.

Ahad, 5 April 2015

SIAPA UPAH SIRUL DAN AZILAH




 SIPA UPAH 
SIRUL & AZILAH 
BUNUH ALTANTUYA

KOMENTAR
maka tidak dapat tidak
pdrm wajib menyiasat
kenyataan mahathir

pdrm tidak boleh buat dek
pdrm tidak boleh buat donno
pdrm tidak boleh buat najib
pdrm tiadk boleh buat hasan malek

pdrm wajib wajib lakukan sesuatu


PAS mahu polis siasat Dr M selepas kenyataan pembunuhan Altantuya 

Pemuda PAS hari ini mendesak polis segera menyiasat  Mahathir Mohamad ‎berhubung persoalan ditimbulkan bekas perdana menteri itu kepada  Najib Razak mengenai pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shariibuu.
Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat dan Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Raja Ahmad Iskandar Al Hiss yang membuat laporan polis hari ini berkata, pihak berkuasa perlu mengambil serius dakwaan tersebut memandangkan orang yang membangkitkan persoalan tersebut pernah menyandang jawatan perdana menteri.
"Kami memohon pihak polis membuat siasatan di atas laporan dan kenyataan tersebut kerana ia adalah bersifat eksklusif daripada mantan perdana menteri Malaysia yang boleh mengundang spekulasi kepada negara," katanya kepada pemberita di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemuda-pas-mahu-polis-siasat-dr-m-selepas-kenyataan-pembunuhan-altantuya#sthash.f46RTp5E.dpuf

KAH KAH KAH

woit
mana ngo melayu
mana pukipm
mana ngo islam
mana pukisa
mana jaringan melayu
semua senyap
najib diserang
ini pemimpin melayu
maknanya melayu diserang
maknanya raja dihina
kah kah kah
APA PUNYA KONTOL
------------

SATU JUTA SATU MEI






1 JUTA 1 MEI

Hasan Malek
KOTA BHARU -  Hasan Malek hari ini memberi amaran kepada peniaga-peniaga bahawa mereka akan dikenakan tindakan tegas...


KAH KAH KAH

woit
tak lama lagi 
beberapa ekor peruncit
akan ditangkap
media akan heboh
ini cara gerombolan
mengolah persetujuan
agar rakyat tak marah
bukan hal barang naik
tapi alih pandangan
tak caya - tunggu
APA PUNYA TUUR



---------------

MEDIA GEROMBOLAN GAGAL




KOMENTAR
media milik ketuanan melayu
tak ada siapa percaya
media arus perdana 
tak ada siapa percaya

tak percaya?

tunngu dan lihat
kesa helikopter meletup ini
pasti akan banyak
kesah kesah labon dalam net
hinggakan akan muncul
larangan dan amaran

TUNGGU
sabar dan tunggu



Jasa 'serang' guna media sosial


KUALA LUMPUR 3 April – Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) akan mengambil pendekatan ‘serang’ menggunakan media sosial bagi menangkis pelbagai tohmahan khususnya yang dilemparkan oleh pembangkang dalam usaha mereka untuk memburukkan kerajaan.


KAH KAH KAH

woit
kuk krak kuk krak
duk dak  duk dak
kah kah kah
apa jadi dengan RTM
apa jadi dengan TV3
apa jadi dengan utusan
apa jadi dengan the star
apa jadi dengan radio
kah kah kah
ngapa nak pakai blog
ngapa nak pakai twiter
ngapa nak pakai youtube
apa sudah jadi 
dengan RTM
kah kah kah
MEDIA RESMI
 TAK SAPA PERCAYA




----------------

SATU JUTA SATU MEI









Himpunan 1 Mei, Kita Lawan sasar 

1 juta orang

Seketariat Kita Lawan akan mengadakan himpunan pada 1 Mei depan bagi menuntut kerajaan memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Menurut seketariatnya Akmal Nasir, perhimpunan di Kuala Lumpur itu mensasarkan seramai satu juta orang untuk menghadirinya.

Beliau yang juga pengarah strategi Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa ini kerana GST yang bermula minggu lalu merupakan satu cukai yang zalim.


