Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Rabu, 11 Februari 2009

JANGAN SALAH NILAI



Meninggalkan sesebuah parti politik dan memasuki parti politik yang lain bukan satu yang aneh. Ini adalah sebahagian dari amalan hak kebebasan untuk memilih. Menukar parti ini bukan hanya berlaku di Malaysia. Dimana-mana saja kita akan mendengar atau membaca ada orang politik, ada ahli parlimen atau menteri yang berubah parti.

Biasanya seseorang akan meninggalkan parti atau memasuki ke dalam parti politik yang lain kerana tidak bersetuju dengan dasar yang dibawa oleh partinya. Dia tidak ingin lagi menjadi ahli atau tidak mahu menjadi wakil rakyat parti itu.

Parlimen British adalah tuang dan acuan parlimen kita. Justeru untuk sesama mendewasakan politik kita maka saya akan memberi contoh dari Parlimen British. Negara Mat Saleh inilah yang telah mewujudkan kosep Parlimen, konsep Raja Berpelembagaan dan konsep lembaga Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang kita ikuti semenjak tahun 1957 hingga ke hari ini.

Pada tahun 2003 George Galloway telah dibuang dari Parti Buruh Britain kerana tidak bersetuju dengan dasar Tony Blair yang bersekongkol dengan George Bush untuk melancarkan perang ke atas Iraq. Galloway menubuhkan parti baru untuk bertanding kembali dan dia menang. Pada Disember 2005 YB George Galloway pernah datang ke seminar untuk mengembangkan sikap Anti Zionis di Kuala Lumpur sebagai ahli parlimen Britain.

Ertinya susuk yang bernama George Galloway ini berperinsip. Dia mengambil sikap anti-perang,anti-Zionis dan menyokong perjuangan adil rakyat Arab. Dia meninggalkan parti politiknya kerana prinsip anti-perang. Susuk ini beralih parti bukan kerana duit, ringgit atau dinar. Dia meninggalkan parti politik kerana dasar yang tidak dipersetujui.

Ini amat jauh berbeza dari apa yang kita lihat sedang dan akan berlaku dalam negara kita.

Jangan salah faham dan jangan salah nilai. Meninggalkan Barisan Nasional dan masuk ke dalam Pakatan Rakyat TIDAK sama dengan keluar dari Pakatan Rakyat untuk memasuki atau mencampuri Barisan Nasional. Dua pekara yang dilihat serupa tetapi TIDAK sama. Ada perbezaan yang amat ketara seperti petai dengan kerayong.

Tidak boleh disamakan perjuangan Yasser Arafat mengangkat senjata dengan Monshe Dayan yang juga mengangkat senjata. Tidak boleh di samakan Che Geuvera yang meninggalkan Cuba dengan Thaksin yang meninggalkan Thailand. Tidak boleh di samakan Nelson Mandela yang di penjara dengan Razak Baginda yang juga di penjara.

Ada nilai salah dan ada nilai benar di sini. Yang salah tetap salah dan yang benar tetap benar. Kebenaran tetap benar bukan bersangkut paut dengan pandangan majoriti atau pandangan minoriti.

Pada satu ketika dahulu majoriti menganggap dunia ini leper. Pasa satu ketika dahulu majoriti menganggap matahari berpusing mengelilingi bumi. Garam di mana-mana pun di letakan tetap masin. Air tetap H2O – dua molikul hydrogen dan satu molikul oxygen – walau pun ditemui di bintang Marikh. Kebenaran terus wujud sama ada ditenggelami oleh majoriti atau di tengelami oleh minoriti

Meninggalkan kejahatan dan kemungkaran adalah betul walau pun kejahatan dan kemungkaran itu masih di miliki dan di sanjung majoriti. Yang zalim tetap zalim walau pun di dondang sayangi oleh majoriti. Yang jahat tetapt jahat. Yang menipu tetap menipu walau pun mereka di baluti oleh kuasa.

Apabila Yaseer Arafat bangun melawan tentera Isreal, kita tidak boleh disamakan dengan Ehud Barack menyerang gerila Palestin. Satu berjuang untuk menghapuskan kezaliman dan menegakkan kebenaran. Dan yang satu lagi menyerang untuk meneruskan kemungkaran dan kezaliman.

