.

Isnin, 23 Februari 2015

LAGI SOKONGAN UNTUK PASMA






PASMA MEMANG HEBAT
PasMa lebih dinamik berbanding Pas - Cuba bandingkan Presideng Pas lulusan agama taraf ustaz aja beb . Yang bingong berserban dan berjubah digelar Ulama oleh bani melayu jumud duduk bawah tempurung sepanjang zaman. Ulama ialah muslim yg berilmu ( bahasa arab disebut 'alim ) dimana kitab-kitab mereka dijadikan rujukkan - fikh ke , usul ad din ke , falsafah ke dll yg bersangkutan dgn agama . 

Tolong tunjukkan Kitab-Kitab yg berjilid yg pernah dikarang oleh what so call ulama dlm Pas - untuk dijadikan bahan rujukkan akedemik pelajar2 universiti diMalaysia . PasMa - President nya seorang Jurutera professional yg diikhtiraf olen Majlis Jurutera Sedunia dengan gelar IR didepan namanya. Jagan buta mata dan jangan buta hati on PASMA TEGAS DAN LANTANG
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 5:43 PM


-----------

SUARA DARI MUSLIMAT PAS




DEMI NEGARA, DEMI RAKYAT, PAS 

PERLUKAN REFORMASI

Tidak banyak yang boleh saya ulas mengenai Multaqa' Ulama PAS yang berlangsung baru-baru ini. Kerana saya melihat Multaqa itu tidak lebih daripada himpunan melepas kemarahan kumpulan yang disebut sebagai Ulama dalam PAS. Tidak ada resolusi yang merakyat, tidak ada perbincangan yang kritikal demi negara, yang tertonjol hanyalah sikap sebenar golongan berserban dalam PAS yang gemar mensyaitankan orang yang tidak sepandangan dengan mereka.

Oleh itu saya lebih gemar untuk berbicara mengenai masa depan PAS dan perkara yang perlu dibuat bagi memastikan parti Islam ini terus bertahan dalam arus politik nasional.

Pemenjaraan  Anwar Ibrahim serta pemergian pemimpin agung PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) semestinya memberikan kesan besar kepada perjalanan Pakatan Rakyat terutamanya PAS. TGNA adalah individu yang cukup keras mempertahankah maruah PAS daripada usaha segelintir individu yang mahukan PAS bergabung semula dengan UMNO.

Saya berani katakan usaha ini sememangnya wujud tambahan pula baru-baru ini Bekas Timbalan Presiden PAS Ust Nasharuddin Mad Isa mengesahkan bahawa beliau telah diarahkan untuk bertemu dengan pimpinan UMNO bagi memastikan usaha penggabungan ini terus berlaku.

Pengkhianatan dalaman sebegini perlu segera ditangani oleh kepimpinan Parti jika mahukan PAS terus relevan sebagai pendokong utama gabungan Pakatan Rakyat.

PAS DAN MASA DEPAN MALAYSIA
PAS adalah sebuah parti yang paling lama ditubuhkan di malaysia. Oleh itu PAS seharusnya menjadi contoh rujukan buat parti-parti lain khususnya yang bernaung di bawah Pakatan Rakyat. Tetapi malangnya PAS bukan sekadar gagal menjadi contoh bahkan lebih malang PAS dilihat sebagai beban yang banyak menyumbang konflik dalam Pakatan.

PAS memerlukan kesegaran agar pergerakannya mampu seiring dengan perkembangan dunia yang serba canggih ini. PAS memerlukan Kepimpinan yang mampu menghasilkan idea-idea 'brand new' seterusnya memimpin politik baru yang berteraskan ilmu dan moral.

Kejatuhan Terengganu dan Kedah sewajarnya dijadikan medan untuk PAS bermuhasabah secara ikhlas dan bersungguh-sungguh, justeru disusuli dengan iltizam untuk berubah. Kekalahan di dua negeri ini seolah-olah membenarkan dakwaan yang mengatakan PAS hanya pandai berceramah tetapi tidak mampu memimpin. Bahkan pemergian TGNA juga meninggalkan tanda tanya besar mengenai survival PAS di Kelantan. Ramai pihak yang sudah mencongak bahawa hayat PAS di Kelantan akan berakhir seiring pemergian TGNA sebagai ikon Umara dan Ulama.

