.

Isnin, 9 Jun 2014

MEJER ZAIDI DIBICARAKAN






SALAM BERSIH 
Untuk makluman semua,


perbicaraan Mejar Zaidi Ahmad akan bermula semula pada:

Tarikh : 10 Jun - 12 Jun 2014.

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Kompleks Mahkamah Tentera Pangkalan TUDM, Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Untuk pengetahuan semua, Mejar Zaidi telah didakwa dengan 7 tuduhan atas tindakan beraninya membuat laporan polis pada 1 Mei 2013 yang lalu mengenai isu dakwat kekal.

Akibat daripada itu, Mejar Zaidi kini berhadapan tindakan Mahkamah Tentera setelah didakwa melanggar etika/peraturan Angkatan Tentera Malaysia.

Bagi pihak BERSIH 2.0, kami mempertahankan Mejar Zaidi dan menekankan bahawa beliau sama sekali tidak bersalah, malah telah pun menunjukkan kesetiaannya terhadap negara dengan melaporkan perkara ini kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan terhadap isu dakwat kekal.

Oleh yang demikian, BERSIH 2.0 menjemput rakan-rakan sekalian untuk hadir bersama ke Mahkamah Tentera Sg Besi pada tarikh seperti dinyatakan di atas untuk menunjukkan sokongan moral kepada Mejar Zaidi dan keluarganya. Kita harus berdiri bersama Mejar Zaidi yang mana pada ketika ini berhadapan dengan hukuman penjara jika disabitkan sebagai bersalah.

Peringatan Penting:

1. Apabila anda tiba di pintu masuk utama, anda harus mendaftarkan diri untuk mendapatkan pas masuk. Sila beritahu anda dari organisasi mana.


2. Setelah mendapat pas masuk, anda kemudian harus memandu/menunggang kenderaan ke dalam kompleks mahkamah. Jika menaiki teksi, sila turun di dalam kompleks, Perjalanan dari pagar ke Kompleks Mahkamah adalah sejauh 2 KM.


3. Anda tidak dibenarkan membawa telefon bimbit, laptop atau apa-apa alat rakaman ke dalam Kamar Mahkamah. Pihak keselamatan mahkamah akan meminta anda meninggalkannya di dalam peti simpanan diluar mahkamah. (dinasihatkan untuk menyimpan alat-alat ini di dalam kereta)


4.Alat tulis dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam kamar Mahkamah.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Mandeep/Adam di talian 03-77723275/019-4380428

Kehadiran pihak anda adalah amat dihargai.

Sekian, terima kasih.



JEMPUT DATANG




--------

BUDAK MELAYU UDAH MELAMPAU





PENGUMUMAN
adalah dimaklumkan
anak muda melayu semakin
melampau lampau

siapa agaknya
bertanggung jawab
melakar gambar ini?

siapa?

sila hentikan perangai ini
dengan serta merta

adalah lebih afdal jika
 ilmu pengetahuan
digunakan dijalan yang betul

ilmu pengetahuan
 bukan 
untuk babi
gunakan untuk buat dodol
atau
donut


KAH KAH KAH

----------

FORUM SEJARAH MELAWAN





KHAMIS MALAM

19 jun 2014

jam 8:00 malam



JEMPUTAN FORUM

Meninjau Semula 

Semangat

 Kemerdekaan 

dan

 Pembinaan Nasion

Memperingati Perjuangan

 Anti Penjajahan  British

 Ulang Tahun Ke-66


Tarikh : 19hb Jun 2014, Khamis

Masa : 8:00 pm

Dewan Jeffrey Cheah, 

Tingkat 1, Dewan Perhimpunan Cina 

KL & Selangor


Ahli Panel 

Cikgu Ishak Surin, Pejuang Kiri tahun 50-60an

Ah Chuan, Pejuang Anti British dan bekas pimpinan PKM

Hishamuddin Rais, Aktivis Sosial & Kelab Bangsar Utama

Chegubard, Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia

Anjuran Bersama : SIRD, Angkatan Pembebasan Bangsa Malaysia, Pemuda KLSCAH, Solidariti Anak Muda Malaysia, Jaringan Rakyat Tertindas, Kelab Bangsar Utama, Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia
RADIO BANGSAR
akan membuat siaran langsunng


---------

BAHAYA CUKONG UNTUK NEGARA







BEBASKAN MALAYSIA
DARI CUKONG DAN KRON
I


KOMENTAR

tanah rizab melayu
tanah orang kampong
bukit genting
hutan balak
di rembat oleh cukong

bagaimana cukong dapat harta
bagaimana cukong dapat genting?
bagaimana cukong rembat tanah kuala lumpur?
bagaimana cukong dapat balak di kelantan?
bagaimana cukong dapat ipp di malaysia?

