Isnin, 4 Mac 2024

UMAT MANUSIA BUNUH DIRI SENDIRI


UMAT MANUSIA

MEMBUNUH

DIRI SENDIRI

AMIN

ACHEH HALAU ROHINGYA KE LAUT


DI ACHEH INDONESIA

WARGA ROHINGYA

DI HALAU KELUAR

KE DALAM LAUT

KHALAS

KENAPA RAMAI BENCI WARGA ROHINGYA


KENAPA RAMAI BENCI

WARGA ROHINGYA

AMIN

TAK PERLU REKRUT ALLAH


Pindaan perlembagaan Bersatu balasan Allah – Zahid


BAGAN DATUK – Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan tindakan Parti Pribumi Malaysia (Bersatu) yang meminda perlembagaan parti itu semalam sebagai balasan daripada Allah.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, ini kerana Setiausaha Agung Bersatu,  Hamzah Zainuddin sebelum ini bertindak membawa ahli-ahli Parlimen UMNO untuk menyertai parti tersebut.

“Saya fikir pindaan yang dibuat oleh parti berkenaan adalah balasan daripada Allah kerana dahulu Setiusaha Agungnya telah membawa Ahli Parlimen UMNO untuk menyertai parti berkenaan.

“Kini, tanpa sebarang usaha pun daripada pihak UMNO dan BN, kita lihat enam orang daripadanya telah bersama menyokong  Anwar Ibrahim,” katanya.

Tambah Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, meskipun Bersatu berusaha memastikan ahli Parlimen daripada partinya yang menyokong Anwar mengosongkan kerusi ia dilihat tidak mungkin berlaku.

“Biar pun mereka berusaha agar ahli Parlimen daripada partinya untuk mengosongkan kerusi tetapi sudah tentunya pengosongan kerusi ini tidak boleh berlaku kerana ia masih tertakluk kepada peraturan Parlimen Sendiri dan juga Perlembagaan Negara kita.

“Kerusi-kerusi itu adalah yang dahulunya dipegang oleh UMNO jadi kita akan mengadakan perundingan dengan kepemimpinan Kerajaan Perpaduan untuk menentukan jika ada pengosongan kerusi terbabit,” katanya.

Presiden Bersatu,  Muhyiddin Yassin dalam Mesyuarat Agung Khas parti itu semalam memaklumkan pindaan Perkara 10 Perlembagaan Bersatu membolehkan enam Ahli Parlimen parti itu yang menyokong Anwar diarahkan untuk mengosongkan kerusi mereka.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata, Hamzah Zainuddin akan menghantar surat kepada enam wakil rakyat terbabit untuk mendapatkan pengesahan sama ada mereka masih kekal dengan keputusan menyokong Perdana Menteri.

Untuk rekod, enam Ahli Parlimen tersebut ialah  Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang),  Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan). –

     
          

WOIT

TAK PERLU 

REKRUT ALLAH

AMIN

ALLAH ADA

PROJEK UNTUK

UMAT MANUSIA

ALAM SEMESTA

AMIN

BUKAN UNTUK

PARTI BERSATU

AMIN

LU DAPAT DNAA

BUKAN KERANA

ALLAH

AMIN

LU DAPAT DNAA

KES RASUAH

KERANA ANWAR

NAK JADI PM

KHALAS

CUKAI NAIK 8 %


SST 8% : Tiada barang disorok, kenaikan harga berlaku

SEBERANG PERAI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang tidak menerima sebarang aduan mengenai kenaikan harga barang atau ketidakberadaan barangan ke atas sektor yang tidak terlibat dengan kenaikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) berkuatkuasa 1 Mac lalu.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri, S.Jegan berkata, ia berdasarkan pemeriksaan dan pemantauan menerusi Ops Kesan yang dijalankan pihaknya sejak empat hari lalu di negeri ini.

Jelas beliau, semua pihak juga perlu tahu sektor apa yang tidak terlibat dengan kenaikan dua peratus SST seperti makanan dan minuman.

“Meskipun tiada aduan atau peniaga dikesan menaikkan harga susulan kenaikan dua peratus SST namun saya nak ingatkan peniaga yang tidak terlibat dalam sektor terbabit agar jangan sesekali mengambil kesempatan menaikkan harga barangan bagi mengaut keuntungan.

“Ini kerana peniaga boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 sekiranya dikesan menaikkan harga sesuka hati.

“Malah, AKHAP juga memperuntukkan peniaga tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan sekiranya perubahan harga yang dibuat menunjukkan kenaikan yang terlalu tinggi, mendadak dan mengambil untung secara tidak munasabah atau berlebihan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Jualan Ihsan Rahmah ‘Kembali Ke Sekolah Peringkat Negeri Pulau Pinang di AEON Big di Seberang Jaya di sini, hari ini.

Tambah Jegan, pengguna yang berdepan salah laku peniaga termasuk yang cuba mengambil keuntungan berlebihan dan mencatut, diminta mengemukakan aduan kepada saluran aduan rasmi kementerian bagi membolehkan siasatan dilakukan serta tindakan lanjut diambil.

Media sebelum ini melaporkan SST naik kepada lapan peratus, berbanding enam peratus sebelum ini berkuat kuasa pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, kadar baharu ini tidak merangkumi perkhidmatan untuk makanan dan minuman, telekomunikasi dan tempat letak kereta. – 

CUKAI

KHIDMAT JUALAN 

NAIK 8 PERATUS

AMIN

HARGA BARANG

NAIK RATUS RATUS

JENG JENG JENG

DUIT LAGI MURAH

HIDUP LAGI PARAH

AMIN

YANG KAYA

HIDUP INDAH

YANG MISKIN

MAKAN MUNTAH

AMIN

KHALAS

MH370 DIMANA KUBURNYA ?


MH370 DIMANA

KUBURNYA

AMIN

JANGAN SENANG KENA TIPU



Akta baharu tangani penipuan dalam talian, bank tak boleh mengelak – Kulasegaran


KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang merangka akta baharu bagi meningkatkan keselamatan digital dan menangani penipuan dalam talian.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kulasegaran, akta berkenaan melibatkan ketetapan pihak bank tidak boleh mengelak daripada bertanggungjawab sekiranya menjadi punca penipuan dalam talian berlaku.

“Saya berpendapat bank perlu bertanggungjawab. Pihak bank tidak boleh mengelak daripada diambil tindakan. Jika ada mana-mana bank yang telah atau sedang buat demikian, rujuklah kepada agensi yang berkenaan.

“Rang Undang-Undang (RUU) yang sedang dikaji ini akan merangkumi semua aspek termasuk yang diperkatakan YB Kota Melaka (tindakan terhadap bank dalam transaksi berkaitan penipuan dalam talian),” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Khoo Poay Tiong (Kota Melaka – PH) mengenai RUU yang kini dalam peringkat penelitian.

Sebelum itu, Kulasegaran memaklumkan sebanyak 107,716 kes jenayah scammer yang direkodkan antara 2020 hingga 2023 melibatkan jumlah kerugian RM3.2 bilion.

Dengan perkembangan itu , kerajaan tidak pernah memandang rendah isu penipuan dalam talian dengan tindakan menyeluruh terus diambil dari semasa ke semasa.

Sehubungan itu, Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sentiasa bekerjasama dengan syarikat-syarikat telekomunikasi bagi mengesan nombor telefon yang didapati terbabit dengan penipuan dalam talian.

“Setakat Januari tahun ini, sebanyak 131 nombor talian ditamatkan kerana terbabit aktiviti penipuan dan 93 nombor talian meragukan telah disekat.

“Nombor berkenaan juga akan direkodkan dalam sistem semak Polis Diraja Malaysia sebagai panduan untuk orang awam membuat semakan sebelum meneruskan transaksi kewangan mereka,” kata menjawab soalan Siti Mastura Muhammad (Kepala Batas -PN). – 



WOIT

INI LANGKAH

BETUL

AMIN

LEBIH MUSTAHAK

ORANG RAMAI

SEDAR SENDIRI

AMIN

GAJI 12 RIBU

KERJA LUAR NEGARA

LULUS SPM

MASIH MELAMAR

AMIN

TENGOK MUKA

CERMN DIRI

JANGAN SENANG

KENA TIPU

AMIN

MUKA HEROT

TETIBA MAT SALEH

NAK AJAK KAWIN

CERMIN DIRI

AMIN

LABOR 1 RIBU

PULANGAN 12 RIBU

6 BULAN KEMUDIAN 

DAH JADI KAYA

AMIN

TAMAK BANGANG

PADAN MUKA

AMIN

KHALAS

BERAPA BELANJA ISTANA ?


BERAPA BELANJA

ISTANA ?

AMIN


panglimo potaseh commented on
 "RAJA BERPERLEMBAGAAN"

Tu lah Raja Norway .. antara negara terkaya di dunia .. negara kafir, tak tutup aurat. Tapi tak de orang yg merempat di Norway .. warga yg tak kerja di bahagi elaun untuk idop selesa .. walhal Norway punye sama byk pengeluaran tong minyak dgn Malaysia.

Dulu Incik Kadir royak belanja istana negara je RM1 juta sehari, itu baru satu estana .. ingat kito ado sopulo Rajo .. Norway sekor jo .. tuckbEEr

MH370 YANG HILANG MANA KUBURNYA


MH370 YANG

 HILANG

MANA KUBURNYA

AMIN

ORANG BAIK TAK BUAT APA APA


BUKAN RAKYAT

ZALIM TAPI ORANG

BAIK TAK BUAT

APA APA

AMIN


Unknown commented on
 "INILAH AKIBAT
 KERAJAAN MADANI"

kerajaan yang zalim hasil dari rakyat yang zalim..

KEZALIMAN ZIONIS


KEZALIMAN 

ZIONIS

HASUT DAN AJAR POLITIK JALAN RAYA


HASUT DAN AJAR

POLITIK

JALAN RAYA

AMIN

MCA PARTI CUKONG PUN KATA HARGA BARANG NAIK


SST: Hentikan sindrom penafian, terima hakikat cukai elektrik penghulu segala kos

TERDAPAT  segelintir pihak yang menuduh kononnya MCA hanya memperjuangkan golongan kaya dan memperlekeh Presiden MCA, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong yang merayu kepada kerajaan berhubung cukai yang dikenakan terhadap penggunaan elektrik.

Sedangkan, apa yang dibangkitkan oleh Presiden MCA merangkap Ahli Parlimen Ayer Hitam di Dewan Rakyat itu sebenarnya membela nasib semua rakyat sebagai pengguna.

Betul, penggunaan elektrik 600kwj ke bawah tidak dikenakan cukai. Tetapi bagaimana pula dengan penggunaan elektrik melebihi 600kwj, yang kebiasaannya melibatkan golongan peniaga, kilang dan sebagainya?

Dalam kenyataan media Kementerian Kewangan bertarikh 28 Februari 2024 telah mengesahkan dan dinyatakan dengan jelas, “Bagi perkhidmatan elektrik, Cukai Perkhidmatan hanya dikenakan ke atas kadar penggunaan lebih daripada 600kWj.”

Ini bermakna, pengusaha perniagaan perlu membayar atau dikenakan kenaikan cukai kerana menggunakan elektrik lebih 600kwj dan sudah tentulah menyebabkan harga barangan atau perkhidmatan meningkat.

Apabila sesuatu kadar cukai itu meningkat, maka sudah tentulah ia memberi kesan kepada seluruh sistem di mana harga-harga jualan atau perkhidmatan akan turut meningkat dan mereka yang menerima kesannya ialah rakyat sebagai pengguna akhir.

Jadi, hentikanlah sindrom penafian dengan menyatakan harga barang atau perkhidmatan tidak akan naik susulan kenaikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dari 6% kepada 8% yang mula berkuatkuasa semalam, 1 Mac 2024.

Pada 9 Julai 2023, Utusan Malaysia ada melaporkan kenyataan Presiden Dewan Perniagaan dan Industri India Kuala Lumpur dan Selangor (KLSICCI), Nivas Ragavan dengan artikel bertajuk “Harga barang dijangka naik 20 peratus bermula Ogos”

Menurut laporan tersebut, harga barangan pengguna dijangka meningkat sehingga 20 peratus menjelang Oktober tahun ini dengan didorong dua faktor utama iaitu inflasi import dan peningkatan kos operasi perniagaan di Malaysia.

Itu ketika kadar SST 6%, maka sudah tentulah harga barangan terus meningkat dengan pelaksanaan SST 8%.

Perlu ditekankan bahawa saya mahupun MCA amat memahami keperluan kerajaan mengutip cukai, malah sesebuah negara sememangnya memerlukan pendapatan menerusi kutipan cukai yang kemudiannya dikembalikan kepada rakyat dengan pelbagai saluran merangkumi kebajikan rakyat, pendidikan, kesihatan, infrastruktur dan tidak membebankan rakyat dengan kutipan cukai berganda.

Sesungguhnya cukai SST banyak berlaku kelompongan, bahkan menyebabkan kerajaan hilang RM20 bilion – RM30 bilion akibat ‘black economy’ yang sukar dipantau.

Sebab itu MCA berulang kali menyebut, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) perlu dikembalikan dengan menambahbaik mekanisme pelaksanaan khususnya berkaitan pembayaran balik GST. Ianya bukan sahaja telus tetapi juga membuktikan sistem yang dapat membantu kerajaan meraih pendapatan negara. Angka dan fakta yang tidak boleh dinafikan, GST dapat menjana RM44 bilion dan membentuk kira-kira 2.8 peratus daripada KDNK pada 2017 ketika pentadbiran Barisan Nasional pimpinan Perdana Menteri ke-6,  Najib Nazak.

Membela rakyat dan mengutamakan negara, atau terus dengan sindrom penafian, perbodohkan rakyat dan akhirnya mewariskan negara dalam keadaan parah kepada generasi akan datang.

Chua Hock Kuan
Ahli Jawatankuasa Pusat MCA

WOIT

KALAU PARTI

CUKONG PUN

TAK SELESA

CUKAI NAIK

INI TANDA 

DAH PARAH

KAH KAH KAH

LETERIK NAIK

SEMUA AKAN NAIK

AMIN

SEMUA JADI

MAHAL DAH NI

KHALAS

AKAN WUJUD GENCATAN SENJATA SEBELUM RAMADAN ?


GENCATAN SENJATA?

AKAN DI UMUM 

SEBELUM

RAMADAN?

AMIN

CUKAI NAIK JADI 8%


CUKAI JUALAN & KHIDMAT - SST - NAIK 1 MAC




Sales and Service Tax atau singkatannya SST adalah satu jenis sistem cukai yang ada negara menggunakan. 

Ketika ini sedang digunakan oleh kerajaan Malaysia. SST atau dalam bahasa Melayu dikenali sebagai Cukai Jualan dan Perkhidmatan digunakan kembali setelah kerajaan memutuskan untuk memansuhkan cukai GST dan mengenakan SST

INILAH AKIBAT KERAJAAN MADANI


INILAH AKIBAT

KERAJAAN MADANI

KHALAS

HARGA KHIDMAT UNIFI AKAN NAIK


HARGA

KHIDMAT UNIFI

AKAN NAIK 

KHALAS

Unknown commented on 
"DUA S -SEKAT DAN SAILANG"

Pengguna Unifi, Ini Empat Servis Yang Terlibat Dengan Kenaikkan SST. UniFi ini untuk golongan kayangan ker..!?

Seperti yang kita semua sedia maklum, kadar baharu cukai perkhidmatan dinaikkan kepada lapan peratus, berbanding kadar lama, enam peratus bermula hari ini.

Ni walaun papangang wartawan reformasi PKR SST naik depa bole kata utk golongan kayangan saja... Alahai anak anak papangang.. unifi ni untuk golongan kayangan ker...!?

https://wrlr.blogspot.com/2024/03/kalau-puak-puak-ni-tanyajawab.html?m=1

Unifi memaklumkan beberapa perkhidmatan yang ditawarkannya turut akan mengalami kenaikkan cukai perkhidmatan bermula hari ini.

Unifi lagi, kadar cukai perkhidmatan baharu ini akan dipaparkan pada bil bulanan bermula Mac atau April 2024, bergantung kepada tempoh kitaran bil masing-masing.

SAPA MAKAN CIBAI TERASA MASIN



SAPA MAKAN CIBAI

TERASA MASIN

AMIN

Amutalingam barkaylow commented on 

"YANG SALAH WAJIB DITEGUR"

Sampai masa tertegur sendiri itulah bertitah siapa mkn cili dialah tercili.

GENCATAN SENJATA


GENCATAN 

SENJATA

SENIN 4 MAC 2024
HARI INI  DI KATAKAN 
OLEH BIDEN AKAN  ADA PERJANJIAN
GENCATAN. SENJATA DI GAZA

APAKAH INI AKAN BERLAKU ?

WAKIL HAMAS  DAH TERBANG
KE CAIRO
TAPI WAKIL ISRAEL BELUM
SAMPAI

ISRAEL MAHU  SENARAI NAMA
TAWANAN DALAM TANGAN HAMAS
HAMAS MAHU
PEMBEBASAN RAMAI
WARGA PALESTIN 
DALAM PENJARA ISRAEL

HAMAS ENGGAN BERI NAMA
HAMAS KATA
ADA RAMAI TAWANAN  TELAH MATI
DIBUNUH OLEH SENJATA ISRAEL

PERINCIAN GENCATAN SENJATA INI
BELUM MUNCUL
DARI BERITA TAK RESMI
MUNGKIN GENCATAN
SELAMA 6 MINGGU ?
JENG JENG JENG

AMERIKA
TIMBALAN PRESIDEN AMERIKA
KAMALA HARRIS
UNTUK PERTAMA KALI
KRITIK ISRAEL DENGAN KERAS
KERANA KEBULURAN
YANG SEDANG BERLAKU DI RAFAH

MALAYSIA
10 TAHUN KAPAL TERBANG
 MH370 LESAP
KAUM KELUARGA MASIH
MENUNTUT AGAR
ADA BERITA DIMANA
HILANGNYA PESAWAT INI
MALAYSIA MASIH MENCARI

PAKISTAN 
MENDAPAT PERDANA MENTERI
BARU BERNAMA SHEHBAZ SHARIF
BERAPA  LAMA BOLEH BERTAHAN
JENG JENG JENG

HOKKIEN
PAGI INI CERAH
MATA HARI DAH BERSINAR
PIPI DAH TERASA PANAS
DI BAKAR CAHAYA

DI PINTU  MASUK
CENGKERIK BERDESING

ATAS POKOK TERAP
SUARA AMAT KUAT
KWIK KWIK KWIK
INI BURUNG BARU
GUA BELUM PERNAH DENGAR

PAGI INI GUA LIHAT
LEBIH DARI BIASA
 PEKERJA KUBUR
BERCAP CHAI
INI PERSEDIAAN BULAN EMPAT
BULAN ZIARAH MAKAM
BULAN SEMBAHYANG KUBUR
MEREKA DAH MULA
MEMBERSIHKAN MAKAM

GUA YAKIN
HARI INI AKAN PANAS
DAN JIKA HUJAN PETANG
MALAM SANTAI

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT SENIN
DENGAN SENYUMAN

BRO
JIKA LU GOSIP 
TENTANG ORANG LAIN
ORANG LAIN JUGA
AKAN GOSIP TENTANG LU

BRO
KALAU KITA BUAT
APA YANG KITA SUKA
PASTI IANYA  SENANG DILAKUKAN

BRO
MAJORITI KADANGKALA
MEMBUKTIKAN
SANG BEBAL BDERKUMPUL
DALAM KELOMPOK
YANG RAMAI

BRO
ORANG BIJAK
DAPAT UNTUNG LEBIH
DARI MAT BEBAL
BERBANDING MAT BEBAL
DAPAT UNTUNG DARI
ORANG BIJAK

BRO
ILMU YANG HAKIKI
IALAH MENGENAL
DIRI KITA SENDIRI
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI