Rabu, 9 Mei 2012

PELIK TETAPI BENAR - INILAH MALAYSIA NEGARA ISLAM MELAYU




KOMENTAR TUKAT TIUB


kalau haniff omar mengetuai panel
macam babi dilantik jadi imam di masjid


kalau haniff omar dilantik mengetuai panel
macam rahim tambi dilantik jadi guru sekolah perempuan rendah

kalau haniff omar dilantik mengetuai panel
macam vincent tan dilantik menjaga baitul mal

kalau haniff omar dilantik mengetuai panel
macam meminta rosmah mansor menjadi gobenor bank negara



LANTIK BABI JADI IMAM MASJID





BERSIH : HANIFF OMAR KETUAI PANEL SIASATAN BEBAS
- mkini

Bekas ketua polis negara Haniff Omar dilantik mengetuai panel bebas bagi menyiasat dakwaan insiden kekasaran oleh pihak polis ketika menangani perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.

Dilaporkan panel itu akan disertai enam anggota termasuk bekas hakim, wakil media dan ahli akademik.

Beliau baru-baru ini mencetuskan konstroversi apabila mendakwa pihak yang simpati terhadap komunis dan aktif sebagai peserta demonstrasi sekitar 1970-an terlibat dalam perhimpunan BERSIH 3.0.

Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein ketika mengumumkan perkara itu hari ini berkata, terma rujukan panel itu akan ditetapkan dalam tempoh beberapa hari lagi dalam mesyuarat pertamanya.

hanya radio bangsar utama melawan babi dari jadi imam:





MALAM IN I JAM 9.00 RADIO BANGSAR UTAMA





MALAM INI JAM 9.000








MALAM INI DI RADIO BANGSAR UTMA

Akan menemubual dua anak muda penggerak Bersih 3.0 Mereka ialah :

1 - Ginie Lim - Exco Angkatan Muda KEADILAN Malaysia (AMK)

2 - Ustaz Wan Jie Wan Hussein - Blogger, penceramah bebas & Pegawai Khas Exco Belia, Sukan & Adat Istiadat Melayu Selangor

Topik perbincangan ialah mengenai peranan Wanita dalam pembaharuan sistem pilihan raya di Malaysia. Selain itu, Rabu akan membincangkan faRtwa kerajaan Moolaysia yang melarang demonstrasi dan juga isu pemerintah Arab Saudi yang cuba sekat kuota haji.

Kemudian...

SLA IJAWAB SOALAN TINJAUAN RADIO BANGSAR UTAMA:

"Adakah Radio Bangsa Utama cool?"

(a) Ya
(b) a
(c) b

Sila post jawapan anda di facebook kami >>> www.facebook.com/pages/Radio-Bangsar-Utama

Segala surat layang, makluman acara, pandangan, kutukan dan juga cek berpalang, sila alamatkan ke - radiobangsarutama@gmail.com

MALAM INI JAM 9.00 RADIO BANGSAR UTAMA

Berita-berita Bersih
Berita-berita Melawan






KE JALAN RAYA SEBELUM KE PILIHAN RAYA




INI KITA YANG BERDEMO




MENELANJANGI PEMBOHONGAN
Dua minggu sesudah IBU segala demo berlangsung – pelbagai bentuk pembohongan di taburkan. Semua ini dilakukan secara terancang untuk mengalihkan dan memadamkan ingatan orang ramai terhadap isu yang fundumental. Berita , kesah dan kenyataan yang remeh lagi temeh di panjang lebar dan dibesar-besarkan. Semua ini dirancang agar umum terlupa ajenda fundumental.

Ajenda yang fundumental pada ketika ini ialah rakyat menuntut pilihan raya dijalankan dengan adil dan bersih. Ini adalah induk tuntutan. Ini adalah ibu dari segala tuntutan. Ajenda inilah yang menjemput 300 ribu warga turun ke jalan raya pada 28 April yang lalu. Jumlah 300 ribu anak semua bangsa ini adalah bukti bahawa rakyat Malaysia TIDAK lagi yakin kepada proses pilihan raya di Malaysia ini akan di jalankan dengan adil dan bersih.