jawabnya
cukong bersekongkol 
dengan raja dan sultan
cukong bersekongkol
dengan politikus melayu
untuk rembat harta orang melayu

ytl telah rembat tanah sentul
ytl telah rembat tanah sebelah muzium

macam mana tanah ini
jatuh ke tangan ytl?


hari ini kerajaan johor
akan meminda perlembagaan
untuk beri kuasa pada sultan

awas
cukong mana dibelakang sultan?
cukonng mana akan kaya raya?
cukong dari times square?
cukong dari sentul?
cukong dari temasik?

MUSTAHIL
mustahil bani melayu 
tak sedar sedar
mustahil tak tahu

mana dia isma
mana dia perkasa
mana di jati
kenapa bila cukong merembat 
harta negara
senyap tak bersuara

tapi 
bila ada minah tak pakai kain tudung
heboh se heboh heboh
bila ada minah nak kahwin
heboh seheboh heboh

heboh sekampong
tanah melayu tergadai


YTL Power digesa beri penjelasan

KUALA LUMPUR 8 Jun - YTL Power International Bhd. (YTL Power) digesa memberi penjelasan secara terperinci, telus dan memenuhi etika perniagaan sebenar berhubung kepentingan majoritinya di dalam syarikat SIPP Power Sdn. Bhd., yang turut dianggotai oleh SIPP Energy Sdn. Bhd. selaku pemegang saham kedua terbesar di dalam syarikat tersebut.

Gesaan itu dibuat oleh sebuah blog, bigdogdotcom.wordpress.com yang turut mempertikaikan penganugerahan kontrak pengeluar tenaga bebas (IPP) secara rundingan terus kepada YTL Power dan SIPP Energy untuk membentuk sebuah konsortium dengan Tenaga Nasional Bhd. (TNB).

Jelas blog itu, berdasarkan maklumat daripada laman sesawang Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), YTL Power mempunyai 68 peratus kepentingan di dalam SIPP Power, manakala SIPP Energy mempunyai 30 peratus kepentingan.

Berdasarkan laman SSM itu lagi, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mempunyai 51 peratus kepentingan di dalam SIPP Energy.

Minggu lalu, konsortium tersebut telah dianugerahkan projek pembinaan loji janakuasa turbin gas kitaran gabungan 1,000 sehingga 1,400 MegaWatt (MW) atau Projek 4A oleh Suruhanjaya Tenaga (ST), yang bakal dibangunkan di Pasir Gudang, Johor.

"Sungguh meragukan apakah kelayakan SIPP Energy serta perkiraan prestasi yang dibuat bagi menganugerahkan kontrak ini kepada konsortium tersebut," menurut blog itu lagi.

Pendedahan laman blog itu turut disiarkan Buletin Utama TV3 malam ini.

YTL Power dan TNB di dalam makluman berasingannya ke Bursa Malaysia minggu lalu, mengesahkan telah menerima surat penganugerahan projek itu daripada ST, bagaimanapun TNB di dalam kenyataan itu telah diberi tempoh sehingga 25 Julai bagi menimbangkan tawaran tersebut serta peranannya di dalam projek itu.

Pengarah Urusan Kumpulan YTL Corp. Bhd. (YTL), Tan Sri Dr. Francis Yeoh bagaimanapun dilaporkan enggan mengulas mengenai isu penganugerahan tender tersebut.

Dakwa laman sesawang itu lagi, tempoh kontrak yang dimenangi oleh konsortium itu adalah selama 21 tahun apabila loji janakuasa itu beroperasi secara komersial mulai 2018.

"Apa yang perlu diketahui ialah formula dan kadar yang akan dikenakan oleh loji janakuasa ini. Memandangkan ia dilakukan secara rundingan terus, dijangkakan ketelusan amat ditagih oleh rakyat Malaysia," menurut blog itu lagi.

YTL Power dan SIPP Energy sebelum ini telah kalah kepada sebuah konsortium yang diketuai oleh 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) bagi mengendalikan loji janakuasa arang batu berkapasiti 2,000 MW atau 3B, melalui rundingan secara tender terbuka.

Blog itu turut mempersoalkan kenyataan yang dibuat oleh Yeoh minggu lalu yang mencetuskan kontroversi apabila menyoal perlakuan kapitalisme kroni di Malaysia, dengan mengaitkan kemenangan YTL Power untuk membina loji janakuasa tidak dilakukan secara tender terbuka.





----------

INGATAN SEJARAH





INGATAN SEJARAH
pada 11 march 2011
tsunami melanggar jepun
banjir dan gempa bumi berlaku

wilayah fukushima 
hanya 3 jam 30 min
perjalanan  ke utara tokyo
ertinya tidak jauh dari tokyo

akibat tsunami dan gempa
telah meledakan loji nuklear
150,000 orang telah diarah pindah

kerajaan saperti biasa berbohong
klip dibawah
melihat kembali
tentang bahaya loji nuklear
dan bagaimana pihak berwajib
kelentong orang ramai

pekara yang sama sedang berlaku
di gebeng kuantan
waspada



NASI PANGGUNG PETANG KELMARIN










PETANG KELMARIN 
NASI PANGGUNG



DIBURU PENGUASA

Warga-warga berkeliaran,
dikejar-dikejar penguasa,
mencari sesuap rezki
mencari tempat berteduh
di kota seribu janji, 
hutan batu Kuala Lumpur

Menu dan para penyumbang hari ini:-
Tim Dapur Jalanan - Kuey Teaw Tomyam Power
Tim Syed Syahir - Roti Canai, Air Mineral
Tim Saiful Gloria Jeans - Roti Moist, Dadih & Coffea Gloria Jeans
Jus & Sid - Dadih & Cokelat
Intan Awek Cun - Buah Apple

NASI PANNGGUNG 
MAKIN PANJANG

Para penyumbang tenaga; yang sibuk, buat ramai & buat kecoh di Jalan Panggong:-
Aisyah, Syu, Hadi & Fadil the tukang masak
Cikgu Nad, cikgu Nabilah & anak-anak murid
Brader Saiful & Team Gloria Jeans,  
Awek-awek cun - Intan & Sarah, Jus & Sid
Shad, Nik kawan-kawan dari MassComm, Dentistry, FKK Uitm Shah Alam 
dan semua kawan2 yg hadir membantu, menghidang, basuh pingan, memeriahkan petang ahad di Jalan Panggong! 

ANAK MUDA
 DATANG BANTU

Terima kasih daun keladi, Minggu depan kita berjumpa lagi!
TERIMA KASIH SEMUA!!

Untuk bulan Ramadhan akan datang tak lama lagi, Dapur Jalanan Kuala Lumpur akan menukar waktu operasi di sebelah malam. Hari & waktu akan diumumkan nnt. Tungguuuuuuu!!

- Boleh dapatkan merchandise Dapur Jalanan KL, baju & button, di Bangsar Utama atau Jalan Panggung serta kroni-kroni yang berdekatan

TERIMA KASEH
DATANG LAGI
 Untuk maklumat info, sila cari dan tekan like Facebook page DapurJalanan KualaLumpur dan follow twitter: dapurjalananKL & insta - dapurjalananKL
- Untuk yang mahu menyumbang boleh masuk 

ke akaun dapur jalanan
   8001-7278-49 spkl collective


Untuk yang ingin sama-sama potong bawang atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh tekan number dibawah
 Pakwan = 019-267-12-85 

 Hadikhalid = 012-664-88-73



Dapur Jalanan Kuala Lumpur
 *Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa*
08 June 2014




----------

DEMO YANG DI TUNGGU TUNGGU





PENCERAHAN PEMBACA



CARA AFDAL MAKAN BABI
Berdemo untuk tunjuk cara makan babi. Kahkahkah. Ini sebab lah mengapa i like tukartiub so much. Kah3. on SATU DEMO YANG SPESIAL
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 6/8/14



SEPUPU GWA
-wa salut pegawai jakim..sepupu wa pn ado sorang keja jakim..demo paling berani abad ini..ini akan menjadi sejarah negara..kahkah..sepupu wa..Lu join demo makan coklatbabi tu..nanti balik kg.wa sajikan lu biawak masak kicap..kahkahkab on SATU DEMO YANG SPESIAL
Anonymous
on 6/7/14




---------

APA PANDANGAN PEMBACA





APA 

PANDANGAN

Bekalan minyak masak masih berkurangan
KOTA BHARU 8 Jun - Jika bandar Sungai Golok, Thailand yang terletak bersempadan dengan negeri ini dilimpahi dengan minyak masak bersubsidi dari Malaysia namun keadaan sebaliknya berlaku di sini. Tinjauan...




