.

Rabu, 23 Disember 2015

SAMBUTAN DUA MAULUD






SELAMAT

MENYAMBUT

DUA MAULUD


UCAPAN DUA

 MAULUD







---------

UCAPAN SEJUK






UCAPAN


SELAMAT

SEJUK








Perdana Menteri ucap 
selamat Soltis 


Musim Sejuk


KUALA LUMPUR 22 Dis. – Najib  hari ini mengucapkan selamat menyambut perayaan Soltis Musim Sejuk kepada masyarakat Cina di negara ini.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/utama#sthash.GnJASWvE.dpuf

KAH KAH KAH
woit
pesta ni tak pernah dengar
tak pernah ada yamseng
tak pernah towkay cerita
kah kah kah
yang ini najib nak bodek
yang ini nak bodek china
kah kah kah
nanti akan ada
ucapan hari TERBERAK CHINA
kah kah kah

BOODEEEK
 


----------------

ASAL USUL BANI MELAYU








SAH & SAHEH

TUKAR TiUB

BUKAN DARI
BENUA ARAB
ATAU 
BENUA KELING


 INI BUKTiNYA


KETAWA SALAH - TAK KETAWA LAGI SALAH




KETAWA SALAH 
 TAK KETAWA LAGI SALAH
Lagi empat hari kita akan menyambut Hari Christmas. Pagi , petang, siang dan malam beralih cepat sekali. Tetiba kita masuk tahun baru. Selamat tinggal 2015 dan selamat sampai 2016. Empat tahun lagi kita akan menyambut tahun 2020 - Tahun Janji Mahathir.

Seratus tahun dari hari ini - kalau Kuantan belum ditenggelami oleh bauksit - kalau oxygen masih ada - jika anak cucu cicit piut kita  membuka kitab dan membaca tentang tahun 2015 ini  pasti mereka akan ketawa bedekah dekah.  Kenapa tidak - kerana  tahun  2015 ini telah dinobatkan sebagai Tahun Melawak Malaysia.

Jangan lupa tahun 2015  bermula dengan banjir besar di Kelantan. Heboh satu negara. Banjir ini rupa-rupanya ada hikmah. Selama ini dengan senyap-senyap Tok Aji dan Pak Lebai telah berbismilah menyembelih hutan memotong balak. Dalam gelap-gelap ketika orang nyenak tidur tetiba hutan dara Kelantan menjadi  hutan janda. 

Jangan buat-buat tak faham. Jangan buat buat tak kenal apa itu hutan  janda. Hutan janda ialah hutan yang tidak berbulu  dan tidak berbatang. Apabila hujan sampai semua telanjang basah. Air terpancut turun ke lurah hinggakan batang balak datang mengetuk pintu rumah.

Kesah banjir Kelantan 2015 ini menjadi bertambah hebat kerana ketika banjir melanda Kelantan  Mat Najib  sedang bergolf dengan Mat Obama. Belum sempat Mat Najib ‘score’ masuk lubang dunia alam siber telah buat heboh. Pahlawan Siber menyerang Najib yang dituduh tidak bertanggung jawab. Ketika Mek  Ngoh dan Mek Som basah lenjan Si Najib ini sedang sedang mencari lubang. Kesian Mat Najib  bergegas pulang. Rancangan nak masuk 18 lubang  di Hawai gagal. Ini semua mesti salah Anwar Ibrahim.

Cerita Banjir Kelantan 2015 ini tak habis-habis. Sebaik sahaja  Mat Najib menanggalkan baju golf  dia  telah bertitah bahawa 800 juta disediakan untuk membantu mangsa banjir. Ambo ulangi sekali lagi - lapan ratus juta ringgit  - bukan rupiah bukan bhat.

Kesah banjir bertambah sedih. Dari apa yang ambo difahamkan hingga berakhirnya tahun 2015 ini masih ramai lagi  Mek Ngoh dan Mek Som yang duduk dalam khemah. Masih banyak rumah yang belum siap, rumah runtuh belum dibaiki.

Tetiba untuk menguatkan cerita - muncul berita seorang gedebe United Malays National Organisation  disiasat oleh SPRM kerana duit banjir  hanyut. Entah gedebe jantan - entah gedebe betina. Tapi ada penafian. Maka disini ambo tak berani cakap apa-apa takut kalau kalau menteri yang tidak diketahui jantan betina itu akan marah  menyinga.

