YANG INI BILA PULAK ?

nota:
kita semua menunggu bila
fatwa dan fatwi akan datang
tentang:
tentang rasuah
tentang ISA
tentang rogol amah
tentang rogol budak bawah umur
tentang bunuh model altantuya
dan tentang pak cu ching
tengok video porno kah kah kah
POCO-POCO:PEMUDA PERAK PUJI HARRUUSSANI, KATA MB BERANI - minsider
KUALA LUMPUR, 1 April — bukan april fool
Dewan Pemuda PAS Perak berkata pihaknya “mengucapkan tahniah” dengan langkah kerajaan negeri itu seperti yang ditegaskan oleh Zambry Abdul Kadir bahawa akan menghormati ketetapan tarian poco-poco diharamkan.
Poco-poco diwartakan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak, Januari lalu.
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Perak Dr Raja Ahmad Al-Hiss mendakwa walaupun sedar tarian poco-poco ini telah “diperkenalkan” oleh Datin Seri Rosmah Mansor, tetapi ketegasan Mufti Perak Harussani Zakaria amat dipuji.
“Dan tindakan Zambry juga dilihat bersifat berani dalam memastikan fatwa haram tarian poco-poco ini dikuatkuasakan di Perak,” katanya.
Raja Ahmad yang juga Pengerusi Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS pusat berkata, ini ditambah rumit apabila Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mashitah Ibrahim secara terbuka menegaskan dan membolehkan agar tarian poco-poco dibenarkan.
Kata beliau, Dewan Pemuda PAS melihat isu ini sepatutnya dibincangkan secara ilmiah dan perkara pokok agar tidak menjadi kekeliruan umat Islam.
LAMPU ISYARAT ROSAK AKIDAH
Satu kajian dari sebuah Ngo Melayu NGOK dari Ipoh Perak
telah menemui bukti yang saheh bahawa lampu isyarat
dipersimpangan jalan adalah perancangan Free Mason.
Mengikut NGOK dari Ipoh ini kereta telah dipopularkan
oleh Orang Yahudi dan jalan jalan raya mula dibina
apabila kereta banyak muncul. Jalan raya juga ialah
perancangan kumpulan Free Mason.
Kumpulan inilah yang memulakan lampu isyarat
di jalan raya.
Tiga warga – hijau, jingga dan merah ini sengaja dipilih
kerana dari segi semiotik ianya mesej yang jelas.
Merah ialah tanda darah. Darah yang merah dari segi semiotik
bersabit dengan darah Nabi Isa. Kereta akan berhenti apabila
melihat merah. Ini tanda hormat kita kepada darah Nabi Isa.
Warna jingga - kekuningan – adalah warna asal dalam
Tempel Of Solomon. Pemandu juga akan berhenti dan
sebagai tanda hormat.
Apabila lampu warna hijau semua pemandu akan bergerak pergi
untuk meningalkan lampu hijau.
Hijau adalah tanda semiotik agama Islam.
Menurut pandangan NGOK Melayu dari Ipoh ini meninggalkan lampu
hijau sengaja direka untuk menggalakkan orang Melayu
meninggalkan agama mereka.
Mengikut NGOK telah sampai masanya agar umat Melayu
sedar akan hal ini. Ini lah caranya orang bukan Islam cuba
menghakiskan kepercyaan orang Melayu.
Telah sampai masanya lampu isyarat ini ditukar
warnanya.





