.

Rabu, 5 Februari 2014

PENJUAL AGAMA TAK DIPERLUKAN








PENJUAL AGAMA TAK DIPERLUKAN
Sekarang zaman Internet. Kita tak perlu tukang jual agama lagi. Tak tahu soal agama kita boleh tanya Tok lebai Google. Tukang jual agama ni kebanyakannya makan free berak cangkung. Oleh sebab itu wang cukai yang dibazirkan untuk membayar gaji tukang jual agama patut digunakan untuk membantu orang miskin. 

Utusan Meloya menggesa Anwar belajar daripada Maria Ozawa, pelakon porno Jepun yang tidak dibenarkan masuk ke Indonesia. Mengapa tak menggesa tukang jual agama, rajah gopal dan free loaders belajar daripada Maria Ozawa? 

Maria Ozawa menjual tubuh gebu dia untuk menjadi kaya. Untuk mencari nafkah, dia tidak menipu orang ramai, tidak macam tukang jual agama yang mengajar suami menipu isteri dengan menjanjikan pinggan mangkuk jika isteri merestui suami kahwin lagi satu. Tak macam free loaders yang tamak dan menghabiskan wang rakyat. Kesimpulan: Tukang Jual Tubuh macam Maria Ozawa dan China Dolls jauh lebih mulia daripada Tukang Jual Agama. on MENJUAL DAN PENJUAL AGAMA
Publish | Delete | Spam
Tukang Jual Tubuh Maria Ozawa

at 6:29 PM

MALAM ESOK

----------

SALUT KAWAN





 SALUT UNTUK

 KAWAN



DARI FACE BOOK 



Serikandi Rejimen Ke-10, bekas Ketua Awas Pahang, Siti Norkiah Mahmood Baginda telah meninggal dunia pada 4.45 pm di kediamannya di Kampung Perdamaian Sukhirin (Ban Chulabhorn Patana 12). Jenazahnya akan dikebumikan pagi esok di tanah perkuburan Sungai Golok, Narathiwat, Selatan Thailand.
Like ·  ·  · 20 hours ago · 


Like ·  ·  · 20 hours ago · 


-------

APA DIA KAJANG?







 MEMAHAMI KAJANG


 YANG KAJANG DAN YANG DIKAJANGKAN


Menurut satu riwayat lisan dari kajian Universiti Kebangsaan – perkataan ‘kajang’ untuk orang Melayu bermakna berteduh. Manakala untuk Orang Asal  perkataan ‘kajang’ bermakna bertikam.  Berteduh dan bertikam dua makna perkataan yang amat jauh bezanya. Pada bulan Febuari 2014 ini Kajang menjadi heboh-heboh politik. Jika dihalusi kelihatan perkataan ‘kajang’ sedang memberi makna yang amat tepat untuk DUN N25.  Tulisan  saya  bertujuan untuk memperlihatkan siapa yang akan ‘berteduh’ dan siapa yang akan ‘ditikam’.

Justeru adalah satu jenayah kepada diri  saya jika saya tidak terangkan kepada pembaca apakah makna Pilihan Raya Kecil DUN25 Kajang. Wajib diakui PRK Kajang ini memberi makna yang amat mendalam bukan hanya untuk PKR dan Pakatan Rakyat. PRK DUN25 Kajang ini wajib dilihat sebagai strateji mara maju ke Putrajaya.

Awal sekali saya ingin menerangkan kepada ‘kaki bising’ yang membuat bising apabila DUN Kajang dikosongkan.  Kaki bising ini dikenali sebagai ‘ chattering class’ atau Kelas Berleter. Dalam kes Kajang merekalah yang mula membuat andaian diawan-awan. Adaian tanpa memahami realpolitik. Tanpa berlatarkan  pemahaman politik berasaskan kelas dan ekonomi.

Biar saya terangkan apa itu ‘Kelas Berleter’ dan siapakah mereka ini. Kelas Berleter  dalam konteks Malaysia adalah sosok-sosok yang  bahasa pengucapn leteran harian mereka adalah Bahasa Inggeris. Mereka memiliki tahap ekonomi dan pendapatan yang lumayan berbanding dengan pemandu teksi atau Pak Cik Felda. Mereka kaum profesional. Wilayah kediaman mereka adalah di Bangsar, Taman Tun, Bukit Damansara atau wilayah yang semasa denganya.