Cerita dari Kelantan ini tidak khatam kalau ambo tidak surahkan berita Tok Pa.  Jangan salah baca Tok Pa ini tak ada sangkut paut dengan sajenis jenama seluar dalam. Tok Pa ini anak  Jeli yang telah 20 tahun dicadangkan untuk menjadi Menteri Besar Kelantan. Tapi tak dapat dapat.

Tahun 2015 ini muka Tok Pa selalu menjadi berita kerana Tok Pa disuruh oleh Najib  menjual  Tanah Melayu   ke pasaran terbuka antarabangsa. Sebagai jurujual Tok Pa amat bijak berlebong.

Tok Pa cuba menyakinkan  Mek Ngoh dan Mek Som  jika Perjanjian TPPA ini tanda tangani  maka  Mek Ngoh boleh buka warung Nasi Dagang di San Francisco.  Mek Som janda beranak tiga dari Dabong boleh menjaja budu di Fifth Avenue dan di Wall Street New York.

Ada ambo dengar berita  dari Jeli yang telah melaporkan  tentang saorang  Tok Peraih durian dan Pok Soo Wayang Kulit telah membuat paspot untuk pindah berniaga ke Amerika. Mengikut lebong Tok Pa ada banyak  hikmah dibelakang Perjanjian TPPA. Hanya penyokong Anwar Ibrahim sahaja yang menentang TPPA kerana mereka cemburu tak mahu melihat Budu Made In New York.

Bila ambo royak tentang Kelantan cerita ambo tak lengkap kalau ambo tak sebut tentang kesah Anak Rajo Gua Musang. Pada tahun 2015 ini nama Anak Rajo Gua Musang ini mencanak-canak naik. Orang politik, orang niago semua menyebut-nyebut nama  Anak Rajo ini akan menggantikan Najib. Ini bukan bermakna Anak Rajo Gua Musang ini akan berumah tangga dengan Rosmah. Bukan.

Macam-macam soh seh soh seh yang ambo dengar.  Istana Anak Rajo Gua Musang ini bertali arus orang datang membawa sembah setia. Ada Datuk, ada Datuk Seri datang, ada pegawai pencen datang, Ketua Bahagian,  bekas Pegawai Tentera,  Mat Kampau, Towkay Kasut dan macam macam jenis orang yang datang.

Ada kesah pelik yang ambo dengar. Ramai juga YB yang berjumpa Anak Rajo Gua Musang tetapi semua memakai topeng.  Mereka datang dalam gelap. Berbincang pun dalam gelap. Jadi ambo tak dapat nak royak dari parti mana asal usul para YB ini. 

Sesudah  Anak Lebai Yasin dibuang dari jadi Menteri Istana Anak Rajo Gua Musang makin sibuk. Tiap-tiap malam Istana bergelap gelita. Perbincangan dan rancangan sedang diatur.

Ambo dengar dari awal 2015 hingga ke akhir 2015 ini Anak Rajo Gua Musang telah mengumpul Siak dan Juak untuk mengangkat tandu membawa Anak Rajo Gua Musang merapak sembah Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong. Bukan untuk meminang Rosmah tapi untuk mengantikan isteri  Rosmah.

Tahun 2015 sudah nak tutup. Nampaknya nasib Anak Rajo Gua Musang tak pernah berubah. Anak Rajo Gua Musang ini akan terus menjadi calon tetap Presiden United Malays National Organisation setiap kali parti Ketuanan Melayu bersidang. Anak Raja Gua Musang ini juga akan terus  memegang jawatan  Bakal PM Malaysia. Alhamdulilah.

Tahun 2015 juga akan ambo ingati juga sebagai tahun Kebebasan Lembu. Sebelum 2015 tutup tirai  ada berita mahkamah melaporkan bagaimana Saekor Bapak Lembu telah dibebaskan dari tuduhan minum susu lembu secara haram.

Kesah Lembu anak beranak ini adalah cerita lama. Tiga empat tahun dahului saekor Mak Lembu telah dituduh mencuri duit sebanyak 280 juta ringgit. Dengan duit curian sebanyak ini  Mak Lembu telah membeli kondo di Singapura. Bayangkan  lembu anak beranak telah sanggup tinggal dalam bangunan yang amat tinggi. Dari kondo yang tinggi ini lembu anak bernak boleh memesan rumput hanya dengan menggunakan jelingan mata. Ini cukup hebat. Oh! Malaysia-ku.