Rakyat Malaysia – anak semua bangsa – yakin bahawa Suuruhanjaya Pilihan Raya ( SPR) sedang merancang untuk menipu di PRU13 nanti. Tiga ratus ribu keluar berdemo adalah tanda mereka telah hilang keyakinan terhadap sistem pilihan raya di Malaysia. Mereka - 300 ribu - turun berdemo kerana tidak mahu ditipu. Inilah persoalan yang fundumental.

Untuk pencerahan kita bersama dalam tulisan ini saya akan menelanjangi satu demi satu pembohongan yang sedang ditabur. Pencerahan ini adalah persediaan untuk kita semua turun sekali lagi jika kita ditipu dalam pilihan raya yang akan diadakan tidak lama lagi.

Awal wahid – apa yang wajib saya telanjangi ialah konsep : hak menumbangkan kerajaan. Orang ramai terutama orang Melayu selalu ditakut-takutkan dengan perkataan ‘menumbangkan kerajaan’. Perkatan dan konsep ini dikuduskan sehingga orang ramai tidak berani bersuara. Orang Melayu pula ditakut-takutkan dari bergerak menyusun saf untuk menumbangkan kerajaan.

Para pembaca yang budiman, kita tidak harus takut. Jangan merasa gentar untuk terlibat beramai-ramai dalam gerakkan menumbangkan kerajaan. Menumbangkan kerajaan adalah pekara biasa. Kerajaan Suharto tumbang pada tahun 1998. Kerajaan Marcos tumbang pada tahun 1986. Kerajaan Shah Reza Pahlevi di Iran tumbang pada tahun 1980. Kerajaan Mubarak di Mesir tumbang tahun lalu.



Justeru rakyat bangun menumbangkan kerajaan dan sebuah kerajaan tumbang adalah pekara biasa. Bukan satu pekara yang pelik. Bukan satu yang ganjil atau unik.

Dari zaman berzaman kerajaan telah ditumbangkan oleh rakyat. Kerajaan Melayu Melaka tumbang. Kerajaan Majapahit tumbang. Kerajaan Pasai tumbang. Kerajaan Acheh tumbang. Kerajan Turki tumbang. Kerajaan Czar Russia tumbang. Kerajaan Hitler tumbang. Justeru – kita semua tidak perlu takut - menumbangkan kerajaan ini bukan satu jenayah. Bukan satu kerja yang salah.

Mahathir Muhamad menakut-nakutkan orang ramai dari bergerak untuk menumbangkan kerajaan Najib. Mahathir ada sebab. Kerana apabila kerajaan United Malays National Organsiation tumbang maka Mahathir sendiri akan di dakwa di mahkamah dengan pelbagai kesalahan rasuah. Sebab inilah Mahathir bermati-matian mempertahankan Najib Razak dari ditumbangkan oleh rakyat.

Tiga orang bekas ketua polis negara a.k.a polis pencen - telah cuba menakut-nakut orang ramai dari bergerak menyusun saf untuk menumbangkan kerajaan. Para pembaca jagan risau. Sila ketawa kerana mereka ini adalah ‘Three Stooges’ - Tukang Karut macam watak Wok Dogol, Wok Long dan Wok Seman dalam naratif klasik wayang kulit.

Biar saya terangkan bahawa ketiga-tiga Datuk , Tan Seri dan Tun ini ada ‘memiliki’ kes jenayah yang amat besar. Seorang towkay judi pasti takut casinonya akan ditutup. Seorang ahli tinju – masih ada kes yang belum selesai. Dan seorang ‘towkay lendir’ pasti tahu apabila kerajaan United Malays National Organisation tumbang bergantang-gantang lendir akan dihimpap ke mukanya. Justeru cakap-cakap ‘tiga ekor lanun’ ini wajib didengar dengan mulut ternganga dan dua tangan menutup lubang telinga.

Untuk memahami konsep menumbangkan kerajaan mari kita membuka mata untuk melihat ke luar tingkap negara kita. Kerajaan Jimmy Carter telah di tumbangkan oleh Ronald Reagan pada tahun 1980. Kerajaan George Bush telah ditumbangkan oleh Barak Obama pada tahun 2005. Kerajaan Partai Buruh Gordon Brown telah ditumbang oleh David Cameron pada tahun 2010. Paling baru – tiga hari dahulu – di Peranchis, kerajaan Sarkozy telah ditumbangkan oleh Francois Hollande.



