Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Sabtu, 11 Mei 2013

GADUH KAN MEREKA LAGI



PM menambah derita Arau - Shahidan


(Komen Shahidan dalam facebooknya)

ARAU: Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menyatakan kekesalannya terhadap pemilihan Menteri Besar Perlis yang baru. Ia digambarkan melalui facebooknya.

“Selepas itu jawatan MB dipilih begitu saja tanpa ikut hierarki parti. Kami semua tak dimaklumkan langsung. Bila menang saja MB dilantik bukan di kalangan yang senior dalam parti. 2008 pun saya menang tetapi dirampas juga. PM menambah derita Arau,” menurut komen tersebut.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit..... INI BERITA BAIK.... kah kah kah...

kah kah kah...PERANG SUDAH BERMULA... kah kah ka..

kah kah kah...GEROMBOLAN MULA BEREBUT KUASA...kah kah kah ..

kah kah kah...BILA GEROMBOLAN BERGADUH... JANGAN TEPUK TANGAN...kah kah kah..

kah kah kah.. TUGAS SUCI IALAH API API KAN LAGI...kah kah kah..

kah kah kah...BIAR GADUH SEPANJANG MASA... kah kah kah



--------

TURUN TURUN TURUN





TURUN TURUN TURUN
TURUN TURUN
TURUN



#TIPU505 DI PULAU PINANG, PERAK, PAHANG DAN JOHOR

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memahami aspirasi dan hak rakyat untuk berkumpul. Perhimpunan #tipu505 yang diadakan di Kelana Jaya dua hari lalu membuktikan bahawa penipuan pilihanraya adalah isu nombor satu negara yang memerlukan penyelesaian segera, seperti yang disuarakan oleh lebih seratus ribu rakyat pelbagai kaum yang hadir pada hari itu.

KEADILAN yakin bahawa suara rakyat ini perlu dibawa dan diperjuangkan. Tindakan menerima keputusan pilihanraya yang ditentukan oleh penipuan dan pengundi warganegara asing ini mengkhianati hak dan suara rakyat.

Oleh itu, gelombang #tipu505 ini akan terus dibawa ke seluruh negara. Perhimpunan yang sama akan turut diadakan di negeri-negeri berikut:

Sabtu, 11 Mei 2013 – Pulau Pinang @ Stadium MPSP, Bukit Mertajam  

Ahad, 12 Mei 2013 – Perak @ Medan Istana, Ipoh

Selasa, 14 Mei 2013 – Pahang @ Kuantan (tempat diumumkan kelak)

Rabu, 15 Mei 2013 – Johor @ Johor Bahru (tempat diumumkan kelak)

Saya juga menyeru supaya semua rakyat Malaysia memakai baju atau apa-apa symbol hitam esok (Sabtu, 11 Mei 2013) sebagai tanda bantahan dan penolakan penipuan pilihanraya yang dibuat oleh Dato’ Seri Najib Razak dengan kerjasama pimpinan atasan SPR.

KEADILAN telah menubuhkan 2 pasukan utama untuk menangani gerakan menolak keputusan pilihanraya akibat penipuan berleluasa.

Satu pasukan Panel Penyiasat Penipuan PRU13 (P4) diketuai oleh saya sendiri yang bertanggungjawab mengumpul semua bukti untuk dibawa ke pengetahuan umum agar mereka yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan. Hasil dari siasatan ini akan digunakan untuk memfailkan petisyen pilihanraya di mahkamah, selain dari tindakan khusus terhadap individu yang terlibat di dalam penipuan pilihanraya termasuklah tindakan undang-undang terhadap mereka.

Saya akan menghuraikan skop tugasan dan mekanisme dalam satu siding media pada jam 9 pagi, Isnin 13 Mei 2013 di ibu pejabat KEADILAN.

Buat masa ini, sebarang bukti dan maklumat mengenai penipuan boleh dihantar kepadasiasatpru13@gmail.com

Pasukan kedua diketuai oleh Dato’ Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN yang bertanggungjawab menguruskan gelombang #tipu505 di seluruh negara.


RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
10 MEI 2013 



-------

TIPU PILIHANRAYA TURUN JALAN RAYA



IKUTI  #tipu505
IKUTI #black505

Lebih negeri akan 'digelapkan' mulai esok

Selepas kejayaan 'menggelapkan' Stadium Kelana Jaya, Selangor dengan lautan manusia berbaju hitam yang mempertikaikan keputusan pilihan raya, pembangkang kini merancang meluaskan kempen itu ke lebih banyak negeri.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, dalam tempoh seminggu bermula esok, mereka merancang empat perhimpunan sama di Bukit Mertajam (esok), Ipoh (12 Mei), Kuantan (14 Mei) dan Johor Bahru (15 Mei).



IKUTI
#tipu505



------

SUNNAH WAL RASUAH BERJAMAAH BERISTIQAMAH





Pemimpin paksi perpaduan ummah - Imam Masjid Negara

KUALA LUMPUR 10 Mei - Umat Islam diseru memikul tanggungjawab bersama mempertahan, memelihara dan menjaga maruah agama serta tanah air dengan menanam rasa kasih dan setia kepada pemimpin yang telah dipilih secara sah.

Imam Masjid Negara, Mohd. Zamri Abd. Halim ketika menyampaikan khutbah Jumaat di masjid itu hari ini berkata, dalam Islam kedudukan seseorang pemimpin itu terlalu mulia dan tinggi kerana mereka adalah paksi pada perpaduan ummah dan sebahagian daripada cabang keimanan.

"Sehubungan itu sebagai orang yang beriman, kita dituntut untuk mentaati pemimpin yang dipilih secara sah semasa proses pilihan raya umum lalu.

"Harus diingat, yang menang berkewajipan memikul tanggungjawab besar sebagai amanah untuk menunaikan segala janji dengan adil dan saksama manakala pihak yang kalah semestinya bermuhasabah secara rasional serta tidak cuba mencetuskan perkara negatif di luar batas undang-undang negara," katanya.

Najib Tun Razak merupakan antara ribuan umat Islam yang menunaikan solat fardu Jumaat di Masjid Negara hari ini.

Khutbah Jumaat yang bertajuk Paksi Perpaduan Ummah itu turut mengingatkan umat Islam bersatu padu walaupun dicipta oleh Allah SWT dengan kriteria dan watak berbeza-beza dari segi adat, budaya dan cara hidup serta amalan politik.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... TUKAR TIUB... TEPAT DAN BETUL.... kah kah kah..

kah kah kah... BOLEH DI BACA APA DALAM KEPALA SUNNAH WAL RASUAH... kah kah kah...

kah kah kah...SUNNAH WAL  RASUAH TAK LARI DARI SKRIP.... kah kah kah..

woit.... TAK CAYA?.... kah kah kah..

SILA BACA YANG 
DI TULIS PAGI KELMARIN


APA KELENTONG PETANG JUMAAT INI
jabatan  sunnah wal rasuah
akan berkelentong pada jumaat ini
berkelentong untuk mengolah persetujuan

apa kelentongnya?

1 - wajib terima keputusan
2 - wajib bersyukur 
3 - wajib jangan buat demo 
4 - wajib melayu dan islam perlu bersatu
5 - wajib sokong kerajaan dan raja

dan akan keluar hadis dan ayat ayat
dan dan dan....

1 - tidak ada ditimbulkan soal penipuan
2 - tidak terjumpa ayat tentang tipu
3 - tidak terjumpa ayat  tentang pemimpin zalim
4 - tidak ada ayat tentang rasis
5 - tidak ada ayat tentang hak dan keadilan

kita tunggu dan lihat



--------

TUKAR TIUB PEMECAH BERITA




PECAH BERITA SEDUNIA
 WORLD BREAKING NEWS
berita baru masuk
 kerajaan melaka
telah kehabisan duit

untuk membayar gaji kaki tangan kerajaan
 bulan hadapan kerajaan melaka
terpaksa meminjam duit

NOTA:
sokuk ke ?
bon ke?
ini hanya nama 
untuk kelentong orang kampong

jul sukuk ertinya pinjam duit
jual bon juga ertiny pinjam duit

sukuk kunun nak guna islatilah arab
untuk tipu orang melayu
bon guna perkataan inggeris
untuk kelentong orang melayu


SUKUK DAN BON
sukuk dan bon
ertinya pinjam duit
dengan membayar bunga
ada sukuk berjangka panjang sampai 7 atau lapan tahun
ada bon berjangka pendek
tiap tahun kena bayar bunga




LANGKAH BIJAK DARI RAJA BERSIONG




KUALA LUMPUR 9 Mei - Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Lembah Pantai dan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin bercadang menyaman Naib Presiden... 16:54:14

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...INI LANGKAH TEPAT.... kah kah kah...

kah kah kah.,..INI LANGKAH BAIK.... kah kah kah..

kah kah kah...MEMANG PATUT DISAMAN.... kah kah kah.,..

kah kah kah...KESAH KESAH RAJA BERSIONG RASUAH TERSEBAR.... kah kah kah..

kah kah kah...KESAH KESAH BAWA LARI DUIT KE PULAU CAYAMAN... TERSEBAR.... kah kah kah..

woit.... SAMAN ...JANGAN TAK SAMAN.... kah kah kah

NOTA
sila tunggu 
sila nanti
saman dari orang kampong baru


----------

PROGRAM MELAWAN MALAM ISNIN





SATU JEMPUTAN

SAMM Kebangsaan dengan kerjasama front Mahasiswa akan menganjurkan sebuah Rapat Perdana; 

13 MAY - HARI BANGSA MALAYSIA : SELAMATKAN DEMOKRASI!

Tarikh: 13 May (Isnin)
Masa: 8 - 12 mlm
Venue: Dewan Perhimpunan Cina KLSCAH 
(Dekat Stadium Merdeka / Stesen Monorail Maharajalela)

Antara pemidato yang bakal menghiasi pentas adalah termasuk;

Pak Samad (Sasterawan Rakyat)
YB Tian Chua (Naib Presiden PKR)
YB Sivarasa Rasiah
Hishamuddin Rais (Penghasut Rakyat)
Haris Ibrahim (Penggerak ABU)
Maria Chin Abdullah (BERSIH)
Safwan Anang (Presiden SMM)
KS Bawani (Mahasiswa) -belum confirm
Farel (Mahasiswa SAMM)

Hos: che'GuBard 

Beberapa lagi pemidato belum mengesahkan kehadiran, akan diumum dari semasa ke semasa...

Pentas sempena tarikh 13 May yang diiktiraf sebagai Hari Penyatuan Rakyat Malaysia, bakal merungkai sentimen perkauman yang dimainkan oleh pihak rasis untuk menutup penafian demokrasi rakyat Malaysia dalam tragedi Black505!

Diharapkan sahabat pengamal media dapat memberi bantuan promosi untuk program perdana bernotis singkat ini, dan SAMM mengalukan kehadiran semua wartawan bagi membuat liputan.



-----------

KHALID IBRAHIM TERUS JADI MB SELANGOR





KENYATAAN AKHBAR
SETIAUSAHA AGUNG PARTI KEADILAN RAKYAT

KEJAYAAN MEMPERTAHANKAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT  SELANGOR DAN PERLANTIKAN MENTERI BESAR SELANGOR


Parti KEADILAN Rakyat memanjatkan rasa syukur kami ke hadrat Allah SWT di atas kejayaan Pakatan Rakyat mempertahankan negeri Selangor dalam Pilihanraya Umum ke-13 baru-baru ini. Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kami dan rakan-rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat terhadap para pengundi khususnya dan rakyat negeri Selangor amnya kerana telah memberikan kepercayaan mereka kepada Pakatan Rakyat untuk menerajui kerajaan negeri Selangor buat penggal yang kedua. 

Bagi pihak KEADILAN, saya juga ingin merakamkan penghargaan kami kepada pimpinan Pakatan Rakyat negeri Selangor, juga kepada jentera ketiga-tiga Parti KEADILAN, PAS dan DAP yang telah bertungkus lumus dan penuh komited dalam amanah yang dipikul untuk memastikan kepercayaan rakyat Selangor terus diberi kepada Pakatan Rakyat.

Kejayaan ini juga disambut dengan penuh rasa tawaddhu’ dan rendah diri, terutama dalam proses untuk menamakan seorang Menteri Besar bagi memimpin kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dalam pentadbiran negeri. KEADILAN sesungguhnya amat berbesar hati dan menghormati sokongan oleh PAS dan DAP yang telah bersetuju supaya jawatan Menteri Besar Selangor dinamakan dari Parti KEADILAN Rakyat.

Berteraskan kepada prinsip konsensus dan rundingan serta semangat kesetiakawanan dan kerjasama yang selama ini telah tersemai dalam Pakatan Rakyat, KEADILAN telah mengangkat dua (2) nama dari kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri KEADILAN yang berjaya memenangi kerusi mereka dalam pilihanraya umum Negeri Selangor baru-baru ini kepada pimpinan PAS dan DAP untuk dibincang secara bersama dengan KEADILAN bagi memilih salah seorang daripada mereka untuk dinamakan sebagai Menteri Besar Selangor.

PAS dan DAP, menerusi Presidennya Yang Berhormat Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya Yang Amat Berhormat Tuan Lim Guan Eng masing-masing telah bersetuju supaya Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim, Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang untuk  diangkat sebagai Menteri Besar Selangor dan meneruskan khidmat cemerlang beliau menerajui pentadbiran kerajaan Negeri Selangor sebelum ini.

KEADILAN dengan ini menyeru supaya keseluruhan rakyat Negeri Selangor khususnya dan rakyat Malaysia amnya untuk terus menggembeling semangat kerjasama dan setiakawan antara satu sama lain tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit yang telah selama ini ditunjukkan, bagi terus memastikan agenda perubahan rakyat  dapat diteruskan bersama-sama dengan Pakatan Rakyat.

Sekian, terima kasih.

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGUNG
PARTI KEADILAN RAKYAT

10 MEI 2013



Pakatan sahkan Khalid MB Selangor 
Harakahdaily
Jumaat, 10 Mei 2013
 

kemaskini KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akhirnya mencapai konsensus bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim akan dilantik menjadi Menteri Besar Selangor buat penggal kedua ekoran pencapaian cemerlang Selangor sepanjang tempoh penggal lalu.




--------