Pada awal kesah - si Bapak Lembu telah dituduh bersubahat dengan Mak Lembu merembat duit kerajaan. Kalau ambo surahkan labon ini  agak berbelit belit kerana apabila lembu merembat duit mereka jalankan dengan bijak bistari. Tambah tambah pula Mak Lembu ini adalah pemimpin lembu-lembu betina. Kalau lembu-lembu betina ini menonggeng dan terkentut berkepok-kepok gas methane keluar. Silap-silap bangunan Parlimen boleh meledak kerana kentut lembu.

Apabila Bapak Lembu dibebaskan dari kes curi Bapak Lembu telah membuat satu kenyataan yang amat amat pilu lagi menyedihkan. Mengikut Bapak  Lembu kerana Bapak lembu dihadapkan ke mahkamah maka Mak Lembu telah hilang jawatan. Bayangkan betapa sedihnya  keluarga lembu ini - bapak ada kes curi dan mak hilang kerja. Tapi tidak berapa jelas apakah anak-anak lembu ini masih lagi tinggal dikondo? Tentang babak ini ambo tak ada masa nak ambil tahu.

Tahun 2015 ini pasti akan dingati juga dengan kemunculan Ketua Twiter Negara (KTN). Jawatan KTN  muncul dalam era pasca moden. Dizaman kolonial dahulu tidak ada  KTN yang ada hanyalah Ketua Rumah Pasong (KRP). 

Ketua Rumah Pasong dahulu terdiri dari  suku sakat Raymond Dancey - Mat Saleh cabuk bekas banduan dari Wales.  Mereka dihantar ke Tanah Melayu dalam perjalanan ke Australia. Kerana tidak cukup arang batu  hendak ke Australia maka Mat Saleh cabuk ini dilambakkan di Perlabuhan Klang. Hari ini KRP telah beralih tangan menjadi Ketua Twiter Negara.

Yang tidak beralih ialah perangai cabuk. Malah hari ini dikatakan KTN ini lebih cabuk dari Mat Cabuk Tanjung Keling. Kalau Mat Cabuk Tanjung Keling hanya menyamar sebagai Tok Arab menjual makjun. Kini KTN setiap hari menghantat twitter mengarahkan rakyat agar jangan membeli komik karton Zunar.

Bila disebut nama Zunar ini maka tidak dapat tidak tahun 2015 ini juga boleh dinobatkan sebagai tahun Menangkap Zunar. Entah berapa kali si Zunar ini  ditangkap, ditahan dan dituduh dimahkamah. Ambo dah lupa mengira kerana terlalu banyak.  Ketua Twitter Negara cukup suka menghatar twiter mengarahkan para Mat Kampau datang beramai-ramai menyerbu Zunar.

Zunar ditangkap dipejabat, di kedai mesin cetak, dalam kereta dan dalam bilik tidor. Mat  Zunar tukang buat karton ini dilihat sebagai musuh negara kerana mengajak orang ramai ketawa berdekah dekah. Ambo selalu royak. Tidak lama lagi di Malaysia ini ketawa akan diharamkan. Ini kerana semua orang semakin amat berani mentertawakan rambut Datin Seri Rosmah Mansor yang dilukis oleh Zunar macam sarang tebuan. Kah kah kah.

Untuk ambo tahun 2015 ini akan terus ambo ingati sebagai tahun gagalis. Ambo telah digagalkan dari menaiki pesawat MAS untuk terbang ke Seoul Korea.  Nampanya rancangan ambo nak jumpa awek lama ambo di Stockholm terus gagal meleset. Cuti Krismas dan Tahun Baru ini ambo pasti tidak kemana-mana. Duduk dirumah membaca komik Zunar sebelum ketawa diharamkan.Kah kah kah. (TT)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45


------------

BERITA AKHIR TAHUN






TAHUN 2015

AKAN TAMAT

DUNIA MAKIN

TEGANG

 PERANG



MAKiN

MEREBAK



Get Used to It - Assad's Not Going Anywhere!

The Western public just has to get used to it - Assad's not going anywhere, and not because of what Russia or Iran says, but because he's Syrians' choice


US Military Shared Intelligence With Assad In Defiance Of Obama, CIA: Some elements within the US military began tacitly cooperating with Assad two years ago after becoming concerned with Turkey and Saudi Arabia's support for Sunni extremists.

Hersh's Latest Bombshell:
U.S. Military Undermined Obama on Syria with Tacit Help to Assad

Hersh reports the Joint Chiefs sent intelligence via Russia, Germany and Israel on the understanding it would be transmitted to help Assad push back Jabhat al-Nusra and the Islamic State.

