Jumaat, 10 November 2023

PEMIKIR PARSI MENDOMINASI DUNIA


PEMIKIR PARSI

MENDOMINASI DUNIA

KHALAS

BERSETIA KAWAN DENGAN PALESTIN 13 TAHUN DULU


BERSETIA KAWAN

DENGAN PALESTIN

13 TAHUN DAHULU

AMIN

BEKAS YB TIDAK FAHAM


Bekas ahli Parlimen persoal perbezaan keputusan kes Syed Saddiq dan Zahid

KETAKSAMAAN hukuman antara individu menimbulkan kebimbangan mengenai keadilan dan konsistensi sistem kehakiman Malaysia, kata bekas ahli Parlimen Kua Kia Soong.

Beliau berkata hukuman dijatuhkan ke atas Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahmah semalam menonjolkan perbezaan ketara dengan kes Timbalan Perdana Penteri Ahmad Zahid Hamidi yang dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA).

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, denda RM10 juta dan dua sebatan terhadap Syed Saddiq selepas didapati bersalah bagi pertuduhan bersubahat dalam jenayah pecah amanah, penyelewengan dana dan pengubahan wang haram berjumlah RM1 juta.

Sebelum ini, pada September, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberikan Zahid DNAA bagi 47 pertuduhan, termasuk rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang besar.


“Keputusan tidak konsisten yang jelas ini menimbulkan persoalan mengenai pelaksanaan keadilan yang saksama,” kata Kua, yang juga pengarah Suaram, dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata persoalan mungkin timbul mengenai faktor yang mempengaruhi keputusan berbeza ini dan keperluan bagi proses kehakiman yang adil dan telus.

Beliau juga berkata hukuman sebat yang diberikan kepada Syed Saddiq menimbulkan kebimbangan mengenai kesesuaian hukuman itu dalam konteks sistem perundangan moden dan menghormati hak.

“Memasukkan sebat sebagai sebahagian daripada hukuman mencetuskan kritikan, dengan ada yang berhujah ia biadab dan melanggar prinsip hak asasi manusia antarabangsa.

“Sebat dianggap sebagai pelanggaran hak asasi individu bagi menghormati maruah manusia dan integriti fizikal.”

Kua menambah penggunaan hukuman dera terhadap orang dewasa, seperti sebat, dilihat sebagai melanggar prinsip hak asasi manusia antarabangsa dan menekankan keperluan untuk Malaysia menyelaraskan amalan perundangannya dengan piawaian global.

“Sistem kehakiman adil dan telus yang menjunjung piawaian hak asasi manusia adalah cara yang lebih membina untuk menangani kebimbangan mengenai sebarang tindakan tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman,” tambahnya. – 10 November, 2023.

WOIT

BEKAS YB INI

TAK FAHAM

POLITIK

AMIN

ZAHID DI BEBAS

UNTUK ANWAR

JADI PM

AMIN

SAYED SADDIQ

DI SEBAT KERANA

BERANI PERSOAL

PEMBEBASAN ZAHID

AMIN

KERAN DEGIL TAK

IKUT SKRIP ANWAR

KAH KAH KAH

KHALAS

ANAK MUDA PEMIMPIN CONTOH


Syed Saddiq letak jawatan presiden Muda serta merta

SYED Saddiq Syed Abdul Rahman akan melepaskan jawatan sebagai presiden Muda serta merta sementara urusan undang-undangnya selesai.

Ahli Parlimen Muar itu berkata timbalannya Amira Aisya Abd Aziz akan memimpin parti itu.

“Selepas perbincangan sebentar tadi, saya putuskan untuk kosongkan jawatan sebagai presiden Muda serta merta sementara saya membersihkan nama melalui proses mahkamah.

“Saya tidak layak untuk jawatan ini. Jawatan ini sesuai untuk seseorang yang lebih putih daripada putih,” katanya pada sidang media, hari ini.

Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, denda RM10 juta dan dua sebatan ke atas Syed Saddiq selepas beliau didapati bersalah atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Namun hukuman penjara dan denda itu dibenarkan untuk ditangguhkan sementara menunggu rayuan. – 9 November, 2023.