PAS PERLU SEGERA REFORMASI

Ramai yang memuji kegemilangan PAS ketika di bawah pimpinan Almarhum Ustaz Fadhil Noor sebagai Presiden. Pada ketika itulah PAS mencipta sejarah tersendiri apabila memenangi kerusi Parlimen yang paling banyak sekaligus merampas Terengganu daripada Barisan Nasional.

Tetapi amat mengecewakan apabila momentum kecemerlangan itu seperti gagal diteruskan oleh kepimpinan PAS hari ini. PAS bukan sahaja bermasalah dengan rakan komponen dalam Pakatan, malah konflik dalaman sesama ahli juga seperti tidak terbendung. Fitnah ahli sesama ahli dan pimpinan sesama pimpinan sudah kerap kali berlaku. Liqo’ dan Usrah yang sepatutnya menjadi tempat untuk bermuhasabah dan menambah ilmu telah bertukar menjadi tempat melemparkan hasad dengki dan adu domba.

Permasalahan ini perlu segera diperbetulkan sebelum menjadi barah yang bakal meranapkan PAS secara keseluruhan. Matlamat serta fokus perjuangan PAS harus dikembalikan. Saya yakin PAS akan kembali seperti dulu dan lebih utuh sekiranya yang mengemudi PAS kelak lebih bersikap terbuka dan berfikir diluar kerangka konservatif.

PAS memerlukan pemimpin yang mampu meletakkan PAS kembali menjadi sandaran utama Pakatan Rakyat. Kepimpinan tertinggi Parti seharusnya bijak dalam menyusun prioriti perjuangan agar segala konflik dapat ditanggapi secara berkesan.

Saya merasa sedih apabila melihat kepimpinan parti yang seharusnya menjadi penyelesai konflik, tetapi gagal mengawal emosi sehingga keluarlah kenyataan yang mampu merisikokan perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat. Amat mengecewakan apabila pimpinan PAS terlibat dalam perang mulut antara pimpinan Pakatan secara terbuka sehingga masalah tersebut dihidu oleh masyarakat. Hal ini sudah pasti bakal mendatangkan signal negatif kepada masa depan Pakatan Rakyat.

Sekali lagi, kekalahan PAS di Terengganu dan Kedah serta masalah dalaman PAS yang berlaku ini sepatutnya mampu membuka mata dan pemikiran ahli PAS bahawa PAS memerlukan sebuah reformasi dalam kepimpinannya.

Ahli PAS perlu pastikan dalam muktamar akan datang ini, PAS akan diterajui oleh kepimpinan yang mampu mengembleng seluruh kekuatan PAS bagi memastikan kejayaan PAS dan Pakatan Rakyat dalam PRU14 nanti.

Saya sebagai aktivis PAS yang selama ini memberi sepenuh qudrat untuk memajukan jemaah ini, yakin dan percaya bahawa hanya dengan perubahan tampuk kepimpinan, segala kemelut dalaman akan dapat diselesaikan sekaligus meletakkan PAS kembali menjadi parti harapan bukan sahaja untuk Pakatan Rakyat, tetapi juga untuk rakyat malaysia.

PERUBAHAN TERLETAK KEPADA AHLI PAS.

AIMAN ATHIRAH AL-JUNDI
KETUA PENERANGAN 
DEWAN MUSLIMAT PAS MALAYSIA








-------------

TUKAR TIUB PECAH BERITA






SIRUL PECAH RAHSIA














NOTA

telah beberapa jam
dicuba untuk membuka blog ini
http://www.malaysia-chronicle.com/
tapi gagal

apakah blog ini telah digelapkan
kerana membawa beri panas
hari hari akhir najib



Nawawi Mohamad, Stan Lee | 23 Feb 2015
Datuk Seri Najib Razak must understand that he did nothing much to become the Umno president and the Prime Minister of Malaysia. Najib just kept quiet and was the proverbial 'obedient errand boy' before the baton was handed over to him. Najib has been spoon fed since the day he was born and with a s



berita ini tak dapat dibaca


------------

NAK JADI AHLI PASMA






NAK HUBUNG PASMA
Kat mana boleh dapat borang join PASMA? siapa tau? on PASMA SUDAH HEBAT
Anonymous
on 2/23/15

PASMA MAKIN KUAT
Kalo PASMA tak hebat dan kuat, masakan ULAMAK dan Puak UG tak susah hati. Tuan Presiden cuba tunjuk kuat mcm rasulullah jugak. Kot2 ada mukjizat boleh lembikkan PKR dan DAP. Dalam kes HUDUD, masih ada ruang luas untuk melaksanakannya (jika betul caranya seperti yg dibawa Allahyarham TGNA). 

Ada sesuatu yang pelik tersembunyi jika DAP terus melawan perlaksanaan HUDUD. Sedangkan sebelum ini, HUDUD sudah OK pembawaannya terutama oleh DAP. Ini memang semakin pelik sebab DAP terutama India cuma 11% saja berkerakyatan Malaysia. Yang masuk DAP pulak, tak ramai.. mungkin 2%, itu pun dah kira banyak dah, manakan pulak 2% nak melawan perlaksanaan HUDUD PAS-UG? TGNA sendiri pun dengan lemah lembut membawa ISU PERLAKSANAAN HUDUD dgn teliti.. Ada sesuatu yg pelik.. 

DAP tetiba begitu vokal dalam perlaksanaan HUDUD, dan PAS-UG pulak tak mau pemilihan PR Kerajaan Tempatan. Selagi Abang Mat tak bersuara, Mahfuz tak bersuara, Khalid Samad tak bersuara, Hatta Ramli tak bersuara.. memang ada cerita on PASMA SUDAH HEBAT
Anonymous
on 2/23/15


------------

SEJARAH MAT INDERA







HARI INI 

DALAM SEJARAH

pada 23 feb 2015
genap 65 tahun 
kejayaan 
MAT INDRERA
dan pasokan 
Gerakan Rakyat Malaya
Menentang Penjajah
menewaskan gerombolan
penjajah dan kuncu kuncu
soldadu upahan penjajah
di Bukit Kepong





-------------

NASI PANGGUNG





 


PETANG AHAD KELMARIN
NASI PANGGUNG


Setiap petang ahad Jln Panggung berhimpun
Setiap petang ahad warga bertukar-tukar cerita
Setiap petang ahad semua berkongsi rasa
Bersama mengubah negara
Bersama membina bangsa!

MAKANAN UNTUK SEMUA

Menu & kontributor di Jalan Panggung minggu ini:-
Tim Dapur Jalanan KL - Mee Rebus
Tim Syed Syahir - Roti Canai / Air Mineral
Tim Usrah Kolej Islam - Limau Mandarin / Pakaian
Qish Awek Cun - Roti

DATANG MEMBANTU

Anak semua bangsa; yg bersolidariti, berkerja bakti & buat ramai:-
Aisyah, Husain, Intan, hidayah, Mat Roy, Baira, 
Azilah & tim Usrah kolej Islam, Fairus & kawan2 dari USIM,
Fitrah, Awatif & tim recycle, Dr Maszlee sekeluarga
Tauke Lim, Farhan & Zue, Hijrah, Azen & the gang
& semua yang hadir, berkongsi kasih bersetiakawan di Jalan Panggung!

MEE KARI

TERIMA KASIH
daun keladi
ada jodoh berjumpa lagi!
Bulan depan, DJKL dah cukup 2 tahun!

 Untuk maklumat terkini, 
info-info mengenai kami boleh cari & tekan like Facebook page DapurJalananKualaLumpur & follow twitter - @dapurjalanan & instagram -
 dapurjalananKL. Cari, follow & LIKE!!