Bila saya menuliskan sejarah kerajaan yang ditumbangkan ini maka pasti ada pembaca akan melompat bersuara. Akan menjerit-jerit mangatakan bahawa Ronald Reagan, Barak Obama, Francois Hollande dan David Cameron semuanya menumbangkan kerajaan melalui proses pilihan raya dan bukan berdemo di jalan raya.

Syukur! Saya cukup senang hati apabila ada pembaca yang akan berhujah sedemikian. Saya amat bangga jika ada pembaca yang akan bertegang leher untuk melaungkan ke telinga saya bahawa pilihan rayalah yang telah menumbangkan kerajaan si Ani dan Si Anu. Ini hujah tepat dan saheh. Saya terima hujah ini.

Tetapi, sila dengar pula apa yang ingin sampaikan disini. Kita semua wajib menyedari bahawa pilihan raya di Amerika, di United Kingdom dan di Peranchis tidak menipu. Rakyat di negara-negara ini bebas untuk memilih sesiapa sahaja yang mereka suka. Lembaga Suruhanjaya Pilihan Raya Peranchis tidak merancang untuk menipu para pengundi. SPR Peranchis tidak merancang untuk memastikan Sarkozy menang dan calon Parti Sosialis Francois Hollande kalah.

Di negara-negara ini pilihan raya ialah pesta kebebasan untuk memileh kerajaan baru atau mengundi kembali kerajaan lama. Tidak wujud penipuan. SPR di United Kingdom kerjanya ialah mengatur dan penyusun pilihan raya bukan menipu pengundi.

Penipuanlah yang membezakan diantara pilihan raya di United Kingdom atau di Peranchis dengan pilihan raya di Malaysia. Penipuan ini adalah kunci dan besi berani yang memanggil 300 ribu anak semua bangsa – tua dan muda – turun ke jalan raya pada 28 April yang lalu. Pengundi di Malaysia TIDAK mahu lagi ditipu.

Pilihan raya yang menumbangkan kerajaan di United Kingdom atau di Peranchis adalah pengundian saheh dari warga negara. Bukan saperti di Malaysia dimana SPR dengan kerjasama United Malays National Organisation telah memberi Mat Bangla dan Mat Indon kad pengenalan. Dengan kad pengenalan segera ini ‘warga asing’ akan dipaksa untuk mengundi United Malays National Organisation.

Kerajaan Sarkozy ditumbangkan bukan dengan menggunakan pengundi hantu. Kerajaan Gordon Brown ditumbangkan bukan kerana undi pos. Ronald Regan menumbangkan Jimmy Carter bukan dengan membuat persempadanan semula atau menghilangkan nama pengundi.

Maka jelas kerajaan-kerajaan yang ditumbangkan ini adalah melalui proses pilihan raya yang bersih dan adil. Bukan dengan penipuan.



Jika para pembaca telah memahami apa yang saya tulis diatas maka mari kita melihat pula bagaimana Suharto, Marcos dan Mubarak menjalankan pilihan raya. Suharto juga mengadakan pilihan raya. Tetapi majoriti dari 445 ahli parlimen adalah yang dilantik. Ini samalah saperti yang sedang berlaku di Myamar sekarang. Parti Ang Suu Ki memenangi 45 dari 46 kerusi yang dipertandingkan. Tetapi parlimen Myamar ada 664 Yang Berhormat. Selain dari 45 YB yang dipileh – semuanya dilantik oleh tentera.

Marcos menjadi Presiden Filipina selama 20 tahun. Kempen pertama Marcos pada tahun 1965 hingga ke hari ini masih menjadi buah mulut. Ferdinand Marcos menjadi Presiden melalui penipuan, melalui beli undi dan melalui paksaan.

Kesah Hosni Mubarak dari Mesir lebih indah dan menarik. Mubarak menjadi Presiden selama 30 tahun semenjak tahu 1975. Pada tahun 1987, 1993 dan 1999 dengan licik Mubarak telah mengadakan pungutan suara – bukan pilihan raya – untuk memastikan dia terus berkuasa. Pada tahun 2005 Mubarak telah dicadangkan sekali lagi oleh Parlimen Mesir untuk menjadi Presiden. Lalu dilakukan pemungutan suara. Sayangnya hanya Mubarak seorang saja calon yang ada untuk dipileh.

Rakyat Mesir semakin marah. Tuntutan pilihan raya bersih dan adil mula kedengaran. Maka pada bulan September tahun 2005 diadakan pilihan raya dengan pelbagai parti bertanding. Sebelum pilihan raya dijalankan Parlimen telah meluluskan undang-uandang dan akta untuk memastikan semua kuasa mutlak masih lagi ditangan Presiden Mubarak.

Kes Suharto, Marcos dan Mubarak ini adalah kes klasik dalam Dunia Ketiga. Kita tidak perlu lagi melihat kes Mobutu Seseko dari Congo atau Mugabe dari Zimbabwe. Semua mereka ini adalah contoh pemimpin negara Dunia Ketiga yang menang dalam pilihan raya.

Biar saya tuliskan apakah dia ciri-ciri negara Dunia Ketiga agar pencerahan ini akan membantu kita semua untuk memahami apa yang sedang berlaku sekarang. Ciri utama ialah ruang demokrasi amat sempit dalam negara Dunia Ketiga. Sistem kapitalis yang digunakan pakai ialah kapitalisma kroni. Elit politik dan elit ekonomi hidup dengan kaya raya. Rasuah menjadi budaya. Media dikongkong. Polis, sistem kehakiman, badan agama dan tentera digunakan untuk mengancam orang ramai.

Semua ciri dan watak-watak ini terdapat di Malaysia. Hakikatnya Malaysia walau pun memiliki bangunan tinggi Petronas tetapi masih lagi berwatakkan negara Dunia Ketiga.



Parti United Malays National Organisation telah berkuasa selama 54 tahun. Ini satu jangka masa yang amat panjang. Perlembagaan telah diubah berkali-kali. Pelbagai akta telah ditambah. Pelbagai lembaga telah ditubuh. Semua ini untuk memastikan United Malays National Organisation terus berkuasa.

Suharto, Marcos dan Mubarak menipu dalam pilihan raya untuk terus bedrkuasa. Rejim Najib Razak dan United Malays National Organisation juga sedang merancang untuk menipu dalam PRU13. Suharto, Marcos dan Mubarak menang dalam pilihan raya tetapi dihambat keluar oleh rakyat.

Jangan silap faham – saya tidak menolak pilihan raya. Apa yang ditolak oleh rakyat ialah penipuan dalam pilihan raya. Justeru, jika kali ini United Malaya National Organsiation melalui SPR menjalankan penipuan dalam PRU13 – maka rakyat Malaysia tidak ada pilihan melainkan turun ke jalan raya.

Sama saperti yang berlaku di Indonesia, Filipina dan Mesir – sesudah rejim lama dihumbankan maka satu SPR baru ditubuhkan. SPR yang baru inilah yang akan mengendalikan satu pilihan raya yang adil dan bersih. Ini bukan satu angan-angan. Ini satu janji.(TT)



http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/




http://www.radiobangsarutama.com/


NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar
SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
: 03-22-72-40-45







BERITA DARI FACE BOOK




MUKA MUKA INI WAJIB DI KENALI






DARI FACEBOOK SOFI WAHAB

Sidang media tadi..bersama MB Kedah soalan 1 : apa komen Dato' Seri mengenai kenyataan yg mengatakan perhimpunan bersih hendak menggulingkan kerajaan. Jawapan : memang kita nak gulingkan pun..kita nak p putra jaya tapi kita nak guling cara demokrasi..cara pilihanraya..

soalan 2 : apa komen Dato' seri tentang keganasan yg dilakukan oleh peserta bersih jawapan : kenapa nak ty peserta bersih lakukan keganasan,,polis pun lakukan keganasan..macamana....mcm org main bola..aku sepak hang..hang sepak aku..xmau kena sepak..dok rumah..sapu minyak angin..

MORALNYA ~ mmg demam wartawan kalau hangpa nak spin soalan kat orang tua ni..Padan muka hangpa dok bagi bola tanggung..Kena smash tepat di hati.... JANGAN SAKIT HATI...
Like · · about a minute ago



KITA BERDEMO LAGI AHAD INI














laporan jelas berani langgar:





INI AJENDA 300 RIBU YANG BERDEMO 28 APRIL DULU





TUNTUTAN 300 RIBU YANG JELAS





PKR GESA TUBUHKAN TRIBUNAL ISU SPR
- mkini

PKR menuntut perdana menteri menasihatkan Yang di-Pertuan Agong supaya menubuhkan tribunal untuk menyiasat sama ada pengerusi dan timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) benar-benar anggota Umno.

Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR R Sivarasa berkata, surat rasmi akan dikirim kepada perdana menteri bagi tujuan itu.

Sivarasa, tindakan itu perlu diambil kerana Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa pengerusi SPR hilang kelayakan jikamemegang jawatan dalam sebarang organisasi atau badan selepas tiga bulan dilantik.

"JikaPM gagal menasihat baginda untuk menubuhkan tribunal, kita akan mengadap terus kepada Agong," katanya dalam sidang media hari ini.

MERANCANG UNTUK MENIPU PRU13




PAS BERI 30 HARI PENGERUSI SPR, TIMBALAN LETAK JAWATAN - minsider

KUALA LUMPUR, 30 April — PAS memberi masa 30 hari untuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk meletakkan jawatan selepas terdedah keahlian mereka dengan Umno.

“Kita beri notis 30 hari untuk kedua-duanya meletakkan jawatan. Sewajarnya mereka tidak non-partisan, kerana mereka merupakan ‘pengadil’ dalam sesebuah pilihan raya,” tegas Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi semalam.

Harakahdaily melapurakn beliau berkata demikian sebagai mengulas terbongkarnya identiti Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad bin Wan Omar yang merupakan ahli Umno.

Katanya, sebagai seorang ‘pengadil’, adalah tidak adil baginya memihak kepada mana-mana ‘pemain’.”Sama macam bola sepak. Kalau Manchester United lawan Manchester City, mana boleh pengadil dari Manchester United. Mana boleh Selangor lawan Kelantan, pengadilnya Selangor. Teruklah Kelantan,” kata beliau.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... PATUTLAAH PILIHANRAYA PAKATAN TAK MENANG... kah kah kah..

kah kah kah...RUPA RUPA NYA SPR INI PERKAKAS GEROMBOLAN.... kah kah kah...

kah kah kah....PATUT LAAA BUAT FAK WA DAN FAK WEE.... kah kah kah..

kah kah kah.... NAK SURUKKAN CERITA INI DARI ORANG RAMAI... kah kah kah...


NOTA:
menuntut semua ahli lembaga spr
letak jawatan adalah sebahagian
dari tuntutan bersih 3.0


ajenda ini sengaja ditenggelamkan
agar orang ramai tidak sedar
di tenggelamkan agar
orang ramai tidak membincankan ajenda ini


layari radio bangsar utama sekarang:





SEKALI LAGI BERITA BAYI DI BUANG DAN DIBUNUH MATI



KOMENTAR TUKAR TIUB

berita bayi dibuang
berita bayi dibunuh
muncul kembali

inilah dia masyarakat kita
inilah hakikat masyarakat melayu islam
inilah dia hakikat masyarakat kita hari ini

para agamawan sibuk berfatwa berfatwi
para menteri terlibat dalam komisen jual beli
perdana menteri terlibat dalam kes bunuh kekasih sendiri
isteri menteri sibuk ke hulu ke hilir menghias diri
para yb sibuk merancang untuk menipu curi undi

para hakim senyap berdiam diri
para ilmuan jadi kang kong dalam universiti
para seniman sibuk berkarya jual diri
para wartawan sibuk menulis kesah porno dalam almari

polis siasat pelajar
tentang melancap berapa kali sehari

bila agaknya kita akan keluar dari lubang yang kita gali
bila agaknya kita dapat menjadi warga yang ada hormat diri
bila agaknya kita akan membuka mata dan melihat sendiri

ini bukan tanda akhir zaman
ini bukan tanda dunia akn kiamat

ini adalah tandanya terlalu ramai orang baik baik
ini adalah tandanya terlalu ramai orang yang berbudi
ini adalah tandanya terlalu ramai orang yang berbahasa
tidak melakukan apa apa

yang terjadi ini
yang berlaku ini
yang sedang kita baca ini
adalah berita kita sendiri






BAYI DI TEMUI BERBALUT PLASTIK DI IPOH - berita hairan


2012/05/08
IPOH: Seorang bayi lelaki ditemui dalam keadaan berbalut plastik di tepi jalan kawasan perumahan di Dataran Anjung Bercham, di sini, tengah malam tadi.

Bayi itu ditemui seorang penduduk kira-kira jam 12 malam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Ahmad Termizi Haq, berkata pihaknya menerima maklumat awam mengenai penemuan bayi itu kira-kira jam 12.05 malam.



