Isnin, 19 Mac 2012

KOMENTAR TUKAR TIUB





INI DIA WASIAT ANAK DARA SUNTI





KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... DEBAT DENGAN RAJA PETRA?.... kah kah kah..

kah kah kah... LEBIH BAIK DEBAT DENGAN UMMI HUFILL DA.... kah kah kah..

kah kah kah... ADA JUGA YANG BOLEH DI DENGAR.... kah kah kah


KENYATAAN MEDIA
19 MAC 2012

Isu Wikileaks: Penjelasan Dari Pejabat Dato' Seri Anwar Ibrahim

Pertamanya kami mahu menjelaskan bahawa permohonan yang diajukan oleh Wikileaks kepada Pejabat Anwar Ibrahim adalah satu wawancara antara Julian Assange dengan Anwar Ibrahim. Kemudiannya barulah pihak kami diberitahu Raja Petra mahu menumpang dalam wawancara tersebut.

Makanya Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau hanya menyatakan persetujuan untuk permintaan yang asal iaitu wawancara antara beliau dengan Julian Assange. Oleh itu Quick Roll Productions, pihak produksi yang terlibat dengan wawancara ini telah membuat keputusan editorial untuk meneruskan format wawancara antara Julian Assange dengan Anwar Ibrahim tanpa melibatkan penumpang lainnya. Keputusan editorial tersebut semata-mata dibuat oleh Quick Roll Productions dan tidak dipaksakan oleh Pejabat Dato' Seri Anwar Ibrahim ke atas mereka.

Keduanya, kami merasa terpanggil apabila Najib Razak menggunakan isu ini sebagai pelantar untuk mentohmah Anwar Ibrahim kononnya takut berdebat dengan Raja Petra. Kami kesal kerana Najib Razak bercakap tidak berdasarkan fakta yang sebenar kerana tidak timbul soal debat sedangkan yang dipersetujui antara Anwar Ibrahim dengan Julian Assange adalah wawancara satu sama satu.

Akan tetapi oleh kerana YAB Perdana Menteri beriya-iya bercakap soal debat, kami berpendirian adalah sangat baik untuk rakyat dan negara ini sekiranya Najib Razak bersetuju untuk berdebat dengan YB Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Perdebatan antara YB Ketua Pembangkang dengan YAB Perdana Menteri berkaitan isu nasional pastinya memberi manfaat yang banyak kepada rakyat dan negara Malaysia. Justeru keengganan Najib Razak untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim memunculkan tanda tanya di kalangan rakyat terbanyak, sama ada YAB Perdana Menteri takut ataupun tidak punya komitmen untuk menyuburkan amalan Demokrasi di negara ini.

Ibrahim Yaacob
Ketua Staf
Pejabat Dato' Seri Anwar Ibrahim



MUHYIDDI ANGGAP ANWAR PENAKUT - berita hairan

KUALA LUMPUR: Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, yang menggugurkan Raja Petra Kamarudin daripada senarai ahli panel forum perbincangan senario politik global, dibuat seorang penakut yang cuba berselindung daripada perkara yang berpotensi menjejaskan imejnya.



CERAH MEMBAWA PENCERAHAN - TIDAK ADA PAKSAAN UNTUK KE SYURGA




KONSEP BAIK DAN JAHAT





PENGANUT
salam, betui la dlm islam x da paksaan utk masuk islam.tp tu utk org kafir. tp yg dah islam samada lahir dr keluarga islam atau yg dah terima hidayah ketika besaq wajib belajar islam dan kena faham islam betui2 walau pun sikit kalau org islam murtad,apabila telah d nasihat kembali ke pangkal jln x mahu, malah dia mencaci islam darahnya halal d bunuh, tu sbb kawan iran td lari ke astralia, kalau dia duk kat iran dah lama padam kat msia ramai kwn2 tt yg namanya islam berani nak murtad ( fahaman komunis ) x leh kena bunuh sbb msia bawah pentadbiran bn & sahabat katak bukan negara islam.. faham..

sesungguhnya rugilah depa2 yg nak murtad sesudah islam. sbb islam tu adalah agama yg benar/syumul/agung dan yg paling penting ugama islam tu pilihan ALLAH. ugama selain islam tertolak & batil, siapakah hangpa yg tolak islam? perlu d jelaskan d sini yg jahat tu bukan ugama islam, tp penganutnya yg jahat. jd kalau nak marah, marahkan penganutnya jgn terlalu emosional sangat dgn islam
By sheikhalfarisi on BOLEH KAH DI PAKSA - KALAU ORANG TAK NAK MASUK SYU... on 3/18/12




HANYA SATU KONSEP
Syurga itu cuma konsep dari idea utopia manusia tentang "dunia yang baik". Saya berpendapat jika sekiranya saya nak berbuat baik untuk masuk syurga, yang telah diceriterakan ada sungai wain, sungai susu dan sungai yang bila minum takkan haus selamanya, lebih baik saya tak payah masuk syurga.

