.

Khamis, 16 Oktober 2014

TURUN KE JALAN RAYA


TURUN TURUN 
TURUN KE JALAN RAYA


Fitnah II: Kempen Anwar

 | October 14, 2014
Kempen ini dilakukan sebagai tanda sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim diatas pertuduhan perbicaraan Fitnah II.





PETALING JAYA: Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan melancarkan kempen “RakyatHakimNegara” bagi menuntut keadilan serta mempertahankan kebebasan, integriti dan kedaulatan sistem kehakiman negara.
Ketua AMK Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kempen ini dilakukan sebagai tanda sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim diatas pertuduhan perbicaraan Fitnah II.
“Perbicaraan Fitnah II yang terbaru ini, iaitu 15 tahun selepas konspirasi 1998 mengambarkan manipulasi yang berlaku sama.
“Keseluruhan kes ini hanyalah ulangan kepada konspirasi politik yang tidak berubah seperti konspirasi pada 1998,”katanya.
Katanya kempen ini bukan sahaja bersifat solidariti untuk untuk Anwar, tetapi sebagai tanda kebangkitan orang awam khususnya generasi muda mengenai cabaran penindasan melalui Akta Hasutan, kenaikan harga minyak dan cukai GST.
Kempen “RakyatHakimNegara” akan bermula hari ini sehingga tarikh mula perbicaraan kes Anwar pada 28 Oktober ini.
Katanya kemuncak program ini ialah pada 28 Oktober bertempat di hadapan Istana Kehakiman Putrajaya dengan kehadiran pemimpin serta NGO dari Pakatan Rakyat (PR).
“Semua gabungan PR terutamanya pemuda akan turun dan mengarahkan semua ahli diseluruh negara untuk sama memberi sokongan. Dijangka seramai 10 ribu orang akan turun,” katanya.

KAH KAH KAH
anak muda bersedia
masa untuk turun
ke jalan raya



-----------

BERHUDUD HUDUD DI HUDUD





BURUH INDIA BERHUDUD
 DI DUBAI



Hudud: Kelantan contohi Qatar

KOTA BHARU – Kemungkinan besar kerajaan Pas Kelantan akan menjadikan pelaksanaan hudud di Qatar dan Emirates Arab Bersatu sebagai negara contoh dalam melaksanakan hukum hudud di negeri itu.

Timbalan Menteri Besar, Mohd Amar Abdullah berkata, pelbagai maklumat diperoleh mengenai kebaikan dan sistematik pelaksanaan hudud di negara tersebut yang dikatakan memberi kesan yang sangat positif.

“Ketika lawatan ke negara tersebut sebelum ini, kenderaan dibiarkan tidak berkunci, malah kunci juga ditinggalkan. Ini salah satu contoh yang sengat baik.


“Dari segi pemerhatian dan maklumat yang diperoleh, ramai pemimpin yang mengatakan dua negara tersebut adalah contoh terbaik. Saya belum tengok lagi tentang teks kanunnya. Cuma kita akan pastikan wakil-wakil kita akan dapatkan maklumat lebih lanjut lagi selepas ini,” katanya selepas memberi taklimat ringkas kepada pegawai pendidikan negeri, semalam.

KENAPA BURUH INI HIDUP
MACAM  DALAM KANDANG BABI
KENAPA TIDAK DALAM KANDANG HUDUD

KAH KAH KAH

woit
kah kah kah
contoh hudud
kereta tak berkunci
kunci dibiarkan
kalau ini saje 
contoh kebaikan hudud
apa lagi nak royak
kah kah kah




---------

PERTANYAAN UNTUK JAIS






PAKAI KOPIAH
Sapa lantik mereka ni ? Yg menjadi penjaga moral akhlak ni ? Mereka ini betui semua kah ? Saje nak tanya lah ? Cermin diri itu dulu lah ? Asyik nak hantar orang ke syurga konon tapi diri sendiri penuh dengan perbuatan mungkar dan neraka... kah kah kah....syurga neraka ini ayat arab kah ? Bodoh sungguh aku... banyak.bertanya kah kah kah....ciplak lebai ciplak ustaz dah banyak... 

