Selasa, 11 September 2012
TUKAR TIUB PEMECAH BERITA - WORLD BREAKING NEWS
RADIO BANGSAR UTAMA DI GODDAM!
RADIO BANGSAR UTAMA KENA GODDAM
radio stesen punk rock
berani langgar laporan jelas
telah kena goddam
sila layari sekarang
untuk mendengar apa yang
sedang berlaku
radio bangsar utama
adalah satu satu nya
radio internet yang
paling popular
radio bangsar adalah radio resmi
bersih 3.0
radio resmi musik jalanan
radio resmi janji demokrasi
NOTA:
tim teknikal radio bangsar
sedang berusaha untuk
menyelesaikan masalah
segala gangguan diluar
kawalan tim rabu
sila layari:
www.radiobangsautama.blogspot.com
www.radiobangsarutama.com
PENGUMUMAN:
sesiapa yang berminat
untuk memesan sang saka
untuk dikibarkan di rumah masing masing
sila hubungi:
radiobangsarutama@gmail.com
Labels:
anak muda berani bangun melawan
INI DIA BERITA PENTING UNTUK MASA DEPAN NEGARA
BEG SEKOLAH AMAL JARIAH GEROMBOLAN
11 ANJAK DALAM PERLAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA - meloya
KUALA LUMPUR 11 Sept. - Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:
1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam. - UTUSAN MELOYA
BEG SEKOLAH CARA PANCING UNDI
ADA LAGI YANG LUPA DI TULISKAN:
12 - mendirikan bangunan sekolah baru untuk kontrektor bumiputera
13 - menyediakan kelengkapan makmal dengan syarikat rosmah mansor
14 - menyedia kelengkapan IT dengan harga mark-up 45%
15 - mendirikan bangunan jamin bocor agar ada kerja untuk kontrekto kelas F
16 - menukar uniform sekolah untuk kontrektor jahit bumiputera
17 - mengambil tanah orang kampong dengan menggunakan alasan nak buat sekolah
18 - menukar buku teks tiap tahun- untuk syarikat pencetak buku
19 - menukar buku saster sasterawan bodek cari makan
20 - membanyakan buku teks agar anak sekolah wajib datng dengan lori ke sekolah
BEG SEKOLAH UNTUK KONTREKTOR
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit... TAK PERCAYA?...kah kah kah...
kah kah kah...TUNGGU DAN LIHAT.... kah kah kah...
PENGUMUMAN:
sesiapa yang berminat
untuk memesan sang saka
untuk dikibarkan di rumah masing masing
sila hubungi:
radiobangsarutama@gmail.com
Labels:
anak muda berani bangun melawan
NAJIB RAZAK A.K.A MAT MONGOL MULA MEROYAN TAKUTKAN MUHYIDDIN
NAJIB MULA MEROYAN LUPA SEJARAH
NAJIB: DEMO JALANAN BUKAN BUDAYA KITA - mkini
Najib Razak mengecam tindakan seorang pemuda yang menunjukkan punggung kepada posternya dalam perhimpunan Janji Demokrasi pada 30 Ogos lalu sebagai tidak melambangkan jati diri seorang rakyat Malaysia.
Najib Razak berkata, tindakan itu dan demonstrasi jalanan tidak melambangkan nilai Malaysia dan tidak patut digalakkan.
Tiada apa yang perlu dibanggakan dengan tindakan itu, katanya merujuk kepada perhimpunan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur yang antaranya menuntut pilihan raya bebas dan adil.
GEROMBOLAN PERNAH BERDEMO
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit... AKHIRNYA KELUAR JUGA AYAT YANG DITUNGGU TUNGGU... kah jah kah..
kah kah kah...DULU MADEY CAKAP.... kah kah kah..
kah kah kah...INI NAJIB PULAK.... kah kah kah..