Kenapa? Lama-lama saya pun jadi bosan, minum sekali dah tak haus-haus. Lama-lama minum wain, nak juga minum tuak, sake, atau stout. Nak juga minum beer atau cider. Wain pun ada banyak jenis. Lagi satu, tidakkah anda semua fikir yang syurga ini hanya "konsep" bagi orang-orang Arab?

Cuba baca betul-betul, dalam Quran, cara diterangkan betapa indahnya syurga itu penuh dengan nilai-nilai kearaban. Saya bukan orang Arab, justeru itu saya rasa ini bukan tempat saya. Dan saya rasa untuk berbuat baik semata-mata masuk syurga, saya rasa itu tidak ikhlas. Saya berbuat baik kerana saya rasa saya perlu berbuat baik. Saya tak pernah fikirkan syurga atau neraka kerana, kalau nak ikutkan takut masuk neraka, saya rasa tidak ada seorang pun akan masuk syurga.

Sebab dunia ini penuh dengan peperangan dan hasad dengki, pembunuhan dan kebuluran. Mungkin kawan saya ada logiknya, dia mahu jadi penyanyi rock sepanjang hayatnya. Jika dia mati dan masuk syurga, apakah dia dapat jadi penyanyi rock? Sudah tentu tidak, sebab semua orang dalam syurga lagi mendengar Mirwana dari Nirvana. Jadi, apa guna? Nak kutuk, kutuklah. Tapi saya rasa syurga dan neraka hanyalah konsep idea utopia yang mahu menjadikan manusia mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Itu pandangan jujur dan ikhlas dari saya. Dan bagi saya, orang yang paling tak bertanggungjawab ialah orang yang menjanjikan syurga atau neraka kepada orang lain. Kalau syurga itu milik Tuhan, siapa awak nak menjanjikan syurga atau neraka?
By Ez Puella Sapiens on BOLEH KAH DI PAKSA - KALAU ORANG TAK NAK MASUK SYU... on 3/17/12


LUASKAN BUDAYA POLITIK JALAN RAYA




SATU MEI TARIKH KERAMAT

















RAKYAT TELAH BERANI BANGUN




KOMENTAR TUKAR TIUB


amat jelas budaya demo
telah menyerap masuk ke dalam
sanubari semua warga malaysia

madey kata demo bukan budaya kita
tapi jelas demo sedang menjkadi bidaya kita

kenapa politik jalan raya penting?

ini untuk memberikan tekanan kepad gerombolan
ini untuk memeri tekanan kepada para yb
ini kerana para yb hanya suka bercakap tapi tak buat apa
bila rakyat berdemo maka pasti ada susulan positif

ingat 26 febuarari di kuantan?
20ribu turun ke jalan raya

hasilnya ditubuhkan jawatankuasa parlimen

inigat demo anti ISA?
ingat demo anti ppsmi?
kalau tak ada demo
tak ada tindakan dari
gerombolan

ingat 7 julai 2011?
kita turun ker jalan raya


hasilnya ditubuhkan jawatan kuasa parlimen
untuk memperbaiki pilihanraya

ingat 8 tuntutan rakyat
jika tidak dirtunai kita semua turunpa ai mei 2012
ini adalah hari kemarahan rakyat

kita wajib ke jalan raya
sebelum ke pilihan raya


JAWABNYA : BANGUN LAWAN



PENGERANG DIKEJUTKAN DENGAN BANTAHAN LOJI GAS - mkini

Pengerang di Johor yang dianggap lesu, hari ini menyaksikan kira-kira 200 orang mengadakan bantahan terhadap rancangan Petronas untuk menubuhkan sebuah kilang petrokimia bagi projek pembangunan hab industri minyak dan gas penapis gas di pekan itu.

Mereka bimbang bahawa loji penapisan berharga RM20 bilion itu akan mencemarkan alam sekitar.

Selain itu, mereka juga kuathir bahawa loji berkenaan akan turut menjejaskan aktiviti penangkapan ikan laut, yang merupakan sumber pendapatan utama bagi penduduk tempatan.

Perhimpunan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Bertindak Penduduk-penduduk Pengerang berlangsung jam 10 pagi.

Peliknya, acara bantah yang menyaksikan penunjuk perasaan membawa sepanduk dan poster selain melaungkan slogan di pantai berhampiran Kampung Sungai Kapal hanya berlangsung kira-kira 20 minit.

Penduduk dan aktivis alam sekitar membawa pelbagai poster dan kain rentang bagi membantah projek berkenaan antaranya tertulis:

"Selamatkan Bumi Pengerang", "Jamgan Cemarkan Bumi Pengerang" dan "Pengerang tanah tumpah darahku".