pakai kopiah simpan janggut pakai serban terus angkat kah kah kah...tapi perangai kah kah kah ... nak.perbodohkan melayu tu... melangut orang mendengar hujah 2 kah kah kah... berapi api hujah..berteriak teriak memberi nasihat tapi habuk pun tarak kah kah kah...jangan ajak semua pi syurga saja... nanti neraka jadi kosong... susah tu kah kah kah nanti jib dan ma tinggal dua aje di sana kah kah kah on BERHUDUD HUDUDLAH
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 10/16/14

TAK NAK SYURGA
saje nak tanya mat mat di jais tu adakah salah tak mau masuk syurga on BUAT LAH KERJA LAIN
albert magic
on 10/16/14
--------

BERHUDUD HUDUDLAH





GAMBAR HIASAN SAHAJA
HUDUD DI BERUNAI
nak tanya hudud di kelantan 
sultan dan anak raja
kena hudud atau tidak
saje nak tanya
janga marah
kah kah kah


 Mohd Nassuruddin Daud
KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan tetap melaksanakan Undang-Undang Jenayah Syariah II (Hudud) di negeri itu walaupun tidak dipersetujui oleh masyarakat bukan Islam.


  • Rasuah Tanah Balak : Pas Jangan Ghairah Ugut Saman ...

    KOTA BAHARU 24 Dis – Kerajaan Pas Kelantan disaran memberikan penjelasan lebih lanjut dengan tampil ke depan bersama bukti-bukti yang lebih kukuh ...
  • Rasuah balak Terengganu.. rasuah satu... - Dewan ...

    https://www.facebook.com/.../posts/14288584921189...

    Translate this page
    Rasuah balak Terengganu.. rasuah satu jenayah, pelaku rasuah adalah penjenayah. adakah UMNO/BN masih layak utk ... Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP).
  • PR dedah bayaran rasuah balak Terengganu - Parti Islam ...

    https://www.facebook.com/paspusat/.../550509301649...

    Translate this page
    PR dedah bayaran rasuah balak Terengganu. ... Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat · March 12, 2013 ·. PR dedah bayaran rasuah balak Terengganu.
  • .KAH KAH KAH


  • sokong
    sebelum potong tangan
    tolong siasat kes balak
    saje nak ingatkan
    jangan marah
    nanti potong saham

    KAH KAH KAH


    ----------

    MALAM INI DI UBU





    MALAM INI







    Embedded image permalink
    Masih Relevankah Ideologi Politik? Oleh & , 9mlm ini di bsama




    ----------

    AZMIN ALI JANGAN RISAU








    KOMENTAR

    datuk menteri besar azmin ali
    rakyat selangor
    pakatan rakyat 
    jangan risau
    jangan gundah gelana


    tidak ada kes rasuah 
    terhadap datuk menteri besar
    datuk menteri besar akan dibersihkan oleh sprm
    sama saperti kes khalid ibrahim
    yang telah dibersihkan oleh sprm

    datuk menteri besar yang baru juga
    akan dibersihkan puteh dan licin
    tidak ada kes rasuah pj sentral dan sebagainya

    kes rasuah hanya timbul
    kes rasuah hanya dimunculkan
    dalam strateji membunuh musuh politik

    sprm adalah jentera daulah
    kalau sprm betul-betul menentang rasuah
    penjara kajang dan sungai buluh
    sudah penuh dengan menteri kabinet
    ketua bahagian dan ketua cawangan
    dari  united malays national organisation

    datuk menteri besar yang baru
    jika terus ikut skrip 
    skrip dari united malays national organisation
    luluskan kidex
    luluskan perjanjian ayer
    dan dan dan..
    maka tidak ada kes rasuah
    semua fail hilang lesap

