.

Sabtu, 26 Julai 2014

BEKAS KETUA HAKIM BANGANG





Apakah Bekas Ketua Hakim Negara Tidak 
Terlatih untuk 
Membuat Keputusan Berdasarkan 
Maklumat Sahih Dan 
Mengelak Spekulasi Liar Tanpa Asas?

Saya ingin merujuk kepada kenyataan Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad yang membuat kenyataan bahawa mantan Mufti Pulau Pinang memberitahunya adalah susah mendapat peruntukan untuk aktiviti agama Islam di Pulau Pinang, kerana pemimpin agama lain juga menuntut hak yang sama.
Tambah beliau lagi;
“Jika kita tidak membendungnya, perkara seperti ini akan merebak ke seluruh Malaysia. Di waktu itu, waktu penyiaran rancangan-rancangan agama Islam di televisyen pun akan terpaksa dikongsi dengan agama-agama lain. Jabatan-jabatan kerajaan dan kampus-kampus universiti kerajaan yang menyediakan surau akan terpaksa menyediakan gereja, tokong dan gurdwara”. Menurut beliau akhirnya kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan sudah tidak bermakna lagi.
Ini bukan kali pertama Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang difitnah kononnya mengabaikan Islam di negeri ini. Namun, apabila kali ini datang daripada Bekas Ketua Hakim Negara dan memomokkan masyarakat Melayu bahawa agama Islam akan terancam tanpa merujuk sebarang bukti sahih, maka saya khuatir apakah selama ini Tun Abdul Hamid Mohamad tidak terdidik untuk membuat keputusan berdasarkan fakta semasa menjadi Ketua Hakim Negara?
Jika inilah sikap Bekas Ketua Hakim Negara, tidak hairanlah selama ini badan kehakiman negara berdepan dengan isu wibawa yang besar akibat sentiasa berat sebelah terhadap Kerajaan UMNO-BN.
Beliau seharusnya menghormati kedudukan beliau kini yang merupakan negarawan, bukannya terjebak dalam politik fitnah yang hanya merendahkan dirinya kepada tahap macai UMNO-BN. Maka atas dasar hormat terhadap kedudukan beliau, saya memilih untuk menjawab kenyataan tidak berasas beliau secara terhormat, dan bukannya sekadar membuat spekulasi bahawa Tun Abdul Hamid Mohamad ini merupakan macai UMNO-BN.
 Fakta: Peruntukan Islam Meningkat Saban Tahun Untuk Kebajikan, Infrastuktur dan Juga Program Keilmuan
 Saya yakin jika Tun Abdul Hamid Mohamad menyemak fakta, akan mendapati bahawa syiar Islam bukan sahaja terpelihara, malah saban tahun mendapat tambahan peruntukan yang sangat tinggi – peningkatan 300% - berbanding zaman pentadbiran BN. Malah, kutipan dan agihan zakat negeri juga telah meningkat berkali ganda berbanding tahun 2007. Umpamanya, pada tahun 2007, hanya agihan zakat Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanya berjumlah RM 34.5 juta, berbanding tahun lepas, 2013, di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat, agihan zakat meningkat kepada RM73.1 juta. Tambahan lagi, sempena Ramadhan ini, Kerajaan negeri Pulau Pinang telah memberikan sumbangan Ehya Ramadan sebanyak RM 222,000.00 kepada semua masjid dan surau utama di seluruh negeri.
Pada masa yang sama, Kerajaan negeri telahpun memberikan tanah seluas 3.49 ekar di Bukit Gantong/Jalan Scotland yang sangat stratergik yang kini bernilai RM100 juta untuk membina Kompleks Mahkamah Syariah yang dijangka siap sepenuhnya sebelum akhir tahun ini.
Selain bantuan kebajikan dan pembangunan infrastruktur, di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat, terdapat banyak program keilmuan dianjurkan oleh banyak agensi kerajaan, termasuklah Penang Institute yang secara berterusan menganjurkan siri Forum Nusantara yang bertujuan mengangkat ilmuan Pulau Pinang seperti Sheikh Syed Al-Hadi, Tuan Haji Yusuf Rawa, dan Tuan Guru Abdullah Fahim dengan tema besar seperti keilmuan Islam, gerakan Islah, dan kebudayaan Melayu Islam Pulau Pinang. Malah, Penang Institute juga pernah membawa ilmuan kontemporari dunia Islam, Prof Tariq Ramadhan ke Pulau Pinang. Mana-mana ilmuan Islam lainnya adalah bebas dan sentiasa dialu-alukan di negeri ini.
 Peningkatan Peruntukan Islam Bukan Dengan Cara Kurangkan Peruntukan Bagi Masyarakat Bukan Islam Tetapi Dengan Cara Tingkatkan Pendapatan Negeri Serta Elakkan Rasuah
Prinsip asas kepada peningkatan peruntukan kepada agama Islam ini adalah berdasarkan keperluan tanpa meminggirkan masyarakat bukanIslam di negeri ini. Pada masa yang sama, peruntukan ini adalah selari dengan kejayaan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat meningkatkan pendapatan negeri.
Kerajaan Negeri  merekodkan lebihan bajet setiap tahun, menaikkan aset Kumpulan Wang Disatukan sebanyak 50% sejak 2008 kepada RM1,192 juta, pengurangan hutang Kerajaan Negeri sebanyak 95%, dan merupakan Kerajaan Negeri tunggal di Malaysia yang dipuji oleh Transparency International kerana Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah Kerajaan Negeri yang pertama mengamalkan sistem tender terbuka secara kompetitif dan mengumumkan harta peribadi Ketua Menteri, Ahli MMK dan ADUN-ADUN.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga meneruskan prestasi cemerlang lebihan bajet tahunan dengan lebihan bajet 2012 sebanyak RM114.47 juta mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang juga memuji keupayaan Pulau Pinang dalam mengamalkan sistem pengurusan kewangan dengan baik.
 Tun Abdul Hamid Mohamad Harus Kembali Menjadi Negarawan Dan Elak Dilihat Sebagai Macai UMNO-BN
Berdasarkan fakta-fakta ringkas ini, adalah jelas bahawa Islam sentiasa dimartabatkan di Pulau Pinang. Maka saya berharap Tun Abdul Hamid Mohamad dapat menyemak dan membetulkan semula kenyataan yang telah beliau buat serta, sebagaimana sikap seorang negarawan, harus memohon maaf atas kekeliruan dan persepsi yang salah yang beliau telah timbulkan terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Saya yakin, dengan membetulkan sikapnya ini, akan membezakan beliau sebagai negawan dan bukannya macai UMNO-BN.

