Khamis, 7 Januari 2010

JADIKAN DEMO SATU BUDAYA



YOU NI JANGAN SEMBOR SEMBOR ASID - TAKL BAIK - NANTI MAK MARAH !




TIDAK BOLEH HALANG DEMO ISU ALLAH : NAJIB - malaysiakini

Kerajaan tidak akan menghalang orang ramai yang ingin mengadakan perhimpunan di masjid-masjid selepas solat Jumaat esok bagi membantah mingguan Katholik menggunakan nama 'Allah', kata perdana menteri.

Najib Razak diminta mengulas sama ada kerajaan mengamalkan sikap berbeza terhadap kumpulan tertentu yang menganjurkan demonstrasi.

nota:
berdemo adalah hak asasi
berdemo hak asasi yang tertulis dalam artikle 10 perlembagaaan malaysia
berdemo adalah satu ciri negara demokratik
warga wajib menyokong hak berdemo
warga wajib menghayati demo sebagai budaya politik

jangan mereka di ganasi
jangan mereka diprovoke
jangan mereka di sembur dengan air asid
jangan mereka di tembak gas pemedeh mata

kukuhkan demo budaya
kalau tak suka turun berdemo
kalau tak minat turun berdemo
kalau tak setuju turun berdemo

berdemo dengan aman
berdemo dengan tertib
berdemo dengan beradab

berdemo adalah pesta demokrasi
berdemolah !




KAH KAH KAH.... AKHIRNYA... KAH KAH KAH



MAK TAK BERANI LAGI SHOPPING DI PARIS - SEDIH MAK




POLIS PARIS SIASAT NAJIB - free malaysia

Isu pembunuhan Altantuya Shariibuu dan dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam Scopene terus menghantui Perdana Menteri dengan pihak berkuasa Perancis berkemungkinan memanggil beliau untuk memberi keterangan.

Sumber-sumber mengesahkan sebuah laporan polis akan dibuat di Paris tidak lama lagi bagi menyiasat tuduhan RM540 juta dibayar kepada syarikat kroni Najib Razak ( oleh sebuah syarikat Perancis untuk pembelian kapal selam itu.

Ini berikutan keengganan pihak berkuasa Malaysia, termasuk polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak telus menyiasat dakwaan itu walaupun pelbagai bukti di ketengahkan sejak beberapa tahun lalu, ketika Najib masih Menteri Pertahanan.

Menurut sumber berkenaan semua dokumen dan laporan mengenai kematian Altantuya serta dakwaan rasuah berhubung pembelian dua kapal selam oleh kerajaan Malaysia sudah diserahkan kepada dua peguam Perancis.

"Kedua-dua peguam tersebut tiba di Malaysia kira-kira tiga minggu lalu untuk berbincang mengenai laporan polis yang akan dibuat di Paris tidak lama lagi,” kata sumber berkenaan.

"Pihak kami sudah serahkan semua dokumen termasuk keratan akhbar dan laporan media mengenai isu pembunuhan Altantuya dan Scopene,” tambah beliau.

Altantuya adalah bekas kekasih Abdul Razak Baginda yang dikaitkan dengan syarikat Peri Mekar. Syarikat itu dilaporkan menerima RM540 juta daripada pembekal kapal selam berkenaan menerusi perjanjian yang direstui oleh Najib.

Abdul Razak adalah kenalan rapat Najib malah pernah bertindak sebagai penasihat kepada beliau.

Altantuya mati dibom pada tahun 2006 apabila beliau dikatakan tiba di Malaysia untuk menuntut komisyen USD500,000 dari hasil penjualan kapal selam itu.

Razak dibebaskan dari tuduhan bersubahat membunuh Altantuya tetapi dua pegawai polis disabit kesalahan atas tuduhan itu dan dihukum gantung.

Seorang penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang di upah oleh Abdul Razak membuat perakuan bersumpah mengesahkan bahawa Razak sendiri memberitahunya Najib mempunyai hubungan dengan Altantuya .