REMAJA LEMASKAN BAYI DALAM BALDI - berita hairan

2012/05/02
SUNGAI PETANI: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun melemaskan bayi yang baru dilahirkan teman wanitanya yang juga pelajar sebuah sekolah menengah di sini, dalam baldi berisi air sebelum menanamnya di kawasan semak berhampiran kilang di Taman Ria Jaya di sini, Ahad lalu.

Difahamkan pelajar perempuan Tingkatan Lima terbabit melahirkan bayi itu di rumahnya dalam keadaan cukup sifat, malam Sabtu lalu.
Selepas melahirkan bayi malang itu, teman lelaki pelajar perempuan terbabit yang bekerja di pasar malam di sini, bertindak melemaskan bayi itu dalam baldi berisi air sebelum membungkusnya dan disimpan di almari.
Keesokan harinya, pelajar perempuan terbabit memasukkan mayat bayi itu ke dalam begnya untuk dibawa ke sekolah.

Dia kemudian menghubungi teman lelakinya pada kira-kira jam 10 pagi sebelum keluar dari sekolah.

Pasangan kekasih itu kemudian menanam mayat bayi itu di kawasan semak berhampiran kilang di Taman Ria Jaya di sini.

Sumber berkata, mayat bayi itu hanya ditemui polis pada jam 11 malam kelmarin selepas pelajar perempuan itu ditahan di rumahnya di Taman Kelisa di sini, manakala teman lelakinya ketika sedang berniaga di pasar malam berhampiran taman berkenaan pada jam 9 malam kelmarin.
Beliau berkata, perbuatan pasangan kekasih terbabit terbongkar selepas pelajar perempuan itu menceritakan kejadian kepada beberapa rakannya yang kemudian melaporkannya kepada seorang guru kaunseling.

Katanya, siasatan awal menunjukkan bayi lelaki malang itu masih bernyawa ketika dilahirkan.

“Dua remaja terbabit membawa polis ke tempat mayat bayi itu ditanam. Ketika ditemui mayat bayi itu berada dalam keadaan sempurna dengan tali pusatnya yang sudah dipotong,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Muda, Deputi Superintendan Ricky Tey, ketika ditemui di lokasi kejadian semalam mengesahkan dua remaja terbabit ditahan bagi membantu siasatan.

Katanya, remaja perempuan itu kini ditahan dan rawat di wad bersalin Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.

layari radio bangsar utama sekarang:



KUMPULAN ZAKAR TERUS MENGELUARKAN FAK WA




NOTA


kumpulan zakar telah bermuzakar
mereka telah bersetuju untuk
mengelurkan fak wa

sesudah mengeluar fak wa
mereka akan berzakar dan berzikir
kah kah kah






INI FARTWA DARI PEMBACA:

FartWa Terbaru Majlis FartWa Kebangsaan: Majlis FartWa Kebangsaan yang di lantik oleh Bayangan-bayangan Tuhan di Muka Bumi telah membuat ketetapan bahawa HARAM, hukum nya, menentang pemerintah; walau pun pemerintah itu zalim dan durjana. Pemerintah yang zalim ialah pembalasan tuhan yang maha esa kepada ummah yang tidak bertaqwa.

Oleh itu, menentang pemerintah yang zalim ialah satu perbuatan engkar kepada penentuan tuhan yang menjangkaui aqal fikrah manusia. FartWa ini di rumus berdasarkan nas-nas soheh yang di utarakan oleh ulama-ulama besar dari petronas, bernas dan Pekan Nenas. Ummah, WAJIB patuh dan taat kepada pemerintah supaya selamat dan sejahtera di dunia tanpa di ganggu-gugat oleh ISA, OSA, PPPA, SB, tear gas, water cannon, dan sebagai nya. Dan di akhirah berada satu saf dengan orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Ummah, HARUS menumpukan hanya kepada amal ibadah sebagai bekalan di akhirah tanpa menglibatkan diri dengan kegiatan-kegiatan menentang pemerintah.

