Jumaat, 12 Jun 2020

KIMIA SEDIA MELEDAK







KIMIA MOLEK 

UNTUK MELEDAK

PERTAMA
JUTAAN KAUM BURUH
HILANG KERJA HILANG DUIT

KEDUA
JUTAAN ANAK MUDA TURUN
KE JALAN RAYA
BERDEMO

DUA KIMIA INI 
TERBAIK
UNTUK LEDAKAN 
MUMBUNUH KAPITALISMA
MENGHANCURKAN
WARGA SATU PERATUS
YANG KONTROL DUNIA
DAN
KELAHIRAN  DUNIA BARU
SISTEM EKONOMI BARU
YANG LEBIH ADIL


AKSI AKSI AKSI





BANGUN LAWAN




HILANG KERJA



TERHOTT TERKINI TER NOWW






TER HOTT

TER KINI

TER NOW

PETALING JAYA: Bekas pembantu rapat Anwar Ibrahim PKR merancang untuk mengembalikan gerakan reformasi dengan acara pelancaran yang dirancang di Tanjung Rambutan, Perak, esok.

Ezam Mohd Nor, bekas pemimpin PKR yang pernah menjadi setiausaha politik Anwar, mengatakan terdapat maklum balas positif semasa lawatannya baru-baru ini awal tahun ini.


RAMAI NAK

SOKONG 

TAPI PASAI APA

MULA 

DI TANJUNG

RAMBUTAN

MULAKAN

DI TANJUNG RU

TANJUNG KARANG

TANJUNG  KUPANG

TANJUNG PIAI KE



NI DI TANJUNG

RAMBUTAN

KAH KAH KAH

ADA APA 28 JULAI








ADA

APA

GELOMBANG PASCA KOBID BERMULA







GELOMBANG

PASCA KOBID

BERMULA



Bursa Saham Dow merosot 1.800 ketika kes virus meningkat, mengalahkan keyakinan
Saham jatuh tajam pada hari Khamis di Wall Street ketika kes koronavirus di AS meningkat lagi, mengalahkan optimisme baru-baru ini untuk pemulihan ekonomi yang cepat dan menimbulkan lebih banyak keraguan tentang berapa lama kemunculan kembali pasaran dapat bertahan, lapor AP.


Britain's GDP falls 20.4% in April as economy is paralysed by lockdown


Coronavirus live news: markets fall over fears of long US recovery as Brazil cases top 800,000




Risiko pandemik mendorong berjuta-juta pekerja buruh anak: PBB
Berjuta-juta kanak-kanak dapat didorong oleh krisis koronavirus, kata PBB pada hari Jumaat ketika ia bersiap untuk kenaikan pertama dalam pekerja anak dalam dua dekad. 

Dalam taklimat bersama, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan UNICEF, agensi kanak-kanak PBB, menyatakan bahawa jumlah kanak-kanak yang dikurung dalam buruh kanak-kanak telah menurun sebanyak 94 juta sejak tahun 2000.


BERITA BAIK - BERITA JAHAT






BERITA BAIK

UNTUK

MAT REMPIT

Harga minyak susut semula

TOKYO – Harga minyak merosot pada awal dagangan hari ini, melanjutkan kerugian semalaman akibat lonjakan kes koronavirus di Amerika Syarikat (AS) minggu ini, sekali gus meningkatkan prospek gelombang kedua wabak koronavirus.
West Texas Intermediate turun sebanyak AS$1.32, atau hampir 4%, kepada AS$ 35.02 setong pada 0011 GMT, setelah merosot lebih daripada 8% pada hari Khamis.

BERITA GERUN
UNTUK
MUHYIDDIN
KAH KAH KAH

DUIT DARI MANA?




BRO JAGAN

BUAT DON NO

DARI MANA DUIT

DATANG

KAH KAH KAH

DUIT CUKAI

EKSPOT

JUAL BARANG

JUAL MINYAK

JUAL SAWIT

KAH KAH KAH

PIJAM DUIT IMF

DUIT BANK DUNIA

JUAL BOND

NAK HALAL 

TULIS SUKUK

KAH KAH KAH

ADA CARA LAIN?

PASTI ADA

KAH KAH KAH

CARA TRUMP

CARA AMERIKA

KAH KAH KAH

Negara banyak duit mitos kerajaan Perikatan


SEJAK Perikatan Nasional (PN) mengambil alih pentadbiran Malaysia, laungan dan teriakan ini selalu berkumandang: “Tun Dr Mahathir dan Lim Guan Eng tipu rakyat Malaysia!”