HADIAH RAYA CINA

 Untuk yang mahu menyumbang 
boleh masuk ke akaun 

Dapur Jalanan, 
CIMB: 8001-7278-49 
SPKL Collective

 Untuk yang ingin sama-sama potong bawang atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh talipon: ezzuandi 0192671285 atau Hadi Khalid 0126648873
Solidariti untuk Miskin Kota
Dapur Jalanan Kuala Lumpur

UNTUK ANAK CUCU
*Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa*
23 Februari 2015




--------------

DUIT KITA JATUH







ANAK MUDA 
TURUN BERDEMO

KOMENTAR
mak cik felda
pak cik felda
mungkin susah nak faham
apa makna berita ini
apa makna duit naik
apa makna duit turun
berbanding dengan kes bunuh altantuya
tapi yakinlah
semua ini sedang menjerut
leher najib dan rosmah

kes bunuh altantuya ini
mempengaruhi politik malaysia
berita dunia tentang najib terlibat
dalam kes bunuh altantuya
akan mempengaruhi keyakinan

NOTA
tiap minggu
turun demo
lagi dunia hilang
kepercayaan pada najib danh rosmah




Ringgit terus turun, dibuka rendah hari ini


KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan arah aliran menurun apabila dibuka rendah berbanding dolar AS, pada hari dagangan kembali dibuka hari ini selepas cuti panjang.
Pada 9.07 pagi, unit tempatan itu disebut harga pada 3.6440/6460 berbanding dolar daripada penutupan Rabu 3.6180/6230.
Dalam pada itu, ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.
Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 2.6778/6813 daripada 2.6597/6653 sebelumnya dan jatuh berbanding yen kepada 3.0604/0628 daripada 3.0363/0407.
Mata wang tempatan turut jatuh berbanding pound kepada 5.6037/6083 daripada 5.5580/5671 yang dicatat pada Rabu dan susut berbanding euro kepada 4.1447/148 daripada 4.1267/1335 minggu lalu. 

KAH KAH KAH

woit
orang singapura kata
see you at 3
kah kah kah
bukan jumpa jam 3
tapi 1 dolar singapura
jadi 3 ringgit kita
kah kah kah

PADAN MUKA




-------------

PASMA TEGAS DAN LANTANG






KOMENTAR
dalam politik
jika diserang
jika difitnah
jika ditangkap
jika dipenjara
jika dibuang negeri
bukan satu yang TIDAK baik
semua ini petanda baik
semua ini tanda ekol

ini ertinya
musuh merasa gerun
ini ertinya
musuh gentar

jika TIDAK diserang
jika tidak difitnah
jika tidak ditangkap
ertinya diri kita dan musuh telah sama
kita dengan musuh tak ada beza







PasMa tidak akan maafkan Ahmad Yakob

 | February 23, 2015
PasMa mencabar Ahmad Yakob berdialog dengan wakil persatuan itu bagi menjawab dakwaan memfitnah.
PETALING JAYA: Persatuan Sejahtera Ummah Malaysia (PasMa) menyifatkan Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat,  Ahmad Yakob dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nik Amar Abdullah melakukan fitnah terhadap persatuan itu dengan melemparkan pelbagai tuduhan.
Melalui status Facebook rasminya, PasMa menyatakan, ia memandang berat dakwaan-dakwaan yang dibuat ke atasnya dan sehubungan itu tidak akan memaafkan Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan.
“Fitnah yang dibuat oleh seorang Ketua Ulama tidak boleh dimaafkan,” katanya dalam kenyataan di Faceboo PasMa.


KAH KAH KAH

ini garis perjaungan baru
di indonesia  ada
 pdi- parti demokratik indonesia

 pdip- parti demokratik perjuangan

PASMA ni ialah PASP
parti pas perjuangan


--------------

KEMPEN BERJAYA







SIAPA UPAH

SIRUL AZILAH



Jangan terpengaruh kempen di media sosial - Ahmad Shabery

KEMAMAN: Orang ramai diminta tidak terpengaruh dengan kempen menerusi media sosial yang bertujuan mencemarkan sistem perundangan negara demi kepentingan politik individu tertentu.

KAH KAH KAH

woit 
apa makna berita ini?
maknya kita berjaya
maknanya face book
maknanya twiteer
maknanya blog
sedang menyengat
ertinya pengaruh
kempen bencikan kerajaan
makin merebak

TEBAIK ANAK MUDA


-----------

SATU PENERANGAN



HUTAN JADI BOLENG


BUKIT BUKAU
TT..biar aku explen sikit pasal 'Tanah Pertanian' yang terletak di hutan bukit bukau tu. Sebenarnya 'Pihak' yang lebeh atas dari kerajaan negeri Kelantan mohon tanah kat kerajaan negeri. Kononya nak buka ladang pertanian. 

