Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Khamis, 18 April 2013

KALAU TIPU PILIHAN RAYA TURUN JALAN RAYA


KOMENTAR TUKAR TIUB
inilah yang selalu tukar tiub ingatkan
selalu beri ingatan

bahawa jika pilihan raya boleh
mengubah apa apa maka pilihan raya
akan di haramkan

inilah bukti bahawa permainan pilihan raya ini
semua di jaga dan di kawal oleh
united malays national organisation

semua dijasga dan dikawal oleh
jentera daulah 
ini untuk memastikan 
united malays national organisation
akan terus menang

ramai bertanya kenapa pakatan rakyat
tidak guna satu logo
jawaapan ialah
united malays national organisation
telah buat undang undang
untuk dapat satu logo
wajib ada lebih dari 7 buah parti politik yang bergabung
lihat dfan lihat
undang undang dibuat
untuk memastikan united malays national organisation
akan terus berkuasa


Langkah RoS agar DAP tidak boleh guna logo Roket, jejaskan undi Cina

KUALA LUMPUR, 18 April — Langkah Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk tidak mengiktiraf pucuk pimpinan DAP bermakna satu perkara, tiada siapa yang mempunyai kuasa untuk menandatangani surat watikah calon untuk menggunakan logo Roket dan memaksa mereka menggunakan logo bulan PAS atau logo mata PKR.


-------

SEDIH BIN PILU - PERANGAI ARAB TAPI TAK ADA DUIT





SEJARAH PERJUANGAN
KAUM INDIA
YANG GILANG GEMILANG
YANG MEMANGKIN
KEMENAGAN 2008
 NOTA:
adik beradik pun
tak sekepala
macam mana nak pimpin
india yang lain
kah kah kah

  • Uthaya kata adik 'rampas' Hindraf
  • uthayakumar 160609Uthayakumar salah seorang daripada dua beradik yang menubuhkan Hindraf, mendakwa adiknya P Waythamoorthy "merampas” kumpulan pendesak berkenaan.


  • Najib meterai janji baru dengan Hindraf
  • Kumpulan pendesak Hindraf diketuai pemimpinnya P Waythamoorthy  (gambar) hari ini menandatangani satu memorandum persefahaman dengan pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat India di Malaysia.




KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... INILAH MASALAH ORANG INDIA... kah kah kah..

kah kah kah...JUMLAH HANYA 8 PERATUS PENDUDUK MALAYSIA...kah kah kah..

kah kah kah.. TAPI ADA 12 PARTI POLITIK INDIA... kah kah kkah...

kah kah kah...KALAU CAMPUR PSM ADA 13 ... kah kah kah...

woit..SAMA MACAM ORANG  ARAB... KENA BULI SEPANJANG MASA... kah kah kah...

kah kah kah...MACAM PERANGAI ARAB TIAP  SATU ARAB SEMUA NAK JADI KETUA...kah kah kah...

kah kah kah..TAPI INDIA NI LAGI SEDIH..kah kah kah...

kah kah kah....PERANGAI ARAB TAPI TAK ADA DUIT... kah kah kah



------

JAM 4:00 TV BANGSAR UTAMA




JAM 4:00 PETANNG
CALON CALON PRU13
DARI TV BANGSAR UTAMA
LIHAT DAN TONTON
STESEN PALING COOL
STESEN COUNTER CULTURE
----------

TUKAR TIUB PEMECAH BERITA SEDUNIA





TUKAR TIUB 
PEMECAH BERITA SEDUNIA

HOT HOT HOTTTT
TERNOW 
TERKINI 
TERPANAS

BULAN
AKAN MENYINAR SELURUH 
DI  MALAYSIA

tunggu tunggu tunggu

BACA INI SEBELUM MENGUNDI





 SIAPA MENGUNDI  - SIAPA MENGIRA UNDI

Hakikatnya -  pada pagi 6 Mei 2013 kerajaan Pakatan Rakyat akan ditubuhkan dengan pesetujuan Yang DiPertuan Agong. Pada petangnya para menteri kabinet akan mengangkat sumpah bersetia di bawah Perlembagaan Malaysia. Malaysia baru  yang merdeka dan demokratik dilahirkan satelah terpesong selama 56 tahun. Malaysia  Baru yang menjanjikan ruang demokrasi yang lebih luas.

Hakikatnya  pada 7 haribulan Mei 2013 harga minyak turun. Pada 9 Mei tol lebuh raya Plus dimansuhkan. Pada  11 Mei semua tahanan ISA di Kamunting di bebaskan. Hutang PTPTN di lupuskan. Kelantan  dan Pahang  untuk pertama kalinya diumum untuk menerima royalti  minyak. Wang Ikhsan dihapus. Rayalti  minyak naik menjadi 20%.