Dikatakan kerajaan tidak mempunyai duit dan perlu berhutang untuk berbelanja tetapi apabila Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri, berbeza pula dakwaannya.

Oleh itu, ada NGO membuat laporan polis berkenaan masalah kewangan negara semasa rejim Pakatan Harapan (PH) memerintah.
Mereka meminta suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan untuk siasat isu Bon Samurai, penjualan aset Khazanah, Tabung Haji, LTAT dan sebagainya.

Semenjak wabak Covid-19 melanda negara,  Muhyiddin sudah empat kali mengumumkan pakej rangsangan ekonomi termasuk yang pertama diumumkan oleh Dr Mahathir semasa beliau menjadi perdana menteri interim:


(I) Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) sebanyak RM10 bilion disuntik dalam ekonomi.

(ll) Prihatin RM25 bilion.

(III) Prihatin SME sebanyak RM10 bilion

(Iv) Penjana RM15 bilion; jumlah keseluruhan RM60 bilion.

Rakyat menjangka kerajaan PN tidak perlu meminjam kerana cukup mempunyai dana dan rizab yang besar, tidak seperti kerajaan PH yang kedekut dan menipu rakyat kata tiada duit. 

Menteri kewangan pula merupakan bekas pegawai bank, sudah tentu pandai cari duit dan bijak pula berbelanja.

Apabila ditanya oleh pemberita di mana sumber kewangan bagi membiayai pakej rangsangan ini, Tengku Zafrul Tengku Abd Aziz menjawab: “We will be looking into the eco-system…”. 

Sudah terang lagi bersuluh, sebenarnya beliau sendiri tidak jelas wang itu datang dari mana dan melalui apa.

Akhirnya baru kita dapat tahu apabila beliau ditemuramah oleh agensi berita Reuters dan dipetik oleh The Edge Markets bahawa kerajaan akan berhutang untuk menampung pembiayaan pakej rangsangan Covid-19.

Pinjaman ini akan menyebabkan defisit bajet menjadi sekali ganda berbanding yang diluluskan dalam Belanjawan 2020.

Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh PH tahun lepas dan diluluskan akan menyaksikan defisit bajet sebanyak RM51.7 bilion atau 3.2% daripada KDNK. Defisit ini akan ditampung melalui hutang awam. 

Dengan pakej rangsangan pula sebanyak RM60 bilion lagi perlu kerajaan berhutang menjadikan jumlah hutang bagi tahun ini saja menjadi RM111.7 bilion atau 6.9% daripada KDNK.

Dengan jumlah hutang sebanyak RM111.7 bilion bagi tahun 2020 dicampur dengan hutang yang masih belum langsai akan menyebabkan hutang awam negara melebihi 55% dari KDNK dan ini memerlukan kelulusan daripada Parlimen.

Jelaslah berdasarkan kenyataan menteri kewangan sebenarnya apa yang disebutkan oleh Dr Mahathir dan Lim Guan Eng sebelum ini adalah benar – negara perlu berhutang jika bajet defisit. 

Saya ucapkan selamat membuat laporan polis kepada NGO yang berkenaan. – 11 Jun, 2020.


CARA ARABUN

WAL PRIN TUN

AL CEETAQ TI

EL TIPURI

WAL JAPONI

AL PISANGI

KAH KAH KUN
KAH KUN KUN

CUI BONO - IKUT ITU FUND




CUI BONO

SAP SAP SUI

IKUT ITU FUND

DANA IALAH FUND






Kubur CEO Cradle Fund digali semula selepas teliti sijil kematian


KAKAK sulung kepada CEO Cradle Fund Sdn Bhd allahyarham Nazrin Hassan, memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini, beliau bersetuju untuk proses penggalian semula kubur adiknya itu, selepas meneliti sijil kematian yang diterimanya.

Saksi pendakwaan ke-21 perbicaraan kes pembunuhan Nazrin, Che Elainee Che Hassan, 63, berkata beliau turut bersetuju untuk memohon bedah siasat kedua dijalankan ke atas mayat adiknya itu, selepas melihat punca kematian mangsa pada sijil kematian tersebut.

