.

Rabu, 21 Mei 2014

SEDANG MENGOLAH PERSETUJUAN





KOMENTAR

apa makna berita berita ini?

semua berita ini  bertujuan
untuk mengolah persetujuan
agar subsidi diesel dilupuskan

berita ini gambarkan
bahawa diesel subsidi
telah disalah gunakan

tak caya?

tunggu dan lihat

KUALA KRAI 21 Mei - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK) Kelantan mematahkan cubaan menyeleweng minyak diesel bersubsidi apabila menahan sebuah treler di sini malam tadi.

PUTRAJAYA 21 Mei- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengisytiharkan perang melalui Ops Titik ke atas petualang yang didapati menjual dan menyeludup diesel bersubsidi...

KUALA TERENGGANU 21 Mei - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Terengganu menahan seorang pemandu lori dan merampas 500 liter diesel bersubsidi. Timbalan Pengarah PPDNKK...


84B


--------

AJENDA TERBAIK SAMPAI


Tarif elektrik dijangka naik 39 peratus

KUALA LUMPUR 21 MEI: Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) meramalkan tarif elektrik akan naik lagi antara 24 hingga 39 peratus dalam tempoh 18 bulan daripada sekarang.
Perkara itu akan berlaku apabila harga gas asli yang digunakan untuk penjanaan elektrik akan berdasarkan harga pasaran pada 2016, kata preseden AWER S Piarapakaran (kanan).
KAH KAH KAH

ini berita baik

ada ajenda

untuk hasut 

orang ramai

benci pada najib

kah kah kah


84B

----------- 

INI PERMULAAN




Kenyataan Media ADUN. Machang Bubuk berkenaan dengan tindakan pencerobohan perusuh ke Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. 

ADUN Machang Bubuk mengutuk sekeras-kerasnya tindakan liar oleh sekumpulan perusuh yang mencerobohi DUN P. Pinang pada pukul 2 petang 21hb Mei 2014. Tindakan perusuhan oleh mereka yang mendakwa mereka dari Pemuda UMNO telah menghina kemuliaan dan kedaulatan sistem berparlimen di negara kita.

Saya mendesak agar Ketua Polis Negeri agar mengambil tindakan yang tegas untuk menyiasat insiden pencerobohan ke DUN dengan terbuka serta profesional. Polis perlu bertindak dengan serius kerana perbuatan perusuh-perusuh telah berulang kali mengadakan tindakan ganas di pelbagai tempat termasuk di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Machang Bubuk pada awal tahun ini.

DUN P. Pinang telah menyediakan ruang yang cukup luas kepada orang ramai untuk menyuarakan pandangan serta menghantar memorandum. Tiada halangan untuk orang ramai untuk memerhati perbahasan serta urusan mesyuarat di DUN. Berbanding dengan parlimen. Malaysia, orang ramai telah dihalang untuk mengadakan sidang media serta ditangkap oleh polis sekiranya protes di perkarangan parlimen.

Namun begitu, perbuatan keganasan oleh perusuh tersebut yang langsung tidak mengikut saluran serta ruang yang disediakan telah menghina sistem demokrasi di negara kita.



Pendemo masuk DUN, cuba panjat meja speaker

Protes bingit di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini berjangkit ke dewan.

Kira-kira 10 orang dilihat memasuki DUN hari ini, malah ada daripada mereka cuba memanjat meja speaker Law Choo Kiang.



----------

BERSEDIA PERANG AKAN PECAH






 

PERANG DINGIN

PASAK ASIA


SHANGHAI, May 18 (Xinhua) -- Directors of both Chinese and Russian naval forces taking part in the joint drill said Sunday that the exercise was aimed at improving their capacity in coping with maritime security threat. - dipetik dari XINHUA


The study found that the UK has just 5.2 years of oil, 4.5 years of coal and three years of gas before it completely runs out of fossil fuels, said the researchers at the Institute based at Anglia Ruskin University, in the East of England.... dipetik dari RUSIA TODAY

Minggu lalu lebih dari 20 orang telah terbunuh di Vietnam. Kematian ini adalah akibat rusuhan anti-China yang telah merebak di Vietnam. Kilang-kilang milik China telah dibakar dan buruh China pekerja kilang telah diserang.
Sentimen anti China ini berpunca apabila China membawa tentera laut ke Pulau Spartly di Laut China Selatan untuk memulakan cari gali minyak. Telah berlaku pergeseran antara kapal tentera laut China dengan kapal tentera laut Vietnam.
Perebutan kepulauan Spartly ini sedang menjadikan wilayah Spartly TITIK PANAS di Asia Tenggara. Bukan sahaja Vietnam mahu memiliki wilayah ini – Pilipina dan Malaysia juga secara resmi telah membuat klim yang sama. Wilayah disekitar kepulauan ini dikatakan kaya dengan bahan bakar petrolium dan gas.

