Khamis, 13 September 2018

YAN AMPOON





MAKAN 

TANGGUNG

BERAK

CANGKUNG


Perang mulut TMJ dan Kadir Jasin


PERANG mulut antara Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan A Kadir Jasin selepas wartawan veteran itu memberi amaran kerabat raja yang tersesat dalam kancah arena politik mungkin akan dihentam.

Menerusi blognya, Kadir hari ini tanpa menamakan sesiapa, mengulas mengenai dakwaan bahawa Tunku Ismail dan ayahandanya diintip oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Bekas ketua editor News Straits Times itu berkata kerabat raja sepatutnya lebih bimbang menerima hentaman daripada dipantau kerana membuat kenyataan bersifat “partisan” atau berpihak.

“Ia adalah tentang mereka memasuki arena politik di mana mereka akan dihentam, kekebalan mereka dipersoal dan status mereka direndahkan.

“Sesiapa yang bermain politik perlu sedia untuk dilayan sebagai ahli politik termasuk ketika mereka menggunakan media - media sosial atau rasmi - untuk memberikan pandangan berpihak,” kata kadir di blog beliau.

Kadir dipercayai merujuk kepada tuduhan Tunku Ismail pada Ahad bahawa baginda dan ayahandanya, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dipantau Putrajaya.
.
Beberapa jam selepas tulisan Kadir itu, Tunku Ismail yang lebih dikenali sebagai TMJ menerusi Facebook pula berkata sudah menjadi tanggungjawab pemimpin untuk bercakap benar terhadap salah laku tanpa mengira akibatnya dan itu merupakan satu-satunya cara untuk mengelak kesilapan lama berulang kembali.

“Sama ada kami di ‘whacked’ atau di ‘clobbered’ (dihentam), ia adalah perkara kecil bagi saya. Apa yang penting kepada saya adalah rakyat saya,” kata TMJ di Facebook.

“Status saya hadir daripada khidmat saya kepada rakyat dan bercakap benar adalah salah satu tugas saya.

“Kepada penulis tersebut, ingin saya katakan, anda tidak perlu bimbang dengan ‘status’ saya - saya akan baik-baik saja.”

Jelas sekali TMJ merujuk kepada Kadir yang terdahulu berkata kerabat raja tidak lagi boleh sesuka hati membuata kenyataan berpihak.

TMJ juga berkata baginda tidak bercakap mengenai menentang kerajaan tetapi ingin menegaskan bahawa sekiranya kerabat raja boleh dipantau, apatah lagi dengan rakyat biasa.

“Kata-kata saya tidak selalu mudah ditelan. Tetapi saya sentiasa meletakkan kepentingan negara dalam diri saya.

“Malaysia baru memerlukan lebih ramai pemimpin-pemimpin yang tidak takut bercakap benar. Ia adalah satu-satunya cara untuk mengelakkan kesilapan kita yang lalu,” kata TMJ. – 11 September, 2018.

--------------------

RES MI KES






REST MI KES
Aku seronok tgk Lokman Adam buat demonstrasi pasal Raja. Bilangan yg dtg berdemo kurang sekor drp jumlah Raja dalam Malaya ni .. .. on
 MAKAN TANGGUNG BERAK CANGGUNG
panglimo potaseh
on 9/13/18 


----------------

SIAPA DIA GURU NANAK







SIAPA DIA

GURU NANAK
guru nanak ni sapa suma benda dia tau.. klau ko tak tau cerita baik ko diam je tt biar guru nanak je cerita.. cibai tt sampai kesudah x habis cerita. on MERAKAM SEJARAH - PROJEK ISLAM MELAYU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 9/12/18



---------------

EMAK BAPAK ANAK MENANTU




MAK BAPAK 

ANAK MENANTU
Dalam DAP, Bapak, Anak, Menantu,Adik,Abang semua ada...!yg baguih puak ni depa tak kalut macam Melayu...!bila Depa tak setuju...Depa,get out...Presiden pun tak payah cakap,get lose..! on KELUARGA BAHAGIA
Publish | Delete | Spam
Whiteeagle Brando
on 9/13/18


-----------------

SEMBAHYANG NI APO?





SEMBAHYANG 

NI APO?
TT sembahyang x? on 
CIUM JANGAN TAK CIUM
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 9/13/18




-----------------

MAKAN TANGGUNG BERAK CANGGUNG





GENG MAKAN

TANGGUNG

BERAK 

CANGKONG

Tiada yang terkecuali lagi di Malaysia baharu



2 September, 2018.

ADA sebuah Malaysia yang baharu yang menuntut setiap orang menyesuaikan diri mereka, baik kakitangan awam, rakyat biasa, ahli politik mahupun kerabat diraja. Di Malaysia yang baharu ini, tiada apa-apa lagi yang suci.

