.

Khamis, 2 Julai 2015

MELAYU TIPU MELAYU





MELAYU 

KENA TiPU


rafizi ramli

SUNGAI BESI - Maklumat yang diperoleh berkenaan urus niaga dan hasil jual beli hartanah oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) diperoleh dari hasil kerjasama pihak...


Mustahil terlepas pandang terlebih bayar RM63j!

SUNGAI BESI - "Tidak ada istilah terlebih bayar dalam isu pembelian hartanah di Australia oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara), orang gila sahaja terlebih bayar sampai RM63 juta! Ini semua penyelewengan!," dakwa Pengarah Eksekutif Pusat Pemantauan dan Pendedah Maklumat Nasional (NOW), Rafizi Ramli.


Menurut Rafizi, beliau sengaja menggunakan perkataan 'penyelewengan' kerana tidak akan ada mana-mana pihak yang sengaja terlepas pandang dana berjumlah RM63 juta.

"Kalau mereka (Mara) kata mereka terlebih bayar RM5 dalam pembelian hartanah di Australia, itu tak apalah.. Saya pun tidak kisah. Tetapi ini melibatkan dana sehingga RM63 juta!

"Ini dikira penyelewengan. Mana ada manusia dalam dunia ni boleh terlepas pandang RM63 juta?," sindir Rafizi pada sidang media hari ini



KAH KAH KAH
woit 
dalam mara ini 
ada china tak?
ada india tak?
jual beli tipu helah ini
mesti kerja  china
ini mesti kerja  india
melayu tak buat kerja macam ini
melayu suci
najib kata melayu
selalu makan daun salat

LAT LAT LAT



--------------

MAT ZOMBI SEMAKIN TEROK









Tak masuk syurga kalau solat tapi memfitnah, kata Najib


Umat Islam tidak akan terjamin masuk syurga jika hanya menunaikan solat tetapi pada masa sama masih bersikap adu domba, kuat memfitnah dan menghancurkan perpaduan, kata  Najib Razak hari ini.

Perdana menteri memetik hadis mengenai amalan yang mendekatkan umat Islam dengan syurga, iaitu menjaga akidah, mendirikan solat, menunaikan zakat dan menjaga silaturrahim.

KAH KAH KAH
woit 

bila najib buka cerita syurga
bila najib buka cerita neraka
satu dunia jadi risau
semua tunggu  biula najib 
buka cerita bidadari
kah kah kah

DAUN SALAT

-------------

MINGGU KE DUA






MiNGGU

 Ke DUA


hari ini gwa relax
malam ada buat bengkel
bengkel lawak berdiri
nak buat program 
gwa tulis komidi sekarang
kah kah kah


hari gwa relax
tak sarat puasa
biasa aje - terasa badan ringan
tak berat ke hulu ke hilir

hari ini gwa relax
dah mula pakai kasut baru
kena pakai sekarang
kalau tidak kasut baru mengiggit
lohe kan dulu 
kah kah kah


hari ini gwa  relax
petai minyak ziton 
sudah sedia

malam ni gwa
nak berbuka petai


SeLAMAT


BERBuKA


----------

LIHATLAH






-------

LAWAK PAGI






LAWAK PAG




KAH KAH KAH
ya ampoon ya maulana
bangsa johor ini macam mana?
telinga tiga ke?
punai bangsa johor bercabang ke?
yang ampoon
jangan marah
gwa saje nak tahu
gwa tak pernah dengar
pun tak pernah jumpa dalam zoo

ZOO MANA





-----------

MARI KITA BELAJAR







Belajar dari 

negara makan 

babi


CARA SINGAPURA 
Peniaga Cina ramai MCA.Untuk yg ta pernah ka Spore tiada kawalan harga di Spore dan ironi nya harga setanding di Malaysia walau Spore ta menternak ayam.Kalau ada pun ta mencukupi. Begitu juga harga beras.Apa yang mereka lakukan untuk mengawal harga? 

Mudah,NTUC Congress Persatuan Pekerja Spore buka bny supermarket di kawasan perumahan, bernama NTUC Fair price dan NTUC FAIRPRICE jual semua barang keperluan mcm di GIANT,TESCO dan mereka letak harga yg memadai bercampur 4% rebate atau diskaun untuk ahli NTUC.

 Spore mengawal harga melalui penjualan NTUC yg mereka kawal harga.Hypermart lain na jual berapa pun ta ada sesiapa larang. Logic nya Hypermarket lain terpaksa bersaing dgn harga NTUC FAIRPRICE. Ta perlu tubuhkan kementerian kawal harga yg di jual oleh kroni mereka. Wayang saja dan increase gov expenditure.So that is why Spore is progressive.Smart thinker and not because of its small size on BERITA JAHAT BARU MASUK
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 7/1/15





----------------

BREAKING NEWS - PECAH BERITA










KUMPULAN

SATU EMPAT 

ENAM




RAKYAT PERLUKAN KERAJAAN ALTERNATIF


Pilihanraya Umum ke 13 yang lalu merupakan indikasi jelas harapan rakyat yang mahu melihat Malaysia ditadbir oleh sebuah Kerajaan yang lebih baik sekaligus menamatkan era pemerintahan fasis Barisan Nasional. Hal ini juga terbukti secara faktual apabila graf pencapaian Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum semakin merudum dari tahun ke tahun biarpun pelbagai langkah popular dilakukan untuk meraih semula kepercayaan pengundi.

