.

Khamis, 17 September 2015

TAKTIK GEROMBOLAN




APA MAKNA

BERiTA iNI?
maknanya ialah cara
para pemimpin parti lawan
akan dinafikan hak
untuk bertanding dalam pru14

mereka yang sedang dimahkamah;
- tian chua
- dr hatta
- khalid samad
- rafizi
- sim
- li kang
- chen chung
- tan kah heng

bila dijatuh hukum
maka tidak boleh bertanding





Ambiga, pemimpin PKR disiasat kerana pakai baju-T Bersih 4

17 Sep — Bekas pengerusi bersama Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan bersama-sama Ahli Parlimen Kapar G Manivanan dan Exco Selangor Elizabeth Wong disiasat polis kerana memakai baju-T Bersih 4.  Kesemua mereka dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis…

Azmin akan beri keterangan di IPD Dang Wangi esok kerana pakai baju-T Bersih 4, kata peguam



SOHEH
jika pilihanraya
boleh mengubah sesuatu
maka pilihan raya 
akan di haramkan

---------------

BERGADUH SESAMA SENDIRI





GADUH
petang kelmarin
ditengah jalan
satu kumpulan
baju merah
bergaduh dengan
kumpulan baju merah yang lain
ini pasti :
1 - kerana yahudi israel
2 - kerana media asing
3 -kerana china dap

kalau tidak
pasti kerana anwar ibrahim
kacau perhimpunan aman


-----------

SUDAH DI BERI TAHU







SUDAH CAKAP


SEPTEMBER

OKTOBER


Everyone has to adjust, says Zeti

Amid a challenging period of the economy, Bank Negara Malaysia governor Tan Sri Zeti Akhtar Aziz has advised everyone to start making adjustments. She said, in an exclusive interview with the New Straits Times, that this could mean forgoing overseas holidays and educate children locally or in local branches of foreign universities.

 “Everyone has to adjust. Individuals need to learn how to conserve and economise. If they are facing financial stress, then they need to take advantage of the facilities we have,” she told the English daily. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/everyone-has-to-adjust-says-zeti#sthash.qqQC0o6J.dpuf

KAH KAH KAH

gwa sudah cakap
bala akan sampai
bulan september
bulan oktober
sekarang mak zeti pulak cakap
lu caya atau tak caya

MELEDAK

-----------

NAJIB RAZAK DIKEPONG



 


NAJIB RAZAK DIKEPONG

Muhammad Najib bin Abdul Razak suami kepada Rosmah binti Mansor terus berkelentong. Suami Rosmah ini ke hulu ke hilir berlabon membawa  kesah dongeng lagi karut. Semua ini dilakukan kerana pada ketika ini suami Rosmah sedang dikepong.
Kumpulan yang mengepong ini dikepali oleh Tun Dr Mahathir Muhamad. Si Mahathir ini  pernah menjadi Presiden kepada parti United Malays National Organisation dan Perdana Menteri selama 22 tahun. Justeru  gerakan kumpulan mengepong  suami Rosmah ini  cukup licik lagi berpengalaman.

Stratiji dan tujuan  Mahathir   amat jelas. Mahathir mahu suami Rosmah  diundurkan secepat mungkin. Suami  Rosmah wajib berundur sebelum PRU14. 

Dalam tulisan ini saya akan cuba membawa pencerahan kenapa dan mengapa suami Rosmah diserang dan dikepong. Dan apa disebalik perancangan Mahathir ini.

Sebenarnya Mahathir tidak suka kepada suami Rosmah ini bukan bermula baru-baru ini.  Tiga atau empat tahun dahulu Mahathir  dalam kumpulan-kumpulan  kecil dan perbincangan tertutup telah menyuarakan kesangsian terhadap keupayaan suami Rosmah memimpin. Desas desus sering didengar bagaimana dalam kumpulan tertutup ini Mahathir sering  memperlekeh suami Rosmah.
Mahathir bagitu sangsi terhadap keupayaan suami Rosmah memimpin Malaysia. Mahathir tidak yakin akan kepimpinan  suami Rosmah untuk membawa Malaysia ke tahap negara maju dalam tahun 2020.

