Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Iskandar Abdul Samad berkata, penganugerahan itu memberinya satu motivasi untuk bekerja lebih kuat.

Beliau kini fokus kepada kerja-kerja untuk membangunkan ne­geri ini selaras dengan kehendak baginda.

“Saya menjunjung kasih dan mengucapkan terima kasih atas penghargaan yang diberikan oleh Sultan Selangor.

“Fokus saya kini adalah menunaikan apa yang dijanjikan dalam bajet kerajaan negeri baru-baru ini,” katanya ketika ditemui selepas Istiadat Penganugerahan Darjah dan Bintang Kebesaran sempena Ulang Tahun Kepute­raan yang Ke-69 Sultan Selangor di Istana Alam Shah di sini hari ini.