PULUH RIBU DEMO WAJIB DIIKUT
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit..... PAKAI KERETA INI BUDAYA KITA KE?.... kah kah kah..
kah kah kah...PAKAI INTERNET INI BUDAYA KITA KE?.... kah kah kah...
kah kah kah...MAKAN BUGER ITU BUDAYA KITA KE?.... kah kah kah..
kah kah kah...TULISAN RUMI INI BUDAYA KITA KE?.... kah kah kah..
kah kah kah...GUNA TALIPON BUDAYA KITA KE?.... kah kah kah..
kah kah kah...JAWABNYA SEMUA BUKAN..BUKAN... BUKAN...kah kah kah...
kah kah kah.... TAPI SEMUA SUDAH JADI BUDAYA KITA... kah kah kah..
kah kah kah...DEMO SEKARANG TELAH MENJADI BUDAYA KITA.... kah kah kah...
PERLU CUBA TURUN LEBIH RAMAI
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit... BILA NAJIB KATA DEMO BUKAN BUDAYA ERTINNYA DEMO BERI KESAN... kah kah kah..
kah kah kah...DULU MADEY UNDUR KERANA DEMO....m kah kah kah..
kah kah kah... BANYAK KAN LAGI DEMO... HINGGA LUNGKUP NAJIB.... kah kah kah..
kah kah kah... BIAR MUHYIDDIN PULAK JADI PM SEBELUM PRU13.... kah kah kah...
PENGUMUMAN:
sesiapa yang berminat
untuk memesan sang saka
untuk dikibarkan di rumah masing masing
sila hubungi:
radiobangsarutama@gmail.com
Labels:
anak muda berani bangun melawan
KIBAR KAN SANG SAKA MERAH PUTEH BENDERA PERJUANGAN BANGSA
SANG SAKA SEJARAH BANGSA
DUA JALUR FIKRAH
Bulan Ogos tahun lalu, wacana Mat Indera telah dibuka luas. Tohmah dan fitnah bertaburan. Kutukan demi kutukan. Tuduhan demi tuduhan. Polis dan undang-undang dicari dan diupah. Akhirnya Mat Indera menjadi ikon anak –anak muda. Imej Mat Indera kini setaraf dengan imej Che Geuvera dan John Lennon. Akhirnya anak semua bangsa mula mengenali siapa dia Mat Indera.
Sebenarnya apa makna semua ini? Apa makna babak-babak Bulan Ogos ini? Apa yang hingar dan apa pula yang bingar ini? Pasti ada dikalangan pembaca menjadi kalut apabila berhadapan dengan wacana ini. Pasti ada juga yang kurang arif untuk memahami tanda dan makna wacana ini.
Saya tidak akan menyalahkan pembaca jika tidak memahami sepenuhnya makna dan tanda dan heboh heboh tentang Mat Indra. Heboh tentang Sang Saka. Heboh tentang Memula Moon. Saya akan cuba menyusun kembali fakta dan salasilah sejarah agar kita sesama memahami apa yang sedang berlaku. Saya akan cuba leraikan rambut yang kusut dengan minyak sejarah.
Semua yang berlaku sekarang ini adalah perjalanan sejarah. Dihadapan mata kita ialah manifestasi perjalanan sejarah yang belum selesai. Perjalanan sejarah yang terbantut. Perjalanan sejarah yang belum selesai ini ialah perjalanan ‘nasionalisma Tanah Melayu’ yang terbantut. Ertinya perjuangan nasionalisma Melayu tidak sampai ke matlamat yang dicita-citakan
Biar saya terangkan apa makna – semangat nasionalisma yang belum selesai – yang tidak sampai ke maltlamat. Nasionalisma Melayu tidak kesampaian – tidak sampai ke puncak yang dicita-citakan. Terbantutnya cita-cita untuk mendirikan negara bangsa yang bebas Merdeka.
Nasionalisma ialah semangat, perasaan dan laungan warga Asia, Afrika dan Latin Amerika menentang penjajah. Semangat dan kesedaran nasionalisma muncul di era pertembungan anak tanah jajahan dengan kuasa kolonial. Penjajah dilihat sebagai ‘ Yang Asing’ atau “ Orang Lain’.
