Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Rabu, 19 September 2012

CAKAP HIDUP MELAYU BERJUANG UNTUK KETUANAN MELAYU TAPI PAKAI NAMA INGGERIS



NOTA:

bayangkan kalu gerombolan
berjuang atas nama agama
betapa hebat lagi rasuah
betapa hebat lagi penipuan

wasitiah
wasitobah
wasikalah
wasipooorah
wasi kah kah kah



KAH KAH KAH KAH KAH





PRU13: PELUANG MELAYU MERDEKA DARIPADA UMNO - harakah daily

KUALA LUMPUR: Dakwaan Najib Razak kononnya hanya Umno yang boleh menentukan survival orang Melayu adalah ajaran sesat dan khurafat, kata Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar.

Beliau menyeru orang-orang Melayu supaya menolak dan menghapuskan ajaran sesat dan khurafat itu kerana kejayaan dan martabat bangsa Melayu bukan terletak di tangan Umno.

Kejayaan dan martabat bangsa Melayu, katanya, kepada kesempurnaan iman kepada Allah dan pemerkasaan ilmu pengetahuan.

Mahfuz juga mengecam tindakan Najib yang menyebarkan ajaran sesat dan khurafat itu semata-mata kerana kepentingan kuasa beliau dan partinya.

"Ia bukan sahaja ajaran sesat dan khurafat malah kenyataan yang sangat berapi-api dengan perkauman itu boleh menjejaskan keselamatan negara dan ketenteraman awam kerana tindakan Najib menakut-nakutkan orang-orang Melayu itu boleh mengakibatkan pelbagai padah dan kesan buruk," katanya.

Beliau juga menyifatkan dakwaan Najib yang juga Presiden Umno itu adalah pembohongan besar.

Hakikatnya, kata beliau, selama 55 tahun Umno Barisan Nasional (BN) memerintah, bangsa Melayu masih mundur berbanding bangsa-bangsa lain di negara ini.

“Kalau benar mereka memperjuangkan Melayu, bangsa Melayu sudah maju. Tetapi hakikatnya Melayu masih terkebelakang. Ekuiti dan pemilikan hartanah orang-orang Melayu masih lemah," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Di bawah cengkaman pemerintahan Umno, katanya, Melayu bukan sahaja masih jauh ketinggalan dari segi pemilikan ekuiti, malah RM52 bilion saham Bumiputera kini hanya tinggal RM2 bilion.




KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH AKH


woit... WAHAI AHLI AHLI GEROMBOLAN YANG SESAT... kah kah kah..

kah kah kah...PARTI KAMU PARTI MELAYU...kah kah kah...

kah kah kah...SLOGAN PARTI KAMU : HIDUP MELAYU.... kah kah kah..

kah kah kah...PERJUANGAN KAMU : KETUANAN MELAYU.... kah kah kah..

woit... KENAPA NAMA PARTI KAMU TAK PAKAI NAMA MELAYU.... kah kah kah..

kah kah kah...UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION NAMA INGGERIS.... kah kah kah..

kah kah kah... PARTI KAMU SESAT LAGI MENYESATKAN.... kah kah kah






PENGUMUMAN:
sesiapa yang berminat
untuk memesan sang saka
untuk dikibarkan di rumah masing masing
sila hubungi:

radiobangsarutama@gmail.com


TER NOW ! PESANAN UNTUK SANG SAKA
pesanan masih diterima
sila hubungi radio bangsar
sila hantar email

sahelai sang saka beharga 25rm
termasuk sewa pos




KIBARKAN SANG SAKA UNTUK MENDIRiKAN NEGARA BANGSA


SANG SAKA DI KIBARKAN LAGI



NOTA:
lihat gambar ini
ini gambar sejarah
satelah 55 tahun dilenyapkan
sang saka dikibarkan kembali
pada malam janji demopkrasi

anak anak muda dalam gambar ini
adalah anak anak muda yang berani
mereka membuat sejarah
mereka melakar sejarah

anak muda
dunia ini akhirnya
milik kamu

salut untuk yang berani!



