Sehubungan itu, Ahli Majlis Ter­tinggi UMNO, Ismail Sabri Yaakob berharap orang ramai tidak terpedaya dengan hasutan dan tohmahan pihak tertentu yang sengaja memburuk-burukkan institusi kewangan tersebut.

“Memanglah pembangkang ini kerja dia menghasut sebab itu kita tengok sekarang Lim Kit Siang pun mengeluarkan kenyataan selamatkan Tabung Haji dan pemimpin DAP kata selamatkan Tabung Haji sedangkan sebelum ini mereka tidak pernah peduli mengenai Tabung Haji,” katanya dalam sidang akhbar selepas menutup Kursus Asas Haji di Masjid Bera di sini hari ini.