Tanda pertama yang amat jelas datang pada bulan June 2009.  Najib Razak dilantik menjadi PM pada 3 April 2009. Dua bulan sesudah  suami Rosmah menjadi  PM , Lee Kuan Yew telah datang melawat Malaysia.

Lawatan resmi Lee ini bukan satu yang ganjil. Ini  perkara biasa dalam  hubungan diplomasi dua negara. Apa  yang memeranjatkan ialah mendiang Lee Kuan Yew telah juga membuat panggilan resmi melawat Rosmah Mansor.

Umum  mungkin terlepas pandang tentang  babak ini. Ini babak politik yang amat penting. Lee Kuan Yew seorang pemain politik yang licik lagi berpengalaman. Sama saperti Mahathir,  Lee Kuan Yew juga telah memenjarakan ramai seteru politiknya  dengan menggunakan ISA untuk  terus berkuasa. Lawatan pribadi Lee Kuan Yew ini membawa makna politik yang amat penting.

Mungkin ada yang  tidak menyedari bahawa Lee bukan seorang diri datang  melawat Rosmah. Lee telah membawa tiga orang Menteri  Kabinet Singapura. Ini membuktikan betapa pentingnya perjumpaan dengan Rosmah Mansor.
Pekara sademikian jarang berlaku dalam dunia  diplomasi antara Malaysia- Singapura. Babak Lee melawat Rosmah ini menjadi buah mulut. Apabila ditanya maka mendiang Lee Kuan Yew  menjawab: they run the country as a team - mereka memerentah Malaysia sebagai satu kumpulan.

Kumpulan atau tim yang memerentah Malaysia yang dimaksudkan oleh Lee Kuan Yew ialah Rosmah Mansor dan suaminya.

Jawapan Lee Kuan Yew ini mensahihkan pandangan umum bahawa dibelakang kuasa Perdana Menteri ialah Rosmah Mansor.  Malah peranan Rosmah dalam pengurusan kerajaan inilah  yang menjadi isi kandungan labon Mahathir dalam pertemuan kumpulan-kumpulan tertutup. Bekas PM ini  yakin  Malaysia kini dikendalikan  oleh Rosmah Mansor. 

Lebai Desas bin Haji Desus terus berlabon tentang bagaimana Najib  sabenarnya sedang  dikawal dan dibomohi oleh  Rosmah Mansor. 
Desas dan desus ini akhirnya dibuktikan baru-baru ini dengan kenyataan bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Hamid Bador. Menurut pegawai tinggi ini , Rosmah Mansor telah hadir sama  dalam satu ‘mesyuarat tergempar’ kerajaan. Apa ke jadahnya Rosmah berada dalam mesyuarat kerajaan? 

Hari demi hari orang ramai melihat kepongan kumpulan Mahathir terhadap suami Rosmah ini semakin sehari semakin rapat. Jawapan dan tindak tanduk dari suami Rosmah juga menyakin umum bahawa hari hari akhir untuk suami Rosmah semakin dekat.

Hujung minggu ini dalam mesyuarat tahunan  United Malaya National Organisation  bahagian Pekan - suami Rosmah telah mengambil kesempatan untuk mempertahankan diri.

Suami Rosmah telah bersilat lidah berkelentong dalam usaha untuk membersihkan dirinya.  Suami Rosmah telah menerangkan bahawa duit yang diberikan kepada Ketua-Ketua Bahagian bukan duit ‘rasuah’ tetapi bantuan untuk mengendalikan program parti.