    macam kes bunuh altantuya
    telah digunakan oleh lee kuan yew 
    untuk pow najib dan rosmah
    untuk dapatkan tanah tanjung pagar

    macam kes  hutang khalid ibrahim 
    hutang berjuta dengan bank islam
    digunakan untuk peras ugut khaliod

    kes rasuah azmin ali juga
    akan digunakan untuk memastikan
    azmin akan terus dapat di pow

    mustahil pekara ini tidak difahami
    mustahil pemimpin pkr tak faham
    mustahil pemimpin pakatan tak sedar
    mustahil pembaca tidak faham hal ini
    mustahil pembaca tukar tiub tidak arif

    KUEH POW

    justeru tukar tiub amat yakin
    bahawa datuk menteri besar ini
    tidak akan di dakwa
    amin!


    NOTA
    mustahil mb yang dipilih
    oleh sultan terlibat dalam rasuah
    azmin azli jangan risau



    SPRM masih siasat dakwaan rasuah Azmin

    KUALA LUMPUR - Dakwaan salah laku rasuah Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali ketika memegang jawatan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
       
    Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Jamidan Abdullah dalam kenyataan media hari ini berkata, pegawai penyiasat kes masih dalam proses mengumpulkan bukti dan keterangan berhubung isu itu.
       
    "SPRM tidak akan mendedahkan atau memberi maklum balas berhubung siasatan ini sehingga dibawa kepada Jabatan Peguam Negara," katanya.
       
    Semalam, sebuah akhbar berbahasa Melayu melaporkan desakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Solidariti Abdul Khalid Ibrahim, meminta pihak SPRM mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan salah laku rasuah menteri besar Selangor itu ketika menyandang jawatan pengerusi PKNS.

    KAH KAH KAH

    satu lagi
    sandiwara dipentaskan
    sprm produksi
    sandiwara tipu
    orang kampong



    KAH KAH KAH



    ------------

    BUAT LAH KERJA LAIN







    KOMENTAR


    menjaga tepi kain orang
    atas nama agama
    adalah kerja hina



    sibuk sangat nak jaga moral?
    tapi hanya jaga moral orang msikin
    hanya jaga moral orang susah
    hanya jaga moral orang tak ada kuasa

    serbu hotel bujet
    serbu hotel murah
    serbu kawasan setinggan
    serbu rumah pprt

    serbu taman bunga
    ketika mamat dan minah  seanga  berendut

    woit
    berendut ditaman  bunga kerana mereka
    tak ada duit nak  bercumbu mesra di hilton
    atau nak terbang berancuk ke paris

    suka sangat bak jaga moral?


    kenapa tak tanya mahkamah
    siapa upah sirul dan azilah
    bunuh altantuya?



    Mangsa keganasan Jais, polis failkan 

    saman RM1 juta

    Seorang ejen hartanah, Hashim Said yang mendakwa menjadi mangsa kekerasan dan salah guna kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak memfailkan saman sebanyak RM 1 juta kepada kedua-dua jabatan berkenaan.

    Hashim, 49, berkata, salah guna kuasa tersebut dilakukan ketika dua badan penguatkuasaan tersebut menyerbu rumahnya dan menahannya kerana dituduh sedang berkhalwat.

    Hashim berkata, insiden tersebut berlaku pada 2006 dan beliau bukan sahaja ditangkap dan ditahan lebih daripada 24 jam akan tetapi pegawai Jais dan polis bertindak samseng dengan menggunakan kekasaran.

    "Saya enggan membuka pintu kerana mereka mengetuk pintu rumah saya pada pukul 3 pagi tanpa membawa surat kuasa, lalu mereka menendang pintu grill rumah saya," katanya kepada pemberita di pejabat peguamnya Tetuan Azah Azizan & Co di Kuala Lumpur hari ini.
    "Saya hairan kenapa mereka memperlakukan saya begitu, saya dipukul hingga mendatangkan kecederaan kekal dan kesalahan saya cuma disyaki khalwat." – 15 Oktober, 2014.

    - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mangsa-keganasan-jais-polis-failkan-saman-rm1-juta#sthash.0Oiilrgc.dpuf

    KAH KAH KAH

    woit
    tak ada kerja lain ke
    tarikh 31 ogos
    tarikh 1 januari
    tarikh 14 febuari
    gerombolan ini aktif
    bujet hotel jadi sasaran
    jaga lendir orang
    orang tak nak masuk syurga
    pergi mapooslah dengan mereka
    pasal apa sibuk sibuk
    tak kan nak paksa
    masuk syurga

    SILA SERBU 
    tanya keling ini
    macam mana keling ini
    dapat pinjaman berjuta juta
    dari bank rakyat
    tanpa cagaran





    ----------

    KELAS FALSAFAH MALAM INI






    MALAM INI


    PENGUMUMAN

    adalah diberitahu
    kelas falsafah rabu malam
    dibatal 
    dan
    dibawa ke khamis malam 
    16 oktober 2014
    distudio radio bangsar

    membincangkan

    politik era 

    pascamoden:

    masihkah releven 

    idealogi politik

    pandangan dari:
    saifuddin abdullah 
     hishamuddin rais

    moderator: adam adly


    RADIO BANGSAR
    akan buat siaran langsung

    TIGA ATAU TIGA RATUS GADIS






    KOMENTAR
    dalam dunia penulisan
    dalam dunia wartawan
    ada satu kata-kata hikmat
    ' don't mention the elephant'
    'jangan sebut hal gajah'

    apa maknanya ini?

    maknanya seorang menteri 
    juga ketua pemuda
    gerombolan ketuanan melayu
    dalam satu perbincangan khas
    telah menyebut nama sang gajah

    walau memperlekeh
    anak anak melayu
    gadis atau jejaka melayu
    yang menjadi ahli dap
    walau pun dikatakan sebagai ilusi
    ianya memberi makna bahawa
    apa yang dilakukan oleh dap tepat
    langkah dap menakutkan
    united malays national organisation

    jika hanya ilusi kenapa diperlekeh
    kalau tak penting kenapa ambil pot

    ertinya imej kecinaan  dap mula pecah
    perlahan lahan dap membina imej baru
    meninggal sejarah kercinaan
    dan mewujudkan imej bumi tanah melayu


    jika ini tidak benar
    kenapa saorang menteri terpaksa
    memperlekehkan langkah positif dap

    dalam politik apa yang musuh kita suka
    itu jangan di ikut
    apa yang musuh kita tak suka
    itu adalah jalan tepat dan betul




    3 gadis Melayu masuk DAP ‘hanya ilusi’, kata Khairy


    Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak bimbang dengan tindakan 3 gadis Melayu yang menyertai DAP baru-baru ini dan hanya menyifatkan ianya sebagai "ilusi" untuk mengaburi orang ramai.

    Menteri belia dan sukan itu berkata, langkah DAP melengkapkan spektrum gadis Melayu dalam parti tersebut tidak bermakna majoriti orang Melayu menyokong mereka.

    - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/3-gadis-melayu-masuk-dap-hanya-ilusi-kata-khairy#sthash.wu70hMYp.dpuf

    KAH KAH KAH

    woit gerombolan
    ketuanan melayu
    hanya ada minah gemok
    minah obes 
    minah tembam
    minah potong stim
    mana dia  al a ziana zain
    mana dia  al a  maya karin

    inilah ilusi berahi kj
    minat yang slim dan cun
    dapat yang badak dan gemok


    MAKLUMAT
    untuk mengurangkan selera makan'
    untuk menjaga badan 
    terus langsing dan kurus
    sila tatap gambar ini
    sebelum makan


    INGANTAN UNTUK KHAIRY
    jangan jadi najib
    berahi yang slim
    tapi pelok anak badak

