Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Sabtu, 31 Ogos 2013

JEMPUTAN FORUM MELAWAN BANGANG



SILA PESAN SANG SAKA
email sekarang:
sangsaka.benderarakyat@gmail.com
kerana banya pesanan
harga dari 25rm
kini menjadi 15rm
sebanyak 238 helai telah dipesan


FORUM MELAWAN BANGANG
3 SEPTEMBER 2013
MENGINGATI REFORMASI
semua dijemput hadir 
forum melawan bangang
 forum mengalakkan berfikir

SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal

---------

AWAS IBU BAPA - KONGSI GELAP DEPAN MATA



KIBAR KAN 
SANG SAKA BENDERA RAKYAT


SEREMBAN 30 Ogos - Pihak sekolah serta ibu bapa di negeri ini diminta menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa jika mengetahui terdapat unsur merekrut pelajar sekolah untuk menganggotai kumpulan kongsi... 19

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

woit... INI HEBAT.... kah kah kah..

kah kah kah...INI INGATAN  MB NEGERI SEMBILAN.... kah kah kah..

kah kah kah...INGATAN KEPADA IBU BAPA.... kah kah kah...

JENG JENG JENG
JENG JENG JENG
JENG JENG JENG

kah kah kah.... INI AMARAN UNTUK KHAIRY JAMALUDDIN..... kah kah kah...

kah kah kah ... AWAS IBU BAPA - KJ SEDANG MEREKRUT.... kah kah kah

ALAS KAKI
UNTUK KITA SEMUA
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal

---------

HARI INI HARI MALAPETAKA






(dari arkib tukar tiub
isnin 8 ogos 2011)





 

31 OGOS HARI MALAPETAKA 

Pada 15 Mei setiap tahun warga Palestin dimana sahaja mereka terbuang akan menyambut hari Nakba - hari Malapetaka. Pada 15 Mei 1948 negara Israel telah di cacakkan ke bumi Arab. Semenjak tarikh itu warga Palestin dan Arab terus hidup dalam kesangsaraan. Tanah mereka telah dirampas. Mereka menjadi orang pelarian. Huru hara berterusan di bumi Arab kerana kerenah kaum Zionis Israel. Nakba ialah hari untuk memperingati kesampaian Malapetaka itu. 

Pada 31 Ogos 1957 Tanah Melayu pula menerima Malapetaka. Ini terjadi apabila British meninggalkan kuasa pentabiran kepada United Malays National Organistion. Semenjak 31 Ogos 1957 anak semua bangsa di Tanah Melayu telah hidup dalam kesangsaraan. Dasar 'ketuanan Melayu' telah membawa Malapetaka kepada Tanah Melayu. Justeru, 31 Ogos adalah hari untuk memperingati kesampaian Malapetaka itu.

Pada bulan Ogos tahun 2011 ini saya akan cuba membawa para pembaca untuk memahami konsep dan intipati Malapetaka ini. Memahami Malapetaka 31 Ogos ini amat penting. Jika kita tidak tahu dari mana kita datang maka kita juga tidak akan tahu arah mana yang hendak kita tuju. 


Dari sejarah Tanah Melayu, kita diberi tahu bahawa pada 20 Jun 1948 British telah mengistiharkan apa yang dipanggil 'darurat'. Untuk saya, darurat ini macam kita dalam kereta tetiba merasa sakit perut yang amat sangat. Maka kita berhenti dan mencari tandas. Kerana tidak berjumpa tandas maka kita terberak dalam belukar di tepi jalan. Kerana tidak ada sumber air maka kita dedat dengan daun. Apa yang saya kesahkan ini ialah suasana darurat. Tetapi pada tahun 1948 dahulu - tidak ada seorang pun warga Tanah Melayu yang dalam darurat. Tidak ada sesiapa yang hendak terberak di tepi jalan. 

Apa yang berlaku ialah kuasa kolonial British telah di serang oleh Tentera Pembebasan Rakyat Malaya di bawah pimpinan Parti Komunis Malaya. Gerakan bersenjata ini bertujuan menghalau penjajah British dari Tanah Melayu. Dengan licik Britsih telah mengalihkan perjuangan untuk mendapat kemerdekaan ini kepada ‘darurat. Tidak ada apa darurat. Yang hendak terberak di tepi jalan kerana diserang oleh Tentera Pembebasan Rakyat Malaya ialah soldadu upahan British. Soldadu upahan inilah yang sedang dalam darurat. 

Berjuang mengangkat senjata ini telah membuka lanskap politik baru ke Tanah Melayu. Kuasa kolonial yang dianggap gagah dan lengkap bersenjata kini telah diserang oleh gerila Tentera Pembebasan Rakyat Malaya. Kuasa kolonial British amat memerlukan bumi Tanah Melayu kerana dari bumi kita ini terdapat kekayaan bijeh dan getah. Punca ekonomi inilah yang ingin dipertahankan oleh penjajah. Politik ialah ekonomi. Memiliki kuasa politik memiliki punca ekonomi. Justeru penjajah British bertahan kerana lombong bijeh dan ladang getah. 

Serangan bersenjata dari gerila pembebasan ini menjadikan kuasa kolonial terus berdarurat. Akhirnya British merancang satu strateji baru. Jika terus menjajah maka perjuangan bersenjata yang dipimpin oleh Parti Komunis Malaya ini akan merebak luas. Tuntutan untuk merdeka akan merebak untuk menjadi ajenda anak semua bangsa. Keadaan sedemikian amat bahaya untuk British. 


Justeru, British memerlukan budak suruhan yang baik sebagai ganti sebelum mengundur. Dengan licik dan terancang British telah memasang dua ekor kuda. Saekor kuda bernama Onn Jaafar dan saekor lagi bernama Tunku Abdul Rahman. Seperti di Iraq hari ini kuasa kolonial Amerika memasang lebih dari saekor kuda. Ada kuda bernama Nouri al-Maliki, ada Jalal Talabani dan ada Tariq al-Hashmi. 

Kuasa kolonial berkulit puteh sedar dengan memasang beberapa ekor kuda mereka akan dapat mencari barua yang setia. Terlalu ramai anak tanah jajahan yang bersedia untuk menjadi budak suruhan dan mengikut kata tuan kolonial. Taktik British dan kuasa kolonial cukup senang - siapa yang dapat membuktikan yang mereka lebih setia kepada tuan penjajah maka sosok itu akan dinobatkan. Inilah taktik kuasa kolonial dalam percaturan reapolitik. Ianya berlaku dahulu dan sedang dijalankan sekarang. 

Di Tanah Melayu kuasa kolonial British telah memilih United Malay National Organsiation untuk menjadi barua mereka. Parti Kebangasan Melayu Muda, AWAS, API, Hisbul Musliamin, Parti Komunis Malaya - adalah parti-parti yang menentang British. Parti-parti ini mengangkat senjata menentang British. Parti ini akan membawa merdeka tetapi amat bahaya untuk kepentingan British. Ini berbeza dengan United Malay National Organisation yang bekerjasama dan menjadi barua British. 

Buktinya apa yang saya tulis ini cukup jelas. Pada bulan Ogos ini cuba baca - tak perlu beli - akhbar milik United Malaya National Organisation. Akan penuh dengan dengan kesah melawan komunis. Inilah apa yang saya katakan Malapetaka. Ketika anak semua bangsa bangun melawan penjajah British, United Malay National Organisation diupah oleh British untuk menentang dan melawan orang yang menentang British. Orang angkat senjata lawan Britsih gerombolan ini angat senjata lawan orang yang lawan British. Inilah kerja barua. Inilah Malapetaka yang saya maksudkan. 


Kita akan muntah taik setiap tahun apabila melihat Bukit Kepong dikaca tv. Memang betul ada serangan ke rumah pasong Bukit Kepong. Memang betul polis yang diserang ketika itu adalah polis Melayu. Tetapi polis Melayu ini adalah polis upahan British. Kerana mereka Melayu tidak semestinya apa yang mereka lakukan baik dan betul. Melayu bukan bermakna betul. Ada Melayu barua dan ada Melayu nasionalis. 

Anak muda hari ini juga wajib diberitahu bahawa serangan Bukit Kepong itu dipimpin oleh Mat Indera. Mat Indera ialah seorang nasionalis kiri Melayu. Ini tidak terdapat dalam filem Bukit Kepong kerana United Malay National Organisation tidak mahu rakyat Malaysia tahu bahawa ada Melayu yang berani angkat senjata melawan British. Dan dalam Parti Komunis Malaya amat ramai ahlinya, kadernya dan pucuk pimpinan terdiri dari orang Melayu. 

Dari awal lagi British telah menjalankan dasar pecah dan perentah. Melayu, China dan India tidak ada akan dibenarkan bersatu. Pada tahun 1947 apabila ada kerjasama dan setiakawan yang erat diantara bangsa-bangsa maka muncul Perlembagaan Rakyat. Jawapan British kepada Perlembagan Rakyat 1947 ialah melakukan penangkapan beramai ramai. Satu tahun kemudian Tanah Melayu diistiharkan darurat - perang kolonial bermula. 

Dasar pecah dan perintah dan dasar rasisma British ini telah diambil oleh United Malay National Organsation untuk diguna pakai hingga ke hari ini. Justeru, sebagai contoh paling terbaru - kita lihat bagaimana media dan tv United Malay National Organisation cuba menunjukan kepada umum bahawa tidak ramai bukan Melayu yang turut serta dalam tunjuk perasaan Bersih pada 9 Julai dahulu. Maknanya gerakan Bersih ini tidak dapat sokongan dari masyarakat bukan Melayu. Ertinya 9 Julai gagal. 



Walhal, hakikatnya demo Bersih 9 Julai adalah yang paling cool dan paling Malaysia. Anak semua bangsa telah turun berdemo. Mereka menyatakan bahawa Malaysia ini bukan milik Rosmah dan Najib. Malaysia bukan milik 'ketuanan Melayu'. Malaysia ini milik anak semua bangsa. Mereka ke jalan raya sebelum ke pilihanraya. 

Taktik pecah dan perintah ini adalah taktik yang ampuh untuk digunapakai oleh pemerintah yang zalim. Lihat di Palestine. Nakba di Palestin berterusan hingga ke hari ini tanpa henti henti. Warga Palestin terus diserang oleh kaum Zionis. Bagitu juga di Tanah melayu, semenjak 31 Ogos 1957 dahulu, Malapetaka ini bukan berkurangan malah terus bertambah. Malapetaka yang dibawa oleh United Malay National Organisation ini dari hari ke hari semakin mencekek kehidupan warga. 

Kaum Zionis di Palestin telah menggunakan rasisma sebagai senjata yang ampuh. Kaum Yahudi telah dinobatkan sebagai kaum terpilih bukan sahaja di dunia ini malah diakhirat juga. Di Tanah Melayu ini, United Malay National Organisation telah menggunakan falsafah ‘ketuanan Melayu’ dimana dikatakan manusia Melayu memiliki hak hak yang istemewa. Di heboh heboh dan dicanang ke hulu ke hilir bahawa tanpa ‘ketuanan Melayu’ dan tanpa United Malay National Organisation negara kita ini tidak mungkin wujud. Inilah apa yang saya katakan Malapetaka. 

Hari ini secara dirancang melalui akta dan peraturan garis pisah bangsa-bangsa telah diwujudkan. Melalui hukum dan syarat yang disadur dengan agama, tembok pemisah telah didirikan. Setiakawan antara India, Melayu dan China tidak dibenarkan mengampoh budaya bangsa. Prasangka antara bangsa bangsa sengaja diatur dan di susun untuk memastikan orang ramai terus syak wasangka sesama sendiri. Suasana syak wasangka ini amat baik untuk United Malay National Organisation meneruskan kuasa. Inilah yang saya maksudkan dengan Malapetaka. 


Ogos bulan Malapetaka ini sedang memperlihatkan kepada orang ramai bagaimana taktik pecah dan perentah dijalankan. Minggu lalu, tetiba media kita heboh dengan berita Melayu murtad. Berita Melayu makan dalam gereja. Berita tentang penganut agama Kristian bersedekah kerana berniat untuk memurtadkan Melayu. Semua yang berlaku ini sebenarnya ialah taktik United Malay National Organisation. 

Sebelum berita Melayu murtad ini kita telah membaca berita kepala babi ditemui dalam kawasan masjid. Berita Masjid dilempar cat. Berita gereja dibakar. 

Apa makna semua berita berita ini? 
Semua ini adalah taktik dan strateji gerombolan United Malay National Organisation untuk menakut nakutkan Melayu. Manusia Melayu wajib terus ditakutkan. Jika manusia Melayu takut maka mereka akan mencari perlindungan. United Malay National sedang memasang lukah untuk memerangkap Melayu yang takut. 

Apa dia Melayu yang takut? 

Melayu yang takut adalah Melayu yang rendah diri. Melayu yang berjiwa hamba. Melayu yang sanggup mencium ke bawah duli. Melayu yang telah bagitu lama ditakut takutkan sehinggakan tidak lagi memiliki initiatif sendiri. Melayu yang takut ini cukup bijak dengan budaya bodek yang telah disebarkan oleh United Malay National Organisation. Melayu yang takut ini hanya sanggup menerima fatwa kerana tidak ada memiliki fikrah yang kritikal. Otak manusia Melayu yang takut ini telah di bonsaikan oleh United Malay National Organisation semenjak 31 Ogos 1957. Inilah dia Malapetaka yang menhimpap manusia Melayu. Justeru tarikah 31 Ogos ini sama-sama kita nobatkan sebagai hari Malapetjka untuk Tanah Melayu.(TT) 

JALUR TEMBERANG
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal


--------

TAHNIAH WARGA IPOH





SANG SAKA
BENDERA RAKYAT


Penduduk kesal lebih 20 Jalur Gemilang ditoreh, dipatahkan

IPOH 30 Ogos - Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 dicemari insiden memalukan apabila bendera Jalur Gemilang yang dipasang di Kampung Tersusun Tasek di Bercham, dekat sini dikoyak oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Tindakan khianat itu bukan sahaja menyebabkan bendera bersaiz tiga meter lebar dan 15 meter panjang yang dipasang di persimpangan Hala Tasek Timur 11 dan Regat Tasek Timur 15 itu koyak akibat ditoreh malah lebih 20 bendera bersaiz kecil juga menerima nasib sama apabila turut ditoreh dan dipatahkan.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit.. BIJAKKKKK.... kah kah kah..

kah kah kah.... SYABAS...kah kah kah...

kah kah kah... INI JALUR TEMBERANG.... kah kah kah

JALUR TEMBERANG
UNTUK ALAS KAKI
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal

--------

31 OGOS IALAH HARI MALAPETAKA




KOMENTAR TUKAR TIUB


masanya telah tiba
untuk menolak lagu
negara ku kerana lagu
ini di ciplak dari
lagu memula moon
yang kemudian nya menjadi
lagu terang bulan lagu indonesia

negara yang merdeka
wajib memiliki anak bangsa
yang kreatif

masanya juga telah tiba
untuk menolak bendera
jalur gemilang
kerana bendera ini di ciplak
dari bendera amerika

kibarkan sang saka tanah melayu
merah puteh warna nusantara
lihat bendera singapura
lihat bendera indonesia
malah bendera united malay national organisation
juga menggunakan motof nusantara

masanya telah tiba
untuk menobatkan
pejuangan nasionalis
yang angkat senjata
melawan british




MAT INDERA MELAWAN BRITISH





PENCERAHAN DARI PEMBACA
Kata malaysia tak dijajah? Apasal sambut merdeka? www.malaysiacrisis.blogspot.com
By Author MalaysiaCrisis on JANGAN TIPU RAKYAT MALAYSIA - JANGAN CIPLAK LAGU T... on 7/19/12

Jarang komen tapi tergerak lak kali ni Celah mana dalam tulisan tu yg TT tulis dia pro kuasa China-Russia?? yg TT sebut ialah perebutan kuasa ekonomi dunia antara puak Anglo-Amerika vs. puak China-Russia. PAHAM?? jesteru China-Russia ni boleh kita anggap sebagai "kawan sampingan".

PAHAM?? lagi satu, mana ada "negara komunis". istilah ini satu 'misnomer'. konsep komunis adalah stateless - tanpa negara. melayu pemalas baca mesti garu2 kepala dan cakap "habis USSR dan China zaman perang dingin tu apa?". mereka adalah Stalinist dan Maoist, bukan benar2 konsep sosialisma dan komunisma.PAHAM?? tapi sekarang kedua2nya adalah kapitalis. PAHAM?? memang leceh nak terangkan kat org2 Melayu ni. Da la malas membaca, berfikir pun malas.
By Anonymous on KENAPA KITA SEMUA TIDAK PRO KEBENARAN - SUSAH KE? on 7/19/12

ANGKAT SENJATA LAWAN BRITISH


@Tanpa Nama 18 Julai 2012 5:49 PTG UMNO punya bendera pun tiru Indonesia ke bro? Singapore? Ni warna bendera ni Sang Saka,digunakan dari zaman Majapahit,so xhairan la bila negara Nusantara menggunakan warna ni sebagai warna rasmi
By Anonymous on JANGAN TIPU RAKYAT MALAYSIA - JANGAN CIPLAK LAGU T... on 7/19/12

Berhubung dengan lagu irama 'Terang Bulan' itu telah dijadikan lagu 'Negaraku', maka pemerintah Indonesia telah mengemukakan satu perintah yang diperdengarkan dan diedarkan kepada seluruh rakyat Indonesia, bagi melarang lagu 'Terang Bulan' dinyanyikan. Ianya bagi menghormati penggunaan irama lagu tersebut sebagai lagu kebangsaan Malaysia yang baru ditubuhkan pada waktu itu.

Hal ini adalah untuk mengelakkan rakyat Malaysia merasa tersinggung dengan nyanyian lagu Terang Bulan tersebut.[1] Larangan ini bermula 31 Ogos 1957. Arahan larangan ini dibuat oleh Perdana Menteri Republik Indonesia, dalam satu memo bertarikh 1 September 1957.
By Anonymous on JANGAN TIPU RAKYAT MALAYSIA - JANGAN CIPLAK LAGU T... on 7/18/12

Tanpa Nama 18 Julai 2012 3:20 PTG, sila google "mamula moon". lepas da baca, gi dengar kat youtube.
By Anonymous on JANGAN TIPU RAKYAT MALAYSIA - JANGAN CIPLAK LAGU T... on 7/18/12

Bendera Merah Putih tu adalah simbol Nasionalis Melayulah, anon 5:49 ptg. Bendera Indonesia dan Singapura pun pakai motif yg sama pasal ia adalah simbol nasionalis Melayu. Bahkan PKMM dan API juga kibar bendera yg sama.

Apa masalahnya? Dari dok pakai bendera yg macam bendera Amerika, baik pakai bendera motif merah putih. betul tak. Aku pun kdg2 dah rasa malu nak nyanyi lagu negaraku kat majlis2 yg dihadiri org asing, pasal lagu negaraku lagu ciplak. So,aku nyanyi lagu Bendera Tentera sebagai Lagu Kebangsaan sementara ( de facto Malaysian national anthem). Kahkahkah.
By Militia Buruh on JANGAN TIPU RAKYAT MALAYSIA - JANGAN CIPLAK LAGU T... on 7/18/12




lagu negaraku dan lagu terang bulan sebenarnya diciplak dari lagu perancis, kahkihkuh..
By ejen oren on JANGAN TIPU RAKYAT MALAYSIA - JANGAN CIPLAK LAGU T... on 7/18/12

kepada Tanpa Nama 18 Julai 2012 5:49 PTG, bukan tiru Indon tapi bendera merah dan putih itu adalah warna bendera nusantara. warna bendera tu da diguna sejak empayar Majapahit kurun ke 13. warna bendera Singapura pun merah putih malah bendera Gerombolan sendiri pun begitu warnanya.
By Anonymous on JANGAN TIPU RAKYAT MALAYSIA - JANGAN CIPLAK LAGU T... on 7/18/12

bendera jalur gemilang tembelang diciplak dari bendera Sharikat Hindia Timor British. sebenarnya bendera amerika pun diciplak dari bendera Sharikat Hindia Timor British. nampak sangat asal-usul Amerika hingga sekarang ketara - sebuah corporatist state. Malaysia bagaimana? :) http://en.wikipedia.org/wiki/File:Flag_of_the_British_East_India_Company_(1801).svg http://majorityrights.com/weblog/comments/flags_of_the_united_states_and_british_east_india_company/
By Anonymous on JANGAN TIPU RAKYAT MALAYSIA - JANGAN CIPLAK LAGU T... on 7/18/12

Tanpa Nama 18 Julai 2012 5:49 PTG .. Sila semak dan selidik balik apa itu SANG SAKA MERAH PUTIH ..jalan malas membaca!
By Anonymous on JANGAN TIPU RAKYAT MALAYSIA - JANGAN CIPLAK LAGU T... on 7/18/12

merah putih warna nusantara la bengong. merah warna darah rakyat.... merah warna darah rakyat...
By Raja Fiqri Fauwaz on JANGAN TIPU RAKYAT MALAYSIA - JANGAN CIPLAK LAGU T... on 7/18/12

Tanpa nama 5:49ptg, sila buat bacaan lebih lanjut berkaitan sang saka merah..
By Anonymous on JANGAN TIPU RAKYAT MALAYSIA - JANGAN CIPLAK LAGU T... on 7/18/12

BENDERA BARU UTUK MALAYSIA


Apa kata kita buat pertandingan mereka cipta bendera dan lagu kebangsaan Malaysia yang baru, nanti kalau PR dapat perintah Malaysia kita suruh PR tukar, bro lu punya bendera pun ciplak Indon, Indon pulak ciplak Monaco.

Tapi dah tahu lepas ni ada aje yang jawab merah putih asalnya bendera Langkasuka dan Majapahit tapi apa buktinya Langkasuka dan Majapahit ada bendera, kerajaan purba asia tenggara tidak mempunyai sistem rekod yang tersusun seperti kerajaan purba Cina, Timur Tengah dan Eropah jadi takde bukti.
By pro rakyat on JANGAN TIPU RAKYAT MALAYSIA - JANGAN CIPLAK LAGU T... on 7/18/12


NGO BANGANG DI MALAYSIA


SIAPA BERKOMPLOT
 25 NGO sokong usaha PDRM banteras jenayah
KUALA LUMPUR 30 Ogos - Sebanyak 25 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkumpul di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini bagi menunjukkan tanda sokongan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan pelbagai operasi membanteras jenayah di negara ini.

Antara NGO yang terlibat adalah Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas), Yayasan Ayahanda Malaysia (YAS), Pertubuhan Sahabat Malaysia (Sahabat), Pertubuhan Keris Mas Malaysia, Pertubuhan Al-Ehsan Malaysia dan Pertubuhan Api Sejagat Malaysia.

Pertubuhan lain adalah Perdana Malaysia, Pertubuhan Kebajikan Melayu Klang (PKMK), Majlis Bendahara Malaysia, Peribudi Malaysia, Pertubuhan Putra Malaysia (Putra), Sahabat Ulilamri dan Pertubuhan Silat Ilham Malaysia.

Menurut Presiden Permas, Abdul Halim Ali, kesemua pertubuhan yang terlibat bersetuju dengan setiap tindakan polis terutama dalam Op Cantas Khas yang dilihat banyak mengurangkan kadar jenayah dalam negara.

Katanya, semua pertubuhan itu juga mahu isu melibatkan jenayah ini dibawa ke Parlimen untuk dibahaskan serta mencari satu resolusi untuk menyelesaikan masalah yang dilihat perlu dilakukan negara.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... INI BETUL BERITA GILA.... kah kah kah..

kah kah kah... NGO INI INGAT POLIS  KERJA JALA IKAN KE?.... kah kah kah...

kah kah kah...NGO INI INGAT POLIS KERJA  BUAT LEBUH RAYA KE?.... kah kah kah...

kah kah kah...HANYA DI MALASIA ....ADA  NGO BANGANG MACAM INI.... kah kah kah...

kah kah kah... POLIS KERJA NYA MEMANG  BENTERAS JENAYAH..... kah kah kah..

kah kah kah... TAK PERLU SOKONG SOKONG.... kah kah kah...

kah kah kah... BENTERAS JENAYAH TUGAS   ASAL POLIS ..... kah jkah  kah...

woit... PAU MAT REMPIT 20 RINGGIT ITU BUKAN TUGAS POLIS.... kah kah kah

SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
---------