Manakala kain retang pula tertulis "Kekalkan Alam Semula Jadi Pengerang" dan "Kekalkan Kampung Tradisi Kami".

SATU MEI KITA BERDEMO





TER KINI TERNOW DARI PAHANG




MAT LUCAH DARI PAHANG



DARI FACE BOOK AHMAD NIZAM HAMID

26 minutes ago via BlackBerry Smartphones App

Dapat berita MAJLIS DAERAH Jerantut sekarang ini sedang disita atas perintah mahkamah kerana gagal lunaskan hutang.prosiding Writ Penyitaan & Jualan (writ Of Seizure & Sale)


SIAPA UPAH SIRUL DAN SIAPA UPAH AZILAH



KOMENTAR

ini kes paling baik
untuk rakyat malaysia

sebelum pilihanraya
rakyat malaysia akan tahu
siapa sebenarnya najib razak ini

semua pembaca tukar tiub
akan gumbiraaaa kah kah kah
untuk sekian lama siapa bunuh altantuya ditutup
kini kes ini terbongeng di kota paris

NOTA:
patutlah razak baginda tak keluar negara lagi
patutlaha najib razak hanya beranai jumpa doktor di perth
kah kah kah


SIAPA DIA JANTAN KETIGA?




KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...AKHIRNYA TERBONGGENG.... kah kah kah..

kah kah kah..SEMUA AKAN DI KETAHUI... kah kah kah..

kah kah kah... SIAPA JANTAN KE TIGA YANG TERBANG BERSAMA ALTANTUYA.... kah kah kah

KOMENTAR
akhirnya undang undang negara kapir
yang membantu negara islam

akhirnya hakim yang makan babi
yang buka kan kes pembunuhan ini

akhirnya hakim yang minum arak
yang buka kan kes rasuah ini

hakim di negara islam
hanya tunggng tunggit
sampai hitam dahi gaha ke simim
tapi tak berani sissat kes bunuh dan rasuah


SUARAM AKAN DIBERI AKSES KERTAS SIASATN SCORPENE - mkini

Kumpulan hak asasi manusia Suaram, yang memfailkan saman sivil terhadap firma gergasi pertahanan tentera laut Perancis DCNS kerana didakwa membayar komisen kepada pemimpin di Malaysia, akan diberi akses kepada kertas siasatan pendakwaraya dalam dua minggu lagi.

Pengarah Suaram Cynthia Gabriel berkata meskipun NGO itu tidak menaruh banyak harapan, namun akhirnya selepas "menunggu dengan penuh debaran" selama dua tahun sistem kehakiman di Perancis akan mendengar kes itu.

"Kami saksikan dengan tidak percaya, bagaimana pejabat pendakwa mula membongkar maklumat lanjut mengenai komisen yang dibayar itu, invois perjalanan dan bayaran lain yang dibuat," katanya pada sidang akhbar semalam.







MENUNGGU GODOT




MENUNGGU GOD DOT TAK KUNJUNG DATANG
















SILA KLIK DAN BACA DISINI:

http://my.news.yahoo.com/blogs/yahoo-malaysia-newsroom/menunggu-godot-044310802.html


LEBAI CHIA AKAN TANDING DI BATU PAHAT





HANYA SEORANG LEBAI







KEADILAN MENGALU-ALUKAN DATO’ SERI CHUA SOI LEK BERTANDING DI BATU PAHAT


Saya merujuk laporan-laporan media baru yang menyebut ura-ura UMNO memberi laluan kepada MCA yang akan menurunkan Dato’ Seri Chua Soi Lek untuk bertanding di Parlimen Batu Pahat.

Saya menyambut baik perkembangan ini kerana KEADILAN Batu Pahat bersedia pada bila-bila masa untuk berdepan dengan mana-mana parti Barisan Nasional. Jika ini berlaku, ia mengesahkan keresahan pimpinan UMNO di Johor yang tidak yakin dapat memenangi hati pengundi pelbagai kaum di Batu Pahat. Walaupun ini tidaklah mengejutkan, tetapi ia melunturkan lagi kedudukan UMNO sebagai parti utama yang boleh menjadi tunjang kepada sebuah kerajaan persekutuan kerana ia ditolak oleh sebahagian besar pengundi bukan Melayu di Batu Pahat khususnya dan Malaysia secara amnya.

Tindakan MCA menurunkan Dato’ Seri Chua Soi Lek di Batu Pahat akan menguatkan lagi peluang KEADILAN dan Pakatan Rakyat merampas kerusi ini. Selain dari peristiwa mengaibkan melibatkan Dato’ Seri Chua Soi Lek yang berlaku di Batu Pahat sendiri, sebahagian besar dari pengundi Cina di Batu Pahat terdiri dari pengundi muda yang tidak terpengaruh dengan rekod wakil rakyat Dato’ Seri Chua Soi Lek di masa lalu.