INILAH

CONTOH PEMIMPIN

MUDA

AMIN

BUKAN MACAM

PEMIMPIN TUA

DAH KENA BICARA

PUN MASIH 

LEKAT DENGAN

JAWATAN

AMIN

SAYANG  MUDA

LAGI DAH HANCUR

AMIN

KHALAS

YB PAS KURANG FAHAM


Fitnah dana judi, MP Pasir Mas kata ingatkan sudah selesai siasatan

Ahmad Fadhli Shaari mempertikaikan fitnah dibuat oleh Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim berhubung isu dana judi yang sehingga hari ini gagal dibuktikan.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu mempersoalkan isu dana judi tersebut yang masih tidak selesai siasatannya walaupun Anwar sebelum ini berulang kali membuat tuduhan terhadap Perikatan Nasional (PN) membabitkan dana semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Ahmad Fadhli berkata sudah dua kali mengemukakan soalan sama berhubung status siasatan terhadap dakwaan itu, tetapi jawapan diterima masih seperti sebelumnya.

“Seperti yang dijangka, jawapannya ialah ‘masih dalam siasatan’. Ingatkan tempoh hari dan ada saksi yang tampil, sepatutnya boleh selesailah, rupa-rupanya masih belum ada perkembangan lanjut!


“Nah, sekarang siapa yang menabur fitnah? Ooo… jika yang menabur fitnah itu ialah pemimpin tuan-tuan, ia halalkah kot?” katanya dipetik dalam laporan Harakah Daily.

WOIT

KESIAN TENGOK

YB PASIR MAS INI

AMIN

YB NI TAK FAHAM

POLITIK KE ?

 AMIN

FITNAH AKAN

DISIASAT DAN

DI DAKWA BILA

FITNAH KERAJAAN

MADANON

AMIN

YANG LAIN

TAKDA SAPA AMBIL

PEDULI

AMIN

WOIT YB

LU INGAT KITA

DI SWEDEN KE ?

KAH KAH KAH

LU GI TANYA

FAHMI FADIL

KITA DI MANA ?

KAH KAH KAH

KHALAS

KATAK HIJAU BELUM DI LANCAR LAGI


TERIMA KASIH

AMIN

PERSOALAN NASIONAL

NAK MASUK CETAKAN

KE TIGA

AMIN

KATAK HIJAU BELUM

DI LANCAR

AMIN




Unknown commented on
 "TUJUAN AKTA LOMPAT PARTI"

ini la jadinya bila pemikiran kritikal sakai tidak memahami undang2 parlimen malaysia.bahkan sakai menghina parlimen malaysia sebagai parlimen sandiwara.kini pura2 nak ambil tahu pasal lompat parti.dalam ketuanan melayu, tiada parlimen, tiada akta, tiada lompat parti.yg ada ialah sultan merampas tanah, anak dara dan dan dan..


sultan2 tanah melayu ramai berasal dari tanah sumatra..mana mungkin orang2 jawa mahu mengaku melayu..elok lu aturkan projek menjatuhkan anwar lagi bagus..pastu lu ketawa terbahak2 sambil minum dom tanpa halu tuju ekonomi..harapkan jualan persoalan nasional dan katak hijau..

CIUM BATU ITAM


CIUM

BATU ITAM

KHALAS

Unknown commented on 
"DRONE AMERIKA
 DITEMBAK OLEH YAMAN"

alo brader...yemen ni memang sedang berperang dgn tentera bersekutu arab saudi dan pakistan adalah satu negara yg jadi tenteranya..ketika yemen diserang oleh tentera bersekutu arab saudi, ada prof2 melayu islam dari tanah melayu yg sokong agar yemen diserang kerana yemen itu SYIAH..kini SYIAH YEMEN nak serang israel..

maka arab saudi beri dana billion dolar kpd tentera taghut utk melindungi mekah dan madinah agar bani melayu bole cium batu hitam.lu sakai, mana bole cium batu hitam..mana pemuda bani tamim dari tanah melayu.barangkali sedang membina mendam berahi..raja dan sultan dulu mmg suka berahi sampai sanggup membunuh anak sendiri..