“Saya bersetuju supaya kubur Nazrin digali semula untuk buat bedah siasat kali kedua berdasarkan sijil kematiannya, yang saya dapat sendiri daripada KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).

“Ini kerana saya melihat punca kematian yang ditulis (pada sijil kematian) adalah akibat komplikasi letupan, sedangkan siasatan bomba tidak berlaku sebarang letupan (di lokasi kematian Nazrin),” katanya ketika menjawab pertanyaan peguam LS Leonard, berhubung permohonan penggalian kubur mangsa, di hadapan Hakim Ab Karim Ab Rahman.

Che Elainee berkata sebelum beliau bersetuju supaya kubur Nazrin digali semula, beliau turut berbincang perkara itu bersama dua lagi adiknya dan memakan masa lebih dua minggu, sebelum membuat keputusan berkenaan.

“Saya bincang bersama adik-beradik (untuk penggalian kubur Nazrin)…sebab ada masa kami mahu teruskan bedah siasat kedua…ada masa tidak mahu…lebih dua minggu perbincangan itu dibuat.

“Pertikaian saya berhubung punca kematian Nazrin adalah berdasarkan sijil kematian, dan bukan laporan bedah siasat (pertama), kerana saya tidak melihat laporan bedah siasat itu,” katanya yang turut menambah, atas permintaan itu juga Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Oktober 2018, membenarkan polis menggali semula kubur mangsa.

Pada 12 Mac, 2019, Samirah Muzaffar, 45, bekas eksekutif kanan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia yang juga isteri Nazrin, serta dua remaja lelaki masing-masing berusia 17, dan 14, bersama seorang warga Indonesia yang masih bebas Eka Wahyu Lestari, didakwa membunuh mangsa.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Mutiara Damansara, antara 11.30 malam 13 Jun, 2018 dan 4 pagi 14 Jun, 2018.

Perbicaraan bersambung Jumaat depan. – Bernama, 12 Jun, 2020


SOALAN HAKIKI

SAPA TULIS

SURAT MATI

PERTAMA

YANG

TAK SELARI DG

LAPORAN BOMBA

KHALAS

KENAPA JULAI MENDEBARKAN






KENAPA JULAI 

MENDEBARKAN
10 JULY kurang mendebarkan, 
28 JULY amat bermakna 
bagi yang mengundi PH 
walaupun telah dikhianati
😤😤😤😤😬 
on 
JULAI
 MACAM MACAM TERJADI
Publish | Delete | Spam
hamim
on 11/06/20

W

TUBUH PARTI BARU





TUBUH

 PARTI BARU
Tuboh parti politik rentas kaum ..camno lak tu. Elok gak tu kita akan jadi maju dan sipar rasuah seperti Tumasik. Masalah nye boley ke kaum jahil bakal penghuni neraka berkirje sama dengan bakal suami 72 bidadari syurga. Lu sudah lupe ke apa Tuang Guru Haji Hadi royak?.? 
on 
CADANGAN BIJAK
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 11/06/20

Buat keput

PEKARA SENANG TANYA LEBAI GOOGLE




PEKARA SENANG

TANYA APA PETRA

DENGAN

 LEBAI GOOGLE
Ada sangkut paut Petra dgn muncul tamadun arab baru bermula muhammad.tapi dah lupa mana makalah tu.habis Petra mula Muhammad ke sama sama naik tapi mekah kembang ke apa ke lupa.
banyak dah Islam fekah fekah Islam sampai kebudayaan yg sebenarnya inti masyarakat tak mahu diselidiki.sudah sbb malas fikir francaiskan arab. Senang. 
on
 TAK TUKAR 
MASIH ORI DI PETRA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 12/06/20

Kal

JULAI YANG DITAKUTI






JULAI YANG 

DITAKUTI
Lately nie, gerun tu benar ke tt... Karang depa uturn, lu jadi sembang lebey je nnti... 
on
 HARI 
MENGERUNKAN
Anonymous
on 12/06/20

Apa motif bunuh ni TT , Jika x da motif baik lepaskan ja... bila nak climax Jika tiada hepie ending ... juboq hang ka TT , pecah Brita.. pecah tong taiiikkk lerrrr 
on 
JULAI 
MACAM MACAM TERJADI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 12/06/20