SEJARAH 6000 TAHUN SANG SAKA













POLIS SELANGOR TERIMA DUA LAPORAN ORANG AWAM - meloya

SHAH ALAM 18 Sept. - Polis Selangor menerima dua laporan yang dibuat orang awam berkaitan perbuatan biadab pihak tidak bertanggungjawab mengibarkan bendera 'Sang Saka Malaya' di atas sebuah jambatan di Seksyen 20, Shah Alam pada 14 September lalu.

Dua laporan tersebut dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan IPD Kuala Langat, pada hari sama.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, pihaknya turut merampas bendera terbabit untuk siasatan di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.

"Setakat ini, tiada sebarang tangkapan dilakukan dan kami masih lagi menyiasat kes itu

"Saya minta sesiapa yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian itu agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di talian 03-55145222 atau mana-mana balai polis berdekatan," katanya kepada pemberita di Pusat Media IPK Selangor di sini hari ini.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

kah kah kah
kah kah kah
kah kah akh

kah kah akh
kah kah kah
kah kah kah


....kah kah kah ...i rest my case my lord... kah kah kah....

kah kah kah... i will die laughing.... kah kah kah ..

GANAS - ADA RANCANGAN MENGGANAS YANG LEBIH BESAR




STRATEJI GANAS DARI REJIM PENGGANAS















GANAS DAN KEGANASAN

Minggu lalu bas MERDEKA RAKYAT yang membawa pemimpin Parti Keadilan Rakyat telah diserang di Kota Baru. Kemudian pada malamnya satu serangan telah berlaku di Masjid Al-Hussain di Seberang Pumpong Kedah. Serangan dalam masjid datang dari gerombolan 50 orang ahli Perkasa. Serangan berlaku ketika Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim sedang memberi tazkirah. Seminggu kemudian bas yang sama telah diserang di Melaka.

Apa maknanya semua ini? Apa ertinya serangan ini? Apa yang tersirat dan apa yang tersurat apabila kita membaca berita-berita serangan ini?

Memang betul ini bukan serangan RPG – rocket propel granade. Memang betul ini bukan serangan Klaskinkov atau M16. Ini hanya serangan cat merah yang dilempar ke cermin pemandu bas. Ini hanya balingan batu bata yang memecahkan cermin bas.

Ada yang berpendapat bahwa cat boleh dibasuh dan cermin pecah boleh diganti. Sekali pandangan mungkin ada yang menganggap ini hanyalah kerja anak-anak muda yang diupah oleh United Malays National Organisation. Jika pembaca memiliki jalur pemikiran ini maka ini adalah anggapan ini salah. Pandangan ini silap.

Untuk memahami semua serangan ini biar saya surahkan sajelas mungkin agar kita semua sedar apa yang sedang berlaku dihadapan mata kita. Mengetahui apa yang sedang berlaku amat penting. Jika kita faham apa yang berlaku sekarang maka kita juga boleh membayangkan apa yang akan berlaku kemudian.

PENGGANAS SEDANG MENGANAS



Pada ketika ini dunia politik Melayu telah pecah dua. Saya menekankan DUNIA POLITIK MELAYU atau Malay Polity kerana di Malaysia ini Politik Melayu adalah panglima kemudi kepada semua politik negara. Ini hakikat. Ini realpolitik. Politik Melayu menjadi panglima untuk mengkumudikan arah negara. Politik Melayu menjadi kemudi politik Malaysia lahir dari hukum dan syarat-syarat sejarah.

Selama lebih dari lima dekad parti United Malaysa National Organisation yang berslogan Hidup Melayu dan Ketuanan Melayu telah menjadi hegemon – memiliki kuasa mutlak. Parti politik ini bersama kuncu-kuncunya dalam Barisan Nasional telah memonopoli ekonomi, politik dan budaya di Malaysia. Selama lebih dari 50 tahun gerombolan ini telah berkenduri kendara – bercempera dan berpesta - memungut dan memunggah harta kekayan negara. Tanpa segan silu gerombolan ini dan kroni-kroninya telah menjadi kaya raya.

Saya ingin sekali lagi memberitahu para pembaca bahawa politik ialah kuasa. Politik ialah ekonomi. Perebutan politik ialah perebutan kuasa untuk merebut ekonomi. Punca-punca ekonomilah yang sedang menjadi rebutan Pakatan Rakyat dengan United Malays National Organisation.

