Isnin, 14 Ogos 2023

DAP DICAP SEBAGAI MUSUH UTAMA MELAYU ISLAM


DAP MAKIN

DICAP SEBAGAI

MUSUH UTAMA

MELAYU ISLAM

AMIN

PAKATAN DALAM BAHAYA JIKA TERUS MEMIKUL ZAHID


PAKATAN DALAM

BAHAYA JIKA TERUS

MEMIKUL ZAHID

KHALAS

NAJIB IKUT CARA ZAHID - BATAL SEMUA KES 1MDB

 



Najib mohon batal semua pertuduhan berkaitan kes 1MDB


BEKAS perdana menteri Najib Razak memohon untuk membatalkan perbicaraan rasuah 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu hari ini.

Najib, yang kini menjalani hukuman penjara kerana rasuah membabitkan SRC International, juga mahu mahkamah melepasn dan membebaskannya daripada semua pertuduhan berkaitan penyelewengan dana milik 1MDB.

Peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah berkata demikian ketika memohon agar hakim Collin Lawrence Sequerah menarik diri daripada perbicaraan hari ini.

Shafee berkata ini susulan pendedahan Sequerah berhubung kaitannya dengan bekas peguam 1MDB Jasmine Loo Ai Swan yang ditahan baru-baru ini.

Sequerah, yang kini menjadi hakim di Mahkamah Rayuan, mempengerusikan panel hakim Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan 1MDB, semalam berkata Loo adalah rakan kongsinya dalam sebuah firma guaman lebih sedekad lalu.

Sequerah membuat pendedahan itu berikutan siasatan Shafee sama ada Loo akan dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan itu.

Nama Loo banyak disebut semasa perbicaraan rasuah Najib yang sedang berlangsung kerana didakwa menyeleweng RM2.3 bilion daripada 1MDB.

Turut dilaporkan Loo adalah antara proksi yang bekerjasama dengan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, untuk menyeleweng jutaan ringgit daripada dana negara berdaulat itu.

Loo, yang menjadi buruan berikutan kejatuhan kerajaan Barisan Nasional pada 2018, disenaraikan sebagai individu dikehendaki.

Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama. – 14 Ogos, 2023.



WOIT

NAJIB ZAHID

DAH PAKAT ?

JENG JENG JENG

SAPA LAGI

SAMA DALAM

PAKATAN INI

JENG JENG JENG

AMIN

KITA TUNGGU

APAKAH PENDAKWA

AKAN DI GUGURKAN

JENG JENG JENG

GANTI PENDAKWA

BARU ?

JENG JENG JENG

KHALAS

RAMAI AHLI UMNO BELOT UNDI PARTI LAWAN



Tidak perlu laku pemutihan ke atas ahli, penyokong UMNO – Isham

KUALA LUMPUR – UMNO tidak perlu melakukan pemutihan ke atas ahlinya disebabkan ada antara mereka disyaki mengundi calon parti lain.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil berkata, jika dilakukan pemutihan, tinggal berapa kerat sahaja ahli dan penyokong parti di akar umbi.

“Pada saya tidak perlu buat pemutihan ke atas ahli UMNO, mereka bukannya perlu diputihkan (dibuang) oleh sebab mereka mengundi (atau disyaki mengundi) parti lain.

“Jika kita buang mereka, tinggal berapa kerat sahaja ahli dan penyokong kita di akar umbi.

“Mereka akan lebih marah dan benci kepada UMNO dan akan jadi penyokong tegar parti lawan. Ini yang parti lawan kita mahu,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.

Menurut Isham, apa yang perlu dilakukan ialah cari dan akui sebab serta punca mengapa penyokong tegar parti yang selama ini menyokong UMNO kini protes serta menyokong parti lawan.

Katanya, punca dan sebab itu perlu ditangani segera

“Jika dulu penyokong tegar kita menjadi perayu undi kepada penyokong atas pagar, saya lihat kini mereka pun sudah hilang kepercayaan dan perlu diyakinkan.

“Kita perlu yakinkan mereka dengan kebenaran dan keikhlasan, bukannya retorik dan spin politik. Penyokong tegar kita sudah lama dalam politik, mereka tahu menilai,” katanya.

Justeru ujar beliau, daripada memutihkan atau buang, lebih baik mereka diyakinkan semula berkenaan halatuju dan perjuangan UMNO.

“Saya lihat mereka mahu lihat perubahan yang drastik bukan hanya retorik. Jika kita kekal dalam sindrom penafian, kita tidak akan berubah.

“Jika kita tidak berubah di saat getir ini, kita akan tamat sebab kita tidak sedar diri walaupun kita sudahpun rebah.

