Selasa, 7 April 2009

TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH



MAJORITI : Nizar - 2,764

MAJORITI : Manikumar - 2,398

Kepada semua warga yang telah bekerja keras untuk memastikan surat khabar lama akan terus menjadi surat khabar buruk kami dari tim Tukar Tiub mengucapkan Tahniah dan Syabas!

Kepada semua warga yang telah menghantar berita kepada TT – kami mengucapkan ahlan wah sahlan – merci beaucoup – shukriah – shukran jazilan – she she -.

Kepada warga Bukit Gantang dan Bukit Selambau – senyumlah – dan jangan lupa untuk mengutip sampah yang bertaburan. Juga jika terjumpa surat khabar lama tolong jangan buangkan ke dalam sungai. Jangan cemari sungai.

Kepada warga Batang Ai – kita akan bertemu lagi. Kepada Raja Berooke jangan terlalu angkuh.

Kepada warga yang mengutuk TT – kami juga mengucapkan ribuan terima kaseh. Tanpa kutukan kami tidak akan tahu sama ada kami melakukan garis yang betul atau tidak.




BERITA TERBARU ADA KESILAPAN



Telah diberitakan Sungai Klang dan Sungai Gombak telah di penuhi dengan surat khabar lama.

Warga Kuala Lumpur secara beramai ramai malam ini telah membuang surat khabar lama mereka ke dalam sungai.

Seorang YB Pakatan Rakyat telah merayu terutama kepada warga Brickfields agar jangan membuang surat khabar lama ke dalam Sungai Klang.

Menurut YB ini perbuatan ini akan menggangu ekoloji dan perjalanan ombak sungai
.



TAHNIAH ! TAHNIAH ! TAHNIAH !


DAULAT TUANKU BUKIT GANTANG MOHON DURHAKA


KAh KAH KAH KAH

10,000 warga Bukit Gantang sedang menyambut MB Perak Nizar.

KAH KAH KAH

15 RIBU WARGA BUKIT SELAMBU SEDANG MERAYAKAN PESTA KEMENANGAN


NOTA : Ketika berita ini ditulis 300 ahli gerombolan sedang merayau- rayau di Padang Bukit Selambu untuk mencari tupee Sammy Vello dan rambut palsu Tun Hasmah yang tyercicir.



SPRM SIASAT DUA CEO DISYAKI RASUAH – berita hairan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua ketua pegawai eksekutif (CEO) Jumaat dan Sabtu lalu kerana disyaki terbabit dengan rasuah.

Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya dalam kenyataan semalam, berkata, kedua-dua lelaki itu ditahan di pejabat SPRM Selangor.

Berdasarkan kenyataan itu, lelaki pertama berusia 54 tahun ditahan pada 3 April lalu selepas disyaki terbabit dengan rasuah membabitkan wang bernilai RM1.3 juta.

"Lelaki itu dikatakan melantik sebuah syarikat menjadi subkontraktor membekalkan peralatan pertahanan bernilai RM41.5 juta," kata kenyataan itu.

Dalam kejadian kedua, seorang eksekutif syarikat telekomunikasi ditahan 4 April jam 11.30 pagi kerana disyaki terbabit permintaan dan penerimaan wang rasuah bernilai lebih setengah juta ringgit.

Lelaki berusia 38 tahun itu didakwa menerima wang rasuah sebagai balasan melantik vendor membekalkan Electrical Power Accessories bernilai lebih RM16 juta.

Kedua-dua lelaki berkenaan boleh dikenakan penjara tidak lebih 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana lebih tinggi.


woit… INI YANG PM BARU MARAH NI…. kah kah kah…

woit…. INI BERITA APA NI ?....kah kah kah..

kah kah kah…. ADA BERAPA PULUH RIBU CEO?.... SYARIKAT APA?...DIMANA?.... NAMA APA ?.. kah kah kah…

woit… BERAPA RAMAI CEO YANG BERUMUR 54 TAHUN ?...kah kah kah… ADA BERIBU….kah kah kah…

kah kah kah…. SAPA ADA MEMBER CEO…. SEMUA ANGAT TALIPON DAN TANYA : HANG KE KENA?.... kah kah kah...



TER - NOW !!!



KOCIK TAPI KOREH


Enam buah bas telah ditahan di Bukit Gantang awal subuh tadi.

Bas ini di katakan datang dari Rembau Negeri Sembilan.

Bila ditanya kenapa datang ke Bukit Selambau maka ini jawapannya : melancong.

Melancong pada hari Selasa kini menjadi trend baru. Hujung minggu hanya untuk pelancung ciput.


PASANGAN DITANGKAP

Dua susuk – suami dan isteri – telah di tahann kelmarin.

Mereka di tahan di Tapak Ekspo Simpang Bukit Gantang.

Kesalahan : Mereka menjual topeng Siti Aminah.


MENGUNDI

Cuaca pagi baik di kedua Bukit.

Warga beramai ramai telah mula turun mengundi.

Batang Ai tak dengar khabar berita.

Pelancung politik dan Pak Sibuk banyak yang belum bangun tidor.

Suasana tenang.



LAPORAN MEDIA PERLU BERTARAF DUNIA – NAJIB – melayau



Najib Razak berkata, negara memerlukan bentuk laporan media yang bertaraf dunia dengan melaporkan berita berasaskan fakta.

Perdana Menteri berkata, media mesti berlaku adil dan bertanggungjawab dalam melaporkan sesuatu berita.

Katanya, adalah amat mustahak untuk media menyuburkan perdebatan yang konstruktif mengenai masa depan negara
.


kah kah kah… BETUL… TEPAT…. BENAR… kah kah kah…

kah kah kah… INI BARU BETUL…. kah kah kah…

woit… BUAT LAPORAN MACAM AKHBAR PERANCHIS LIBERATION… NEW YORK TIMES…. SUNDAY TIMES… KOREAN TIMES… INTERNATIONAL HERALD TRIBUNE… THE NATION….JAKARTA TIME… BBC…SYDNEY MORNING HERALD…. SOUTH CHINA MORNING POST…. kah kah kah…



JANGAN JADIKAN PILIHANRAYA KECIL PLATFORM NILAI PM BARU - melayau

JANGAN JADIKAN PILIHANRAYA KECIL PLATFORM NILAI PM BARU - melayau


SEJAK awal-awal lagi iaitu ketika dinobatkan sebagai Presiden UMNO ketujuh, Najib mengaku mengenai tanggungjawab berat yang menantinya. Penuh ujian dan cabaran. Bukan sedikit beban yang perlu harungi oleh beliau.

Selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, pentadbiran Najib bakal berdepan dengan tiga pilihan raya kecil. Sesetengah pihak mula menggembar-gemburkan bahawa pilihan raya kecil ini merupakan "medan pertama ujian untuk Najib".

Kata mereka, kemenangan atau kegagalan Barisan Nasional di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Air menjadi penentu kepada kemampuan Najib menerajui negara. Memang benar tiga pilihan raya kecil hari ini merupakan ujian pertama untuk Najib.

Tetapi rasanya tidak adil untuk menjadikannya sebagai kayu ukur bagi menilai kemampuan beliau mentadbir negara.


kah kah kah… INI MACAM BERITA NAK KALAH AJE…kah kah kah

kah kah kah… BUKAN REFERENDUM ?.... kah kah kah..

kah kah kah... KALAU BUKAN KAYU UKUR KAYU APA?... kah kah kah

woit... KAYU KONDA KONDI KE?.... kah kah kah



MENTERI KABINET MESTI BERSIH -melayau


Barisan menteri Kabinet Malaysia baru mesti terdiri daripada mereka yang bersih daripada sebarang rekod tidak disenangi rakyat.

Menteri Luar, Rais Yatim berkata, barisan menteri itu juga perlu sanggup bekerja keras bagi melahirkan masyarakat Malaysia baru yang mantap.

Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan komitmen yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri, Najib Razak dalam ucapan sulungnya selepas dilantik ke jawatan itu kelmarin
.

kah kah kah…. NI NAK PERLI ISTERI ROSMAH KE ?.... kah kah kah..

kah kah kah…. KALAU ANAK TINGGALKAN BINI YANG SEDANG BUNTING DAN TOK KADI CARI TAK JUMPA JUMPA….MAHKAMAH TAK DATANG... AYAH BUDAK MACAM INI BERSIH KE?….. kah kah kah

kah kah kah…. INI NAK PERLI MAT SEMBAB KE ?..... kah kah kah…

woit…. KOSONG LAH MACAM NI…. SAPA NAK JADI MENTERI…kah kah kah…

woit… KALAU MACAM KENA LANTIK LIM KIT SIANG... KARPAL SINGH... NURUL IZAH...KHALID SAMAD....SIVA RASA... ANWAR IBRAHIM....JOHARI ABDUL... SAIFUDDIN NASUTION...DR. JEYAKUMAR... HANYA MEREKA YANG BERSIH.... kah kah kah...

kah kah kah... BIAR BETUL... kah kah kah



KOR MING PERBODOH UMAT ISLAM – melayau


Tindakan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming menggunakan ayat- ayat suci al-Quran semasa berceramah di Bukit Gantang disifatkan sebagai satu usaha memperbodoh- bodohkan masyarakat Islam.

Justeru Mufti Perak, Harussani Zakaria hairan kerana terdapat sebahagian daripada masyarakat Islam boleh menerimanya walaupun jelas tujuannya adalah disebabkan politik.


kah kah kah…. MANA ADA MEMPERBODOHAKAN UMAT ISLAM…kah kah kah…

kah kah kah…. UMAT ISLAM ADA 2 BILION … ADA YANG BODOH ADA YANG CERDIK….kah kah kah…

woit…. MANA UMAT ISLAM KENAL SAPA NGA NGO NI…. kah kah kah…

kah kah kah… UMAT ISLAM KAT IRAN TAK AMBIK POT PUN….kah kah kah



MAT SEMBAB DAN EKONOMI - melayau


Muhyiddin menempelak pembangkang yang langsung tidak menyentuh soal ekonomi sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air sebaliknya sibuk menghentam kerajaan Barisan Nasional (BN).



kah kah kah…MAT SEMBAB NI NGOOOK….kah kah kah…

kah kah kah…. BILA PAKATAN CAKAP HAL RASUAH … ITU HAL EKONOMILAH…kah kah kah…

kah kah kah… HENTIKAN RASUAH KERANA RASUAH BOCORKAN EKONOMI NEGARA ...NGGOOOOOK…. kah kah kah…