Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Rabu, 13 Januari 2010

STADIUM IKANG YANG RUNTANG



INI SEBELANG RUNTANG




INI BILA SUDANG RUNTANG



MUNKEE MUKANG BULANG



ARKIB : 11/01/2010

SIARKAN LAPORAN PENUH BUMBUNG RUNTUH – melayau

Arkitek prinsipal Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Senibahri Arkitek, mencadangkan pihak berkuasa menyiarkan laporan penuh berhubung bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang berharga RM280 juta runtuh di Gong Badak dekat sini pada 2 Jun tahun lalu.

Pemiliknya, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah berkata, selagi laporan penuh tidak dikemukakan, selagi itulah rakyat akan tertanya-tanya tentang pihak manakah yang bertanggungjawab dalam kejadian berkenaan.

''Laporan yang disiarkan akhbar baru-baru ini tidak sepenuhnya dan selagi tidak didedahkan kepada umum, selama itulah aspek integriti dipersoalkan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

ini jawab taiko

HANYA MB BERHAK UMUM KEPUTUSAN PENUH – melayau

Terpulang kepada Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said!

Sumber Kementerian Kerja Raya memberitahu, hanya Ahmad yang berhak membuat keputusan sama ada hendak mendedahkan kepada umum siasatan penuh kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak yang runtuh itu atau tidak.

Menurutnya, ini kerana stadium tersebut adalah milik kerajaan Terengganu.

KAH KAH KAH…

woit… RESPEK BRADEEER…. kah kah kah…

woit… INI BARU GEDEBE… kah kah kah…

kah kah kah… MALAOAN MACAM INI KITA MAHU…. kah kah kah…

woit… URUT SAMA DIA LAGI… kah kah kah..

kah kah kah… KACAU SEMUA LUBUK… BAGI IKANG KELUAR….kah kah kah…

nota:
munkee tak sekolah
tak ada apa makna bermesyuarat
munkee tak pandai panjat kelapa
tak tahu ada dia demokrasi

tapi munkee muka bulat buntut tembam baik untuk perubahan
lagi gedebe lagi ikang naik bengang kah kah kah




PETANG DAN MALAM SABTU INI



DUA FORUM DI JOHOR BAHRU




FORUM :

Kritik Sosial - Peranan & Fungsi Anak Muda dalam Perkembangan Demokrasi di Malaysia.

TARIKH : SABTU 16/1/2010

WAKTU : 02.30 Petang

AHLI PANEL :Fahmy Reza Nor Azman Hashim Tukar Tiub

TEMPAT : Pejabat SUARAM, Skudai (Belakang Hotel Goodhope). Anjuran Solidariti Anak Muda - Johor

TARIKH SABTU : 16/1/2010

WAKTU : 7.30 malam

FORUM : Keluhuran Perlembagaan.

AHLI PANEL: Sdri. Ginie Lim Che'gu Bard Nor Azman Hashim Tukar Tiub

TEMPAT : Hotel Kelana, Skudai.

ANJURAN : AIC

nota:
sesiapa yang nak melepak pada petang sabtu pagi ahad
dijemput datang.

sesiapa yang tak ada balak atau awek dijemput datang

sesiapa nak tunjuk cool sila datang !




TANDA SETIAKAWAN



TERBANGLAH DAN BAWALAH BERITA KEDAMAIAN





LAWAT GEREJA KERANA SIMPATI : NIK AZIZ
– harakah daily

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan kesediaan melawat beberapa gereja di Kuala Lumpur baru-baru ini kerana simpati penganiayaan yang dilakukan.

Beliau berkata, kunjungan ke gereja yang terbakar kerana dikhianati sama seperti menziarahi orang yang sakit.

“Islam mengajar umatnya bersimpati terhadap orang teraniaya seperti kejadian membakar gereja di beberapa tempat di Lembah Klang baru-baru ini.

“Perbuatan itu sememangnya tidak boleh diterima oleh Islam kerana menggunakan kaedah kekerasan,” katanya ketika ditemui pemberita sekembali dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, hari ini.

Baru-baru ini Menteri Besar Kelantan melawat tiga gereja di Kuala Lumpur termasuk Gereja Katholik Assumption, Jalan Assunta dan Gereja St Francis Xavier di Jalan Gasing bagi melihat dari dekat kesan kerosakan akibat dikhianat pihak tidak bertanggungjawab.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz mempersoalkan tindakan pihak terbabit sehingga merosakkan rumah ibadat orang bukan Islam.

“Saya pergi kerana rasa simpati terhadap mereka yang teraniaya,” ujarnya.

Beliau juga berkata, lawatannya ke gereja hanya boleh dijadikan isu kepada mereka yang berfikiran sempit.

“Sebelum ini pun saya pernah melawat kuil Hindu dan Buddha di Tumpat beberapa kali. Sami-sami Buddha juga datang ke pejabat saya,” ujarnya.

Beliau juga berkata, lawatan tersebut secara tidak langsung dapat menterjemahkan keindahan Islam kepada golongan bukan muslim.

nota:
inilah tanda masyrakat majmuk
inilah tanda berbilang kaum
inilah tanda berbilang agama
inilah tanda berbiling kepercayaan
inilah tanda pluralisma

inilah indahnya merayakan kehidupan

lepaskan merpati puteh
terbanglah untuk kedamaian





KANG KONG ADA KONG KANG



INI KONG KANG YANG TAK MAKAN KANG KONG




INI KANG KONG



KERAJAAN TUBUH MAJLIS PROFESOR NEGARA – berita hairan

Kerajaan akan menubuhkan institusi keilmuan dikenali sebagai Majlis Profesor Negara (MPN), yang menghimpunkan komuniti cendekiawan terunggul negara selaras dengan usaha mengekalkan kewibawaan institusi pengajian tinggi (IPT) negara, kata Mohamed Khaled Nordin.

Katanya, MPN akan menghimpunkan ahli akademik negara khususnya di kalangan profesor dan yang bergelar doktor.

"MPN ditubuhkan selaras dengan usaha memelihara kewibawaan dan komitmen IPT dalam bidang keilmuan. Kita harap menerusi majlis ini, ia akan menyumbang input kepakaran bagi kegunaan advokasi awam dalam memperkukuhkan asas penggubalan dan pelaksanaan dasar negara,” katanya.

KAH KAH KAH…

kah kah kah… AKHIRNYA KANG KONG DAN KONG KANG ADA PERSATUAN…. kah kah kah..

woit…AGAKNYA BILA KONG KANG UNKU AZIZ AKAN MENULIS BUKU…kah kah kah..

woit… KONG KANG NI CAKAP DAH BACA 70,000 BUAH BUKU… kah kah kah..

kah kah kah… SATU BUKU HABUK TARAAAK TULIS…kah kah kah..

woit… INI TANDA KANG KONG YANG PALING KONG KANG… kah kah kah..

nota:
bukan persatuan tapi ilmu pengetahuan.
bukan bepersatuan tapi menulis buku
bukan bepersatuan tapi menulis ilmu
bukan bepersatuan tapai menulis kajian

bukan membebel dan menjaklar macam kang kong kah kah kah




MACAM MANA BOLEH HILANG



CUBA PEREKSA KAD PENGENALAN MALAON INI - SIAPA NAMA DIA?




HAMPIR 40,000 WARGA INDIA HILANG DI MALAYSIA: PM - melayau

Sejumlah 39,046 warganegara India ‘hilang’ di Malaysia selepas visa pelancongan mereka tamat tempoh dan perkara itu merupakan isu yang membimbangkan bagi negara ini, kata Najib Razak.

Di berkata, mereka tidak dapat dikesan daripada rekod Jabatan Imigresen, menurut anggaran yang dibuat pada Jun tahun lepas.

Keadaan tersebut menyebabkan jabatan itu kurang berminat mengeluarkan visa waktu ketibaan kepada warganegara India kerana kemudahan berkenaan telah disalahgunakan, terutama mereka dari Chennai, katanya.

"Mereka ini yang datang ke Malaysia melalui kemudahan visa waktu ketibaan mungkin telah kembali ke India atau masih berada di negara ini... (mungkin) bekerja di restoran-restoran India.

KAH KAH KAH…

kah kah kah… MACAM MANA BOLEH HILANG?… kah kah kah…

woit…ADAKAH MEREKA INI TELAH DI MAKAN OLEH ULAR SAWA?... kah kah kah…

woit… KALAU BEKERJA DI RESTORAN… MESTI SENANG JUMPA… kah kah kah…

kah kah kah… MACAM MANA TAK BOLEH JUMPA-JUMPA… kah kah kah..

kah kah kah… ADAKAH MEREKA MENYOROK DALAM KOTAK MAT EZAM…kah kah kah

kah kah kah… JAWAB NYA SEMUA HILANG KERANA RASUAH…. kah kah kah

nota:
jawabnya rasuah.
semua boleh dirasuah.
kad pengenalan boleh didapati kalau di rasuah.
passpot boleh dapat kalau di rasuah.
tak percaya tanya linggam kah kah kah


nota:
dulu bukan ke ada juga minah mongolia
yang namanya hilang di jabatan imigrisen
minah ini mungkin dari madras kah kah kah




MEDIA ASING CEMBURU



MEDIA BARAT SABOTAGE - CEMBURU TAK ADA BIK MAMA




MEDIA BARAT CEMBURU KERANA DI BARAT TAK ADA GEMPA BUMI



MB NEGERI SEMBILAN DAKWA MEDIA ASING CUBA SABOTAGE KONSEP SATU MALAYSIA - mStar

Mohamad Hasan hari ini berkata terdapat cubaan untuk mensabotaj konsep satu Malaysia yang mempromosikan perpaduan kaum di negara ini berdasarkan propaganda oleh media asing.

Beliau berkata sesetengah media asing telahpun mengeluarkan laporan bahawa konsep itu ditolak mentah-mentah oleh rakyat negara ini.

"Cerita penolakan ini menjadi tajuk utama di luar negara...saya yakin ini semua ada kaitan untuk gagalkan konsep satu Malaysia yang ternyata sudah mula diterima rakyat dan menyatupadukan kita," katanya.

Beliau seterusnya menggesa masyarakat agar tidak terpengaruh dengan hasutan golongan berkenaan yang mahu melihat rakyat Malaysia berpecah belah sekali gus menggagalkan usaha mencapai status negara maju.

KAH KAH KAH…

woit… INI MAT BODEK…. kah kah kah..

woit… INI KENYATAAN BODEK…. kah kah kah…

kah kah kah… MUNKEE NI BODEK… KERANA MAT ISA NAK JADI MB… kah kah kah..

kah kah kah… LAMA TAK DENGAR PERKATAAN SABOTAGE…kah kah kah..

kah kah kah… DULU FIRAUN SELALU KATA MEDIA ASING SABOTAGE..kah kah kah

woit… LEPAS SABOTAGE… MEDIA ASING CEMBURU KERANA KITA ADA BIK MAMA…. kah kah kah..

woit… SARKOZY HANYA ADA CARLA BRUNI…. SLIM DAN CUN…kah kah kah…

kah kah kah… TU PASAL MEDIA ASING CEMBURU…TAK ADA YANG GEDEBAB…. kah kah kah..

woit… MAT BODEK INI BAWA LARI 10 JUTA ... kah kah kah

woit.... DUIT SAPA?.... kah kah kah..

woit… INI DUIT JUAL KOLAM AIR NEGERI SEMBILAN KE?... kah kah kah