Ummah, juga HARUS bertaqwa dan menerima pemerintah yang zalim dan durjana sebagai satu ujian dari tuhan yang maha mengetahui. FartWa yang bersifat mukjizah ini bertujuan memberi petunjuk kepada jalan yang di redhai oleh tuhan yang maha berkuasa. Tan Sri Ampusini bin Dato' Seri Ampusana Pengerusi, Majlis FartWa Kebangsaan.
By Anonymous on WAHAI HASAN ALI ! MANA DIA VIDEO MELAYU MURTAD ... on 5/8/12


semua fatwa untuk jadi cool boleh didengar disini:








RABU – RADIO BANGSAR UTAMA

rabu ialah stesen radio internet
rabu ialah stesen radio melawan
rabu ialah stesen radio melanggar
rabu ialah stesen radio cool
rabu ialah stesen radio chic
rabu ialah stesen radio radikal

layari sekarang:
www.radiobangsarutama.com

pada minggu ini
setiap malam dari jam 9.00 malam
siaran terus menerus

dari rabu akan dapat didengari:
berita bersih
berita menghasut
berita terkini

dari rabu akan berkumandang:
lagu punk rock
lagu rock klasik
lagu rock kapak
lagu metal
lagu perjuangan
lagu melawan
lagu sosialis
lagu komunis
lagu lagu perjuangan dari seluruh dunia

sesekali ada lagu mat bunga
sesekali ada lagu mat jiwang

jadi cool jadi kawan rabu
BE COOL – BE DARE





PENEROKA FELDA KENA TIPU OLEH MAT MONGOL





DUSUN DURIAN AKAN TERGADAI






PENEROKA FELDA BERHAK MENDAPAT RM50,000 SATU KELUARGA, BUKANNYA RM15,000

Pengumuman yang dibuat Dato’ Seri Najib Tun Razak bahawa setiap peneroka FELDA akan mendapat ganjaran RM15,000 selepas penyenaraian FELDA membuktikan sekali lagi bahawa pentadbiran Barisan Nasional membolot kekayaan sesama mereka, sedang rakyat diberikan hampas dan imbuhan kecil sahaja.

KEADILAN telah meneliti prospektus penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) untuk menentukan berapakah nilaian sebenar ganjaran yang sepatutnya diperolehi oleh peneroka FELDA. Proses ini turut melibatkan perbincangan dengan penganalisa pasaran untuk menentukan prestasi FGV dan harga setiap unit saham apabila disenaraikan kelak.

Berdasarkan prospektus penyenaraian, dana yang akan dikutip oleh FELDA selepas penyenaraian berjumlah RM5.6 bilion, sementara FGV pula akan mendapat suntikan dana tambahan berjumlah RM4.557 bilion.

Ini berikutan urusniaga berikut:

1. FELDA akan menjual 59% dari pegangannya sedia ada di dalam FGV (bersamaan 1,208,890,900 saham) kepada pelabur-pelabur baru

2. FGV akan menerbitkan saham baru berjumlah 980,000,000 yang akan dijual kepada pelabur-pelabur baru

3. Harga penyenaraian setiap unit saham adalah RM4.65

4. Dana tambahan yang dikutip oleh FELDA adalah RM4.65 X 1,208,890,900 = RM5.6 bilion

5. Dana tambahan yang dikutip oleh FGV adalah RM4.65 X 980,000,000 = RM4.557 bilion

Jumlah keluarga peneroka FELDA di seluruh negara adalah 112,635 yang berhak mendapat keuntungan dari proses penyenaraian ini kerana tanah-tanah seluas 840,603 ekar yang diusahakan oleh Felda Plantatians Sdn Bhd adalah milik mereka. Tanah ini dipajakkan kepada FGV yang memberi nilaian besar kepada penyenaraian ini. Tanpa tanah yang diambil oleh FELDA atas nama peneroka ini, penyenaraian FGV akan gagal.


Oleh yang demikian, KEADILAN berpendapat Dato’ Seri Najib Tun Razak harus berterusdana yang dikutip akan diagihkan kepada peneroka. Jumlah keseluruhan agihan ini terang kepada rakyat bahawa hanya 30% (berjumlah RM15,000 setiap keluarga) dari adalah RM1.689 bilion.