Hujah saperti ini  pernah kita dengar. Suami Rosmah berhujah bahawa duit 2.6 bilion ringgit yang masuk ke dalam akaun pribadi suami Rosmah bukan ‘duit rasuah’ tapi ‘duit derma’ dari saekor Tok Arab.

Mungkin ada Mat Ngok bin Mat Bebal  yang percaya kepada penerangan suami Rosmah ini.

Ucapan suami Rosmah di Pekan bertujuan menangkis pandangan umum yang percaya bahawa suami Rosmah ini hanya dapat meneruskan  kuasa kerana semua Ketua Bahagian Parti Ketuanan Melayu telah diberi duit. Mengikut pandangan Mahathir  ini kesetiaan yang dibayar. Bukan kesetiaan terhadap parti tetapi kesetiaan  kepada kepala Agong.

Justeru, serangan terhadap suami Rosmah berterusan.  Dalam persidangan tahunan parti Ketuanan Melayu beberapa bahagian dengan jelas dan terang telah meminta suami Rosmah berundur.  Tindakan suami Rosmah membuang Muhyiddin Yassin dan Shafie Afdal masih belum reda. Api sekam marah masih membakar. 

Ketetapan parti dan saranan meminta berundur tidak dijawab oleh suami Rosmah. Ini bertambah menyakinkan orang ramai bahawa  Mohammad Najib bin Abdul Razak telah menjadi zombi bangkai bernyawa akibat pukulan bomoh.

Akhirnya Anina Saadudin ahli parti Ketuanan Melayu dari cawangan Padang Matsirat Langkawi telah menyaman suami Rosmah. Saman ini bersangkutan dengan duit 2.6 bilion ringgit yang dikatakan ‘derma ‘ dari Tok Arab.

Tidak cukup dengan ini seorang lagi  bekas pemimpin parti Ketuanan Melayu - Khairuddin Hassan telah pergi membuat laporan ‘money laundring’  atau ‘mengalih duit haram’ terhadap 1MDB dan PertroSaudi di Zurich Switzerland dan di London. 

Cuba teka dengan siapa si Khairuddin membuat laporan polis. Si  Khairuddin telah ditemani oleh Matthias Chang , seorang peguam dan juga bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir ketika Mahathir menjadi PM.

Jelas kelihatan kepongan ini makin sehari semakin mengasak. Hanya menunggu masa untuk menjerut leher suami Rosmah.

Gerakan terajang suami Rosmah ini semakin lantang. Ianya bukan lagi berselindung melalui tulisan Zainuddin Mydin atau Kadir Jasin. Atau komen berlapik dari Sanusi Joned.

Banyangkan Mahathir telah bermati-matian  ketika dipuncak kuasa menentang dan mengutuk demonstrasi  jalan raya. Tetapi pada jam 7.37 petang 29 Ogos 2015  Mahathir  sanggup menjilat air ludah dilantai untuk  turun berdemo dalam Bersih4. Keinginan  menggunung ingin melihat suami Rosmah berambus dari Putrajaya tidak dapat diselindungi lagi

Lalu pertanyaan timbul: Kenapa Mahathir  benci sangat pada suami Rosmah?

Apakah kerana ingin menobatkan anaknya yang kini menjadi MB Kedah? Apakah kerana projek Jambatan Bengkok gagal diteruskan? Apakah kerana permintaan dana 1 bilion ringgit kepada Proton ditolak? Apakah kerana Mahathir  telah menjadi seorang dermokrat yang anti rasuah dan anti penyalah gunaan kuasa? 

Mungkin pada awalnya pekara-pekara ini menjadi sebab kenapa Mahathir mahu menendang Najib. Tetapi kini semuanya TIDAK menjadi sebab musabab lagi. 

Contohnya -  serangan Mahathir ini telah mengoyahkan kedudukan anaknya sendiri di Kedah. Jambatan bengkok dan dana Proton mungkin pada awalnya menjadi penyebab. Ini sebelum meledaknya kes 1MDB. Ini sebelum Tok Arab memberi derma. Ini sebelum Al-Jazeera membuat dokumentri tentang Altantuya.