Bala kini berlindung di luar negara tetapi sanggup memberi keterangan kepada SPRM dengan syarat disoal siasat di negara ketiga kerana bimbangkan keselamatannya jika kembali ke Malaysia. Tawaran itu tidak disahut SPRM.

Bala sebelum ini turut mendedahkan adik Perdana Menteri, Nazim Razak mengugut beliau untuk menarik balik akuan bersumpah mengaitkan Najib Razak dengan kes Altantuya.

KAH KAH KAH… KAH KAH KAH…

woit… ABISLAAA PELUANG BIK MAMA NAK SHOOPING DI PARIS….kah kah kah..

woit… PUNAN NAK RASA MAKANAN DI CHEZ MAXIM… kah kah kah…

woit… NAK GI LONDON JAMIN TAK BOLEH …. kah kah kah…

woit… TAK KAN GI SHOPPING DUBAI JE… MANA ADA KELAS…. kah kah kah…

kah kah kah… KALAU PERGI DUBAI… LEBIH BAIK SHOPPING DI UDA OCEAN PETALING STREET …LAGI COOL DAN CHIC…. kah kah kah..

nota:
apakah yang akan tindakan balas?

- najib akan menghadap agung meminta batalkan peranchis
- ghani patail akan menuduh dua perebet untuk di hantar ke paris sebagai najib dan razak baginda
- ibrahim ali akan berdemo dan menuduh peranchis talibarut lim guan eng
- utusan melayu akan berkata tangkap peranchis kerana menggoncang akidah
- mat san akan berkata : den dah kato ekao dogil kah kah kah


NOTA: INI AKAN TERJADI - ZIONIS ISREAL PUN TERKENA

ISREAL PROTEST TO BRITAIN OVER ARREST THREATS - reuters

JERUSALEM, Jan 6 Israel has protested to Britain over the threat of arrest for alleged war crimes faced by its visiting high-profile figures after fresh controversy over a trip by military officers, a deputy minister said.

Deputy Foreign Minister Danny Ayalon, who has himself been threatened with arrest in Britain, said on the Internet site Twitter that he had protested to Britain’s attorney general at the “impossible situation regarding claims against senior Israeli officials in the UK”.


KAH KAH KAH… KAH KAH KAH….

nota:
selamat bershopping di negara sendiri
sokonglah ekonomi tempatan
selamat tinggal louise vuitton
selamat tinggal ives sant laurent
selamat tinggal channel

pakailah batik cap duku
dijamin kentut keluar berbuku buku kah kah kah




BLACK MONEY – INDUSTRI HITAM




BLACK MONEY DARI NIGERIA - TAK KAN TAK SEDAR SEDAR




RAKYAT ASING AKAN DI PANTAU – berita hairan

Kerajaan akan menambahbaik dan memantapkan pengurusan serta pemantauan terhadap semua kategori rakyat asing di negara ini bagi mengenal pasti sama ada mereka memberi ancaman kepada negara atau tidak, kata Hishammuddin Hussein.

Dia berkata, kategori membabitkan pelajar, ekspatriat, pekerja asing dan pekerja tanpa izin itu perlu dikenalpasti bagi memastikan sama ada mereka berada di negara ini secara sah, telah tamat tempoh sah atau masuk ke negara ini secara haram.

KAH KAH KAH….

woit… BARU SEKARANG SEDAR… kah kah kah…

woit... SEMUA DATANG DENGAN VISA PELAJAR....kah kah kah..

woit…INI KERANA DASAR NAK BAGI KOLEJ DAN UNIVETSITI KRONI BUAT DUIT… kah kah kah..

woit… TAK KAN TAK TAHU… APA MALAOAN MALAON INI BUAT…kah kah kah..

nota:
nigeria datang dengan black money
china datang dengan china doll
arab datang rompak emas
italian datang bawa mafia
siam datang dengan dadah
amerika datang bawa cia
british datana bawa mi6


indon bangla burma nepal jadi kuli batak

melayu menunggu nak jadi tuan kah kah kah




MARI KITA BELAJAR DARI KES INI



INI KES DI PANDAN




SETIAUSAHA MAJLIS DAERAH SIMPANG RENGGAM DITUDUH TERIMA SUAPAN RM50,000 – berita hairan

Setiausaha Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan menerima suapan bernilai RM50,000 tahun lalu.

Mohd Helmi Sha'ri, 29, minta dibicarakan dengan alasan beliau dijadikan "kambing hitam" terhadap kedua-dua tuduhan itu.

Bagi tuduhan pertama, Mohd Helmi didakwa menerima suapan sekeping cek bank RHB bernombor 835770 bertarikh 13 April 2009 berjumlah RM48,000 daripada Zainal Abidin Ibrahim bagi membiayai pakej lawatan ke Indonesia pada 23 April hingga 27 April 2009, di Restoran Indahpura, Jalan Kenanga 29/14, Kulaijaya, kira-kira jam 2.45 petang hingga 3.45 petang, 13 April 2009.

Suapan itu sebagai dorongan membantu Zainal Abidin mendapat kerja menaiktaraf dan menurap jalan di kawasan Simpang Renggam iaitu menaiktaraf sistem perparitan di Kampung Shaari/Jalan Masjid Lama, bernilai RM192,000 kepada Hazju Enterprise, menaiktaraf sistem perparitan di Kampung Parit Majid Ibrahim, bernilai RM192,000 kepada perniagaan Yadaha dan kerja menaiktaraf sistem perparitan di kawasan Kampung Melayu, bernilai RM96,000 kepada Needza Enterprise.

Turut termasuk dalam dorongan itu adalah untuk mendapatkan kerja menurap semula jalan tar di Taman Renggam Jaya, bernilai RM255,841.70 kepada Rozlynn Enterprise, menurap semula jalan tar di Taman Mohd Yassin bernilai RM170,685 kepada Syarikat Aznor Construction serta menurap semula jalan tar di Taman Ria dan Taman Nagaria bernilai RM118,543.50 kepada Moliah Enterprise, di mana kerja itu dikeluarkan oleh MDSR yang semuanya bernilai RM1.025 juta.

Bagi tuduhan kedua, Mohd Helmi didakwa menerima suapan sekeping cek bank Muamalat bernombor 605281 bertarikh 13 April 2009 berjumlah RM2,000 juga daripada Zainal Abidin bagi membiayai pakej lawatan yang sama, di restoran, itu pada waktu dan tarikh yang sama sebagai dorongan yang sama iaitu untuk mendapat kerja menaiktaraf dan menurap jalan tar di kawasan Simpang Renggam berkenaan.

KAH KAH KAH…

woit… INILAH DIA CONTOH KEBANYAKAN MAJLIS DAERAH DI ABWAH GEROMBOLAN…. kah kah kah…

woit… ITU PASAL GILA GILA NAK JADI KETUA CAWANGAN…kah kah kah..

woit… ITU PASAL GILA GILA NAK JADI KETUA BAHAGIAN…. kah kah kah..

nota:
perhatikan penyakit yang sama juga
virus dan kuman dan perangai gerombolan
ini boleh menular di negeri negeri pakatan rakyat
kalau jumpa malaon malaon yang gila gila nak jadi ketua
kalau jumpa malaoan yang berdekah dekah nak membela rakyat
cuba tanya satu soalan:

kalau tak jadi ketua tak boleh kah menolong orang susah ?
kalau tak jadi ketua cabang tak boleh kah bantu rakyat?
kah kah kah


nota:
jawapannya: ahli majlis tempatan wajib dilantik
oleh warga tempatan bukan oleh kerajaan yang memerintah
baru kroni lintang pukang kah kah kah


DARI ARKIB BERITA

KETUA UMNO BAHAGIAN PANDAN DIDAKWA TERIMA RASUAH RM200,000

Didalam kesibukan media massa cuba untuk menuduh gejala rasuah melanda PAS, Bernama melaporkan Ketua Umno Bahagian Pandan Abdul Ghani Ismail mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap sembilan pertuduhan menerima rasuah lebih RM210,000 daripada seorang pengarah syarikat pelupusan sisa pepejal pada 2007.

Abdul Ghani, 43, yang ketika itu Ketua Pemuda Umno Bahagian Pandan, didakwa sebagai anggota jawatankuasa tender, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, menerima rasuah berjumlah RM210,012 daripada pengarah Pancaran Citra Enterprise, Abdul Rahman Yaacob, sebagai balasan kerana menolong Abdul Rahman mendapatkan tender mengutip sisa pepejal di kawasan majlis perbandaran itu.

Menurut kertas pertuduhan, tender itu adalah bagi kerja perkhidmatan kutipan sisa pepejal di Taman Lembah Maju, Taman Kencana, dan kerja pembersihan kawasan di Pandan Cahaya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan Blok E 15, Jalan 4/76b, Desa Pandan dan di Restoran Islah Tomyam, Jalan 5/76b, Desa Pandan antara 9 malam 4 Ogos 2006 dan 6 petang hingga 9 malam 31 Mac 2007.

Abdul Ghani turut didakwa terhadap pertuduhan menerima suapan daripada Syarikat Dwisakti Mewah Sdn Bhd, melalui pelantikan Syarikat Lembah Rimbun yang mana dia ada kepentingan, sebagai sub-kontraktor syarikat Dwisakti. Menurut kertas pertuduhan, suapan itu adalah sebagai balasan kerana menolong syarikat Dwisakti mendapatkan tender kerja pelupusan sisa pepejal di kawasan bandar Pandan Indah daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Pandan 7, Pandan Jaya pada 1 Mei 2006.

Abdul Ghani yang tidak diwakili peguam memohon supaya mahkamah mengenakan ikat jamin yang rendah kerana beliau tidak mempunyai kerja tetap, dan mempunyai tiga orang anak yang perlu ditanggung.

Hakim Rosbiahanin Arifin kemudian menetapkan ikat jamin RM23,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Jun ini untuk sebutan semula kes.




MANA DIA KETUANAN MELAYU?



BAS TAK ADA - PERHENTIAN DIBUAT UNTUK BAGI KRONI BUAT PROJEK




KERAJAAN PERKENAL RAPITBET , TINGAKATKAN MINAT PENGGUNA PENGANGKUTAN AWAM- berita hairan

Kementerian Pengangkutan akan memperkenalkan sistem Rapid Bus Expressway Transit (RapidBET) bagi menarik lebih ramai pengguna menaiki pengangkutan awam.

Ong Tee Keat berkata, di peringkat permulaan sistem yang akan dilancarkan Selasa depan, membabitkan dua laluan.

“Laluannya adalah Kota Damansara ke KL Sentral dan Pasar Seni yang menggunakan laluan Penchala Link dan Bandar Sungai Long ke Pasar Seni menerusi lebuh raya GrandSaga,” katanya di sini, sebentar tadi.

KAH KAH KAH…


woit… KEPALA BANA APA RAPIDBET INI… kah kah kah..

woit…. RAIS YATIM… INILAH CONTOH BAHASA MELAYU… kah kah kah..

kah kah kah… SATU MUNKEE CAKAP LAIN… MUNKEE YANG LAIN CAKAP MUNKEE MAK…. kah kah kah..

woit…KEPALA BANA APA TAK GUNAKAN BAHASA MELAYU… kah kah kah..

woit… MANA DIA DEWAN BAHASA DAN PETAKA… kah kah kah…

woit… MANA DIA KETUANAN MELAYU…. kah kah kah…