Membaling batu ke ceramah Pakatan Rakyat adalah manifestasi perebutan politik. Menggangu takzirah di masjid atas alasan tanpa tauliah adalah manifestasi perebutan ekonomi. Mengempur kenduri Rumah Terbuka ialah adalah kerja politik.


Kerja-kerja politik gerombolan ini dilihat ganas. Membaling batu dan melastik bola besi dilihat bahaya. Tetapi hakikatnya ini adalah kegansaan yang dirancang. Jangan silap faham dan jangan salah hitung semua ini disusun dan diatur. Dibelakang simbah cat, baling batu dan lastik bola besi ini wujud satu perancangan jahat yang lebih besar sedang menunggu.
Betulkah apa yang saya tulis ini? Apakah ini hanya satu tohamah murah untuk memburukkan United malays NatioanL Organisation?

Jawabnya semua ini bukan tohamahan. Semua ini bukan fitnah. Semua ini memiliki asas dan fakta yang kukuh.

Selama lebih dari lima puluh tahun United Malays National Organisation memiliki kuasa untuk mengagih-agihkan harta kekayaan negara kepada kuncu-kuncu dan para penyokong. Berbilion ringgit harta negara telah dikelepet. Berbilon ringgit telah diagih atas nama projek kepada para kroni. Mereka berjoget dan bertandak sambil merembat harta kekayaan negara tanpa halangan.

Tetapi sesudah 8 March 2008 semuanya telah berubah. Perubahan ini dimeterikan oleh Bersih 2.0. Diperkukuh oleh Bersih 3.0. Dan di buktikan bahawa hegemoni gerombolan ini telah kempis dengan Janji Demokrasi 2012.

MUKA PENGGANAS YANG BERLESEN


Justeru satu perancangan keganasan telah disiapkan. Keganasan tersusun ini bertujuan untuk menakut-nakutkan orang ramai agar kembali tunduk kepada kuasa multak – hegemoni United Malays National Organisation. Keganasan ini bertujuan untuk terus menakut-nakutkan orang ramai yang telah mula berani turun ke jalan raya.

Bayangkan jika orang ramai telah berani turun ke jalan raya dalam Bersih 2, Bersih 3 dan Janji Demokrasi – apakah mereka akan merasa takut untuk mengundi Pakatan Rakyat? Jawabnya : pastilah orang ramai sepuluh ribu kali lebih berani memberi undi kepada Pakatan Rakyat. Inilah yang sedang berlalu.
Untuk mendalami pemaham kita wajib melihat sejarah bagaimana taktik menakut-nakutkan orang ramai telah digunakan pada Bersih 2.0. Ugutan. Terkanan. Tangkapan. Semua gagal. Orang ramai masih berani turun ke jalan raya. Lihat pula sejarah Bersih 3.0 dimana secara dirancang mata-mata yang bertugas telah ditanggalkan nama mereka. Ini bertujuan untuk menyorokkan identiti mata-mata yang diarah untuk melakukan keganasan.

Keganasan Bersih 3.0 dengan episod kereta terbalik, dengan serangan tembakan gas dan dengan pancutan air kimia masih segar dalam ingatan. Maknanya semua keganasan yang dirancang bertujuan untuk menakut-nakut orang ramai dari turun ke jalan raya.

Projek menakut-nakutkan orang rami ini gagal. Janji Demokrasi pada malam 30 Ogos lalu telah memperlihatkan puluhan ribu warga anak semua bangsa turun ke Dataran Merdeka. Tidak ada sesiapa lagi yang takut. Warga Malaysia terutama anak muda telah jadi berani. Takut telah ditong sampahkan.


Keberanian orang ramai ini diketahui oleh Najib Razak. Mahathir Muhamad telah mengalami ombak berani rakyat sehingga dia terpaksa berundur. Muhyiddin Yassin , Zahid Hamidi. Hishammuddin Hussein tahu realpolitik yang sedang berlaku. Kesemua mereka sedar bahawa kuasa hegemon ditangan mereka akn terlucut.