Hakikatnya babak dan  suasana politik telah mengubah semua ini. Sebab musabab ini juga telah berubah. 

Dari laporan media  orang ramai telah diberitahu bahawa Mahathir secara licik telah bertemu dengan Tengku Razalegh. Telah berbincang dengan Muhyiddin. Telah berjumpa Zahid Hamidi.  Yang gagal ditemui oleh Mahathir hanyalah Anwar Ibrahim kerana Anwar tidak ada dirumah.

Apa yang dibincangkan oleh Mahathir dengan sosok ini walah hu alam bisawwab. 

Tetapi mengenali Mahathir pasti dia   telah memasukkan jarum untuk membawa Ku Li, Muhyiddin dan Zahid Hamidi  bersama ke dalam barisan menentang suami Rosmah. Apa yang dijanjikan sesama mereka kita tidak akan tahu sahingga berlakunya peralihan pentabiran di Putarajaya.

Tun Dr Mahathir Muhamad  secara jujur takut akan keruntuhan United Malays National Organisation. Mahathir berpendapat bahawa parti Ketuanan Melayu ini akan lungkup jika suami Rosmah terus menjadi PM. Mahathir memahami dunia Melayu yang jelas melihat Rosmah sebagai  pengamal nasi kangkang.  Mahathir Muhamad gerun kerana keruntukan United Malays National Organisation ini akan berlaku ketika dirinya masih lagi cergas bernafas dan befikir.

Mengikut pandangan Mahathir - suami Rosmah memiliki bagitu banyak masalah tidak akan dapat dipertahankan lagi. Jika suami Rosmah runtuh terbarai maka Najib Razak akan ditangkap dan didakwa. Pendakwaan keatas  Muhammad Najib bin Abdul Razak ini bukan satu yang susah untuk dilakukan.

Adalah fakta sejarah bahawa sehari sebelum Muhyiddin dan Shafie Afdal dibuang dari menjadi Menteri - satu surat pertuduhan pecah amanah telah disiapkan oleh Peguam Negara.  Pertuduhan  pecah amanah ditujukan kepada  suami Rosmah. Pertuduhan ini bukan bersangkutan dengan duit 2.6 bilion ringgit. Tetapi yang bersangkutan dengan 42 juta ringgit  dari SRC International Sdn Bhd.

Justeru hingga ke hari ini empat pegawai SRC International Sdn Bhd telah dihilangkan dari menjadi saksi. Ini juga bukan fitnah. 

Mahathir pasti mengetahui semua ini. Mahathir  pasti masih memiliki jaringan sumber maklumat  yang menyakinkan dirinya bahawa suami Rosmah ini akan ditangkap dan didakwa jika parti United Malays National Organisation runtuh.

Mahathir tahu apa yang telah terjadi kepada General Pak Chung-hee dari Korea Selatan, kepada Marcos di Pilipina atau kepada Suharto di Jakarta.  
Tun Mahathir Muhamad bukan telah menjadi demokrat atau kini  menentang rasuah. Mahathir hanya membayangkan  Rosmah Mansor dan Najib Razak digari.  Kemudian Mahathir  terbayang dirinya sendiri ditangkap dan digari. Sebelum ini berlaku lebih baik suami Rosmah Mansor diterajang.(TT)




NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45






--------------

DATUK SERI APA KHABAR?







APA KHABAR

DATUK SERi

apa cerita
london sejuk ke
zurich lebih sejuk
saje tanya
jangan marah

Khairuddin Abu Hassan - Wikipedia Bahasa Melayu ...

https://ms.wikipedia.org/wiki/Khairuddin_Abu_Hassan
Translate this page
Dato' Khairuddin berasal dari Bukit Mertajam , Seberang Perai, Pulau Pinang. ... Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah juga anak saudara Sulaiman Palestin.


----------------

SEMUA FITNAH








JANGAN 

FiTNAH
ahmad maslan masih lagi
warga johor
beliau tidak dihalau
dari negeri johor
sila hentikan
fitnah dan tohmah




Johor sultan tells racists, haters to get out of his state 

As the nation celebrates Malaysia Day and thousands of government supporters take to the streets of capital city Kuala Lumpur, the Sultan of Johor in no uncertain terms ordered racists and haters to get out of his state. 

In a posting on his Facebook page shortly after midnight today, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar said Johor has no room for hatred and racism -

 See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/johor-sultan-tells-racists-haters-to-get-out-of-his-state/malaysia/article/johor-sultan-tells-racists-haters-to-get-out-of-his-state#sthash.vmIQgJl6.dpuf
----------------

FORUM DEWAN CHINA SENIN LALU






DEWAN CHINA

SENIN LALU



SISTEM PILIHAN RAYA




 PILIHAN JALAN RAYA


PEMBUNUHAN KEVIN MORAIS








PEMBUNUHAN

KEViNada lah dimaklum
bahawa pembunuhan kevin morais
tidak ada sangkut paut
dengan pembunuhan john lennon
sila hentikan semua fitnah
sila hentikan semua tohmah



Pembunuhan Kevin Morais: hanya seorang yang ditahan punyai rekod jenayah

Hanya seorang daripada 4 lelaki yang ditahan berhubung kes pembunuhan mendiang Anthony Kevin Morais didapati mempunyai rekod jenayah. 
Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata suspek berusia 52 tahun itu didapati mempunyai rekod mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana gagal memberi keterangan berhubung barang dimiliki
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hanya-seorang-ditahan-punyai-rekod-jenayah-berhubung-pembunuhan-kevin-morai#sthash.GhbBnCTm.dpuf

KAH KAH KAH
kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah
i rest my case my lord
kah kah kah

%$.s<,0(#@::;{]

--------------

LOGO PARTI AMANAH








DiMASYHUR

16/9/2015







---------------

NAJIB WAJIB DI TERAJANG





BAGAIMANA VALUECAP MENDAPAT DANA RM20 BILION DAN RANG UNDANG-UNDANG PERSENDIRIAN PEMISAHAN JAWATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN

Pengumuman Najib  Razak bahawa pentadbiran beliau akan memperuntukkan RM20 bilion kepada ValueCap Sdn Bhd untuk membeli saham-saham di Bursa Kuala Lumpur bagi tujuan merangsangkan pasaran saham negara perlu diberi perhatian segera.

Sehingga kini, rakyat tidak dimaklumkan dari manakah dana RM20 bilion ini akan diperolehi untuk disuntik ke dalam ValueCap. Umum mengetahui bahawa Kerajaan Malaysia telah berdepan dengan defisit belanjawan sejak tahun 1999 dan tidak mungkin mempunyai ruang fiskal untuk memperuntukkan sejumlah RM20 bilion bagi tujuan yang diumumkan semalam.

ValueCap adalah sebuah syarikat pelaburan saham yang dimiliki secara sama rata di antara Khazanah, Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP). Ketiga-tiga dana yang memiliki ValueCap ini adalah dana milik rakyat.

Semasa ValueCap ditubuhkan dalam tahun 2002, ketiga-tiga dana ini menerbitkan bon sebanyak RM10 bilion untuk digunakan bagi tujuan melabur di Bursa Kuala Lumpur. Ini bermakna ValueCap sebelum ini berhutang dari pasaran bon bagi tujuan menyuntik dana ke Bursa Kuala Lumpur dengan membeli saham-saham tertentu.