B

MUJAHID DAH SEDAR AMANAH KENA TIPU





MUJAHID DAH 

DIA KENA TIPU
MujAhid dah sedaq kena kencing dgn anwar. ini pschyo war amanah dgn anwar. Sudah sound depan2 nmpk, amacam anwar??? 
on 
PRU 15 SEKARANG ?
Publish | Delete | Spam
yeop_sepet
on 12/06/20

Pa

DEMI MASA








DEMI

MASA

TIAP MASA
ADALAH MASA
YANG BAIK
UNTUK
BER BUAT BAIK

TAHUN INI TAK ADA NAIK HAJI




TAHUN INI

PAK AJI

BOLEH NAIK

MAK AJI

DI RUMAH


Ibadah haji tahun ini ditangguhkan

KUALA LUMPUR – Kerajaan hari memutuskan untuk tidak membenarkan rakyat Malaysia menunaikan ibadah haji bagi tahun ini.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)  Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, ibadah kelima Rukun Islam itu terpaksa ditangguhkan ekoran penularan Covid-19.

Berdasarkan kepada taklimat yang disampaikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Lembaga Tabung Haji (TH) serta perbincangan ahli-ahli Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang telah bersidang pada 9 Jun lalu, ibadat haji untuk semua rakyat Malaysia bagi Musim Haji 1441 Hijrah ditangguhkan.

“Ibadah haji bagi semua rakyat Malaysia adalah ditangguhkan ke tahun hadapan,” katanya dalam sidang media khas di Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Pengumuman itu, kata Dr Zulkifli telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin
Al-Mustafa Billah Shah.

Selain Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei turut membatalkan ibadah haji kepada rakyatnya tahun ini.

Ditanya mengenai sistem penggiliran ibadah haji di negara ini, Dr Zulkifli berkata, keputusan itu akan memberi kesan kepada peserta ibadah haji tahun hadapan.

“Mereka yang tidak dapat pergi akan dibawa ke tahun hadapan jadi giliran mereka akan dibawa tahun hadapan, dan kita akan cuba usaha dengan terbaik mungkin.

“Kecuali yg telah diluluskan oleh TH dan mereka perlu buat rayuan semula dan rayuan sebelum ini terbatal dan buat rayuan tahun hadapan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Dr Zulkifli turut berkata, sistem kuota yang diberikan kepada Malaysia oleh Arab Saudi juga akan turut terkesan.

“Kita berganutng kepada Arab Saudi (untuk kouta) selepas wabak ini kami akan ke Arab Saudi untuk bincang dan membina hubungan termasuk membincangkan masalah ini,” katanya lagi.

Mana-mana peserta yang namanya tidak tersenarai bagi ibadah haji tahun hadapan boleh mendapatkan semula wang mereka daripada Tabung Haji.

Untuk rekod, ini kali pertama ibadah haji di Arab Saudi tidak dapat dilakukan oleh jemaah Malaysia ekoran penularan Covid-19. – MalaysiaGazette

YANG LAIN

JIKA NAK NAIK

BOLEH PERGI

JALAN PUDU

JALAN SULTAN

CILAKAK

JALAN GUA

THAMBIPILAAI

DAH TAK BOLEH

RUKUK LAGI

KAH KAH KAH


KENAPA TAKUT JULAI







KENAPA

TAKUT

PRU 15 SEKARANG ?








PRU 15 

TAK MUNGKIN

SEKARANG

TAPI  MALAYSIA

DUNIA KETIGA

SEMUA 

BOLEH BERLAKU

Tidak semestinya ada pilihan raya baharu jika Umno, PAS tarik diri, kata pakar

SPEKULASI sudah merebak yang Umno dan PAS mungkin menarik diri daripada Perikatan Nasional (PN) dan menyebabkan pilihan raya awal susulan kenyataan baru-baru ini yang Muafakat Nasional bukan hanya bersedia untuk pilihan raya, tetapi juga sanggup menghadapinya sendirian.

Penguasaan PN terhadap Putrajaya kini berada pada majoriti tipis sebanyak dua kerusi Parlimen. Gabungan itu mempunyai 114 anggota Parlimen, dengan Bersatu yang dipimpin Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menguasai 32 kerusi.

Satu persoalan yang berlegar adalah jika Umno dan PAS, yang masing-masing menguasai 39 dan 18 kerusi, keluar daripada PN, adakah secara automatik akan menyebabkan pilihan raya baharu?