KEHANCURAN GAZA JENAYAH ZIONIS


KEHANCURAN

 GAZA

JENAYAH ZIONIS

AMIN

MUHYIDIN TAK FAHAM



Bersatu akan lapor polis, SPRM berkait sokongan ahli Parlimen kepada Anwar

BERSATU akan melaporkan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam tempoh sehari dua ini berkait sokongan empat ahli parlimennya kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Presidennya Muhyiddin Yassin pada sidang media malam tadi berkata parti itu sudah mengumpul bukti ahli-ahli Parlimen berkenaan diugut dan ditawarkan habuan supaya menyatakan sokongan kepada kepimpinan Anwar.

“Kita akan buat laporan polis dalam tempoh sehari dua. Semua maklumat telah dikumpulkan contohnya dalam kes Ahli Parlimen Gua Musang atau Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

“Dalam kes Ahli Parlimen Gua Musang, dia beritahu dapat tawaran tetapi menolak semuanya. Tiga hari selepas itu, dia umum keputusan sokong sana (kerajaan perpaduan).

“Justeru kita syak ada perkara sedang berlaku, yang melanggar peruntukan undang-undang,” katanya seperti dipetik Utusan.

Ahli Parlimen Kuala Kangsar Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid pada 12 Oktober isytihar sokongan kepada kepimpinan Anwar, diikuti Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman pada 30 Oktober, dan Ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim pada Selasa. – 10 November, 2023.


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

AMIN

WOIT 

KESIAN PADA

MUHYIDIN

KAH KAH KAH

DIA TAK FAHAM

TUJUAN

AKTA LOMPAT PARTI

KAH KAH KAH

AKTA INI HALANG

YB UMNO  SOKONG

BERSATU

KHALAS

YB BERSATU

SOKONG MADANON

AH LAN WAH

SAH LAN

MOST WELKOM

KAH KAH KAH

KHALAS

MUDA TUTUP KEDAI ?



Masa depan Muda suram dengan sabitan Syed Saddiq, kata pemerhati

MASA depan Muda kelihatan suram dengan pemimpin tertingginya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman disabitkan kesalahan rasuah, kata pemerhati.

Mereka berkata keputusan mahkamah semalam merosakkan reputasi ahli Parlimen Muar dan menjatuhkan saham partinya, yang mengambil pendirian kuat terhadap rasuah dan menjulang untuk politik beretika bersih di negara ini.

Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata hakikatnya nama Syed Saddiq telah tercemar dan ini akan menjejaskan beliau sebagai ahli politik.

“Walaupun dia mengumumkan akan keluar, reputasi dan imej parti telah tercemar kerana Syed Saddiq adalah Muda dan Muda adalah dia.

“Sokongan kepada parti boleh merosot,” katanya.

Katanya, penyokong tegar mungkin merasakan dia dianiaya, tetapi bagi rakyat proses mahkamah telah berlaku dan ahli Parlimen Muar itu didapati bersalah.

Bagi timbalannya, Amira Aisya Abd Aziz yang mengambil alih jawatan pemangku presiden, beliau berkata dia tidaklah sepopular Syed Saddiq.

“Bukan mudah untuk dia membetulkan keadaan parti dalam masa terdekat, reputasi parti telah rosak selepas Syed Saddiq disabitkan kesalahan.”

Semalam, Syed Saddiq berkata beliau akan bercuti sebagai presiden Muda berikutan sabitan kesalahan rasuah hari ini.

Beliau berkata ia berkuat kuasa serta-merta timbalannya akan mengambil alih.

“Selepas perbincangan sebentar tadi, saya putuskan untuk kosongkan jawatan sebagai presiden Muda serta merta sementara saya membersihkan nama melalui proses mahkamah.

“Saya tidak layak untuk jawatan ini. Jawatan ini sesuai untuk seseorang yang lebih putih daripada putih,” katanya pada sidang media, semalam.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan kepada Syed Saddiq selepas ahli Parlimen Muar itu disabitkan kesalahan rasuah.

Bekas menteri belia dan sukan itu turut didenda RM10 juta.

Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia Dr Mazlan Ali berkata beliau berisiko kehilangan statusnya sebagai ahli Parlimen Muar walaupun beliau akan membuat rayuan terhadap sabitan itu.