Kalau di Tanah Melayu pertembungan ini pada awalnya ialah antara manusia Melayu dengan kuasa kolonial –Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun. Justeru nama-nama saperti Tok Janggut, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Raja Haji, Dol Said dan Maharaja Lela muncul ditinta sejarah. Mereka dinobat sebagai pemula gerakan kesedaran untuk melahirkan ‘ingatan bersama ‘ bahawa kita sesama kita adalah Melayu. Mereka yang ‘diluar sana’ ialah Orang Puteh.
Kuasa kolonial datang untuk mencari harta kekayaan. Portugis yang dipanggil Bengali Puteh datang sebagai penjajah untuk mencari rempah rampai. Belanda juga datang untuk tujuan sama. Inggeris datang untuk bijih timah dan emas. Jepun datang untuk memunggah apa saja yang boleh dipunggah.
Nasionalisma Melayu ini adalah asas nasionalisma untuk Tanah Melayu/ Malaya – ini termasuk Singapura. Tidak menerima hakikat ini bermakna tidak menerima hakikat realpolitik dihadapan mata. Nasionalisma Melayu yang luas ini telah di manifestasikan dalam Perlembagaan Rakyat 1947. Dokumen bersejarah ini telah bersedia menerima sesiapa sahaja yang bercita menjadikan Tanah Melayu sebagai negara mereka. Negara baru ini akan menobatkan mereka sebagai Melayu. Ini satu dokumen yang amat radikal.
Orang India dan orang China yang dibawa oleh penjajah Inggeris pada awalnya tidak melihat bumi Melayu ini sebagai wilayah mereka. Mereka datang kerana dibawa oleh British atau kerana mahu mencari makan. Ini sikap budaya jenerasi imigran pertama. Masa dan luang telah mengubah semua ini. Akhinya para pendatang ini telah sebaris bangun menentang kuasa kolonial. Perlembagaan Rakyat memanifestasikan permulaan kelahiran setiakawan bangsa-bangsa untuk sebuah negara bangsa yang berdaulat.
Tetapi projek Perlembagaabn Rakyat 1947 ini telah di sabotaj oleh kuasa kolonial British. Dengan licik British telah memayungi satu gerombolan kaum feudal Melayu bersama anak didik kolonial untuk mengagalkan terdirinya Tanah Melayu yang merdeka.
Usaha mensabotaj Malaya Merdeka dilakukan dengan membangun-kan parti-parti politik yang berasaskan kaum. Setiakawan bangsa-bangsa yang terjalin dalam Perlembagaan Rakyat untuk melahirkan sebuah Malaya Merdeka telah dialih untuk menjadi ‘perjuangan antara kaum’. Politik perkauman menjadi satu strateji yang amat ampoh untuk memisah-misah rakyat yang sedang bangun bersatu melawan kuasa kolonial.
United Malays National Organistion hanya dimunculkan pada tahun 1946. Kesatuan Melayu Muda ( 1938) Parti Kebangsaan Melayu Malaya ( 1945), Angkatan Pemuda Insaf ( 1946), Parti Komunis Malaya (1930) telah berjuang berdekad-dekad lebih awal. United Malays National Organisation hanya berselogankan – Hidup Melayu. Manakala parti nasionalis yang lain melaungkan MERDEKA!
Memunculkan parti-parti perkauman ini adalah taktik penjajah. Hasilnya British telah berjaya menangguhkan ombak Merdeka selama 10 tahun. Melambatkan Merdeka ini telah membolehkan British menyusun para barua dan budak-budak suruhan yang setia untuk memastikan kepentingan ekonomi British selamat. Jelas disini United Malays National Organisation telah dipilih untuk menggantikan pentabiran British.
Parti politik dan kumpulan nasionalis yang enggan bekerja sama dengan British telah ditangkap, dibuang negara atau di bunuh. Parti-parti politik dan organasi massa yang menentang British telah diharamkan. Yang boleh beroperasi, berkempen mencari pengaruh hanyalah United Malays National Organisatiojn, Malayan Chinese Associatioan dan Malayan Indian Congress. Perhatikan dengan teliti – hingga ke hari ini satelah 55 tahun Merdeka parti politik ini masih lagi menggunakan nama Inggeris untuk gerombolan mereka.