Bakinya yang lebih besar (iaitu 70% dari jumlah dana yang dikutip) berjumlah RM3.942 bilion akan disimpan dan digunakan oleh pentadbiran beliau.
Maka, reaksi pertama KEADILAN kepada pengumuman beliau pada hari ini adalah:

1. Dato’ Seri Najib Tun Razak wajib mengagihkan KESEMUA dana yang dikutip oleh FELDA kepada peneroka. Ini bersamaan dengan RM50,000 setiap keluarga, bukannya RM15,000 yang diumumkan. KEADILAN mencabar beliau mengumumkan agihan keseluruhan RM50,000 ini; dan

2. Pentadbiran Barisan Nasional mestilah memperincikan bagaimanakah baki RM3.942 bilion akan dibelanjakan supaya ada ketelusan dan amanah.
Ini bukanlah kali pertama Dato’ Seri Najib Tun Razak berpura-pura mendahulukan rakyat sedangkan di belakang beliau dan suku sakat mengaut keuntungan besar dengan menggunakan nama rakyat.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

WONG CHEN
PENGERUSI, BIRO PERDAGANGAN DAN INDUSTRI
8 MEI 2012



layari radio bangsar utama sekarang:



BERITA YANG DI TUNGGU TUNGGU OLEH ORANG RAMAI




NOTA:


berita sedih untuk bik mama
berita sedih untuk mat mongol
berita sedih untuk razak baginda

kepada kaum keluarga azilah dan sirul
ini berita baik

kepada kaum keluarga azilah dan sirul
beri tahu kedua yang aka di gantung ini
untuk mula membuat pengakuan
agar terselamat dari tali gantung

jangan jadi bodoh
lendir najib dapat
tali gantung kamu berdua dapat
ini kerja bodoh!


SELAMAT DATANG ATAU SELAMAT TINGGAL UNTUK PARIS




HOWAT LAMBAT SANGAT BUAT LAPORAAAAN?




SALUT UNTUK YANG BERANI




5 NGO GESA TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP PEMIMPIN PESERTA PERHIMPUNAN
- berita hairan

ALOR SETAR: Lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kedah hari ini membuat laporan polis meminta supaya tindakan undang-undang dikenakan terhadap peserta dan pemimpin perhimpunan di Dataran Merdeka, di ibu negara pada 28 April lalu.

Laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada jam 10 pagi itu dibuat oleh Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah SeMalaysia (PEKIDA) Kota Setar, Badan Generasi Prihatin (BGP), Persatuan Peniaga Kecil Kedah, Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) dan Persatuan Penduduk Jalan Lumpur, Alor Setar.

Pengerusi PEKIDA Kota Setar, Mursyid Ariffin, berkata perhimpunan itu merosakkan harta awam dan menyebabkan pergaduhan serta kecederaan dan turut menggangu masyarakat setempat.

Beliau berkata, perhimpunan itu bukan saja mencabar kewibawaan polis malah turut meremehkan arahan mahkamah, undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

"Perhimpunan BERSIH dilihat satu cubaan menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong dan cubaan untuk menggulingkan kerajaan dengan cara itu adalah tidak bertamadun," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. - TIEWNAMA


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit...MASA BERSIH 2...MALAON INI SEMUA BUAT LAPORAN POLIS SEBELUM DEMO... kah kah kah...

kah kah kah...BUAT AMARAN...BUAT ANCAMAN...kah kah kah..

kah kah kah...TAK ADA SAPA AMBIL POT... kah kah kah...

kah kah kah...HASILNYA BERSIH 2... 50,000 YANG TURUN.... kah kah kah..

kah kah kah....KALI INI UBAH TRIK.... kah kah kah..

kah kah kah...SEBELUM DEMO TAK ADA LAPORAN POLIS...kah kah kah..

kah kah kah...TAK ADA SILAT GANDA WANG ANDA.... kah kah kah..

kah kah kah.... TAK ADA SILAT PULUT ....TAK ADA SILAT CEKAK PINGGANG... kah kah kah...

kah kah kah...TAK ADA PUKIDA ... TAK ADA PUKISA... kah kah kah..

kah kah kah...300,000 DEMONSTRAN YANG TURUN.... kah kah kah..

kah kah kah....SEKARANG BUAT LAPORAN POLIS?..... kah kah kah...

kah kah kah...DAH TERLAMBAT.... kah kah kah.....

kah kah kah...300,000 ANAK MUDA SUDAH PANDAI BERDEMO...kah kah kah...

kah kah kah....MEREKA TAK HIDU GAS PEMEDIH MATA.... kah kah kah..

woit... SAMPAI MAMPOOOS TAK AKAN SOKONG GEROMBOLAN.... kah kah kah...


layari sekarang radio bangsar utam: