Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Khamis, 3 Januari 2013

SATU LAGI MENJADI MANGSA GENGSTER BERLESEN





TIDAK ADA JALAN LAIN
12 JANUARI KE JALAN RAYA
 KOMENTAR TUKAR TIUB
mati dibunuh polis bukan satu yang baru
mata mata  diwujudkan untuk membantu kita
tapi hari ini mata mata yang kita bayar gajinya
membaham kita pula

maka masanya telah sampai
untuk kita semua bangun melawan

telah beratus mati di rumah pasong
telah berpuluh kes mati dibawa ke mahkamah
satu habuk taraaaak

malah kes polis bunuh aminulrashid juga
telah dibebaskan
walau pun sah ini ini kesa bunuh
17 das tembakan kepada anak kecil berumur 15 tahun

kugan francis teoh sarbini dan dan beratus lagi
semuanya dibunuh oleh gengster berlesen
mereka diberi lesen oleh united malays national organisation

jawapan kita : satu juta - 1 juta  - one million
turun ke jalan raya
pada 12 januari
hanya jalan raya pilihan kita


Keluarga remaja mati ditendang polis tuntut keadilan


PETALING JAYA 4 Jan: Keluarga Mohd Azrul Zulkifli menuntut keadilan di atas kematian remaja itu selepas motosikalnya ditendang polis.
Allahyarham Azrul
Dalam kejadian awal pagi 25 Disember lalu, motosikal yang ditunggang Mohd Azrul, 19, dikatakan terbabas selepas ditendang anggota polis berpakaian preman.
Bapa mangsa, Zulkifli Hashim, 49, dan rakan allahyarham, Khairul Azrisham Abu Kassim, memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya, 11.30 pagi tadi kepada ASP Lim Chee Koon





---------

ARAHAN TELAH MULA SAMPAI UNTUK TURUN KE JALAN RAYA




AZAM TAHUN BARU
SATU JUTA 
KUALA LUMPUR

Hadi mahu rakyat turun perhimpunan 12 Januari
Pakatan Rakyat dan NGO merancang mengadakan perhimpunan besar-besaran sebelum menghadapi pilihan raya umum ke 13.
 LUMPUR:  Tuan Haji Abdul Awang meminta rakyat turun ke perhimpunan kebangkitan di Stadium Merdeka 12 Januari ini.
Dalam blog rasmi parti, Presiden PAS itu berkata:
“Saya menyeru kepada seluruh ahli dan penyokong PAS khususnya di semua peringkat untuk turun memberi sokongan kepada himpunan ini.

“Dalam masa yang sama, kerjasama semua pihak penting bagi memastikan himpunan berjalan dengan aman dan para peserta mesti mengekalkan disiplin yang tinggi sebagaimana biasanya,” tegasnya sebagaimana di siarkan Harakah.
Pakatan Rakyat dan NGO merancang mengadakan perhimpunan besar-besaran sebelum menghadapi pilihan raya umum ke 13.
“Kedatangan tahun 2013 merupakan satu debaran bagi rakyat Malaysia kerana pada tahun ini, mahu atau tidak mahu, PRU13 pasti diadakan.
“Memilih kerajaan dalam menentukan masa depan negara dan rakyat menjadi tanggungjawab besar agar negara selamat dan nasib rakyat terbela,” tambah bekas Menteri Besar Terengganu itu.


---------

KITA KE JALAN RAYA SEBELUM KE PILIHAN RAYA



BUKU INI AKAN TERBIT
TIDAK LAMA LAGI
sila
NANTIKAN PELANCARAN


SATU  JUTA  AZAM

Ini adalah tulisan saya yang akhir untuk tahun 2012. Minggu hadapan tulisan saya muncul ditahun yang baru. Saya mengucapkan selamat tinggal 2012 dan selamat  datang 2013. Kalendar Maya  juga telah berakhir  untuk satu pusingan selama 26 ribu tahun.  Heboh-heboh dalam Kelender Maya  tentang dunia ini akan kiamat pada 21 Disember lalu telah meleset.  Perjalanan hidup manusia diteruskan dengan gangguan koma, sengkang dan tanda tanya. Noktah akhir masih jauh lagi.

