Selasa, 27 Jun 2023

MINTA MAAF KALI KE DUA


MINTA MAAF

KALI KE DUA

AMIN

MUSUH TALIBAN


Zainul Asri akui terkhilaf sebut ‘musuh Allah’ – Saifuddin

PUTRAJAYA – Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Kedah, Muhd Zainul Asri Mohd Romli didakwa telah terkhilaf dalam ucapan apabila menyebut berkenaan ‘musuh Allah’.

Menteri Dalam Negeri,  Saifuddin Nasution Ismail telah dimaklumkan mengenai perkara itu daripada polis selepas Muhd Zainul dipanggil untuk memberikan keterangan susulan terdapat laporan dibuat berhubung perkara tersebut.

Katanya, Muhd Asri Zainul telah memberitahu polis bahawa dia teruja melihat kehadiran ramai pengunjung pada program berkenaan sehingga menyebut perkataan itu.

“Saya dimaklumkan oleh pihak polis bahawa Ustaz Zainul Asri telah dipanggil dan dalam pertemuan awal beliau dengan polis, beliau mengakui kesilapan mengungkapkan kalimah itu.

“Dia kata dia teruja kerana ramainya orang yang hadir pada malam itu. Jadi, dia pun kata telah melakukan kesilapan dengan mengungkap bahawa pertahan Kedah daripada ‘musuh Allah’.

“Di Malaysia ini siapa musuh Allah? Kita nak pilih kerajan negeri je. Itulah, sebab itu saya menggesa polis teruskan siasatan sebab kertas siasatan telah dibuka kerana telah ada aduan,” kata Saifuddin.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa antara Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia mengenai pekerja asing kali ke lapan di sebuah hotel di sini hari ini.

Semalam media, melaporkan Pakatan Harapan (PH) membuat laporan polis terhadap Zainul Asri berikutan ucapannya ketika Himpunan Kedah Berselawat di Stadium Darul Aman pada Sabtu lalu.

Laporan polis berkenaan dibuat Ketua Biro Mobilisasi Pusat Media PH, Kapten (B) Muhammad Yahaya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di ibu negara.

Ia dibuat susulan ucapan Zainul Asri yang menyebut semoga Allah mempertahankan Kedah daripada jatuh ke tangan ‘musuh Allah’.

Muhammad berkata, ungkapan berbaur propaganda berkenaan seolah-olah menggambarkan hanya Pas dan Perikatan Nasional (PN) sahaja bersama Allah manakala parti lain adalah ‘musuh Allah’.

Beliau turut mendakwa ungkapan itu dibuat ketika negeri berkenaan sedang bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya negeri dan dilihat amat tidak sihat serta boleh menyemai perasaan benci dan ekstremisme kepada rakyat.

Bagaimanapun, Muhd Zainul Asri menerusi rakaman yang dimuat naik di Facebooknya menafikan ucapannya itu ditujukan kepada individu mahu pun parti politik tertentu.

Sebaliknya, beliau berkata, ucapannya yang menyebut ‘semoga Allah mempertahankan Kedah daripada jatuh ke tangan musuh Allah’ adalah ditujukan kepada golongan seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran.

Dalam pada itu, Saifuddin Nasutian berkata, perkara-perkara seperti itulah yang ditekankan oleh beliau di Parlimen beberapa minggu lepas agar golongan agamawan tidak sewenang-wenangnya menggunakan kedudukan untuk berkata apa sahaja.

Katanya, kempen pilihan raya harus dibendung terutama yang melibatkan golongan agama agar masyarakat tidak mudah terpengaruh sepeti Melayu yang konservatif.

“Siapa yang kata tak betul tu..Saifuddin mana ada jubah, serban pun dia tak pakai…yang sebut ni ustaz dia ada jubah, serban semua, ini masalah.

“Kalau pada orang Melayu yang konservatif, dia akan beri perhatian lebih kepada yang ustaz sebut…jadi yang menteri KDN sebut ni tak boleh pakai takda autoriti (tauliah).

“…jadi, bila ada aduan itu dibuat ustaz itu mengaku silap, ini satu contoh yang saya gesa supaya dielak biarlah pilihan raya ini kita lawan polisi lawan polisi.

