.

Jumaat, 18 Julai 2014

KITAB HIJAU MENGHALALKAN CARA









JANGAN BALUN
Hati2 TT..dlm PAS, ada 3 org yg betul2 lu x boleh kritik.. kritik sikit manja saja, lu sudah jatuh kafir harbi.. Pertamanya Hadi ni. Keduanya Harun Din. Ketiganya Aruah Ust Azizan xMB. Lain2 xpa..lu boleh balun cukup2.. 

Bagi PAS, kalah kerana ketiga2 mereka ini, xpa..biar rakyat kebuluran pun..x apa..asalkan Allah sayangkan kita hatta dpt makan tanah berulamkan rumput pun, x apa.. dijamin syurga la ko TT.. Pada gua, Hadi ni bagus..tapi tak di pentas antarabangsa spt Nik Aziz. PAS x mampu dan tidak boleh singkirkan Hadi walaupun tahu partinya tak kan kemana pun dgn Hadi dan Harun Din yg sekadar lebai kampung dpt jampi2 tawar penyakit busung.

 Tiada anjakan yg exponential jika masih harapkan kedua2 ni dr segi politik. Kalo letak dlm badan dakwah, mmg gua respek giler 2 susuk ni.. Dr segi politik, gua ucapkan terima kasih sajalah. Abg Mat Bronson lebih jauh kedepan..Mahfuz pun jauh lebih baik.. apa boleh dibuat.. yg dlm PAS ni sumer org kampungan yg tiada daya fikrah politiknya.. takat on DUIT DAN HARTA DI BELAKANG INI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 7/18/14



APA TERJADI DI TRENGGANU
PAS tegar kata fitnah tu Bro..... Hadi Awang tu ibarat Malaikat bagi mereka. Bila menyokong Najib dan UMNO mereka tuduh taksub kepada bangsa dan pemimpin korupsi tapi bila kena kat batang hidung mereka maka mereka guna kitab hijau pula untuk menghalalkan cara. 

Lihatlah apa telah jadi kat Trengganu dan Kedah? Hanya Tuan Guru Nik Abd Aziz sahaja yang aku yakini, kalau Hadi Awang ini tak kurang pun dari pemimpin UMNO yang lain. Halal dan Haram adalah keputusan sendiri sahaja, kalau ada komisen maka Halal, kalau tiada komisen maka haram lah ia.... on DUIT DAN HARTA DI BELAKANG INI
Anonymous
on 7/18/14





----------

SOALAN WAJIB DI JAWAB




SOALAN

satu dunia tahu ada perang
 di ukraine
semua
 syarikat kapal terbang 
telah diberi arahan
 jauhi laluan
 ruang udara ukraine

soalannya
 kenapa mas
masih lagi 
gunakan laluan ini
siapa beri arahan ini?


















----------

HARI INI HINGGA SELAM LAMANYA





HARI INI
hari ini hingga  selama lamanya
setiap kali puasa sampai
maka aku akan teringat
pesawat mh17 yang gugur

hari ini untuk selama lamanya
aku akan akan teringat
isreal menyerang gaza
hari ini untuk selama lamanya
aku akan teringat
malaysia mengahantar bantuan
minyak sawit kepada isreal


hari ini aku merasakan
esok akan dibatalkan
kelmarin akan dilupus
tapi semuanya mustahil
kerana ingatan ini
terus berligar tanpa henti henti
tidak ada tangisan
tidak ada air mata
yang dapat memadankan ingatan ini

hari ini aku merasakan
hari raya akan dibatal
semua yang berpuasa meneruskan
hingga segala ingatan pudar
hingga ianya hilang lesap

segala kegumbiraan padam
segala keseronokan hilang
ketika mh17 di bedil
ketika warga gaza dibunuh
ketika rumah dikampong chu badak
diruntuhkan


hari ini yang sanggup aku
katakan hanyalah
jangan kau lupa!


SELAMAT

 BERBUKA


--------

SOALAN KURUN INI





KOMENTAR
soalan yang wajib dijawab
kenapa ambil jalan ini
betulkah untuk jimat minyak

banyak syarikat telah 
menjauhi laluan ini
kenapa mas masih guna
laluan ini?














AJENSI AFP

SEOUL, July 18 ― The Malaysian airliner apparently shot down over rebel-held eastern Ukraine was flying over airspace that a number of other Asian carriers abandoned months ago because of security concerns.

South Korea’s two main airlines, Korean Air and Asiana, as well as Australia’s Qantas said they all rerouted flights from as early as the beginning of March when Russian troops moved into Crimea.

“We stopped flying over Ukraine because of safety concerns,” Asiana spokeswoman Lee Hyo-Min said.

Korean Air re-routed its flights 250 kilometres (160 miles) south of Ukraine “due to the political unrest in the region”, an official for the carrier told AFP.

A Qantas spokeswoman said its London to Dubai service used to fly over Ukraine, but the route was changed “several months ago”.

DARI DAILY MAIL - LONDON

The Daily Mail said it was believed the MAS pilots had ignored several warnings to avoid the airspace over Ukraine because it was a shorter route and flying over the Ukraine instead of diverting north or south would save fuel. 


----------

MALAYSIA HANTAR BANTUAN UNTUK ZIONIS ISRAEL




KOMENTAR

heboh heboh tentang gaza
hanya heboh heboh

bukti jelas
menunjukan bahawa
malaysia pada bulan ini
telah menghantar batuan
kepada zionis isreal
dalam bentuk minyak kelapa sawit



ini bukti bahawa
wujudnya jaringan zionis di malaysia

kenapa ngo melayu
kenapa ngo islam
kenapa ngo yang heboh dengan gaza
tidak menyuarakan pandangan
tidak menentang bantuan malaysia
terhadap zionis israel




Malaysia munafik, harus mengaku 

berdagang dengan Israel, kata NGO -

Pemimpin Malaysia munafik kerana tidak berani mengaku menjalinkan hubungan dagang dengan Israel melalui penghantaran produk minyak sawit ke Pelabuhan Ashod dan Haifa di negara berkenaan, kata Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin.
Badrul berkata, ketika pemimpin negara mengajak rakyat bersedih, kerajaan Malaysia sendiri menghantar sejumlah besar minyak sawit untuk kegunaan negara berkenaan, malah Malaysia adalah rakan dagang utama Israel.
"Kerajaan hari ini munafik, hipokrit, kita ajak rakyat menderma untuk Palestin, tapi kita hantar kapal besar untuk bantu ekonomi Israel.
"Kitalah punca, kita antara rakan dagangan utama, kalau kita hentikan Israel akan ada masalah," katanya pada sidang media di pejabat ahli Parlimen Lembah Pantai di Kuala Lumpur, hari ini.
Badrul turut menunjukkan bukti penghantaran kapal laut minyak sawit dari Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor ke Pelabuhan Ashod pada 3 Julai lalu.
"Penghantaran minyak sawit itu dijangka sampai 21 Julai depan," katanya yang juga dikenali sebagai Chegubard.

"Tiada apa lagi yang diharapkan, SAMM hanya mengharapkan kerajaan berterus terang kepada rakyat, negara ini sebenarnya pro Israel dari dulu, kini dan selamanya selagi Umno memerintah," katanya.
Badrul berkata, isu kemanusiaan dan peperangan di Palestin juga tidak akan pernah selesai selagi kerajaan Islam munafik seperti Malaysia terus wujud.
"SAMM seluruh negara juga dengan ini sebulat suara mengutuk perbuatan hipokrasi kerajaan Umno, Barisan Nasional (BN), Zionis glokal,” katnaya.
Beliau berkata, Malaysia juga seharusnya berani menyuarakan kebenaran mereka mengadakan hubungan dagang dengan Israel.
"Beritahu rakyat, ya kita berdagang dengan Israel, atas tujuan apa itu tidak mengapa," katanya.
Perdana Menteri  Najib Razak menyampaikan pendirian Malaysia untuk terus menyokong Palestin yang diserang rejim Zionis kepada Presiden Palestin Mahmoud Abbas.
Najib menyuarakan pendirian itu melalui panggilan telefon kepada Mahmoud yang dibuat pada jam 5.55 petang semalam.

"Dalam perbualan itu, saya nyatakan Malaysia merupakan antara negara yang kuat menyokong perjuangan Palestin," kata Najib ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama pemimpin dan rakyat Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor.
"Dalam apa jua keadaan, Malaysia berdiri teguh menyokong perjuangan Palestin sehingga perjuangan mereka selesai," kata Najib.
Najib berkata, sokongan padu terhadap perjuangan rakyat Palestin itu tidak hanya datang daripada seluruh umat Islam tetapi juga daripada pelbagai bangsa dan agama di negara ini.
"Walaupun ada dalam kalangan pemimpin pembangkang yang kata kita patut mempertahankan hak Israel untuk mempertahankan diri tapi bagi kerajaan pimpinan Barisan Nasional, kita tetap mengutamakan hak dan kedaulatan rakyat Palestin," katanya.
Beliau turut menyifatkan serangan Israel sebagai respons tidak seimbang kerana bentuk serangan yang disasarkan kepada mangsa secara khusus dengan menggunakan senjata canggih. – 17 Julai, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/malaysia-munafik-harus-mengaku-berdagang-dengan-israel-kata-ngo#sthash.AWgLsc7q.dpuf

KAH KAH KAH

i rest my case

my lord

kah kah kah

--------