Untuk memahami apa yang sedang berlaku dibelakang rumah kita - adalah wajib membaca dan melihat apa yang berlaku telah di Afghanistan, di Libya, di Iran, di Iraq dan di Syria. Perang yang pecah diwilayah ini adalah sebahagian dari Strateji Induk – Grand Strategy kuasa imperialis Amerika untuk mengepong dan menawan telaga-telaga minyak dinegara-negara ini.
Grand Strategy – Strateji Induk ini telah dilakar oleh Zbigniew Brzezinski Penasehat Keselamata Amerika 1977-1981. Orang Jahat ini telah menulis beberapa buah buku untuk menyediakan asas idealoji dan strateji militer demi mempertahan sistem imperial hegemony Anglo-Amerika.
Jelas – di Timur Tengah dan di Laut China Selatan - bahan bakar minyak petrolium dan gas adalah punca perebutan ini. Sayugia diberi ingatan bahawa bahan bakar petrolium ini adalah latar belakang dan punca Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Wajib sekali lagi saya memberi tahu para pembaca bahawa tamadun kita hari ini adalah tamadun bahan bakar minyak petrolium. Tanpa bahan bakar ini tamadun kita yang wujud hari ini akan musnah.
Hari ini kuasa imperial Anglo-Amerika sedang mencatur dan melakar kembali peta dunia. Ini dilakukan satelah dua dekad berakhirnya PERANG DINGIN. Untuk pembaca muda : Perang Dingin mungkin tidak memiliki apa-apa makna. Untuk pemahaman kita - Perang Dingin adalah pertempuaran dua idealoji – Kapitalis Amerika dan Sosialis Soviet Union. Latar belakang Perang Dingin ini ialah gerakan nasionalisma menuntut kemerdekaan rakyat Asia , Afrika dan Amerika Latin.
China dan Soviet Union dibawah pimpinan Parti Komunis telah membantu gerakan-gerakan nasionalis-pembebasan untuk menentang kuasa hegemoni Anglo-Amerika. Justeru China dan Soviet Union dilihat sebagai musuh oleh kaum kapitalis sedunia. Kaum kapitalis sedunia telah berpayung dan dibantu oleh kuasa Anglo-Amerika. Kaum kapitalis antarabangsa berakidah untuk menaklok dan memungah harta kekayaan dari negara-negara Afrika, Asia dan Amerika Latin kini terpaksa menerima hakikat bahawa menjajah dan menjarah akan mendapt tentangan bersenjata dari rakyat Dunia Ketiga. Senjata datang dari Soviet Union dan China.
Zaman sesudah Perang Dunia Kedua ini dipanggil era Perang Dingin. Zaman ini berakhir dengan runtuhnya Tembok Berlin pada tahun 1989. Soviet Union pecah dan menjadi Kesatuan Rusia. Manakala China dan juga Rusia mula menerima beberapa bentuk dan ciri sistem ekonomi kapitalis. Tetapi dua negara kuasa nuklear ini terus menolak kuasa hegemoni Anglo-Amerika. Kaum pemodal tidak dapat sesuka hati 'berniaga dan menjarah' dinegara ini. Hakikatnya - Rusia dan China gagal ditundukkan oleh Amerika.
Apabila tamat Perang Dingin seharusnya dirayakan oleh warga dunia sebagai zaman aman dan sentosa. Tapi dalam hukum kitab kapitalis keamanan dan kemakmoran adalah mustahil. Selagi sistem ekonomi kapitalis wujud maka perang dan bahaya perang akan terus mengancam penduduk dunia. Ini hakikat kerana sistem ekonomi kapitalis bergantung kuat dengan perang untuk mengaut keuntungan maksima. Tanpa perang modal kaum kapitalis akan pupus.
Cuba para pembaca renongkan – sesudah Amerika kalah dalam Perang Vietnam pada tahun 1975, kalah di Afghanistan, kalah di Iraq, sedang kalah di Syria – mengikut lojik akal - kuasa imperalis Anglo-Amerika akan berhenti berperang. Puluhan ribu anak muda soldadu Amerika telah gugur tewas. Berjuta rakyat dunia mati akibat perang. Dan berjuta-juta lagi menjadi orang pelarian perang. Apakah kuasa imperial Anglo-Amerika akan berhenti? Jawabya tidak.
Ekonomi kapitalis Anglo-Amerika adalah ekonomi perang. Selain dari menjual filem Holywwod, menjual kertas hijau yang dipanggil dolar – Amerika adalah pejual senjata terbesar dalam dunia. Tiga benda ini menjadi pasak utama ekonomi Amerika.