Semakan terhadap penyata kewangan ValueCap terkini yang diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013 menunjukkan bahawa syarikat itu mempunyai aset cair (tunai dan saham-saham selepas ditolak dividen) sebanyak RM3 bilion sahaja. Maka, untuk menyediakan dana sebanyak RM20 bilion bagi membeli saham-saham yang jatuh kerana sentimen pasaran yang lemah, ada kemungkinan besar ValueCap terpaksa menerbitkan bon yang besar.

Ini bermakna sekali lagi Najib  Razak menggunakan dana rakyat untuk berhutang bagi tujuan menutup kelemahan pentadbiran beliau. Sekiranya ValueCap menerbitkan bon bagi tujuan mendapatkan dana RM20 bilion ini, ia samalah seperti mendedahkan Khazanah, PNB dan KWAP kepada risiko hutang sebanyak RM20 bilion.

Lebih membimbangkan adalah apabila dana RM20 bilion ini bakal digunakan untuk membeli saham-saham yang disifatkan bernilai rendah. Saya khuatir jika ValueCap diarahkan untuk membeli saham-saham dari syarikat-syarikat yang berkepentingan rapat dengan Umno/Barisan Nasional bagi tujuan membuat keuntungan jangka pendek kepada mereka yang berkepentingan itu. Jika ini berlaku, maka dana rakyat melalui Khazanah, PNB dan KWAP telah digunakan untuk menyelamatkan mereka yang berkepentingan dan rapat dengan Umno/Barisan Nasional.

Masalah sentimen yang lemah terhadap saham-saham di Bursa Kuala Lumpur tidak akan selesai selagi masalah 1MDB dan krisis kredibiliti Najib  Razak tidak diselesaikan segera. Ini membawa risiko yang besar kepada Khazanah, PNB dan KWAP kerana hutang RM20 bilion melalui bon yang diterbitkan (jika tiada suntikan dana dari Kerajaan Persekutuan) akan dihabiskan untuk membeli saham-saham yang tidak akan meningkat nilainya selagi masalah 1MDB dan krisis kredibiliti Perdana Menteri tidak diselesaikan. Akhirnya, Khazanah, PNB dan KWAP berhutang RM20 bilion dan memiliki saham-saham yang nilainya lebih rendah dari RM20 bilion.

Ubat sebenar kepada masalah ini adalah menyelesaikan krisis kredibiliti yang terpalit dengan Perdana Menteri. Oleh itu, hari ini saya telah memfailkan satu Rang Undang-undang Persendiri untuk memisahkan jawatan Menteri Kewangan dari Perdana Menteri. Hanya dengan perletakan jawatan Najib Razak sebagai Menteri Kewangan barulah Bursa Kuala Lumpur ada harapan untuk pulih.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN








---------------

SIAPA DIA MMAT SABU







SOSOK MAT SABU
Ini berita tidak mengejutkan. Yang paling mengejutkan sekali adalah kenapa pas jadi macam yang ada sekarang. Parti Amanah Negara sudah cukup besar pada namanya tapi cukup menakutkan hati siapa2 yang menerajuinya. Nama amanah adalah nama mulia sifat nabi. Tentu orang yang membawa nama ini pasti amat berhati2 dalam soal pentadbiran negara.

 Dalam urusan sesama manusia. Dalam urusan dengan tuhannya. Aku awal2 lagi masuk parti ini atas sebab yang satu. Aku inginkan perubahan total di atas segala kepincangan yang terjadi di negara kita. Kemusnahan harta negara dan kemiskinan rakyat di bumi kaya raya. PAN pasti mendapat sambutan kerana ia dipimpin dan diperkuatkan oleh barisan kepimpinan harapan rakyat, disayangi rakyat dan didambakan oleh seluruh rakyat berbilang kaum. 

Pengerusinya bang mat sabu adalah sosok paling dihormati lagi dikasihi oleh rakyat kita sekarang ini. Manakala pemimpin parti islam yang satu lagi adalah sosok yang paling menakutkan sekali. Rakyat takut kalau dia on TERUSKAN LAGI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 9/16/15




------------