Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Jumaat, 16 Januari 2009

Hishamuddin Rais dibidas politikkan forum Palestin 16/01/2009 3:56pm

PULAU PINANG 16 Jan. — Umno Pulau Pinang membidas aktivis politik Hishammudin Rais kerana menyalahgunakan forum mengenai keganasan Israel di Palestin yang diadakan di Dewan Sri Pinang di sini Rabu lepas bagi mengutuk kerajaan Barisan Nasional.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim berkata beliau bersama lima lagi rakannya dari Umno bertindak keluar dewan apabila Hishammudin menyamakan kerajaan BN dengan Israel pada forum anjuran negeri itu.

“Dia tuduh kerajaan BN runtuh kuil Hindu dan macam-macam lagi, menyamakan BN seperti Israel. Mana boleh dia kata macam tu,” katanya kepada Bernama hari ini.

Azhar berkata semua anggota panel forum itu antaranya Ketua Menteri Lim Guan Eng, kedua-dua Timbalan Ketua Menteri, Mohammad Fairus Khairuddin dan Dr P.

Ramasamy dan beliau sendiri, hanya menyentuh soal kekejaman rejim Israel terhadap penduduk Palestin.

“Saya ada bercakap dengan Ketua Menteri mengenai perkara itu pada malam itu dan beliau sendiri tidak bersetuju dengan tindakan Hishammudin itu,” katanya.

Azhar berkata dalam usaha membantu rakyat Palestin, semua pihak perlu bersatu dan mengetepikan fahaman politik masing-masing.

“Topik forum itu tentang Israel dan Palestin, kenapa perkara penting macam ni pun nak dipolitikkan? Lagipun siapa dia (Hishammudin) nak cakap tentang perkara itu. Dia hanya aktivis politik,” katanya.— BERNAMA


JIKA KAU MENANGIS TENTANG GAZA


Jika kau lihat rumah di gaza itu runtuh
Hati kau kecai berderai
Air mata kau meleleh panas
Kalehlah mata kau
Dan lihat rumah rumah di berembang di runtuhkan
Hati kau wajib berderai juga

Bila kau lihat rumah di hebron roboh
Kau lihat juga rumah di plentong roboh
Jika kau lihat rumah di jannin rutuh
Kau lihat juga rumah di chu badak runtuh

Panas air mata kau
Sepanas air mata seorang padri
Panas air mata kau
Sepanas air mata seorang rabbai
Panas air mata kau
Sepanas air mata seorang imam

Tangisan seoarang ibu di gaza
Adalah tangisan seorang ibu di ulu yam
Tangisan seorang di tel viv
Adalah tangisan seorang ibu di jemapoh

Ibu yang anaknya hilang di padang pasir negev
Adalah ibu yang anaknya hilang di kamunting
Ibu yang suaminya hilang entah kemana
Adalah ibu yang anaknya di pukul di brickfield

Kau lihat tanah tanah itu di rampas
Kau perhatikan kondo kondo itu terdiri
Kau perhatikan di tapak rumah itu
Adalah sejarah turun temurun
Tapak rumah itu adalah cerita hidup mereka

Tanah itu di rampas di tebing barat
Tanah itu di rampas di plentong
Tanah itu di rampas di kerpan

Lihatlah tanah tanah palestin di rampas
Lihatlah tanah tanah dayak di rampas

Jika hati kau menngis untuk gaza
Hati kau juga menangis untuk balih dan kapit
Tahukah kau bila jentolak itu datang ke gaza
Jentolak itu juga datang ke simunjan

Jangan kau menangis seorang diri
Jangan kau terpencil keseorangan
Buka kan mata mu sayang
Buka kan luas
Hati kau adalah hati suci
Yang lebih tinggi dari seorang pelestin
Yang lebih tinggi dari seorang dayak
Yang lebih tinggi dari seorang melayu

Hati kau adalah hati seorang manusia

Hati kau adalah juga hati aku sayang




PEMECAH BERITA !!!



WARTAWAN DAPAT DUIT ?

Berita baru masuk - jam 5.11 ptg ini.

Kuala Terengganu telah heboh dikalangan pengamal media.

Dikatakan ada wartawan yang dapat 300 ringgit bakseeh.

BERDUYUN-DUYUN

Kereta mula datang berpusu-pusu masuk ke Kuala Terangganu.

Dari Kuantan lagi kelihatan kereta berduyun-duyun menuju ke KT. Jalan semakin sesak.

Diantara kereta-kereta ini pasti ada yang mebawa hantu dan toyol. Malah ada yang telah sampai malam kelarin.



SEMBAHYANG JUMAAT HARI INI

Menteri Besar Perak akan memberi khutubah Jumaat di Masjid Pengadang Baru hari ini.





BERITA DARI KUALA TERENGGANU


SULIT - BARU DI TERIMA


Permai Inn Batu Buruk ada ada 600 orang tetamu baru masuk.

Dari laporan yang diterima mereka akan mendaftar di bawah nama Kementerian Kesihatan.

Siapa sebenarnya mereka ini?

Adakah mereka hantu?



SIRI CERAMAH MALAM KELMARIN


Bila siri ceramah bermula pada malam kelmarin di setiap UPU, helikopter pun mula berligar-ligar.

Di jalan-jalan raya kereta polis buat siren.

Fru pulak mundar mandir.

Di setiap tempat ceramah ada 15 hingga 20 orang polis tercanguk menebeng.


BERITA HANGAT DAN BERITA BASI


Gerombolan telah mengatakan ada 150 ahli parti PAS masuk ke dalam United Malays National Organisation di Wakaf Mempelam.

Mempelam sudah busuk.


DI WAKAF MEMPELAM


Ceramah MB Selangor hampir 300 yang hadir. Turut berucap Perserujaya Pas Negeri Sembilan.