Hari ini Tuan Empunya empunya Industri Senjata telah berjaya menaklok Rumah Puteh. Amaran tentang bahaya meresapnya kuasa Industri Senjata untuk menguasai politik Amerika ini telah dinyatakan secara terbuka dalam ucapan Selamat Tinggal Amerika oleh Presiden Dwight D. Eisenhower – 1963-1961. Ucapan ini telah memberikan amaran cukup jelas. Presiden Eisenhower – bekas Jeneral Lima Bintang – Panglima Perang Dunia Kedua - telah meramalkan – jika rakyat Amerika tidak berhati-hati - satu ketika nanti kuasa Industri Senjata akan menguasi semua politik Amerika. Ramalan Sang General ini telah saheh berlaku.
Hari ini Budak Itam Barack Hussein Obama yang mengakui dirinya sebagai Presiden Amerika sebenarnya dimasukkan ke Rumah Puteh oleh Industri Senjata. Politik Amerika berkait rapat dengan politiuk politik wang. Demokrasi Amerika ialah demokrasi wang. Untuk mencalonkan diri sebagai Presiden, sesorang itu memerlukan ratusan juta ringgit untuk berkempen. Dana berkempen diperlu untuk membeli iklan, untuk melobi sokongan media dan untuk memasang jaringan sokongan ke seluruh negara. Jentera berkempen juga perlu mendapat dolar.
Kempen Obama kali kedua - dari awal tahun 2011 hingga Jun 2012 - telah membelanjakan 400 juta dolar. Ini laporan resmi dari SPR Amerika. Yang tidak resminya kita tidak tahu. Dari mana Budak Itam ini mencekau duit sebanyak ini? Jawabnya dari pelobi Industri Senjata, dari pelobi syarikat gergasi antarabangsa, dari tuan empunya bank dan syarikat dana keewangan. Justeru Barack Hussein Obama menjadi Budak Itam – budak suruhan kaum pemodal. Ini hakikat.
Tuan empunya Industri Senjata telah melabor jutaan ringgit dalam kempen Obama, justeru apabila Obama berjaya menjadi Presiden mereka mahu kontrek persenjataan. Mereka mahu Rumah Puteh meluluskan bujet pertahanan kepada Jabatan Pertahanan Amerika, kepada Pantagon, kepada CIA dan dan dan. Pekara ini berlaku berulang-ulang. Justeru kerana sistem inilah menjadikan Amerika Syarikat tidak pernah berhenti berperang.
Pada ketika ini kita melihat bagaimana Amerika sedang memasang jarum mencucuk Rusia di Ukraine. Kita sedang melihat bagaimana Syria menjadi mangsa Amerika dalam straterji Amerika untuk mengepong Iran dan Rusia. Kita juga sedang melihat krisis di Laut China Selatan minggu lalu adalah permulaan.
Jepun, Korea Selatan dan Pilipina adalah tanah 'jajahan taklok' Amerika. Jepun sesudah Perang Dunia Kedua TIDAK dibenarkan memiliki bala tentera. Manakala Korea Selatan dan Pilipina adalah budak suruhan Amerika yang paling setia di Asia.
Amerika telah merancang - pada tahun 2025 tiga par empat dari jumlah bala tentera Amerika Syarikat akan berpengkalan di Asia. Tentera laut, darat dan udara Amerika akan berpindah ke Asia. Bala tentera Amerika dalam NATO akan dikurangkan. Eropah Timur tidak dilihat sebagai ancaman. Mengalih senjata ke Asia ini dinamakan PASAK ASIA – Pivot Asia.
Strateji Pasak Asia ini akan mentakrif China sebagai musuh. Pasak Asia ini juga melihat Rusia yang juga di Asia sebagai sekutu yang akan membantu China. Apa yang berlaku minggu lalu ialah rintik-rintik permulaan Pasak Asia. Ketegangan perlu dicetuskan di Asia Tenggara. Ketegangan ini diperlukan untuk dijadikan sebab musabab agar kuasa imperial Anglo-Amerika akan dijemput datang kembali.
Selain dari Kepulauan Spratly ada beberapa lagi wilayah yang berpontensi untuk ' meledak' dan menjemput Amerika masuk. Di Pilipina – Tentera Baru Rakyat dibawah Parti Komunis Pilipina sedang berkembang luas. Jika kuasa Manila terancam maka tentera Amerika akan menjulur masuk.
Strateji yang sama juga akan dilakukan diempat wilayah Selatan Siam. Perjuangan Pembebasan Rakyat Patani sedang berkembang. Keadaan ini juga berpotensi untuk meledak. Jika Gerakan Patani Merdeka ini mengancam Siam dan Bangkok maka suasana ini akan menjemput kuasa imperialis Anglo-Amerika.
Manila, Seoul dan Bangkok akan siapa sedia untuk menjadi budak suruhan Amerika. Ajen CIA dan jaringan CIA yang menyamar sebgai pejuang Islam akan mengelodakkan wilayah ini apabila ianya diperlukan. War On Terror dasar pertahanan Amerika yang telah berjalan semenjak 9/11 akan menjadi landasan Pasak Asia. Persolaannya dalam Pasak Asia ini dimana peranan Malaysia? (TT)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
terbaru