Haris Zuan
Ketua DAPSY Bukit Bendera
Ahli Majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang 








-----------

KENYATAAN MAHFUZ



FACE BOOK




Tunggu keputusan mesyuarat peringkat tertinggi pemimpin PAS lerr
Kalau Haji Hadi benar-benar seorang pemimpin yang berjiwa besar beliau akan mendapatkan SUARA MAJORITI dari kalangan pucuk pimpinan Parti..
Haji Hadi tidak boleh mengunakan KUASA VETO walaupun beliau President Parti kalau tak nanti rakyat akan samakan Hadi dengan MAHATHER KUTTY...

Kalau ikut kira mata Dr. Wan Aziza Still menang 2-1 Kerana DAP dengan semangat Setia Kawan serta Jati Diri yang hebat tetap menyokong sepenuhnya Dr.Wan Azizah dilantik sebagai MB Selangor..
Menantu Kesayangan Haji Hadi saudara Din Ayam macam mana anta ok ka..??
Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO




-----------

SELAMAT BERBUKA




ESOK 

PETANG RAYA


sehari lagi maka berakhir bulan puasa
tahun ini dirasakan semua berjalan cepat
tetiba dah setahun pru 13  tipu berlalu
tetiba mh370 lesap
tetiba mh17 ditembak jatuh
tetiba wan azizah menang di kajang
tetiba khalid akan letak jawatan
tetiba hadi awang dilihat bodoh
semua berjalan pantas

KELMARIN
melintas batu road
mencari gilai itik
kelihatan semua hambar
banyak kedai dah tutup
biasanaya hujung minggu bagini
akan bertambah sibuk
tahun ini
hambar

MACET JEM BERASAK
dimimpikan
dirancangkan lebuh raya
akan mempercepat perjalanan
kali ini
lebuh raya
menjadi jalan semut
padan muka

FESHEN DAN TREND BARU
kini muncul treng baru
dinamakan raya bangla
tidak di kampong
bebas dari  berasak asak dijalan raya
beraya di kuala lumpur
atau 
beraya dalam kota
tak perlu
sibuk sibuk di kampong

PETANG INI
gwa nak keluar
makan cari restoran
di pudu
dah muak dengan masakan melayu
malam
akan cuba merayau
di jalan tunku 
dan
batu road

SELAMAT

HARI RAYA

BANGLA




---------

YURAN NAIK LAGI





 msiswakeadilan's profile photo
Mahasiswa Keadilan

Mahasiswa Keadilan Melaka menyokong perhimpunan aman yang diadakan semalam di Multimedia University Melaka. kami juga bersama dengan mahasiswa MMU dalam membantah kenaikan yuran oleh pihak pentadbiran dan pengurusan MMU.