Dari semenjak 6 Mei lagi semua lapangan terbang  dan pintu masuk dan pintu keluar Malaysia dikawal rapi. Ini  untuk mengelakkan orang-orang jahat – pembunuh, perogol dan perasuah – melarikan diri. Untuk menghalang orang-orang jahat ini lari membawa jongkong emas, ringgit dan dolar ke luar negara.

Hakikatnya -  semua ini akan berlaku jika pilihan raya dalam negara kita ini bebas, adil dan bersih. Hakikatnya pilihan  raya di Malaysia ini tidak bebas, tidak adil dan tidak bersih. Hakikatnya pilihan raya di Malaysia  penuh dengan penipuan.  Justeru, dalam  pilihan raya di Malaysia persoalannya bukan siapa turun mengundi tetapi siapa akan mengira undi.

Biar saya terangkan fakta sejarah pilihan raya tahun 1999 di Lembah Pantai.  Zainur Zakaria dari Keadilan Nasional dan Sharizat Jalil dari United Malays National Organisation telah bertanding. Pada hari pengundian saya adalah warga Bangsar Utama. Tempat pengiraan undi itu tidak sampai dua kilometer dari bilik  saya. Cuaca pada hari itu molek indah dan berseri. Hujan tidak, ribut pun tidak. Pengundian berjalan dengan aman permai.

Pengiraan undi dijalankan disebelah malam. Saya duduk bersama kawan-kawan menunggu keputusan. Kiraan awal Shahrizat Jalil tewas. Kami gumbira. Tetiba – hampir jam 1:00 pagi - kami diberitahu ada peti undi baru masuk. Peti undi dari Kampong Bohol dan Kampong Pasir. Bila peti undi dibuka Zainur Zakaria tewas. Shahrizat Jalil menang dengan hanya kelebihan 1,417  undi. Semua undi ini datang dari Kampong Bohol dan Kampong Pasir.

Saya diberitahu bahawa peti undi ini lambat sampai kerana hujan lebat dan banjir di Kampong Bohol dan Kampong Pasir. Sebenarnya Kedua buah kampong ini tidak sampai  4 kilometer dari tempat pengiraan undi. Saya terperanjat dan terus mencarutkan Shahrizat.  Pada malam itu di Bangsar dan di wilayah Lembah Pantai tidak ada hujan atau ribut. Ini hakikat sejarah. Ini bukan fitnah.

Biar saya surahkan lagi satu kesah tentang Najib Razak  dalam pilihan raya tahun 1999. Kiraan awal Najib Razak telah kalah. Tetiba datang peti undi  yang membawa undi pos. Maknanya undi dari kem tentera. Sebanyak 2,400 undi baru telah dibawa masuk. Akhirnya Najib menang tipis dengan hanya  mendapat  242 kelebihan undi. Hakikatnya -  ini sejarah bukan fitnah.

Paling akhir ialah pilihan raya kecil di Sibu yang terkenal dengan ‘ gua tolong lu... lu tolong gua...’. Kiraan undi pada malam 19 Mei 2010 telah menunjukkan calon DAP menang. Tetiba satu peti undi baru sampai. Dikatakan peti undi pos ini dari  kem askar yang telah mengundi lebih awal.

Bila peti undi ini sampai para pekerja  dan aktivis Pakatan Rakyat telah membantah. Mereka tidak mahu ditipu. Pertengakaran bermula. Mereka berhujah kalau ini peti undi pos  maknanya tentera telah mengundi 3 hari lebih awal. Kenapa baru sekarang peti undi ini sampai. Suasana tegang. Akhirnya peti undi ini di tolak. Calon DAP diistihar menang.

Hujung minggu lalu saya di Jeli Kelantan – kawasan Tok Pa Menteri Perdangan Antarabangsa. Saya menjalankan bengkel Pemantau. Tetapi bukan hal bengkel yang ingin saya kesah. Apa  yang ingin surahkan disini  ialah bagaimana Tok Pa ini menang dalam PRU12 dahulu. Mengikut surah yang saya dengar dari pekerja parti PKR – Tok Pa telah kalah pada pengiraan awal. Tetiba jam 2:00 pagi satu lagi peti undi datang. Kali ini sama saperti Najib Razak di Pekan – Tok Pa juga diselamatkan oleh undi tentera di Jeli.