Namun polemik demi polemik yang melanda Pakatan Rakyat telah membunuh harapan rakyat yang ingin melihat sebuah Kerajaan yang lebih baik. Anak muda berasa mual melihat parti-parti yang kononnya berpakat, tetapi gagal mengurus egosentrik lantas memberi talian hayat kepada Kerajaan minoriti Barisan Nasional.

 Melihat kepada isu ekonomi yang terus mencekik kehidupan rakyat, krisis kepimpinan Negara yang dihimpit skandal dan korupsi, serta kesenjangan sosial yang masih tidak bebas daripada politik perkauman, maka anak muda hari ini melihat perlunya sebuah gabungan inklusif yang akan memimpin perjuangan menegakkan cita-cita rakyat. Oleh itu anak muda ingin mengusulkan perkara berikut untuk segera dilaksanakan oleh parti-parti pembangkang.

1. Gabungan Baru : Demi Rakyat.

Mempercayai bahawa harapan rakyat untuk melihat perubahan itu masih menyala, maka Anak Muda mendesak agar parti pembangkang segera membentuk gabungan yang baru demi meneruskan cita-cita rakyat. Parti-parti pembangkang perlu konsisten dalam menjadikan harapan rakyat sebagai fundamental kerjasama, seterusnya memangkas perbezaan dan memberi tumpuan untuk merealisasikan perubahan. Gabungan yang baru ini perlulah lebih kemas dengan dipandu terma-terma rujukan yang lebih jelas.

2. Prinsip Kerjasama Lebih Tegas.

Melihat kepada kepincangan jalinan kerjasama yang terbentuk dalam Pakatan Rakyat sebelum ini, anak muda ingin mencadangkan supaya prinsip berikut mesti dimasukkan sebagai teras penting kepada pembentukkan gabungan yang baru:
         i.            Gabungan mestilah berkerja berteraskan polisi bersama yang disepakati. Polisi tersebut mestilah menjulang cita-cita rakyat sebagai asas kerjasama. Setiap Parti yang menyertai gabungan perlu bersedia untuk meletakkan polisi bersama ini sebagai prioriti yang perlu diutamakan.
       ii.            Setiap parti perlu bersedia untuk meletakkan kepentingan parti sebagai perkara kedua sekiranya bertembung diantara kepentingan parti dan kepentingan gabungan. Hal ini bagi memastikan tidak wujud lagi tindakan-tindakan esoterik parti tertentu yang boleh menggugat kestabilan gabungan.
      iii.            Menjadi obligasi setiap parti untuk memastikan gabungan terus kuat dan utuh. Setiap keputusan yang dibuat diperingkat gabungan perlulah melalui proses konsolidasi bagi mencapai persepakatan bersama.

3. Gabungan Inklusif.

Anak muda juga melihat gabungan baru yang bakal dibentuk ini perlu melibatkan sebanyak mungkin pihak berkepentingan dalam proses membuat keputusan. Tatanan pemikiran lama yang mengatakan pemimpin tahu segalanya sudah terlalu tua untuk diamalkan dalam politik kontemporari. Hal ini juga bagi menyahut saranan banyak pihak yang menyifatkan gabungan pembangkang akan lebih kuat dengan sokongan dan kerjasama NGO. Oleh itu, anak muda mencadangkan supaya diadakan sesi pertemuan diantara parti-parti pembangkang dan juga anak muda  dalam masa 14 hari dari sekarang. Anak muda percaya adalah menjadi keperluan mendesak untuk gabungan baru ini ditubuhkan segera.


Sekian. 

Demi Malaysia
Kenyataan media ini dibuat secara bersama oleh 146 anak muda.






--------------

SATU JEMPUTAN JANJI BAKRI





JEMPUTAN

JANJi BAKRi

BATU PAHAT













--------------

ADA BANTUAN JIN






 JANJi BAKRi




KOMENTAR
kelatan tidak akan tumbang 
kelantan akan terus di bawah PAS

kenapa:

adalah bijak dari segi strateji gerombolan
untuk membiarkan PAS terus berkuasa
kerana pada ketika ini 
paranan  pas telah beralih
pas bukan lagi mahu berjuang
menjatuhkan kerajaan gerombolan yang zalim

peranan pas ketika ini adalah bikin kacau 
pas kacau DAP
pas kacau PKR

dengan adanya  kelantan dibawah pas
parti ini masih boleh ke hulu ke hilir jual agama
jika pas hilang kelantan
maka pas akan bugkus
ini akan merugikan
united malays national organisation

NOTA
disini akan muncul
parti JANJI BAKRI


Pasca muktamar, Mahfuz risau Kelantan tumbang

Abdul Rahim Sabri | 8:15AM Jul 2
Jika kepimpinan parti gagal raih semula sokongan rakyat selepas muktamar.