Kenaikan yuran “resource fees’ secara mendadak ini sememangnya membebankan para pelajar. Tidak ada penjelasan yang kukuh diberikan olehh pihak pengurusan MMU untuk menjustifikasikan kenaikan yuran tersebut. Pihak pengurusan hanya menyatakan menaikkan yuran adalah satu keperluan demi meningkatkan perkhidmatan dan kemudahan universiti.
Penguatkuasaan kenaikan ini akan dibuat serta merta menjelang semester hadapan. Ini jelas mengejutkan dan menimbulkan kemarahan para pelajar yang masih menuntut di MMU. 

msiswakeadilan's profile photo
Selain itu, pihak pengurusan MMU tidak berunding dengan para pelajar untuk memaklumkan kenaikan yuran ini. Sepatutnya pengurusan perlu tampil berunding dengan para pelajar dengan mengadakan satu sesi dialog bercirikan townhall session. Jika dibuat , pasti para pelajar boleh membuat persediaan untuk menghadapi kenaikan tersebut. 
Kenaikan yuran ini juga tidak sensitif dengan mahasiswa yang rata-ratanya terdiri daripada golongan sederhana. Mereka inilah yang paling terkesan dengan kenaikan ini. Dihimpit dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, kenaikan yuran sememangnya membebankan bukan sahaja mereka malah para pelajar secara amnya.

msiswakeadilan's profile photo
Pihak Mahasiswa Keadilan Melaka mencadangkan pihak pengurusan MMU untuk mengkaji semula kenaikan ini. Walaupun pihak pengurusan akan memberikan penjelasan, tetapi pihak pengurusan harus sensitif dan mendapatkan pandangan mahasiswa sebelum melaksanakan sebarang kenaikan.
Pihak Mahasiswa Keadilan Melaka juga menggesa Kementerian Pendidikan menggunakan budi bicaranya sekiranya MMU masih berdegil dan berkeras melaksanakan kenaikan yuran ini. Memang benar MMU merupakan universiti swasta dan terikat dengan konsep perniagaan tetapi harus juga bertanggungjawab memastikan yuran tidak membebankan mahasiswa MMU.

msiswakeadilan's profile photo
Mahasiswa Keadilan Melaka akan menyokong segala tindakan yang diambil oleh mahasiswa MMU dalam membantah kenaikan ini. Pihak pengurusan MMU harus mengambil pertimbangan mendengar suara mahasiswa MMU.

Naqiuddin Nazrin
Pengerusi Mahasiswa Keadilan Melaka

SABTU, 26 JULAI 2014



-------------

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA




SELAMAT 

BERAYA

tim tukar tiub
sidang pengarang
para pemberita
jaringan pemberi maklumat
juru gambar
tim teknikal

mengucapkan
selamat berraya

yang pulang ke kampong
berhati hati dijalan raya

yang tak pulang kampong
selamat hari raya bangla




---------

KHALID IBRAHIM NAK TIPU LAGI





PENJELASAN ISU PENSTRUKTURAN AIR SELANGOR

Kebelakangan ini, ada beberapa tuduhan liar yang dilemparkan terhadap saya dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim kononnya kami terlibat cuba campur tangan dalam rundingan air untuk mendapat bayaran komisen dari pemegang konsesi SPLASH. Tuduhan-tuduhan liar ini ada menyebut jumlah yang besar kononnya melibatkan berpuluh-puluh juta.

Saya tidak menjawab sebarang tuduhan sebegini sebelum ini sebagai menghormati mandat Pakatan Rakyat yang diberikan kepada saya yang menjadi salah seorang Panel Penstrukturan Air yang mewakili PR dan menyelia Kerajaan Selangor dalam hal ini. Saya masih berharap sebelum ini supaya sebarang perbezaan pendapat mengenai kaedah proses penstrukturan air sewajarnya dibincangkan bersama bukan melalui media.

Walau bagaimana pun, oleh kerana tuduhan liar itu melampaui batas dan menjejaskan imej saya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan KEADILAN, saya telah berbincang dengan beberapa pimpinan kanan KEADILAN dan PR sama ada tuduhan-tuduhan ini wajar dijawab secara umum. Saya dinasihati supaya memberi penerangan untuk membolehkan orang ramai tahu keadaan sebenar.