APA PANDANGAN

setiap kali musim perayaan sampai
ada sahaja barang akan hilang
atau kurang dalam kedai
dan
akhirnya harga  barang itu dinaikan harga
bila naik sahaja harga
barangan ini akan melambak
masuk ke dalam pasaran

ini  watak sistem ekonomi kapitalis
apa pandangan pembaca?

SILA BERI PANDANGAN

------------

TAK MINAT DENGAN RAJA MUTLAK







Memorandum SAMM Johor kepada Menteri Besar Johor dan Ketua Pembangkang DUN Johor

Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor (SAMM Johor) telah menghantar satu memorandum kepada Menteri Besar Johor dan Ketua Pembangkang DUN Johor pada pagi ini. Memorandum ini telah diterima oleh Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Besar Johor dan juga Ketua Pembangkang DUN Johor. Memorandum tersebut meliputi 3 isu iaitu Rayuan terhadap pemilikan Pulau Batu Putih, penjualan hartanah dan pasir kepada entiti milik negara luar dan perumahan di negeri Johor terutamanya di Bandaraya Johor Bahru.

SAMM Johor menjunjung kasih titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor agar Nusajaya membuat rayuan berhubung pemilikan Pulau Batu Putih. SAMM Johor menyeru agar Nusajaya mendesak Putrajaya untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat dan menyediakan laporan lengkap berhubung akuan bersumpah Datuk Mat Zain Ibrahim yang mendakwa Pejabat Peguam Negara cuai semasa perbicaraan di ICJ. Nusajaya perlu membuat siasatan lengkap dan memastikan tidak ada sebarang unsur sengaja melepaskan pulau tersebut sebelum rayuan dikemukakan kepada ICJ.

SAMM Johor juga mendesak Nusajaya untuk mengambil usaha dan tindakan proaktif bagi memastikan Pulau Pisang, Pontian tidak mengalami nasib seperti Pulau Batu Putih.

SAMM Johor menyeru Nusajaya untuk menjaga aset-aset hartanah, pasir dan perniagaan strategik di Negeri Johor tidak dijual kepada entiti milik negara luar dengan mudah khasnya di Bandaraya Johor Bahru dan Iskandar Malaysia.

Adalah sangat menjolok mata dan tidak masuk akal jika Johor menjual pasir kepada Singapura yang mana digunakan oleh negara tersebut untuk projek penambakan laut. Ini bukan sahaja menggugat sempadan perairan negara, malah mengganggu ekosistem dan punca hasil nelayan tempatan. Jika pasir ini datang daripada negeri lain maka, Nusajaya perlu mengemukakan nota bantahan kepada negeri-negeri tersebut.

Pemberian tanah-tanah dan penjualan aset perniagaan strategik kepada entiti milik negara luar dengan tidak terkawal juga menghakis kedaulatan negeri ini selain daripada mengetepikan peluang anak negeri untuk merasai nikmat kemajuan dan kemakmuran pembangunan di bumi Johor.

Nusajaya perlu memikirkan impak negatif kepada negeri Johor disebalik pemilikan asing dalam hartanah dan perniagaan strategik. Jangan terus gelap mata dengan menjadikan sandaran utama kepada keuntungan kewangan semata-mata.

SAMM Johor juga mendesak Nusajaya segera mencari satu mekanisme baru bagi menghalang spekulasi harga rumah terutama di Bandaraya Johor Bahru yang terlampau tinggi dan terlebih nilai. SAMM Johor memandang berat aspek ketidakmampuan anak muda sekitar JB  yang tergolong dalam kelompok "middle income trap" dimana mereka tidak layak memohon rumah mampu milik tetapi dalam masa yang sama juga tidak mampu untuk membeli rumah biasa.

SAMM Johor mencadangkan agar Nusajaya menyediakan skim perumahan anak negeri untuk memberi insentif kepada semua anak negeri terutama kelompok "middle income trap" agar mampu membeli rumah di sekitar Bandaraya Johor Bahru dan Iskandar Malaysia. SAMM Johor juga mendesak agar pentadbiran Nusajaya menghentikan pemberian rumah kos rendah dan mampu milik berdasarkan kepada kuota politik atau political patronage.

SAMM Johor berharap agar pentadbiran Nusajaya akan terus memastikan prinsip Demokrasi Berperlembagaan dan amalan Raja Berperlembagaan sentiasa dititikberatkan dalam merangka dasar dan enakmen negeri. Adalah amat penting agar dasar dan enakmen negeri selari dengan Perlembagaan Persekutuan bagi mengelakkan ia menjadi satu duluan yang menjejaskan amalan kita selama ini.

Ahmad Anwar Asyraf
Penyelaras Bersama
Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor




----------