Kakitangan awam diletakkan dalam penelitian yang rapi walaupun mereka mematuhi prosedur untuk melantik pegawai lantikan politik ke dalam sistem. Ahli politik seperti Anwar Ibrahim dikritik kerana cuba memaksa satu pilihan raya kecil diadakan untuk jadi ahli Parlimen.

Tetapi pihak yang rasa tidak selesa dan berdepan dengan banyak perubahan tentulah kerabat diraja. Sesetengah mereka merasa sukar untuk mengharungi persekitaran politik baharu di bawah kerajaan Pakatan Harapan.

Apatah lagi, ini sebuah kerajaan Mahathir. Beliau tidak berdolak-dalik semasa jadi perdana menteri antara 1981 hingga 2003 apabila membawa dua pindaan perlembagaan untuk mengurangkan kuasa raja-raja. Apalagi sekarang, beliau sekali lagi jadi perdana menteri.


Namun raja-raja bebas berbuat apa saja semasa Najib berkuasa. Mereka menulis di blog, mengeluarkan kenyataan dan menegur ahli politik yang berkuasa tanpa banyak kesan sebaliknya. Mereka sudah terbiasa dengan status quo yang begitu.

Sekarang keadaan sudah berubah. Tidak saja kenyataan dan campur tangan mereka diteliti tetapi ia dipersoalkan secara terbuka.

Wartawan veteran dan blogger A Kadir Jasin seorang yang berterus terang apabila beliau bercakap tentang raja-raja, sama seperti semasa beliau mengendalikan akhbar The New Straits Times semasa Dr Mahathir Mohamad mentadbir dulu.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada 1981 hingga 2003 membawa dua pindaan perlembagaan untuk mengurangkan kuasa raja-raja. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 September, 2018.
Dalam satu tulisan di blognya mengenai Tunku Mahkota Johor yang merungut tentang akaun media sosialnya diperhatikan oleh agensi risikan, Kadir dengan jelas menyatakan bukan paparan di media sosial itu yang jadi perhatian.

“Kebimbangannya ialah mereka memasuki arena politik di mana mereka dikritik, imuniti mereka dipersoalkan dan kedudukan mereka diperlekehkan,” tulis Kadir, yang juga penasihat media kepada perdana menteri Dr Mahathir.

“Sesiapa saja yang bermain politik mesti bersedia untuk dilayan seperti seorang ahli politik terutama apabila dia menyuarakan pandangan yang memihak di media – sosial atau formal,” katanya.

Beliau merujuk pada kenyataan putera raja itu mengenai pilihan yang betul untuk masa depan Malaysia sebelum pilihan raya umum 9 Mei.

Dalam hal ini, biar bagaimana berhati-hati sekalipun Tungku Mahkota Johor menulis kenyataannya dan betapa betul sekalipun apa yang dirasakannya itu, hakikatnya kebanyakan rakyat Malaysia menganggap beliau dan ramai lagi kerabat diraja sebagai sebahagian daripada pihak berkuasa dalam politik lama.

Golongan politik lama itu sudah berakhir pada 9 Mei lalu. Rakyat Malaysia memilih cara baru yang mengejutkan ahli politik Barisan Nasional dan kerabat diraja yang menyokong mereka.

Sekarang ini ada rasa tanggungjawab yang lebih besar, semak imbang yang lebih ketat terhadap mereka yang menempatkan diri masing-masing di tempat yang tinggi atau diletakkan di tempat itu oleh sejarah atau feudalisme.

Apa saja yang dikatakan oleh seseorang boleh dipulangkan semula kepada mereka. Setiap janji mesti dikota dan setiap gerak langkah diperhatikan. Di Malaysia yang baharu ini, setiap orang perlu melakukan apa yang dikatakannya.

Kita semua berkhidmat untuk negara, dan bukannya mengharapkan negara berkhidmat untuk kita. – 12 September, 2018.

* Jahabar Sadiq mengendalikan The Malaysian Insight


--------------

SHAFEE DITANGKAP








SEPANDAI PANDAI

KAKI PUTAR

AKHIRNYA

KENA PUTAR

Shafee Abdullah ditangkap

PEGUAM terkemuka Shafee Abdullah ditahan dan akan didakwa di mahkamah Jalan Duta atas kesalahan berkaitan RM9.5 juta yang diterima daripada bekas perdana menteri Najib Razak.  

Sumber berkata pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan peguam itu semalam.

