Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Rabu, 19 Mei 2010

BERITA SEDIH TETAPI BENAR




JANGAN SILAP INI BUKAN UNIVERSITI - INI ROTI BAKAR




PENSYARAH ,PELAJAR SERTAI PERTANDINGAN SULAMAN MANIK – melayau

JOHOR BAHRU 18 Mei - Para pensyarah dan pelajar Politeknik Johor Bahru bergabung tenaga menyertai pertandingan Piala Sulaman Manik Kristal FTIMDC 2010 di Yayasan Tun Abdul Razak, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pegawai Perhubungan Awamnya, S. Shantini Devi berkata, tiga pensyarah dan dua pelajar Sijil Kemahiran Khas Reka Bentuk Fesyen dari Jabatan Reka Bentuk & Komunikasi Visual menyertai pertandingan tersebut.

Beliau memberitahu, setiap peserta menghantar sepasang baju kebaya nyonya yang disulam dengan manik Kristal untuk dipertandingkan.

Menurutnya, penyertaan itu terbukti mampu mengetengahkan bakat pereka muda dalam kemahiran menyulam sulaman manik kristal di politeknik.

"Sekarang orang ramai amat meminati fesyen sulaman manik kristal. Melalui pertandingan ini, para pelajar dapat membuka minda untuk mencipta rekaan terkini," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Katanya, pertandingan dan pertunjukan fesyen tersebut mampu merangsang kreativiti, inovasi dan menjamin keunggulan pertumbuhan dan keutuhan perkembangan industri fesyen tanah air.

KAH KAH KAH…

nota:
lihat baca dan hayati berita ini.

sedarilah betapa sedihnya taraf keilmuan
di lembaga lembaga pengajian tinggi kita.
lihat lah tahap keilmuan para pelajar ini.
lihat apa yang dipertandingkan?

ada univerisiti mengadakan pertandingan debat
ada kolej mengadakan pertandingan menulis karangan
ada universiti mengadakan pertandingan mengatur bunga telor
ada universiti mengadakan pertandingan konda kondi

30 tahun dahulu universiti bukan seperti ini
kita berbangga dengan keilmuan pusat pengajian kita
kita setaraf berdiri sebaris dengan warga dunia

menyulam - mengatur bunga – membodek - menyundal
bukan tugas pensyarah atau mahasiswa
universiti adalah gedung ilmu
universiti adalah ruang mencanai idea dan pendapat
universiti adalah lembaga di mana percubaa ilmiah dilakukan

bila agaknya melayu hendak sedar
kita sedang menuju untuk menjadi daulah gagal
sama seperti burma zimbabwe isreal dan pakistan

jika dalam masa 10 tahun ini kita tidak memghumbankan
gerombolan yang hari ini maka masa depan kita amat gelap
akan sampai masanya :
kita semua akan mengambil bahagian dalam pertandingan memecah teloo kah kah kah


SURAT UNTUK SAUDARA KANDUNG




TALI GANTUNG SEDANG MENUNGGU





Saudaraku yang baik hati,

Aku menulis surat ini di pagi sesudah Pakatan Rakyat memenangi kerusi Sibu. Aku tahu bahawa kaum kerabat Pakatan Rakyat sedang dalam keriangan. Syabas! Aku tahu kau juga sedang tersenyum puas kerana kemenangan ini. Aku hanya ingin sama menumpang berkongsi riang.

Kemenangan di Sibu rasa aku adalah kemenangan rakyat yang mahukan perubahan. Kemenangan itu adalah manifestasi kebencian majoriti warga Serawak yang telah bosan dengan tindak tanduk dan rompakan gerombolan manoriti Melanau. Hari-hari akhir hegemoni Melanau telah kelihatan. Ini aku amat yakin.

Sebelum kau terus membaca surat aku ini, aku perlu minta maaf terlebih dahulu. Ini kerana surat ini akan membawa berita yang tidak akan mententeramkan hati kau.

Aku sebenarnya adalah pembawa ayat-ayat songsang. Aku pembawa ayat-ayat setan yang selalu tidak menyenangkan hati. Aku menjadi perawi yang membawa surah-surah yang mengegarkan keyakinan diri.

Ingin aku beri tahu bahawa isi surat ini telah aku fikirkan ketika kiraan undi semakin melonjak untuk Pakatan Rakyat. Setiap kali undi melonjak setiap kali degup jantung aku bergegar. Apakah kau faham apa yang ingin aku katakan ini?