Minggu ini media – akhbar dan radio –  saperti biasa telah  menjadi Pak Sibuk dengan  mengajak warga membuat azam baru. Juga media ini meminta pendengar dan pembaca  untuk melihat kembali azam  tahun lalu sama ada telah dapat dikotakan atau hancur ditengah jalan.

Saya sendiri  tidak pernah membuat apa-apa azam untuk tahun baru yang lepas-lepas. Untuk saya  mustahil  azam saya hanya muncul ditahun baru. Mustahil  saya ini  hanya akan membuat azam hanya  di tahun baru. Saya tidak melihat lojik dan rasional yang kita hanya membuat azam ditahun baru. Apakah kalau tidak ditahun baru kita tidak ada kepuayaan untuk membuat azam.  Hidup ini bukan saperti syarikat untuk dihitung sama ada untung atau rugi dari tahun ke tahun.

Tetapi untuk tahun 2012  ini agak berbeza. Untuk pertama kali dalam dalam hidup ini saya  telah membuat azam di tahun baru. Bukan ini sahaja – azam tahun baru saya ini juga untuk memiliki tarikh dan masa ininya wajib saya capai.  Ertinya azam saya ini ada  tarikh lupus. Bunyinya agak ganjil tetapi inilah sebenarnya yang sedang berlaku.

Pada malam berakhirnya 2012 dan bermulanya 2013 saya berazam untuk menghasut  1 juta warga Malaysia untuk turun berhimpun di Kuala Lumpur.  Azam tahun baru  saya cukup jelas lagi benderang. Saya berazam untuk meghasut 1 juta warga turun pada  hari Sabtu  12 Januari 2013 akan datang ini . 1 juta ini akan mula berhimpun di Stadium Merdeka  pada jam 2:00 petang.   Lihat dan perhatikan azam saya kali ini – ada  memiliki tarikh , waktu-waktu yang wajib diikuti termasuk juga dimana azam saya ini akan meledak.

Sedarlah bahawa azam tahun  baru saya bukan generik , luas  atau berfalsafah.  Ini bukan azam untuk memperbaiki’ lagi hidup atau azam untuk berhenti merokok atau berjanji  untuk tidak mencari bini baru dan dan dan... saperti yang selalu kita dengar dalam radio. Azam saya ini jelas tidak berselindung dengan kata-kata molok lagi indah atau berselindung dengan kata-kata  yang berlagak hikmat dan berfalsafah.

Saya membuat azam ini kerana saya merasakan bahawa masa dan ketikanya telah sampai untuk warga bertindak.  Tindakan yang saya azamkan bukan tindakan individu persaorangan.  Azam  yang menghasut 1 juta warga ini  bertujuan   untuk memastikan ajenda  individu  tidak diketepikan. Malah ajenda individu inilah yang dikumpulkan untuk menjadi  ajenda 1 juta Himpunan Kebangkitan Rakyat.

Azam saya untuk menghimpunkan 1 juta warga di Kuala Lumpur memiliki asas yang kukuh.  Azam saya ini bukan muncul secara tertiba. Azam ini juga bukan lahir dari angan-angan dan mimpi-mimpi. Azam menghimpunkan 1 juta warga ini muncul dari lembah siasah tanah air kita. Azam 1 juta rakyat berkumpul berlatar belakangkan politik  yang wujud  hari ini.

Umum  yang telah akil baligh politiknya tahu bahawa PRU13 akan berlangung pada awal tahun ini. Saya telah berkali kali membawa pencerahan dengan bahan bahan bukti tentang penipuan yang telah dirancang oleh Suruhanjaya Pilihan  Raya ( SPR) untuk PRU13 ini. Saya yakin pembaca tulisan saya telah semakin sedar  tentang penipuan-penipuan ini.

Mengetahui dalam  PRU13 ini nanti akan berlaku  banyak penipuan telah menjadikan warga marah , bengis dan berdendam. Ada juga warga yang menjadi sinikal. Dan ada juga warga yang hilang punca seolah-olah tidak ada jalan keluar.  Kemarahan, sinikal atau putus asa individu ini untuk saya tidak memiliki apa apa makna yang hakiki. Kemarahan individu akan terus menjadi kemarahan individu.  Kemarahan individu sampai kiamat tidak akan membawa apa apa perubahan.