Kelas Berleter menentang rasuah. Mereka mahu pilihanraya bersih. Tetapi apabila diajak bersama berusaha menjatuhkan United Malays National Organisation  mereka dengan pantas akan mendabik dada sambil berkata bahawa mereka ‘ non partisan’. Bermakna mereka tidak menyebelahi  Pakatan atau Barisan. Secara tetiba ilmu pelajaran dan fikrah mereka menjadi  kontot apabila  orang ramai  terutama anak muda ingin menggulingkan United Malays National Organisation. Mereka menjadi takut dan kecut melihat ombak ribuan anak muda ke jalan raya. Kelas Berleter ini gagal memahami punca  utama  yang menyebabkan Malaysia menjadi saperti Malaysia hari ini.

Ramai sosok Kelas Berleter ini terdiri dari kaum opurtunis kerana mereka mencari makan dari  tong yang disediakan oleh United Malays National Organisation. Menggulingkan United Malays National  Organisation akan  memporak perandakan  kehidupan  selesa mereka. Ini berbeza dengan anak muda, para setinggan, warga tak bertanah, orang kampong dan kaum buruh dan kaum imigran – yang akan sentiasa sedia  bangun mendobark sistem yang ada. Orang ramai tanpa berselindung ingin menjatuhkan United Malays National Organisation  kerana mereka membanting tulang menjadi hamba – walhal Kelas Berleter ini hidup senang lenang.

Dalam sejarah perjuangan untuk menuntut keadilan dan melawan kezaliman Kelas Berleter ini boleh dijadikan kawan perjalanan. Tetapi kerana kepentingan  ekonomi mereka terikat rapat dengan kepentingan kelas memerentah – kemungkinan mereka belot adalah besar.  

Pada hemat saya dalam usaha kita untuk menjatuhkan kerajaan Ketuanan Melayu hari – kita  akan sampai ke satu tahap dimana Kelas Berleter ini akan membawa masalah. Dalam konteks politik moden mereka ini adalah  sebahagian dari jalan penyelesaian dan sebahagian dari  masalah. The chattering class are part of the problem and part of the solution.

Kelas Berleter  ini apabila diajak untuk bersama ke dalam kacah politik akan menolak. Penglibatan maksimum mereka hanya aktif dalam NGO yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengucapan. Justeru Mak Cik dan Pak Cik Felda tidak ambil pot terhadap mereka. Bila ini berlaku Kelas Berleter ini menjadi pelik dan hairan kenapa Mak Cik Felda masih lagi  menganggap mereka  ‘kaum pendatang’ yang ‘ cari makan’ di Tanah Melayu.

Saya mengkajangkan Kelas Berleter ini kerana mereka cuba duduk dilantai selamat yang suci murni tanpa mendalami dan apa yang berlaku. Mereka melihat MB Selangor tanpa memahami apa dan siapa sebenarnya Khalid Ibrahim ini.


Harus kita semua akui bahawa Khalid Ibrahim adalah satu-satu MB Selangor yang tidak makan rasuah. MB Khalid berkhidmat secara jujur untuk rakyat Selangor. MB Khalid mentabir dengan telus. Semua ini adalah dan tanda-tanda positif seorang pemimpin. Tetapi dalam politik berparti , dalam real politik – semua ini TIDAK mencukupi.

Khalid Ibrahim MB Selangor TIDAK memiliki kefahaman politik. Keilmuan  yang cemerlang dalam bidang ekonomi TIDAK menjamin si Polan itu menjadi bijak berpolitik. Politik adalah satu seni - seni pengurusan, seni pentabiran dan seni mengumpul sokongan dan membina kekuatan. Khalid jelas  tidak memiliki kefahaman seni berpolitik. Ini bukan satu jenayah. Cuma dalam pertempuran politik di Selangor MB Khalid akan tewas. Bukan sahaja tewas  ditangan Azmin Ali – malah ditangan Mak Cik Felda pun  Khalid akan tewas.

Biar saya terangkan apa yang terjadi di Kelantan pada tahun 1977/78.  MB Kelantan pada ketika itu ialah Mohamed Nasir dari PAS.  Sosok ini sama saperti Khalid Ibrahim dilihat baik, jujur, ikhlas dan bersih. Sayangnya  Mohamed Nasir sama saperti Khalid Ibrahim enggan mengikut garis parti.  Si MB ini membadak seorang diri membuat apa yang difikirkan baik tanpa menjamin kepentingan parti.  Seharusnya dalam sistem parti berparlimen – parti mengemudikan kerajaan – bukan individu menjadi jurumudi. MB hanya menjalankan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh parti.