Norway knew ISIS oil ends up in Turkey back in July - newly leaked report : A newly-leaked report on illegal oil sales by Islamic State (IS, previously ISIS/ISIL), which was ordered to be compiled by Norway, has revealed that most of the IS-smuggled oil has been destined for Turkey, where it is sold off at bargain low prices.





------------

AKHIR CERITA






TOK GURU
Cerita ni berakhir dengan ending paling syiok punya. Tengoklah nanti. Cukup2 cantik woo.. -Semua bangsa respek habis pada arwah tok guru nik aziz. Baru tahu islam itu cantik kalau hidup tak rebut harta orang.

 -Semua bangsa akan cari pewaris tok guru. Sapa lagi? Yang duduk dalam Amanah tu le. Dah tak laku wirid dan isu dap dap dap tu. 

-Semua bangsa akan beri ikrar perjatuh umno bn. Pilih PH saja. Kalau tidak, tak ada lagi tempat aman untuk anak cucu kita. Punah habis generasi kita. -Semua bangsa dah tahu siapa yang patut kena ludah. Tak kira le dia bersorban 14 kati. Nak jaga kuasa melayu konon. Kau rembat semua duit orang dan makan sorang2 tu, teori kuasa melayu keluar celah lubang mana?? 

-Semua bangsa kena baca kisah ni. Oii tukang tulis. Salin balik le kisah ni dan terjemah dalam semua bahasa yang wujud di negara ini. -Semua bangsa kena baca kisah ni dan paham dan ambik pengajaran dan bertindak. Opp. Bertindak senyap2 sudah le. Simpan dendam dalam hati.Pru nanti kasi hantam on WAJIB BACA - WAJIB BACA SEKALI LAGI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 12/22/15





-----------

BIAWAK DAN ULAR









SILAP BACA

SALAH TAFSiR


KOMENTAR
tujuan najib ajak pas gabung
bukan kerana melayu
bukan kerana islam
tujuannya ialah:
untuk selamatkan najib
islam dan melayu
hanya alat untuk
tak sangkut paut
dengan ular kepala dua
tak sangkut paut
dg biawak lidah bercabang





Kata UMNO biawak tapi Pas ular berkepala dua

 | December 23, 2015
Demi perpaduan Melayu, Najib dan Hadi mesti berundur, kata Zam.
PETALING JAYA: Najib dan  Hadi perlu meletak jawatan kerana mereka tidak boleh menjadi asas perpaduan antara kedua-dua parti.
Zainuddin Maidin berkata langkah itu perlu kerana UMNO dan Pas dibawah dua pemimpin itu tidak lagi mewakili kesedaran baru orang Melayu dan penganut agama Islam yang mahukan kerajaan yang bersih, cekap dan amanah.
“Idealisme ini tidak boleh perkecilkan kerana boleh menjadi tsunami jika tidak diberikan perhatian. Kesedaran ini semakin meluas terutama di kalangan generasi baru.

KAH KAH KAH
woit
ini silap baca
ini bukan hal biawak
ini bukan hal ular
ramai dalam pas
ramai dalam gerombolan
bukan saje kepala dua
bukan saje lidah bercabang
punai pun berkepala dua
punai bercabang dua tiga
kadang kangan empat cabang
kah kah kah

BERCABANG
------------

SAMBUTAN DUA MAULUD









TAHUN INI

CUKUP


SPESiAL

SAMBUTAN 

DUA MAULUD



---------------

RINGGIT JATUH L:AGI







RINGGiT

JATUH LAGi


The local unit was quoted at 4.3030/3100 against the greenback.More ››





-------------

BETUL KE KENYATAAN INI?






BETUL KE

KENYATAAN

MACAM INi


Idris: Teringin pada Umno, keluar dari PAS


Di tengah-tengah isu keakraban Umno-PAS, Naib Presiden PAS Idris Ahmad menegaskan bahawa pandangan peribadi tidak boleh dipakai dalam isu itu.
“Jika ada individu yang hendak bergabung dan teringin dengan Umno, maka individu itu sahaja yang pergi,” katanya

KAH KAH KAH

woit
kenyataan ini
untuk siapa?
untuk hadi ke?
untuh harun din ke?
untuk tentawi ke?
untuk nik abduk ke?
atau untuk JINNAKOLOJIS
kah kah kah

UNTUK SAPA

-------------

SATU CADANGAN









FACE BOOK

Aku tunggu jugak bila lah gomen nak haramkan handphone. Sudah 2 pergaduhan antara kaum berlaku disebabkannya.

NOTA:
bagaimana
dengan ketawa?
cerita malam jumaat?

-------------