Tetapi bayangkan jika azam  12 Januari saya ini berjaya direalisasikan  - kemarahan individu ini dapat dikumpulkan untuk menjadi kemarahan satu juta   warga. Jika ini berlaku maka ianya  akan membawa makna yang baru.

Apa makna barunya? Pasti ada  pembaca yang bertanya apa sebenarnya tujuan   Himpunan  Kebangkitan Rakyat. Kenapa perlu satu juta dan tidak 50 orang atau 50 ribu orang. Soalan saperti ini adalah soalan jujur dan memerlukan percerahan. Biar saya terangkan disini.

Angka 1 juta ini muncul sesudah Bersih berjaya menghimpunkan lebih  dari 250,000 warga pada 28 April 2012 yang lalu. Warga sebanyak ini telah menuntut agar dijalankan pilihan raya yang bersih dan adil di Malaysia. Tuntutan ini telah gagal. Jika 250,000 warga gagal dengan tuntutan dijalalan raya maka adalah lojik untuk dibawa 1 juta pula ke jalan raya.   Jika gerombolan yang berkuasa  tidak mengindahkan  suara  250,000 orang maka mari  kita duga  dengan suara tuntutan 1 juta.

Tarikah dan waktu Himpunan Kebangkitan Rakyat ini  sengaja dipilih berhampiran dengan  tarikh PRU13. Tarikh ini  bukan muncul  secara TIDAK sengaja. Tarikh ini dipilih untuk memberi tekanan maksimum kepada United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya.   Juga memberi tekanan kepada lembaga SPR.

Himpunan ini memang dirancang  dengan jangka masa yang panjang. Ini untuk melihat apakah kuncu-kuncu United Malays National Organisation akan berani membuat halangan saperti yang sudah-sudah. Ketika himpunan Bersih dahulu berpuluh-puluh laporan polis telah dibuat. Banyak kenyataan yang cuba menakut-nakutkan orang ramai  telah didengar.  Menakut-nakutkan orang ramai yang berani bersuara terus menjadi ajenda United Malysa National Organisation  

Dalam azam tahun baru saya ini juga – saya   ingin melihat apakah Ngo-Ngo Melayu akan berani bersuara dengan sombong sambil  berangan-angan ingin membuat satu himpunan pada hari yang sama.  Atau gerombolan Patriot yang berbaju merah akan berusaha lebih gigih lagi  untuk mengumpulkan lebih  ramai Mat Bangla untuk menentang  1 juta Himpunan Kebangkitan Rakyat.  

Saya juga berazam  ingin melihat apakah gerombolan Perkasa dan Ngo  yang sealiran dengannya  akan cuba menggangu gugat kekuatan satu juta rakyat. Saya juga mahu melihat apakah Silat Cekak Leher akan berubah untuk menjadi Silat Cekak Pinggang apabila melihat 1 juta dijalan raya.

Tetapi semua ini hanyalah  hujah sampingan kenapa  1 juta perlu turun pada 12 Januari ini.   Azam utama – hujah utama  dari 1 juta  orang ramai turun berdemo ke jalan raya ini adalah tanda amaran. Satu juta kemarahan rakyat itu adalah  ada satu juta amaran  kepada United Malays National Organisation. Ini adalah amaran agar SPR dan United Malaysa National ORganisation TIDAK akan menjalankan penipuan dalamn PRU13 yang akan datang ini.

Satu juta rakyat berhimpun adalah tanda ingatan bahawa orang ramai  amat sedar tentang penipuan yang telah,sedang dan akan dijalankan dalam pilihan raya yang akan datang. Satu juta rakyat berhimpuan adakah amaran yang cukup jelas – jangan tipu dalam PRU13.

Dari kajian lembaga akademia saperti MERAP – Malaysian Electoral Roll Analysis Project -  umum telah diberitahu tentang rancangan jahat SPR untuk memasukan nama-nama ‘warga asing’ ke dalam senarai undi.   Justeru,  adalah membuang masa untuk saya menuliskan  lagi contoh dan bukti penipuan  yang sedang berjalan dan sedang dirancang.

