.

Rabu, 13 November 2013

GUNAKAN BAHASA SWAHILI




 KAH KAH KAH
KAH KAH
KAH

LATIN DAN RUSSIA DI FELDA
Patut NGO ini gunakanlah bahasa Swahili Jermen Jepang dan Cymraeg skali.. baru nampak canggih dan power untuk menunjuk2.. makcik felda kat tempat aku, bahasa ibunda derang bahasa Latin dan Russia, lu tak percaya, singgahlah Felda Lubuk Merbau dan Felda Bukit Tembaga.. insyaallah derang cakap pekat Latin dan Russia.. on MASALAH NGO MALAYSIA
Publish | Delete | Spam
Anonymous

on 11/13/13
----------

DI PARLIMEN BUKAN TEMPAT GORENG TELOOO



Nasrudin Hassan
KUALA LUMPUR - Kriteria untuk menjadi seorang pemimpin dan menerajui Pas tidak terhad kepada keupayaan seseorang berdebat...


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... KALAU BUKAN BERDEBAT  MACAM MANA NAK UKUR?..kah kah.

kah kah kah... DI PARLIMEN BERHUJAH DAN BERDEBAT?... kah kah kah..

woit...BUKAN  GORENG TELOOOOOOO ....kah kah kah...




---------

DUA GARIS - DUA PERJUANGAN








 TUAN HAJI MUHAMAD SABU
 

DUA IMEJ – DUA GARIS

APABILA 1,300 perwakilan Pas menghadiri muktamar tahunan parti itu yang ke-59 mulai 22 November ini, mereka mempunyai misi penting untuk dilunaskan iaitu pertama, mengembalikan kekuatan ulama dalam hierarki kepimpinan utama Pas dan kedua, mendesak supaya Pas tidak menjadi ‘lebai malang’ melalui kerjasama dalam pakatan pembangkang. (Zulkiflee Bakar – Mingguan Malaysia 10/11/13)

Pada satu ketika  yang tak berapa lama dahulu – dizaman kegemilangan kerajaan Ketuanan Melayu – media milik United Malays National Organisation langsung tidak ambil pot sama ada DAP  berkongres atau PAS bermuktamar. Dengan keangkuhan  kuasa yang dimiliki kerajaan Ketuanan Melayu ini bermimpi bahawa hingga dunia kiamat mereka akan terus berkuasa.

Kini kerajaan Ketuanan Melayu ini telah terjaga dari dengong khayalnya. Sesudah PRU12/13 – lanskap politik Malaysia telah berubah. Hegemoni kuasa yang dimiliki oleh United Malays National Organisation telah retak  , terhakis dan menunggu masa untuk terbarai. Hukum-hukum dan syarat sosial telah berubah dan TIDAK lagi menyebelahi parti Ketuanan Melayu. Rakyat Malaysia semakin ramai melarikan diri dari United Malays National Organisation macam tikus takutkan ular tedong- macam Mat Rempit bencikan ‘road-block’.

PRU13 saheh membukti bahawa kerajaan Ketuanan Melayu yang wujud pada hari ini adalah kerajaan haram.  Bukan hanya TIDAK mendapat undi popular – malah undi yang didapati pun dengan cara menipu. Undi  tipu datang dari penipuan   Pengundi Awal, dari Pengundi Hantu dengan kad pegenalan palsu dari Sabah dan Sarawak atau dari dakwat kekal yang TIDAK kekal. Ini hanyalah sebahagian dari penipuan yang telah saheh dibuktikan. Terbukti sah bahawa kerajaan Ketuanan Melayu ini hanya mendapat 47% dari undi popular wal hal Pakatan Rakyat telah mendapat 52% undi popular.

Faktya 47% dan 52% ini wajib terus dingati  dan diheboh-hebohkan kerana ini hakikat lanskap politik Malaysia sekarang. Apa sahaja dasar, apa sahaja rancangan, apa sahaja undang-undang yang dijalankan oleh Parti Ketuanan Melayu semuanya tidak mendapat sokongan majoriti rakyat  negara ini.  