Aku mahu kau sedar bahawa kemenangan di Sibu adalah notis akhir untuk menghantar Anwar ke tali gantung. Kau faham?

Nah ! Ke tali gantung - inilah ayat-ayat songsang yang ingin aku bawa ke hadapan muka kau. Ayat-ayat songsang ini mengerunkan bunyinya. Kau ulang baca sekali lagi : kemenngan di Sibu adalah tali gantung untuk Anwar Ibrahim.

Mungkin kau anggap aku ini sasau dan kurang siuman. Kau salah. Atau aku ini selalu poton stim dan merosakkan suasana ghairah di pesta. Kau salah lagi. Biar aku terangkan kenapa.

Bagini kesahnya: Kau ingat pilihanraya kecil Lunas? Oooo.. maafkan aku… mungkin kau masih anak sekolah ketika itu. Atau kau tidak mengikuti politik semasa. Atau kau ketika itu sedang dilamun cinta berahi berpacalan.

Biar aku surahkan tentang Lunas ini. Pilihanraya kecil Lunas ini berjalan pada bulan November tahun 2000. Ini ketika si Mahafiraun masih berkuasa. Opps… maaf lagi …mungkin kau tidak tahu siapa Mahafiraun. Ini nama ‘manja’ untuk Mahathir Muhamad yang di munculkan oleh laman yang bernama Mahazalim. Laman ini telah menjadi arwah. Ini lama dahulu - di zaman sebelum wujudnya face book dan blog. Di zaman internet masih menumpang di Telekom Malaysia.

Di pilihanraya kecil Lunas ini Saifuddin Nasution calon Parti Keadilan - ketika ini Parti Keadilan masih belum bergabung dengan Parti Rakyat – telah menang. Satu kemenangan yang amat memberangsangkan. Perasaan menang di Lunas ketika itu samalah seperti kemenangan di Sibu minggu ini.

Pemerhati politik melihat Lunas membawa tanda-tanda yang Mahafiraun semakin di benci oleh rakyat. Imej Mahafiraun sedang di kencingkan rakyat di sana sini. Ini betul. Tetapi ada satu pekara yang gagal dilihat dan di baca oleh pemerhati politik. Pekara ini ialah : kuasa bukan mudah dilepaskan.

Kemenangan Lunas telah membangunkan Mahafiraun dari tidornya. Mahafiraun terus merancang dengan licik untuk memastikan yang Parti Keadilan tumpas dan tidak dapat bergerak bebas. Setahun sesudah Lunas Mahafiraun menangkap 10 orang aktivis Reformasi termasuk pimpinan muda Keadilan. Kesemua yang di tangkap dibawah ISA.

Berhadapan dengan kemenangan Keadilan di Lunas, Mahafiraun telah sedar bahawa imej Firaun nya amat-amat di benci rakyat. Selain dari menggunakan ISA, dengan licik Mahafiraun telah melantik Abdullah Badawi sebagai pengganti. Melantik Abdulah Badawi sebagai gantinya samalah seperti melantik saorang tukang kebun untuk menjadi Gubenor Bank Negara. Tetapi inilah kelicikan Mahathir Muhamad.

Nah! Kau akan bertanya apa sangkut paut Lunas dengan Sibu? Bagaimana Sibu ini menjadi tali gantung untuk Anwar?

Sabar… sabar. Kau lupa bahawa Sibu ini lebih penting dari seribu Lunas. Sibu lebih penting dari semua pilihanraya kecil di Semenanjung. Ketika kau merayakan kemenanga di Sibu ini aku ingin mengingatkan kau bahawa Sibu dan seluruh Sarawak termasuk Sabah adalah peti duit simpanan untuk gerombolan.

Apabila kau menang di Sibu ertinya kau telah mula menghafal angka pin kepada peti duit simpanan gerombolan. Seperti aku katakan tadi : kuasa bukan senang untuk dilepaskan. Kau sedang bermain dengan bahaya.

Yakinlah, ketika ini para gerombolan dari Semenanjung sedang merancang untuk melupuskan Taib Mahmud dari arena politik Serawak. Gerombolan di Semenanjung menganggap susuk si Taib ini adalah susuk yang paling di benci oleh warga Serawak. Ini samalah seperti Mahafiraun mencari ganti dirinya dahulu; kalau tidak diganti si Taib Mahmud akan membontoti apa yang terjadi keatas Wan Mokhtar di Terangganu.