Memadailah  saya nyatakan disini sajelas mungkin bahawa 1 juta rakyat yang keluar ke jalan raya ialah amaran awal.   Satu juta ini keluar untuk mendindingi diri mereka agar tidak lagi mahu   kena tipu. Tetapi, jika United Malays National Organisation dan SPR menjalankan  ‘projek tipu’ mereka dalam  PRU13 ini nanti maka  1 juta ini hanya  percubaan awal.

Jika pengundi dan rakyat merasakan mereka telah ditipu dalam  PRU13 ini nanti bukan hanya satu juta yang akan turun ke jalan raya, bukan  dua juta tetapi berjuta  juta rakyat akan ke jalan raya. Semua akan bangun melawan kerana  tidak mahu lagi ditipu dan dibodohkabn oleh SPR.

Memang betul ini bukan Arab Spring.  Malaysia bukan Mesir.  Malaysia bukan Arab.  Kita memiliki budaya  dan politk yang berbeza dengan budaya dan politik Arab.  Justeru saya akui apa yang berlaku di Malaysia ini bukan Arab Spring tetapi  apa  yang sedang berlaku di sekarang ini ialah Malaysian Durian – keras , tajam tetapi  isinya lemak, lembut dan manis.

 Durian Malaysia  inilah yang sedang memberi amaran kepada United Malays National Organisation dan baruanya yang bernama SPR. Satu juta yang akan berhimpun pada 12 Januari 2013 ini akan membawa  kain rentang yang amat  jelas – jangan tipu undi – kalau tipu undi 5 juta lagi akan turun - .  Lima juta  rakyat akan turun ke jalan raya jika mereka  merasa  mereka telah ditipu. Lima juta ini bukan satu amaran tetapi satu azam dan janji. ( TT)


 
NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar SUARA KEADILAN tekini
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon 03-22-72-40-45



-------

TUKAR TIUB MEMECAH BERITA - SENARAI COOL DAN POYO KELUAR




AKTIVITI PALING COOL TAHUN 2012
- mengkibarkan  sang saka rakyat
   pada malam 30 ogos 2012
- menurunkan bendera  muka najib di pwtc
- berkhemah di dataran merdeka
- memijak jalur gemilang
- memijak muka najib
- menonggengkan buntut pada muka najib....
- masuk lokap kerana tibai rosmah
  dan dan dan.....


.... senarai penuh akan menyusul
tim dan sidang redaksi tukar tiub
sedang berbicang hangat untuk mewujudkan
senarai cool dan poyo....


KEMARAHAN PEMBACA 


Poyo la TT...lambat plak release... on SIAPA COOL DAN SIAPA POYO - TUNGGU DAN NANTI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 1/2/13

mana senarai cool/poyo??? da 2 januari ni!!! on TURUN TIBAI ROSMAH MUNCUL KEMBALI

TT, terlalu banyak senarai Cool & poyo 2012, tapi just cadangan aku ajelah untuk buat situasi jadi lagi gamat sempena KL112, Mohon semua pembaca Blog ko rate satu artikel TERHANGAT !!! kat Blog MAS, Isu sama macam yang ko pernah kupas tentang gagak hitam sebelum neh and inilah punca kenapa negara kita selalu sangat ada isu yang tak ada penghujung... Selamat Tahun Baru 2013~~!! on SENARAI COOL AKAN MUNCUL - TUNGGU DAN NANTI




--------

BERITA TER KINI MUHYIDDIN SERANG NAJIB







BERITA PERTEMPURAN

najib akan disingkir
rancangan telah diatur

muhyiddin telah menyusun
puteri united malays national organisation
untuk masuk ke dalam tim anti najib
muhyiddin tak yakin dengan lembu shahrizat

ku li dan musa hitam  bersama para veteran
kini berkampong dalam satu pasokan lagi
mereka ini anti najib dan anti madey

MUHYIDDIN KE AMERIKA?
dalam masa terdekat muhyiddin akan ke amerika?
apa tujuan?
jumpa soros?
kenalkan diri pada ajen ajen amerika?