“Jika kita tidak berubah, lawan kita akan bertepuk tangan sehingga ke PRU-16, ini yang mereka mahu, iaitu UMNO hancur di tangan diri sendiri,” katanya.

Beliau berkata, untuk bangun semula, UMNO perlu ikhlas dan jujur dengan diri sendiri serta merubah keadaan, selain perlu ada keberanian untuk membawa perubahan. – 

WOIT

KAH KAH KAH

RAMAI AHLI

GEROMBOLAN

DAH BELOT

KAH KAH KAH

PASAI APA

BELOT ?

KAH KAH KAH

PEMIMPIN CURI

DUIT AHLI JADI

HAMBA

KAH KAH KAH

BELOT OKAY

JANGAN SABOTAJ

KAH KAH KAH

KHALAS

WAN JI MASUK PENJARA ?



Wan Ji gagal rujuk isu Perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan

MAHKAMAH Rayuan di Putrajaya hari ini menolak permohonan penceramah bebas Wan Ji Wan Hussin untuk merujuk isu Perlembagaan membabitkan pertuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 yang dihadapinya ke Mahkamah Persekutuan.

Panel tiga hakim yang diketuai Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara membenarkan bantahan awal pihak pendakwaan selaku responden terhadap permohonan yang dikemukakan Wan Ji, 41.

Hakim Vazeer Alam dalam penghakimannya berkata mahkamah bersetuju dengan bantahan awal yang dibangkitkan responden Mahkamah Rayuan tidak mempunyai bidang kuasa untuk merujuk persoalan undang-undang ke Mahkamah Persekutuan.

“Apa-apa persoalan undang-undang boleh diutarakan semasa pendengaran rayuan dalam kes ini kelak. Oleh itu, permohonan dalam notis usul (Wan Ji) ditolak,” kata Hakim Vazeer Alam yang bersidang bersama Azman Abdullah dan Azmi Ariffin.

Terdahulu, peguam Muhammad Faiz Fadzil mewakili Wan Ji memohon agar mahkamah membenarkan permohonan anak guamnya untuk merujuk persoalan undang-undang berkaitan pertuduhan dihadapinya ke Mahkamah Persekutuan.

Timbalan Pendakwa Raya How May Ling membantah permohonan itu atas alasan Mahkamah Rayuan mempunyai bidang kuasa untuk mendengar rayuan, namun tiada bidang kuasa untuk merujuk persoalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan.

“Persoalan undang-undang juga tidak dibangkitkan (perayu) di peringkat Mahkamah Tinggi mahupun permohonan untuk merujuknya ke Mahkamah Persekutuan,” katanya.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 25 September ini untuk mendengar rayuan Wan Ji terhadap hukuman penjara setahun yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Julai 2019 selepas membenarkan rayuan silang pendakwaan untuk menambah hukuman penjara sembilan bulan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 9 April 2018.

Bagaimanapun, mahkamah itu membenarkan permohonan Wan Ji untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara setahun sehingga rayuannya di Mahkamah Rayuan selesai.

Wan Ji didapati bersalah atas dakwaan menerbitkan perkataan yang menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah termasuk membabitkan isu agama dalam Facebook dengan nama wanji.attaaduddi di Pejabat Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 5, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 5, pada 10 pagi, 5 November 2012.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama, bagi kesalahan kedua dan seterusnya, dia boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun. – Bernama, 14 Ogos, 2023.


WAN JI

JADI MANGSA

AKTA BAGINDA

QUEEN

AMIN

DAH SAMPAI

MASA KERAAJAN

BARU HAPUSKAN

AKTA HASUTAN

AMIN

DAH RAMAI

JADI MANGSA

KHALAS

MELAYU TIDAK PUAS HATI


NGO gesa wujudkan kerajaan Melayu Islam tanpa DAP

BANGI – Gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Islam Selangor dan Negeri Sembilan menggesa pemimpin-pemimpin parti politik Melayu Islam berlapang dada supaya agenda penyatuan ummah dapat diwujudkan demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustafa berkata, rakyat telah memberikan isyarat menerusi keputusan pada pilihan raya di enam negeri yang lalu dengan menunjukkan mereka mahu agenda penyatuan Melayu dan Islam ditegakkan di negara ini.

Katanya, bagi tujuan itu gabungan NGO Islam Selangor dan Negeri Sembilan mencadangkan agar ditubuhkan kerajaan Melayu Islam tanpa DAP.

Ia susulan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang menunjukkan lebih banyak kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyebelahi pemimpin Melayu Islam tidak kira parti UMNO, Pas, Bersatu, Amanah mahupun PKR.