Parti Pas akhirnya meluluskan undi tidak percaya kepada  Mohamed Nasir. Ini menimbulkan krisis hingga Darurat diistiharkan dan  Dewan Negeri Kelantan digantung  pada November 1977.  Pada ketika itu Mahathir, Ku Li dan kuncu-kuncu mahu menggulingkan kerajaan Kelantan. Ini tidak jauh berbeza dari apa yang sedang berlaku di Selangor. Huru hara politik Kelantan 1977/78 dibantu oleh  sikap Mohamaed Nasir yang buta politik yang akhirnya menjayakan projek United Malays National Organisation. Kerajaan Pas digulingkan. Justeru,   PRK Kajang  pada asasnya ialah untuk  mengelakkan perulangan agenda Ketuanan Melayu ini.

Orang ramai juga mendengar  leteran  gerombolan NGO.  Ada yang mengatakan ini bukan demokrasi. Ada yang mengatakan PRK di Kajang ini membazir duit.  Untuk pekara ini biar saya tanyakan kepada Kelas Berleter ini.  Apabila Najib membeli Scorpene kenapa tidak bising dan heboh. Bukankah ini membazir kerana setiap tahun Malaysia perlu menbayar hampir 500 juta ringgit untuk mengendalikan kapal selam ini.

Ketika berita  anak Rosmah Mansor membeli kondo di New York  tersebar luas kenapa Kelas Berleter ini menikus  TIDAK bersuara. Kenapa tidak ditanya dari mana datangnya duit anak Rosmah ini. Kenapa tidak ada yang menulis surat di Face Book atau di laman-laman web mempertikaikan Rosmah dan anaknya. Yang bising dan heboh  menibai Rosmah hanyalah anak-anak muda dalam Face Book. Anak muda terus ujur dan ikhlas tanpa kepentingan  untuk menjadi Peguam atau menjadi Akountan atau menjadi talibarut mendapat kontrek dari jaringan syarikat United Malays National Organisation. Hakikatnya, Kelas Berleter dan para NGO  ini senyap menikus.

Ada juga gerombolan NGO yang mengatakan  langkah PKR ini bukan  demokrasi. Bila saya terbaca yang ini saya tersedak dan hampir muntah. Ini kerana ramai yang tidak faham apa itu politik dan apa itu demokrasi. Ada pula yang cuba menayangkan Phd mereka dengan harapan hujah mereka menjadi lebih masin. Mereka ini juga adalah hampeh. Tersorok dalam hati mereka – sebenarnya  mereka SUKA United Malays National Oreganiastion terus berkuasa.

Betul ke ini? Betul. Kelas Berleter ini hanya berleter secara luaran sahaja.  Parti Ketuanan Merlayu ini telah berjaya bersama kaum feudal Melayu membodohkan Bani Melayu. Dengan bonsainya fikrah Bani Melayu maka dengan senang  Kelas Berleter ini merasuah Politikus Melayu dan merembat harta kekayaan negara ini. Kerana itu  mereka akan terus enak bermastautin di Bangsar dan tidak di Kampong Kerinchi.

Dan yang penting sekali ialah kita memahami  tahap dan sifat politik bumi Malaysia ini. Jangan kita jadi bebal. Ada pilihan raya bukan bermakna ada demokrasi. Ada Parlimen bukan bemakna ada demokrasi. Ada RTM dan The Star  bukan bermakna ada  demokrasi.  Apa yang wujud dalam politik kenegaraan  di Malaysia ini adalah ‘prosedure democracy – prosedur demokrasi’. Kelihatan wujud prosedur tetapi tanpa pengisian dan roh demokrasi yang membawa kebebasan.

Malaysia yang satengah feudal dan satengah kolonial ini TIDAK difahami secara tuntas oleh Kelas Berleter. Ini kerana mereka tidak  berupa berfikir lebih jauh dari  niat  dan cita-cita untuk terus membosaikan Bani Melayu. Leteran mereka itu adalah leteran  kepentingan diri untuk memastikan United Malays National Organisation terus berkuasa. Mereka takut akan ombak perubahan yang akan dibawa oleh anak muda melalui jalan raya. Maka leteran mereka wajib dibaca sebagai membeli saham dan megada-ngada.  Ini saham untuk  memperlihatkan bahawa mereka  juga ingin tahu hal negara ini.