DEEPAK MAIN TARIK TARIK
deepak  juga sedang merancang
deepak tak puas hati kerana
hutangnay berjumlah 400 juta ringgit
dengan kuwait fainance house
masih belum ada sesiapa ingin membantu

deepak cuba menggunakan anwar ibrahim
deepak cuba menggunakan pkr
jangan lupa
dua minggu dahulu malaon ini pernah berkata
yang dia akan pergi ke burma pada 24 disember
tarikah itu diberikan sebagai tekanan agar ada yang membantu

ROSMAH  DEEPAK DAN NAJIB
dari sidang akhbar
deepak telah berkata bahawa
pada malam altantuya dibunuh
malaoan ini berada dalam rumah rosmah
dia mendengar perbualan talipon
tapi tidak tahu apa maknanya

sekarang baru malaon ini sedar
kerana bank sudah minta duit mereka kembali

TIM  MUHZA  LAWAN NAJIB
muhyiddin
zahid hamidi
ali rustam
tiga pemimpin kanan united malays national organisation ini
telah bersatu  untuk menyelamatkan parti mereka

hanya dengan penyingkiran najib
pada hemat mereka barulah
united malays national dapat diselamatkan


Muhyiddin kudeta kuasa Najib? - harakah daily

  
Menjelang 1 Januari 2013 dengan rasminya Muhyiddin Yassin mengambil alih (kudeta) 'kekuasan' dalam Umno daripada Najib Razak tanpa menukar status jawatan. 

Ramai yang tidak terperasan transisi secara senyap ini. Malahan di dalam Umno sendiri ramai yang tidak tahu mungkin menafikan kalau diberitakan hal ini.

Mereka mengira ketiadaan Najib dalam negara sejak 30 Disember ialah rutin biasa kerana bercuti di luar negeri.

Orang Umno apa lagi di peringkat bawahan begitu naif untuk membaca gerak dan gelombang dalam parti itu. 




------------

SATU LAGI PENIPUAN YANG SEDANG DI RANCANG



SPR ADALAH 
PERANCANG SISTEM
UNTUK MENIPU
spr wajib
DIHAPUSKAN  DAHULU
UNTUK MEMUNKIN PILIHAN RAYA
adil dan bersih di jalankan
 
 KOMENTAR TUKAR TIUB
pemerhati ini diwujudkan
untuk menghalalkan penipuan
tugas pemerhati ini ialah  sesudah mengundi
akan mengeluarkan kenyataan berbuntyi:

' .... ada beberapa kesilapan disana sini...
ada beberapa kecalaruan ... tetapi pilihan raya
ini di jalankan dengan betul dan adil....'

inilah nanti kenyataan yang akan keluar
tak percaya sila nanti

pemerhati  ini juga adalah sebahagian dari sistem
yang telah disusun oleh spr bertujuan untuk menipu
pemerhatikan ini akan menghalalkan penipuan

tak percaya?



FAKTA SEKATAN
- pemerhati tidak dibenarkan melihat proses mengira
- tidak dibenarkan merakam gambar kejadian penipuan
- tidak dibenrakan bercakap dg ajen parti dan pegawai dipusat mengundi
- tidak dibenarkan bercakap kepada media
- tidak dibenarkan mengeluarkan maklumat tanpa kebenaran spr
- wajib berada dipusat mengundi sepanjang hari

ini hanyalah satu lagi bukti saheh
bahawa apa yang sedang dilawan
oleh penyokong pakatan rakyat
ialah satu sistem pemilihan yang telah
di susun khusus untuk menipu
khusus untuk memastikan
united malays national organisation akan menang



SPR Nafi Dakwaan Sekat Pemerhati Jalankan Tugas Pada PRU-13

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Rabu menolak dakwaan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Saifuddin Nasution berhubung sekatan terhadap kumpulan pemerhati bebas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang disifatkan sebagai satu pembohongan untuk mengelirukan rakyat.
Timbalan Pengerusi SPR  Wan Ahmad Wan Omar berkata dakwaan yang dibuat Saifuddin itu tidak berasas dan meminta beliau tampil sendiri untuk mendapatkan penjelasan dan gambaran sebenar mengenai perkara itu daripada SPR.
"Saya lihat kenyataan yang dibuat beliau tidak tepat sama sekali dan menganggapnya sebagai cuba untuk mengelirukan rakyat sedangkan tuduhan yang dibuat itu langsung tidak berlandaskan maklumat yang sebenar dan tepat," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu rancangan Hello Malaysia terbitan BernamaTV di sini Rabu.
Beliau berkata segala peraturan yang ditetapkan SPR ke atas pemerhati bertujuan untuk memastikan pilihan raya berjalan lancar.