“Sebab itu pemimpin-pemimpin ini sama ada UMNO dan Perikatan Nasional (PN) perlu berlapang dada untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.

“Jadi, kalau ini berlaku saya rasa persoalan yang lebih besar daripada itu boleh kita atasi…soal kepentingan Melayu Islam ini mesti dipertahankan tanpa mengira parti.

“Sebab itu kita nak cadangkan mereka kena tentukan siapa menteri besar dan barisan Exco yang boleh mempertahankan hak-hak ini. Itu yang kita nak cadangkan sebenarnya kerajaan tanpa DAP,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Menurut Zai, agenda penyatuan ummah boleh dilaksanakan tanpa DAP kerana parti-parti politik yang mempunyai pimpinan Melayu pastinya tidak akan mengenepikan Islam dan mahu agama itu dipertahan.

Beliau mendakwa, banyak perkara telah dilakukan oleh DAP terutama dalam menindas umat Melayu Islam di sebagai mana yang berlaku di Selangor dan Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, Zai menegaskan, agenda penyatuan ummah ini boleh dilaksanakan di peringkat Persekutuan kerana ramai pemimpin Melayu di peringkat Parlimen terdiri dalam kalangan wakil rakyat berbangsa Melayu dan Islam.

Katanya, Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim tidak perlu tunduk dengan DAP kerana kekuatan pemimpin Melayu yang ada sudah cukup untuk menyingkirkan parti itu.

“Sebenarnya kalau pemimpin itu ada ‘political will’ sayangkan bangsa dan agama dia, kalau perdana menteri itu Melayu, kalau Anwar itu Islam apa yang dia sayang sangat pada DAP. Ahli di Parlimen cukup Melayu Islam.

“Amirudin Shari (Menteri Besar Selangor) boleh panggil pemimpin Melayu Islam ini bincang siapa boleh jadi menteri Besar, Exco dan sebagainya. Kenapa sayang sangat dengan DAP, kalau dia pemimpin yang berjiwa besar,” ujarnya.



MELAYU ISLAM

BOLEH DITERIMA

AMIN

YANG

 MENAKUTKAN

SEMUA BANGSA

IALAH

MELAYU ARAB

DAN

MELAYU TALIBAN

AMIN

KHALAS

KES TIPU UNDI




Najib mohon batal semua pertuduhan berkaitan kes 1MDB


Wan Ji gagal rujuk isu Perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan


PRN: Polis terima 94 laporan salah guna MyKad


POLIS menerima 94 laporan berhubung kesalahan menggunakan  nama dan kad pengenalan (MyKad) orang lain untuk mengundi pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri, semalam.

Ketua Polis Negara Razaruddin Husain berkata Selangor merekodkan jumlah laporan tertinggi membabitkan kesalahah tersebut iaitu 48 kes, diikuti Pulau Pinang (20), Kedah (sembilan), Kedah (Sembilan), Negeri Sembilan (enam), Kelantan (dua).

Katanya, kesalahan tersebut membabitkan Seksyen 7 Akta Kesalahan Pilihan Raya kerana menggunakan kad pengenalan orang lain.

“Sebanyak 111 kertas siasatan dibuka daripada 181 laporan yang diterima melibatkan pelbagai kesalahan pada hari pengundian semalam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


WOIT

MASIH ADA LAGI

KERJA JAHAT

TIPU UNDI

KHALAS

BERANCUK PANDAI - ANAK LAHIR DI DERA


BERANCUK PANDAI

ANK LAHIR DIDERA

KHALAS

SANUSI BERANI BERCAKAP


SANUSI BERANI

BERCAKAP

KHALAS

Unknown commented on
 "MELAYU TOLAK DAP"

Cari alasan amat senang, tukang tampal tukang tukar tiub pun pandai belaka, cuma sekarang orang tak pakai tayar yang ada tiub, kah kah kah sudah tak relevan, lepas sudah baru cari alasan, sebelum cakap belum pasti samar samar ini kerja apa? 