Bersama-sama ini saya sertakan nota penerangan mengenai penstrukturan industri air Selangor yang saya tulis dan bentangkan kepada pimpinan KEADILAN (dan beberapa pimpinan DAP dan PAS) pada akhir Februari 2014 iaitu seminggu selepas Kerajaan Negeri menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Kerajaan Pusat.

Kebimbangan yang saya lahirkan dalam bulan Februari 2014 telah menjadi kenyataan iaitu:
1.       Kerajaan Pusat engkar dengan kata-kata dan enggan melaksanakan janji mereka menggunakan akta untuk menyempurnakan penstrukturan semula
2.       Tarif air di Selangor akan naik mendadak dalam tahun yang dekat dengan pilihanraya umum
3.       Kroni kuat Umno iaitu Tan Sri Rozalli Ismail akan menerima harga tawaran Kerajaan Selangor kerana ia lumayan dan jauh mengatasi nilai sebenar syarikatnya
4.       Pemegang konsesi Loji Sg Selangor (yang merupakan loji terbesar yang membekalkan kepada hampir 60% pengguna) iaitu SPLASH akan menolak kerana harga tawaran awal dipotong oleh Kerajaan Selangor untuk jumlah itu dibayar kepada Tan Sri Rozalli Ismail
5.       Projek Langat 2 diteruskan dan kontrak diberikan kepada kroni-kroni Umno sedangkan bayarannya nanti ditanggung oleh rakyat Selangor
6.       Masalah bekalan air di Selangor berterusan hingga menimbulkan kemarahan rakyat terhadap Pakatan Rakyat
Selepas hampir 6 bulan, sehingga kini penstrukturan air tidak nampak ada kemajuan di Selangor. Pelbagai kontroversi dan pertanyaan terus timbul seperti yang saya akan terangkan selepas ini.

Perbezaan pendapat saya yang paling besar dengan Kerajaan Selangor mengenai penstrukturan air ialah keputusan untuk membayar pampasan keuntungan (disebut “equity portion”) kepada Tan Sri Rozalli Ismail (melalui Syabas dan Puncak Niaga) sebanyak RM1.6 bilion sedangkan nilai kedua-dua syarikat itu adalah hampir muflis. Setelah bertahun-tahun rakyat Selangor sengsara dengan masalah air yang sebahagian besarnya berpunca dari kelemahan Syabas dan Puncak Niaga, Tan Sri Rozalli Ismail menerima ganjaran yang cukup besar yang akan ditanggung oleh rakyat Selangor.

Bagi saya, keputusan itu tidak ada bezanya dengan keputusan Barisan Nasional menghapuskan hutang Tan Sri Tajuddin Ramli sebanyak RM600 juta atau campur tangan Tun Mahathir dulu agar syarikat perkapalan milik anaknya Mirzan Mahathir diberi pampasan lebih tinggi oleh PETRONAS sedangkan nilaian semasanya jauh lebih rendah.

Nota yang saya sertakan ditulis selepas mesyuarat di antara Tan Sri Khalid Ibrahim dan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk beliau menjelaskan keputusan dan tindakan Kerajaan Selangor dalam isu air ini.

Saya berlapang dada di dalam bulan Ramadhan ini dengan fitnah sebegini dan beranggapan ia adalah asam garam kehidupan seorang penjawat awam. Saya tidak akan mengambil tindakan saman ke atas mereka yang galak menyebarkan fitnah ini kerana saya yakin dosa yang mereka tanggung melebihi apa-apa tekanan tindakan undang-undang yang boleh saya ambil. Saya maafkan semua yang menyebarkan fitnah ini dan menasihati mereka bertaubat dan berhenti menyebarkannya setelah saya menjelaskan dengan fakta seperti di dalam nota.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.


Rafizi Ramli
Ahli Parlimen Pandan
Pengarah Strategi KEADILAN

25 Julai 2014






-----------

KHALID IBRAHIM SILA UNDUR






IKATAN PRIHATIN SELANGOR
(GABUNGAN NGO-NGO SELANGOR)
 
KENYATAAN MEDIA
25 Julai 2014 / 27 Ramadhan 1435
TAN SRI KHALID MESTI MELEPASKAN JAWATAN MB SEBAGAIMANA KEPUTUSAN PAKATAN RAKYAT

Ikatan Prihatin Selangor (PRIHATIN) sebuah badan gabungan NGO-NGO dalam Negeri Selangor menuntut agar Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim (TSKI) dengan rela hati mengundur diri dan melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor. PERIHATIN membuat gesaan ini adalah selaras dengan keputusan yang telah dibuat oleh Parti iaitu Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang mana TSKI menjadi anggotanya , serta keputusan Pakatan Parti yang menjadi gabungan bagi tertubuhnya kerajaan campuran di Negeri Selangor ini iaitu Pakatan Rakyat (PR).