Selama 55 tahun United Malays National Organsiation telah cuba menutup hakikat bahawa mereka mula berjuang hanya pada tahun 1946. Ini pun bukan berjuang menuntut kemerdekaan. United Malays National Organisation berjuang mencari tambahan oxygen kerana slogan mereka hanyalah Hidup Melayu dan bukan menentang British.
Apa maknanya apa yang saya tulis diatas? Maknanya ialah nasionalisma Melayu untuk mencapai kemerdekaan telah disabotaj oleh British dengan kerjasama United Malays National Organisation. Nasionalisma Melayu dibantutkan. Semangat nasionalis Melayu diganti dengan semangat perkauman. Akhirnya slogan Hidup Melayu beralih menjadi Ketuanan Melayu.
Apabila British mengundur pada tahun 1957 – kusa kolonial British masih meneraju Tanah Melayu. Ketua Hakim Negara - James Beveridge Thomson 1963-1966 seorang Mat Saleh. Gobenor Bank Negara W H Wilcock 1959- 1962. Ketua Polis Negara – Claude Fenner 1958 – 1966 masih lagi saorang Mat Saleh.
Ramai yang tak sedar tentang pekara ini. United Malays National Organistaion cuba menyorokan fakta sejarah ini. Jika umum tahu maka orang ramai akan sedar bahawa United Malays National Organisation hanyalah budak suruhan British untuk menjadi benteng British yang sedang diasak oleh perjuangan bersenjata nasionalis Malaya yang bermula pada 20 Jun 1948.
Juasteru sebagai budak suruhan – tidak ada seorang pun diantara pemimpin atau ahli United Malays Natiopnal Organsiation yang ditangkap, dibuang negara atau di bunuh oleh Briritsh. Malah selama 55 tahun ini naratif perjuangan mereka ialah melawan komunis. Wal hal Parti Komunis Malay adalah parti yang nengangkat senjata melawan British.
Pembohongan sejarah ini akhirnya terlungkup. Contohnya, dengan maklumat yang sedia ada umum kini sedar bahawa lagu Negaraku ialah ciplakan. Tidak dapat disorokan lagi bahawa Memula Moon ialah lagu Terang Bulan yang dijadikan lagu kebangsaan Malaysia. Ini fakta sejarah.
Tetiba akhir bulan Ogos ini timbul pula wacana Sang Saka. Ramai yang kurang sedar bahawa bendera gerombolan United Malays National Organistion juga berasal usul dari Sang Saka. Adalah fakta sejarah bahawa pada Perhimpunan Agung United Malays National Organisation tahun 2006 dahulu bendera ini telah dinobatkan sebagai Sang Saka Bangsa.
Apa sebenarnya sejarah Sang Saka ini? Bendera ini dikatakan muncul seawal zaman Langkasuka. Seawal zaman Seri Vijaya. Seawal zaman Majapahit dan Mataram. Warna merah puteh ini adalah motif Nusantara. Motif alam Melayu. Merah adalah darah rakyat. Puteh ialah kesucian hati rakyat.
Sayugia diingatkan disini – bendera Sang Saka Tanah Melayu ini memiliki sejarah yang gilang gemilang. Sang Saka ini bukan Jalur Tembelang yang diciplak dari bendera Amerika. Sang Saka lahir dari bumi Melayu – lahir dari bumi NUsantara.
Bendera ini telah dibawa ke persidangan Afro-Asia di New Delhli pada tahun 1947. Bendera ini adala payung untuk para nasionalis Melayu sama ada dari Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Kesatuan Melayu Muda, API atau AWAS.
Pada perjumpaan semua pertubuhan Melayu pada tahun 1946 di Ipoh – Sang Saka telah dicadangan untuk menjadi bendera resmi United Malays National Organisation. Ianya diterima tetapi Keris dan Warna Kuning telah dimasukan ke dalam motif Sang Saka. Ini telah dibantah oleh PKMM – yang dipimpin oleh Pak Sako dan Ahmad Boestamam. Mereka yang anti Britsih dan anti feudal telah meninggalkan dewan. Kuning/keris secara semiotik dibaca sebagai nahu feudal dalam gerakan nasionalisma Melayu.