--------------

HASUT DAN LAWAN




TURUN 


LAWAN
anak muda
sila turun & lawan



----------

LIDAH PENGARANG







LIDAH PENGARANG

mahathir muhamad telah lama 
menyerang najib razak
agenda mahathir amat jelas
mahu selamatkan  parti ketuanan melayu

dalam perhitungan mahathir
united malays national organisation
akan runtuh jika najib terus memimpin

mengikut mahathir
 parti ketuanan melayu
sedang memikul biawak hidup
najib dan rosmah
dua ekor biawak
yang sedang dipikul 

umum dan dunia mengetahui
bahawa najib dikatakan terlibat
dalam kes bunuh altantuya


dalam dunia ini TIDAK ramai
pemimpin negara yang terlibat
dalam kes  bunuh
kali akhir tahun 1977
presiden pakistan zulfikar ali bhuto 
dituduh terlibat dalam kes bunuh
oleh general zia ul haq
zulfikar mati digantung 1979

dari laporan mahkamah
dari akuan bersumpah PI BALA
jelas menunjukkan bahawa NAJIB RAZAK
ada hubungan dengan altantuya

malah dalam parlimen
mendiang karpal singh
pernah bertanya anak siapakah
dalam kandungan altantuya?
kerana mayat altantuya diletupkan
agar TIDAK ditemui janin sang bayi

yb govind singh dalam parlimen
pernah memanggil najib 'pembunuh'
dan dia telah digantung 
dari parlimen selama 12 bulan

pemimpin parti ketuanan melayu
terlibat dalam rasuah
adalah pekara biasa

satu kes bunuh
telah berlaku  di GEMENCHEH
negeri sembilan
pada tahun 1982 
menteri belia dan sukan mokhtar hashim
telah dijatuhkan hukum gantung
kemudian di amponkan
dia telah menjalani hukuman
penjara seumur hidup

keterlibatan najib dengan altantuya ini
sedang
membawa mudarat kepada negara
kemungkinan rejim singapura
dan 
kuasa luara menggunakan 
kes altantuya sebagai peras ugut
tidak dapat dinafikan

justeru
 pandangan mahathir ini tepat
bukan sahaja parti ketuanan melayu
dalam bahaya
malah satu malaysia dalam bahaya



-----------

KESAH MENJADI HEBAT






Mahathir  sedia jumpa ibu Sirul

 | April 4, 2015
Hasrat Piah Ahmad untuk berjumpa disambut baik Tun.





PETALING JAYA: Mahathir Mohamad sedia bertemu ibu Sirul Azhar Umar, yang didapati bersalah atas pertuduhan membunuh model, Altantuya Shaariibuu.
Reaksi itu diberikan selepas ibunya, Piah Ahmad atau lebih dikenali Mak Long Piah, 71, yang menyatakan hajat untuk berjumpa bekas Perdana Menteri bagi mendapat pembelaan anaknya, yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.


JENG JENG

JENG

kah kah kah
woit
kesah ini makin menarik
ada model kena bunuh
ada piem terlibat
tetiba heli meletup
kah kah kah

MALAYSIA BOLEH



----------------

SENYUM PAGI AHAD







KAH KAH KAH


ketawalah
sebelum ketawa dikenakan
GST
kah kah kah

------------

#KITALAWAN KITA LAWAN KITA LAWAN





HIMPUNAN 1 MEI 1 JUTA RAKYAT - ANAK MUDA TERUSKAN AKSI #KITALAWAN
Kekuatan gabungan #KitaLawan terletak pada sokongan kumpulan-kumpulan anak muda yang terdiri daripada masyarakat sivil, parti politik, NGO, profesional dan mahasiswa serta kebolehan dan keberanian anak muda ini merencanakan isu-isu rakyat dengan mengangkat permasalahan tersebut untuk dibincangkan secara terbuka.    
Kami faham hak berhimpun secara aman adalah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Walaupun anak muda berdepan dengan pelbagai tekanan dan tangkapan, anak muda telah buktikan kekuatan melawan kezaliman ini dengan berhimpun secara konsisten selama 7 minggu berturut-turut (sejak 14 Febuari 2015 sehingga 28 Mac 2015) dengan tumpuan khusus kepada #BebasAnwar serta #UndurNajib dan juga 7 hari 7 malam duduk bantah #PecatIGP di Dataran Merdeka.  

Kini, sekretariat #KitaLawan akan menumpukan segala kekuatan dan bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan seramai 1 juta orang rakyat Malaysia akan turun ke Kuala Lumpur pada Himpunan 1 Mei 2015.

TUNTUTAN #KITALAWAN UNTUK HIMPUNAN 1 MEI 2015

Pandangan anak muda terhadap cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah cukai tersebut zalim. Bagi yang kaya, cukai ini hanya cukai ganti kepada cukai perkhidmatan yang kini kadarnya telah dikurangkan bagi mereka yang berpendapatan tinggi. Manakala bagi rakyat biasa, cukai ini membebankan mereka yang sebelum ini langsung tidak mampu membayar cukai pendapatan.
  
Kedua, Najib Razak telah menipu rakyat kononnya GST akan menurunkan harga barang. Tetapi, sejak pelaksanaan GST, setiap ketika rakyat berdepan dengan kenaikan harga barang. Ternyata Najib Razak tidak lagi relevan dan sekiranya beliau mempunyai maruah, beliau seharusnya meletakkan jawatan Perdana Menteri dengan segera.

Ketiga, terdapat banyak kekeliruan dan ketidak sediaan peniaga mahupun pengguna terhadap pelaksanaan GST ini. Lebih malang lagi, rakyat kebanyakan dijadikan mangsa dengan kenaikan harga barang yang melampau sedangkan Menteri nampak tercungap-cungap untuk memperbetulkan keadaan.

Maka, anak muda #KitaLawan akan turun ke Kuala Lumpur pada Himpunan 1 Mei 2015 dengan satu tuntutan yang mudah dan jelas – Batalkan pelaksanaan GST dengan serta-merta.

DEKLARASI TAPAK – DATARAN KITA LAWAN
Aksi duduk bantah #PecatIGP telah melenyapkan mitos bahawa Ketua Polis Negara tidak boleh dikritik dan dipersoalkan secara terbuka. Ini seharusnya mengingatkan peranan polis melindungi keselamatan rakyat dan rakyat bebas untuk berhimpun secara aman.

Maka, anak muda akan menggazetkan/mengumumkan tapak duduk bantah tersebut sebagai Dataran #KitaLawan. Malam deklarasi akan diadakan pada hari Rabu 8 April 2015 jam 9.00 malam. Malam tersebut juga akan dikenali sebagai malam Setia Kawan bagi memperingati OKZ13 dan tahanan politik yang lain-lain.  

HIMPUNAN KITA LAWAN #BATALGST DI SELURUH NEGARA

Anak muda menyeru kepada semua untuk mengambil inisiatif untuk mewarwarkan dan mengajak semua untuk turun ke Kuala Lumpur pada 1 Mei 2015. Bagi pihak sekretariat, kami mahu memupuk semangat melawan GST ke seluruh negara dan kami akan adakan Himpunan #KitaLawan #BatalGST pada setiap Sabtu di bandar-bandar seluruh negara menjelang 1 Mei 2015.

Maka, pada Sabtu hadapan, bandar Johor Bahru telah dipilih sebagai tuan rumah untuk anak muda dan rakyat di Selatan tanahair untuk berhimpun seperti berikut:

HIMPUNAN #KITALAWAN 
#BATALGST DI JOHOR
Tarikh: 11 April 2015
Masa: 4.00 petang
Lokasi : City Square, Johor Bahru

Lagi ditekan, lagi #KitaLawan !
4 APRIL 2015
SEKRETARIAT KITA LAWAN





----------------

AL-FATIHAH





AL-FATIHAH


Ayah kepada Anwar Ibrahim meninggal dunia

 Ayah kepada Anwar Ibrahim, Ibrahim Abd Rahman meninggal dunia pada pukul 1.45 pagi tadi. Menurut makluman di akaun Facebook isteri Anwar,  Dr Wan Azizah Wan Ismail, jenazah Ibrahim dibawa pulang ke rumahnya di Kajang. li…




---------------

ANAK MUDA BANGUN MELAWAN





FACE BOOK




Dengan kawan-kawan dari Kuanntan lepas flashmob Bantah GST di simpang empat Tanjung Lumpur. Terbaik korang #KitaLawan #BantahGST#Mayday1515 #bangsart

KUANTAN 
PETANG KELMARIN
 SOGO



-----------------

MELETUP TERHEMPAS





AL- FATIHAH
enam  terbunuh
helikopter meletup terhempas


Roslan Harun, 54, seorang pengawal keselamatan yang bertugas menjaga stor berhampiran tempat kejadian, berkata kejadian itu berlaku ketika hujan lebat.
"Meletup terus, berkecai di udara, tak jauh dari tanah, kipas dan ekor helikopter terpelanting ke merata tempat," katanya kepada Bernama ketika ditemui di tempat kejadian.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jamaluddin-jarjis-5-lagi-terbunuh-dalam-nahas-helikopter#sthash.WbeW2Cnr.dpuf




-------------------