Jelas dalam tulisan ini  saya telah mengkajang  dengan pisau tajam Kelas Berleter tanpa berlapik. Ini wajib dilakukan kerana  dari pengalamam sejarah Kelas Berleter ini akan memberatkan dan membaling sepana ketika orang ramai dan anak muda turun ke jalan raya. Kelas Berleter yang menyamar dibelakang  NGO ini wajib dibogelkan  dahulu. Sosok saperti Vincent Tan atau Ananda Krishana itu jelas dapat dilihat sebagai musuh berbanding dengan Kelas Berleter yang sedang menyamar. Bagaimana pula dengan pergolakan dalaman PKR? Dikatakan PKR menggunakan PRK DUN25 Kajang  sebagai jalan keluar. Itu minggu hadapan. (TT)


 
 NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dl;am SUARA KEADILAN
sesiapa yang mahu melanggan 
akhbar mingguan ini sila pukul talipon
03-92-21-10-45




-----------

KELAS FALSAFAH BERMULA ESOK




 PERTANYAN DARI PEMBACA
nak tanya jer: mengapa falsafah perlu gambar yunani? tak bolehkah guna gambar hasan malek yg cool? on PENGUMUMAN DARI TUKAR TIUB
Publish | Delete | Spam
Anonymous

on 2/4/14
JAWAPAN
akan terjawab apabila
mengikuti kulih falsafah
dan pemikiran kritikal

NOTA
ada penambahan 3 lagi
dari 58 kini menjadi 61

PENGUMUMAN
kelas falsafah telah menerima 58  email 
dengan niat keinginan untuk bersama

ada email dijawab 
ada yang tidak berjawab

walau apa pun
semua yang menghantar email
dan yang tidak menghantar email
di jemput datang

DIMANA UBU
ubu bertempat
di 52C jalan kemuja
bangsar utama
di hadapan sekolah tamil
di sebelah pejabat malysiakini
di atas kedai dobo mimi

5 minit menapak
ialah lrt bangsar



KELAS BERMULA KHAMIS INI
jam 9:30 malam


RADIO BANGSAR UTAMA
kepada sesiapa sahaja
dimana saja berada
kelas ini boleh  diikuti 
dengan melayari
radio bangsar utama

DETIK AKHIR PEMULA FIKRAH

----------

INI DASAR BUKAN LUAHAN HATI






KUALA LUMPUR:Menurut Hatta, beliau akan membentuk satu jawatankuasa pilihan raya di peringkat pusat, selain satu jawatankuasa di peringkat negeri yang akan dikendalikan dari kalangan PAS Selangor.


HU WAK 
HU WAK WEK
BUNG KAK
BUNG KAK KEK
.....      ..... 
  .....            ......

kah kah kah




--------

LUAHAN CINTA HATI





Isu Dun Kajang: Luahan bersifat peribadi

KUALA LUMPUR - Segala luahan dan pandangan yang bertentangan dengan parti adalah bersifat peribadi, kata Ketua Penerangan Pas,  Mahfuz Omar.

 Beliau mengulas sikap sesetengah pimpinan Pas yang menyatakan mereka tidak puas hati dengan sekutu mereka, PKR, yang kosongkan kerusi Dun Kajang bagi memberi laluan kepada i Anwar Ibrahim bertanding.

“Kita akan bantu PKR atas semangat setiakawan untuk memastikan kemenangan kepada PR dalam PRK Kajang.


  • 'Tak bermakna kami setuju Anwar jadi MB'Abdul Rahim Sabri | 12:24PM Feb 4
    dikemaskini Pemuda PAS mendesak agar isu menteri besar dihentikan segera kerana rakyat Malaysia didakwa sudah muak dengan polemik politik tidak berkesudahan.

