Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Sabtu, 19 November 2011

HANYA INI CARA UNTUK JANGAN KENA TIPU OLEH MAT INDON DAN MAT BANGLA




HANTU MAT INDON DAN MAT BANGLA













MB: DUN SELANGOR TAK AKAN DIBUBAR HINGGA JUN 2012
- mkini

Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor jika pilihan raya umum diadakan sebelum Jun 2012.

"Saya sebagai Menteri Besar hari ini menyatakan pendirian kerajaan negeri bahawa jika pilihanraya umum dilakukan kurang enam bulan maka kita tidak akan sertai tetapi jika sebaliknya negeri Selangor akan bersama dalam pilihan raya itu.

"Ini adalah ingin memastikan segala apa yang kita janjikan pada belanjawan kali ini dapat dipenuhi sepenuhnya serta rakyat dapat menikmati apa yang telah kita janjikan.

"Banyak yang kerajaan negeri telah janjikan dan kita mahu pastikan ia dapat dilaksanakan sepenuhnya," katanya selepas majlis penutup sidang Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit....KANTOI... MANTOI... kah kah kah..

kah kah kah....RANCANGAN PAK HAJI NAKEMPRU GAGAL.... kah kah kah..

kah kah kah...NANTI KITA BUAT PILIHAN RAYA ADUN LEPAS SATU SATU.... kah kah kah..

kah kah kah...MULAKAN DENGAN TANJUNG... KEMUDIAN KEDAH.... KEMUDIAN KELANTAN.... DAN AKHIR SELANGOR..... kah kah kah..

kah kah kah...LEPAS SATU SATU ....BARU KITA ADA MASA.... kah kah kah

kah kah kah...UNTUK KITA TENGOK MUKA MAT INDON DAN MUKA MAT BANGLA... kah kah kah




NOTA:
bomoh guru ji dari bombay
telah meramalkan bahawa:
kalau rosmah tak hilang 20 kilo
maka barisan nasional jamin akan kalah


YAGAN UTANG MANYAK MAYANK









UMAT ISLAM DIUMPAN INJIL BERTENAGA SOLAR
- mkini

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkata pihaknya telah mengesan lapan cara yang dilakukan oleh pihak Kristian bagi mendakyahkan orang Islam.

Antaranya dengan menggunakan sejenis radio rakaman menggunakan tenaga solar yang dimuatkan dengan cerita-cerita Kristian atau disebut ‘Solar Powered Handheld Talking Bible’.

Perkara itu didedahkan oleh exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam, Datuk Hasan Ali dalam jawapannya kepada ADUN Sungai Burung, Mohd Shamsudin Lias.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...KALAU NAK MASUK GEROMBOLAN.... MASUK SAJE LAAAA..... kah kah kah..

kah kah kah... TAK PAYAH BUAT SIBUK SIBUK DENGAN SOLAR POWER.... kah klah kah..

kah kah kah...PENGUNDI GOMBAK KATA PERGI... GEROMBOLAN KATA MARI.... kah kah kah..

woit... INI MACAM PERANGAI ZOO BERDENG.... kah kah kah..

kah kah kah...INI MACAM PERANGAI GOBALA.... kah kah kah

SATU ANGKATAN



NOTA:
apa macam hutang bank okay ke?
kah kah kah


ESOK DI DEWAN CHINA K.LUMPUR


KOTA BAHRU TAK HUJAN HARI INI



DARI KOTA BAHRU


kelmarin hampeh – kapalterbang lewat
ada member kata syarikat ini macam bus ha haa ha
tapi ok lepas jam 7 baru sampai
dalam peswat ramai cik mek molek mungkin
mahasiswi yang pulang bercuti -memang cun
tapi balak balak semuanya pecah pecah kah kah kah

menginap tepi sungai – dah pernah duduk di hotel yang
sama satu masa dulu dg adman adam – masa jalan jalan
cari makan tapi dulu bila buka tingkap belakang
ada bising bunyi suara dan nyanyian burung walit
kali ini dah TUTUP

makan makan : gagal –ini kerana ada orang yang ajak
tuan yang jemput bawa tempat chick/style milo tapi
aku tak minat masakan aji no moto tom yam siam
aku nak cari masakan mek Kelantan – gagal