Dasar yang dijalankan oleh kerajaan Ketuanan Melayu ini  ialah dasar haram. Undang-undang yang diluluskan di Parlimen ialah undang-undang haram. Ini hakikat. Malah setiap ahli, setiap YB dan setiap Menteri dari parti Ketuanan Melayu sedar tentang hal ini. 

Justeru, dari kesedaran ini parti Ketuanan Melayu sedang merancang untuk mematahkan setiakawan antara PAS, DAP dan PKR.  Perserikatan kerjasama antara tiga buah parti politik yang telah terjalin semenjak  PRU 12 dahulu telah berjaya mengubah lanskap dan persepsi politik Malaysia.

Orang ramai, rakyat Malaysia terutama anak muda – telah tidak segan lagi untuk memperlekeh konsep Ketuanan  Melayu malah mempertikikan sejarah kewujudan  United Malays National Organisation sendiri. Orang ramai  – anak semua bangsa – kini  secara terbuka  telah berani untuk menolak hegemoni parti Ketuanan Melayu.

Dengan menggunakan kayu ukur  konsep ketuanan Melyau, dengan mengunakan  slogan Hidup Melayu parti United Malays National Organisation telah menjaja apa yang mereka panggil Perpaduan Melayu. Daging busuk yang bernama Perpaduan Melayu ini telah dijaja ke hulu ke hilir. Hanya dengan satu harapan, hanya dengan satu mimpi, bangkai busuk ini akan memerangkap beberapa ekor  buaya-buaya  lapar balak dan buaya buaya lapar projek yang sentiasa lapar dalam Pakatan Rakyat.

Strateji  parti Ketuanan Melayu ini cukup senang.  Tidak perlu mengupah APCO  untuk menjadi jurufikir atau meminta Idris Jala membuat ‘makmal’.  Strateji  gerombolan Ketuanan  Melayu ini jelas bogelnya.

Pakatan Rakyat perlu dimusnahkan. Peranan ini wajib dijalan oleh PAS. Parti Islam ini  wajib meninggalkan Pakatan Rakyat. PAS wajib kembali dengan hujah lama. Kembali dengan pedekatan lama. Bukan mengajukan Negara Berkebajikkan tetapi  Negara Islam. Bukan untuk   membawa keadilan sosial untuk semua  tetapi membawa Hudud yang menakutkan. Bukan menjadi parti politik yang berjuang  untuk mewujudkan agihan ekonomi yang adil tetapi   PAS yang  terus mengeluarkan  fakwa fatwi  danb ayat-ayat untuk menghalal dan mengharam yang itu dan yang ini. PAS juga wajib terus menghukum  si Polan dan Si Polan atas nama Islam.

Hakikatnya  berkerjasama  dan bersetiakawan dengan yang bukan ahli Pas adalah ‘haram’. Ahli PAS disini wajib dibaca sebagai  dari Bani Melayu sahaja. Justeru bekerjasama dengan bukan Melayu oops... dengan bukan Islam itu haram. Inilah  fatwa yang terus diidam-idamkan oleh United Malays National Organisation. Inilah garis politik yang  diharapkan muncul dalam Muktamar PAS yang Ke 59 ini.

Bukan susah untuk mencari buaya lapar projek dalam PKR, dalam DAP atau dalam PAS. Dalam parti PAS buaya-buaya lapar projek ini  boleh mengolah kelaparan mereka dengan ayat-ayat suci, dengan  hadith dan sanad. Pekara ini bukan susah untuk dilakukan. Perpaduan Melayu ini akan diganti dengan Perpaduan Ummh. Ucapan politik Perpaduan Ummah ini akan disira pula dengan beberapa  ayat-ayat  Arab. Pengunaan ayat-ayat dalam  bahasa Arab  pasti menjadi umpan yang  afdal dimata kail.  Inilah keindahan parti PAS.

Muktamar ke 59 PAS kali ini memperlihatkan dua imej dan dua garis. Memahami realpolitik ialah memahami tentang garis politik.  Retorik yang dihamburkan  hanya bertujuan untuk mengolah persetujuan untuk mendapatkan kuasa politik.  Kuasa politik yang ingin dirangkul akan  dapat  mengkaut  kuasa ekonomi. Kuasa ekonomi sekali  lagi akan memperkukuh kuasa politik. Berpolitik ialah bekerja mencari sokongan ramai  untuk mendapat kuasa ini.  Inilah realpolitik – sama ada parti  politik  Islam atau parti politik Hindu.