Justeru, para pemikir, para perancang yang diupah dan dilanggan oleh United Malays National Organisation sedang bekerja keras. Para pemikir dan perancang sedang melakar peta yang lebih besar untuk melawan ombak keberanian anak semua bangsa yang telah mula mengacungkan tangan untuk menghumbankan mereka ke dalam tong sampah sejarah.

Serangan-serangan kecil-kecil ini bertujuan untuk mengolah persetujuan orang ramai bahawa suasana negara mungkin kacau jika Pakatan rakyat memerintah. Kekacauan dan keganasan yang kita lihat hari ini adalah satu persediaan. Apa yang mereka harap-harapkan akan ialah balasan dari anak-anak muda penyokong Pakatan Rakyat. Para pemikir yang diupah ini berharap ‘keganasan’ yang mereka rancangan ini akan ‘ menaikkan darah’ penyokong atau simpatisan Pakatan Rakyat.

Ertinya – keganasan ini dijalankan bertujuan untuk menyemarakkan lagi bahang politik yang sedang berjalan. Rancangan jahat ini bertujun untuk ‘menjemput’ penyokong Pakatan Rakyat secara bodoh untuk menyerang balas. Serangan balas inilah yang sedang ditunggu oleh United Malays National Organisation.

Jika berlaku serangan balas dari Pakatan Rakyat maka media milik United Malay National Organisation akan belabon dua puluh lima jam sehari. Berita akan diputar untuk memperlihhatkan bahawa Pakatan Rakyat ini satu badan politik yang tidak boleh dipercayai untuk mentabir negara.

Keganasan di Semberong, Merlimau, Kerinchi, Pulau Pinang atau di Kota Baru ini hanyalah persediaan jangka panjang United Malays National Organisation untuk menghadapi PRU13.

Sila perhatikan bagaimana projek-projek sedang diagih kepada para kroni dengan pantas sekali. Projek-projek ini bukan ratus juta tetapi berbilion-bilion. Ini juga adalah persediaan untuk berhadapan dengan hakikat bahawa jika PRU13 dijalankan dengan bersih dan adil – United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya akan kalah besar. Berikan projek pada kroni - ikat kontrek sebanyak mungkin sebelum Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

LAGI PENGGANAS BERLESEN MENGGANAS



Dalam masa yang sama untuk memastikan kuasa terus dimiliki maka PRU13 ini nanti akan dijalankan dengan penuh penipuan. Tetapi apa sangkut pautnya penipuan pilihanraya dengan dengan keganasan simbahan cat merah?

Para pembaca wajib berwaspada keganasan yang berlaku minggu lalu - hingga ke hari ini masih belum ada dakwa dakwi. Jika terus menerus tanpa dakwa dakwi hingga ke hari mengundi maka jelas inilah bukti saheh bahawa keganasan ini memang dirancang dan ditaja. Tujuan utama untuk menakut-nakutkan para pengundi terutama pengundi China.

Justeru keganasan yang berlanjutan ini adalah persediaan United Malays National Organisation untuk melakukan keganasan jika keputusan PRU13 tidak memihak kepada mereka.

Para pembaca perlu bertanya kepda diri sendiri. Jika para pembaca yang memiliki projek berbilion-bilion ringit, memiliki kekayaan berjuta ringgit, memiliki sayarikat ini dan itu, tuan empunya kilang itu dan ini – apakah akan memberikan laluan percuma kepada Pakatan Rakyat mengambil alih pentabiran?

Biar saya senangkan lagi soalan ini. Apakah Mahathir Muhamad, Syed Mokhtar, Vincent Tan, Ananda Krishan, Daim Zainuddin, Teh Hong Piow, Quek Leng Chan, Azman Hashim, Tony Fernandes , Mokhzani Mahathir dan dan dan... akan memberikan Pakatan Rakyat memasuki Putrajaya.



Saya senangkan lagi : mana lebih murah membelanjakan beberapa puluh juta ringgit mengupah kumpulan anak muda Melayu untuk membuat ganas dari sekarang. Dari kehilangan berbilion ringgit dengan kemungkinan dimasukan ke dalam penjara – kalau tidak membuat ganas sekarang.

Apabila pembaca telah dapat menjawab soalan ini maka para pembaca telah memahami keganasan yang berlaku sekarang adalah sebahagian dari projek mengganas yang akan berlaku kemudian hari.(TT)


NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar
SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
: 03-22-72-40-45












PENGUMUMAN:
sesiapa yang berminat
untuk memesan sang saka
untuk dikibarkan di rumah masing masing
sila hubungi:

radiobangsarutama@gmail.com




BILA SHAFIE AFDAL NAK SAMAN FITNAH DIA BERMUKAH DENGAN ZAHIDA RAFIQ?







CAKAP NAK SAMAN - BILA NAK SAMAN







USAH SENTUH ISU KENEGERIAN - berita hairan

Kuala Lumpur: Pembangkang diingatkan jangan rakus memainkan emosi rakyat dengan membangkitkan semangat kenegerian dan menabur janji kosong semata-mata untuk meraih kuasa politik.

Naib Presiden UMNO, Mohd Shafie Apdal, berkata tindakan itu amat berbahaya kerana boleh mengundang perbalahan dan perpecahan seperti berlaku di negara luar.

Bangkit kemarahan sesuatu bangsa dihasut

Jangan bangkitkan emosi manusia, saya tahu pembangkang idamkan kuasa, tapi dalam idamkan kuasa itu mereka mainkan perasaan kenegerian. Kerana rakus hendak rebut kuasa, kita mainkan emosi yang boleh mengakibatkan perbalahan yang takkan ada batasan, boleh bangkitkan kemarahan kalau sesuatu bangsa itu dihasut, diadu domba, katanya.

Beliau mengulas janji Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Yong Teck Lee yang mahu memberi kad pengenalan khas membezakan warga Sabah dengan penduduk lain di Malaysia jika pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan, atas alasan ramai pendatang asing tanpa izin didakwa memiliki MyKad dikeluarkan kerajaan Persekutuan.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... KENAPA TAK BOLEH BANGKIT AJENDA BANGSA BANGSA... kah kah kah..

kah kah akh...KENAPA TAK BOLEH BANGKIT AJENDA NEGERI NEGERI... kah kah kah..

kah kah kah...KENAPA TAK BERI KADAZAN DAN DAYAK BERSUARA.... kah kah kah..

woit... SABAH ITU TANAH AIR MEREKA.... kah ka kla

kah kah kah...SARAWAK ITU TANAH AIR MEREKA.... kah kah kah..

kah kah kah...MEREKA BOLEH BUAT APA YANG MEREKA SUKA... kah kah kah..

kah kah kah... APA PELIKNYA MENGHASUT?.... kah kah kah..

woit...SEMUA PARTI POLITIK MENGHASUT CARI PENGARUH.... akh kah akh..

woit... MELARANG MENGHASUT JUGA IALAH HASUTAN UNTUK JANGAN MENGHASUT... kah kah kah










PENGUMUMAN:
sesiapa yang berminat
untuk memesan sang saka
untuk dikibarkan di rumah masing masing
sila hubungi:

radiobangsarutama@gmail.com




FORUM FELDA DI MARKAS TARBIAH JUMAAT INI




JEMPUTAN UNTUK SEMUA - RADIO BANGSAR SIARAN LANGSUNG


satu forum/ceramah
mengenai felda akan
diadakan pada malam jumaat ini

untuk warga yang tidak dapat hadir
jangan risau
jangan kecil hati
jangan kecewa
kerana radio bangsar akan membuat
siaran terus menerus

radio bangsar utama
yang akan membuat laporan langsung
dari taman melewar


SHAM JATUH - FELDA LINGKUP







RAPAT RAKYAT:
SAHAM JATUH FELDA LINGKUP?


PADA: 21 September 2012(Jumaat)
WAKTU : 9 Malam
TEMPAT: Dataran KUIZM Taman Melewar

Pemidato: Mazlan Aliman, Dr Rosli Yaakub, Hishamudin Rais, Lowyer Harris Abdullah, Dato' Ramli Buyung, Dato' Tan Kee Kwong.

Semua dijemput hadir.