PAGI INI
Wow! minum pagi terbaik – untuk pertama kali
aku dapt menikmati kopi yang hampir setaraf
dengan kopi dapor aku – ini kedai kopi tiam kita
ini kedai makan MESTI DATANG – kerana kalau tak
ada masa panjang semua masakan pagi – nasi kerabu
nasi belauk – nasi dagang – nasi lemak yang terbaik di keliling kota bahru
semua terkumpul dlm kedai ini –
hanya nasi kang kang tak ada
kopi tiam ini pust makanan pagi – cukup popular – penuh
aku makan nasi berlauk ikan dari pasir mas – nak hormat
pada braheng – aku tambah dengan makan nasi tumpang - dua dua
ikan tongkol – orang sini panggil ikan ayooo
tapi aku tak makan sangat nasi takut membadak – kemudian
minta telor setengah masak.
telor dicapur kuah ikan – jawabnya : hahah… cubalaa

PASAR KHADIJAH

siapa sampai ke kota bahru wajib masuk ke pasar ini
yang aku cari kulat kering – cendawan kukur cakap orang n9
aku beli budu terbaik dari ketereh –daging lembu : batang pinag
pan peha - bukan daging epok – ini daging ori –
beras hitam ,rempah rampai kampong – dan satu kilo daging
kambing kampong – setiap kali aku datang aku beli pada mek ini
dia cun – hinggakan dia ingat dulu aku dtaang pakai topi seluar pendek
dan ada jaket kah kah kah

kali ini aku tak beli ikan – aku tanya harga sekilo ikan patin
agak mahal dari pasar chow kit – di chowkit 5- 7 ringgit
di temerloh 14RM
di sini 12 RM - di miri ikan patin lebih mahal hamper sama
dg harga di termerloh

KUEH MUEH
aku juga melintasi kedai kueh mueh
wow! manis manis bukan lalat yg berterbang
tetapi lebah

aku melintasi juga warong makan
wow! udang besar – aku tanya
1 udang25 RM
1 sotong 12 RM
1 ketam 10 RM
aku juga ampak banyak gulai
untuk makan tengah hari
paling menarik lala yang kecil nak beli
tapi takut lala ini mati

NOTA:
daging lembu dan kambing
yang kau beli sedang berehat di dapr hotel

NOTA:
untuk semua jantan yang tak tahu masak
mula la belajar memasak
kalau di eropah sesiapa tahu memasak
dia kan punan
sesiapa pandai memasak
maka katilnya tidak pernah kosong kah kah kah


GEREMBOLAN SUDAH NAZAK - PAKAI YB KITAR SEMULA




TANDA MAUT SAMPAI




BN MUNGKIN LETAK CALON KITAR SEMULA DI PERLIS PADA PRU-13 - meloya

KANGAR 17 Nov. - Barisan Nasional (BN) Perlis mungkin meletakkan calon “kitar semula” pada pilihan raya umum ke-13 jika calon berkenaan boleh membantu membawa kemenangan, kata pengerusinya, . Md Isa Sabu hari ini.

Menurutnya, apa yang lebih penting ialah setiap calon BN perlu diterima rakyat dan para pengundi serta calon itu berupaya membantu kemenangan BN walaupun ada yang melihat faktor umur sebagai penghalang calon tertentu.

"Mungkin akan berlaku “re-cycle” atau kitar semula calon yang bermakna bekas wakil rakyat juga boleh dicalonkan semula jika berpotensi membawa kemenangan,” katanya kepada pemberita semasa diminta mengulas kriteria calon BN bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Beliau yang juga Menteri Besar Perlis mengambil contoh dirinya yang dicalonkan semula pada pilihan raya umum lalu setelah berehat selama satu penggal apabila tidak lagi menjadi wakil rakyat.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... INI SUDAH TEROOOOOK..... kah kah kah...

kah kah kah... DAH MACAM SURAT KHABAR LAMA?..... kah kah kah...

kah kah kah...DAH MACAM BOTOL KOSONG.... kah kah kah..

woit...KITAR SEMULA AMAT BAIK.... KALAU BOTOL KOSONG.... kah kah ah..

kah kah kah...KALAU ADUN PUN KITAR SEMULA....INI TANDA NAK MAPOOOOS...kah kah kah

kah kah kah... INI MACAM NAK BAGI JALAN SHAHIDAN JADI MB BALIK..... kah kah kah...


INI MUSUH MAK CIK FELDA


LEMBU SHAHRIZAT LEMBU





SKANDAL NFC:
SOAL PERTANGGUNGJAWABAN DAN AMANAH ADALAH ISU POKOK


Saya mengucapkan terima kasih kepada pengurusan NFC yang akhirnya tampil memberi penerangan setelah KEADILAN membuat pendedahan mengenai penyelewengan dan kegagalan Projek Fidlot Kebangsaan. Saya kira akhirnya pengurusan NFC akur dengan saranan yang dibuat oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi dan Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana skandal ini benar-benar menggoncang keyakinan rakyat kepada pimpinan politik kerajaan.

Saya juga ingin menegaskan di sini bahawa kesemua kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, Pengerusi Eksekutif NFC dan suami Dato’ Seri Shahrizat Jalil di media perdana semalam tidak sekali-kali menafikan pendedahan-pendedahan yang dibuat KEADILAN, seperti berikut:

1. Dana RM250 juta telah dimasukkan ke dalam akaun NFC

2. Kos seekor lembu yang diternak NFC dalam tahun 2009 berjumlah RM4,481 setiap ekor

3. Diskaun berjumlah RM2.9 juta diberikan dalam tahun 2009 termasuk kepada Restoran Meatworks milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil

4. NFC mencatat kerugian sejumlah RM7 juta (2008) dan RM11 juta (2009)

5. Dana dari NFC disalurkan kepada NMLC dan RFC yang dimiliki sepenuhnya oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil

6. Penyalahgunaan wang dari dana untuk membeli unit-unit kondominium di One Menerung, Bangsar

7. NFC mendapat pinjaman mudah sejumlah RM250 juta

8. NFC membelanjakan sejumlah RM827,579 bagi lawatan-lawatan ke luar negara dan elaun keraian

9. Projek Pusat Fidlot Kebangsaan mendapat bantahan dari pegawai-pegawai kementerian

Kenyataan NFC semalam hanya memberi alasan kenapa penyelewengan-penyelewengan seperti yang didedahkan KEADILAN berlaku.

Malah, tiga pengakuan Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail mengesahkan keresahan rakyat bahawa anugerah projek ini kepada sebuah syarikat milik keluarga menteri kanan mempunyai unsur-unsur penyelewengan.

Beliau mengakui[1] bahawa NFC tiada kepakaran dan pengalaman untuk mengendalikan projek ini sehingga menyebabkan syarikat menghadapi masalah operasi dan kewangan. Perbandingan rekod operasi NFC seperti di bawah jelas menunjukkan bahawa NFC bukanlah syarikat yang berkelayakan untuk mengendalikan projek berimpak tinggi dan mendapat pembiayaan RM250 juta:

2008(tahun pertama) 2009
Jumlah lembu dibeli dari Australia dan dibawa masuk
4,141 ekor
-
Diberikan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar
245 ekor
-
Lembu mati atas kapal sebelum sampai ke Malaysia
8 ekor
-
Lembu mati dalam perjalanan ke Pusat Fidlot
15 ekor
-
Lembu yang terpaksa disembelih akibat bermasalah
45 ekor
56 ekor
Lembu yang mati di Pusat Fidlot 42 ekor 78 ekor
Lembu yang dihadiahkan kepada pihak lain
11 ekor
3 ekor
Lembu yang disembelih untuk dijual 113 ekor 1,562 ekor
Jumlah lembu yang mati/rugi berbanding lembu yang dijual 121 ekor
(nisbah 1:1) 137 ekor
(nisbah 1:11)
Anggaran kerugian akibat lembu mati/dicuri RM542,201 RM613,897

Dalam temuramah dengan Berita Harian pula, beliau mengakui bahawa perjanjian pinjaman RM250 juta “tidak menyatakan jadual pembayaran balik”. Ini mengesahkan pendedahan KEADILAN sebelum ini bahawa walaupun dana RM250 juta disebut sebagai pinjaman, ia lebih berupa geran kerana NFC tidak dikenakan sebarang jadual pembayaran atau caj faedah seperti pinjaman biasa.

Saya juga kesal dengan kenyataan Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail yang bukan sahaja tidak menyangkal pendedahan KEADILAN mengenai pembelian kondominium mewah menggunakan dana rakyat, malah mengesahkan bahawa dana yang diselewengkan adalah lebih tinggi dari yang didedahkan minggu lepas. Pembelian dua unit kondominium mewah di unit B1-1 dan B1-2 di Tingkat 1, Blok B One Merenung sebenarnya membabitkan perbelanjaan RM13.8 juta.

Ketiga-tiga pengakuan NFC ini mengingatkan rakyat bahawa isu pokoknya adalah soal kebertanggungjawaban menteri dan kerajaan menjaga wang rakyat. Ketiga-tiga pengakuan tersebut mendedahkan:

1. Bagaimana projek negara diberikan kepada keluarga menteri yang langsung tidak mempunyai latar belakang dan kepakaran di dalam bidang penternakan komersil;

2. Dana RM250 juta diberikan begitu sahaja tanpa ada syarat-syarat ketat dan pemantauan walaupun ia dipanggil pinjaman; dan

3. Sejumlah RM13.8 juta diselewengkan sewenang-wenangnya untuk membeli hartanah yang akhirnya menjadi milik keluarga menteri kerana NMLC milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil sepenuhnya.

Oleh itu, KEADILAN menggesa supaya Perdana Menteri bertindak segera menjawab sama ada berlaku penyelewengan semasa penganugerahan projek ini kepada NFC dan menerangkan penglibatan Dato’ Seri Shahrizat Jalil dalam proses membuat keputusan kerajaan bersabit projek ini.

Kesemua keterangan lain yang dibuat NFC semalam akan dihuraikan dalam satu sidang media khas di lobi Parlimen hari Isnin ini jam 1130 pagi melibatkan YB Saifuddin Nasution Ismail, YB Zuraida Kamaruddin dan saya sendiri, untuk membolehkan kami meneliti semua maklumat dan dokumen yang kami ada setakat ini.


MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI


18 NOVEMBER 2011



MELAYU DI BODOHKAN LAGI





LAPORAN AKHBAR KAMPONGAN






2 SEKOLAH HARUMKAN NAMA NEGARA - meloya

KUALA LUMPUR 17 Nov. – Sekolah Menengah (SM) Sains Kuching, Sarawak dan SM Sains Tuanku Syed Putra, Perlis memenangi Anugerah Emas sempena Pameran Rekacipta Antarabangsa Inova 2011 kali ke-36 di Zagreb, Croatia dari 8 hingga 13 November lalu.

Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan memberitahu, pada pameran itu, SM Sains Kuching mempersembahkan ciptaan bertajuk Potential Antifungal, Antibacteria, Antiplasmodial and Termiticidal Activity of the SELUKAI (Goniothalamuslongistipites).

Sementara itu, SM Sains Tuanku Syed Putra pula mempamerkan projek Bio-Oil The Use of Specially Made Catalyst.

“Kedua-dua sekolah tersebut mendapat kerjasama daripada Kelab Penyelidik Muda Envex (EYReC) dan Universiti Malaysia Perlis (Unimap),” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, sekolah tersebut dipilih menyertai pameran peringkat antarabangsa berikutan kemenangan pada Pertandingan Rekacipta dan Inovasi Sains Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kebangsaan kali ke-14.

“Pada pertandingan yang diadakan dari 1 hingga 4 April lalu itu kedua-dua sekolah tersebut memenangi Anugerah Emas.

“Sebanyak 60 SBP dari seluruh negara mengambil bahagian pada pertandingan yang diadakan di SM Sains Machang, Kelantan,” katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... TOLONG LAAA JANGAN BODOHKAN MELAYU..... kah kah kah..

kah kah kah...HARUM KEPALA BANA APA?..... kah kah kah...

kah kah kah...TAK ADA PUN CNN ATAU BBC BUAT LAPORAN.... kah kah kah..

kah kah kah ... TAK ADA PUN LE MONDE... NEW YORK TIMES ..THE GUARDIAN BUAT CERITA SDEKOLAH INI...kah kah kah..

woit.... JANGAN BANGANG KAN MELAYU... JADI JAGUH KAMPONG..... kah kah kah

NOTA:
kesian melayu
bila baca meloya
ingat terer tapi
hanya jaguh kampong
dari akhbar kampongan
kah kah kah


TUGAS SUCI YANG MULIA