MB Selangor menyeru pengundi P36 menjadi ‘ pengundi bijak’ seperti pengundi di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Perak
.


DI CABANG TIGA

Keadaan agak panas. Polis dan Fru telah datang untuk memisahkan para penyokong Pakatan dan gerombolan.

Awalnya di katan Dolah Badawi akan datang ke sini tetapi di batalkan.

Para penyokong terus berslogan dan bertakbir.

Kedua kumpulan berhadapan antara satu sama lain hanya dengan jarak 15 meter.


PROGRAM ESOK


Majlis Dialok dengan Anwar Ibrahim pada jam 10.30 pagi di Ibu Pejabat PKR Kuala Terengganu.



BIK MAMA KELIHATAN DI KUALA TERENGANU


Gempa Kuat di Kepulauan Pasifik – berita hairan


KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat berskala 6.8 Ritcher berlaku di Loyalty Islands, New Caledonia, Kepulauan Pasifik, pada jam 3.27 petang ini.

Pusat gempa bumi terletak 964 kilometer dari barat daya Suva, Fiji dan 6,432 kilometer dari tenggara Tawau, Sabah.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini berkata tiada ancaman tsunami kepada Malaysia berikutan gempa bumi itu.




ROSMAH LANCAR DANA BANTU PALESTIN - melayau


PUTRAJAYA 15 Jan. – Isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini melancarkan rayuan dana atas nama kemanusiaan bagi membantu rakyat Palestin di Genting Gaza yang kini sengsara akibat serangan Israel.

‘‘Apabila saya lihat dalam akhbar banyak pihak membuat kutipan secara kecil-kecilan, jadi kami berpendapat seelok-eloknya sumbangan itu
digabungkan di bawah satu payung dan saya menerajuinya.

kah kah kah…. DI BAWAH SATU PAYUNG DAN SAYA MENERAJUINYA?.... kah kah kah…..habis…. habis…. habis duit… habis habis…..pergi shopping… kah kah kah…

woit….. tak payahlaaaaaa nak sibuk sibuk….. duit komisen kapal selam tu dah cukup untuk bina lima hospital di gaza….. kah kah kah….kah kah kah…

kah kah kah…. DI BAWAH SATU PAYUNG DAN SAYA MENERAJUINYA?.... kah kah kah…. tak ada sapa minta munkeee ni jaga duit…. kah kah kah….

woit….cukup laaa tipu melayu… tak payahlaaa nak lebong lebong… kah kah kah




GGMM TARIK BALIK SAMAN TERHADAP KERAJAAN P.PINANG - Mkini


Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) telah menarik balik samannya terhadap kerajaan Pulau Pinang berhubung penggunaan papan tanda nama jalan dalam pelbagai bahasa di tapak warisan Georgetown.

GMMM memfailkan notis penarikan balik saman itu Selasa lalu. Ia memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 4 November lalu.

Peguam GGMM, Khairul Azam Abdul Aziz berkata keputusan itu dibuat kerana masalah kewangan ekoran kegagalan pihak mengumpul dana yang mencukupi bagi membiayai kos mengambil tindakan undang-undang itu.

kah kah kah….kah kah kah…. kah kah kah…. heboh bukan main…. satu habuk tak ada apa….. kah kah kah…

woit…. tak dapat projek ke…. kah kah kah…. pergi kt…. mesti dapat projek…. kah kah kah….

woit…. kah kah kah
cakap berdekah dekah
tinggi sudu dari galah
cari duit buat projek sekolah
kah kah kah
cakap tak mahu kalah
satu sen tak orang nak sedekah
kah kah kah




APA PUNYA TUUUR !!!


PAS BAWA ISU UGUTAN DATUK BANDAR KE SPR
– Mkini

PAS Terengganu akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung dakwaan ugutan datuk bandar Kuala Terengganu terhadap kakitangannya semalam.

Pesuruhjaya parti itu Datuk Mustafa Ali hari ini berkata laporan akan dibuat di pejabat SPR negeri di Wisma Persekutuan.

Semalam, tambahnya, pembangkang telah membuat laporan kepada pihak polis berhubung perkara itu.

Laporan polis itu mendakwa Datuk Mat Razali Kassim, yang dilantik pegawai pengurus pilihanraya kecil parlimen tersebut, memberi kata dua supaya mengundi calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Datuk bandar itu didakwa berbuat demikian kepada lebih kurang 590 kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dalam satu pertemuan di Dewan Tunku Abdul Rahman.

"Kita ada cukup bukti mereka buat ugutan tersebut kerana kita ada orang yang memberi laporan kepada kita," kata Mustafa (kiri) kepada wartawan di Kuala Terengganu hari ini.

Dalam laporan polisnya, ketua Angkatan Muda PKR Terengganu, Mohd Fariz Musa mendakwa Mat Razali pernah berucap kepada kakitangan MBKT: "kalau berani dan tidak takut dibuang kerja, silalah (sokong pembangkang)".



PEGAWAI PENGURUS TRAIK DIRI KENDALI PRK KUALA TERENGGANU
- mStar

KUALA TERENGGANU: Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, Datuk Mat Razali Kassim yang menjadi kontroversi ekoran dakwaan PAS bahawa beliau meraih undi untuk calon Barisan Nasional (BN), menarik diri daripada mengendalikan pilihan raya kecil tersebut berkuatkuasa hari ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pukul 8.20 malam tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan bahawa pihaknya telah menerima surat penarikan diri Mat Razali sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya mulai hari ini.


kah kah kah…. kah kah kah…. kah kah kah…. apa punya tuuuuuuuuuur!!!

kah kah kah….nampak sangat munkeee lebong… kah kah kah…

woit….. inilah contoh politik gerombolan…. kah kah kah… padan muka!!!