Ahli Parlimen Pokok Sena  Mahfuz Omar bimbang kerajaan PAS Kelantan tumbang jika kepimpinan parti gagal meraih semula sokongan rakyat selepas berlangsungnya muktamar bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata PAS perlu mengambil tindakan drastik untuk memperbaiki "kerosakan dan imej PAS yang tercalar" dengan melihat secara menyeluruh kesan pemilihan parti - yang menyaksikan tersingkirnya pemimpin progresif - kepada masyarakat dan anak muda.

KAH KAH KAH
woit
tidak tumbang
kelantan tidak akan tumbang
mustahil kelantan tumbang
kelatan ada superpower
kelantan akan dapat bantuan jin
berbotol botol jin sampai
kah kah kah

JINAKOLOJIS
------------

KES DI BANGKOK AKAN MELEDAK





KOMENTAR
xavier justo ditangkap di siam
atas tuduhan peras ugut
justo ialah bekas pengarah syarikat petrosaudi
bukan pegawai IT

sebagai bekas pengarah syarikat
warga swiss ini memiliki 
puluhan ribu dokumen syarikat petrosaudi

dokumen ini membuktikan:
jual beli yang melanggar undang undang
jual beli penuh tipu helah
jual beli putar alam
jual beli rembat duit

salah satu dari jual beli ini
ialah tipu helah jual beli 1MDB

tidak ada disebutkan e-mail ditambah suai
tidak ada disebutkan diubah alih

NOTA
menarik bila xavier dibicarakan
kerana dia kerana britain
kerana swiszerland
akan terlibat sama

kita tunggu dan lihat
jika justi bocorkan lagi
maklumat tentang 1MDB dimahkamah
maka percayalah kes ini
todak akan ada lipuan di media malaysia

kes ini akan senyap
macam puluhan kes 
yang kita tak tahu hujung pangkal


Kes Justo legakan Umno tapi tak pulih imej 1MDB

SHAH ALAM -  Tokoh Wartawan Negara, A. Kadir Jasin membidas segelintir elit Umno yang beranggapan tangkapan bekas pengarah PetroSaudi International, Xavier Andre Justo oleh polis Thailand membersihkan maklumat buruk mengenai 1MDB.
 
"Walaupun tangkapan Justo oleh polis Thailand mungkin memberi kelegaan kepada Umno elit, ia tidak akan memulihkan keyakinan kepada ekonomi kita," katanya. 
 
Dalam pada itu, Kadir juga berkata, Malaysia berkemungkinan akan menjadi negara yang paling terjejas teruk di kalangan negara-negara Asia dengan kebankrapan negara Greece.


KAH KAH KAH
woit
mamat tu ditangkap
kes peras ugut
dia peras ugut tok arab
dia ada bukti kes rembat duit
mamat ni tahu macam mana
1MDB rembat duit
malaysia tak sangkut paut
dengan kes peras ugut
mamat ni jadi penting kerana
mamat ini ada bahan bukti
mamat ini ada dokumen
menunjukkan china tembam 
bersama pahlawan bugis
telah berjaya rembat duit 1MDB

JANGAN PUTAR


-----------------

AWAS GUNUNG MELETUP





KOMENTAR
dalam gambar bogel ini
ada jalur temberang
apakah ini percubaan
untuk mengolah persetujuan?
unmenyediakan satu lagi
hukum larangan?

Lelaki bergambar bogel di Gunung Irau

 | July 1, 2015
Lelaki terbabit mengambil gambar bogel dengan berlatar belakangkan Jalur Gemilang dan sebuah papan tanda

PETALING JAYA: Gambar seorang lelaki yang tidak diketahui identitinya berbogel di atas Gunung Irau, Cameron Highlands tersebar di internet dan laman sosial.
Dalam beberapa keping gambar yang dikongsi, ia menunjukkan sudut yang sama di mana berlatar belakangkan Jalur Gemilang serta sebuah papan tanda yang bertulis Brinchang 2.35 km

KAH KAH KAH
woit
kita dalam bahaya
akan berlaku gempa bumi
akan berlaku malapetaka
kerana ada orang berbogel
bogel kencing berdiri
kah kah kah

YA AMPOON


-------------

YA AMPOOON YA MAULANA






Nazri gembira TMJ rasa dia tak kacak

Menteri Pelancongan dan Kebudayan,  Nazri Abdul Aziz gembira kerana Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim merasakan beliau bukan seorang yang kacak.

"Pertama sekali saya gembira beliau berkata demikian, Jika tidak, saya terpaksa mempersoalkan seksualitinya.



KAH KAH KAH
woit
ni cukup hebat
gaduh berterusan
ya ampooon 
ya maulana
siapa yang kacak
siapa yang jambu
siapa muka bajak
siapa muka menggerutu
kah kah kah

SIAPA NYAH

---------------