-------

MAT INDRA ADALAH BERJUANG ANGKAT SENJATA LAWAN BRITISH




KOMENTAR TUKAR TIUB
fakta sejarah yang cuba dipadamkan
tetapi mustahil
fakta sejarah tidak dapat diubah ubah
untuk sementara waktu mungkin
untuk selama lamanya mustahil!
 

KEPADA TIM ANAK MUDA
KEPADA TIM SANG SAKA RAKYAT
KITA  SALUT KEPADA MEREKA
mereka
TELAH MEMBUAT SEJARAH
justeru
MULALAH PAKAI BENDERA INI

PENCERAHAN DARI PEMBACA
ini baru betul bendera rakyat sang saka merah putih & bintang 12. yang sang saka merah putih ada bulan bintang bendera apa??? jadi kalau nak cite bab sejarah yg betul bendera bintang bulan tu tak pernah wujud pun... saka lak maksudnya pusaka, dipendekkan panggil saka jadi janganlah lepas agamawang PR kelam kabut lak ckp tahyul ke apa.

parti pertama kat malaya PKM 30april 1930. harus ditulis juga itu fakta sejarah. jgn jadi mcm geng2 PAS bila isu mat indera dah kelam kabut, klu bukan komunis sokong, klu komunis tak sokong.. 

fakta sejarah mat indera adalah komunis dan PKM. itu fakta. bagus le anakmuda buat ni tapi kena byk membaca sikit jgn jadi keliru antara fakta sejarah dan ideologi. apa yg dibuat harus kosisten jgn bermusim dah le..jgn gilakan populariti nak cool & like byk kat fb... on SANG SAKA BENDERA RAKYAT UNTUK MALAYSIA


-------

MUHYIDDIN SEDANG MERANCANG UNTUK MENJATUHKAN NAJIB




SEMUA WAJIB BERSEDIA
KOMENTAR TUKAR TIUB
berita semakin kencang
najib akan diketepikan
najib akan di pinggirkan
kerana najib yang memikul rosmah dilihat
sebagai beban yang amat berat

rata rata mak cik melayu
telah menyampah melihat perangai
dan tingkah laku rosmah

rosmah dilihat oleh pemimpin gerombolan
bukan sebagai pembantu najib
malah rosmah dilihat sebagai nenek kebayan
yang akan menghilangkan undi


Dakwaan Deepak: Muhyiddin dirayu selamatkan Umno?



KUALA LUMPUR: Sumber Harakahdaily di Umno muncul kembali di 2013, kali ini dengan menyatakan bahawa parti terbesar Melayu itu kini amat tertekan dengan dakwaan peniaga permaidani Deepak Jaikishan terhadap Perdana Menteri, i Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.

“Kami tidak boleh bersuara dalam isu (dakwaan Deepak). Kami diarahkan tidak boleh berkata apa-apa. Malah semua media pro-kita tidak boleh melaporkan mengenai dakwaan Deepak. Kami tertekan kerana tahu isu ini adalah bom C4 buat Umno di PRU13,” kata sumber itu kepada Harakahdaily hari ini.

Sumber yang rapat dengan pemimpin tertinggi Umno berkata, ramai dalam Umno kini memohon Timbalan Presiden  Muhyiddin Yassin untuk bertindak menyelamatkan Umno daripada ditenggelamkan oleh Najib dan isterinya.

“Masalah ada pada wanita tersebut… yang lelaki itu ok, tapi apa nak buat, mereka suami-isteri. Jadi, kalau nak buang wanita, kena buang yang laki bersama. Kami dok doa Muhyiddin akan bersuara untuk memanggil Najib turun takhta demi survival Umno,” kata beliau.

Ditanya samada beliau mempercayai dakwaan Deepak, sumber itu berkata “ada perkara yang boleh dipercayai” terutamanya mengenai bahagian-bahagian mengenai Rosmah.

BANGUN DAN LAWAN
---------