Dua garis pertembungan dalam PAS ini sedang jelas kelihatan.  Garis Perpaduan Melayu opps... Perpaduan Islam atau garis Perpaduan Kerjasama Menentang Kezaliman. Muktamar ke  59 ini adalah manifestasi pertembungan dua garis ini.  Satu diwakili oleh Nik Ammar dan satu lagi oleh Muhamad Sabu a.k.a Mat Sabu. Pertembungan garis ini  sedang berlaku dalam semua tahap pemilihan pucuk pimpinan PAS kali ini.

Peranan  dan niat parti Ketuanan Melayu cukup jelas. Sebelum ajenda Muktamar PAS dimulakan -   52% rakyat Malaysia penyokong Pakatan Rakyat telah melihat bagaimana saban hari media milik United Malays National Organisation membuat onar terhadap parti DAP. Sebelum dan sesudah Kongress DAP kita melihat bagaimana hampir setiap hari akhbar Melayu yang kesesakan iklan ini menabur fitnah, menabur tohmah dan mewujudkan kesangsian Orang Melayu terhadap peranan DAP dalam Pakatan Rakyat. Kempen anti DAP ini ditujukan untuk Bani Melayu dan Bani Kerajaan Perpaduan dalam PAS.

Kita lihat bagaimana bertahun-tahun sebelum PRU13 lagi ajen-ajen United Malays National Organsiation didalam PAS telah membuat onar. Hari ini  rakyat Malaysia telah diberitahu bagaimana pada malam kekalahn United Malays National Organisation di Selangor dalam PRU12,   si Haji Datuk Doktor  Hasan Ali telah mula membuat  rundingan untuk mendirikan kerajaan campuran antara PAS dengan United Malays National Organisation.

Hari ini umum telah juga mengetahui bagaimana ajen gerombolan  Ketuanan Melayu ini  telah menyalar dan membelit untuk terus menjual daging busuk yang bernama Kerajaan Perpaduan. Kempen Kerajaan Perpaduan ini  bertali arus. Hampir setiap Menteri United Malays National Organisation telah menyuarakan pandangan tentang betapa pentingnya  Perpaduan Ummah opps... Perpaduan Melayu untuk kesejahteraan Islam.

Mengikut  lojik Ketuanan Melayu  jika Orang Melayu tidak bersatu maka Islam akan hancur lebor punah ranah. Justeru kita melihat pinangan dan jemputan datang secara terang-terang dan  juga pinangan  datang  secara gelap-gelap.   Pinangan secara gelap-gelap ini yang menjadikan air liur Hasan Ali dan Nasaruddin Mat Isa terbarai meleleh  hingga boleh menenggelam sebuah madarasah.

Kita juga telah melihat bagaimana tiga tahun dahulu Utusan Malaysia telah secara terang-terangan telah menjadi jurubicara kepada Nasaruddin Mat Isa. Ini berlaku ketika adanya perlawanan perebutan tiga penjuru untuk menobatkan Timbalan Presiden Parti Pas.

Apakah kali ini ianya berbeza? Jawabnya TIDAK. Malah kali ini taktik dan kempen gerombolan untuk memecahkan  saf PAS dilakukan secara terancang. Berbulan-bulan sebelum Muktamar telah dimunculkan ajenda Shiah. Amat jelas ajenda Shiah ini bertujuan untuk memastikan Mat Sabu yang kini Timbalan Presiden PAS akan dapat dikalahkan.

Mazhab Shiah ini digunakan oleh mazhab Sunni Wal Rasuah ini kerana diwar warkan Mat Sabu ini ialah seorang pengikut mazhab  Shiah. Mengikut ajaran Sunni Wal Rasuah kerana  Mat Sabu tidak makan sotong maka Mat Sabu tidak berhak untuk menjadi pemimpin PAS.