Mereka yang membantah simbol feudal ini telah meneruskan perjuangan dan TIDAK bersama United Malays National Organisation. Akhirnya mereka menjadi mangsa British – di tangkap dan dibunuh – apabila British mengistiharkan Darurat pada 20 Jun 1948.
Justeru adalah satu kebebalan jika menuduh Sang Saka berasal dari China, dari Singapura, atau meniru bendera Indonesia. Sang Saka ini telah wujud dalam kesedaran nasional berpuluh tahun dahulu. Ianya telah cuba dilupuskan dari ingatan bersama.
Menggunakan ancaman. Menakut-nakutkan orang ramai. Menggunakan mahkamah. Menggunakan penjara dan hukuman tidak akan memadamkan api kebenaran. Penghormatan bukan diwujdkan melalui hukum hakam. Pemghormatan lahir dari hati suci dan jiwa merdeka.
Justeru, Janji Demokrasi pada 30 Ogos 2012 mengembalikan Sang Saka ke persada sejarah. Ini adalah manifestasi kesinambungan sejarah nasionalisma yang telah dibantutkan. Anak-anak muda yang mengkibarkan Sang Saka pada malam itu sedang menyambung kembali ingatan sejarah tentang perjuangan para nasionalis melawan British. Sang Saka yang berkibar hari ini sedang membawa semangat pembebasan. Bangsa yang tidak tahu dari mana asal usul mereka pasti tidak akan tahu kemana arah tujuan mereka. (TT)
NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon : 03-22-72-40-45
PENGUMUMAN:
sesiapa yang berminat
untuk memesan sang saka
untuk dikibarkan di rumah masing masing
sila hubungi:
radiobangsarutama@gmail.com
Labels:
anak muda berani bangun melawan
JANGAN TAK FAHAM DUIT SOROS TANDA REGIME CHANGE DARI RUMAH PUTEH
KOMENTAR TUKAR TIUB
dana dari open society ini
diberikan kepada gerakan demokrasi
di seluruh dunia
ini adalah projek pendemokrasian
dana ini juga adalah tanda tanda
untuk di baca oleh para peniaga dan pelabur
untuk pelabur dalam negara
untuk pelabur dari luar malaysia
untuk di fahami oleh semua
bahawa ini adalah tanda-tanda
dasar regime change dari rumah puteh
adalah molek sekali
isu ini dibuka untuk umum
agar orang ramai sedar bahawa
najib dan kuncu-kuncunya
sedang tersepit
sokongan dari negara luar ini
membuktikan rejim yang ada sekarang ini
wajib diubah kerana kuku besi
dan tidak mengamalkan demokrasi
SELAMAT DATANG UNCLE SOROS
NOTA:
selamat datang uncle soros
selamat datang membantu
rakyat malaysia terseksa 55 tahun
lebih banyak dolar masuk lebih baiak
lebih banyak dolar masuk
lebih cepat kita ubah kerajaan
SUARAM TERIMA RM570,000 - berita hairan
Kuala Lumpur: Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) didakwa menerima AS$188,765.65 (kira-kira RM570,000) daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berpangkalan di Amerika Syarikat yang diasaskan penyangak mata wang, George Soros.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menerusi siasatannya mendapati dana itu disalurkan secara terus oleh Open Society Institute di New York kepada SUARAM pada 2007 (AS$60,000), 2008 (AS$68,775.65) dan 2010 (AS$60,000).
Ismail Sabri Yaakob, berkata SUARAM tidak boleh menerima sebarang dana atau menandatangani apa-apa dokumen perjanjian kerana tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
“Dari segi undang-undang, SUARAM tidak boleh menerima wang atau tanda tangan sebarang perjanjian... apa yang berlaku dalam kes ini kita mendapati mereka (SUARAM) menerima duit dan menandatangani surat tawaran.
“Kita juga mendapati berdasarkan surat tawaran itu, salah satu syarat penerimaan geran ialah SUARAM perlu menghantar laporan sama ada menerusi emel, faks atau surat biasa kepada NGO asing terbabit.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit.... HANYA 570 RIBU RINGGIT SAJE.... kah kah kah..
kah kah kah... INI MESTI DUIT PERMULAAN UNTUK PROJEK REGIME CHANGE... kah kah kah.
kah kah kah...PAK CIK SOROS INI MEMANG BAIK HATI.... kah kah kah..
kah kah kah...LAGI BANYAK DUIT MASUK... LAGI CEPAT KITA RUNTUHKAN GEROMBOLAN... kah kah kah..
kah kah kah... LAGI BANYAK DANA DARI JERMAN LAGI BAIK.... kah kah kah..
kah kah kah...LAGI BANYAK DUIT DARI LUAR LAGI BAGUS... kah kah kah..
kah kah kah...RAKYAT DALAM NEGARA SUDAH 55 TAHUN KENA SEKSA.... kah kah kah..
kah kah kah...BUAT PILIHANRAYA TIPU....kah kah kah..
kah kah kah...TANAH RAKYAT DI RAMPAS.... kah kah kah..
kah kah kah.... KRONI JADI KAYA....RAKYAT JADI PAPA KEDANA... kah kah kah...
woit.... MASA NYA TEPAT UNTUK UNCLE SOROS DATANG BANTU.... kah kah kah
PENGUMUMAN:
sesiapa yang berminat
untuk memesan sang saka
untuk dikibarkan di rumah masing masing
sila hubungi:
radiobangsarutama@gmail.com
Labels:
anak muda berani bangun melawan
SURAT DARI ITIK PANGGANG UNTUK MENJAMU SELERA
NOTA:
pak cik ini terlambat
membaca tukar tiub
kempen panggang itik ini
di hebohkan pada bulan puasa lalu
tapi pak cik ini tak sedar
walau apa pun kerana tim tt
ramai yang meminati itik panggang
maka kami siarkan surat pak cik ini
semoga perniagaan menjadi lumayan
semoga pembaca tt akan datang
membeli itik panggang pak cik ini
ITIK PANGGANG UNTUK DI NIKMATI
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Jika sesiapa nak cuba itik panggang yang saya masak serta jual kat bazar ramadhan 2012 di Stadium Shah alam section 13, SS18 subang jaya, ss6 kelana jaya, Bandar tasik permaisuri cheras dan Jalan Raja Alang, sila layari Fb restoran saya. sekian terima kasih dan Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh.
By Muhammad Syafiq on MENCARI ITIK PANGGANG DAN GULAI ITIK on 9/10/12
jika nak cari itik panggang sila datang kat kedai saya (Restoran Aldy) beralamat no G-3 jalan pjs 9/1b, pusat perniagaan lagoon perdana Bandar Sunway, Petaling Jaya ,Selangor atau sila hubungi saya (En M.Syafiq) ditalian 016-3200078/03-56310078. https://www.facebook.com/pages/Restoran-Aldy/206702319414497
By Muhammad Syafiq on MENCARI ITIK PANGGANG DAN GULAI ITIK on 9/10/12
PENGUMUMAN:
sesiapa yang berminat
untuk memesan sang saka
untuk dikibarkan di rumah masing masing
sila hubungi:
radiobangsarutama@gmail.com
Labels:
anak muda berani bangun melawan
WAHAI BANI MELAYU DI PULAU PINANG INI SOALAN UNTUK KAMU
LIHAT DAN TATAP WAJAH LAMA LAMA
KOMENTAR TUKAR TIUB
wahai bani melayu di pulau pinang
hanya satu permintaan
ditujukan kepada kamu
wahai bani melayu pulau pinang
cuba perhatikan muka malaon ini
perhatikan betul betul
padang sekali lagi
adakah muka arab?
adakah muka cucu nabi?
adakah sepupu kepada saddam hussein?