Dalam mesyuarat yang telah dilaksanakan oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN dan Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) telah sebulat suara bersetuju menukar TSKI dengan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Dato’ Wan Ismail. Maka berdasarkan keputusan ini  PERIHATIN mengesa agar TSKI akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh KEADILAN dan PR.

PRIHATIN memohon agar TSKI tidak mengheret Rakyat kedalam kacah politik dalaman parti politik. Amalan sistem demokrasi di Malaysia adalah dengan memberi kuasa kepada rakyat mengundi memilih wakil rakyat, parti atau gabungan parti yang mempunyai kerusi majoriti berhak menubuhkan kerajaan. Parti yang memerintah mempunyai hak mutlak menamakan ketua kerajaan. Bagaimana beliau TSKI menjadi Menteri Besar Selangor (MB) adalah melalui proses iaitu bilamana nama beliau dicadangkan oleh PR seterusnya mengangkat sumpah untuk menjawat jawatan MB. Proses menamakan calon MB serta proses mengugurkan MB bukan hak rakyat , ianya adalah hak parti pemerintah. Sewajarnya TSKI dengan aman dan relahati mengundur diri tanpa perlu membuat pelbagai alasan serta helah. Sekiranya proses menukar MB perlu mendapat sokongan rakyat maka sudah tentu ketika menamakan TSKI sebagai MB perlu merujuk kepada rakyat. Samada PR ataupun BN tidak pernah merujuk kepada rakyat ketika mencalonkan indivudu sebagai MB atau PM.

PRIHATIN sebagai badan NGO berpegang kepada prinsip dimana setiap individu mesti akur dan patuh kepada amalan peraturan Tataetika serta Tatakelola badan pertubuhan, dimana setiap  NGO sepertimana parti politik mempunyai Jawatankuasa,  keputusan Jawatankuasa mesti dipatuhi oleh setiap ahli. Maka bagi seorang ahli yang tidak menghormati keputusan Ahlijawatankuasa adalah seorang yang tidak punya disiplin serta tanggungjawab.

Kita tidak mahu melihat TSKI mengakhiri rekod baiknya sepanjang menjadi MB Selangor dengan titik hitam sebagaimana MB-MB Selangor terdahulu seperti Dato’ Harun Idris, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib, Tan Sri Abu Hassan Omar juga Dato’ Seri Khir Toyo.
PRIHATIN juga dapat merasionalkan keputusan KEADILAN DAN PAKATAN RAKYAT untuk menukar TSKI kerana beberapa isu yang tidak dapat diselesaikan antaranya;        
  
1.     Isu  Air yang berterusan
2.     Isu Kenaikan Caj Fee Perniagaan yang melambung hingga 500%
3.     Isu Kegagalan meningkatkan kualiti Unisel dan KUis
4.     Isu kegagalan menyelesaikan ribuan Hak Milik Tanah 
5.     Isu kegagalan menyelesaikan masalah projek perumahan terbengkalai
6.     Isu Kegagalan Membina Rumah Mampu Milik yang ditunggu-tunggu rakyat
7.     Isu Kegagalan Membuka Peluang Pekerjaan kepada anak muda
8.     Isu Kegagalan membuka ruang dan peluang baru perniagaan
9.     Isu pengurusan sampah dan kebersihan kawasan
10.  Isu senggaraan dan baikpulih jalan dan longkang
11.  Isu kegagalan membasmi pembiakan nyamuk aedes yang menyebabkan Selangor menjadi negeri tertinggi yang diserang wabak denggi  
12.  Isu KIDEX - pembinaan lebuhraya yang mendapat bantahan daripada ribuan penduduk setempat
13.  Isu Kegagalan meningkatkan pendapatan Golongan Petani dan Nelayan
14.  Isu kegagalan membantu Pelajar Miskin di Unisel dan Kuis
15.  Isu kegagalan meningkatkan taraf sekolah Agama Rakyat
16.  Isu kegagalan meningkatkan taraf Pembangunan Agama Islam
17.  Isu Peribadi yang menjadi pertanyaan umum, bagaimana TSKI dapat menyelesaikan tanggungan hutangnya dengan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
 