Sebenaryna bukan makan sotong yang menjadi latar kempen anti Shiah yang telah dilancarkan oleh  Ketuanan Melayu yang bermazhabkan Sunni Wal Rasuah. Kempen anti Shiah yang dijalankan oleh Ketuanan Melayu ini adalah kempen garis politik. Shiah atau Sunni ini hanyalah bertujuan untuk mengolah persetujan ahli PAS untuk menolak atau menerima garis politik Mat Sabu atau garis politik Nik Amar.

Ahad baru ini ‘salvo pertama’ telah dilancarkan oleh Mingguan Malaysia untuk  meraih simpati 1,300  perwakilan PAS agar mengundi Nik Amar  untuk mengalahkan Mat Sabu. Dalam masa dua minggu sebelum Muktamar ini  rakyat Malaysia – anak semua bangsa -  akan membaca, mendengar dan melihat banyak lagi bentuk-bentuk kempen yang akan dijalankan  untuk memastikn Mat Sabu kalah.  Kenapa agaknya penting  sekali Mat Sabu ini dikalahkan? Tunggu minggu hadapan.(TT)

 

 
NOTA
tulisna ini telah disiarkan
oleh SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92- 21-10 -45

---------

MASALAH NGO MALAYSIA





DARI FACE BOOK


Bila si kaya rompak si miskin ia dipanggil 'perniagaan', bila si miskin bangkit melawan ia dipanggil 'keganasan'

— Ada betul ka?
 —
BATAHAN
 UNTUK SAPA NI?

KOMENTAR TUKAR TIUB

sila baca  apa yang ditulis
sila baca sekali lagi
faham tak?

tulisan dalam kad manila ini
dalam bahasa inggeris

gambar ini diambil 
dalam rumah panjang  warga penan 
rumah panjang di murum
sarawak

jelas yang menulis ini bukan orang kampong
yang menulis ini ngo dari bandar

orang kampong sedang melawan taib mahmud
yang akan menenggelam kampong mereka
dengan satu lagi dam yang besar
menenggelamkan tanah rayau mereka
tanah hutan tempat cari makan

ngo datang menolong
terima kaseh ngo

TAPI
 inilah masaalah ngo di malaysia ini
mereka tidak menggunakan bahasa stratijik  
mereka menggunakan bahasa kolonial

mustahil warga iban dalam hutan ini
lulusan oxford atau cambridge
mustahil ada sesiapa dalam kampong iban ini
akan faham apa yang ditulis

bahasa stratejik di sarawak
ialah bahasa iban
bahasa anak tempatan

JUSTERU
ngo di malaysia ini terkonteng konteng
dua tiga kerat
tak ada sokongan orang ramai
hanya ada nama guna baha kolonial
ini untuk dapat duit dari luar negara

PLAKAD
plakad ini di tulis dalam bahasa kolonial
yang difahami oleh penaja
bukan bahasa iban
yang di hayati oleh orang kampong

KENAPA PERANGAI NGO MACAM INI
ini kerana otak mereka telah dijajah
seharusnya sebelum membebaskan orang lain
dari berlenggu penindasan
bebaskan diri sendiri dahulu

JUSTERU
ngo di malaysia ini
kebanyakkan gagal
kerna tidak mendapat sokongan orang ramai
kerana tidak menggunakan bahasa stratejik
untuk perubahan

NOTA
bila di tegur tahu marah
kah kah kah



--------

LEMBU SUDAH TAKUT


TIGA KALI JADI TAMU ALLAH

Shahrizat tarik balik saman RM100 juta

Kuala Lumpur: Shahrizat Abdul Jalil semalam, menarik balik saman RM100 juta, difailkan terhadap Ahli Parlimen Pandan dan Ampang, Mohd Rafizi Ramli serta Zuraida Kamaruddin berhubung kenyataan akhbar didakwa memfitnahnya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit....  TAHU TAKUT.... kah kah kah..

kah kah kah... CAKAP BERDEGAR DEGAR.... kah kah kah..

woit... NAPA TARIK BALIK?.... kah kah kah..

kah kah kah... KERANA AKAN TERBONGKAR LAGI BANYAK CERITA... kah kah kah


---------

SIAPA AJEN CIA DALAM PEJABAT PEGUAM NEGARA





KOMENTAR TUKAR TIUB
anak muda
ngo dan parti politik
wajib buat laporan polis
berasaskan kenyataan mahathir muhamad


  • Pasal AG, tanyalah SPRM, kata polis
  • Ketua polis berkata, dakwaan terkini yang mengaitkan Peguam Negara dakwaan salah guna kuasa bukan bawah tanggungjawab polis untuk menyiasatnya.

KPN: Bukan tugas polis, terpulang SPRM siasat Gani Patail

Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar berkata bukan tanggungjawab polis mengendalikan pertuduhan salah laku Peguam Negara Abdul Gani Patail.
Katanya, pertuduhan berhubung penyalahgunaan kuasa mesti dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan satu siasatan dijalankan.
“Ini bukan tanggungjawab polis. Anda harus bertanya kepada SPRM,” katanya sebelum menyampaikan syarahan bertajuk “Polisi Masa Hadapan” di Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang hari ini.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.. INI BERITA LAWAK?.... kah kah kah..

kah kah kah... TIAP MALAM BUAT ROAD BLOCK.... ADA TANYA SPRM TAK?... kah kah kah..

kah kah kah... TIAP BUJU TANHAN BANGLA.... ADA TANYA SPRM TAK?.... kah kah kah..

woit... NAPA YANG INI KENA TANYA SPRM?..... kah kah kah..

kah kah kah...INI ADA AJEN CIA DALAM PEJABAT PEGUAM NEGARA?.... kah kah kah..

kah kah kah... CIA INI MUSUH  NEGARA.... kah kah kah...

kah kah kah... DULU ANWAR DI TENDANG KERANA DIA CIA.... kah kah kah


SIAPA AJEN CIA
DALAM PEJABAT PEGUAM NEGARA
----------

PROGRAM MELAWAN DI SANA SINI


PELANCARAN 
BUKU TERBARU ZUNAR
petang sabtu ini
jam 2:00
di padang amcorp
dijemput datang but ramai

BILIK SULIT KE PANTAI TIMUR
malam jumaat 29  november di kota bahru
malam sabtu 30 nivember  di kuata terangganu
malam ahad 1 disember di kuantan
SEMUA DI JEMPUT
buat ramai
masuk dengan sumbangan


----------

SATU LAGI PROJEK UNTUK KAYAKAN KRONI




  • Anwar: BERNAS dinyahsenarai untuk kroni
  • NONEvideo icon smallCadangan menyahsenaraikan BERNAS adalah 'pengkhianatan' kepada janji kerajaan yang berikrar memastikan kepentingan petani, pengedar beras dan pekerja padi bumiputera dipelihara, kata ketua pembangkang. 



BERNAS Di Swastakan: Ketamakan Bermaharajalela

Pengenalan
1. Akhir-akhir ini, syarikat yang dahulunya menjadi tarikan pelabur tapi kemudian dibuang-senarai (de-listed) dari pasaran saham lalu diswastakan bagai satu trend. Satu contoh: Blackberry, di mana ia dibuang-senaraikan lalu diswastakan selepas kerugian hampir USD 70 bilion dari nilai asal USD 80 bilion lima tahun lalu. Senario perniagaan yang semakin mencabar menyukarkan syarikat-syarikat yang tersenarai untuk memberi pulangan yang besar kepada para pelabur; penswastaan memberi peluang kepada pihak pengurusan sesebuah syarikat untuk fokus mengembangkan perniagaan jangka masa panjang.

2. Di Malaysia, penswastaan sesebuah syarikat sebegini seringkali mempunyai niat yang berbeza: tamak haloba.

3. BERNAS tidak menghadapi masalah serupa Blackberry. Harga saham BERNAS sedang meningkat malah nilainya kini hampir tiga kali ganda nilai lima tahun dahulu. Ia satu contoh syarikat yang stabil dengan keuntungan bersih tahunan konsisten sekitar RM 135 juta setiap tahun sejak 2006, dengan hasil yang meningkat tahun demi tahun dari RM 2.1 bilion (2006) ke RM 3.6 bilion (2012).

