.

Ahad, 3 Mei 2015

KOSONG IALAH MT






TAK ADA BUKU
Nk tahu kualiti universiti, google nama naib canselor nya, profesor kelas A: jangan terperanjat : ada yg takde mnghasilkan apa2 buku, kalau ada pun yg syiok sendiri , takde isi diterbitkan oleh penerbit univ : cuma rhetorik mcm ucapan para pak menteri ... 

Semua nk berpolitik termasuk org Akademia ni...syuru kena jaga beb kah kah kah... Kajiam kena dbuat setakatna profesor d msia mnyelidik, menulis dn bukan pembodek PM Umno bn ... Tu lh halikat sebenar nya uni msia..dterajui oleh kangkung2 yg naik krn jawatan pentadbirannya dn mengekang akademia yg melaksanakn tjawab mndidik, menyelidik dn menulis on MASIH JAGUH
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 5/3/15





--------------

GAGAL GILA GILA







GG

gagal gila

hanya 12 orang berdemo

Bantahan anti GST gagal

 | May 1, 2015
Jumlah mereka yang mengambil bahagian jauh dari sasaran penganjur.



Kuala Lumpur: Bantahan anti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di ibu negara tidak mendapati sambutan.
Sebelum ini, penganjur menjangkakan lebih senjuta akan mengambil bahagian.
Bagaimanapun selepas ia bermula selepas jam petang, jumlah meraka yang hadir tidak ramai seperti yang diramal.
Sehingga jam 5.30 petang, jumlah mereka yang hadir dikatakan tidak mencecah 700 orang.
Bantahan yang diadakan pada 1 Mei sempena sambutan Hari Pekerja, bermula dari pelbagai lokasi berbeza di tengah ibu negara dengan menghala ke lokasi yang sama, iaitu KLCC.

KAH KAH KAH

woit 
memang gagal
memang tak ada orang
utusan malaysia lapor 
hanya 3267 yang turun
banyak pendatang
357 mat indon
28 mat burma
15 kanak kanak
hanya pegawai polis 
dang wangi fitnah
kata 40,000+++
yang turun

APA PUNYA GAGAL



LGG

lagi gagal gila

hanya 78 orang berdemo


SGG

sah  gagal gila

hanya 142 orang berdemo


GGG

gagal gagal gila

hanya 1281 orang berdemo

KAH KAH KAH


-----------

DI MANA ANAK JATI PERAK





PERAK TEROK
menteri besar ngaku ghandi
mufti orang banjar
apa jadi anak jati
dimana ilang anak jati
apa sudah jadi

KAH KAH KAH


LAGI TANGKAPAN





NOTA
ketika gwa
di rumah pasong
gwa dengar tian
akan di bawa 
ke dang wangi

Tian Chua ditangkap di Permatang Pauh

Susan Loone | 12:43AM May 3
Naib Presiden PKR itu sedang ditahan di ibu pejabat polis Seberang Perai di Bandar Perda.

Naib Presiden PKR Tian Chua telah ditangkap dan sedang ditahan di ibu pejabat polis Seberang Perai di Bandar Perda.

Ketika dihubungi, Tian Chua berkata, "Saya di sini tapi tidak boleh bercakap sekarang," sebelum talian telefon terputus.

Bagaimanapun, melalui catatan twitter pada jam 12.15 tengah malam, Tian Chua berkata polis memintas keretanya di tengah-tengah lebuh raya di Seberang Jaya.

Tian Chua mendakwa beberapa lelaki memukul kepalanya dan menarik rambutnya. Dia mendakwa polis bertindak kasar ketika dia bertanya sama ada dia ditangkap dan ke mana mereka akan membawanya.




---------------

COOL DAN POYO




FACE BOOK

Demo tadi... rasa hensem la pula..




NOTA
ustaz ini 
dinobat ustaz cool
tahun 2013/14
dari senarai
cool & poyo TT

-----------

KE RUMAH PASONG LAGI


SABTU, 2 MEI 2015 @ 4:38 PM Rafizi Ramli, 

Hishamuddin Rais ditahan polis berkaitan Bantah GST

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/52354



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan aktivis pembangkang Hishamuddin Rais ditahan Polis Kuala Lumpur, tengah hari tadi kerana dipercayai terbabit dalam perhimpunan dan perarakan Bantah GST di sekitar ibu negara semalam. Rafizi ditahan pada jam 2 petang sebaik tiba di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, selepas dipanggil bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan semalam, manakala Hishamuddin ditahan di rumahnya di Jalan Syed Putra, di sini, pada jam 2.40 petang.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/52354


KAH KAH KAH

woit
gwa bukan 
aktivis pembangkang
gwa aktivis
anti -kerajaan
berapa kali gwa
nak bilang
KAH KAH KAH

NOTA
itu gambar kenangan
topi gwa yang hilang
ketika  diculik dahulu

-----------

DI TAHAN KE RUMAH PASONG






Aktivis Hishamuddin Rais ditahan polis 

berhubung perhimpunan Hari Pekerja 



Aktivis Hishamuddin Rais yang terbaru ditahan polis berhubung perhimpunan Hari Pekerja yang dihadiri puluhan ribu orang di Kuala Lumpur semalam.
Menurut Hishamuddin, 3 orang pegawai polis datang ke rumahnya untuk membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur.
"Tiga orang polis berpangkat ASP di rumah saya sekarang untuk bawa ke IPD Dang Wangi," kata Hishamuddin kepada The Malaysian Insider dalam satu kiriman pesanan ringkas (SMS).
"Sekarang dalam van bersama enam orang anggota polis dibawa ke Dang Wangi."
Menurut Hishamuddin, sebaik sahaja tiba di IPD Dang Wangi, polis memaklumkan beliau ditahan mengikut Sekyen 143, Kanun Keseksaan.
Peguam Michelle Yesudas memberitahu The Malaysian Insider, Hishamuddin akan diwakili peguam G. Sivamalar dan Azri Malek.
Terdahulu, polis menerima perintah mereman 23 orang yang ditahan berikutan perhimpunan di tengah bandaraya semalah, sementara tujuh tahanan remaja direman sehari.
Setakat lewat malam tadi, hampir 50 orang, termasuk peguam terkemuka dan bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan, ditahan kerana menyertai perhimpunan tersebut.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/aktivis-hishamuddin-rais-ditahan-polis-berhubung-perhimpunan-hari-pekerja#sthash.ff4Nf5c1.dpuf





-----------------

BEBAS





JAM 2:00 pagi

3 - mei 2015


BARU

BEBAS

--------------