  
DATO’ HAJI MAT GHAZALI BIN ABD RAKIM
PENGERUSI
IKATAN PRHATIN SELANGOR 
merangkap Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia Selangor (DPIM Selangor)
No Tel: 012-2839957

Bersama Gabungan NGO-NGO dalam Negeri Selangor
1.     DPIM Selangor
2.     Pusat Khidmat Islah
3.     Jaringan Amal Kerohanian Selangor
4.     Rakan Muafakat Bisnes Selangor
5.     Kelab Anak Muda Bersatu Selangor
6.     Pusat Khidmat Wanita Tg Karang
7.     Kelab Cinta Alam Nusantara
8.     Persatuan Peniaga Alatulis Negeri Selangor
9.     Persatuan Pengail Kuala Selangor
10.  Kelab Pengusaha IKS Negeri Selangor
11.  Gabungan Persatuan Penduduk Hulu Selangor
12.  Kelab Seniman Alam
13.  Kelab Pelukis Kajang
14.  Persatuan Penulis Kuala Langat
15.  Kelab Dinamik Anak Muda Hulu Langat
16.  Persatuan Tamilan Kuala Selangor
17.  Persatuan Pembuat Pau Kelang
18.  Ikatan Pengguna IMPAK
19.  Persatuan Pengamal Perubatan Islam Al Baraqah
20.  Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Selangor
21.  Persatuan Pengusaha dan Pemilik Perniagaan Restoran Muslim
22.  Kelab Sukan Rakyat Harmoni
23.  Yayasan Ikatan Masyarakat Malaysia
24.  Yayasan Pembangunan Ummah
25.  Yayasan Budi Penyayang Malaysia


------------

MAKLUMAT UNTUK PEMANDU





KOMENTAR
kerajaan najib rosmah
sedang kurang duit
ingat bagaimana lesen memandu
nak dinaikkan ke 2000 ringgit

kali ini musim raya
adalah musim menuai
untuk memungut duit
melalui saman

hati hati


MEMERANGKAP

PERANGKAP TELAH DIPASANG

Perangkap hadlaju DI PERLIS, KEDAH DAN PULAU PINANG North Bound 
* Around Ayer Hitam in 60km / h zone. * Sebelum Perwaja Steel. 
* Sg Petani persimpangan. 
* Antara persimpangan Seberang Jaya dan Tol Sg Dua. South Bound 
* PenangBridgeisland akhir. Had laju 80km / j. * Kira-kira 2 km sebelum Juru Toll Speed ??had 90km / j.

TAKTIK PERANGKAP


 Perangkap HADLAJU DI PERAK North Bound 
* Di bawah jambatan di 197.1km dan 198.8km, Simpang selepas Kamunting.
 * Di bawah jambatan di 204.3km, selepas simpang Kamunting.
 * Di bawah jambatan di 208km, sebelum simpang Junction. 
* Di bawah jambatan di 214.8km, sebelum simpang Kamunting. 
* Ipoh Vista Point pada kira-kira 263km. Had laju 80km / j. 
* Di bawah jambatan di 271km,simpang utara Ipoh . 
* Di bawah jambatan di 274.4km, simpang utara Ipoh South . 
* Di bawah jambatan di 286.9km, #kalau tk Nk kena saman kita pakat naik basikal Balik kampung on BUBAR DEWAN ADUN SELANGOR
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 7/24/14

TERIMA 

KASEH

-----------

TIPU JEREBU RASUAH





KOMENTAR

mari kita samakan
jerebu ini dengan
penipuan pilihan raya

awalan dahulu warga
naik berang bila jerebu sampai
bantah sana 
bantah sini
tuduh sana 
tuduh sini

tapi jerebu
tetap sampai

pilihan raya juga sama
awalan dulu bila ada penipuan
dalam pru 13
naik berang
naik minyak
heboh  dengan bantahan

kini dah macam jerebu
jerebu di terima sebagai
sebagai sebahagian dari hidup moden
penipuan dalam pilihan raya di terima
sebagai sebahagian dari hidup moden

sama juga dengan jalan jem
sama juga dengan rasuah
sama juga dengan mesin judi
dan dan dan

semua hot hot ciken shit



KUALA LUMPUR 26 Julai - Dua kawasan masing-masing di Sarawak dan Perak mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 6 pagi ini. Mengikut maklumat yang dipaparkan di laman web... 10:28:26






----------