“Tidak, ia tidak akan berlaku kerana Yang di-Pertuan Agong berhak berkata ‘tidak’ kepada pembubaran Parlimen,” kata pakar perlembagaan Prof Shad Saleem Faruqi kepada The Malaysian Insight.

“Sangat jelas di bawah perlembagaan persekutuan, Perkara 40, Fasal 2 (b) yang menyatakan Agong boleh tidak memperkenankan permintaan pembubaran Parlimen.

Baru-baru ini, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata partinya “bersedia hadapi PRU15 (Pilihan Raya Umum ke-15)” dalam catatan Facebook, dengan gambar beliau menerima kunjungan hormat bekas perdana menteri Najib Razak di rumahnya.

Najib, yang bakal mengetahui keputusan pertama daripada lima perbicaraan kes jenayahnya  pada 28 Julai, juga dikatakan berada di belakang kempen Umno di seluruh negara untuk bersiap sedia menghadapi pilihan raya baharu bagi kembali semula sebagai perdana menteri, menurut dakwaan pembangkang.

Sementara itu, PAS berkata PN akan bersatu dan berusaha menjelang PRU15.

Setiausaha agungnya Takiyuddin Hassan berkata, beliau yakin parti PN akan berusaha bersama untuk menghadapi PRU15.

Namun, Shad Saleem berkata jika Umno dan PAS menarik diri, Muhyiddin akan berada dalam keadaan dilema.

“Beliau akan mempunyai dua pilihan. Yang pertama adalah mengundurkan diri dan membuka jalan kepada Agong untuk melantik orang lain.

“Satu lagi adalah menasihati Agong agar membubarkan Parlimen dan menggesa mengadakan pilihan raya,” kata Shad Saleem, yang merupakan anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.

Agong boleh menolak kerana beliau boleh merasakan ini bukan waktu yang tepat, memandangkan keadaan pandemik Covid-19 dan ekonomi, kata Shad Saleem, sambil menambah ia akan menyaksikan kerajaan mengeluarkan peruntukan kira-kira setengah bilion ringgit untuk mengadakan pilihan raya.

“Pilihan raya baharu mungkin akan lebih mahal kerana makluman yang singkat. Segala-galanya harus disiapkan dengan cepat, termasuk dakwat.”

Beliau berkata Agong juga mungkin akan membenarkan kerajaan alternatif mengambil alih.

“Jika Agong berkata ‘tidak’, perdana menteri mungkin harus mencari kerajaan alternatif untuk mengurus negara ini. Dan itulah cabarannya.”

Kes Mohammad Nizar Jamaluddin lwn Zambry Abdul Kadir sebelum ini menjadi duluan, yang menyaksikan Zambry daripada Umno menang saman di Mahkamah Persekutuan pada 2010 untuk diiktiraf sebagai menteri besar Perak yang sah, berikutan krisis perlembagaan negeri.

Mahkamah memutuskan sultan memiliki hak untuk menolak permintaan diadakan pilihan raya.

Seorang lagi peguam perlembagaan, Surendra Ananth, memberitahu The Malaysian Insight yang mengambil petunjuk daripada krisis perlembagaan Perak, Agong boleh melantik perdana menteri baharu selepas berpendapat Muhyiddin tidak lagi mempunyai majoriti.  – 11 Jun, 2020.


PRU 15 SAMPAI

ZAMAN KOBID

SUSAH GILA

NAK KEMPEN

TAPI APA?

JENG JENG JENG

TUNGGU JULAI

KAH KAH KAH

CEGAH DULU SEBELUM JADI BARAH









CEGAH DULU

SEBELUM 

JADI BARAH
Tak perlu berenang disungai yg dipenuhi buaya..tak perlu berlari dipadang yg ditaburi bom..tak perlu bagi peluang kepada nuar kelak negara tergadai..mencegah lebih baik dari mengubati... 
on 
TAKUT 
KUEH PAU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 11/06/20

Dora


DATANG UNTUK SELAMA LAMA








DATANG UNTUK

SELAMA LAMA

Masalah Rohingya ialah, dia bukan datang untuk duduk sementara, tapi untuk bermastautin forever. Mereka menuntut kerakyatan dan hak samarata dgn kita. Diberi betis, nakkan peha pula! Who are youssss, Rohingya....??? 
Rohingya buka Bosnia, Syria, Palestin, Viatnam yg datang menumpang sementara, kemudian bila aman, pulang ke negara asal mereka. Rohingya datang, dgn niat untuk memunya. 
Malaysia dianggap Rakhin kedua. Datang bawa perangai buruk dan pengotor mereka. Tak mahu ikut undang-undang negara, nak buat ikut suka. 
Beranak setiap masa, macam lipas dan ungka. Mintak sedekah di mana saja. Cukup-cukuplah dgn jumlah mereka yg dah sedia ada. Jangan nak tambah dua tiga juta. 
on 
APA MASALAH
 ROHINGYA
Publish | Delete | Spam
cikminah
on 11/06/20