Anjuran: ANAK Lembah Klang, PAS Batu, Radio Bangsar Utama.

TUKAR TIUB PEMECAH BERITA - WORLD BREAKING NEWS













TUKAR TIUB PEMECAH BERITA

Club Med Cherating telah dimasukkan
ke pasaran untuk di jual

rangkaian hotel eklusif yang terletak
di batu 29 jalan kuantan kemaman ini
telah mula beroperasi pada awal 80'an

club med cherating adalah club med
yang pertama dibuka di asia

tt difahamkan rangakian hotel ini
dimasukkan ke pasaran kerana kebelakangan ini
kehadiran pengunjung dari tahun
ke tahun semakin berkurangan


AKIBAT DARI SANTAU RADIO AKTIF







nota:berita lanjut menyusul


GERAKAN ANTI NAJIB SEMAKIN MEMBESAR



KOMENTAR TUKAR TIUB


mengapa agaknya gambar ini keluar
walau pun kenduri itu satu minggu dahulu

apa maknanya?

maknanya:
ini adalah projek
nak malukan najib

gambar ini sengaja dikeluarkan lagi
walau pun keduri ini telah lama berlangsung

ini sabotaj dari tim anti najib

ertinya:
dalam media milik gerombolan
ada pengarang dan ketua pengarang
yang tidak suka pada najib
atau lebih tepat lagi
orang muhyiddin


ertinya nst pro muhyiddin
ertinya utusan meloya pro muhyiddin


PAKATAN RAKYAT WAJIB WASAPADA
telah wujud rancangan
untuk tolak najib sebelum pru13
jika najib kena tendang
pakatan rakyat dalam bahaya


muhyiddin lebih cekap dari najib
muhyiddin lebih berani dari najib
muhyiddin kurang rasuah
muhyiddin ada ramai penyokong dari najib

yang amat penting muhyiddin berani
dan tak takut pada bini

GAMBAR TIPU INI KELUAR LAGI




WARGA MAYA DAKWA FOTO ORANG RAMAI DI MAJLIS NAJIB DIUBAHSUAI - mkini

Warga maya mendakwa gambar yang disiarkan oleh akhbar New Straits Times telah diubahsuai untuk membuat orang ramai di perhimpunan Najib Razak di Pekan Ahad lepas nampak lebih ramai.

Gambar itu, yang mempunyai salinan tepat orang ramai di latar belakangnya, mula tersebar di Facebook sejak Ahad lalu.

Gambar itu juga telah menarik perhatian blogger termasuk yang pro-Pakatan Rakyat blogger, Milo Suam, yang secara menyindir menulis:

"Besarkan mata anda luas-luas dan cuba perhatikan ada lebih 10 ekor hantu muncul di belakang Najib."

Sementara itu, pereka grafik terkenal Kukubesi secara berseloroh menggalakkan artis grafik di sebalik gambar itu belajar dengannya "supaya mereka boleh mengedit dengan lebih baik".

Gambar itu, yang disiarkan bersama dengan berita bertajuk 'Najib: United front crucial for Umno’s success in polls’ di lamanweb New Straits Times, telah dikeluarkan.

Cerita itu mendakwa sejumlah 15,000 orang hadir di majlis Najib di Pekan Ahad lepas.

Seorang lagi blogger yang menggunakan nama uppercaise, mendakwa gambar itu mula-mula diterbitkan oleh agensi berita nasional, Bernama. Ini tidak dapat disahkan pada masa penulisan ini.

Usaha untuk menghubungi Pengarang Urusan Kumpulan New Straits Times Press (NSTP), Abdul Jalil Hamid tidak berjaya dan mesej teks juga tidak berjawab.

Ini adalah kali kedua dalam beberapa minggu ini di mana kesahihan gambar yang memaparkan Najib bergaul dengan orang ramai, telah dipertikaikan.

Insiden terakhir melibatkan gambar Bernama di majlis rumah terbuka Najib di Putrajaya. Bernama telah menafikan dakwaan tersebut.









PENGUMUMAN:
sesiapa yang berminat
untuk memesan sang saka
untuk dikibarkan di rumah masing masing
sila hubungi:

radiobangsarutama@gmail.com