“Tetapi keputusan mahkamah hari ini telah merosakkan reputasi Syed Saddiq sebagai seorang pemimpin muda yang memperjuangkan ketelusan dan anti rasuah.”

Mengenai masa depan parti, beliau berkata Syed Saddiq adalah seorang pemimpin terkemuka dalam parti itu dan beliau tidak menyangka ada mana-mana pemimpin lain dalam Muda yang mempunyai ketokohan atau karisma untuk mencungkil jiwa pengundi.

“Justeru, saya percaya prestasi Muda akan menjadi lemah tanpa Syed Saddiq.”

Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata jika rayuannya gagal, ia akan menamatkan kerjayanya dalam politik dan perjalanan parti itu akan tamat.

“Muda tidak mempunyai banyak pengaruh dalam kalangan pengundi, dan berjauhan dengan pengundi akan menghakis asas sokongannya.

“Muda mungkin tidak bersetuju, tetapi ia sangat bergantung kepada Syed Saddiq. Ia masih harus dilihat sama ada ia boleh mendapatkan pemimpin yang sama atau lebih baik. Tanpa seorang, ia tidak akan diketahui oleh pengundi.” – 10 November, 2023.
 
 

WOIT

KALAU PERJUANGAN

BERSANDAR PADA

SOSOK MAKA

MUDA PASTI

 BUNGKUS

AMIN

TAPI JKA MUDA

BERSANDAR PADA

IDEALOGI MACAM

HAMAS  SAMPAI

KIAMAT TAK KAN

DI HAPUS

AMIN

KHALAS

RINGGIT JATUH - KRISIS EKONOMI AKAN SAMPAI


Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS

RINGGIT terus ditutup rendah berbanding dolar AS bagi hari ketiga berturut-turut hari ini berikutan penurunan permintaan terhadap unit tempatan.

Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.6895/6965 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6800/6860 pada Rabu.

Ketua ekonomi dan kewangan sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata indeks harga pengguna China turun 0.2% tahun ke tahun pada Oktober membayangkan People’s Bank of China akan mengekalkan pendirian monetari akomodatifnya dalam tempoh terdekat ini yang seterusnya akan memberikan lebih banyak sokongan kepada dolar AS.

“Oleh itu, ringgit dijangka kekal lemah selepas mencatatkan peningkatan mendadak pada Isnin,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan susut berbanding yen Jepun kepada 3.1050/1099 daripada 3.1045/1087 pada Rabu, tutup berbanding euro kepada 5.0173/0248 daripada 4.9917/9981 dan menyusut berbanding pound Britian kepada 5.7695/7781 daripada 5.7321/7394 sebelumnya.

Ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang negara-negara Asean lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4563/4617 daripada 3.4493/4540 pada Rabu dan turun berbanding baht Thai kepada 13.1802/2065 daripada 13.1453/1670.

Unit tempatan juga jatuh berbanding peso Filipina kepada 8.39/8.41 daripada 8.35/8.37 dan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 299.5/300.1 daripada 298.9/299.5. – Bernama, 9 November, 2023.

BERAT

MAKIN BERAT

AMIN

PAGI PETANG

RINGGIT JATUH

AMIN

PAGI DIBUKA

JATUH

PETANG DI TUTUP

JATUH

WAT IS DE BEKOS

AMIN

APAKAH INI

TANDA KERAJAAN

AKAN TERBARAI

KAH KAH KAH

KHALAS

TANAH MELAYU INI MILIK MEREKA JUGA


JANGAN

 KITA NAFIKAN

DARAH DAGING KITA

AMIN

TANAH MELAYU INI

MILIK MEREKA JUGA

KHALAS

TUJUAN AKTA LOMPAT PARTI


TUJUAN AKTA

LOMPAT PARTI

HANYA LARANG

YB GEROMBOLAN

SOKONG PERIKATAN

AMIN

YB PN LOMPAT

KE PAKATAN 

TAK SALAH

KHALAS


Unknown commented on
 "SOSOK MUDA BERSIKAP 
JUJUR TERHADAP MAHKAMAH"

tt katak kini lebih mudah kerjanya.. tak perlu lompat pun boleh tukar sokongan... akat lompat telah dicabul.. sia2 buat akta... apa kata ko tt.... kah kah kah

TAK SOKONG LU KENA !!!


TAK SOKONG

LU KENA

AMIN

LU SOKONG

LU BEBAS

KHALAS

Unknown commented on
 "SYED SADDIQ MANGSA POLITIK ?"

sadik kata dia terima dengan hati terbuka.. walanon ni apa hal ?? sadik sanggup disebat... tibe


Unknown commented on
 "SYED SADDIQ MANGSA POLITIK ?"

Dio pun dah jangko. Sobab tu tarik sokongan. Sonang nak salahkan gomen. Mudo2 dah jadi mentori. Pakai seluar kotat nampak telok. Aksyen bukan main. Mudo2 juo jadi banduan. Kah kah kah yenkee goes home.

SEBAT


SEBAT

JUMAAT 10 NOVEMBER 2023
SATU MALAYSIA HEBOH
PASAL SYED SADDIQ 

DIA KENA HUKUM
7 TAHUN PENJARA
DENDA 10 JUTA
DAN SEBAT DUA KALI

ADUH !
ANAK MUDA YANG  JAMBU INI
AKAN KENA SEBAT
PUNGGUNG YANG GEBU
AKAN BERPARUT TEBAL

MAKA
 AMAT PELIK LAGI HAIRAN
NAJIB NAK DI BEBASKAN
TENGKU FRAUD BEBAS
BUNG MOKHTAR BEBAS
ZAHID DNAA
MAT LEGAM AZEEZ BEBAS
SAYED SADDIQ KENA SEBAT
WAT IS DE BEKOS

SATU MALAYSIA TUNGGU
ISA  SAMAD
TUNGGU ROSMAH MANSOR
APAKAH MEREKA
AKAN BEBAS
JENG JENG JENG

TAPI PALING PELIK
NAJIB AKAN BEBAS
TIDAK LAMA LAGI
BERITA INI  AMAT MENAKJUBKAN
AMIN

ISRAEL
NETANYAHU TOLAK
GENCATAN SENJATA SEMENTARA
UNTUK BAWA BANTUAN
AIR UBAT DAN MAKANAN

GAZA
KINI MUNCUL BERITA
ISLAMIK JIHAD JUGA
ADA BERSAMA BERTEMPUR 
DI GAZA

UKRAINE
KETUA TENTERA UKRAINE
MATI MELEDAK
ADA MAMAT HANTAR
BOM TANGAN  SEBAGAI HADIAH
KETIKA  SAMBUTAN HARI JADI
ANAKNYA

UKRAINE
SEORNAG JENERAL UKRAINE
KEPALA PERANG
BERKATA PERANG KETIKA INI
TAK SAMPAI KE MANA MANA
STALEMATE
ZELENSKIY MARAH MENGAMUK
PADA JENERAL INI

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR BASAH
RENYAI PETANG KELMARIN
 BAWA BASAH

DI PINTU MASUK
GUA DI SAMBUT OLEH CENGKERIK
DARI JAUH GUA DENGAR
SUARA KENG KENG
DALAM PADANG RUMPUT
TERKUKUR BERLAGU

HA HA
DI ATAS POKOK MATI
PULUHAN GAGAK BERKUMPUL
ENTAH MESYUARAT APA PAGI INI
RAMAI RIUH
TERBANG DAN DATANG

MATA HARI DAH KELUAR
CAHAYA LEMBUT
LANGIT BIRU
BERAWAN PUTIH

HARI INI AKAN PANAS
DI BALKONI GUA
TAK TAK SEDANG MENJALAR
MANDAI CAHAYA MATA HARI
AMIN

BRO
SENYUM 
KITA SAMBUT JUMAAT DENGAN
SENYUMAN

BRO
JANGAN TAKUT LALUAN DI TITI
JAUH KE HULU  HUTAN BANAT
JANGAN SEGAN NAIK LRT
PENGANGKUTAN  AWAM JALAN SELAMAT

RAMA RAMA TERBANG BERKAWAN
TERBANG JAUH SINGGAH  DI DAHAN
MARI BERSAMA MARI LAH KAWAN
SELAMATKAN  BUMI ANUGERAH TUHAN


LAKUAKN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERJUMAAT