Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Khamis, 6 November 2008

BERITA TERBARU DARI AMERIKA


Washington DC 5 Oktober - Beberapa buah van Fed Ex dan van-van yang tidak berjenama kelihatan keluar masuk ke dalam Rumah Putih.

Di sebelah belakang West Wing kelihatan asap berkepul-kepul. Tiga orang pembuat kunci juga telah didatangkan ke Rumah Puteh.

Apabila Michel Ikonis jurucakap Rumah Puteh ditanya media beliau hanya berkata .. …kami belajar dari Khir Toyo… dia koyak dan bakar fail….

Bila ditanya tentang kesampaian tiga orang tukang pembuat kunci, Ikonis telah berkata ‘… kami ikut nasihat Tajul Rosli…. Luara Bush menangis tak hendak meninggalkan Rumah Puteh macam Tajul Rosli dan isterinya dulu….. kah kah kah kah… (AjensiTT)




TERBARU !!! TEKA TEKI

Siapa dapat 5 juta ringgit?

Siapa dapat 2 juta ringgit?

Kenapa Madey marah?

Siapa dapat jawab dapat jumpa Bik Mama.




BURSA SAHAM RUNTUH RANTAH – BERITA PALSU ?

PETALING JAYA: Bursa saham di seluruh Asian runtuh rantah hari ini.

Kelmarin Bursa Saham di Jalan Tembok telah jatuh lebih dari 5%.

Bursa Kopsi di Korea Selatan jatuh 6.6%.

Hang Seng Index jatuh 6.41%.

Taitex di Taiwan jatuh 5.66%
.
Nikkei Jepun jatuh 5.46%

Singapura ST Index tahuh 3.61%

Shanghai Inkex Konposit jatuh 2.5%

Hanya BURSA SAHAM KUALA LUMPUR SAHAJA YANG TERUS NAIK …. kah kah kah…

Bursa Saham Kuala Lumpur naik dari 900 ke 889.59 mata…. kah kah kah

Bursa Saham Kuala Lumpur naik 23.73 mata atau 2.59%.... kah kah kah

Hangus hancur terbakar lingkup coplot gubrak ngandak ....tinggal habuk duit KWSP 5 bilion ringgir kerana burasa saham kita terus melonjak naik…. kah kah kah.... kah kah kah.... kah kah kah....

NEGARA TIDAK ADA MASAALAH EKONOMI - EKONOMI KITA TIDAK MELESET
- Najib Razak Menteri Keduitan Kedua ( Menteri Keduitan Pertama You Tahu Siapa?...kah kah kah)



OBAMA – KITA MERAYAKAN MERITOKRASI


Hegemoni budaya gerombolan United Malays National Organisation amat meluas. Hegemoni budaya yang selama 50 tahun ini telah meresapi ke dalam semua jalur falsafah dan cara pemikiran warga Malaysia.

Hegemoni ini telah memaksa kita semua melihat diri kita bukan sebagai warga Malaysia – anak semua bangsa - tetapi melihat kewujudan kita sebagai orang berbangsa Melayu, Cina atau India atau bangsa-bangsa lain. Dalam identiti diri yang luas ini kita telah gagal untuk melihat diri kita sebagai warga negara bangsa dalam satu kesatuan. Jauh sekali untuk melihat diri kita sebagai warga dunia.

Tekanan hegemoni ini telah memaksa semua warga berfikir dengan menggunakan pendekatan, kayu ukur dan kaedah gerombolan United Malays National Organisation berfikir. Hegemoni ini memaksa kita melupakan meritokrasi.

Meritokrasi boleh kita hayati dengan memahami bahawa :

1 – berasas keupayaan individu bukan kerana kelas, derajat, seksualiti atau kekayaan
2 - individu di anugerah kerana keupayaan dan ketrampilan untuk mencapai anugerah itu
3 – memajukan individu berdasar ketrampilan individu

Konsep meritokrasi ini tidak ada memasukkan bangsa, kelas, agama, seksualiti atau gender. Konsep ini mengajukan keupayaan individu. Konsep meritokrasi ini mengajukan ketrampilan fikrah individu tanpa mengira bangsa, kelas, agama, seksualiti atau gender. Jika individu itu memiliki berkeupyaan terunggul maka individu itulah yang akan dipilih. Jika susuk itu bijak berilmu maka susuk itulah yang diangkat untuk dinobatkan sebagai Professor – bukan kerana dia Melayu atau kerana dia ketua cawangan atau kerana dia saudara kepada Menteri Pelajaran.

Meritokasi ini agak senang di hayati kerana ianya sedang diamalkan dengan terbaik dalam arena sukan.

Jika seorang Mamat pelari 100 meter itu deras berlari maka dia akan menjadi jaguh. Tidak ada huh tidak ada hah disini. Jika Minah Cun itu cekap berenang maka Minah Cun ini akan mendapat pingat emas di sukan Olympik. Yang terbaik adalah asas meritokrasi.

Terbukti jelas dalam arena sukan meritokrasi telah diamalkan. Justeru sukan dilihat sebagai satu aktiviti yang adil , telus dan jujur. Terlalu susah untuk rasuah masuk dalam budaya sukan yang mementingkan merit individu.

Jika ada percubaan untuk mengangkat seorang pelari 100 meter kelas kedua untuk ke kelas pertama kerana dia saudara Menteri Sukan atau kerana ayahnya dulu jaguh negara, lambat laun akan terlihat juga oleh orang ramai. Ahli sukan kelas kedua ini akan tetap di kelas ke dua apabila diduga. Yang bukan jaguh tetap bukan jaguh.

Justeru, konsep meritokrasi ini amat berguna untuk sesebuah tamadun mara maju ke hadapan. Apa yang menghalang meritokarsi dari dirayakan dan dinobatkan dalam sesebuah masyarakat ialah nilai feudal. Nilai feudal akan menghalang meritokrasi dari berkembang.

Dalam negara kita budaya feudal ini yang masih menebal terutama dalam masyarakat Melayu. Budaya ini telah digunakan sebaik mungkin oleh gerombolan United Malays National Organisation untuk dijadikan sebahagian dari proses politik mengaut penyokong.

Nilai budaya fuedal gagasan gerombolan United Malays National Organisation ini gagal melihat kejaguhan dan keupayaan individu tetapi melihat susuk berbangsa apa, kelas apa, ada-kah dia memiliki derajat atau harta kekayaan.

Disinilah lemahnya nilai budaya feudal. Kalau buah fikiran itu kurang baik tetapi ianya wajib diterima pakai kerana tuan empunya pandangan itu seorang yang berderajat tinggi, berharta atau berpangkat atau kerana bangsanya. Akhirnya kita sebagai warga dipaksa melakukan sesuatu yang bodoh kerana idea bodoh ini datangnya dari seorang yang berderajat tinggi.

Jika budaya feudal jadi amalan pasti tamadun itu tidak akan berkembang.

Gerombolan United Malays National Organisation telah mengamalkan konsep Ketuanan Melayu. Konsep dan falsafah Ketuanan Melayu ini melanggar dan menghancurkan nilai meritokrasi.

Contoh terbaik untuk melihat bagaimana nilai Ketuanan Melayu menghancurkan tamadun negara bangsa ialah dalam bidang keilmuan dan pembelajaran. Pada satu ketika dahulu Universiti Malaya adalah diantara gedung-gedung ilmu yang unggul dalam dunia. Hari ini ianya telah merosot kerana keilmuan itu bukan lagi berasaskan meritokrasi tetapi berasaskan Ketuanan Melayu.

Susuk-susuk yang berilmu tidak dapat mencari ruang untuk mengembang potensi keilmuan jika susuk-susuk ini bukan orang Melayu. Atau jika pakar keilmuan ini tidak menelan Ketuanan Melayu.

Masa demi masa budaya keilmuan semakin merosot maka akhirnya orang bodoh akan menjadi guru untuk mengajar orang yang lebih bodoh. Orang yang lebih bodoh ini akan juga menjadi tenaga pengajar untuk orang yang lagi banyak banyak bodoh. Ini terjadi di semua gedung keilmuan dalam negara ini. Hasilnya universiti dan gedung keilmuan kita hanya sanggup mengeluar graduan-graduan yang bodoh-bodoh dan tidak memiliki pemikiran kritikal tetapi mereka Melayu.

Inilah satu contoh teragung betapa bodohnya konsep Ketuanan Melayu yang menjadi paksi budaya gerombolan United Malays National Organisation.

Sayugia disedari gerombolan United Malays National Organisation telah berkuasa 50 tahun lebih, maka hegemoni budaya feudaal yang anti meritokrasi telah menyerap dalam mempengaruhi semua jalur pemikiran warga.

Akhir-akhir ini kita telah melihat bagaimana hegemoni budaya ini tanpa disedari telah juga digunakan dalam hujah yang diguna pakai oleh ahli-ahli dan simpatisan Pakatan Rakyat. Contoh terbaik apabila kedengaran tuntutan agar di wujudkan Timbalan Perdana Menteri Kedua dari yang Bukan Melayu.

Pesoalan timbul - Apakah jika Yang Bukan Melayu ini akan menjamin seorang yang itu hebat pimpinannya, hebat jiwa juangnya, berhati rakyat atau hebat pemikiranya? Susuk Bukan Melayu tidak menjamin apa-apa.

Hujah ini tidak ada bezanya dengan tuntutan agar Perdana Menteri itu mesti seorang Islam. Menjadi Islam sahaja tidak akan menjamin ketrampilan fikrah seseorang itu. Menjadi Islam sahaja tidak menjamin kualiti pimpinan. Terbukti dengan jelas dan tidak perlu bersuluh bahawa yang Islam juga amat bijak berasuah. Yang Islam juga cukup hebat dan bijak melakukan kezaliman dan keganasan. Kezaliman bukan sahaja kepada yang tidak seagama malah yang seagama pun di libas sama.

Apakah kita lupa bahawa ahli-ahli dan pucuk pimpinan gerombolan United Malays National Organisation semuanya penganut Islam. Ramai diantara gerombolan ini telah berpuluh kali berumrah. Berbelas kali naik haji. Tetapi lihat hasinya- taraaak.

Kita wajib menobatkan yang berilmu. Kita wajib menobatkan yang jaguh. Dalam semua bidang yang bijak fikrahnya wajib dihadapan. Anak semua bangsa - kita wajib merayakan meritokrasi.




DUA BERITA – SATU MESTI KELENTONG !!!


KERAJAAN YAKIN MALAYSIA TAK ALAMI KEMELESETAN
– berita hairan

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Nenteri, Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan yakin bahawa Malaysia tidak akan mengalami kemelesatan ekonomi teknikal pada tahun depan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata penambahan RM7 bilion yang diumumkan semalam mencukupi untuk Malaysia mencapai pertumbuhan 3.5 peratus dan pada masa yang sama mengekalkan defisit fiskal pada tahap 4.8 peratus.

“Penambahan RM7 bilion amat sesuai sebab kita tidak mahu defisit kerajaan terlalu tinggi, walau pun kita ada kemampuan untuk tambah peruntukan,” katanya kepada pemberita selepas wawancara khas “Rancangan Khas Pelan Penstabilan Ekonomi” bersama RTM di sini.

PERTUMBUHAN EKONOMI 2009 DIJANGKA LEMBAB - melayau

KUALA LUMPUR 5 Nov. - Malaysian Rating Corporation Bhd. (Marc), agensi penarafan tempatan, hari ini meramalkan pertumbuhan ekonomi negara akan tergugat tahun depan berikutan kelemahan pelaburan swasta akibat kebimbangan yang timbul di kalangan para pelabur.

Marc, sehubungan itu juga mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), pengukur pertumbuhan ekonomi sebanyak 3.5 peratus, tahun depan berbanding 5.4 peratus tahun ini.

Ketua Pakar Ekonomi Marc, Nor Zahidi Alias berkata, biarpun penggantungan langsung terhadap Amerika Syarikat (AS) sebagai destinasi eksport utama menurun sejak beberapa tahun lalu tetapi pendedahan menyeluruh secara tidak langsung termasuk eksport masih meningkat.

Nor Zahidi berkata demikian pada Forum Ketua Pegawai Eksekutif tentang cabaran ekonomi sejagat di sini.


kah kah kah…. berita fitnah ?.... kah kah kah ….berita saheh?..... kah kah kah…. mana yang betul…. kah kah kah…

mat mongol yang tak pun lulus belajar ekonomi kata TAK ADA KEMELESETAN EKONOMI…. kah kah kah… boleh percaya ke?.... kah kah kah

mat mongol kata dia tak kenal altantuya…. kah kah kah…. boleh caya ke?.... kah kah kah….

mat mongol kata dia tak ada jumpa saiful…. kah kah kah…. boleh caya ke?.... kah kah kah….
mat mongol kata dia ada jumpa saiful…. kah kah kah…. boleh caya ke?...kah kah kah

mat mongol kata saiful minta biasiswa…. kah kah kah…. boleh caya ke? … kah kah kah kah….



PEMBANGKANG LARI DARIPADA TANGGUNGJAWAB - PM - melayau


KUALA LUMPUR 5 Nov. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan tindakan Ahli Parlimen pembangkang keluar Dewan semalam ketika Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak menggulung perbahasan Bajet 2009 sebagai lari daripada tanggungjawab kepada rakyat.

Perdana Menteri berkata, perbahasan Bajet 2009 adalah perkara besar yang perlu diberi perhatian oleh setiap ahli Parlimen dan mereka tidak harus mengambil tindakan yang merugikan masa Dewan.


kah kah kah….. laaaa…. mat ngantuk ni ada lagi…. kah kah kah….dah bangun tidor mat ngantuk ni…. kah kah kah…. mana dia tidor selama ini…. kah kah kah….

ada lagi ke orang nak dengar cakap mat ngantuk ni …. kah kah kah…

mat ngantuk ni ada ke di parlimen…. kah kah kah…. mat ngantuk ni patut di nobatkan sebagai BAPA KETIDURAN….. kah kah kah



NASIHAT DR.MAHATIR KEPADA OBAMA - melayau


KUALA LUMPUR 5 Nov. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Barack Obama akan dapat berperanan sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baik sekiranya beliau memahami negara lain.

Katanya, Presiden AS sekarang, George W. Bush dilihat tidak mengetahui apa-apa mengenai negara lain manakala kebanyakan Presiden terdahulu juga tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi mengenai negara-negara Timur.


kah kah kah…. madey nasihat?.... kah kah kah….Obama nak tanya…. munkee ni dari mana?..... munkee ni jenis apa ? kah kah kah.... munkee ni jual apa ?.... kah kah kah…. munke ni jual cendol kat mana?..... kah kah kah….

carilaaa duit kalau nak jumpa obama….. kah kah kah…. .dulu jumpa bush kena bayar 5 juta dolar…. kah kah kah…. sekarang jarjis jarjis lah sikit dalam poket…kah kah kah…. nasib-nasib baik terjarjis duit boleh bayar jumpa obama…. kah kah kah