Analisis apa lagu.ini, semuanya tahu Sanusi menang besar sebab berani mulut celupar ramai senyap senyap takut nak cakap walau dalam hati benci, jumpa orang besar cium tangan salam siap semua tapi dalam hati benci, tapi orang macam Sanusi lepas cakap semuanya sekaligus kah kah kah, 

buang masa analisa sekarang, apa nak lagi orang Melayu? Kah kah kah nak penyamun nak perasuah nak.perompak nak sapu duit nak duit air teh tarik senang teruskan lagi pru 16 settle kah kah kah cakap kurang tak payah minta sedekah tanah sendiri, jual saja senang woit

JANGAN JADIKAN DUIT SEBAGAI TUHAN

 

JANGAN JADIKAN

DUIT SEBAGAI 

TUHAN

AMIN


Unknown commented on 

"KENAPA SEKARANG MELAYU TAK SOKONG"

Sebagai manusia kita kena selalu cermin diri, kalau cermin diri kita akan nampak semua tak perfect, ada saja tak kena dengan diri sendiri dahulu, memang lah kalau tengok orang lain semua tak betul saja, boleh kita betulkan orang lain atau betulkan diri sendiri? Pemimpin UMNO kena soal diri mana aku salah, siapa salah kenapa tak sokongan lagi macam dulu, Mahathir kata dulu money is king tapi Melayu sudah jadikan money is GOD, kah kah kah,


 dulu pun menang pakai money kuasa jawatan pangkat pingat ingat tak lagi? Berapa ramai pemimpin semua kaya raya tapi orang bawahan masih sama, peladang pekebun Petani bawa teksi kah kah kah puak yang bodek puak yang jadi yes man ada habuan puak yang benar tulus pecat songkit singkir kah kah kah nak mana dapat yang baik akhirnya? 


Makan cermin diri dahulu tak kira lah atas sekaligus bawahan sekaligus cermin diri, tak cukup pergi ke klcc banyak cermin besar Mahathir ada buat dulu kah kah kah

DARI BALKONI LE CHATEAU


DARI BALKONI

LE CHATEAU

APAKAH HUJAN LEBAT AKAN SAMPAI
LANGIT JADI GELAP
SARAT DENGAN  HUJAN
RINTIK RINTIK DAH TURUN


MAKAM DISERANG


SHIRAZ IRAN

MAKAM DISERANG 

KALI KE DUA

AMIN

MELAYU TOLAK DAP


Pengundi Melayu tolak UMNO kerana DAP – Penganalisis

ALOR SETAR – Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri semalam jelas menunjukkan pengundi Melayu menolak UMNO dipercayai ekoran tindakan parti itu bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) terutama DAP.

Penganalisis politik, Dr. Mohammad Tawfik Yaakub berkata, mesej yang sangat jelas dinyatakan oleh bukan sahaja ahli-ahli UMNO yang mengundi Perikatan Nasional (PN) malah oleh majoriti pengundi Melayu yang kecewa dengan tindakan UMNO untuk bersengkongkol dengan PH.

ADVERTISEMENT


“Penyokong dan ahli akar umbi UMNO majoritinya menolak kerjasama politik dengan DAP dalam PH. Kita tidak boleh nafi hal ini.

“Malah apabila orang Melayu beralih undi kepada PN, ini juga memperlihatkan bahawa mereka tidak selesa untuk terus memilih UMNO yang berada dalam kerjasama politik melibatkan DAP,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam PRN yang berakhir semalam, calon BN-UMNO hanya menang 19 kerusi daripada 108 kerusi yang ditandingi.


Pensyarah Kanan di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya itu berpandangan tidak mustahil untuk UMNO terus ditolak oleh rakyat negara ini pada PRU akan datang sekiranya mereka terus kekal dalam kerajaan semasa.

“Saya berpandangan UMNO perlu lakukan sesuatu dengan drastik untuk mengembalikan kepercayan dan keyakinan bukan sahaja orang Melayu tetapi juga ahlinya yang kecewa dengan apa yang berlaku kepada parti tersebut

“Kepimpinan tertinggi UMNO perlu bertanggungjawab dengan kekalahan besar yang dihadapi oleh UMNO selepas mengalami keadaan sama lapan bulan lalu,” katanya.

Keputusan penuh PRN 2023 yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) lewat malam tadi mengesahkan Perikatan Nasional (PN) menang 146 kerusi berbanding Pakatan Harapan (80 kerusi) dan Barisan Nasional (19 kerusi). – MalaysiaGazette

WOIT

ADA MELAYU

TAK UNDI BN

KERANA DAP

AMIN

ADA MELAYU

TAK UNDI PAKATAN

KERANA ANWAR

AMIN

ADA MELAYU

TAK UNDI UMNO

KERANA ZAHID

KAH KAH KAH

KHALAS

LANGKAH BIJAK SEBELUM MOGOK



Kakitangan mula pakai lencana ‘Pengurusan KWSP Zalim’


KUANTAN – Bermula hari ini, ahli Kesatuan Kakitangan Lembaga Kumpulan Simpanan Pekerja (KKLKWSP) seluruh negara akan memakai butang lencana yang memaparkan perkataan ‘Pengurusan KWSP Zalim’ di semua lokasi KWSP di seluruh negara.

Tindakan drastik tersebut diambil setelah kesatuan itu tidak berpuas hati terhadap pihak pengurusan organisasi dan melancarkan bantahan aman sehingga 16 Ogos ini.

Menurut Presidennya, Ahmad Hamzah, ia berikutan pihak pengurusan tidak memberi perhatian selain enggan melayani dan berbincang tentang beberapa tuntutan ahli kesatuan.

“Antara cadangan kesatuan adalah berkaitan dengan keseimbangan gaji (balancing), pelarasan gaji, penyeragaman terma dan syarat perkhidmatan, faedah persaraan, elaun wilayah, cross selling, bonus, bantahan penubuhan jawatankuasa tatatertib pengurusan, pengisian jawatan Pengarah Wilayah Sabah dan penambahan geran tahunan kesatuan,” katanya dalam kenyataan.

Jelas beliau, pihaknya telah menghantar cadangan kepada pengurusan tetapi malangnya tiada cadangan atau maklum balas yang diterima dan keengganan pengurusan untuk berbincang dan memberi cadangan balas menyebabkan wujudnya perbezaan kepentingan.

Selain itu, Hamzah berkata, terdapat jurang pendapatan besar antara pengurusan dan pekerja bawahan yang secara tidak langsung menjadi barah yang menyakitkan pekerja.

“Sebagai wakil pekerja di KWSP maka wajarlah kesatuan mengambil tindakan ke atas pengurusan KWSP yang tidak memberi perhatian dan tidak berminat bagi penyelesaian secara harmoni.

“Kesatuan memahami kesan daripada tindakan ini tetapi pihak pengurusan tidak mengendahkan cadangan dan mengabaikan tuntutan pekerja bawahan,” tambahnya.

Dalam pada itu, KKLKWSP juga katanya merayu Perdana Menteri, Anwar Ibrahim untuk masuk campur bagi meleraikan kemelut yang dihadapi mereka.

Jika isu yang membelenggu lebih 3,000 ahli kesatuan itu tidak diselesaikan segera, difahamkan mereka juga tidak akan teragak-agak untuk mengadakan piket dan bantahan secara terbuka. –

INI LANGKAH

BIJAK

AMIN

LANGKAH AWAL

BERI PENCERHAN

PADA ORANG

RAMAI

AMIN

JIKA GAGAL

TERUS PIKET

KEMUDIAN MOGOK

AMIN

KHALAS

POLITIK MASIH BELUM REDA


Guan Eng nafi tak hadir rai kemenangan Pakatan sebab Chow


3 calon MB dipersembah kepada Sultan Kelantan esok





Sanusi angkat sumpah MB Kedah esok


AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeneri Muhammad Sanusi Md Nor akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah esok.

Sanusi, 49, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah berkata, beliau akan melafaz sumpah memegang jawatan itu di Istana Anak Bukit, Alor Setar pada jam 10 pagi.

“Esok saya akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di Istana Anak Bukit 10 pagi,” katanya ketika berucap pada program Himpunan Mandat Rakyat di Kompleks PAS Kedah, Alor Setar malam ini.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu, PN mencipta kejayaan besar apabila memenangi 33 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Sanusi yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah mempertahankan kerusi DUN Jeneri selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Muhamad Khizri Abu Kassim dengan majoriti 16,050 undi.

Beliau juga sebelum ini Menteri Besar Kedah ke-14 yang dilantik dan mengangkat sumpah jawatan itu pada 17 Mei 2020 selepas mendapat sokongan majoriti Adun ketika itu. – Bernama, 13 Ogos, 2023.

WOIT

 HEBAT JUGA

MAT NUSI INI

KAH KAH KAH

HANYA 3 BOCOR

YANG LAIN

DIA PUNYA

KAH KAH KAH

LEPAS KEJAYAAN

NUSI PASTI

KENA TURUN

NAIK MAHKAMAH

KAH KAH KAH

KHALAS

SATU LAGI SUARA TOLAK ZAHID



SATU LAGI

SUARA

MENOLAK ZAHID

KHALAS

RAYAKAN MELAYU ISLAM



TOLAK

MELAYU TALIBAN

TOLAK 

MELAYU ARAB

AMIN

RAYAKAN

MELAYU ISLAM

KHALAS

Unknown commented on
"PRN 2023 YANG 
BERJAYA PERIKATAN !!!"

Lu pun kepla butoh, sekali tak mau Taliban Teh Tarik sekali mau pau Melayu Islam. Lebih baik Lu main bontot Ezy jo jang!