BERITA GUMBIRA

UNTUK RAKYAT

BERITA TAKUT

UNTUK 

ROSMAH

KITA PUNGUT

SATU SATU

BAGI NAJIB

TELAN PANADOL
----------------

MAT REMPIT BERJOGET





MAT REMPIT 

BERJOGET

nape tidak di kelantan, terengganu dan di pahang? hang kata hang terer..hang kata hang pandai agama, hang kata hang pandai ckp arab..last2 tempat mat rempit berjoget tempi pantai juga hang pilih..last2 tempat zina khalwat ziana juga hang pilih..jgn bikin malu..gua tau port dickson ramai pengundi tentera..
baik hang tangguh niat tu..rakyat dah turun kalahkan najib bukan sb hang..rakyat dgr ckp madey perihal najib jual tanah kpd china..ketika tu hang dlm penjara..baru balik hong kong sb jumpa agen robert ke..saja tanya..kot2 madey marah.. on 
BERKORBAN UNTUK KASEH SAYANG
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 9/12/18




------------------

TOK GOPOH SELLAU SAKIT






TOK GOPOH 

SELALU SAKIT

Tok Gopoh dah tua bhai. Pulak tu selalu sakit2 badan kerap masuk hospital. Buatnya kalu lambat bertindak tak sempat pulak merasa nak jadi tok ketua. Nak harap Tok TT jadi tok ketua bukan boleh harap sangat. 
Sebap apa sebap apa sebap sebap apa tuan2, sebap tok TT suka merapu. Macam mana Tok TT nak jadi PM kalu Tok TT makan petai. Orang arab tak nak bagi derma bilion2 kalu PM makan petai rebus. Haishh 
on TOK GOPOH
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 9/12/18


---------------

JANGAN MUDAH LUPA




JANGAN 

MUDAH LUPA

ada sekali saya hadir ceramah PKR masa Zahrain jadi calon Bayan Baru, dia cakap sama cina ku Caya saya, wa Caya sama luar..selepas menang dia pin taruk minyak jugak...jadi rumusan dia geng PKR NIE PON sama mentaliti macam UMNO hak, semua tunggu peluang sapu, semua wayang jadi pentas, depan cakap lain, belakang cakap lain...
langkah Kajang lah, langkah port Dickson lah, langkah butuh lah...semua depa NIE saya habib beras...pi mampoooslah ...langkah senang rakyat bila ? kah kah kah betapa bodoh rakyat..kali ini menang pon pasai Tun Maha...jangan mudah lupa woit kah kah kah 
on SATU PENCERAHAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 9/13/18

---------------

GANJARAN





REPUBLIK 

BRICKFIELD
Sudahlah hisham. Dh mcm layan drama pulak baca tulisan kau sejak kau beralih ke mahathir ni. Lari luar negara masa yg penting dlm negara ni. Bila semua dh terabur baru kau nk muncul. Keja kau bukannya mnulis sejarah, keja kau melagakan orang. Dlm drama melayu ada banyak watak cam kau ni. Tak caya tanya Aru Republic of Brickfield. Dia kaki layan drama melayu. Kahkahkah on MERAKAM SEJARAH - PROJEK ISLAM MELAYU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 9/12/18


-----------------

MELAYU HILANG KUASA





MELAYU HILANG 

KUASA

Bertaras perpaduan ummah maka i intro barisan alternative urmm Seperti biasanya merancang diluar Malaysia alasan berjumpa rakan secawat Sinopsis sang dewata bimbing dgn mahathir tertekan dan tertekan maka lahirlah firasat firasat positive tentang tun mahathir mahathir ditekan dari segenap sudut di atas factor malayu ilang kuasa 
mari aku leraikan melayu tidak ilang kuasa malah terpelihara dibawah leluhur pelembagaan sekarang aku bukak panca ketika golongan bangsawan melayu mungkin berkurang kuasa hahaha my lord increases me in knowledge.. My lord forgive me... on MERAKAM SEJARAH - PROJEK ISLAM MELAYU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 9/12/18


---------------------

MAT SENGAL





MAT SENGAL PULAK
Hang sembang ni depa paham ka?yg nak reform ni bani cina,India,lain lain dan muda mudi melayu.yg sengal,poyo dan tua maseh lagi mau fedual,dibonsai.janji melayu.idup melayu. on MERAKAM SEJARAH - PROJEK ISLAM MELAYU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 9/12/18



-------------------

BELUM TENTU





BELUM TENTU 
Blum tentu Tok Gopph boleh menang... mengkalu kalah... mana Tok Gopoh nak letak muka.... hahaha 
on TOK GOPOH
Publish | Delete | Spam
C++
at 4:07 PM

-----------------------