Justeru jika ada ahli Gerombolan atau wakil rakyat United Malays National Organisation yang meninggalkan gerombolan mereka dan memasuki Pakatan Rakyat, kita anggap langkah ini adalah satu tindakan yang revolusiner. Mereka meninggalkan kejahatan dan menerima kebenaran. Ini satu tindakan yang di hormati.

Tindakan ahli atau wakil rakyat United Malays National Organistion ini sama seperti tindakan warga Isreal yang lari dari Tel Aviv datang ke Gaza untuk mempertahankan hak rakyat Palestin.

Justeru, kita semua wajib menggalakan dan membantu ahli-ahli gerombolan United Malays National Organisation dan para sekutu dari Barisan Nasional untuk meninggalkan gerombolan mereka dan datang memasuki Pakatan Rakyat. Ini samalah seperti Hamas, Fatah atau Hisbullah yang mengalakkan warga-warga Isreal meninggalkan fahaman Zionis mereka dan datang membantu perjuangan adil rakyat Palestin.

Adalah tidak salah jika kita lari dari kegelapan dan kejahilan untuk datang mencari cahaya keilmuan. Justeru, jika ada ahli-ahli gerombolan United Malays National Organisation yang berbuat demikian maka mereka dianggap berperinsip dalam perjuangan.

Lihat bagaimana sambutan dan sentimen rakyat apabila seorang wakil rakyat gerombolan United Malays National Organisation masuk ke dalam Pakatan Rakyat. Seluruh rakyat Malaysia mengalu-alukan. Lihat pula sepuluh hari kemudian apabila tiga orang wakil rakyat Pakatan Rakyat pergi mencampuri ( hanya mencampuri ) bukan menjadi ahli – mereka semua di kutuk dan di maki hamun.

Lihat betapa jauh bezanya sentimen orang ramai. Ini samalah seperti seorang warga Arab Palestin yang membelot membantu regim Zionis di Tel Aviv. Sumpah seranah tidak akan putus-putus.

Perhatikan pula, ketika wakil rakyat dari Gerombolan datang ke saf Pakatan Rakyat – susuk ini tidak di culik. Tidak di kurung. Tidak ditawarkan harta , dolar, ringgit dan dinar. Tidak ada apa-apa yang dijanjikan kecuali untuk menerima dasar Pakatan Rakyat. Dan menerima konsep Ketuanan Rakyat.

Lihat pula bagaimana tiga orang wakil-wakil rakyat Pakatan yang pergi mencampuri Gerombolan. Beberapa hari mereka hilang entah kemana. Apabila muncul kembali mereka mula bijak berdulak dalik. Sekejap kata ‘yes’ sekejap kata ‘no’. Cakap-cakap mereka, tindak tanduk mereka tidak jauh bezanya dari warga Palestin yang sedang belot dan bersubahat dengan Zionis Isreal.

Apabila pembelotan terbongkar dan dilakukan siasatan rapi akan terbukti semua yang belot dan bersubahat dengan regim Zionis ini dibayar dan di upah. Mereka memiliki masalah pribadi seperti mencari makan menjual dadah, menjalankan pelacuran atau menggelapkan harta Majlis Tempatan. Tidak ada seorang pun warga Palestin yang belot bekerja untuk Zionis Isreal seorang yang jujur, ikhlas dan berperinsip. Ini samalah seperti wakil-wakil rakyat Pakatan yang ‘mencampuri’ gerombolan Untited Malays National Organisation – mereka memiliki masaalah.

Perhatikan temu bual media dengan mereka yang belot – sama ada di Perak atau Palestin. Tidak ada sepatah pun ayat-ayat dari mulut mereka yang mengatakan mereka beralih pegangan kerana prinsip perjuangan. Betul, mereka ada menyebut-nyebut nama Tuhan Yang Maha Esa. Ini hanyalah sebagai kelongsong.

Mereka tidak akan lakukan tindakan berprinsip untuk meletakan jawatan seperti George Galloway yang tidak mengucapkan nama Yang Maha Esa atau memakai jubah agama. Mereka tidak akan berani menguji kekuatan mereka dengan undi rakyat.

Memang tidak salah bertukar parti. Bertukar dari kumpulan jahat ke kumpulan baik adalah satu tindakan berprinsip. Tetapi bertukar dari kumpulan baik masuk ke Gerombolan jahat ialah kerja orang gila yang akan di kutuk rakyat selama-lamanya.(TT)




WARAN TANGKAP MOHD OSMAN JAILU - melayau


IPOH 10 Feb. – Mahkamah Majistret di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu selepas beliau gagal hadir pada perbicaraan kes rasuah membabitkan projek bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dekat sini.


kah kah kah… kah kah kah… kah kah kah… kah kah kah…

woit…. JANGANLAH TANGKAP …. APA NI ?.... kah kah kah…

woit… MEREKA BERKORBAN BESAR … DARI EXCO JADI ADUN BIASA …. kah kah kah

kah kah kah…. MANA JANJI GEROMBOLAN ?.... kah kah kah..

woit.... PEGUAM PUN TAK BOLEH SUPPORT... kah kah kah... HULUR HULUR LAAAA...kah kah kah




RAKYAT MULA BUKA MATA - melayau



SHAH ALAM 10 Feb. - Dua pilihan raya kecil yang akan diadakan di peringkat Parlimen Bukit Gantang, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah tidak lama lagi bakal menyaksikan pendirian baru rakyat terhadap pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pendirian sama juga bakal dilihat pada satu lagi pilihan raya kecil Parlimen yang mungkin diadakan di Pensiangan, Sabah.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, ini kerana selepas apa yang berlaku di Perak, rakyat mungkin mula membuka mata dan mengenali siapa sebenar pemimpin yang mereka pilih selama hampir setahun lalu.

"Saya percaya rakyat sudah nampak sepanjang hampir setahun memerintah, pakatan pembangkang cuma melaung-laung nak ambil alih Kerajaan Pusat dan tiada kerja lain
.

kah kah kah…. BUKA MATA ?.... kah kah kah… SIAPA BUKA MATA SIAPA?... kah kah kah…

woit…. MEMANGLAH NAK AMBIL KERAJAAN PUSAT… kah kah kah…

kah kah kah…. MI NO SPIK INGLIS NI NGOOK….KALAU TIDAK NAK BUAT APA?.....kah kah kah…. NAK BUAT KERJA LAIN APA?.... NAK CURI PUTERI RAJA?.... kah kah kah...NAK ISI BORANG ?... kah kah kah .. MI NO PIL POM...kah kah kah

kah kah kah....RAKYAT TAK TIDUR.... MATA RAKYAT PANDANG MUNKEE NI KELENTONG....kah kah kah



ZOO TERBESAR PANTAI TIMUR DI TERENGANU - melayau




KUALA TERENGGANU10 Feb. - Kerajaan Terengganu akan membuka zoo pertama di negeri ini di Bukit Takal, Kemaman yang mempamerkan kira-kira 100 spesies haiwan akhir bulan depan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, zoo seluas 54 hektar itu terletak berdekatan Kampung Yak Yah yang merupakan kawasan terkenal dengan habitat kunang-kunang.

"Ia akan menjadi zoo terbesar dengan pelbagai spesies haiwan di Pantai Timur," ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini
.


woit…. ZOO TERBESAR ?.... kah kah kah … DI TERENGANU ?.... kah kah kah

woit…. BUKAN DI TERENGGANU LAAAA….. DI PUTRAJAYA LAAAA... kah kah kah




KEPUTUSAN PEMERINTAH WAJIB DI TAATI : MUFTI


IPOH: Mufti Perak, Datuk Seri Dr Harussani Zakaria menasihatkan masyarakat Islam di negeri ini supaya berfikir secara rasional dan menerima ketentuan qada dan qadar ditentukan Allah SWT selain sama-sama berusaha menyelesaikan masalah yang timbul.

Beliau berharap seluruh masyarakat Perak menerima keadaan yang berlaku dan menerima keputusan yang dibuat pemerintah (Sultan).



kah kah kah….. kah kah kah… kah kah kah…. kah kah kah