar rasuah di negara ini dipercayai kalangan orang politik – Abu Kassim

PUTRAJAYA – “Jika hendak mereformasi negara daripada terus bebas rasuah, kita perlu lakukannya bermula dari ahli politik terlebih dahulu.

“Ahli politik di negara ini perlu bebas rasuah sebagai langkah permulaan untuk mencapai negara bebas rasuah.”

Begitulah kata-kata Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC), Abu Kassim Mohamed ketika menyampai ucapan sempena Forum Anti Rasuah Malaysia ke-2 anjuran Institut Strategik Antarabangsa (ISI) di sini hari ini.

Kata Abu Kassim, Malaysia sebenarnya antara negara yang begitu konsisten dalam memerangi rasuah sejak Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia di perkenalkan pada 1995.

“Ketika itu boleh tahan pencapaian kita, kita dapat capai sehingga 5.2 mata, namun menurun pada tahun-tahun selepas itu.

“Pada 2019 dalam usaha memerangi rasuah ini kerajaan seperti terkandung dalam Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023 (NACP) telah memperkenalkan 115 inisiatif perangi rasuah di negara.

“Kita berani dedahkan, berani memberikan nasihat yang mana ianya menjurus kepada itegriti ahli-ahli politik ini sendiri, antara subjek paling susah dan sukar ialah ‘political donation’. Sumbangan politik ini kita perlu tahu apakah sumbernya, bagaimanakah ianya digunakan.

“Kerana itu juga kita mohon supaya semua ahli politik ini dedahkan aset-aset mereka. Sebenarnya kegiatan rasuah terbesar dalam negara dipercayai melibatkan ahli politik selain berlaku dalam kalangan pengurusan parti politik itu sendiri.

“Yang perlu kita ubah dan lakukan transformasi pertama adalah ahli politik,” katanya.

Pada penghujung Januari lalu, Transparency International (TI) mengumumkan CPI Malaysia meningkat kepada 53 mata pada 2019 berbanding 47 mata pada 2018, sekali gus menduduki tangga ke-51 daripada 61 pada 2018.

Dalam pada itu, dalam isu berbangkit yang lain, Abu Kassim pada pendapat peribadinya mencadangkan supaya pegawai kerajaan dilantik membarisi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan bukannya di ketuai oleh ahli politik yang masih aktif.

Malah kata beliau, sememangnya insiatif untuk tidak melantik golongan berkenaan  ke dalam GLC sudah ada dalam NACP ketika ianya dilancarkan pada zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

“Ianya masih lagi di amalkan malah saya sudah beritahu kepada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sendiri telah bersetuju yang dilantik ke dalam GLC itu sepatutnya lebih profesional dan memiliki integriti tinggi.

“Dengan melantik pegawai kerajaan yang memiliki pengalaman serta integiriti tinggi, sememangnya pelantikan seperti itu juga akan di yakini oleh umum termasuk pemain industri dengan membawa hala tuju GLC dengan betul dan telus.

“Ramai dalam kalangan pegawai kerajaan atasan yang sebenarnya sangat tegas dalam menangani isu-isu berkaitan integriti dan rasuah ini sebenarnya. –MalaysiaGazette



AWAS 

WASPADA

PUSAT RASUAH

TERBESAR

CHINA MERAH

AKAN DATANG

MERASUAH

POLITIKUS MELAYU

AMIN

HANCUR 

TANAH MELAYU

KALAU KITA

TAK MUSNAHKAN

POLITIKUS

MALAYU ISLAM

YANG RASUAH

AMIN

BERITA MENAKUTKAN MUHYIDDIN





JIKA  INI FAKTA

MAKNANYA

 MUHYIDDIN

DALAM BAHAYA

KAH KAH KAH

AHLI PARTI

CABUT LARI

AMIN


70 peratus ahli Bersatu sudah keluar parti – Mukhriz


PUTRAJAYA – Datuk Seri Mukhriz Mahathir menganggarkan kira-kira 70 peratus ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kini beralih arah untuk tidak lagi menyertai parti itu.

Katanya, beliau melihat perkara itu berdasarkan Mesyuarat Agung Tahunan parti Bersatu pada November tahun lepas apabila ramai yang tidak bersetuju dengan usul mahu melantik bukan Melayu ke jawatan-jawatan khas seperti ekonomi, pendidikan dan lain-lain.

Beliau berkata, ketidakpuashatian mereka itu digambarkan apabila ada perwakilan yang hadir menjerit-jerit kerana tidak bersetuju dengan perkara yang tidak sewajarnya berlaku dalam Bersatu.

“Cuba bayangkan apa akan berlaku kalau Presiden Bersatu yang sekarang ini nyatakan dia nak buka keahliannya kepada bukan Melayu,” katanya ketika ditemui di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Mukhriz mendakwa, banyak lagi perkara yang dicadangkan dalam mesyuarat tahunan tersebut ditentang oleh ahli-ahli Bersatu.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kebarangkalian permohonan parti Pejuang akan ditolak oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan (RoS), beliau berkata, perkara itu berkemungkinan boleh berlaku.

Ujar beliau, pihaknya telah mendapat maklum daripada RoS sekiranya permohonan tersebut tidak mempunyai masalah ia mudah untuk dilulusakan.

‘Tapi biasalah, menteri ada macam-macam untuk proses kelulusan,” ujarnya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan sekiranya perkara itu berlaku ia jelas menunjukkan bahawa kerajaan yang ada pada hari ini takut dan tidak berani. – MalaysiaGazette


MAKNANYA

MUHYIDDIN

JENERAL YANG 

TAKDA ASKAR

KAH KAH KAH

MAKNANYA

PANGLIMA LAUT

TANPAL KAPAL

KAH KAH  KAH

WOIT

INI BERAT

AMAT BERAT

KAH KAH KAH

KENYATAAN BUAT KITA MARAH




FAKTA BUKAN

FUKWA 


Kegiatan terbesar rasuah di negara ini dipercayai kalangan orang politik – Abu Kassim


BERITA MENYUSUL


MERAJAKAN PEMIMPIN ISLAM






MERAJAKAN

PEMIMPIN ISLAM

Boleh bebaskan ajib sbb songlap 42 juta utk anak yatim pakir mesekin. Tapi hidupkan balik la botak chin. Kan sama je taraf dorg. Hahaha 
on 
JANGAN SEKSA 
PEMIMPIN ISLAM
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 03/09/20

Lambat laun Ajib Akan 
Di Naik taraf Kan jadi dewa (pencuri). 
on 
TUKAR TIUB 
PECAH BERITA 
- BREAKING NEWS
Anonymous
on 03/09/20

a