    ILUSI KHAIRY

    ---------

    INI ACUAN MALAYSIA






    KOMENTAR

    kita tunngu dan lihat
    biasanya di malaysia
    kes yang melibatkan samseng
    kes yang melibatkan tokan dadah
    kes yang melibatkan kongsi gelap
    kes yang melibatkan penyuludup
    kes yang melibatkan gengster
    kes yang melibatkan towkay lendir
    akan hilang bagitu sahaja
    fail hilang
    saksi hilang
    tak ada siapa yang didakwa
    atau ditangkap
    ini kerana kongsi gelap
    samseng memiliki jaringan yang amat kuat
    dengan pihak yang memiliki kuasa

    ini berbeza dengan tindakan polis
    terhadap aktivis ngo
    terhadap pemimpin pelajar
    terhadap pemimpin parti pembangkang
    terhadap agamawan  bukan kaki bodek  
    polis akan menangkap dengan serta merta
    polis akan masukan mereka ke rumah pasong
    cekap dan pantas

    dengan cekap mereka akan didakwa
    dengan pelbagai jenis tuduhan

    tak caya?
    najib yang terlibat kes bunuh altantuya
    sampai hari ini tidak didakwa

    Letupan bom: Ah Hai tampil beri keterangan

    KUALA LUMPUR 14 Okt. - Polis menemukan petunjuk baharu apabila individu yang dicari bagi membantu siasatan kes letupan bom tangan di hadapan sebuah kelab malam di Jalan Bukit Bintang di sini, Khamis lalu, tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini malam tadi.

    Mangsa dikenali sebagai Ah Hai atau nama sebenarnya Lim Beng Hian, 53, yang dipercayai saksi penting bagi kes itu hadir memberi keterangan selama hampir tiga jam pada pukul 9 malam, iaitu selepas beberapa hari usaha mengesannya dilakukan polis.

    Ketua Polis Kuala Lumpur, Tajudin Md. Isa berkata, berikutan perkembangan baharu tersebut, pihaknya kini sedang berusaha untuk mengenal pasti suspek terlibat.

    "Lelaki itu juga didapati tidak mengalami sebarang kecederaan. Kita percaya melalui keterangan dia, polis dapat petunjuk baharu dalam siasatan kes ini.

    "Kita telah melihat beberapa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan sudah mengambil keterangan 17 saksi lain bagi membantu polis mengesan suspek yang bertanggungjawab," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

    Dalam kejadian pukul 4.25 pagi, akibat pergaduhan antara dua kumpulan kongsi gelap, seorang maut sementara 12 lagi termasuk empat pelancong asing cedera akibat terkena letupan salah satu daripada dua butir bom tangan yang dilemparkan di hadapan kelab malam tersebut.

    Kedua-dua bom tersebut dipercayai dibaling dari tingkat dua bangunan hotel berkenaan yang merupakan tempat letak kenderaan namun bom pertama yang dibaling tidak meletup dan bergolek di bawah sebuah kereta Toyota Camry, kemudian bom kedua yang dibaling meletup dan menyebabkan seorang maut dan 12 lagi cedera.

    Dalam perkembangan lain, jelas Tajudin, terdapat dua lagi mangsa yang masih menerima rawatan manakala mangsa lain sudah keluar daripada hospital.

    "Kita juga mengharapkan kerjasama daripada mana-mana klinik atau hospital swasta yang ada menerima dan memberikan rawatan kepada mana-mana pesakit yang cedera akibat terkena serpihan bom untuk tampil membuat laporan atau memberikan maklumat kepada mana-mana balai berhampiran bagi memudahkan pihak polis menjalankan penyiasatan berhubung kejadian ini.

    "Malah, kita minta individu yang cedera atau mengalami kerosakan harta benda semasa kejadian tersebut, jangan takut dan tampil membuat laporan berhubung kecederaan dan kerosakan harta benda di mana-mana balai berhampiran," katanya.


    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20141015/dn_08/Letupan-bom-Ah-Hai-tampil-beri-keterangan#ixzz3GBE2emAt
    © Utusan Melayu (M) Bhd 




    ----------