Apa ini ada sangkut paut dengan tali gantung?

Ahhh! Kau kurang sedar bahawa Pakatan Rakyat sedang mengancam keselamatan gerombolan. Kalau dahulu gerombolan hanya diserang di Semenanjung tetapi kini serangan bertalu-talu telah beralih ke Serawak. Ini tanda-tanda yang amat bahaya untuk gerombolan. Bank simpanan gerombolan telah mula pecah. Suasana ini amat merbahaya.

Aku yakin gerombolan – sesudah Sibu – akan bertindak ganas. Justeru Anwar Ibrahim perlu digantung secepat mungkin … ini yang aku maksudkan dengan tali gantung dari Sibu. Apakah kau tidak faham bahawa dari kaca mata gerombolan – mereka melihat nyawa dan kuasa mereka hanya dapat diselamatkan dengan memenjarakan Anwar Ibrahim. Jika Anwar Ibrahim terus bergerak di luar penjara maka tali gantung ini akan beralih untuk menjerut kepala mereka sendiri.

Aku tahu masih ada kawan dan teman-teman yang membaca bahawa sandiwara yang sedang dipentaskan di mahkamah Jalan Duta ini akhirnya akan membebaskan Awar Ibrahim.

Saudara ku yang baik hati,

Aku harap kau tidak tersalah anggap apabila kau melihat sandiwara di mahkamah yang sedang dipentaskan ini. Aku tahu bukan semua anggota gerombolan yang mahu Anwar di penjara. Ada yang memiliki jalur pandangan yang berbeza. Mereka merasakan jika Anwar di penjara maka masa depan gerombolan semakin bertambah gelap dan nyawa gerombolan akan bertambah pendek. Mereka ini tidak ramai. Gulungan minoriti ini sesudah Sibu akan merasa diri mereka terancam sama jika Anwar masih bebas. Kini, aku yakin mereka jua mahu Anwar di penjara secepat mungkin.

Sesudah kemenangan Pakatan Rakyat di Sibu, aku amat yakin kes Anwar akan dipercepatkan untuk memastikan Anwar ketepikan dari politik tanah air kita. Anwar wajib diketepikan sebelum pilihanraya umum untuk negeri Serawak yang wajib diadakan sebelum akhir tahun 2011.

Kepada kau dan kawan-kawan dalam Pakatan, hanya satu harapan aku: aku berharap kau tidak akan memiliki apa-apa ilusi tentang mahkamah. Aku juga berharap kau akan dapat memahami tentang kuasa. Telah aku katakan beberapa kali – kuasa tidak mudah akan dilepaskan. Di malam pengiraan undi di Sibu itu , kau sendiri dapat melihat bagaimana gerombolan dan aparachik SPR bekerja keras untuk mengabui mata rakyat agar gerombolan terus menang.

Aku sebagai pembawa ayat-ayat songsang sekali lagi ingin mengingatkan kau bahawa konspirasi untuk melupuskan politik Anwar akan bertimbun tambah. Kau tunggu dan lihat. Hanya yang ingin aku ingatkan ialah dalam merayakan kemenangan di Sibu sedarlah bahawa tali gantung untuk Anewar Ibrahim semakin rapat.

Wassalam
Tukar Tiub







ZUL NORDIN PEJUANG ISLAM SEJATI




ZUL NORDIN PEJUANG ISLAM SEDANG MEMIMPIN DEMO




PERHIMPUNAN BESAR BESARAN BANTAH LESEN JUDI 3 JULAI – harakah daily

Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan besar-besaran 3 Julai depan bagi membantan tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bolasepak Piala Dunia bermula Jun ini.

Satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong juga akan diserahkan pada himpunan tersebut.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata, himpunan tersebut akan bermula di masjid negara sebelum bergerak ke Istana negara.

"Pada himpunan tersebut, kita akan menyerahkan memorandum kepada Tuanku, agar mendesak kerajaan menarik balik kelulusan lesen judi yang telah diberikan," katanya kepada Harakahdailyselepas mesyuarat dewan harian Pemuda PAS Pusat petang ini.