Muka Abang aktvis PKR  yang menurunkan surah ini cukup sedih bercampur marah. Justeru mengikut  Abang ini dia menghadirkan diri ke bengkel Pemantau  ini untuk belajar bagaimana menjadi Pemantau yang terlatih. Abang ini  tidak mahu kiraan jumlah undi  di Jeli tidak akan ditipu sekali lagi.

Peti undi datang lambat, hilang tengah jalan, peti undi lambat sampai kerana banjir, kerana jambatan patah -  memang selalu kita dengar. Ini semuanya kong  kalikong kerja jahat  SPR untuk memastikan United Malays National Organisation terus berkuasa.

Semua ini adalah hakikat. Semua yang saya tulis bukan fitnah. Selama lebih dari 50 tahun SPR telah bekerjasama dengan United Malays National Organisation untuk mencuri undi. Tahun demi tahun United Malays National Organisation terus menang. Menipu dan mencuri undi telah menjadi satu seni untuk parti Ketuanan Melayu ini.

Mari kita semua renungkan kenapa perlu Ngo Tindak Malaysia melatih berpuluh ribu Pacaba – ejen mengundi, ajen mengira dan ajen di barong. Kenapa Bersih memerlukan 4 hingga 8,000 Pemantau.  Kenapa di Kelantan dilatih hampir 2000 Pemantau Rakyat. Juga,  kenapa Ngo ABU – Asalkan Bukan Umno –  bergerak dan berkempen  ke seluruh negara. Kenapa Solidariti Anak Muda (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) aktif memberi pencerahan tentang pilihan raya?

Jawabnya: kerana pilihan raya di Malaysia ini penuh dengan penipuan. Selama ini kemenangan United Malays National Organisation  dan kuncu-kuncunya ialah kemenangan dengan cara menipu undi. Kuasa yang dimiliki oleh parti Ketuanan Melayu ialah dengan cara tipu.

Tetapi , kali  ini, pada 5 Mei 2013 semuanya akan berubah. Kali ini orang ramai bukan hanya sedar akan penipuan yang akan berlaku. Kalau dalam pilihan raya sebelum ini pengundi dan orang ramai menerima  penipuan itu dengan hati yang sedih. Mereka pulang dengan jiwa gundah gulana satelah menerima kekalahan. Mereka melihat kuasa dan pihak yang berkuasa bagitu kuat sekali. Kali ini semuanya telah berubah.

Slogan warga Sabah – INI KALILAH – cukup tepat. Kemualan, kebencian dan rasa marah orang ramai yang selama ini ditipu dalam pilihanraya telah sampai  ke tahap gaban. Kesabaran tidak mungkin dibendung-bendung lagi. Selama lebih dari  50 tahun rakyat telah dibodoh-bodohkan. Selama lebih dari 50 tahun rakyat telah di tarik hidung. Selama lebih dari 50 tahun rakyat telah ditakutkan dengan pelbagai undang-udang. Selama lebih dari 50 tahun rakyat telah diancam dengan ISA. Ini kali semuanya akan  berubah. Ini kali  rakyat akan bangun melawan.

Satelah diumumkan parlimen dibubar dan tarikh hari mengundi diketahui kelihatan keyakinan orang ramai untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional  semakin tersusun.  Setiap malam ribuan warga penyokong Pakatan Rakyat turun mendengar ceramah penerangan. Ngo dari pelbagai sektor sedang aktif memberi pencerahan.

Malah Ngo ABU telah memulakan kempen untuk menghalang Mat Banga, Mat Indon atau Mat Myamar dari datang mengundi. Dengan jelas  ABU telah memberi amaran kepada  pendatang  yang telah diberi kad pengenalan segera ini agar jangan datang menghampiri tempat mengundi.

Pada 5 Mei nanti -  aktivis Pemantau Rakyat, SAMM, SMM, ABU  dan ribuan anak muda Berbaju Kuning dari kerabat Bersih , Berbaju Hijau dari kerabat Himpunan Hijau, Berbaju Merah dari kerabat Royalti dan Berbaju Hitam dari kerabat SAMM – akan berkeliaran disekitar tempat mengundi. Anak-anak muda ini akan memantau untuk memastikan pengundi ‘haram’ ini tidak berani muncul. Tidak berani menunjukkan muka di kawasan mengundi.

Orang ramai sedar bahawa masih banyak tipu helah yang akan dijalankan oleh SPR dan kuncu-kuncunya. Orang ramai sedar bahawa pekerja SPR akan cuba melakukan penipuan secara licik. Kes tidak cukup borang 14, kes lampu padam, kes leterik  di seluruh kawasan pengiraan undi putus akan terjadi. Kemasukan peti undi baru, peti undi ditukar ganti, penemuan banyak undi rosak – semua ini adalah trik-trik lama yang sering digunakan oleh barua United Malays National Organisatiuon untuk menang.

Sayugia diingatkan kepada pihak yang ingin menipu, kepada pihak yang merancang untuk menipu  bahawa Bersih 1 , Bersih 2 , Bersih 3 dan Hari Kebangkitan Rakyat 12 Januari 2013 – adalah semboyan amaran. Semboyan amaran inio berbunyi :  tipu pilihan raya  pengundi akan turun ke jalan raya. (TT)

NOTA:
tulisan ini
telah disiarkan dalam SUARA KEADILAN terkini
akhbar ini kini dikeluarkan 2 kali seminggu
hari selasa dan hari jumaat
boleh ditemui disemua kedai buku yang  cool
atau pukul talipon:
03-92-21-40-45
 



--------

PENCERAHAN DARI PEMBACA


BARUA
UNITED MALAYS
 NATIONAL ORGANISATION

 CATITKAN NUMBER KERETA

 TT, pada hari undi, di semua pusat undi, bukan saja nombor kereta yg datang patut dicatit dlm komputer, malah nombor motosikal dan nombor bas pun patut dicatit. Kalau bolih, pakai lah video rahsia sepanjang hari undi. Kalau nombor kenderaan yg sama didapati di beberapa pusat undi, ini bermakna orang ini ialah pengundi ulangkali. on BUKTI SPR AKAN MENIPU
Anonymous
on 4/12/13

 MINAH INDON
Indon tukang cuci jamban kat opis aku dah bagitau, anak dia dari indon akan dtg Mlysia utk mengundi. Sebenarnya ada ramaii rakyat asing yg ada ic & mereka berada dinegara masing2. Rakyat Mlsia nak senyapp saja ka??? on RAKYAT WAJIB PANTAU - KERANA SPR MENIPU
Publish | Delete | Spam
baruah amno
on 4/11/13

 AMARAN LAGI
Sehmua pehkerje pehkerje yang asing...terruthama dari indonesia...jahgan cahmpur uhrusan kehrajaahn malingsia....kahmu kehraja sahja...jahgan chube chube undi 5 koma 5 koma 2013 ihni....jahgan choba choba mau ngundhi...........nhanti es beh way mahlu...gahra gahra kamu..es beh way bisha kalah di indonesia...ngerti..... on RAKYAT WAJIB PANTAU - KERANA SPR MENIPU
DIDI KOTA BELUD
on 4/11/13




----------

BUKU SIAP - BUKU DI LANCAR





JEMPUTAN PELANCARAN BUKU
hishamuddin rais
dengan segala hormatnya
menjemput semua pembaca tukar tiub
ke malam pelancaran buku


TIPU PILIHANRAYA
TURUN
JALAN RAYA
ini bukan arab spring
ini malaysian durian



TEMPAT: universiti bangsar utama 
52c jalan kemuja bangsar utama
lrt bangsar
JAM: 8:00 malam
TARIKAH: sabtu 20 april 2013


MAKLUMAT TENTANG BUKU INI:
400 muka surat
harga 35 ringgit
boleh pesan dari hari ini
boleh didapati dari:

Kak Sham - 016-635-36-72
HaDI         - 012-664-88-73

BUKU INI DI EDAR OLEH
GB Gerakbudaya Enterprise Sdn Bhd

11 Lorong 11/4E, 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel: +603-7957 8342/ 8343

WAKAF
satu ringgit dari jualan buku ini
aakan diwakafkan kepada
projek DAPUR JALANAN

dapur jalanan ialah projek anak muda
dari lembah klang
memberi makanan percuma setiap petang ahad
di jalan panggung - sebelah jalan petaling


FORUM SESUDAH
PELANCARAN BUKU


ESOK
BUKU DAN BUKU
DI UITM DUNGUN
peminat buku
di dungun
sila sokong anak muda kita
yang suka baca buku

 ------

PERTAMA KALI KANG KONG BERCAKAP BETUL


BANGLA
AKAN DATANG MENGUNDI
 
 

KOMENTAR TUKAR TIUB
sila beri perhatian berita ini
kang kong ini bercakap benar

mengikut kajian selidik
kerajaan pakatan diselangor akan kekal

kalau kekal kenapa kang kong ini bercakap?

kang kong ini bercakap kerana
telah ada rancangan untuk menipu undi di selangor

selangor hanya akan jatuh ke tangan gerombolan
hanya dengan satu cara

apa cara itu?

caranya dengan menipu undi
tidak ada cara lain untuk gerombolan ambil selangor
tipu undi
tipu undi
tipu undi
INI YANG AKAN
MEMENANGKAN GEROMBOLAN

Ahli akademik ramal 

kerajaan Selangor akan tumbang

SHAH ALAM, 17 April — Seorang ahli akademik, Prof Madya Dr Ismail Sualman, hari ini meramalkan kerajaan negeri Selangor pimpinan pakatan pembangkang akan tumbang pada pilihan raya umum 5 Mei depan ekoran "gelombang kemarahan" rakyat terhadap banyak janji yang dibuat pada pilihan raya lepas masih tidak ditunaikan. Dr Ismail dari Fakulti Komunikasi Massa, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, berkata masanya akan tiba tidak lama lagi bagi rakyat Selangor untuk menghukum kerajaan pakatan pembangkang melalui peti undi di atas kemungkiran janji dan kelemahan yang ketara selama lima tahun memerintah. 


INI JAWAPAN


-------

JAM 4:00 PETANG PASTI DI TV BANGSAR UTAMA






HARI INI 
JAM 4:00 PETANG
TV PALING COOL
PALING COUNTER CULTURE
PALING POLITIKAL
MENGHASUT LAGI



MAK CIK  GEROMBOLAN
NAIK BERANG
---------

CARA GEROMBOLAN SEMBELIH KAWAN






Kit Siang tuduh Ghani jadi 'proksi' Dr M

  • ghani othmanLim Kit Siang menuduh pencabarnya di kerusi Parlimen Gelang Patah - Datuk Seri Abdul Ghani Othman - menjadi proksi kepada agenda bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk 'menguburkan' kerjaya politik pemimpin DAP itu dalam PRU13. 


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... KIT  SIANG INI CAKAP MACAM KIT MALAM.... kah kah kah..

kah kah kah...INI TAK BETUL.... kah kah kah...

kah kah kah...GHANI DI HANTAR UNTUK DI PANCUNG..... mkah kah kah..

kah kah kah... JANGAN ADA EKOR ATAU TUNGGUL GHANI LAGI.... kah kah kah

NOTA:
proksi anak lelaki iskandar kutty ialah
muhyiddin yassin dan lokman adam
kah kah kah

INGIN TAHU POLITIK JOHOR
sila datang
KE DEWAN CHINA
RABU MINGGU DEPAN
semua kesah johor akan dibongkar
---------

AJEN PKR BERGERAK DALAM KELAMBU MUSUH



 BN akan kalah di Selangor oleh kerana Zul Noordin, kata Vell Paari
KUALA LUMPUR, 17 April — Barisan Nasional (BN) akan kalah di Selangor pada 5 Mei ini jika gabungan tersebut bertegas untuk meletakkan Datuk Zulkifli Noordin di Shah Alam, kata S Vell Paari dari MIC hari ini dalam kiriman pesanan ringkas (SMS) kepada presiden parti G Palanivel.

Menurut pemimpin MIC itu, dengan meletakkan Zulkifli, BN berisiko untuk kehilangan undi India, yang beliau katakan akan menjadi faktor penentu di negeri seperti Selangor - kini diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR).

Menurut SMS yang dihantar ke The Malaysian Insider dari sumber dalaman parti itu malam ini, Vell (gambar) mendesak Palanivel untuk menyampaikan kebimbangannya kepada Datuk Seri Najib Razak dan meminta tindakan dari pengerusi BN itu, memberi amaran "keadaan buruk" jika tiada tindakan diambil.
"Kepada  G Palanival, Zulkifli Noordin sebagai calon di Shah Alam adalah penghinaan kepada orang Hindu di Malaysia. Di mana-mana orang emosi mengenai perkara ini," katanya dalam SMS tersebut yang turut dihantar kepada ahli jawatankuasa pusat MIC.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... KARUT ANAK SAMI VELOO INI.... kah kah kah...

kah kah kah.... DIA BOCORKAN RAHSIA AJEN 008  PKR.... kah kah kah...

kah kah kah...AJEN 008 INI DI HANTAR KHAS UNTUK BUAT KACAU.... kah kah kah..

kah kah kah.... AJEN 008 TELAH MENJALANKAN TUGAS DENGAN BAIK.... kah kah akh..

kah kah kah...SUDAH HURU HARAKAN ORANG INDIA... kah kah kah,...

kah kah akh... SUDAH  PELEKEH AGAMA HINDU... kah kah kah

kah kah kah... TUGAS UTAMA AJEN 008 IALAH GADUH KAN MUSUH,... kah kah jah

NOTA:
ada dua orang lagi
ajen pkr yang telah berjaya
menyuludup dan mendapat
keyakinan musuh


---------