LAWAN PERMULAAN






PASCA KOBID

PERLAWANAN

BERMULA


Kakitangan Malindo yang dipecat lawan pembuangan tidak adil

DIANGGARKAN 100 pekerja Malindo Airways Sdn Bhd yang kontrak pekerjaan mereka ditamatkan secara tiba-tiba ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) memfailkan perwakilan dengan Jabatan Perhubungan Perusahaan mendakwa ia adalah pembuangan tidak adil.

The Malaysian Insight difahamkan yang perwakilan itu difailkan di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 di Jabatan Perhubungan Perusahaan Selangor pada 1 Jun lalu.

Jabatan yang terletak di bawah Kementerian Sumber Manusia itu kini sudah memanggil syarikat penerbangan itu untuk mesyuarat pendamaian bagi mencari penyelesaian isu tersebut pada 30 Jun depan.

Di bawah Seksyen 20 Akta berkenaan, kakitangan yang dipecat atau menganggap pemecatannya dibuat tanpa sebab atau alasan yang adil boleh memfailkan perwakilan bertulis kepada ketua pengarah perhubungan perusahaan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh dia dipecat atau dalam tempoh surat pemecatan dikeluarkan sehingga tarikh sebenar dia dipecat.

Difahamkan kakitangan pelbagai jabatan Malindo Air termasuk krew penerbangan terkesan daripada pemecatan itu.

Ada kalangan mereka yang dimaklumkan kontrak kerja akan berakhir pada hujung Mac oleh Jabatan Sumber Manusia, lebih kurang sebulan daripada tarikh akhir mereka bekerja.

“Disebabkan wabak Covid-19 yang terus merebak di seluruh dunia tidak terkawal, menjejaskan orang dan perniagaan, syarikat kita terjejas teruk,” kata surat dihantar kepada pekerja memaklumkan penamatan kontrak mereka.

Presiden Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia Ismail Nasaruddin memberitahu The Malaysian Insight yang bekas pekerja Malindo itu mahukan penjelasan sesuai mengenai pemecatan mereka.

“Mereka mahu tahu mengapa mereka dibuang kerja terlalu awal sebelum kontrak mereka tamat pada 2023,” kata Ismail.

Kebanyakan kontrak kerja mereka yang terlibat hanya akan berakhir pada 2023 tetapi mereka dipecat lebih awal dan tanpa sebarang pampasan, tambahnya.

Ismail menambah yang ada kakitangan diberikan notis ketika mereka sedang bercuti tiga bulan tanpa gaji.

Katanya, pekerja bersetuju mengambil cuti tanpa gaji bagi meringankan beban kewangan syarikat tetapi niat baik itu dibalas dengan surat pemecatan. Ini tindakan yang tidak betul, kata Ismail.

“Tambahan pula mereka masih belum dibayar gaji dan elaun penerbangan tertunggak sebelum ini,” katanya lagi, menambah yang ada pekerja yang tertunggak gaji selama tiga bulan sebelum mula bercuti tanpa gaji.

Nufam akan mewakili kumpulan pekerja itu pada mesyuarat pendamaian 30 Jun ini.

Ditanya jumlah pekerja yang terjejas, Ismail berkata mungkin terdapat 100 orang termasuk kakitangan operasi lapangan terbang yang terkesan oleh Skim Pemberhentian Sukarela (VSS).

Dilaporkan minggu lepas yang Malindo Air menawarkan VSS kepada semua kakitangan tetap dan kontrak mereka selepas gagal mendapatkan pinjaman atau jaminan kerajaan bagi meneruskan operasi. – 12 Jun, 2020.


WATAK SISTEM

KAPITALIS

UNTUNG SENYAP

RUGI BUANG

BURUK PEKERJA

JAWABNYA

MILIK NEGARAKAN

PUNCA EKONOMI

PASCA KOBID

KHALAS