KAH KAH KAH..


woit… PERHIMPUAN INI AKAN DI PIMPIN OLEH PEJUANG ISLAM ZUL NORDIN….kah kah kah

kah kah kah…. SAF DI HADAPAN PASTI LAH ZUL NORDIN … kah kah kah..

kah kah kah… SELAMA INI SENYAP SEPI… RUPA –RUPANYA SEDANG MERANCANG…. kah kah kah..

woit… PASTIKAN DI HARI DEMO ZUL NORDIN TIDAK KE KOREA, KE TURKI ATAU KE AMERIKA…. kah kah kah..

kah kah kah... KALAU ZUL NORDIN TAK ADA... DEMO AKAN GAGAL... kah kah kah..

woit… ZUL NORDIN PERJUANG ISLAM YNG UNGGUL LAGI SUMUL LAGI BIKUL LAGI TUNGGUL … klah kah kah..

woit…. DEMO INI JUGA AKAN DI SERTAI OLEH AL FATAWA AL FATAWI MALLUKUL HARUS SANIMAN…. kah kah kah..

kah kah kah… DUA PEJUANG ISLAM INI KAN MENGEGARKAN SATU MALAYSIA… kah kah kah

AL USTAZAH AL MONGOLI




USTAZAH AL-MONGOLI AL KAKI BAKSHEEH





SUMBANGAN ISLAM KEPADA DUNIA MENDAHULUI BARAT : NAJIB
– berita hairan

Najib Razak berkata, sumbangan dan tamadun Islam kepada dunia dalam beberapa aspek sebenarnya mendahului perkembangan yang dilakukan di negara Barat.

Dia berkata, ia terbukti, antaranya daripada segi sikap toleransi dan keadilan sosial seperti yang diamalkan di Amerika Syarikat termasuk di gereja-gereja mereka pada masa kini.

"Kedudukan wanita (dalam Islam) juga dalam beberapa aspek mendahului barat.

"Allah menjadikan manusia dalam kelompok kabilah dan negara supaya kita mengenali antara satu sama lain. Perbezaan hanya ketakwaan kepada Allah," katanya selepas menghadiri Syarahan Perdana Putrajaya bertajuk "A Muslim Century - Myth or Reality" (Abad Muslim - Mitos atau Realiti).

Syarahan itu, adalah cetusan idea Perdana Menteri, disampaikan oleh tokoh intelektual Islam terkemuka, Prof Dr Ali Al’Amin Mazrui, yang ketika ini adalah Profesor Kemanusiaan Albert Schweitzer dan juga Pengarah Institut Pengajian Kebudayaan Global dari State University of New York, Amerika Syarikat.

KAH KAH KAH…

woit… INI AL – USTAZZAH BARU …. kah kah kah..

kah kah kah… ALA- USTAZZAH AL- MONGOLI INI TAHU KE APA YANG DICAKAP…kah kah kah..

kah kah kah… KEDUDUKAN PEREMPUAN?..... kah kah kah..

woit… PEREMPUAN DUDUK KAT MUKA AL-MONGOLI NI TAHU LAAA…. kah kah kah..

nota:

tolong jangan tipu melayu.
keilmuan di baghdad di zaman baitul hikmah
tidak ada sangkut paut dengan orang melayu.
jangan memandai-mandai nak tumpang semangkok.

keilmuan ini wujud pada 750 di zaman
khalifah abbasid. kemudian di zaman
al-ma’mun tahun 813-833 –
islam hanya datang ke melaka 1402/03

jangan kelentong melayu katakan tamadun
islam ini sama dengan tamadun melayu.ini
tak betul. zaman baitul hikmah di baghdad
ialah ketamaduan arab/islam. orang melayu’
di nusantara belum islam lagi. jangan nak
tumpang semangkok – ini kejayaan tamadun
arab. tamadun arab ini telah wujud ribuan tahun
sebelum islam lagi. jangan tipu-tipu. ini fakta.

buku pertama dalam dunia ini kitab hamurabi
ini kitab arab sebelum islam.

tolong jangan tipu melayu. melayu ini malas
membaca. malas mengkaji. suka mendengar. tak
suka membaca kalau buku tebal tak sanggip baca,
kalau panchaindera dari mama juwie sanggup baca kah kah kah.

KENA GERTAK SUDAH TAKUT




KUEH BANGKIT AKAN DI GANTI DENGAN KUEH KARIPAP




GERTAK TERUSKAN MELAYU BANGKIT BULAN DEPAN , NAMA DI UBAH - minsider

Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) tetap dengan pendirian untuk meneruskan perhimpunan “Melayu Bangkit” walaupun terpaksa membuat beberapa perubahan termasuk menukar nama program itu yang diadakan memperingati tanggal 13 Mei.

