Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Selasa, 1 September 2009

SELAMAT BERBUKA PUASA



BERTANYA LAH KAMU

tidak kah kamu membaca kitab kitab lama
tidak kah kamu mendengar surah turun temurun
tidak kah kamu tentang urs - babel dan petra
tidak kah kamu tahu macchu picu - harappa – midian dan dedan
tidak kah kamu tahu semuanya runtuh
tidak kah kamu ingin bertanya – kenapa kota runtuh
tidak kah ada sadikit niat dihati kamu untuk berhenti sedetik
tidak kah ada rasa hati untuk tahu kemana kota kota ini hilang

biar aku surahkan tentang keangkuhan manusia ini
biar aku surahkan berapa bukit emas mereka kumpulkan
biar aku surahkan berapa istana mereka dirikan
bira aku surahkan berapa juta hutan mereka robekkan

kau lihatlah kota kota itu runtuh
kau lihatlah wadi wadi itu kering
kau lihatlah tulang tulang berserakan
kau lihatlah rumput rumput hangus
kau lihatlah yang tinggal hanya debu

cubalah kau bertanya berapa buah rumah yang di perlukan
cubalah kau bertanya berapa kereta yang kau perlukan
cubalah kau bertanya berapa gantang emas kau diidamkan
cubalah kau bertanya bukan pada aku tapi pada dirimu sendiri

kerana aku hanyalah si pembawa surah

tidak kah kau tahu bumi ini semakin panas
tidak kah kau tahu bahangnya memangkin api
tidak kah kau tahu udara makin terbakar
tidak kah kau tahu salju semakin cair
tidak kah kau tahu air sungai semakin kering

apakah kau masih gila mengumpul benda
apakah kau masih gila memotong hutan
apakah kau masih gila membuat loji
apakah kau masih gila berebut harta
apakah kau masih gila mencari kuasa

aku hanya pembawa surah
seperti surah surah yang terdahulu dari surah aku
aku hanya mengulangi apa yang aku tahu

tidak kah kau terdengar surah tentang noah
tidak kah kau terdengar surah dari bharat
tidak kah kau pernah mendengar surah gilgamesh

jika kau masih angkuh
jika kau masih ingin degil
jika kau masih berahi dengan harta dan kuasa
kita akan tengelam bersama-sama

aku hanya ingin menyampaikan surah terakhir
surah untuk ingatan kita bersama

ayer ayer batu di khutub utara telah cedera
ayer ayer batu ini sedang cair menangis
ayer ayer ini cair menangisi keangkuhan manusia



BERITA GUMBIRA UNTUK SATU MALAYSIA



MCA MAKIN TENAT


Ong, Dr Chua rancang adakan dua EGM berasingan.

Krisis MCA dijangka bertambah meruncing apabila dua mesyuarat agung luar biasa (EGM) mungkin diadakan susulan pemecatan Timbalan Presidennya, Dr Chua Soi Lek daripada parti, minggu lalu.

Ini berikutan keputusan Presiden MCA, i Ong Tee Keat, untuk memanggil EGM ketika penyokong Dr Chua turut merancang mengadakan mesyuarat berkenaan dalam usaha membatalkan pemecatan Timbalan Presiden itu.

Nota:

selama 52 tahun parti koumintang ini telah menjarah
negara ini. habis harta benda di rembat oleh parti
koumintang ini.

perak – bogel – habis lingkup bijih –
hutan seluruh negara lingkup
serawak – sabah – habis hutan di baham

ini ah dia parti baba yang selama ini
merasuah parti ali dan parti lebai ali

meraka dikatakan rajin bekerja ?

poorah !!!

– harta kekayaan mereka adalah lebihan tenaga dan masa
kaum nelayan, penoreh getah, kaum buruh dan pesawah.

kecekapan mereka hanya menjadi cukong.

p/s tak tahu koumintang tahu cukong jangan jadi warga negara ini
pergi pindah ke qatar




MERDEKA MEMBEBAS DIRI




SANG SAKA BERKIBAR




Perutusan Kemerdekaan: Semangat Kemerdekaan Menyanggah Perhambaan dan Membina Keyakinan Baru

Apabila mendekati tarikh 31hb Ogos, ingatan kita akan mengimbas kembali rentetan peristiwa dan perjuangan rakyat yang berkemuncak dengan Kemerdekaan. Tarikh tersebut terungkap sebagai tarikh keramat ,menjanjikan kebebasan daripada cengkaman penjajah dan menyelamatkan martabat hidup rakyat.