Mereka juga mengambil pendirian yang konsisten mengenai perlunya ada reformasi yang menyeluruh di dalam negara.

Keputusan persaingan dalam Pilihanraya Umum Ke-13 di Batu Pahat kelak akan ditentukan oleh pengundi muda berbilang bangsa. Jentera KEADILAN Batu Pahat yang sebahagian besarnya terdiri dari anak-anak muda di bawah 30 tahun menguatkan lagi semangat dan keyakinan KEADILAN bahawa peluang Pakatan Rakyat di Batu Pahat adalah baik; tidak kiralah calon atau parti Barisan Nasional mana yang bertanding.

SYED HAMID SYED ALI
Ketua Cabang KEADILAN Batu Pahat
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN
18 Mac 2012
Batu Pahat





GEROMBOLAN REMBAT LAGI



SAHEH TIPU



PENJUALAN LEBUHRAYA KL-PUTRAJAYA (MAJU EXPRESSWAY):
GERAN KERAJAAN BERNILAI RM976.7 JUTA PERLU DIPULANGKAN KEPADA RAKYAT



Saya mengikuti dengan rapat penjualan konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya oleh Maju Holdings Sdn Bhd kepada EP Manufacturing Berhad dalam urusniaga yang dilaporkan bernilai RM1.7 bilion.

Ini menimbulkan keraguan serta merta memandangkan pembinaan lebuhraya tersebut menggunakan dana awam yang besar melalui geran kerajaan bernilai RM976.7 juta. Kos keseluruhan lebuhraya tersebut dianggarkan bernilai RM1.32 bilion dan sebahagian besarnya dibiayai oleh rakyat melalui geran RM976.7 juta yang diberikan kerajaan kepada Maju Holdings Sdn Bhd. Selain geran tersebut, saya menganggarkan suntikan dana yang dibuat oleh Maju Holdings Sdn Bhd hanyalah sekitar RM60 juta (iaitu 4.5% dari kos keseluruhan) kerana ia turut meminjam RM370 juta dari institusi kewangan.

Oleh yang demikian, penjualan berjumlah RM1.7 bilion ini akan memberi durian runtuh kepada Maju Holdings Sdn Bhd sekiranya geran oleh kerajaan berjumlah RM976.6 juta tidak dikembalikan. Jika ini berlaku, selepas membayar hutang institusi kewangan berjumlah RM370 juta, bermakna Maju Holdings Sdn Bhd bakal membuat keuntungan berjumlah sekitar RM1.33 bilion sedangkan modal pelaburannya dianggarkan RM60 juta sahaja.

Saya mendesak Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan mengesahkan sama ada Maju Holdings Sdn Bhd akan mengembalikan dana rakyat sejumlah RM976.7 juta itu, kerana jika tidak ia menimbulkan lebih banyak persoalan yang akan terus menaikkan kemarahan rakyat.

Jika keuntungan RM1.33 bilion itu disimpan oleh Maju Holdings Sdn Bhd, apakah perjanjian di antara Perdana Menteri dengan pemilik Maju Holdings Sdn Bhd yang diketahui umum penyokong kuat UMNO? Adakah wujud persefahaman agar keuntungan atas angin yang merampas dana rakyat itu akan disalurkan kembali kepada UMNO sebagai dana pilihanraya?

Sejak akhir-akhir ini, keghairahan Perdana Menteri meluluskan urusniaga melibatkan kroni UMNO/Barisan Nasional bernilai berbilion ringgit menguatkan syak wasangka rakyat bahawa harga yang tinggi yang dikenakan kroni merugikan rakyat. Tambahan pula, urusniaga dalam serba kerahsiaan dan tiadanya ketelusan boleh menguatkan lagi wasangka rakyat itu.

Penjualan konsesi lebuhraya ini adalah urusniaga yang kedua dalam masa sebulan yang membelakangkan kepentingan rakyat, selepas pembelian aset dan perniagaan Ananda Krishnan oleh dana 1MDB yang dikawal sepenuhnya Perdana Menteri berjumlah RM8 bilion, walaupun 1MDB tidak pernah ada sebarang pengalaman di dalam industri penjanaan tenaga.

Jumlah dana rakyat yang terlibat sebanyak RM976.6 juta itu adalah empat kali ganda lebih tinggi dari dana yang membabitkan NFC. Perdana Menteri mungkin berfikiran beliau boleh mendiamkan diri mengenai NFC, tetapi sudah tentu jumlah dana rakyat sebesar RM976.6 juta ini memerlukan jawapan dari beliau memandangkan urusniaga tersebut tidak boleh berlaku tanpa kelulusan beliau sendiri sebagai Menteri Kewangan.

MOHD RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN
18 Mac 2012 (dikeluarkan di Batu Pahat)