---------

PROJEK TIPU RAKYAT



KAH KAH KAH

aswj bukan

asian wall 

street journal

kah kah kah


KUALA LUMPUR 20 Mei - Tidak syak lagi kumpulan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) adalah satu firqah yang ingin mendukung ajaran Islam sebenar dan rujukannya ialah al-Quran, sunah, ijmak al-ummah serta qiyas.


KAH KAH KAH

woit

kalau yang

depan

mata ini

islam sebenar

baik tak usah

kah kah kah



84B




-----------

SCORPENEiSMA ALTANTUYAISMA



Bendung liberalisme, pluralisme

KUALA LUMPUR 20 Mei - Muhyiddin Yassin menegaskan, fahaman liberalisme dan pluralisme agama yang jelas terpesong daripada landasan akidah umat Islam yang sebenar perlu dibendung segera.

Dia  berkata, masyarakat perlu diberi pemahaman tentang ancaman yang dibawa oleh fahaman serta falsafah pasca modenisme terutamanya aliran liberalisme dan pluralisme agama terhadap akidah umat Islam


KAH KAH KAH

woit

bagaimana 

dengan

tipuisma pru13

bagaimana

dengan

rasuahisma

bagaimana 

dengan


gilakuasaisma

bagaimana 

dengan bunuh 

altantuyaisma

bagaimana 

pulak dengan

scorpenenisma

bagaimana

pulak dengan

sunni wal 

rasuahisma



84B





------------

KELAS FALSAFAH MALAM INI





RADIO BANGSAR
akan buat liputan malam ini
bermula jam 9:30


 MALAM 

INI

AL- FARABI
RABU 21 MEI 2014
UNIVERSITI BANGSAR UTAMA
JAM 9:00 MALAM

kuliah akan melihat  pandangan
al-farabi
yang juga di nobatkan sebagai
guru ke dua



RADIO BANGSAR 
akan membuat liputan langsung
untuk warga yang tidak dapat datang ke ubu
sila layari


---------

MINYAK NAIK HARGA










 TUNGGU DAN NANTI

KOMENTAR
apa maknanya berita di bawah ini?

apakah ini berita 
sprm melawan rasuah?

jawabnya tidak

berita dibawah ini
adalah berita awalan
untuk mengolah persetujuan
tentang subsidi minyak

berita ini digunakan
untuk mengoah persetujuan

subsidi minyak membawa rasuah
subsidi minyak rugikan pengguna
subsidi minyak kayakan penyuludup

maka batalkan subsidi minyak
tarik balik subsidi minyak

harga minyak wajib dirasionalisasi
hanga minyak wajib subsidi
harga minyak wajib naik

tak caya tunggu dan nanti


Akaun penguat kuasa RM1.5j disita

PUTRAJAYA 19 Mei - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyita akaun simpanan milik seorang pegawai penguat kuasa berjumlah RM1.5 juta atas dakwaan terlibat dengan aktiviti penyeludupan diesel bersubsidi.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM,  Mohd. Shukri Abdull berkata, jumlah wang dalam akaun tersebut disyaki hasil penyeludupan diesel yang dilakukan oleh pegawai penguat kuasa berkenaan.

Serbuan dedah kepincangan
KUALA LUMPUR 20 Mei - Operasi besar-besaran yang dilancarkan di seluruh negara sejak 15 Mei lalu bagi membanteras penyelewengan diesel bersubsidi mendedahkan pelbagai kepinca­ngan agensi penguat kuasa yang...


84B

----------

EEE BUAT PERANGAI



Calon Bebas PRK Bukit Gelugor Abu Backer Sidek buat kecoh di bangunan DUN Pulau Pinang

Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor Abu Backer Sidek Mohamad Zan hari ini mencetuskan kekecohan di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di Lebuh Light, berikutan tidak dibenar berjumpa Ketua Menteri Lim Guan Eng.


KAH KAH KAH
jelas terbukti
eee buat 
kerenah
melayu benci
eee
china benci 
eee
india benci
eee
jumpa eee 
jumpa  ular
ketuk madeey 
dulu


84B



----------

MAMPOOOS TAK BERANI







KAH  KAH KAH
woit
sampai mampoos
tak berani
tak caya 
tunggu
kah kah kah


84B


----------

JEMPUTAN DARI ZUNAR






FACE BOOK


Buku ini bukan untuk mencari keuntungan, tapi untuk menyebar maklumat kerana itu harga hanya RM10. Harap anda semua dapat datang hari pelancaran dan beli lebih dari satu untuk diberi kepada kawan
2. — with




















----------