Pemuda PAS tolak Anwar jadi MB Selangor, kata Suhaizan

Pemuda PAS hari ini menegaskan mereka menolak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekiranya berlaku perubahan dalam pentadbiran negeri berkenaan, kata Suhaizan Kaiat.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH



woit...KAH KAH KAH... kah kah kah..

kah kah kah...LUAHAN  PRIBADI.... kah kah kah..

woit...KITA  TUNGGU 14 FEBUARARI INI.... kah kah kah..

kah kah kah... ADA LUAHAN CINTA  ATAU TIDAK... kah kah kah


-----------

ILMU SEMIOTIK DALAM POLITIK




APA MAKNANYA GAMBAR INI
perhatikan betul betul
tengok  hati hati
baca apa yang ada dalam bingkai

apa yang dilihat?

lihat seklai lagi
perhatikan rapi rapi
nampak tak?
faham tak makna gambar ini?

gambar ini menunjukkan
 cik gu bard telah gemok
butang bajunya  terpaksa dibuka
maknanya
dia sudah mula nak jadi towkay ayam
kah kah kah 

-----------

MENJUAL DAN PENJUAL AGAMA





KOMENTAR TUKAR TIUB
menjual agama
adalah salah satu
dari perniagaan yang paling tua

saperti perniagaan lain
ianya juga berkembang
 ada langkah langkah 
 untuk memonopoli perniagaan ini

perniagan ini telah di milik negarakan
justeru kita ada jais mais bais dais kais 
dan macam macam lagi
semuanya untuk mengawal 
dan mengkontrol perniagaan lumayan ini

jais mais bais pais 
semua ini tak sangkut paut dengan agama
semua ini adalah ciptaan manusia
yang menjadikan agama sebagai modal
badan badan  dan jabatan ini diwujudkan
untuk memberi peluang pekerjaan
kepada anak anak muda
yang belajar agama di timur tengah



DARI FACE BOOK




JUAL AGAMA?

Kadangkala kelihatan di tepi-tepi jalan, ada banner-banner yang mempamerkan iklan kelas pengajian al-Quran. Sudah pasti, kelas-kelas begitu, sesiapa yang mahu masuk, perlu membayar yuran.

Berlaku kekhilafan di kalangan umat Islam tentang hukum mengambil yuran atau dalam bahasa yang lain, mengambil upah mengajar al-Quran.

Ada sebilangan ulama menyatakan bahawa mengambil upah mengajar al-Quran adalah terlarang. Ini kerana, ia termasuk bawah maksud berniaga agama dengan harga yang murah. Ia merupakan sifat orang munafiq yang dicela oleh Allah dalam banyak nas wahyu.

Firman Allah dalam surah
Al-Baqarah:16 - Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah.

Pendapat yang paling diterima ramai menyatakan, menetapkan bayaran bagi mengajar al-Quran dibenarkan. Ini didasarkan beberapa dalil. Antaranya adalah seperti berikut;

Satu, dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari bahawa Nabi pernah berkata, "Sesungguhnya perkara yang paling berhak kamu ambil upah adalah dari kitab Allah".

Dua, merujuk kepada kisah Nabi Muhamad saw pernah nikahkan seorang sahabat dengan bermas kahwinkan hafazan al-Quran, walhal asal mas kahwin itu adalah harta.

Tiga, berkaitan dengan tawanan perang badar. Iaitu, Nabi saw bersetuju dengan pandangan Abu Bakar al-Siddiq agar yang kaya dibayar tebus, sedangkan yang pandai bahawa mengajar kepada orang islam yang tidak pandai membaca dan menulis.

Jika bayaran tebus tawanan setara dengan mengajar, sudah pasti memberi bayaran atau yuran untuk mengajar al-Quran dibenarkan.

Dari hujah ini, nyata bahawa mengambil upah atau yuran untuk mengajar al-Quran tidak dilarang. Adapun hujah yang melarang dengan merujuk kepada ayat 16 dari surah al-Baqarah, ia adalah sandaran yang kurang tepat, kerana ayat ini merujuk kepada tindakan ahli kitab yang sanggup menyelewengkan kebenaran semata-mata habuan dunia. Dengan maksud, jika tidak mendatangkan maksud penyelewengan terhadap wahyu, maka ia tidak terlarang.

Ia sama seperti apa yang pernah diungkap oleh Nabi saw bahawa baginda saw berkata, "barangsiapa yang belajar ilmu yang diredhai oleh Allah, namun dia tidak belajar kecuali mahukan habuan dunia, dia tidak akan mendapat bauan syurga".

Wallahu alam

4 feb 2014 | 11:10 malam | Saujana Utama.
Like ·  ·  · 9 hours ago · 


MALAM ESOK



------------