Persoalan yang menerjah kita semua ialah; bagaimana kita menghayati makna tarikh tersebut hari ini. Pergulatan ini menjadi penentu kepada persoalan makna diri kita sebagai rakyat Malaysia.Tekad baru untuk memahami makna diri Malaysia sebagai bangsa merdeka juga menuntut kita untuk memahami bagaimana kita menjadi tidak merdeka; bagaimana kita hilang kemerdekaan sebelum kita memperolehinya kembali.

Lebih dua ribu tahun yang lalu, Brutus bertanya warga Kota Rom “siapakah yang begitu hina sehingga mahu hidup sebagai hamba ?” Ceasar mahu memiliki kuasa yang tidak terbatas. Nafsunya sebegitu besar dan mahu memastikan Rom dalam genggamannya.

Pertentangan antara Brutus dengan Ceaser adalah pertentangan antara kebebasan menentang nafsu kekuasan tidak terbatas. Sejak negara kita merdeka kita masih bergelut dengan pertentangan ini. Kebebasan – kebebasan bersuara, kebebasan media, kebebasan institusi kehakiman sentiasa mahu disekat oleh penguasa. Oleh itu kita menginsafi hanya bangsa yang pernah melalui gelita penjajahan akan mengerti makna cahaya kemerdekaan. Bagitu juga, hanya diri yang pernah kebebasannya diragut akan menghargai nilai kebebasan.

Syarahan Perdana Professor Dr. Syed Muhammad Naguib al-Attas yang berjudul Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu juga menghuraikan dengan panjang lebar peranan paksi tauhid sebagai aqidah menambat keyakinan baru yang menolak faham tahyul dan perhambaan, seterusnya menjadi pelantar kepada pemikiran yang berakar dengan tradisi aqliyah dan mencernakan budaya segar dengan bahasa Melayu sebagai pertuturan kepustakaan(lingua franca) rantau ini. Ratusan tahun berlalu yang sewajarnya tambah memperkukuh dan memantapkan semangat dan keyakinan baru tersebut.

Cantik sungguh puteri Palembang,
Sayang bersunting bunga pudak;
Betapa keras dilambung gelombang,
Kucacak tiang, kulayar jua.

Manakala melangkaui separuh abad kemerdekaan, kita rakyat Malaysia sewajarnya mempunyai kesedaran betapa Bahasa Melayu bukan sekadar bahasa pasar, bahasa komunikasi basahan untuk berjual beli. Bahasa Melayu adalah bahasa ilmu, bahasa tamadun dan bahasa untuk mengungkapkan pengalaman kemanusian yang paling mendalam dan luhur. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa intelektual dan kerohanian untuk umat Islam, makanya Bahasa Melayu juga seharusnya menjadi bahasa intelektual dan kerohanian umat Budha, Hindu, Kristian dan lain-lain keyakinan.

Bahasa Melayu yang saya sebutkan di sini bukanlah bahasa milik orang Melayu semata-mata. Bahasa Melayu adalah milik rakyat dan bangsa Malaysia yang berketurunan Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak dan lain-lain. Bahasa Melayu adalah milik semua rakyat Malaysia.

Kemerdekaan mestilah tidak terperangkap dengan bahana dari politik sempit dan kelam sesebuah parti politik tertentu. Kemerdekaan perlu di lihat dari perspektif rakyat keseluruhannya; perjuangan pelbagai kaum, menggunakan pelbagai wadah, dan melibatkan pelbagai aliran pemikiran. Sejarah ternyata mengajar kita bahawa Perjuangan Menuntut Kemerdekaan menerbitkan kesatuan semangat untuk menentang penjajah dan imperialisme Barat ketika itu.

Generasi terdahulu yang sama-sama berjuang untuk kemerdekaan, dan mereka yang menempuh zaman mudanya di masa awal kemerdekaan menjadi saksi kepada kepelbagaian aliran dan wadah perjuangan rakyat. Tetapi penulisan sejarah kemerdekaan yang disampaikan kepada generasi hari ini masih belum berlaku adil kerana fakta yang bercampur propaganda. Ini merupakan beban dan tanggungjawab kepada ahli-ahli sejarah kerana tanpa pensejarahan yang adil, kita tidak akan dapat melihat dan menemui makna dan rupa diri bangsa kita yang sebenarnya. Nama pejuang kemerdekaan seperti Dato’ Onn Jaafar, Ustaz Abu Bakar Baqir, Dr Burhanuddin al Helmy, Ahmad Boestamam, Mat Salleh, Panglima Rentap dan Rosli Dhobi tidak sewajarnya digelapkan dari sejarah menuntut kemerdekaan.

Kemerdekaan adalah untuk kebebasan dan keadilan. Inilah yang dijanjikan kepada kita pada 31 Ogos 1957. Sekiranya kita mahu berdegil untuk meneruskan saki baki peninggalan feudal, atau mahu memperkokohkan lembaga-lembaga sistem otoritarianisme, sudah pasti kita menjadi bangsa yang terpinggir. Bangsa Malaysia tidak miskin dengan sumber daya manusianya. Dengan paras pembangunan yang telah dicapai dan kekayaan yang kita miliki Malaysia boleh menjadi negara yang besar. Dan kita perlu yakin bahawa Malaysia boleh menjadi bangsa yang besar. Tetapi kita tidak boleh menjadi bangsa yang besar sekiranya rakyatnya tidak bebas dan merdeka.

ANWAR IBRAHIM




SELAMAT MERDE - KAH



TERIMA LAH HADIAH INI




HADIAH HARI MERDEKA – HARGA MINYAK NAIK LAGI - harakah daily

Rakyat mendapat hadiah istimewa sempena menyambut Hari Kemerdekaan tahun ini apabila harga petrol dipercayai akan mula naik mulai tengah malam ini.

Menurut sumber, Ron 95 akan naik dari RM1.75 ke RM1.80 malam ini manakala F1 akan naik dari RM1,80 ke RM2.05. Bagaimanapun sehingga kini tidak ada sebarang pengumuman rasmi mengenainya.

"Ketika ekonomi rakyat meleset dan bakal berhadapan dengan hari raya Aidil Fitri, inilah hadiah kerajaan BN kepada kita," kata Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS.

KAH KAH KAH…

kah kah kah…. GEROMBOLAN SUDAH BIJAK…. kah kah kah…

kah kah kah….. NAIK KAN HARGA MINYAK WAKTU BULAN PUASA…kah kah kah..

kah kah kah….. JAMIN TAK ADA DEMO…. kah kah kah….

kah kah kah……LEPAS PUASA ADA RAYA SAKAN…. TENTU ORANG RAMAI LUPA….kah kah kah…

kah kah kah…. INI LAH CONTOH TERBAIK CARA NAK MENIPU OARNG RAMAI… kah kah kah..



SATU PERCUBAAN UNTUK KELENTONG




MASIH NAK KELENTONG





TIADA PERUBAHAN HARGA PETROL UTAMA NEGARA: ISMAIL SABRI
- bernama

KUALA LUMPUR 31 Ogos — Tiada perubahan dalam harga petrol utama negara, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, Ismail Sabri Yaakob.

Beliau hari ini melancarkan petrol RON95 bagi menggantikan RON97 sebagai produk petrol utama yang akan dijual mulai esok di stesen minyak di seluruh negara dengan harga RM1.80 seliter iaitu sama dengan harga RON97 sebelum ini.

RON97 pula dinaiktaraf sebagai minyak premium dengan harga RM2.05 seliter, manakala RON92 dihentikan pengeluarannya, kata Ismail Sabri.

“Petrol RON92 akan dikeluarkan daripada pasaran memandangkan penggunaannya adalah begitu kecil iaitu sekitar lima peratus daripada jumlah keseluruhan penjualan petrol di negara ini.

“Sehubungan itu, kerajaan telah mengambil langkah memperkenalkan RON95 bagi memastikan pengguna mendapat faedah langsung daripada produk petroleum yang lebih berkualiti pada harga yang disubsidi,” katanya semasa berucap melancarkan RON95 di seluruh negara di sini hari ini.

KAH KAH KAH…

kah kah kah… INI SATU CARA LAGI NAK MENIPU… kah kah kah…

kah kah kah… BUBUH NAMA MINYAK NI PELIK PELIK… kah kah kah..

kah kah kah… ADA MINYAK RON98.. ADA RON 78… ADA RON8XY… kah kah kah…

kah kah kah…BAGI PEMBELI KELIRU… kah kah kah…

kah kah kah… BAGI PEMBELI PITAM… kah kah kah…

kah kah kah…. BILA PITAM KELIRU….. SENANG KENA TIPU…. kah kah kah…



APA BOLEH JUAL – HUKUM KAPITALIS




WASPADA AMIL PALSU
– berita hairan

JASIN: Kerajaan negeri meminta masyarakat Islam di negeri ini berhati-hati dengan kegiatan amil palsu yang cuba mengutip zakat fitrah di sekitar kampung atau taman perumahan dengan mendakwa atau berlagak sebagai amil bertauliah.

Walaupun belum menerima aduan seumpama itu setakat ini, Majlis Agama Islam Melaka (Maim) menerusi Pusat Zakat Melaka (PZM) bimbang kemungkinan kegiatan terbabit akan dilakukan mereka yang mahu mengaut keuntungan segera.


SURAT MELAUI E-MAIL


Assalamualaykum Wa rahmatullahi Wabarakatuh!

Dear brother

All Praise be to God alone, the Lord of all the worlds, the All-Merciful, the Ever Mercy-giving, the Master of the Day of Judgement. You alone we worship, and you alone we ask for help. Guide us on the Straight Path, the Path of whom you have blessed, not of those who incur you anger, nor of those who go astray. (al-Fatihah 1:1-7).

It is with heart full of love and compassion that I write you this letter and I hope you will take your time to read this carefully and get back to me without any delay in acceptance and endeavor to help me fulfill my noble aim in pursuit ibadah.
First and foremost, let me start by introducing myself to you.

My name is Dr. Ahmed Mohamed and I am originally from Saudi Arabia and live here in England. I am a 60 years old man and have 3 children who are grown up and live with their own families.

My wife is late and at the moment I am battling with lung cancer which gives me no hope of survival following the recent medical reports. I also suffer from atherosclerosis (a disease in which plaque builds up on the inside of the arteries) and I need a plastic surgery for that.

I have also lost my hearing which makes it hard to talk on the phone. I was a real estate developer and Alhamdulillah, a successful one.

Regardless of all the wickedness, crimes and atrocities people are committing in the world today, I am trusting you believing you will carry out my wish with fear of Allah, sincerity and all humility.

My children are not aware of what I am about to do, and if they get knowledge of it, they will go against it but I am doing this because Allah has placed it upon my heart to do it for the benefit of mankind and promotion of the good work of Islam.

I was just making some searches on the internet, came across your contact and decided to write my true heart intentions to you.

If you will not be able to carry out my wish, I shall search for another person, but if you give consent to this and assurance that my wish will be carried out by you, I will proceed with you.

I have been touched by the war crimes caused against my fellow Muslims in Palestine by the Israelis, and I want to make a sincere donation for the people of Palestine.

I was awarded contract in uk two years ago and after the completion of the contract the Ministry of Works and Housing withheld part of my payment which was approved recently.

I want this money to be paid to you and you will either go to Palestine and donate it to them or you look for any Muslim Organisation in your Country where you may donate the money for the Palestine cause. You shall be paid for the time and assistance you put into this.. Whish I suggest 30% of the total sum.

Palestine has Embassy here in England but I don't trust most of the people working there and as such would not want to make the donation to them through here.

If you can do this for me, I will make arrangement immediately and send my Chauffeur (Lawyer) to arrange with the Ministry for the payment.

The people of Palestine need urgent help and for this I would not want to delay with this donation.

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar!

Wassalam
Dr. Ahmed Mohd

Nota:

satu berita dalam negara ini. satu email dari entah mana.
dua dua menjual agama. dua dua mengunakan bulan ramadan.
ini yang kita tahu. entah berapa banyak lagi yang kita tidak tahu.

yang datang dari meja ke meja mengutip derma hendak buat masjid.
yang datang dari meja ke meja mengutip derma untuk anak yatim.

bulan ini berselirat dalam kota kuala lumpur ini. sampai tak selesa makan
kecuali makan dalam resturan mewah atau hotel - macam nyamuk
diwaktu senja lepas saekor saekor datang – tak putus putus.

semua ini adalah manifesati sistem ekonomi kapitalis.
dimana apa boleh dijual akan dijual.
dimana kebajikan yang cacat – yang kurang upaya – yang tidak melihat
tidak terjamin.

bukan malaysia tidak kaya.
kalau tak beli kapal selam sepuluh ribu rumah anak yatim boleh didirikan.
kalau tak beli kereta kebal dari poland semua kampong ada alat dialysis.
kalau bank negara tak hilang 10 bilion ringgit - semua oku - dapat bayaran bulanan
kalau 5 bilion ringgit tak hilang - projek kapal di lumut - semua universiti percuma
kalau 12 bilion pelabuhan klang tak kelentong - semua projek perumahan terbengkalai
selesai
kalau pemimpin kita tak rasuah - semua yang nak belajar boleh ke sekolah