4. BERNAS memang sasaran pengambilalihan mana-mana individu yang sangat kaya. Apabila diambil kira keuntungan yang sihat, monopoli BERNAS ke atas lesen AP import beras dan realiti bahawa beras adalah makanan ruji rakyat Malaysia, individu-individu yang sangat kaya pastinya mengidamkan syarikat sebegini.

Niat asal

5. Kita patut ingat niat asal penswastaan BERNAS bukan sahaja untuk memastikan keperluan beras negara dipenuhi (melalui pengurusan Simpanan Stok Negara dan Skim Harga Subsidi Padi) tapi juga untuk memastikan petani dan pengedar bumiputera serta pekerja BERNAS mendapat manfaat dari milikan ekuiti daripada penswastaan tersebut.

6. Hal ini dibangkitkan Menteri Kewangan pada bulan Disember 1995 dalam jawapan kepada YB Tn Lim Guan Eng di Parlimen, diikuti pembentukan konsortium Budaya Generasi Sdn Bhd pada Januari 1996. Konsortium tersebut membolehkan lebih dari separuh ekuiti BERNAS dimiliki persatuan-persatuan petani (KADA, MADA, NAFAS), nelayan (NEKMAT) dan pekerja BERNAS.

Pusingan 1

7. Hingga hujung 2009, milikan-milikan ini mulai dibeli seorang individu bernama Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary melalui syarikat-syarikat milik beliau (Gandingan Bersepadu Sdn Bhd dan Tradewinds) mengakibatkan beliau memiliki 53.7% BERNAS melalui pengambilalihan oleh Maybank Investment Bank Berhad bernilai RM 526 juta. Purata keuntungan bersih BERNAS dianggarkan pada RM 164 juta setahun dan hasil meningkat dari RM 3.3 bilion (2009) ke RM 3.6 bilion (2012).

Pusingan 2

8. Apabila kerajaan memanjangkan mandat BERNAS untuk merangkumi pengurusan bekalan beras negara dan monopoli pengimportan beras dari 11 Jan 2011 ke 10 Jan 2021, Tan Sri Syed Mokhtar bertambah tamak.

9. Tawaran pembelian BERNAS pada RM 3.70/saham dibuat pada penghujung Feb 2013 melalui syarikat-syarikat lain milik beliau, iaitu other companies namely, Perspective Lane (M) Sdn Bhd, Kelana Ventures Sdn Bhd, Seaport Terminal (Johore) Sdn Bhd dan Acara Kreatif Sdn Bhd. Pengambilalihan ini, yang juga dinasihatkan Maybank Investment Bank Berhad dikatakan bernilai RM 477 juta.

10. Pada 6 Nov 2013, lembaga pengarah BERNAS dinasihat menyahsenaraikan BERNAS dari Bursa Malaysia kerana jumlah saham yang dimiliki awam telah jatuh ke 16.31% (iaitu dibawah nilai yang diperlukan untuk penyenaraian iaitu 25%) akibat pengambilalihan sistematik Tan Sri Syed Mokhtar.

11. Pada Feb 2013, Maybank Research membuat ramalan hasil dan keuntungan BERNAS bagi 2013 hingga 2015:

(Table 1.png)

Ini bermakna hasil dianggarkan meningkat hingga RM 3.9 bilion pada 2015 dari RM 3.6 bilion pada 2012. Keuntungan meningkat 40% ke RM 165 juta pada jangkamasa pendek untuk mengurangkan harga beras antarabangsa akibat pengeluaran berlebihan di Thailand, Vietnam, India dan Pakistan. Hal ini akan menguntungkan sesiapa yang memiliki BERNAS di masa hadapan.

Soalan yang Diutarakan

12. Bagaimana seorang individu dibenarkan memiliki monopoli ke atas beras sebegini, yang mungkin mendatangkan kemudaratan terhadap kestabilan harga di masa hadapan, yang merupakan niat asal penswastaan BERNAS?

13. Kenapa kerajaan telah tersasar dari niat asal penubuhan BERNAS, iaitu untuk melindungi kepentingan petani dan pengedar bumiputera serta pekerja BERNAS? Adakah milikan ekuiti mereka ini tidak penting di mata kerajaan, berbanding kepentingan individu-individu maha kaya dan mempunyai "kabel" politik sebegini?

14. Bagaimanakah pengambilalihan saham BERNAS bernilai RM 477 juta, dan jumlan pengambilalihan melalui Tradewinds Plantation dan BERNAS bernilai RM 1.173 bilion oleh syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar (Perspective lane, Kelana Ventures, Seaport Terminal dan Acara Kreatif) dipermudah Maybank IB? Bagaimana seseorang individu boleh berterusan berjaya mendapatkan pinjaman dari bank yang sama?

15. Kami kecam pengambilalihan baru-baru ini yang bersifat oportunis oleh Tan Sri Syed Mokhtar sebagai satu langkah mengambilalih sepenuhnya BERNAS pada ketika monopoli BERNAS ke atas pengimportan beras dilanjutkan hingga 2021, disebabkan tindakan ini akan menguntungkan satu individu tertentu, iaitu Tan Sri Syed Mokhtar sendiri.

Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Ketua Umum KEADILAN
--------

AKHBAR STAR BUAT FITNAH




Pemuda PAS Perak serah memo kepada The Star


IPOH: Pemuda PAS Perak hari ini menyerahkan memorandum kepada The Star bagi membantah penyiaran satu artikel yang mendakwa Almarhum Ustaz Ibrahim Libya pengamal ajaran sesat dan pengganas.


Ibrahim Libya: Pemuda PAS desak The Star mohon maaf


KUALA LUMPUR:The Star perlu bertindak segera dalam tempoh yang diberikan itu sebelum tindakan undang-undang diambil kerana telah memfitnah seorang ulama yang dihormati seluruh masyarakat.

 The Star Biadap, Desak Tarik Semula Laporan dan Mohon Maaf Terbuka

Hari ini, kita dikejutkan dengan berita yang dikeluarkan oleh akhbar The Star dihalaman 4, dibawah tajuk 'Major Cases Involving Violant Deviant Groups in Malaysia'. Berita tersebut telah memetik nama Almarhum Ibrahim Libya yg didakwa sebagai salah seorang pengganas yang berjaya ditumpaskan oleh pihak berkuasa pada 19 November 1985.

Saya menyifatkan bahawa tuduhan tersebut tidak tepat dan BIADAP kerana peristiwa Memali yang dimaksudkan oleh The Star adalah peristiwa yang masih gagal disabitkan sebagai aktiviti pengganas melibatkan Almarhum Ust Ibrahim Libya sebagai pemimpin masyarakat disitu.

Bahkan sejarahwan dan pengamat politik di Malaysia sendiri sebahagiannya menyatakan tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa melalui arahan kerajaan pimpinan  Mahathir ketika itu sebagai perdana menteri sebagai memiliki agenda tersembunyi.

Bahkan fakta sejarah sendiri telah menyaksikan bahawa status Almarhum Ibrahim Libya dan beberapa rakannya yang ditembak sebagai syahid dan turut disahkan oleh ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah, Tuan Guru Haji Yahya Junid dan Ustaz Azahari Abd Razak ketika itu.

Justeru, untuk meletakkan kedudukan Almarhum Ibrahim Libya sebagai pengganas di Malaysia sepertimana dilaporkan The Star adalah AMAT TIDAK BERTANGGUNGJAWAB dan BIADAP sama sekali khusunya kepada ahli keluarga dan kebanyakan rakyat yang mengenali Almarhum.

Bahkan, kes Memali yang telah beberapa kali dibawa ke mahkamah ini masih gagal diputuskan kedudukannya sehingga ke hari ini.

Justeru, saya mendesak The Star MENARIK BALIK berita yang disiarkan hari ini dan MEMOHON MAAF SECARA terbuka kepada seluruh ahli keluarga dan kenalan Almarhum khususnya atas laporan yang amat melesat ini.

Saya tidak teragak2 untuk memobilisasi rakyat seramai mungkin untuk menyatakan bantahan ini sekiranya tiada sebarang tindakan tarik balik dan permohonan maaf dibuat oleh The Star.

SUHAIZAN KAIAT -
Merupakan mantan Ketua Pemuda PAS Johor
 dan juga AJK Dewan Pemuda PAS Malaysia


------------