bagaimana namanya SHEIKH
adalah ada pertalian dengan
sheikh makhtum dari kuwait?
wahai bani melayu pulau pinang
lihat sekali lagi gambar ini
adakah wajah ini wajah melayu
wahai bani melayu pulau pinang
hendaklah kamu berlaku jujur
wahai bani melayu di pulau pinang
hendak lah kamu berhati suci
lihat dan tatap wajah ini
adaklah muka ini menyerupai muka bani melayu
i rest my case... my lord
SAEKOR LAGI BEWOK INI
SHAIK HUSSEIN RANCANG JEJAKI GUAB ENG - mkini
Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin mengesahkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang kerana beliau mempunyai tugas yang lebih "menarik" menunggunya.
Tetapi Shaik Hussein, yang juga ketua Pemuda Umno Bagan berkata beliau tidak bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 sahaja, tetapi bersedia bertanding dalam pilihan raya selepas itu.
Atas sebab tersebut, katanya, beliau berasa teruja dengan kehadiran Ketua Menteri Lim Guan Eng dan merancang menjejaki ke mana sahaja beliau pergi sewaktu kempen politik yang akan datang.
Sambil berseloroh Shaikh Hussien berkata, sekiranya Guan Eng bercakap di satu tempat pada waktu pagi, beliau akan ke sana bercakap melawannya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membayangkan isyarat yang paling kuat bahawa pilihan raya umum mungkin diadakan pada bulan November, walaupun beberapa pemimpin parti percaya beliau akan berkhidmat sepenuh penggal sehingga bulan Mac tahun depan.
Shaik Hussein menegaskan demikian ketika berucap kepada kira-kira 300 perwakilan Pemuda Umno di Bayan Baru semalam, sebelum melancarkan jentera pilihan raya bahagian.
Hadir sama ialah beberapa rakan sejawatannya dalam BN, dari Gerakan, MCA, MIC dan Parti Progresif Rakyat.
PENGUMUMAN:
sesiapa yang berminat
untuk memesan sang saka
untuk dikibarkan di rumah masing masing
sila hubungi:
radiobangsarutama@gmail.com
PENGUMUMAN
kerana permintaan terlalu banyak
minggu ini terakhir
boleh memesan TK
Labels:
anak muda berani bangun melawan
SUDAH DI BERI TAHU - PADAN MUKA
TAK ADA KERJA - TIPU MELAYU
ANAK DAKWA SAHAM FGV RUGIKAN PENEROKA - minsider
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mendakwa peneroka yang terpaksa membuat pinjaman bagi membeli saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) kini mengalami kerugian.
Pengerusinya Mazlan Aliman mendakwa, pengurus bank yang dirujuk persatuan itu menyatakan bahawa harga saham pada RM4.70 merupakan had di mana peneroka akan mula mengalami kerugian.
Penasihat ekonomi ANAK Rosli Yaakob pula menjelaskan perkara itu disebabkan dividen pada tahap harga berkenaan tida mencukupi untuk menampung pinjaman yang dibuat peneroka.
"Kadar faedah untuk pinjaman yang diperolehi bagi membeli saham tersebut pada harga RM4.45 adalah lebih mahal daripada dividen," katanya.
Ketika laporan ini ditulis, harga saham FGV berada pada tahap RM4.70 dan terus menjunam ke takah RM4.67 pada tengahari.
KWSP BELI SAHAM FGVH SALEPAS MENCECAH PARAS TERENDAH - minsider
KUALA LUMPUR, 11 Sept — Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah membeli saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) walaupun sebagai saham gergasi perladangan tersebut tenggelam ke paras terendah baru semalam, ditutup pada RM4.68 sesaham atau hanya 13 sen di atas harga pengeluaran.
Menurut pengajuan Bursa Malaysia, pegangan dana pencen terbesar negara di FGVH telah meningkat 5.4 peratus sejak 3 September, sehari sebelum FGVH menjunam di bawah tanda RM5.
Dana pencen juga baru-baru ini membelanjakan RM2.4 bilion untuk mengambil alih tanah Institut Penyelidikan Getah di Sungai Buloh yang akan bertukar menjadi sebuah perbandaran.