Pengerusinya, Razali Idris berkata, perhimpunan tersebut akan tetap diteruskan dan beberapa perubahan akan dibuat bagi mengelak fitnah daripada pihak-pihak tertentu.
“Kita masih tetap akan meneruskan perhimpunan ini walaupun terpaksa melakukan beberapa perubahan lain termasuk nama program, lokasi dan juga tarikh.

“Nama program iaitu Melayu Bangkit akan ditukar kerana ia telah menimbulkan fitnah dan ketakutan kepada pemimpin politik dan juga rakyat,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Razali berkata intipati perhimpunan tersebut tetap sama walaupun nama program akan diubah.

“Kita tidak kisah untuk mengubah nama perhimpunan ini kerana apa yang penting adalah intipati program ini.

“Melalui perhimpunan ini matlamat kita cuma satu iaitu supaya orang Melayu bersatu hati dalam mempertahankan bangsa dan agama tanpa mengira fahaman politk masing-masing,” katanya.

KAH KAH KAH…

KAH KAH KAH..


woit… TAKUT PADA CUKONG…. kah kah kah..

woit… BAGI LAAA AMARAN 48 JAM…. kah kah kah..

kah kah kah… DULU PAKAI NAMA KUEH BANGKIT…kah kah kah..

woit… KALAU GANTI APA NAMA YANG AKAN DI GUNAKAN… kah kah kah..

ini cadangan:


DODOL - DESAKAN OLEH BUMIPUTERA LANGSUNG

KARIPAP – KAMI RAKYAT INGIN PERPADUAN ANTARA PENDATANG

BAHULU – BARISAN ASAL ORANG HULU

BUNTAL – BADAN UNTUK TANAH AIR

BIJAN - BARISAN INSAN JUJUR NYARING

GERTAK KENA GANTI JADI GERAM

GERAM - GERAKAN RAKYAT ANTI MAHATHIR kah kah kah

PROJEK BERI KRONI KAYA




GULA AKAN NAIK HARGA - KRONI AKAN TAMBAH KAYA





TUNJUK SURAT NIKAH SEBELUM BELI GULA : KEDAI RUNCIT DISERBU
- melayau

DUNGUN 18 Mei – Tindakan seorang pemilik kedai runcit menyimpan stok bekalan gula dalam kuantiti yang berlebihan membawa padah apabila premisnya diserbu pihak berkuasa.

Sebanyak 5.520 tan metrik gula bernilai kira-kira RM9,000 dirampas dalam serbuan oleh anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) pada pukul 1 petang semalam.

Pengarah KPDNKK Terengganu, Mohd. Hilmi Mohd. Nor berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki berumur 68 tahun yang merupakan pemilik kedai runcit di Jalan Yahaya Ahmad, Sura Gate itu.

Siasatan dibuat berikutan laporan yang menyatakan peniaga di premis berkenaan meminta pelanggan menunjukkan surat nikah sebelum membenarkan pembelian gula, katanya.
Mohd. Hilmi berkata, pihaknya membuat pemeriksaan di kedai terbabit selepas anggota KPDNKK yang menyamar sebagai pelanggan tidak dibenar membeli gula melebihi satu kilogram dan diminta menunjukkan pengenalan diri terlebih dahulu.

KAH KAH KAH…

woit… KERJA GILA INI BERMULA KEMBALI…. kah kah kah.,.

woit… YANG JADI MANGSA PEKEDAI RUNCIT…. kah kah kah..

woit… TOWKAY BESAR TAK BERANI USIK…. kah kah kah..

woit… KENAPA KERAJAAN TAK JADI PENGIMPOT GULA…. kah kah kah..

woit… KALAU KERAJAAN ADA POLIS…kah kah kah…

woit… KERAJAAN ADA ASKAR… kah kah kah..

woit… KERAJAAN ADA DUTA DI LUAR NEGARA… kah kah kah…

kkah kah kah....KENAPA TAK BOLEH JADI PENGIMPOT GULA… kah kah kah

woit… KALAU KERAJAAN BOLEH IMPOT KAPAL SELAM… kah kah kah…

woit… KALAU KERAJAAN BOLEH IMPOT TANK DARI POLAND… kah kah kah..

kah kah kah… KENAPA TAK BOLEH IMPOT GULA…. kah kah kah…

woit… SAJE NAK BAGI KRONI IMPOT GULA… NAK BAGI KRONI KAYA…. kah kah kah..