“Kalau kedah tu polisi nak selesaikan bekalan air, kita tawarkan kalau pilih kita kita boleh selesaikan masalah air..itu contoh. Jangan masuk dalam territory yang distructive (merosakkan) macam itu,” ujarnya. – 

WOIT

INILAH CONTOH

TERBAIK TALIBAN

AMIN

RETARD NI

PEMIMPIN TALIBAN

AMIN

INILAH BAHAYA

TALIBAN

MENUNGGANG

AGAMA UNTUK

POLITIK

AMIN

KHALAS

KENALI MAT TANGKAP



‘Kereta polis depan rumah’, kata Fahmi kepada pengkritik sewaktu sesi TikTok


Sesi live di TikTok yang dihoskan oleh Fahmi Fadzil dari PKR malam tadi berakhir dengan menteri komunikasi dan digital itu mengancam penontonnya dengan tindakan pihak polis kerana membuat naik komen mengkritiknya dan kerajaan campuran.

Fahmi, yang mengadakan sesi secara langsung selama lebih dua jam di platform media sosial itu dilihat menerima komen negatif termasuk mempersendakannya serta mempersoalkan banyak dasar kerajaan.

"Semua anda yang masuk dalam live saya dan mengeluarkan kenyataan ini, anda sedang dipantau oleh pihak berkuasa.

"Jangan marah saya kalau ada panggilan nanti ataupun ada radio car yang singgah di rumah anda. We are monitoring, behave yourself (Kami sedang memantau, jaga kelakuan anda),”kata Fahmi, mengugut penonton dengan tindakan yang terletak di bawah bidang kuasa kementeriannya.

Komen yang membanjiri sesi secara langsung ahli politik menjadi kebiasaan sebagai sebahagian daripada trend kempen secara dalam talian.

Kemarahan Fahmi terhadap pengkritiknya bukanlah kali pertama ahli parlimen PKR itu mengancam untuk menutup mulut pengkritiknya.

Pada Mac, beliau mendapat kecaman selepas mengamuk di media sosial berhubung laporan akhbar Berita Harian mengenai kemungkinan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR), dan mengumumkan beliau akan bertemu pengurusan akhbar tersebut.

Fahmi menerima kritikan umum sejak memegang portfolio menterinya, beliau mempersoalkan segala-galanya daripada dapatan tinjauan 100 hari pertama kerajaan hinggalah menuduh platform media sosial sengaja mempromosikan kandungan pembangkang.

"Saya akan berjumpa dengan akhbar berkenaan untuk mendapatkan penjelasan.

“Adakah mereka cuba melakukan promosi atau menipu rakyat?" katanya pada 1 Mac, memberi reaksi kepada tinjauan bersama lima media tempatan yang mendapati hanya 27% responden berpuas hati dengan prestasi kerajaan.


WOIT

KAH KAH KAH

APA SUDAH JADI

KAH KAH KAH

AMIN

MENTERI INI

DAH JADI

MAT TANGKAP

KAH KAH KAH

DAH JADI

MAT LAPORAN

POLIS

KAH KAH KAH

KHALAS

NIKMAT SEX


256 kes buang bayi dalam tempoh 2 tahun sejak 2020, kata menteri

SEJUMLAH 256 kes pembuangan bayi direkodkan sepanjang 2020 hingga 2022 berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri.

Beliau berkata dalam usaha menangani isu itu, kementerian melaksanakan pelbagai inisiatif advokasi dan kesedaran bagi memupuk keprihatinan dalam kalangan masyarakat terhadap kesihatan reproduktif menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

“Usaha ini adalah untuk membantu orang awam khususnya remaja untuk mengelakkan diri daripada terjerumus ke kancah masalah sosial seperti mengandung luar nikah dan sebagainya. 

“Dalam hal ini, LPPKN melancarkan Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (Pekerti) yang dibangunkan sejak tahun 2009 dan dikemas kini pada 2022,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini. 

Nancy menjawab soalan Senator Amir Md Ghazali yang ingin tahu bilangan kes buang bayi yang direkodkan sepanjang 2020 hingga 2022 mengikut pecahan negeri dan rancangan pihak kementerian untuk mengatasi isu pergaulan bebas sehingga melahirkan anak tidak sah taraf.

Beliau berkata Pekerti bermatlamat meningkatkan kesedaran semua pihak berkaitan pendidikan kesihatan reproduktif dan melahirkan masyarakat penyayang, bertanggungjawab dan berdaya tahan serta mengamalkan gaya hidup sihat.

Katanya di bawah pelan tindakan itu pembangunan kemahiran kesihatan reproduktif yang sihat dan selamat ditekankan menerusi pendidikan formal di sekolah atau tidak formal di luar sekolah. 

“Antara usaha pendidikan tidak formal yang dilaksanakan adalah melalui Pusat Remaja KafeTEEN dan meningkatkan kompetensi pendidik termasuk memperkasa ibu bapa dan juga golongan Orang Kurang Upaya (OKU) berkaitan isu kesihatan reproduktif.

“Di bawah Program Pekerti LPPKN mendirikan 18 Pusat Remaja KafeTEEN, tujuannya untuk meningkatkan akses kepada maklumat serta perkhidmatan kesihatan reproduktif, khidmat kaunseling psikososial dan program pendidikan dan pembangunan kemahiran untuk remaja,” katanya dan menambah sehingga kini lebih 840,000 remaja menerima manfaat daripada program di pusat itu. – Bernama, 27 Jun, 2023.

ANAK MUDA

BERANCUKLAH

SEBANYAK DAN

SERAMAI MUNGKIN

DI WAKTU MUDA

AMIN

BILA DAH 

BERUMUR

LABIDO

 JADI KURANG

AMIN

TAPI JANGAN

LUPA PAKAI 

KONDOM

AMIN 

BUBUH  BELON 

PADA PISANG

KHALAS

MENTERI KEEWANGAN TERBAIK


MENTERI

KEEWANGAN

TERBAIK

KAH KAH KAH

KHALAS

Unknown commented on
 "AL-KARUTUN LAPORAN POLIS"

Menteri Kewangan Terbaik Asia sedang menunggu arahan dari IMF Dan World Bank mengenai cara menangani petunjuk ekonomi Malaysia..!?

Mana perginya yang kalian perjuangkan dahulu, suara-suara indah hendak menangani isu-isu ekonomi rakyat, mana dia formula-formula gagah yang dipekikkan nak menurunkan itu ini, percuma itu ini?”

https://www.hmetro.com.my/utama/2018/05/339847/jangan-lantik-anwar-pm-serta-merta-daim

Pendedahan Chandra Muzaffar memetik kenyataan Daim bahawa Anwar telah diuji semasa krisis kewangan Asia namun dia gagal.

Kata Chandra, Anwar gagal memimpin sewaktu krisis ekonomi melanda dengan mendampingi IMF walaupun badan tersebut mengenakan kadar faedah yang tinggi.

Harga barang naik seperti tak terkawal, harga makanan juga. Petrol? Statik begitu sahaja. Pendidikan percuma? Ke laut. OPR (kadar dasar semalaman)? Naik dan terus naik menambah beban si peminjam pinjaman perumahan. Terbeban tahu tak?

kegagalan Anwar adalah berpunca daripada kurangnya pengetahuan beliau dalam bidang ekonomi. Dr Chandra turut mengingatkan Anwar supaya tidak mencetuskan situasi yang tidak diingini rakyat Malaysia.

Peliknya, mengapa bank tidak boleh ‘menahan seketika nafsu mereka’ daripada menambah nilai bayaran pinjaman bulanan, kalau ikutkan laporan suku pertamalah, suku kedualah, untung berbilion-bilion.

Mana perginya Menteri Kewangan Terbaik di Asia seperti yang digembar gemburkan selama ini.

Mana pergi nya Raja Formula semua formula seperti dah hadam walaun PH kaji dan gembar gemburkan selama ini..!?

Dalam satu temubual dengan New Sunday Times, Daim yang merupakan mantan menteri kewangan membidas Anwar dengan mengatakan pemimpin itu tidak layak menjadi Perdana Menteri mahupun menteri kewangan.

Bahana bila general degree lulusan Sastera jadi menteri kewangan.

BERAT PIKUL KAVADI



BERAT 

PIKUL KAVADI

KHALAS

Amier The Hero commented on
 "KANG KONG 
DESAK ZAHID LETAK JAWATAN"

Elok la umngok berkubur maso prn ni. Tak relevan dah.. kah kah kah kah kah!!! Buek ponek ajo pikul kavadi. Ni bkn kavadi hapus doso tp kavadi jenih pontingkan poghut sendiri. Elok eh pmx sambut cabaran ado 1 tiktok netizen yg tongah viral skrg ni. Pmx poie duduk umh eh sebulan, ikut dio bertani berladang potik lado api meracun menobeh ghumput utk cari rejoki yg halal. Tgk sanggup ke tak deh sahut cabaran rakyat jelata. Kah lah kah kah kah...

Unknown commented on
 "KANG KONG 
DESAK ZAHID LETAK JAWATAN"

Kang Kong pun tahu lah Zahid letak jawatan kerajaan jatuh. Budak darjah enam pun tahu. Yang kangkong ni taktahu ialah kalau Zahid letak jawatan Midin dengan atuk automatic akan berebut jadi PM. Yang kangkong ni tak tahu KJ tengah intai nak jadi pm terkejut macam Bera dulu. Kehkehkeh..

SAPA YANG DI MUSUHI


SAPA DI MUSUHI

AMIN

KHALAS

ZAHID TUKAR BALAI



ZAHID 

TUKAR BALAI ?

AMIN


panglimo potaseh commented on
 "KANG KONG DESAK ZAHID LETAK JAWATAN"

22 ekor Mengawai Kanan Polis kena tukar balai .. apa kaitan nye dgn orang awam yang dah berani mencarot dan hambat Pengkuat Kuasa Tempatan .. cobak lu tanya Tuan Professor Bajoyai, dia tahu sebab nye. Apa kata kita mintak Zahid Totok tukar balai ..

HARI ARAPAH


HARI ARAPAH

AMIN

panglimo potaseh commented on
"LUSA RAYA AJI"
Hari Arapah .. hari pengangpungnang .. ramai yang akang di ampungkang .. dapat masok syurga, entot-entot dengan bidadari. Gwa caya sosok sakau biliyun-biliyun seperti Mapadulong, Totok, Badak yang tiap tahong ulang alik cium Batu Itam kompom masok syurga .. alhamdulillah. Selamat Ari Raya Aji.

MAK CIK BANGUN TIBAI PEMIMPIN TALIBAN



MAK CIK

BANGUN TIBAI

PEMIMPIN TALIBAN

AMIN

DARI BALKONI LE CHATEAU


PETANG INI

JAM 2.50 

DARI BALKONI 

LE CHATEAU

PANAS NYAMAN
LANGIT BIRU
 DENGAN AWAN  BERGUMPAL
AWAN BERGUMPAL 
MEMBAWA WATAK HUJAN
JIKA DAH BERAT BERKUMPUL

ESOK PETANG RAYA AJI
KETIKA INI UMAT ISLAM
YANG MENGAMBIL  IBADAH HAJI
 BERADA DI MEKAH
RAMAI JUGA YANG PUASA 
SEMINNGU INI
UNTUK MENYAMBUT HAJI
AMIN


KENALI RETARD INI


KENALI SIAPA

RETARD INI

AMIN

BIAWAK HIDUP JADI PENENTU


Kaum India jadi penentu ketika jurang undi Melayu-Cina melebar, kata pemerhati


Parti-parti dan gabungan politik digesa memberikan perhatian dan tumpuan terhadap peralihan undi kaum India di Selangor, menjelang pilihan raya negeri (PRN) yang semakin hampir, kata pemerhati.

Penganalisis politik R Paneir Selvam berkata meskipun undi Melayu akan ditandingi hebat oleh Umno, PAS dan Bersatu, sementara undi Cina kebanyakannya disalurkan kepada Pakatan Harapan (PH) secara en-bloc, undi India pula dilihat boleh berubah sekali gus memainkan peranan untuk menentukan pemenang dalam PRN.

“Parti-parti Melayu perlu fokus kepada isu kaum India seperti pengangguran, penglibatan belia dalam jenayah dan pekerjaan kerajaan.

"Isu perkauman hanya akan melemahkan semangat mereka. Kami mahukan pemimpin untuk semua," kata Paneir, dari Arunachala Research and Consultancy. 

Secara tradisinya, kaum India pernah menjadi bank undi kepada Barisan Nasional (BN), dengan MIC bertanggungjawab menegakkan hak dan isu kaum India.

Bagaimanapun, menurut Paneir, MIC kini beransur-ansur kehilangan undi kaum India bermula dari 2008, dan sedang bergelut untuk memenangi semula kepercayaan etnik itu.

Katanya, kesetiaan pengundi India disalahgunakan menyebabkan mereka beralih sokongan pembangkang ketika itu.

Tambahnya, MIC gagal mengiktiraf perubahan pemikiran, keperluan, kehendak dan landskap politik yang melibatkan kaum itu.

“Mereka mengupas isu yang sama seperti sekolah Tamil dan kuil.

"Walaupun mereka yang berpendidikan itu dilihat maju dan berpengetahuan, mereka orang India kebanyakan adalah mereka yang sederhana.

“Mereka ini hanya mahu bertahan," katanya.

Sebelum ini, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Lokman Adam melabel MCA dan MIC sebagai “biawak hidup” kerana tidak lagi mampu menyumbang kemenangan kepada BN.

Memandangkan Selangor adalah negeri paling maju di negara ini, Peneir menegaskan rakyatnya lebih peka apabila diberitahu tentang sesuatu perkara.

Katanya, meskipun beberapa isu dibawa dan disebut di kawasan luar bandar seperti di Kelantan dan Terengganu, beliau memberi amaran Selangor adalah medan pertempuran yang berbeza dan parti Melayu perlu menggunakan pendekatan tersendiri di negeri itu.

Paneir menambah bahawa isu-isu sensitif tidak lagi boleh menarik orang India, tidak seperti suasana pada zaman dahulu sehingga era 1990-an.

Selangor akan menyertai lima negeri semenanjung yang lain dalam PRN akan datang  selepas enggan membubarkan dewan undangan negeri (DUN) masing-masing pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Selangor membubarkan DUN pada 23 Jun lalu, dua hari sebelum genap tempoh penggalnya selama lima tahun.

Hari yang sama, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menyatakan keyakinan untuk menyapu bersih semua 56 kerusi DUN bagi PH dan BN.

Mengulas lanjut, Paneir memberitahu fakta hanya terdapat tiga wakil rakyat India di Selangor tidak mencerminkan masyarakat itu.

Sehingga kini, etnik India di Selangor dianggarkan mewakili lebih 40% atau dua per lima daripada keseluruhan populasi kaum India di Malaysia.

"Mereka perlu melihat peratusan penduduk India, dan itu perlu diwakili dalam pilihan raya."

Pada masa ini, ketiga-tiga wakil rakyat India tersebut diwakili oleh Adun PH.

Mereka ialah R Rajiv (Bukit Gasing), G Gunaraj (Sentosa), dan V Ganabatirau (Kota Kemuning). 

Sementara itu, Ketua Penyelidik O2 Research Malaysia Anis Anwar Suhaimi berkata terdapat lima kerusi DUN yang dikenal pasti menjadi kerusi campuran dan sokongan etnik itu menjadikannya begitu bernilai dalam menentukan keboleh menangan parti-parti di saat jurang politik Melayu dan Cina semakin menajam.

Lima DUN tersebut adalah Kuala Kubu Baru, Bukit Antarabangsa, Kajang, Sentosa dan Kota Kemuning.

Menurut Anis, sekiranya kerusi majoriti Melayu kelas pekerja seperti di DUN Seri Setia dan Sungai Pelek menyaksikan undi Melayu berpecah, maka undi kaum India mempunyai peranan signifikan dalam menentukan kelangsungan parti yang kini sedang disandang oleh PH.

“Dengan gelombang hijau yang turut melanda PRU15 bagi kawasan Parlimen di Selangor hinggakan mampu mencabar keharmonian PH di Selangor, politik kaum India mampu menjadi ‘king maker’ dalam mempengaruhi keputusan PRN khususnya di Selangor,” katanya, menggunakan frasa kontroversi untuk menggambarkan kemenangan PN dalam PRU15 tahun lepas.

Buat masa ini, kata Anis, meskipun sebahagian besar masyarakat India mengikuti corak politik kaum Cina yang berpihak kepada PH tetapi trend pengundian mereka dilihat agak berpecah-pecah kerana bergantung kepada kelas ekonomi dan kedudukan geografi.

“Pun begitu, dengan kerjasama PH-BN dalam PRN ini undi India akan berpihak kepada mereka.”

WOIT

INI HEBAT

AKHIRNYA

BIAWAK HIDUP

JADI PENENTU

KEMENANGAN

AMIN

JANGAN SESEKALI

HINA BIAWAK HIDUP

ATAU YANG

DAH MATI

KAH KAH KAH

KHALAS

PRN OGOS ?


MB menghadap Sultan Terengganu mohon perkenan bubar DUN

MENTERI Besar Ahmad Samsuri Mokhtar menghadap Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pagi ini, bagi memohon perkenan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Samsuri yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) Terengganu tiba di Istana Syarqiyyah di Kuala Terengganu, pada 8.38 pagi untuk sesi menghadap berkenaan.


DUN Pulau Pinang bubar esok

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang akan dibubarkan esok bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata tarikh itu dicadangkan dan mendapat persetujuan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Ahmad Fuzi Abdul Razak pagi tadi.

“Pada pagi ini saya mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri untuk menandatangani proklamasi untuk membubarkan DUN Pulau Pinang bagi memberi ruang PRN yang akan ditetapkan oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) setelah semua negeri dibubarkan dewan masing-masing.

“Saya lega perkara ini sudah berakhir, jadi kini kita boleh bersiap sedia untuk pilihan raya negeri. Tarikhnya akan ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya,” katanya kepada pemberita selepas menghadap Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang di Seri Mutiara, di Georgetown, hari ini.

Terdahulu, Chow tiba di Seri Mutiara, pada 7.55 pagi untuk menghadap Ahmad Fuzi bagi memohon persetujuan untuk pembubaran DUN Pulau Pinang.

Chow yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang dijadual akan mengadakan sidang media yang turut dihadiri semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada 2.30 petang ini.

Persidangan DUN Pulau Pinang yang pertama diadakan pada 1 Ogos 2018, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2018 dan mandat lima tahun sepatutnya berakhir 2 Ogos ini.

Pada PRU14, PH memenangi 37 daripada keseluruhan 40 kerusi, termasuk dua daripada calon Bersatu yang ketika itu masih bersama PH, manakala Barisan Nasional (BN) memenangi dua kerusi dan PAS (satu).

Pada Februari 2020, Bersatu mengumumkan keluar daripada PH dan menyertai Perikatan Nasional (PN) yang menyebabkan dua Adun Bersatu Pulau Pinang, Adun Bertam Khaliq Mehtab Mohd Ishaq dan Adun Teluk Bahang Zolkifli Md Lazim, menarik balik sokongan mereka terhadap pentadbiran kerajaan negeri di bawah PH.

Sementara pergolakan dalam parti PKR turut menyaksikan dua Adun daripada parti itu dipecat iaitu Adun Seberang Jaya Dr Afif Bahardin dan Adun Sungai Acheh Zulkifli Ibrahim.

Kedudukan terkini kerusi sebelum DUN Pulau Pinang dibubarkan ialah PH memiliki 33 kerusi, BN (dua), Bersatu (empat) dan PAS satu kerusi. – Bernama, 27 Jun, 2023.

SEMUA DUN

DAH BUBAR

AMIN

HANYA

TUNGGU N.9

AMIN 

PRN LEPAS

MUSIM AJI

AMIN

MUNGKIN BULAN

OGOS

AMIN

KHALAS

MUDA MENUNGGU SAMPAI KE TUA



PRN: MUDA bertanding secara solo PRN
PETALING JAYA – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) memutuskan akan masuk gelanggang secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.

Menurut presidennya, Syed Saddiq Syed And Rahman, keputusan itu dicapai secara konsensus kerana pihaknya tidak diundang langsung untuk mesyuarat pembahagian kerusi di pihak Pakatan Harapan (PH).

“Selepas bincang, MUDA buat ketepatan berdasarkan pada konsensus parti untuk bertanding di PRN atas kekuatan sendiri,” katanya dalam sidang media khas di Petaling Jaya hari ini.

Hadir sama adalah Ketua Penerangan MUDA, Lokman Long yang diangkat sebagai Ketua Pengarah PRN bagi parti itu.

“(Bertanding solo) tidak ada kena mengena dengan perbincangan kerusi di PRN sebab perbincangan itu tidak wujud. Sebab itu MUDA membuat pendirian untuk fokus bawa politik baru,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata, tindakan itu tidak dipandang sebagai pemecah undi sekiranya MUDA dilihat sebagai blok ketiga dalam PRN kali ini.

“Jika janji ditunaikan, reform dilaksana kuasa dikembalikan kepada rakyat dan tidak mengambil mudah undi rakyat, tidak akan ada keperluan untuk MUDA bertanding tapi apabila parti politik blok terbesar terlalu selesa, ini tidak betul,” katanya.

Oleh yang demikian MUDA akan bertanding di semua keenam-enam negeri pada PRN kali ini.

Ini bermakna, parti itu akan bertembung PH dan Barisan Nasional (BN) walaupun MUDA menjadi sebahagian daripada blok kerajaan.

Ditanya mengenai berapa jumlah kerusi yang akan ditandingi oleh MUDA, Syed Saddiq berkata, perkara itu akan diumumkan tidak lama lagi.

“Kita akan umum dari masa ke semasa,” katanya

WOIT

MUDA NAK

MASUK PH

AMIN

DAH TUNGGU

LAMA

AMIN

DARI MUDA

HINGGA TUA

TAK DI JEMPUT

TAK DI PELAWA

AMIN

UCAPAN MAJU

JAYA PD MUDA

AMIN

KHALAS