Kawasan tanah yang dipohon itu ada banyak balak. Jadi nak buat tanah pertanian, nak cucuk tanam..maka 'Balak' perlulah ditebang dibawa keluar. Balak dah dapat, untung dah juta-juta, habis tu nak bercucuk tanam pukimak apa lagi? Itu sebab bukit gersang..no tanam-tanam Kah kah kah on KU LI TERLAMBAT
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 2/22/15





-----------------

PASMA SUDAH HEBAT




TEGAS DAN BERANI


PasMa tidak tergugat serangan Ulama PAS, kata Phahrolrazi

23 Feb —Kumpulan pro Pakatan Rakyat (PR) dalam PAS, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) mempersoalkan resolusi Dewan Ulama parti itu yang menggesa tindakan ke atas ahli mereka.

Presiden PasMa  Pharolrazi Zawawi berkata, kumpulan itu akan tetap meneruskan aktivitinya seperti biasa walaupun terus menerus diserang.
"Kita tidak tergugat dengan perkara demikian, setakat ini kita aktiviti dan program masih lagi berjalan seperti biasa," kata Phahrolrazi kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur semalam.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pasma-tidak-tergugat-serangan-ulama-pas-kata-phahrolrazi#sthash.DJ10kNyv.dpuf

KAH KAH KAH

ini sudah berat
ini sudah hebat
serangan ularmak
sudah tak lut
hebat PASMA
makin diserang
semakin berkembang


PENGARUH
MAKIN MEREBAK




--------------

MAMPOOOSLAH KALI INI




 SIAPA TAHU
INI NAJIB 
DENGAN SIAPA?

Selepas pinjaman Ananda Krishnan, 1MDB kini perlukan wang Kementerian Kewangan


1MDB bukan saja dibantu hartawan T Ananda Krishnan untuk menyelesaikan hutang bank RM2 bilion, tetapi ia juga mungkin memerlukan suntikan wang tunai sebanyak RM3 bilion daripada pemiliknya, Kementerian Kewangan, kata sumber.
Mereka berkata, syarikat kontroversi yang sarat dengan hutang itu menghadapi masalah kewangan kerana pendapatan aset tenaganya tidak cukup untuk membayar hutang dan sudah kehabisan pilihan pinjaman, seperti mengharapkan bantuan daripada seorang ahli perniagaan.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/selepas-pinjaman-ananda-krishnan-1mdb-kini-perlukan-wang-kementerian-kewang#sthash.XT5dp2F1.dpuf

KAH KAH KAH

woit
sendat najib
sesak nafas
di australia sirul
di kl 1MDB
di paris altantuya
di washington anwar
mampoos sekali ni
kah kah kah

PADAN MUKA

-----------

LAGI TANGKAP LAGI COOL




KOMENTAR
ditangkap polis
kerana demo
ditangkap masuk lokap
ditangkap polis
kerana lawan kerajaan
adalah cool

masuk lokap
adalah mimpi anak muda
untuk dilihat revolusineer

yang tak masuk
tapi heboh
pasti dilihat poyo

keluar dari lokap
kerana demo
adalah ijazah revolusineer


Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi ditahan polis kerana sertai protes depan Sogo


Selepas aktivis Adam Adli Abdul Halim dan anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Fariz Musa dibebaskan tengahari tadi, polis malam ini menahan ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad di rumahnya.
Nik Nazmi, yang juga ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Selangor, dipercayai dibawa ke balai polis Jinjang.
Naib ketua Pemuda PKR, Fahmi Fadzil memberitahu The Malaysian Insider seramai 10 pegawai polis tiba di rumah Nik Nazmi di Denai Alam, Shah Alam kira-kira jam 10 malam ini.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ketua-pemuda-pkr-nik-nazmi-ditahan-polis#sthash.kzecBVYO.dpuf

KAH KAH KAH
woit
tangkap jangan
tak tangkap
lagi tangkap
lagi semarak
lagi tangkap
lagi cool

DITANGKAP  COOL



--------------