Adalah wajib bagi pekerja-pekerja sektor swasta untuk menyumbang kepada dana itu, yang diuruskan oleh wakil-wakil dari kerajaan dan kesatuan.
KWSP kini memegang kepentingan 6.98 peratus dalam kumpulan, meningkat daripada 6.62 peratus pada 3 September dan naik mendadak lebih tinggi daripada kepentingan 5.01 peratus pada 12 Julai.
DURIAN RUNTUH ATAS KEPALA
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH AKH
woit....INI LAH KES TERBAIK UNTUK KAJIAN.... kah kah kah..
kah kah kah...INI LAH KES MELAYU JUAL NEGARA.... kah kah kah..\
kah kah kah...INI LAH KES MELAYU JUAL MELAYU..... kah kah kah...
woit... INI BUKAN KERJA LIM GUAN ENG.... kah kah kah...
kah kah kah...INI BUKAN KERJA KAPIR HARBI.... kah kah kah...
kah kah kah...INI BUKAN KERJA DAP.... kah kah kah...
kah kah kah...INI HASIL KERJA MAT ISA DAN NAJIB.... kah kah kah
PENGUMUMAN:
sesiapa yang berminat
untuk memesan sang saka
untuk dikibarkan di rumah masing masing
sila hubungi:
radiobangsarutama@gmail.com
Labels:
anak muda berani bangun melawan
MAT SABAH DAN MAT SARAWAK - APA SUDAH JADI?
COOLEST DUDE IN TOWN
KENYATAAN MEDIA
10 SEPTEMBER 2012
Singapura mesti menjelaskan laporan "diskriminasi" terhadap Sabah dan Sarawak
Menurut laporan berita hari ini (The Star, 10 September 2012), semua lelaki berumur bawah dari 35 tahun dari Sabah dan Sarawak sejak kebelakangan ditolak secara automatik permohonan untuk visa kerja di Singapura.
Kerajaan Singapura, melalui kementerian tenaga manusia, mesti menerangkan kedudukan rasmi mereka mengenai perkara itu. Jika laporan itu adalah benar, maka Singapura adalah bersalah kerana diskriminasi terhadap pekerja Malaysia berdasarkan demografi, dalam kes ini adalah lelaki muda dari Sabah dan Sarawak.
Ia adalah hak Singapura untuk mendapatkan sumber manusia untuk ekonomi, tetapi ia adalah dari segi moral diragui untuk menerima buruh Malaysia dan kemudian mendiskriminasi satu subset tertentu. Bagi kita dalam Pakatan Rakyat, semua rakyat Malaysia adalah sama. Singapura perlu sedar bahawa pekerjaan ini adalah penting untuk kesejahteraan mereka yang bekerja dan keluarga mereka di Borneo.
Kerajaan Singapura perlu mencapai matlamat keselamatan dalaman mereka tanpa menggunakan cara yang drastik dan tidak spesifik.
Rasional bahawa mungkin terdapat beberapa "tidak diingini" unsur-unsur dari subset yang tidak mewajarkan menolak semua yang jatuh di bawah kategori. Visa perlu dikeluarkan berdasarkan kemahiran, pengalaman dan kesesuaian pekerjaan, bukan dengan profil demografi.
Semua rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, termasuk mereka kini nampaknya diketepikan, menyumbang kepada ekonomi Singapura itu, tapi tidak termasuk berdasarkan apa yang mereka telah lakukan, oleh kerana hak kelahiran mereka dan itu adalah zalim.
Saya mahu respons yang segera kepada isu ini supaya kehidupan beribu-ribu rakyat Malaysia dan keluarga mereka boleh diselesaikan dengan secepatnya.
ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang Malaysia
PENGUMUMAN:
sesiapa yang berminat
untuk memesan sang saka
untuk dikibarkan di rumah masing masing
sila hubungi:
radiobangsarutama@gmail.com
Labels:
anak muda berani bangun melawan
Langgan:
Catatan (Atom)